Sunday, April 17, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4466[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4466

Messages

Sat Apr 16, 2016 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



INDAHNYA HIDUP TANPA BN, TAK PERCAYA TENGOK GAMBAR NI...
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 16, 2016 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sultan Johor Cadang Tubuh "Bank of Johor"
siakapkeli.my

JOHOR BAHRU, 14 Apr - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan kerajaan negeri untuk menubuhkan sebuah bank sendiri yang dikenali sebagai "Bank of Johor".

Titah Sultan Ibrahim, bank itu bertujuan untuk memberi perkhidmatan perbankan kepada rakyat Johor bagi pinjaman perumahan dan simpanan atau pelaburan.

"Banyak rumah mampu milik dibina untuk rakyat berpendapatan rendah namun masih ramai tidak dapat memiliki rumah kerana gagal mendapat pinjaman bank.

"Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menubuhkan sebuah bank sendiri yang boleh dinamakan sebagai 'Bank of Johor'," titahnya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam majlis perasmian Pembukaan Penggal Keempat Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini. - Siakapkeli.my

Sultan Johor - Idea Penubuhan BANK OF JOHOR
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Sultan Johor mencadangkan penubuhan sebuah bank sendiri Bank of Johor untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat negeri itu.

"Bank ini akan memberikan perkhidmatan kewangan kepada rakyat Johor, bukan sahaja untuk tujuan pinjaman perumahan atau pembiayaan projek pembangunan, tapi juga untuk simpangan tabungan dan pelaburan," titah baginda.
Baginda bertitah, kerajaan negeri dan syarikat berkaitannya dapat menjadi pemegang saham dalam bank itu.

Katanya, Rizab tunai negeri ini mencecah RM3 bilion dan pendapatan syarikat berkaitan negeri pula sebanyak RM7.5 bilion.
Baginda bertitah cadangan itu berikutan ramai rakyat masih tidak dapat memiliki kediaman kerana kegagalan mendapatkan pinjaman bank.

Bagaimanapun, baginda memuji usaha kerajaan negeri dan persekutuan kerana terus komited dalam membina lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah.

Baginda juga menyambut baik kerjasama Bank Rakyat kepada Yayasan Sultan Ibrahim untuk menyediakan pembiayaan pembelian rumah bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

"Urusan pendaftaran permohonan pinjaman ini akan dibuka tidak lama lagi dan pemilihan akan dibuat oleh satu jawatankuasa khas berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan," titah baginda.
Kemudahan pembiayaan berjumlah RM500 juta itu diumumkan Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal ketika pelancaran Model Menara Bank Rakyat Johor pada 23 Mac lepas.

Ia membolehkan penjawat awam dan swasta yang layak di Johor mengemukakan deposit pembelian serendah RM1 bagi tempahan rumah kos rendah dan mampu milik.

Pembiayaan juga dicadang untuk 6,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat memiliki kediaman masing-masing.

Terima kasih kepada kerajaan pusat

Sultan Ibrahim turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang terus membantu pembangunan ekonomi Johor sama ada dalam bentuk peruntukan kewangan atau penyediaan infrastruktur awam bagi menarik minat pelabur.

Baginda bertitah hubungan baik antara kerajaan negeri dan persekutuan adalah pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh di Johor.

Menurut Sultan Ibrahim, walaupun dalam keadaan ekonomi global mencabar kini, Johor masih berjaya mengekalkan rekod tiga tahun berturut-turut bagi nilai pelaburan diluluskan tertinggi di Malaysia dalam bidang pembuatan.

"Bagi 2015, sebanyak RM31.1 bilion nilai pelaburan diluluskan dengan pecahan 90 peratus pelabur tempatan dan 10 peratus pelaburan asing.

"Kerajaan negeri juga berjaya merekodkan lebihan hasil untuk tempoh lima tahun berturut-turut sejak pencapaian itu mula diperolehi pada 2011 dengan lebihan hasil terkumpul sehingga 2015 mencecah RM1 bilion," titah Sultan Ibrahim selain percaya prestasi memberangsangkan itu didorong urus tadbir negeri dan kewangan yang cekap dan telus.

(MK)

Sultan Johor Cadang Tubuh Bank Of Johor Untuk Bantu Rakyat Berpendapatan Rendah..
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Terima maklumat dari rakan ;

Dan perkara tersebut turut dilaporkan oleh berita sebentar tadi ;

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan bank sendiri dikenaliBank Of Johor.

Baginda bertitah, bank berkenaan bakal menawarkan perkhidmatan perbankan kepada rakyat Johor.
"Ia bukan saja untuk tujuan pinjaman perumahan atau pembiayaan projek pembangunan tetapi untuk simpanan tabungan serta pelaburan.

"Rizab wang tunai kerajaan yang mencecah tiga bilion ringgit dan pendapatan kerajaan dan syarikat milik kerajaan negeri mencecah RM7.5 bilion ringgit setahun, sudah pasti mereka boleh menjadi pemegang saham untuk Bank Of Johor," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika mencemar duli menyempurnakan Mesyuarat Pertama Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor yang Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan di sini, hari ini lapor Harian Metro.

Cadangan tersebut menarik cuma kenapa tak terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia? Kalau la dibuka luas kepada seluruh rakyat Malaysia lebih baik sebab orang miskin yang tak boleh beli rumah neh ada kat merata-rata tempat dan gagal dibantu oleh kerajaan pusat. Walaupun kerajaan pusat baru melancarkan skim MYDEPOSIT itupun orang-orang miskin kena dapatkan perjanjian pinjaman dengan bank dulu... biasanya orang2 miskin mana la bank nak layan untuk luluskan pinjaman pembiayaian pembelian rumah.. fikir-fikirkanlah..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 16, 2016 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kajian Dapati Lebih 90% Mahasiswa Tidak Sokong Najib
bloglist-malaysia.blogspot
greenboc.blogspot
Dicatat oleh Green Boc

Undi mahasiswa mampu Selamatkan Malaysia Oleh KHAIROL NAJIB HASHIM

Dalam kerancakan semua parti politik berperang dengan isu-isu berat dan melibatkan kepentingan negara tanpa disedari terdapat dua maklumat besar yang harus diambil serius oleh pembangkang di Malaysia iaitu peratusan sokongan mahasiswa terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan jumlah mahasiswa yang masih belum mendaftar sebagai pemilih untuk pilihan raya akan datang.

Deklarasi Rakyat yang dilancarkan awal Mac lalu menjadi begitu sensasi dek kerana kesanggupan semua penentang Najib duduk bersama mencapai kata sepakat mahu Najib undur sebagai Perdana Menteri.

Dr. Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu antara yang menjadi perhatian apabila perseteruan berdekad lamanya antara Lim Kit Siang dan Mat Sabu terhadap Dr Mahathir padam melalui kesepakatan mereka dalam Deklarasi Rakyat.

Umum melihat seruan itu adalah menifestasi mereka yang mahu menyedarkan rakyat bahawa Najib sudah melepasi garis 'kezaliman yang dibenarkan' atau mungkin bagi Dr Mahathir beliau sudah hilang kelayakan untuk diberi amanah menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya, pilihan jalan demokrasi yang paling berkesan untuk menumbangkan keseluruhan pasukan Najib adalah melalui pilihanraya.

Semalam, sebuah pertubuhan anak muda yang dinamakan Challanger membuat dakwaan bahawa 90% mahasiswa tidak menyokong pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Tinjauan yang dibuat terhadap 5000 mahasiswa di bawah umur 30 tahun itu merupakan responden dari universiti seluruh negara.

Melalui jurucakapnya juga, Syed Saddiq mendedahkan 89% menganggap Najib adalah pemimpin yang tidak berintegriti.

Mendengar pendedahan kajian tersebut ia memperlihatkan seolah-olah sekiranya pilihan raya berlaku dalam masa terdekat, undi mahasiswa bakal memihak kepada parti-parti pembangkang.

Sebaliknya, pada hari ini, sebuah pertubuhan mahasiswa yang dikenali sebagai Kesatuan pula, mendakwa sebanyak 4.2 juta mahasiswa masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Angka ini begitu besar dan sememangnya mampu memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya terutamanya Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Sekiranya dilihat pada pilihan raya lalu, seramai 13,105,407 pemilih berdaftar layak mengundi. Pada PRU ke-14, menurut laporan yang sama seramai 17.7 juta layak untuk menjadi pemilih namun 4.2 juta daripadanya iaitu golongan mahasiswa belum mendaftar sebagai pemilih.

PRU 13 menunjukkan undi popular yang diperoleh Pakatan Rakyat melebihi BN sebanyak 386 285. Bilangan ini mungkin bertambah dan memberi kesan kepada bilangan kerusi yang dimenangi parti pembangkang pada PRU 14 nanti.

Berdasarkan kepada angka-angka tersebut, apakah sebanarnya nasib Malaysia, usaha Selamatkan Malaysia terletak di tangan mahasiswa?

Oleh itu, adalah sangat baik bagi semua pihak yang benar-benar mahu melihat perubahan dalam kepimpinan negara melancarkan kempen daftar sebagai pemilih di kalangan anak muda khususnya mahsiswa yang jelas melalui laporan yang didedahkan, BN boleh ditumbangkan melalui undi mahasiswa.

Maka usaha Kesatuan yang giat menjalankan usaha-usaha menyedarkan mahasiswa untuk mendaftar sebagai pemilih perlu diberi sokongan. -Malaysia Dateline

Kajian: Lebih 90 peratus mahasiswa tak sokong Najib

Tinjauan mendapati lebih 90 peratus mahasiswa tidak menyokong pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan yang dikenali sebagai Challenger menerusi jurucakapnya, Syed Saddiq berkata, tinjauan berkenaan melibatkan lebih 5,000 mahasiswa di bawah umur 30 tahun di universiti seluruh negara.

"89 peratus daripada mereka juga tidak menganggap Najib sebagai pemimpin berintegriti dengan dua cadangan utama kepada Najib ialah untuk kerajaan menjana peningkatan dalam peluang pekerjaan/kenaikan gaji serta mengawal kos sara hidup.

"Selain itu, peserta tinjauan turut mencadangkan agar kerajaan sentiasa membanteras rasuah, melaksanakan reformasi institusi, menyediakan pendidikan percuma/biasiswa, kebebasan akademik dan beragama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada bulan Februari 2015, Merdeka Center mendedahkan bahawa sokongan pada Najib mencecah tahap 44 peratus bulan Januari tahun yang sama, kedudukan kedua paling rendah sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri enam tahun lalu.

Popularitinya menurun satu peratus daripada 45 peratus yang direkodkan pada November dan Disember 2014. Pada Oktober 2014, sokongan kepadanya di tahap 48 peratus.

Popularitinya merudum di tahap paling bawah pada Januari 2014 dengan 42 peratus, sementara peringkat tertinggi, 72 peratus, direkodkan pada Mei 2010.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq menambah, tinjauan tersebut melibatkan pengagihan secara manual di kalangan penuntut universiti di empat fakulti dalam setiap universiti dan ada antaranya diedarkan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter -mk

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 16, 2016 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KEBURUKAN MAKAN ORGAN DALAMAN HAIWAN YANG PERLU ANDA TAHU

bloglist-malaysia.blogspot
paapaada2.blogspot

Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa jika ingin mendapatkan vitamin B dan kalau ingin menambah darah kita kena makan hati haiwan atau hati ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan oleh manusia. Tetapi sebenarnya Nabi Muhammad S.A.W tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan. Mana kita mesti pilih? Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhammad S.A.W?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Penjelasan Kenapa Dilarang Memakan Organ Dalaman Haiwan

Kandungan racun dalam hati:

- Antibiotik tylosin
- Penisilin
- Oxytetracycline
- Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat.

Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

- Hati
- Paru-paru
- Perut
- Hempedal
- Buah pinggang
- Jantung
- Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
- Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Sumber

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 16, 2016 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Anda parkir macam khinzir!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Saya ke bank pagi tadi. Anak terlelap di dalam kereta, jadi saya tinggalkan dengan isteri. Dengn enjin dan penghawa dingin tidak ditutup. Jam 11 selesai urusan bank. Saya kembali ke kereta. Ada kereta menghalang laluan kereta saya dan dua kereta lain.

Saya menjenguk ke kereta itu. Saya cuba cari nombor telefon kalau kalau ada ditinggalkan di papan pemuka. Tiada. Brek tangan di tarik, dan gear di parkir.

'Tak boleh tolak nampaknya'

Saya bertanyakan isteri kalau kalau ada ternampak. Katanya tak perasan. Saya tanyakan lagi dua pakcik diluar. Kata mereka, cubalah bertanya di dalam bank, petronas atau a&w. Saya akur, kemudian berjalan lagi ke bank. Sampai ke bank, saya buat pengumuman. Tiada yang keluar. Saya naik ke tingkat atas. Juga tiada.

Saya ke a&w, harapan kalau ada pemuda yang keluar. Tiada. Begitu juga petronas, hampa.

Suhu el nino ini makin mendidihkan amarah.

Kembali ke kereta, masih tiada siapa yang tampil mengalihkan kenderaan. Saya kembali ke kereta. Saya lihat, kereta honda jazz, yang juga di halang laluan ada pemandu menunggu di dalam. Saya ketuk tingkap.

"Dah berapa lama tunggu?"

'Adalah dalam setengah jam, aku parkir sebab nak beli air di petronas. Tahu tahu kena halang sampai sekarang'

Aku makin menyirap. Ikutkan amarah, mahu aku hempuk cermin kereta itu dengan batu. Tarik brek tangan kebawah, tukar gear dan tolak. Isteri aku bilang jangan.

Aku kembali ke bank, petronas dan a&w. Mencuba nasib. Masih gagal.
Sudah satu jam.

Aku perhati kereta, nasib aku di tepi. Yang halang adalah separuh bahagian hadapan kereta tadi dan tiang. Kakak petronas datang, katanya. Cubalah cabut tiang, supaya aku boleh keluar. Orang dah ramai berkumpul. Dua tiga orang bantu aku cabut tiang, kami umpil dasar tiang, gegarkan. Sepak, Alhamdulillah, dalam 15 minit berjaya. Atas bantuan orang ramai.

Hampir sepuluh minit, isteri cuba keluarkan kereta, penuh hati hati. Orang ramai juga bantu. Alhamdulillah berjaya.

Aku tak tahu bagaimana abang honda jazz yang jauh ke dalam mahu keluar. Ikutkan situasi, aku memang dah terlalu lambat untuk segala urusan lain. Selesai kereta dialih, aku ambil tiang tadi. Aku letakkan atas cermin depan kereta tadi.

Akak petronas kata 'eh janganlah dik, nanti ada yang kata kami buat'.

Aku kata, dia takkan kata petronas yang buat kalau dia sendiri perangai umpama khinzir. Aku yakin, dia tahu dia menghalang, tetapi terlalu takut nak tampil keluar.

Kau pemandu WMG 4854, layak mendapat jari tengah. Anda parkir macam khinzir!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 16, 2016 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BOLEH MENANGIS KHAIRY JAMALUDDIN BILA BACA KENYATAAN NI..
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

KJ KENA BAHAN
bloglist-malaysia.blogspot
biaqpila.blogspot
Oleh: biaqpila hensem

Pemenang Dapat Hadiah 'Ciput' : Ini Komen Dari Pelumba Basikal Negara, Josiah Ng
siakapkeli.my

13 Apr - Berikutan kritikan ramai dari viral beberapa gambar yang merakamkan pelumba-pelumba muda mendapat habuan kecil, pelumba Josiah Ng turut sama melontarkan komennya di laman Facebook Junior Cycling Malaysia (JCM).

"Kerja yang bagus bagi acara pertama Junior Cycling Malaysia! Saya lihat banyak komen yang diberikan berikutan hadiah kecil yang diberi."kata pelumba berbasikal negara itu memulakan komennya.

"Saya ingin memberikan pandangan saya. Dulu, ketika saya seorang pelumba muda, saya hanya pentingkan dua perkara. Berlumba dan menang.

"Duit datang kepada poket saya kerana saya mampu berlumba dalam banyak pertandingan dan itu yang membuatkan saya seorang juara sekarang.

"Saya telah hidup senang kerana berbasikal sepanjang karier saya lebih 15 tahun. Jangan fokus kepada duit. ", kata beliau.

Josiah juga berkata program-program seperti JCM ini lah yang akan menjadikan peserta ini sebagai seorang juara satu hari nanti.

"Apabila anda menjadi juara nanti, duit akan datang!".

"Fokus, berlatih dengan keras dan menang", kata Josiah.

Komen dari Josiah Ng itu juga telah di retweet oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi satu keratan gambar di Twitter. - Siakapkeli.my

KJ Tampil Perjelas Mengapa Beri Hadiah Wang Tunai "Ciput"
siakapkeli.my

13 Apr - KJ hari ini tampil menjawab isu hadiah 'ciput' yang diberikan kepada pemenang di dalam program Junior Cycling Malaysia (JCM).

KJ di dalam satu kenyataan menerusi Facebook itu berkata, dia mengakui jumlah yang diberikan adalah kecil.

Bagaimanapun beliau berkata JCM bertindak sedemikian kerana tidak mahu peserta kanak-kanak itu dibiasakan dengan hadiah wang tunai kerana risau mereka akan lupa matlamat utama untuk berjuang dalam sukan.

"Walaupun saya banyak promosikan JCM, ia hanya mendapat perhatian orang ramai apabila gambar-gambar semasa penyampaian hadiah disebarkan secara viral. Ramai yang menegur dan mengkritik jumlah wang yang kecil untuk pemenang kategori bawah umur 11 dan 9. Mereka telah menerima RM30 hingga RM10.

"Saya akui, jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan memang kecil. Pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang. Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan.", kata beliau.

Tambah beliau lagi, segala hadiah kemenangan telah pun diberitahu sebelum peserta mendaftar.

"Lagi pun, segala hadiah kemenangan telah pun diberitahu kepada semua peserta sebelum pendaftaran dan dipaparkan dalam laman web JCM, jadi tidak timbul isu mereka tak tahu atau tidak dihargai. Rata-rata ibu bapa yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi telah mengorbankan masa mereka kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal.

Kata KJ lagi, acara pemberian mock cheque kepada pemenang di dalam program itu juga akan dihentikan serta merta.

"Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan adalah pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang. Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak.", katanya.

Ruangan komen posting kenyataan tersebut pula menyaksikan pelbagai reaksi dari orang ramai. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju.

Program JCM adalah program pembangunan bakat untuk sukan basikal dan telah bermula pada hari Sabtu 9 April di Serdang, Selangor. Sirkit JCM akan jelajah ke setiap negeri sampai ke hujung tahun ini. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 16, 2016 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lelaki 'Sekolahkan' Pasangan Suami Isteri Yang Parkir Kereta Di Petak OKU
siakapkeli.my

Tersiar di laman sosial sejak beberapa hari lalu sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang lelaki bernama Naren Narasiah, warga tempatan dilihat telah menyekolahkan sepasang suami isteri dari Singapura yang dikatakan telah meletak kenderaan mereka di kotak parking Orang Kurang Upaya(OKU).

Tindakan pasangan suami isteri berkenaan adalah merupakan tindakan tidak bertanggungjawab kerana petak parkir OKU disediakan itu bertujuan memudahkan pergerakan OKU melakukan tugasan seharian mereka di lokasi terlibat.

Petak parkir OKU ini biasa adalah parkir yang peling dekat dengan pintu utama dan juga dekat dengan kemudahan seperti laluan OKU ataupun warga emas yang menggunakan kerusi roda.

Ternyata teguran lelaki berkenaan telah mendapat perhatian ramai kerana keberaniannya walaupun dilihat agak kasar.

Menurut beliau pasangan suami isteri berkenaan memberi alasan yang tidak masuk akal untuk melepaskan diri.

Beliau memberitahu telah menunggu pemilik kereta berkenaan selama 45 mini dengan menyekat kereta pasangan berkenaan untuk menghalang mereka bergerak keluar.

Berikut adalah tulisan penuh beliau.

I was not going to publish this but it is time I did. This was an incident where I went gangster on a Singaporean couple who parked on a handicapped parking lot and tried to worm their way out with dumb excuses.

The drama unfolded when I deliberately blocked their car in disabling them from reversing. I waited for these people to come back to their cars for 45 minutes!!!The driver ended up reversing and knocking into my truck and that kind of added fuel to my fire.

It was 6.30pm and I had just completed a long day of energy auditing in Western Digital plant with my 3 other very big and intimidating looking auditors so that is why i look n sound like a thug. Very tired and extremely irritable I wanted them to feel what it was like having to wait just like how a disabled person would have felt. This is part 1 of 3 videos.

If some of you feel I was mean in this video, I frankly don't care! If you are doing something to fight this plague then you are fit to critisize but if you want to be an arm chair critic, keep your comments to yourselfI fight for the disabled who don't have a voice and in this instance I think I got the message across to them and hopefully they will think twice about doing this again in Malaysia

Apapun syabas kepada lelaki ini kerana berani menegur mereka yang tidak bertanggungjawab seperti ini walaupun dilihat sedikit kasar, semoga ia menjadi pengarjaran kepada semua.

Beringatlah mereka diluar sana, jika rasa diri cukup sempurna janganlah pentingkan diri menggunakan petak parkir berkenaan kerana ada mereka yang lebih memerlukan. - Siakapkeli.my

Video admin terpaksa muatnaik semula untuk diblurkan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sat Apr 16, 2016 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Selepas Bertanya Soalan, Gadis Ini di Islamkan oleh Dr. Zakir Naik di Kemaman
siakapkeli.my

foto : http://terengganutimes.com/

Terengganu - Ceramah Dr. Zakir Naik di Kemaman merakamkan satu detik bermakna apabila seorang remaja Kristian berumur 19 tahun, Nina Grace, memilih untuk memeluk Islam apabila dipelawa oleh Dr. Zakir Naik selepas pelajar terbabit bertanyakan soalan.

Menurut pelajar terbabit, dia telah kerap membaca surah Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi.

Pelajar berkenaan kemudian bertanya adakah dia tidak menghormati Islam dengan berbuat sedemikian?

Dr. Zakir Naik terus menjawab : Tidak.

Dr. Zakir Naik kemudiannya bertanya kepada pelajar tersebut beberapa soalan sebelum mengajaknya mengucap dua kalimah Syahadah.

Dr. Zakir : "Adakah kamu percaya hanya ada satu Tuhan?"

Grace : "Ya"

Dr. Zakir : "Adakah kamu percaya Jesus itu Tuhan?"

Grace : "Tidak"

Dr. Zakir : "MasyaAllah.. Adakah kamu percaya Nabi Muhammad pesuruh Allah?"

Grace : "Ya".

Selepas beberapa siri soalan dan penjelasan lagi, gadis tersebut bersetuju untuk mengikut Dr. Zakir mengucap dua kalimah Syahadah.

Setelah selesai detik yang amat bermakna itu, kedengaran tepukan dari orang ramai.

Video penuh bermakna itu dimuat naik oleh chanel Youtube Dr. Zakir Naik Fans ID. - Siakapkeli.my

**Skip kepada 18:20 untuk menyaksikan detik itu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 16, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Saturday, 16 April 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: