Wednesday, April 13, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4462

9 Messages

Digest #4462

Messages

Tue Apr 12, 2016 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dr Zakir Akui Sedih Dengan Sikap Sebilangan Orang Islam
siakapkeli.my

KUALA TERENGGANU, 12 Apr - Dr Zakir Naik melahirkan rasa kesal atas sikap sebilangan orang Islam yang begitu mudah melabel dan menuduh saudara seagama sebagai kafir.

"Saya sedih melihat keadaan seperti ini, sangat banyak berlaku dalam kalangan umat Islam. Ada orang Islam dengan mudah tuduh saudara seagama sebagai kafir hanya kerana berbeza pendapat atau tidak sehaluan," katanya.

Pendakwah itu berkata, masalah besar bagi umat Islam adalah cenderung memperbesarkan perbezaan walaupun hanya melibatkan isu-isu yang kecil.

"Perbezaan apabila diperbesarkan, akan membawa kepada perbalahan. Akhirnya berlaku perpecahan dalam masyarakat, dan inilah yang melemahkan kita, umat Islam," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk The Importance of Unity Among The Muslim Ummah di sini, kelmarin.

"Apa yang membuatkan saya berasa sedih dan risau adalah apabila melihat perpecahan dalam kalangan orang Islam semakin membimbangkan mutakhir ini," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Beliau berkata, perbalahan yang berlaku bukan sahaja melemahkan kekuatan Islam tetapi secara tidak langsung turut memberi gambaran negatif mengenai Islam kepada penganut agama lain.

"Melihat apa yang berlaku, mereka percaya, itulah Islam sedangkan sikap-sikap yang negatif seperti itu bukanlah daripada ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Zakir berkata, perpaduan dalam kalangan umat Islam ketika ini bukan sahaja dilihat lemah, malah dalam keadaan berpecah belah dan mudah pula untuk tuduh menuduh antara satu sama lain, meskipun dalam perkara yang remeh-temeh.

Ceramah itu diadakan sempena Program Jelajah Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta pemimpin-pemimpin negeri lain.

Sebagai jalan penyelesaian kata beliau, umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran agama yang sebenar, tidak akan sesekali memperlakukan orang lain terutamanya saudara seagama dengan gelaran yang tidak baik, apatah lagi dengan melabel seseorang itu sebagai kafir.

"Umat Islam ketika ini dilihat lemah kerana bukan sahaja sering mengkritik sesama sendiri, namun sanggup menggelar saudara seagama dengan gelaran yang tidak sewajarnya. Mereka amat mudah melakukannya. Sedangkan dalam al-Quran telah menjelaskan bahawa kita dilarang menggelar saudara seagama yang lain sebagai kafir. Saya menyeru semua umat Islam untuk kembali bersatu padu dan bergerak di atas ajaran Islam yang sebenarnya," katanya. - Siakapkeli.my

Dr. Zakir Naik : Komen Paling Sentap..
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Dr. Zakir Naik : Komen Paling Sentap. Susulan bantahan kehadiran serta larangan ke atas program pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik, ini respons pedas Pencetus Ummah (PU), Azman Syah.

"Alhamdulillah, Selena Gomez akan datang ke Malaysia 25 Julai ini. Moga menyambung tarbiah Ramadan. 'Diharapkan' tidak ada sebarang bantahan terhadap tokoh perpaduan itu.

"Yang pasti, antara Zakir Naik dan Selena Gomez tidak membawa agenda yang sama. Kalau Zakir Naik pemecah belah, Selena Gomez membawa misi 'penyatuan ummah'?

"Seakan air mata ini ingin mengalir sambil berharap agar Selena Gomez dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada tahun Hijrah depan," tulisnya di Facebook.

Sebelum ini, Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) mendesak kerajaan segera membatalkan program yang melibatkan Zakir termasuk melarangnya memasuki negara ini.

Semalam, Khalid mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak membenarkan forum Zakir Naik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) demi ketenteraman awam dan sensitiviti beragama di negara ini.

Dr. Zakir Naik : Komen Paling Sentap

Zakir dijadualkan akan berada di UTeM bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam', Ahad ini.

Sementara itu, Mufti Perlis yang mengulas mengenai larangan itu menawarkan Zakir ke Perlis bagi menyampaikan ceramahnya sekiranya ceramah asalnya di Melaka itu dibatalkan, lapor Sinar Harian.

Pelajar Perubatan Terkedu Dengar Jawapan Dari Dr Zakir Naik Selepas Diajukan Soalan
siakapkeli.my

Petang semalam telah berlangsung masjlis ceramah yang dihadiri penceramah terkenal dunia Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu di mana kira-kira 30,000 orang telah hadir.

Disebalik kemeriahan majlis yang berlangsung itu, menjadi viral sejak semalam sebuah video yang memaparkan Dr Zakir Naik menjawab pertanyaan seorang pelajar perubatan yang mengadu terbeban dengan yuran pengajian mereka yang tinggi.

Namun jawapan yang diberikan oleh Dr Naik kepada pelajar berkenaan ternyata membuatkan pelajar berkenaan terdiam.

Jom kita lihat video berkenaan.

Berikut adalah terjemahan.

"Kebiasaan saya sebagai seorang doktor utk melatih pelajar perubatan di mana kerajaan harus membelanjakan ratusan ribu ringgit.

Kebiasaannya kebanyakan negara di dunia ini , kolej-kolej kerajaan akan mengenakan caj yang sedikit untuk pengurusan .

Ini datang daripada kuota sokongan kerajaan. dan saya percaya walau kerajaan malaysia sekalipun , ada sesetengah pusat latihan mengenakan caj kapasiti kiranya anda tidak mendapat merit yang disyaratkan .

Begitu juga dgn di india. jika anda tidak mendapat merit yg disyaratkan dan tidak mendapat score yg diperlukan dalam fizik, biologi, dan sebagainya, masalah nya atas diri kita sendiri. bukan atas kerajaan.

jadi jika saya pergi ke kolej kerajaan sekalipun, itu adalah fakta bahawasanya kerajaan tidak memberi subsidiari kepada kolej swasta, kerajaan hanya memberi subsidi kepada kolej kerajaan. itu lah yang berlaku di India

saya cabar awak utk mencari di mana pusat pengajian di dunia ini yang mengenakan caj kurang daripada 1000 dolar" katanya kepada pelajar berkenaan. - Siakapkeli.my

"Jika Nak Bantah Ceramah Dr Zakir Naik, Datang Ke Majlis Cara Intelek," Pesan Dr Asri Kepada Hindraf
siakapkeli.my

SHAH ALAM: Berikutan beberapa pihak termasuk Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) yang membantah kehadiran penceramah pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik untuk mengadakan ceramah umum minggu depan, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan mereka ini datang secara intelek ketika sesi soal jawab.

"Saya belum pernah dengar ucapan beliau mengajak kepada permusuhan antara agama. Beliau hanya bercakap tajuk perbandingan antara agama. Bicara beliau bersifat 'intelectual discourse'.

"Jika Hindraf (Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu) ataupun kumpulan yang menamakan diri mereka Aswaja (Ahli Sunnah Wal Jamaah) tidak setuju, mereka mungkin boleh hadir dan bantah secara intelek semasa sesi soal-jawab," katanya di laman Facebook.

Menurut Dr Asri lagi, Hindraf sudah terkena sindrom puak dalam masyarakat muslim yang suka menuduh orang lain bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah sedangkan pertubuhan berkenaan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

"Hindraf beragama Hindu, apakah pulak kaitan mereka dengan aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah? Maka tidak pelik jika dalam kalangan muslim ada kelompok bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah tetapi menuduh orang lain bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah," tegas Dr Asri.

Hindraff sebelum ini telah mendesak kerajaan untuk membatalkan program yang melibatkan Dr Zakir Naik termasuk melarangnya memasuki negara ini. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 12, 2016 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Bila Ranking Merudum Hanya Permain Disalahkan, RM100Juta Lesap Semua Senyap," - Safee Sali
siakapkeli.my

Penyerang pasukan bola sepak kebangsaan, Safee Sali, telah tampil meluahkan rasa kecewa apabila permain sering disalahkan dengan kejatuhan ranking pasukan Harimau Malaysia di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga merupakan permain pasukan JDT memuatnaik satu status bersama kenyataan Tengku Mahkota Johor, Tungku Ismail yang menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin sebelum ini yang mengatakan permain tempatan kurang berkualiti.

Selin itu status Safee ini dilihat turut merujuk kepada skandal penyelewengan dalam kementerian itu yang bernilai RM107 juta.

"Kecewa. Apabila pasukan kebangsaan ranking merudum, hanya pemain di persalahkan. Tapi bila RM100 juta lesap senyap macam itu sahaja.

"Bayangkan berapa banyak kemudahan dan keperluan boleh di gunakan dengan duit sebanyak itu, sama-sama bantu naikkan imej pasukan bukan hanya menuduh pemain sahaja," tulisnya.

Kedudukan terbaharu Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) di tangga 174 meletakkan sebaris dengan negara yang tidak mempunyai kemudahan bola sepak lengkap seperti Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179).

Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tuanku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini berkata Khairy adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya memperbaiki mutu bola sepak negara. - Siakapkeli.my

Ranking Bola Sepak Malaysia Jatuh Ke Tahap Paling Buruk
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Ranking keseluruhan bola sepak dunia menyaksikan pasukan bola sepak negara menjunam ke tahap terburuk selepas dilaporkan telah jatuh lagi lapan anak tangga apabila menghuni kedudukan ke-174 dunia berbanding 166 bulan lalu.

Berdasarkan rekod terburuk sebelum ini, Malaysia pernah berada pada kedudukan ke-171 dunia yang dicatatkan pada Januari dan Februari lalu.

Kedudukan ranking dunia terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini juga menyaksikan Malaysia hanya muncul pasukan keenam terbaik Asia Tenggara di belakang Filipina (116), Thailand (119), Vietnam (144), Singapura (148), Myanmar (166) diikuti Timor Leste (175), Kemboja (182), Laos (182), Indonesia (185), Brunei (195).

Dari senarai baru yang dikeluarkan oleh Fifa ini, hanya 3 buah negara Asean yang berjaya memperbaiki kedudukan iaitu bermula dengan Filipina yang naik 19 anak tangga, Vietnam (2) dan Kemboja (1) manakala selebihnya mencatatkan penurunan. Myanmar muncul negara paling terjejas apabila jatuh 12 anak tangga diikuti Brunei (11).

Naib juara Piala Dunia 2014, Argentina memintas Belgium untuk menghuni ranking pertama. Iran pula mengetuai negara lain dalam saingan peringkat Asia di tempat ke 42 dunia, diikuti Australia (50), Korea Selatan (56), Jepun (57) dan Arab Saudi (60). - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 12, 2016 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kena Ketahui Kenapa Kami Pelajar Jadi 'Manusia Tidak Bersyukur' Tukar Baucar Buku Dengan Duit
siakapkeli.my

Sejak beberapa tahun lalu sehingga kini kerajaan telah memperkenalkan bantuan untuk meringankan isi rumah dan pelajar dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan baucar buku 1 Malaysia untuk pelajar.

Dengan bantuan ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan isu rumah walaupun sekejap dan amat besar bagi mereka yang betul-betul memerlukan.

Bagi pelajar, kerajaan memberikan baucar buku dan bukannya wang tunai kerana bimbang disalah gunakan ke arah lain, tetapi dilihat ramai yang menukar baucar buku berkenaan dengan duit walaupun tahu ia merupakan satu kesalahan.

Kenapa mereka lakukan? seorang pengguna Facebook menggunakan nama Shafinaz Sabri telah mengetengahkan isu ini di mana beliau mempersoalkan waktu pemberian baucar buku yang tidak kena.

Jom kita baca.

Pelajar rela rugi RM50 untuk tukaran baucar buku 1 Malaysia kepada tunai"

Dari perdana menteri hingga penulis bicara jari, mereka salahkan mahasiswa mahasiswi Malaysia atas isu panas BB1M yang telah disalahgunakan.

Kata mereka BB1M guna untuk pembelian buku ilmiah dan kegunaan belajar. Kata mereka BB1M bertujuan meringankan beban mahasiswa/siswi Malaysia.

Ye. Saya tabik hormat atas keprihatinan Dato Seri Najib yang 'merasai' perit luka anak anak bangsa Dato Seri. Terima kasih DS. Tapi apa yang DS berikan ni (BB1M) hanya mencetuskan isu panas apabila kami tukar baucar ini kepada tunai.

"Pelajar kita jadi pelesit baucar"

"Mahasiswa Malaysia akal pendek"

Dato Seri, saya berbesar hati untuk DS buka mata dan lihat kenapa ramai anak bangsa DS yang jadi 'manusia tidak bersyukur' apabila menukar BAUCAR KEPADA TUNAI.

DS bagi kami baucar. Tapi edaran baucar di buat ke seluruh Malaysia di PERTENGAHAN semester .
DS mungkin taktahu pembelian buku dan nota dibuat di AWAL SEMESTER. Kami dah dahulukan duit makan kami, duit sewa kami, duit fotostat kami untuk beli buku yang perlu. Jadi sekiranya kami menukar baucar kepada tunai, umpama redeem balik duit kami. Secara logik, masih lagi duit baucar tu digunakan utk beli buku cuma nya kami buat loan dari poket kami dulu. Betul tak DS?

DS mungkin taktahu masih banyak lagi IPTA dan IPTS yang belum buat edaran baucar lagi. Ada IPT yang dah nak final exam dah. Macam mana tu DS?

Keluaran baucar dah lambat DS. Ada tarikh luput pulak tu. 30/6/2016. Sekiranya DS buat baucar tanpa tarikh luput, mungkin kami boleh bawa baucar tu ke semester hadapan beli buku untuk semester yang baru. Tapi sedihnya ada tarikh luput.

Bayangkan ya Dato Seri. Buku dah beli, baucar lambat dapat, ada tarikh luput utk kegunaan baucar, jadi apa perlu anak anak bangsa DS buat lagi?

Dan saya yakin DS melalui zaman belajar dlm hidup DS. Hidup kami bukan semata mata buku. Kami berhadapan dgn masalah ekonomi untuk menempuh hari dengan berlapar, mana nak fotostat bahan bacaan, print out assignment. Mana yang nak bayar asrama, rumah sewa, bil api air. Saya yakin DS tahu tentang situasi itu. Media massa kita pernah kecoh dgn mahasiswa ikat perut, mahasiswa kebulorrr.

Kalau DS boleh bagi bantuan RM100 kepada pelajar2 sekolah, bantuan kewangan lain kepada yang berkeluarga, kenapa tidak DS tukarkan baucar tu kepada tunai RM250? Tunai RM200 pun sebenarnya dah memadai untuk kami, anak anak bangsa DS.

Macam ni jelah secara ringkas pendapat saya untuk bantuan rakyat DS yang akan datang.
Kalau DS nak bagi baucar buku , DS edarkan baucar awal semester bermula. Baru lah boleh kami beli buku dan manfaatkan sepenuhnya.

Kalau DS rasa baucar buku tak boleh diedarkan awal, DS jangan buat tarikh luput ataupun lanjutkan lebih lama tarikh luput.

Ataupun kalau DS rasa DS lebih sporting, cadangan saya DS tukarkan BB1M kepada BPT1M (Bantuan Pelajar Tunai 1 Malaysia) .

Sedih betul saya DS bila orang kata kami ni tak bersyukur. Siap harian ***** buat intipan lagi. Harap Dato Seri lebih cemerlang dalam pemerintahan Malaysia. Anak anak bangsa nak lagi rasa duduk di tanah air (rumah kita iaitu negara) tanpa perlu rasa takut dengan 'ayah' sendiri . Hehehe Salam Satu Malaysia DATO SERI.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 12, 2016 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 12, 2016 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Baham Seorang Nelayan, Buaya Sungai Nakat Bakong Kini Diburu Penduduk Kampung
siakapkeli.my

Miri: Susulan kes nelayan hilang, Richard Shutine anak Tambi,57, yang dibaham buaya di Sungai Nakat Bakong Miri pada 27 Mac lalu, penduduk kampung yang turut membantu operasi menyelamat kini sedang giat memburu buaya untuk mencari buaya yang menyerang mangsa., lapor Harian Metro.

Penduduk kampung dengan persetujuan keluarga Richard dikatakan terpaksa menggunakan pawang buaya untuk menjejaki buaya lain untuk mencari sisa badan mangsa yang lain selepas mereka berjaya menemui kaki mangsa ditemui pada 5 April, manakala kepalanya ditemui keesokannya.

Kenyataan pihak bomba

Selepas melakukan ritual, penduduk kampung telah berjaya memerangkap buaya buaya bersaiz tiga meter timbul di kawasan sungai di kampung itu kelmarin manakala seekor lagi ditemui mati di tebing sungai.

Menurut menantu perempuan mangsa, Rossni Kamis, 43, buaya berkenaan ditemui kira-kira jam 8 pagi dengan jarak 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan telah dibaham. - Siakapkeli.my

KLIK sini untuk Video: VIDEO .. Peringatan, video mungkin sedikit mengganggu emosi anda.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 12, 2016 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Doktor Sahkan Kecederaan Anak Kerana Disepak Kuat Di Pipi, Ibu Bimbang Anak Didera Pengasuh
siakapkeli.my

Bayangkan hati ibu mana yang dapat menahan perasaan apabila melihat anak kecil kesayangan dalam keadaan menahan kesakitan dan mukanya bengkak-bengkak.

Itulah keadaan yang dilalui oleh seorang ibu bernama Kushie Wany apabila dia yang kali pertama menghantar anaknya ke rumah pengasuh mengalami kejutan besar ketika hendak mengambil anaknya itu pulang.

Mana tidaknya, apabila semasa mengambil anaknya kira-kira jam 5.30 petang didapati muka anaknya habis lebam termasuk dibahagian belakang dan tangan.

"Saya menangis dan menjerit di dalam kereta call suami, nasib baik bonda belum balik lagi sebab hati tak sedap," tulisnya.

Menurutnya dia telah membawa anaknya itu ke Pusat Perubatan Universiti malaya untuk pemeriksaan lanjut dan katanya doktor mengesahkan anaknya itu mungkin disepak kuat dekat pipi.

Selain kesan lebam terdapat kedan bengkak digusi dan mulut menyebabkan bayi berkenaan tidak berhenti-henti menangis menahan kesakitan.

Menurut Puan Wany lagi, dia kini sedang menunggu jawapan doktor pakar kanak-kanak bahagian dera untuk membuat rawatan lanjut sebelum sebarang tindakan diambil. - Siakapkeli.my

Doktor, Hospital Diarah Bayar RM165,375
siakapkeli.my

Shah Alam, 8 Apr: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mengarahkan seoran gdoktor dan sebuah hospital swasta di Petaling Jaya membayar sejumlah RM165,375 kepada seorang peguam kerana cuai ketika melakukan pembedahan pada 2012.

Keputusan itu dibuat Hakim Nursinah Adzmi dengan berkata, kedua-dua defenden; Dr. Fatima Najla KM Muhd dan Kelana Jaya Medical Centre Sdn Bhd, diarah membayar jumlah berkenaan sebagai ganti rugi am, ganti rugi khas serta teladan kepada plaintif, Noorziana Md Yusuf.

Katanya lagi, tuntutan kepada defendan pertama adalah ganti rugi akibat kecuaian ketika melakukan pembedahan 'caesarean' bagi melahirkan anak pada 6 Disember 2012 sehingga menyebabkan Noorziana mengalami komplikasi, kecederaan dan kesakitan.

"Plaintif mengalami masalah kebocoran air kencing dan faraj selepas pembedahan itu," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Noorziana memfailkan writ saman pada Januari 2015 menuntut rugi berikutan komplikasi yang dialaminya selepas menjalani pembedahan di hospital itu.

Didalam writ saman itu Noorziana mendakwa Dr. Fatima Najla cuai serta gagal mengendalikan pembedahan sebagai pakar sakit puan dan perbidanan serta tidak mengambil langkah berhati-hati ketika melakukan pembedahan.

Selain itu plaintif juga mendakwa hospital itu gagal memastikan pakar sakit puan yang terlibat mencapai standard yang tinggi serta gagal menyediakan kemudahan pakar urologi - Siakapkeli.my

Pihak Berkuasa Buru 3 Orang Doktor Bergambar Dengan Bayi Baru Lahir
siakapkeli.my

Mexico City: Gara-gara mengambil gambar mereka dengan meletakkan seorang bayi baru lahir di atas bahu sambil bergambar, 3 orang doktor kini teah diburu oleh pihak berkuasa.

Ketiga-tiga orang doktor ini dalah terdiri daripada seorang pakar bius, pakar kanak-kanak dan seorang pakar sakit puan yang membantu seorang wanita melahirkan anak di sebuah hospital di Mexico.

Selepas selesai menolong wanita berkenaan melahirkan anak, mereka terus meletakkan bayi baru lahir berkenaan di atas bahu sambil tersenyu, untuk bergambar, entah bagaimana gambar berkenaan tersebar ke laman Facebook menyebabkan mereka mula dikritik hebat.

Pihak berkuasa kesihatan Mexico telah melancarkan siasatan dan jika disabitkan kesalahan mereka akan dikenakan tindakan disiplin.

Gambar itu dimuat naik oleh pengguna Facebook, Ramon Villegas dengan kapsyen: "Doktor tidak profesional. Ketika ada suami bimbang mengenai isteri dan bayinya, petugas hospital bertindak tidak profesional dan tidak beretika."

Villegas turut menggesa pengguna lain berkongsi gambar berkenaan dalam usaha untuk mengenal pasti mereka yang terbabit. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 12, 2016 7:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pelakon Veteran Roslan Salleh Jual Goreng Pisang Tampung Hidup
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Gambar terbaharu Roslan ketika diziarahi Timbalan Presiden Seniman Zack Kool.

PETALING JAYA: Pelakon veteran Roslan Salleh menjalani kehidupan getir apabila terpaksa melakukan pekerjaan menjual kuih-muih dan pisang goreng di kampung halamannya di Alor Gajah, Melaka untuk menyara keluarga.

Roslan, 59, berkata, dia kehilangan punca pendapatan sebagai pelakon sejak jatuh sakit dan disahkan menghidap diabetes pada tahun 2014.

"Saya terlantar sakit dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur selama dua bulan akibat diabetes, tekanan darah rendah dan tibi.

"Selepas itu keadaan saya agak teruk dan tidak mampu untuk bangun, selepas keluar hospital saya menetap di Kuala Lumpur kira-kira lima bulan sahaja.

"Disebabkan keadaan kesihatan saya tidak pulih lagi serta perbelanjaan yang tinggi kami sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah bapa mertua saya di Alor Gajah, Melaka," ujarnya

Gambar Roslan yang tersebar di laman sosial.

Roslan berkata demikian ketika ditanya tentang perkembangannya selepas foto menjual pisang goreng di Melaka tersebar di laman sosial.

Tambah Roslan, biarpun keuntungan hanya RM10 hingga RM30 sehari, namun dia bersyukur sedikit sebanyak dapat membantu menambah perbelanjaan harian keluarganya.

"Pendapatan saya tidak banyak pun kalau dapat RM10 sehingga RM30 sehari pun saya sudah bersyukur.

"Saya kena kuat mental dan fizikal untuk meneruskan kehidupan, kalau saya tidak kuat siapa lagi yang nak tanggung keluarga," ujarnya yang kini mempunyai seorang isteri dan tiga cahaya mata.

Sementara itu, Roslan yang baharu memulakan bisnes tersebut empat bulan lalu turut mengalami pengalaman pahit apabila dia tidak dibenarkan menjalankan perniagaan dan diberi notis tiga hari supaya berpindah oleh pemilik kedai.

Dia menganggap ia sebagai asam garam kehidupan dan yakin ada hikmah dengan setiap perkara yang berlaku.

"Pada mulanya saya tumpang meniaga di sebuah kedai tapi disebabkan saya ingin memohon lesen perniagaan kedai tersebut tidak mahu memberi kerjasama.

"Kedai itu memberi notis tiga hari kepada saya supaya mencari lokasi lain untuk berniaga, saya akui kawasan tersebut agak strategik dan ramai pelanggan tapi nak buat macam mana sudah tiada rezeki lama di situ," ujarnya.

Gerai terbaharu Roslan di Medan Selera Kelemak, Melaka.
Dia kini berniaga di Medan Selera Kelemak, Alor Gajah, Melaka.

Tambah Roslan, selain menjual pisang goreng dia juga mengambil upah bertukang secara kecil-kecilan di kawasan kampung berkenaan.

Sementara itu, ditanya tentang gambarnya yang menjadi viral, Roslan berkata, dia tidak sedikit pun berasa malu malah menerima kritikan atau pandangan negatif netizen dengan perasaan terbuka.

"Saya tahu gambar saya tersebar di internet, saya ada baca ramai yang bagi sokongan untuk saya terus kuat.

"Namun ada juga yang komen negatif dan perli-perli mengaitkan dengan kehidupan artis, tapi saya senyum sahaja dan tidak terasa hati," ujarnya.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/04/pelakon-veteran-roslan-salleh-jual.html#ixzz45Qb5njCL
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 12, 2016 7:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Maxis Tampil Mohon Maaf
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 8 Apr: Maxis Bhd hari ini mengumumkan semua pelanggan pelan MaxisOne akan diberikan data percuma 3GB pada minggu depan dan memohon maaf atas layanan tidak adil kepada pelanggannya susulan reaksi negatif di media sosial berkaitan pelan datanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal dan Ketua Bahagian Pelanggan, Dushyan Vaithiyanathan, membuat permohonan maaf itu secara langsung di Facebook bermula kira-kira jam 3 petang tadi.

"Kami berjanji akan menaik taraf pelan data sedia ada yang akan memberi kuota lebih tinggi kepada pelanggan pelan MaxisOne,"kata Lundal menerusi video yang berdurasi 2.15 minit itu.

Dushyan berkata, sebagai contoh jika pelanggan MaxisOne melanggan pelan dengan data 1GB mereka akan memperoleh tambahan data sehingag 5GB manakala pelanggan dengan bil data 3GB akan memperoleh 8GB.

Selain itu, semua pelanggan akan menikmati data sebanyak 3 GB secara percuma mulai minggu depan.

Isu yang viral

Difahamkan, isu tersebut mula viral apabila seorang pengguna forum lowyat.net berkata Maxis 'memilih bulu'.

Forumer itu, yang menggunakan nama samaran Jackson5759 berkata dia sudah 10 tahun melanggan servis Maxis. Namun, Jackson 'berputus asa' dengan Maxis apabila mengetahui salah seorang rakannya menerima tawaran yang lebih hebat dari Maxis apabila mahu menamatkan perkhidmatan Maxis dan bertukar ke Celcom.

Rakan kepada Jackson itu menerima beberapa panggilan telefon dari Maxis yang memberi 4 tawaran menarik agar terus menyambung khidmat Maxis iaitu:

Tawaran 1: Percuma Samsung Note 5 + RM128/sebulan + 5 GB Data + Unlimited Call & SMS + Kontrak 2 Tahun

Tawaran 2: RM88/sebulan + 8GB Data + Unlimited Calls & Sms + Tiada Kontrak

Tawaran 3: RM68/sebulan + 5GB Data + Unlimited Calls & Sms + Tiada Kontrak

Tawaran 4: RM68/sebulan + 7GB Data + Unlimited Calls & SMS + Tiada Kontrak

Rakannya menerima tawaran keempat lalu kembali kepada Maxis.

Jackson5759 yang mendakwa menggunakan khidmat Maxis untuk 5 nombor telefonnya selama sepuluh tahun mula berasa geram kerana tidak pernah menerima tawaran menarik sebegitu biarpun dia menggunakan khidmat Maxis lebih lama.

Apabila dia menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Maxis jawapan yang diterima adalah mereka tidak tahu apa-apa tentangnya dan tak ada apa boleh dilakukan untuk membantu.

Kisah Jackson ini dikongsi olehnya di forum Low Yat sebelum menjadi viral.

Setelah tekad meninggalkan Maxis dan beralih kepada Celcom, Jackson menerima panggilan dari 'Bahagian Setia' Maxis yang menawarkan tawaran yang hebat sebelum ini tidak diberikan walaupun puas dimohonnya atas tiket pelanggan setia Maxis.

Sehubungan itu Jackson menyelar cara Maxis dengan menyifatkannya seakan-akan memperbodohkan pelanggan kononnya tawaran istimewa diberi kepada pelanggan terpilih sedangkan ia sebenarnya diberi kepada pelanggan yang beralih kepada syarikat pesaing mereka.

Maxis kemudiannya menjawab isu tersebut melalui satu posting di Facebook, namun posting terbabit menimbulkan lagi kemarahan para pelanggannya.

Hari ini Maxis sekali lagi tampil membuat satu sidang video khas secara LIVE di FB bagi meminta maaf.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 12, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Tuesday, 12 April 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: