Monday, April 25, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4472

15 Messages

Digest #4472
1
5
6
Fw: Lagi Dipatuk & Disembur Ular by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
10
11
Fw: Ini jawapan Ketua Polis Negara by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
12
Fw: Lelaki Jual Pisang RM 39 Sebiji, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
13
Fw: Kantoi lesen palsu by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
15

Messages

Mon Apr 25, 2016 5:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Sultan Mizan Lucut Gelaran Dato' Seri MB Terengganu
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Sultan Mizan lucut gelaran Dato' Seri MB Terengganu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan mengulas ketika ditanya mengenai desas-desus penarikan balik darjah kebesaran istana Terengganu yang diberikan kepadanya.

Berita Harian hari ini melaporkan, beliau hanya mengucapkan ringkas 'terima kasih' dan menaiki kenderaan rasminya apabila diserbu wartawan sebelum meninggalkan Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di Hotel Primula, di sini, sebentar tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Osman Muda turut enggan mengulas apabila ditanya mengenai viral perlucutan gelaran itu.

Sementara itu, BH difahamkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin belum mengeluarkan titah rasmi berhubung isu perlucutan itu. Difahamkan juga titah mengenai perlucutan anugerah itu hanya disuarakan secara lisan.

Sultan Mizan lucut gelaran Dato' Seri MB Terengganu. Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.

Pagi ini, pada majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, gelaran Datuk Seri tidak disebut oleh pengacara majlis, sekadar menyebut Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu.

Sultan Mizan berangkat dan merasmikan Persidangan Wakaf Senusantara 2016 itu.

Pada ucapan alu-aluan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hanya menyebut Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti ucapan majlis lain, sebelum ini, lapor FMT.

Punca gelaran "Datuk Seri" MB Terengganu ditarik!!
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik petang semalam, Jumaat 22 April, kata satu sumber dari Kuala Terengganu.

Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini berkrisis dengan istana selepas tidak sampai setahun dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).

Menurut sumber, Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat) selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat.

Ketika dihubungi, seorang pemimpin Umno dari Terengganu yang mempunyai hubungan yang baik dengan Istana mengesahkan berita ini.

"Comfirm. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja.

"Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau serah semua darjah kebesaran," kata beliau ketika di hubungi.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan berada di Terengganu bagi menguruskan perkara ini. Zahid dilihat berada di lapangan terbang Kuala Terengganu (gambar bawah).

Dengan apa yang berlaku sekarang, sumber Umno itu berkata, Umno mempunyai tiga pilihan untuk dibuat.

"Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang kedua menukar MB kepada Adun yang lain.

"Ketiga adalah Umno membuat kerajaan perpaduan dengan PAS di Terengganu," kata beliau kepada Malaysia Dateline dengan menyifatkan ia adalah pilihan yang dikehendaki oleh Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno bagi menstabilkan kerajaan negeri.

Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).

8 Mac lalu, bekas MB yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.

Dua hari lepas, sumber dari Terengganu mendakwa, dua lagi Adun Umno akan menyertai Ahmad Said untuk menjadi Adun Bebas.

Ini menjadikan Umno (BN) mempunyai 14 Adun, PAS (14), Bebas (3) dan PKR (1).

Jika kumpulan Ahmad Said bergabung dengan pembangkang (PAS dan PKR), kerajaan negeri Terengganu yang ada akan jatuh.

Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini meminta Adun-adun PAS tidak campur tangan atau memihak dalam isu ini.

Ini menjadikan besar kemungkinan PAS akan bersama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu. – malaysiadateline.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 25, 2016 5:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pemimpin Ajaran Sesat 'Kerajaan Langit', Ayah Pin Meninggal Dunia
siakapkeli.my

TERENGGANU: Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ariffin Muhamad atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Pin, 74, dilaporkan telah meninggal dunia jam 8.30 malam tadi rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, lapor Berita Harian.

Kumpulan ajaran sesat 'Kerajaan Langit' yang diasaskan oleh Ayah Pin sebelum ini telah disenaraikan sebagai kumpulan agama sesat oleh pihak berkuasa agama di mana mereka menjadikan Kampung Batu 13, Hulu Besut sebagai pusat menyebar idiologi sonsang berkenaan.

Dalam ajaran berkenaan, Ayah Pin telah menggelarkan dirinya sebagai 'tuhan' kepada semua agama yang ada di dunia dengan mendakwa beliau menerima wahyu dari langit dan apa yang diajar atau dilakukannya adalah berasaskan wahyu berkenaan.

Pejabat Tanah Daerah Besut pada April 2005 telah mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan.- Siakapkeli.my

Lelaki Ini BONGKAR CERITA SEBENAR selepas KEMATIAN AYAH PIN yang MENYERAMKAN.
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot.
Posted by canang
Written By canang

Mari ikuti Kisah Hj lokman ini dan semoga memberi manfaat kepada para pembaca sekalian..

Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama…
Namun, ramai yang tak tahu kisah benar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970an lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.

Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.
Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga "scan" setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau "road block" bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.
Setelah membuat tinjauan atau "quick survey" di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.
Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 25, 2016 5:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

GEMPAR!!! Lebih Sejuta Pelanggan MAXIS Beralih Arah, Kenapa?... JomTerjah!!!

bloglist-malaysia.blogspot
sedakasejahtera.blogspot

PETALING JAYA: Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, lebih 400,000 pengguna meninggalkan syarikat itu.

Walaupun syarikat mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, namun tindakan pelanggan meninggalkan syarikat itu mungkin menjadi pengajaran kepada MAXIS untuk lebih berhati-hati dalam menjaga hubungan dengan pelanggan.

Sebahagian besar pelanggan meninggalkan MAXIS tahun ini dikaitkan dengan isu yang menjadi tumpuan di media sosial baru-baru ini yang melibatkan insentif data internet yang disediakan syarikat untuk pelanggan baharu MAXISOne tetapi tidak terpakai untuk pelanggan lama.

Pengguna mobil internet MAXIS dilapor jatuh kepada 8.5 juta pengguna dalam tempoh suku pertama tahun ini berbanding sembilan juta pengguna dalam tempoh yang sama tahun lalu, lapor akhbar perniagaan Malaysia Reserve berdasarkan laporan suku tahunan syarikat itu.

Pendapatan MAXIS meningkat kepada RM484 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini berbanding RM477 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu, hasil pengurangan operasi syarikat, kata akhbar itu yang memetik penganalisis.

Namun, pendapatan syarikat daripada perkhidmatan prabayar dan pascabayar jatuh 2.5 peratus dan 1.7 peratus kepada RM1.02 bilion dan RM994 juta.
Menurut penganalisis itu, MAXIS terlalu lambat memberi reaksi terhadap perubahan pasaran.

Katanya, pesaing seperti DiGi dan Celcom telah menawarkan pelan lebih murah manakala syarikat telco kecil iaitu UMobile dan TuneTalk telah 'makan' pasaran MAXIS.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MAXIS seperti leka. Syarikat ini terlalu yakin dan selesa serta menganggap pelanggan akan sentiasa bersama mereka," kata ketua sebuah firma sekuriti di ibu negara yang dipetik akhbar itu.
Akhbar itu melaporkan, berdasarkan analisis, kehilangan pelanggan MAXIS merupakan kemenangan besar kepada pesaingnya.

Sebagai contoh, suku pertama tahun lalu, pelanggan baru DiGi Telecommunications Sdn Bhd meningkat sebanyak 450,000 orang sementara MAXIS kehilangan 377,000 pelanggan.

Baru-baru ini, MAXIS memohon maaf di atas layanan tidak adil dan menawarkan data percuma 3GB kepada pelanggan MAXISOne yang tidak puas hati dengan pelan data internet.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal dan Ketua Bahagian Pelanggan, Dushyan Vaithiyanathan, tampil memohon maaf pada sidang video Facebook secara langsung pada 8 April lalu.

- FMT

Pemuda Cedera Parah Telefon Bimbit Dicaj Meletup
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Muhammad Syawal Md Isa mendapat rawatan di hospital. Foto The Star

ALOR SETAR: Seorang pemuda cedera parah apabila telefon bimbitnya yang sedang dicaj tiba-tiba meletup ketika dia mahu menjawab panggilan pada awal pagi Sabtu.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, lelaki berumur 28 tersebut dikejarkan ke Hospital Yan kira-kira pukul 4.40 pagi.
"Rawatan awal diberikan kepadanya, namun disebabkan beliau perlu diberi rawatan pakar, maka beliau telah dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mangsa dimasukkan ke wad oftamologi untuk rawatan pada mata dan turut mendapati kecederaan pada telinga kanan.

"Mangsa mengalami kesan terbakar dengan serpihan besi di bahagian kanan muka, dada dan tangan kanan serta luka pada kornea mata kanan selain terdapat bendasing di dalam matanya.
"Juga terdapat pendarahan pada telinga kanan dengan kesan gegendang telinganya pecah dipercayai akibat kesan letupan tersebut," kata Dr Norhizan.
Beliau berkata, mangsa kini dirawat di bawah pakar oftamologi, pakar bedah serta pakar telinga, hidung dan tekak.
Beliau berkata, mangsa dirancang untuk dirujuk ke Hospital Sungai Buloh, Selangor bagi pemeriksaan lanjut pada kornea mata.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Syawal Md Isa dari Kampung Titi Serong, Jalan Dulang, Yan. - Bernama

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/04/pemuda-cedera-parah-telefon-bimbit.html#ixzz46kao9LQh
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Telefon Bimbit Buatan China Meletup Ketika Mahu Jawab Panggilan
siakapkeli.my

Yan 23 April - Seorang tekong bot nelayan melecur di beberapa bahagian badan termasuk di bahagian mukanya apabila telefon bimbit buatan China miliknya yang sedang dicas meletup di rumahnya di Kampung Titi Serong, Jalan Dulang di sini.

Mangsa, Muhammad Syawal Md. Isa, 28, memberitahu, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika dia bersiap untuk turun ke laut.

"Sebaik sahaja mendengar de­ringan, saya lantas mengambil tele­fon dan menjawab panggilan itu.

"Ketika telefon baru diletakkan di telinga, tiba-tiba ia terus mele­tup," katanya sebagaimana lapor Mingguan Malaysia.

Menurut beliau juga, keadaan itu menyebabkan dia pengsan dan dibawa ke hospital dalam keadaan berlumuran darah akibat kejadian.

Memetik laporan itu juga, difahamkan telefon bimbit buatan China itu dibelinya kira-kira setahun yang lalu.

Mangsa pada mulanya dibawa ke Hospital Yan namun dipindahkan ke Hospital Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut Syawal, dia bersyukur panggilan itu tidak dijawab oleh dua anaknya yang masing-masing berusia 3 dan 4 tahun kerana kebiasaannya mereka yang menjawab telefon.

"Sebelum ini saya terbaca me­ngenai kes renjatan elektrik yang berlaku akibat daripada telefon bimbit. Tidak sangka pula perkara hampir sama berlaku kali ini," katanya.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail dalam satu kenyataan berkata mangsa mengalami kesan terbakar dengan serpihan besi terdapat di bahagian kanan muka, dada serta tangan kanan.

Selain itu beliau juga berkata kornea mata kanan Syawal mengalami luka dan terdapat serpihan bendasing di dalamnya

"Selain itu, berlaku pendarahan pada telinga kanan mangsa dengan kesan gegendang telinga yang berlubang iaitu pecah dipercayai akibat kesan letupan," katanya. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Saturday, April 23, 2016 7:22 PM
Subject: Fw: Power Bank MRSM Menang Anugerah Antarabangsa

Amaran Tentang Bahaya Menggunakan Telefon Bimbit Sedang dicas
siakapkeli.my

Pengguna-pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicas kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna sendiri.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan media mereka berkata, amalan menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicas boleh mendatangkan bahaya kerana berkemungkinan berlaku kerosakan pada alat pengecas yang digunakan seperti kebocoran elektrik.

"Amaran ini dikeluarkan berikutan kes seorang suri rumah yang dilaporkan telah mengalami renjatan elektrik semasa menggunakan telefon bimbit ketika dicas sehingga mendatangkan maut," katanya.

Berdasarkan siasatan awal, alat pengecas yang digunakan semasa kejadian telah mengalami kebakaran kecil berikutan penggunaan alat pengecas bukan dari pengeluar asal telefon bimbit.

"Pengilang, pengimpot, pembekal dan penjual diingatkan supaya hanya memasarkan alat pengecas yang mempunyai label SIRIM-ST atau pengecas tulen yang dibekalkan bersama telefon bimbi yang mempunyai label SKMM."

"Pengguna juga dinasihatkan supaya membeli dan menggunakan alat pengecas yang hanya mempunyai label seperti diatas," katanya lagi berdasarkan kenyataan media.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai keselamatkan penggunaan elektrik, orang ramai boleh menghubungi Unit Promosi dan Komunikasi, Jabatan perkhidmatan Korporat di talian 03 8870 8500/8598 atau emel ke upk@st.gov.my. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 25, 2016 5:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

CUBA KORANG CAKAP MACAM NI KAT MEMBER KORANG YANG TAK SOLAT, CONFIRM TANGKAP NANGIS PUNYA...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 25, 2016 7:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Guru Kebas 'Diludah' Ular

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

ALOR SETAR: Seorang guru wanita dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, apabila dipercayai terkena semburan bisa ular pada kaki kirinya selepas terpijak reptilia berkenaan dalam stor sebuah sekolah rendah, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa berusia 24 tahun bersama rakannya dikatakan mahu menyimpan barang di stor terletak di belakang sekolah berkenaan selepas berakhir majlis Hari Anugerah Cemerlang.

Sumber berkata, mangsa secara tiba-tiba berasa seperti terpijak benda lembik menyebabkannya terkejut dan ketika itu ular yang tidak dikenal pasti menyemburkan bisanya.

Menurutnya, akibatnya mangsa dan rakan lain yang berada dalam stor turut menjerit sebelum rakannya terlihat kelibat seekor ular menyusur pergi lalu semua mereka berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

"Guru lain yang berada di sekolah itu terkejut sebaik terdengar jeritan lalu pergi melihat apa yang berlaku dan mangsa mendakwa kaki kirinya kebas lalu membasuh bahagian yang didakwa terkena semburan bisa itu dengan air.

"Berikutan itu, guru wanita terbabit dihantar ke HSB untuk rawatan lanjut selepas berasa pening dan kebas pada kaki selain bimbang keadaan mungkin bertambah teruk," katanya.

Katanya, keadaan guru wanita berkenaan bertambah baik semalam, namun masih berasa kebas pada kaki kirinya selain fobia dengan apa yang berlaku sebelum rakan-rakannya memberikan semangat.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, hasil pemeriksaan di Jabatan Kecemasan HSB mendapati keadaan guru berkenaan stabil tanpa terdapat tanda serta kesan dipatuk ular.

"Mangsa mengadu mengalami kebas pada kaki kiri lalu ditempatkan di wad pemerhatian mulai jam 11 malam tadi (kelmarin), namun pemantauan dilakukan mendapati keadaan mangsa kekal stabil.

"Pemeriksaan lanjut oleh pakar perubatan tidak menemui sebarang tanda mangsa dipatuk ular sebelum mangsa dibenarkan pulang pagi tadi (semalam)," katanya.

- Harian Metro

Pelajar Tingkatan Tiga Tinggal Di Asrama Pula Dipatuk Ular
siakapkeli.my

SEREMBAN: Seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah berasrama menjadi mengsa terbaru apabila dipatuk ular pada malam Sabtu lalu, lapor Berita Harian.

Menurut sumber, pelajar berkenaan dikatakan telah dipatuk ular kira-kira jam 9 malam ketika dalam perjalanan pulang dari surau sekolah ke asrama bersama rakannya ketika melalui jalan gelap.

Beliau bagaimanapun dilaporkan selamat selepas mendapat rawatan segera di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini.

"Warden asrama segera membawanya ke HTJS dan doktor mengesahkan dia dipatuk ular. Keadaannya stabil dan dibenarkan keluar dari hospital hari ini, " katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Berdasarkan rekod, ini adalah kejadian ketiga pelajar sekolah dipatuk ular dalam tempoh dua minggu di mana kejadian pertama menyebabkan seorang murid Tahun Satu maut di Kota Bharu, Kelantan manakala selepas itu seorang Murid Tahun Dua dari Rembau pengsan dan sempat dihantar ke hospital untuk rawatan selepas dipercayai dipatuk ular. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Saturday, April 23, 2016 7:19 PM
Subject: Fw: Murid Darjah Dua Pula Dipatuk Ular

Murid Darjah Dua Pula Dipatuk Ular
siakapkeli.my

REMBAU, 20 Apr – Seorang murid perempuan darjah dua dari SK Chembong kini ditempatkan di zon merah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban selepas dipercayai dipatuk ular bewarna hitam di padang sekolah tersebut pagi tadi.

Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi itu mangsa dipercayai terkena patukan ular semasa sedang berlari mengelilingi padang bagi sesi memanaskan badan semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Insiden yang menimpa murid berkenaan kini tersebar luas melalui aplikasi Whatsapp.

Sementara itu, menurut pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil, Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Rodiah Mohd Jan telah melaporkan insiden berkenaan kepadanya sejurus selepas mendapat maklumat dari sekolah berkenaan.

Tambahnya lagi, pegawai itu telah pun melawat kanak-kanak itu dan dia kini dalam keadaan stabil.

"Kita kini sedang menunggu laporan penuh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung insiden berkenaan. Berdasarkan laporan awal, murid berkenaan telah terjatuh di padang dan rakan-rakannya ternampak seekor ular berwarna hitam berhampiran murid berkenaan.

"Guru bagaimanapun tidak ternampak ular hitam berkenaan dan segera bertanyakan kepada murid sama ada berasa sakit atau tidak. Namun murid berkenaan menyatakan tidak sakit dan turut tidak sedar terdapat ular berhampiran dengannya ketika terjatuh.

Rusni berkata lagi, pelajar itu kemudian dibawa ke bilik guru dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Rembau selepas guru tersebut menyedari terdapat perubahan pada wajah murid.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan guru berkenaan memaklumkan kepada keluarga murid dan sebaik tiba di KK Rembau serta dimaklumkan kemungkinan murid berkenaan terkena patukan ular, murid berkenaan dikejarkan ke HTJ menggunakan ambulans.

"Pihak hospital mengesahkan terdapat kesan gigitan dipercayai patukan ular di bawah lutut kanan murid berkenaan. Bagaimanapun, murid berkenaan kini berada dalam keadaan stabil," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 25, 2016 7:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Perkecilkan Tabungan SSPN-i oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan, Razif Terima Padah!

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Semenjak semalam, ramai orang perkatakan tentang Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu yang ditarik kurnia oleh Sultan Mizan Zainal Abidin. Razif pula tak nak ulas pasal isu ini. SUK tutup mulut. Ramai orang tertanya adakah ini benar ataupun hanya serangan pro-paganda daripada bekas MB lalu Ahmad Said.

Aku dapat maklumat, daripada geng UMNO teganukita bahawa murka sultan bermula pada 21 April 2016 lalu dalam Majlis Pengurniaan Bantuan Tabungan SSPN-i kepada Pelajar-Pelajar Miskin Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Mengikut sumber tersebut, teks ucapan yang dibacakan oleh MB Terengganu dalam Majlis Kurniaan Tabungan SSPN-i oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan pada Jumaat lalu, dikatakan memperkecilkan pemberian YDSM berbanding sumbangan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Seramai 500 pelajar miskin di negeri ini menerima bantuan sebanyak RM100 seorang daripada Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) melalui pembukaan akaun atau penambahan deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Ahmad Razif berucap dalam majlis bersama Sultan tersebut terdapat fakta dan figura di dalam ucapan tersebut adalah tidak benar serta tidak menepati fakta sehingga perkara tersebut menyingong perasaan sultan.

Untuk 'cover' UMNO Terengganu cuba menyalahkan tukang buat teks ucapan. TSIS dan FELO, sebuah badan pemikir dibawah Kerajaan Negeri Terengganu dijadikan 'kambing hitam'.

Siapa pula nak jadi MB Terengganu selepas ini dikalangan UMNO??

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.my

Datuk Rozi Mamat dan ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee Calon MB Baru??

bloglist-malaysia.blogspot 

Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah

PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor membatalkan semua program yang sepatutnya dihadiri beliau minggu ini.

Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai kepada Menteri Besar Terengganu yang turut mendedahkan semua program itu kini diwakili oleh exco negeri itu. "Menteri Besar tiada program minggu ini, semuanya diwakilkan kepada exco. Sepatutnya ada dua program untuk dihadiri beliau minggu ini," katanya ketika dihubungi FMT.

Jelas pegawai yang enggan namanya didedahkan, pembatalkan program tersebut mungkin disebabkan kemelut yang sedang dihadapi Ahmad Razif dan pihak istana ketika ini.

"Pembatalan program tersebut, mungkin ada kaitan dengan isu yang berlaku sekarang dan Menteri Besar juga tidak akan menghadiri program yang dihadiri orang ramai bagi meredakan keadaan," jelasnya.

Kemelut Menteri Besar Terengganu mula hangat diperkatakan setelah pihak istana Terengganu dikatakan menarik balik gelaran kebesaran yang dianugerahkan kepada Ahmad Razif.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan daripada pihak istana berhubung tindakan tersebut, namun ia dikaitkan dengan ucapan beliau ketika menghadiri sebuah majlis bersama Sultan Mizan.

Ahmad Razif ketika membacakan teks ucapan didakwa berkata Kerajaan Terengganu lebih banyak membantu rakyat berbanding pihak Yayasan Diraja Sultan Mizan, sekaligus membangkitkan kemurkaan Sultan Mizan.

Sementara itu menurut laporan terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu membabitkan Menteri Besar Terengganu.

Ia juga meminta rakyat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat dan ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee yang disebut-sebut antara calon yang akan menggantikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, April 24, 2016 10:02 PM
Subject: Lucut Gelaran Dato' Seri MB Terengganu

Sultan Mizan Lucut Gelaran Dato' Seri MB Terengganu
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Sultan Mizan lucut gelaran Dato' Seri MB Terengganu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan mengulas ketika ditanya mengenai desas-desus penarikan balik darjah kebesaran istana Terengganu yang diberikan kepadanya.

Berita Harian hari ini melaporkan, beliau hanya mengucapkan ringkas 'terima kasih' dan menaiki kenderaan rasminya apabila diserbu wartawan sebelum meninggalkan Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di Hotel Primula, di sini, sebentar tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Osman Muda turut enggan mengulas apabila ditanya mengenai viral perlucutan gelaran itu.

Sementara itu, BH difahamkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin belum mengeluarkan titah rasmi berhubung isu perlucutan itu. Difahamkan juga titah mengenai perlucutan anugerah itu hanya disuarakan secara lisan.

Sultan Mizan lucut gelaran Dato' Seri MB Terengganu. Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.

Pagi ini, pada majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, gelaran Datuk Seri tidak disebut oleh pengacara majlis, sekadar menyebut Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu.

Sultan Mizan berangkat dan merasmikan Persidangan Wakaf Senusantara 2016 itu.

Pada ucapan alu-aluan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hanya menyebut Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti ucapan majlis lain, sebelum ini, lapor FMT.

Punca gelaran "Datuk Seri" MB Terengganu ditarik!!
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik petang semalam, Jumaat 22 April, kata satu sumber dari Kuala Terengganu.

Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini berkrisis dengan istana selepas tidak sampai setahun dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).

Menurut sumber, Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat) selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat.

Ketika dihubungi, seorang pemimpin Umno dari Terengganu yang mempunyai hubungan yang baik dengan Istana mengesahkan berita ini.

"Comfirm. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja.

"Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau serah semua darjah kebesaran," kata beliau ketika di hubungi.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan berada di Terengganu bagi menguruskan perkara ini. Zahid dilihat berada di lapangan terbang Kuala Terengganu (gambar bawah).

Dengan apa yang berlaku sekarang, sumber Umno itu berkata, Umno mempunyai tiga pilihan untuk dibuat.

"Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang kedua menukar MB kepada Adun yang lain.

"Ketiga adalah Umno membuat kerajaan perpaduan dengan PAS di Terengganu," kata beliau kepada Malaysia Dateline dengan menyifatkan ia adalah pilihan yang dikehendaki oleh Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno bagi menstabilkan kerajaan negeri.

Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).

8 Mac lalu, bekas MB yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.

Dua hari lepas, sumber dari Terengganu mendakwa, dua lagi Adun Umno akan menyertai Ahmad Said untuk menjadi Adun Bebas.

Ini menjadikan Umno (BN) mempunyai 14 Adun, PAS (14), Bebas (3) dan PKR (1).

Jika kumpulan Ahmad Said bergabung dengan pembangkang (PAS dan PKR), kerajaan negeri Terengganu yang ada akan jatuh.

Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini meminta Adun-adun PAS tidak campur tangan atau memihak dalam isu ini.

Ini menjadikan besar kemungkinan PAS akan bersama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu. – malaysiadateline.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 25, 2016 7:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KURANG HAJAR BETUL PAS!!!
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Ini semua salah PAS!!!

Senarai lengkap calon-calon bertanding PRN Sarawak 2016
bloglist-malaysia.blogspot
cenangau.blogspot.

KEJAYAAN BN menang percuma di 2 kerusi DUN dalam pilihanraya negeri Sarawak sebentar tadi, membuktikan bahawa PKR ini adalah parti yang kelam kabut.

Kosmo melaporkan:

KUCHING - Barisan Nasional (BN) hari ini menang tanpa bertanding dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).

Kerusi-kerusi itu dimenangi oleh kedua-dua penyandang, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di Bukit Sari dan Dr Abdul Rahman Ismail di Bukit Kota.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media di pejabat SPR Sarawak di sini selepas selesai proses penamaan calon. - Kosmo.
Portal Umno MyKMU melaporkan:

KEJAYAAN BN menang percuma di 2 kerusi DUN dalam pilihanraya negeri Sarawak sebentar tadi, membuktikan bahawa PKR ini adalah parti yang kelam kabut. Sejak Anwar masuk jail ni, PKR nampaknya bergantung kepada persepsi semata-mata nak menunjukkan kononnya dia kuat, hakikatnya, PKR lemah, kelam kabut dan tak terurus.

Ketika kecoh PKR berebut 5 kerusi dengan DAP, 2 kerusi yang sepatutnya mereka bertanding iaitu di Bukit Kota dan Bukit Sari, calon PKR tak muncul seterusnya memberikan kemenangan percuma kepada BN. - MyKMU.
Apa pun, sebenarnya aku malas nak komen kat posting ni, cuma nak letak senarai calon yang bertanding dalam PRN Sarawak kali ke 11 ni ja.

Berikut adalah senarai calon-calon yang bertanding pada PRN Sarawak ke 11 :

N.1 OPAR
Ranum Mina - Calon langsung BN
Francis Teron Kadap (PKR),
Partick Anek Uren (PBDS)
Niponi Undek (Bebas)

N.2 TASIK BIRU
Henry Harry Jinep (SPDP)
Mordi anak Bimol (DAP)
Johnson Bilok (DNP)

N.3 TANJUNG DATU
Tan Sri Haji Adenan Haji Satem (PBB).
Jazolkipli Numan (PKR)

N.4 PANTAI DAMAI
Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi (PBB)
Zainal Abidin Bin Yet (PAS)

N.5 DEMAK LAUT
Dr Haji Hazland Bin Abang Haji Hipni (PBB)
Mohammad Fidzuan Zaidi (Amanah)

N.6 TUPONG
Fazzruddin Abdul Rahman (PBB)
Nurhanim Hanna Mokhsen (PKR)

N.7 SEMARIANG
Sharifah Hasidah Syaeed Aman Ghazali (PBB)
Yusof Assidiqqi Bin Ahmad Sharkawi (PAS)
Nani binti Sahari (Amanah)

N.8 SATOK
Datuk Amar Abang Johari (PBB)
Mohamed Salleh Shawkatali (PKR)

N.9 PADUNGAN
Peter Pau (SUPP)
Teo Kuang Kim (Star)
Wong King Wei (DAP),

N.10 PENDING
Milton Foo Tiang Wee (SUPP)
Violet Yong Wui (DAP)

N.11 BATU LINTANG
Sih Hua Tong (SUPP)
See Chee How (PKR)
Lina Soo (Star)

N.12 KOTA SENTOSA
Wilfred Yap Yau Shin (SUPP)
Chong Chieng Jen (DAP)

N.13 BATU KITANG
Lo Khere Chiang (SUPP)
Voon Shiak Ni (PKR)
Abdul Aziz Isa (DAP)
Sulaiman Kadir (Bebas)
Datuk Seri Othman Bojeng (Bebas)

N.14 BATU KAWAH
Datuk Dr Sim Kui Hian (SUPP)
Christina Chiew Wang See (DAP)
Liu Thian Leong (Bebas)

N.15 ASAJAYA
Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB)
Soebiandono Andrew (DNP)
Abang Junaidi Abang Gom (PKR)

N.16 MUARA TUANG
Datuk Idris Buang (PBB)
Zulkipli Bin Ramzi (PAS)
Abang Abdul Halil Bin Naili (Amanah)

N.17 STAKAN
Dato Sri Haji Mohamad Ali Mahmud (PBB)
Leslie Ting Xiang Zhi (DAP)
Jatan Pangau Abas (DNP)

N.18 SEREMBU
Miro Simuh (Calon langsung (PBB)
Athina Klaywa Sim (PKR)
Buln Ribos (Star)
Ressa Billie (DNP)

N.19 MAMBONG
Datuk Dr Jerip Susil (UPP Calon langsung)
Willie Mongin (PKR)
Sanjan Daik (DAP)
John Sireg (DNP)

N.20 TARAT
Datuk Roland Sagah Wee Inn (PBB)
Musa anak Ngog (PKR)
Jospin (DNP)

N.21 TEBEDU
Dato Sri Michael Manyin Anak Jawong (PBB)
Mark Barau (DAP)
Alex Saben Nipong @ Nyipong (PKR)

N.22 KEDUP
Martin Ben (PBB)
Andrew Nyaie (DAP)
Mark Murau (PBDS Baru)

N.23 BUKIT SEMUNJA
John Ak Ilus Calon Langsung- (PBB)
Andrew Edward Luwak (DAP)
Cobbold John (PBDS Baharu)
Johny Bob (Star)
Fredrick Bayoi Manggie (Bebas

N. 24 SADONG JAYA
Ir. Aidel Lariwoo (PBB)
Asan Bin Singkro, 63, (PAS)
Othman Bin Mustapha (Amanah)

N.25 SIMUNJAN
Awla Dris (PBB)
Petrius Lagan (DNP)
Jamilah Baharuddin (PKR)

N.26 GEDONG
Datuk Haji Mohd Noroden Haji Majais (PBB)
Rapelson Richard Hamit (Amanah)

N.27 SEBUYAU
Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB),
Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (PAS)
Andrew Anak Jain (Amanah)

N.28 LINGGA
Simoi Haji Peri (PBB)
Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)
Dato Wan Abdillah Edruce (Bebas)

N.29 BETING MARO
Razaili Haji Gapor (PBB)
Hamidah Binti Mokhtar (PAS)
Andri Zulkarnean Hamden (Amanah)

N.30 BALAI RINGIN
Snowdan Lawan (PRS)
Nicholas Mujah Ason (PKR)
Sentosa Imam (Bebas)
Pok ak Ungkot (PBDA Baharu)

N.31 BUKIT BEGUNAN
Datuk Mong Dagang (PRS)
Juperi Atak (PKR)

N.32 SIMANGGANG
Datuk Francis Harden Holis (SUPP)
Norina Umoi Utot (PKR)
Datuk Dr Ngu Piew Seng (Bebas)
Leon Jimat Donald (DAP)

N.33 ENGKILILI
Dr. Johnical Rayong Ngipa (UPP Calon Langsung)
Nicholas Bawin ak Anggat(PKR)
Adan Sandom (Bebas)
Dr Ridi Bauk (Bebas)

N.34 BATANG AI
Malcom Mussem Lamoh (PRS)
Kolien Liong (PKR)

N.35 SARIBAS
Mohamad Radzi Sitam (PBB)
Yakup Daud (PKR)

N.36 LAYAR
Gerald Rentap Jabu (PBB)
Vernon Aji Kedit (PKR)
James Stanley Mikai (DNP)

N.37 BUKIT SABAN
YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas (PBB)
Noel Changgai Bucking (PKR)

N.38 KALAKA
Datuk Wahab Aziz (PBB)
Jemat Panjang (PKR)

N.39 KRIAN
Kilat Beriak (SPDP)
Ali Biju (PKR)
Polycarp Danson (DNP)

N.40 KABONG
Mohamad Chee Kadir (PBB)
Novert Sullang (DNP)
Jini Bin Sahini (Amanah)

N.41 KUALA RAJANG
Datu Haji Len Talif Salleh (PBB)
Sufian Bin Julaihi (Amanah)

N.42 SEMOP
Abdullah Haji Saidol (PBB)
Fadillah Bin Sabali (Amanah)

N.43 DARO
Shafiee Hj. Ahmad (PBB)
Ibrahim Bayau (Amanah)

N.44 JEMORENG
Datuk Dr Juanda Jaya (PBB)
Dolah bin Shahminan (Bebas)
Kiprawi Bin Suhaili (Amanah)

N.45 REPOK
Dato Sri Huang Tiong Sii (UPP calon langsung)
Yong Siew Wei (DAP)
Wong Ching King, 50 (Bebas - Keluar DAP)

N.46 MERADONG
Ding Kuong Hiing (SUPP)
Ting Tze Fui (F) (DAP)

N.47 PAKAN
Tan Sri William Mawan (Calon Langsung BN)
Rinda Juliza Alexander (DAP)
Dr Jawie Jingot (Bebas)

N.48 MELUAN
Rolland Duat (SPDP)
Semana Sawang (PKR)
Jerry Clement (Bebas)
Elly Lawai Ngalai (Bebas)

N.49 NGEMAH
Alexander Vincent (PRS)
Thomas Laja (PKR)
Richard anak Lias (DAP)
Matthew Mudai (DNP)

N.50 MACHAN
Allen Siden Gramong (PBB)
George Chen Nguk Fa (PKR)
Playmond Raynold (DNP)

N.51 BUKIT ASSEK
Chieng Buong Toon (SUPP)
Irene Mary Chang Oi Ling (DAP)
Moh Hiong Kiong (Star)
Lina Kujak (DNP)

N.52 DUDONG
Datuk Tiong Thai King (UPP calon langsung)
Yap Hoi Liong (DAP)
Casper Kayong Umping (Bebas)
Dr Benny Lee (Bebas)
Mary Tiong Yiik Hong (Star)

N.53 BAWANG ASSAN
Datuk Sri Wong Soon Koh, (Calon langsung)
Wong Sing Wei (Star)
Chiew Sung Ngie (DAP)
Watson Bangau Ak Jonathan Renang (Bebas)
Yeu Bang Keng (Bebas)

N.54 PELAWAN
Datuk Janet Lau (UPP calon langsung)
Priscilla Lau (Star),
David Wong (DAP)

N.55 NANGKA
Dr. Haji Annuar Rapaee (PBB)
Abdul Raafidin Majidi (PKR)
Simon Tiong (Star)

N.56 DALAT
Datuk Hajah Fatimah Abdullah (PBB)
Sim Eng Hua (PKR)

N.57 TELLIAN
Yussibnosh Balo (PBB)
Asinii @ Hasni bin Yahya (PKR)

N.58 BALINGIAN
Abdul Yakub Arbi (PBB)
Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah)

N.59 TAMIN
Christoper Gira, 45 (PRS)
Simon Joseph Usau (PKR)

N.60 KAKUS
Datuk John Sikie (PRS)
Clement Bayang (PAS)
Joshua Jabing @ Jabeng (PKR)
Anthony Ejau (DNP)

N.61 PELAGUS
Wilson Nyambong (PRS)
Yong Sibat (Bebas)
Frankie Bedindang (DAP)

N.62 KATIBAS
Ambrose Blikau
Paren Nyawi (DAP)
Munan Laja (SWP)
John Esot (DNP)

N.63 BUKIT GORAM
Jefferson Jamit anak Unyat (PBB)
Larry anak Asap (DAP)
Rentap Salau (DNP)

N.64 BALEH
Tan Sri James Jemut Masing (PRS)
Agong Linsong (DAP)

N.65 BELAGA
Liwan Lagang (PRS)
Alex Lihan (DAP)

N.66 MURUM
Chuk Pai Ugon, 47 (PRS)
Abun Sui Anyit,, 42, (PKR)
Kenneth Adan Silek (DAP)

N.67 JEPAK
Datuk Haji Talib Zulpilip (PBB),
Kiprawi Bin Aman (PAS)
Abdul Jalil Bujang (PKR)
Jok Padan (DNP)

N.68 TANJONG BATU
Datuk Pau Chiong Ung (SUPP)
Chiew Chiu Sing (DAP)

N.69 KEMENA
Datuk Dr Stephen Rundi Anak Utom (PBB)
Leighton Manjah (DAP)

N.70 SAMALAJU
Majang Renggie (PRS)
Engr. Zharudin bin Narudin (PAS)
Michael Lias (Bebas)
Baba Emperan (DAP)

N.71 BEKENU
Rosey Yunus (Calon Langsung, Teras )
Bill Kayong (PKR)
Peter Jilin (Bebas)
Austin Sigi Melu (Bebas)

N.72 LAMBIR
Ripin Haji Lamat (PBB)
Mohammad Arifiriazul Bin Paijo (PAS)
Mohdak Ismail (PKR)
Attak Lee (Bebas)

N.73 PIASAU
Dato' Sebastian Ting Chiew Yew (SUPP)
Alan Ling Sie Kiong (DAP)

N.74 PUJUT
Datuk Hii King Chiong (UPP calon langsung)
Jofri Haji Jaraiee (PAS)
Fong Pau Teck (Bebas)
Dr Ting Tiong Choon (DAP)

N.75 SENADIN
Datuk Lee Kim Shin (SUPP)
Dr Bob Baru Langup (DAP)
Steve Teo (PKR)
Bill Kayong (DNP)

N.76 MARUDI
Datu Dr Penguang Manggil (SPDP)
Elia Bit (PKR)
Louis Jalang (BEBAS)

N.77 TELANG USAN
Dennis Ngau (PBB)
Roland Engan (PKR)

N.78 MULU
Gerawat Gala- Calon Langsung (PBB)
Paul Baya (PKR)
Paul Raja (DAP)

N.79 BUKIT KOTA
Dr Haji Abdul Rahman Ismail (PBB)
Menang tanpa bertanding

N.80 BATU DANAU
Paulus Palu Gumbang (Teras) - Calon langsung
Nick Nabau (DNP),

N.81 BA'KELALAN
Willie Liau (SPDP)
Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak)

N.82 BUKIT SARI
Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan (PBB)
Menang tanpa bertanding

Sumber: Sarawakiana

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 25, 2016 7:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

CEO MAXIS Merayu Supaya Rakyat Malaysia Terus Sokong Maxis

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, lebih 400,000 pengguna meninggalkan syarikat itu.

Walaupun syarikat mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, namun tindakan pelanggan meninggalkan syarikat itu mungkin menjadi pengajaran kepada MAXIS untuk lebih berhati-hati untuk menjaga hubungan dengan pelanggan.

Sebahagian besar pelanggan meninggalkan MAXIS tahun ini dikaitkan dengan isu yang menjadi tumpuan di media sosial baru-baru ini yang melibatkan insentif data internet yang disediakan syarikat untuk pelanggan MAXISOne baharu tetapi tidak terpakai untuk pelanggan lama.

Pengguna mobil internet MAXIS dilapor jatuh kepada 8.5 juta pengguna dalam tempoh suku pertama tahun ini berbanding sembilan juta pengguna dalam tempoh yang sama tahun lalu, lapor akhbar perniagaan Malaysia Reserve berdasarkan laporan suku tahunan syarikat itu.

Pendapatan MAXIS meningkat kepada RM484 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini berbanding RM477 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu, hasil pengurangan operasi syarikat, kata akhbar itu yang memetik penganalisis.

Namun, pendapatan syarikat daripada perkhidmatan prabayar dan pascabayar jatuh 2.5 peratus dan 1.7 peratus kepada RM1.02 bilion dan RM994 juta.

Menurut penganalisis itu, MAXIS terlalu perlahan untuk memberi reaksi terhadap perubahan pasaran.

Katanya, pesaing seperti DiGi dan Celcom telah menawarkan pelan lebih murah manakala syarikat telco kecil iaitu UMobile dan TuneTalk telah 'makan' pasaran MAXIS.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MAXIS seperti leka. Syarikat ini terlalu yakin dan selesa serta menganggap pelanggan akan setiasa bersama mereka," katan ketua sebuah firma sekuriti di ibu negara, lapor akhbar itu lagi.

Akhbar itu melaporkan, berdasarkan analisis, kehilangan pelanggan MAXIS merupakan kemenangan besar kepada pesaingnya.

Sebagai contoh, suku pertama tahun lalu, DiGi Telecommunications Sdn Bhd menambah seramai 450,000 pelanggan baharu sementara MAXIS kehilangan 377,000 pelanggan.

Baru-baru ini, MAXIS memohon maaf di atas layanan tidak adil dan menawarkan data percuma 3GB kepada pelanggan MAXISOne yang tidak puas hati dengan pelan data internet.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal dan Ketua Bahagian Pelanggan,Dushyan Vaithiyanathan, tampil memohon maaf pada sidang Facebook secara langsung pada 8 April lalu.

KUALA LUMPUR - Susulan viralnya luahan kekecewaan para pelanggan Maxis yang mendakwa mereka mengalami kerugian bila melanggan pakej pelan MaxisOne, Maxis tampil memberikan kenyataan sebentar tadi melalui video siaran langsung di Facebook rasminya.

'Jika Saya Terus Guna Maxis Untuk 13 Bulan Lagi, Sayalah Manusia Yang Paling Bodoh'

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal menjelaskan bahawa, mereka mendengar dan memahami segala persoalan pelanggan Maxis, bukannya berdasarkan pada tinjauan dan statistik sahaja.

"Kebelakangan ini, pusat panggilan dan laman media sosial kami dipenuhi dengan maklumbalas dari pelanggan Maxis yang marah, kecewa dan tidak berpuas hati. Kami akui situasi ini mendatangkan kerisauan pada kami.

"Perubahan pasaran semasa ke atas permintaan data yang tinggi telah mendorong Maxis untuk menyediakan tawaran terbaik untuk pelanggan. Namun, kami telah mengambil masa yang terlalu lama demi menambah lebih banyak ciri-ciri hebat selain dari kuota tambahan.

"Sementara menyempurnakan pelancaran pelan ini, pengguna-pengguna Maxis tertentu telah terpilih untuk menerima tawaran pelan Maxis yang dikhususkan mengikut kesesuaian mereka. Tindakan kami telah menimbulkan sedikit kekeliruan dikalangan pelanggan. Malah kami juga sedar, tindakan ini adalah kurang bersesuaian dengan komitmen syarikat dalam mengutamakan keadilan dan ketelusan.

"Oleh itu, kami dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua warga Maxis kerana telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab segala persoalan anda," jelas Morten.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pengguna, Dushyan Vaithiyanathan mengumumkan, setiap pelanggan MaxisONE akan dinaik taraf dengan kuota tambahan pada harga yang sama dalam masa terdekat.

"Sebagai contoh, pelanggan MaxisONE yang kini hanya mendapat kuota 1GB sebulan akan dinaiktaraf ke 5GB sebulan. Pelanggan yang mendapat kuota 3GB sebulan akan dinaiktarafkan ke 8GB sebulan. Semua pelanggan akan menikmati faedah ini, bukan sahaja pelanggan baru.

"Selain peningkatan kuota, inovasi tambahan yang akan membolehkan pelanggan menerima lebih banyak faedah dengan data tambahan yang diperolehi melalui rangkaian kami. Pelanggan MaxisONE Business juga akan menikmati manfaatnya," jelas Dushyan.

Difahamkan pelan-pelan baru itu akan dilancarkan pada bulan April ini dan semua pelanggan MaxisONE akan menikmati 3GB kuota tambahan bermula minggu depan.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
Sent: Sunday, April 24, 2016 10:11 PM
Subject: Fw: Lebih Sejuta Pelanggan MAXIS Beralih Arah

GEMPAR!!! Lebih Sejuta Pelanggan MAXIS Beralih Arah, Kenapa?... JomTerjah!!!

bloglist-malaysia.blogspot
sedakasejahtera.blogspot

PETALING JAYA: Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, lebih 400,000 pengguna meninggalkan syarikat itu.

Walaupun syarikat mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, namun tindakan pelanggan meninggalkan syarikat itu mungkin menjadi pengajaran kepada MAXIS untuk lebih berhati-hati dalam menjaga hubungan dengan pelanggan.

Sebahagian besar pelanggan meninggalkan MAXIS tahun ini dikaitkan dengan isu yang menjadi tumpuan di media sosial baru-baru ini yang melibatkan insentif data internet yang disediakan syarikat untuk pelanggan baharu MAXISOne tetapi tidak terpakai untuk pelanggan lama.

Pengguna mobil internet MAXIS dilapor jatuh kepada 8.5 juta pengguna dalam tempoh suku pertama tahun ini berbanding sembilan juta pengguna dalam tempoh yang sama tahun lalu, lapor akhbar perniagaan Malaysia Reserve berdasarkan laporan suku tahunan syarikat itu.

Pendapatan MAXIS meningkat kepada RM484 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini berbanding RM477 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu, hasil pengurangan operasi syarikat, kata akhbar itu yang memetik penganalisis.

Namun, pendapatan syarikat daripada perkhidmatan prabayar dan pascabayar jatuh 2.5 peratus dan 1.7 peratus kepada RM1.02 bilion dan RM994 juta.
Menurut penganalisis itu, MAXIS terlalu lambat memberi reaksi terhadap perubahan pasaran.

Katanya, pesaing seperti DiGi dan Celcom telah menawarkan pelan lebih murah manakala syarikat telco kecil iaitu UMobile dan TuneTalk telah 'makan' pasaran MAXIS.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MAXIS seperti leka. Syarikat ini terlalu yakin dan selesa serta menganggap pelanggan akan sentiasa bersama mereka," kata ketua sebuah firma sekuriti di ibu negara yang dipetik akhbar itu.
Akhbar itu melaporkan, berdasarkan analisis, kehilangan pelanggan MAXIS merupakan kemenangan besar kepada pesaingnya.

Sebagai contoh, suku pertama tahun lalu, pelanggan baru DiGi Telecommunications Sdn Bhd meningkat sebanyak 450,000 orang sementara MAXIS kehilangan 377,000 pelanggan.

Baru-baru ini, MAXIS memohon maaf di atas layanan tidak adil dan menawarkan data percuma 3GB kepada pelanggan MAXISOne yang tidak puas hati dengan pelan data internet.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal dan Ketua Bahagian Pelanggan, Dushyan Vaithiyanathan, tampil memohon maaf pada sidang video Facebook secara langsung pada 8 April lalu.

- FMT

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 25, 2016 7:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ibu Ada Anak Sakit Kecewa Dipanggil Bab* Oleh Rakan Sendiri Apabila Minta Hutang
siakapkeli.my

Sayu hati ini takkala melihat seorang ibu yang sanggup berjuang untuk mencari sumber kewangan demi memastikan anak kesayangannya yang tidak sihat menerima rawatan sebaiknya telah dikhianati oleh rakan sendiri.

Ibu berkenaan, Puan izzatul Azifah, dilihat terkapai-kapai apabila ada rakannya telah meminjam wang daripadanya, sedangkan dia memerlukan wang tersebut untuk rawatan anaknya yang tinggi.

Kisah ini pernah kami di Siakapkeli ketengahkan pada satu ketika dahulu di mana anak kecil Nur Ainun Husna yang telah mengalami jangkitan kuman.

Sudah pasti perlu kita tahu rawatan untuk Ainun perlu dilakukan selalu dan sudah pasti juga memerlukan kos rawatan yang berterusan, tetapi niat baik si ibu ini menolong kawan sendiri nampaknya telah dibalas dengan kata-kata kesat apabila meminta supaya untuk dibayar hutang berkenaan.

Berikut adalah rayuan si ibu dan balasan mesej yang dilihat menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya oleh rakan beliau yang meminjam duit.

Terima Kasih Sebab Bab*kan Saya ..
Awak Lah Sahabat Dunia Akhirat Saya ..
Saya Hanya Tuntut Hak Saya ...
Terima Kasih Sahabat ...
Sebelum Ni Awak Di Uji Saya Sentiasa Di Sisi Awak .. Sekarang Saya Di Uji .. Awak bab*kan saya .. Saya Hanya Tuntut Hak Saya ...

Apapun, harap sangat si peminjam dapat membayar wang berkenaan kerana kos rawatan adik Ainun yang berterusan semerlukan lebih banyak kos rawatan.

Untuk mereka yang ingin membantu adik Ainun bolehlah berbuat demikian berdasarkan gambar dibawah. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 25, 2016 7:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ini jawapan Ketua Polis Negara

bloglist-malaysia.blogspot
penburukonline.blogspot

Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan firma senjata api yang dikaitkan dengan anak perempuannya itu memperolehi lesen perniagaan sebelum beliau dilantik menjadi ketua polis negara.

Malah, Khalid berkata beliau juga telah melarang syarikat milik anaknya itu untuk membida sebarang tender senjata api berkaitan kerajaan atau polis.

"Mereka memperolehi lesen berniaga dan memperbaiki senjata api sebelum saya jadi ketua polis negara lagi.

"Saya juga telah melarang mereka membida apa jua tender kerajaan dan polis, jadi mereka tidak ada mendapat apa-apa tender pembekalan senjata dari kerajaan dan polis," kata Khalid dalam sidang media selepas Bicara Persada XXIX bersama IGP di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi hari ini.

PERKASA semalam dilaporkan menggesa Khalid menjelaskan sekiranya firma senjata api yang dikaitkan dengan anak perempuannya mendapat manfaat daripada kedudukannya sebagai ketua polis negara.

Ketua Biro Pemantauan dan Integriti PERKASA, Azrul Akmal Saharudin berkata Khalid perlu menjelaskan bila syarikat senjata api anaknya itu ditubuhkan dan adakah syarikat itu beroperasi ketika beliau memegang jawatan ketua polis negara.

Mengulas lanjut, Khalid berkata jika benar dakwaan firma senjata api milik anaknya mendapat manfaat daripada kedudukannya sebagai IGP, sudah pasti portal seperti Sarawak Report akan mendedahkan segala bukti mengenainya.

"Kalau ada (mendapat manfaat) sudah tentu Sarawak Report telah dedahkan segala bukti mengenainya. Kerana mereka memang mencari benda-benda macam itu," tegas Khalid.

Malah, Khalid berkata adalah lebih baik untuk beliau tidak mengulas lanjut perkara itu kerana pasti siasatan akan dijalankan.

"Saya rasa elok ia tak beri banyak kenyataan mengenainya kerana saya pasti siasatan akan dijalankan dan jika saya jelaskan lagi banyak mengenai perkara ini ia hanya akan menjejaskan siasatan.

"Jadi, biarlah siasatan dilakukan kerana jika ada apa saja perkara yang melanggar peraturan tindakan akan diambil," tambah Khalid.

Pistol Buatan Malaysia Yang Pertama Bakal Tembusi Pasaran

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Syarikat pembuat pistol Malaysia, Aegis Malinnov Sdn Bhd mengorak langkah dalam industri keselamatan dan pertahanan tempatan, menerusi pengenalan pistol pertamanya, iaitu Semi Automatik M1P 9MM Caliber yang dijangka dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Hashim Meon berkata, syarikat itu telah mendapat kelulusan (lesen) untuk menjual senjata api dari Kementerian Dalam Negeri dan syarikat itu akan ke fasa seterusnya, iaitu mendapat pengiktirafan ujian ketahanan pistol dari Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE).
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan proses terbabit akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan, sebelum selesai sepenuhnya.

"Selepas itu, kita boleh memasarkan pistol keluaran pertama syarikat ini. Sebagai permulaan, kita sasarkan jualan di peringkat dalam negara kepada pihak pegawai keselamatan, seperti polis dan tentera serta pembeli peribadi yang mempunyai lesen sah untuk memiliki senjata api.

"Selepas yakin dan mengukuhkan reputasi di segmen pasaran tempatan, barulah kita akan mula meneroka pasaran lebih luas di luar negara," katanya ketika ditemui Bernama di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-15 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Hashim berkata, kejayaan menghasilkan pistol seberat 830 gram yang mempunyai kualiti setaraf jenama antarabangsa, dengan hanya menggunakan kepakaran tempatan bukan perkara mudah.

Beliau berkata, ia mengambil masa lebih lima hingga enam tahun untuk pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang ditubuhkan syarikat itu untuk menghasilkan pistol menepati piawaian antarabangsa dan kehendak pasaran.

"Kebanyakan anggota pasukan R&D itu mempunyai latar belakang ketenteraan serta memiliki kemahiran tinggi dalam pengendalian senjata, seperti bekas anggota Unit Tindakan Khas dan pengalaman berkenaan sangat membantu untuk menghasilkan produk terbaik dari kilang di Taman Teknologi Malaysia.

"Mereka dilantik menjadi penasihat dalam hal berkaitan kualiti tembakan. Dalam aspek penghasilan reka bentuk pula, kita juga menggunakan kepakaran anak tempatan. Bagaimanapun, kita masih menggunakan mesin pembuatan yang diimport dari luar," katanya.

Bagi pembangunan jangka panjang, Hashim berkata, Aegis Malinnov menjalin kerjasama dengan pihak STRIDE dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam cadangan untuk membangunkan dua produk ketenteraan terbaru, iaitu Rocket Proper Grenade dan Mortar Launcher.

Berikut adalah spesifikasi pistol berkenaan:

Barrel length: 119.1 mm

Weight: 830gm

Caliber: 9MM

Overall length: 210mm

Height: 139.1mm

Width: 35mm

Magazine capacity: 16

Action: Double Action

- Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 25, 2016 7:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lelaki Jual Pisang RM 39 Sebiji, Dijangka Kaut Untung Hampir RM400,000 Setahun
siakapkeli.my

TEXAS 24 April – Idea 'genius' seorang lelaki menghias pisang dengan pelbagai corak meyerupai wajah manusia mendatangkan pendapatan lumanyan apabila dia menjual pisang-pisang itu dengan harga $10(RM39) sebiji.

Laporan dari Metro.uk melaporkan, Davonte Wilson dari Plano, Texas menubuhkan syarikat Bananas Gone Wild yang dijangka mampu meraih pendapatan lebih $100,000 (RM390,580) setahun.

Antara hiasan yang diletakkan pada pisang itu termasuk janggut palsu, cermin mata gelap dan serbuk berkilauan.

Wilson berkata dia mendapat idea itu ketika bekerja di sebuah hospital tempatan sebagai seorang juruteknik elektrokardiograf dan terkenal dalam kakitangan kerana kemahirannya melukis corak muka di bahagian kulit pisang.

"Ada rakan yang mentertawakan hobi saya, tetapi kini saya mahu menjana pendapatan daripada penjualan pisang berhias.

"Sebiji pisang akan dijual dengan harga AS$10 (RM39) dan saya mampu mengaut keuntungan lebih RM390,580 setahun," katanya sebagaimana lapor Utusan Online. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 25, 2016 7:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kantoi lesen palsu
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Bagan Serai: Seorang pemandu lori menggunakan lesen memandu palsu antara 18 yang ditahan dalam Operasi Bersepadu dijalankan oleh pihak berkuasa di sekitar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol arah selatan, dekat sini, malam kelmarin.

Pemandu lelaki berusia 28 tahun itu turut mendakwa tidak mengetahui langsung lesen memandu dimilikinya itu palsu.

Ketua Trafik Unit Penguatkuasaan Peronda Lebuh Raya (EMPV) Zon Utara Bukit Aman Asisten Superintendan Mohd Hazil Reza Mohd Ghazali berkata, pemandu lori itu kini ditahan untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan pemalsuan dokumen.

"Pihak kami juga akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai dokumen itu bagi mengetahui punca dan dari mana serta bagaimana ia diperoleh," katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Mohd Hazil Reza berkata, operasi selama tiga jam bermula jam 9 malam membabitkan 86 anggota daripada pelbagai agensi itu menahan lima pemandu lori dan bas yang positif dadah serta 12 tangkapan warga asing.
-Hmetro

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/04/kantoi-lesen-palsu.html#ixzz46kaZ0fxg
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 25, 2016 7:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Anak Tak Dipilih Ketua Pengawas, Ibu Buat Aduan Kepada Kementerian pendidikan
siakapkeli.my

Kerana tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh jawatankuasa pemilihan ketua pengawas, seorang ibu kepada murid 11 tahun membuat aduan kepada Kementerian Pelajaran.

Ibu tersebut, Kalaichelvi, membuat aduan itu selepas anaknya tidak dipilih sebagai ketu apengawas pada 4 Februari lalu oleh jawatankuasa pemilihan sekolah Sri KDU.

"Anak lelaki saya bekerja keras, menunjukkan pencapaian atas purata (dalam program-program akademik dan ko-kurikulum) dan malah ditawarkan kedudukan teratas dalam lembaga pengawas tahun lepas.

"Namun, tahun ini, tiada siapa yang boleh beritahu saya mengapa pelajar yang lain telah dipilih (sebagai ketua pengawas) berbanding anak saya," kata Kalaichelvi.

Sementara itu, AK Chan, ketua pegawai operasi dan pengarah akademik sekolah tersebut dalam satu kenyataan mempertahankan prosedur pemilihan jawatankuasa.

"Dalam penilaian jawatankuasa itu di Sekolah Sri KDU, (pelajar yang telah dipilih sebagai ketua pengawas) adalah calon yang lebih sesuai untuk jawatan itu, berdasarkan hasil daripada keseluruhan proses pemilihan.

"(Pemilihan ini juga berdasarkan kepada) pemerhatian jawatankuasa ini kepada kematangan pelajar, kesabaran, komitmen, dan ketekunan dalam melaksanakan tugasnya pada tahun lepas, serta penghormatan yang beliau dapat dari yang lain daripada badan pengawas," jelas Chan sebagaimana lapor Malaysiakini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 25, 2016 7:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Dr. Vida Mungkin Tarik Balik Taja Kelantan
siakapkeli.my

Penaja pasukan bola sepak Kelantan, Datuk Seri Dr. hasmiza Othman tidak menolak kemungkinan beliau akan menarik diri dari menaja skuad itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut beliau, khabar angin yang tersebar dalam laman sosial yang mengatakan beliau akan berhenti dari menaja pasukan itu adalah susulan prestasi tidak menentu skuad pantai timur itu dalam saingan musim ini.

"Saya tidak nafikan (khabar angin itu). Saya seorang ahli perniagaan, saya nak apa yang saya jual (produk) berkesan dan membantu (pasukan).

"Tetapi kalau mereka tak tingkatkan prestasi, jualan saya pula menjunam macam mana saya hendak bayar (gaji)," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sementara itu, BH Online melaporkan Dr. Vida berkata Kelantan perlu meneruskan rentak kemenangan malam tadi dalam baki dua perlawanan lagi sebelum tamat pusingan pertama untuk 'memenangi' semula hatinya.

"Bagaimanapun, apa-apa keputusan nanti membabitkan dua baki perlawanan dengan FELDA United dan Selangor, saya akan melihat prestasi mereka. Saya mahu mereka buktikan kesungguhan untuk memenangi semula 'hati' saya.

"Saya cuma mahu Kelantan menghargai pengorbanan saya. Kemerosotan prestasi Kelantan turut menjejaskan imej dan jualan produk saya sebenarnya.

"Malahan, banyak perancangan yang saya mahu lakukan kepada Kelantan gagal dan tidak menjadi termasuk pembinaan hotel PQPTRW," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: