Sunday, April 24, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4470

8 Messages

Digest #4470

Messages

Sat Apr 23, 2016 4:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pencarum KWSP Boleh Buat Pengeluaran Perumahan, Pendidikan Menerusi e-Pengeluaran
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperluaskan kemudahan perkhidmatan e-Pengeluaran untuk merangkumi Pengeluaran Pendidikan yang membolehkan ahlinya mengemukakan permohonan menerusi dalam talian untuk mengeluarkan simpanan KWSP.

Pengeluaran Pendidikan ini merupakan pengeluaran kedua selepas Pengeluaran Perumahan menerusi e-Pengeluaran yang menyaksikan pertambahan jumlah penyertaan institusi perbankan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish berkata e-Pengeluaran merupakan perkhidmatan terbaru KWSP yang membolehkan ahli yang mempunyai i-Akaun mengemukakan permohonan pengeluaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

"Setiap suku tahun, jumlah permohonan pengeluaran, terutama Pengeluaran Perumahan mencatatkan peningkatan, dan justeru itu kami melihat perlunya untuk memudahkan proses dan memendekkan tempoh pengeluaran menerusi e-Pengeluaran," katanya menerusi satu kenyataan.

Sejak diperkenalkan pada 2013 sehingga April 2016, sejumlah 64,297 permohonan untuk pelbagai jenis pengeluaran telah diserahkan melalui e-Pengeluaran, dengan RM32.35 juta diluluskan.

KWSP juga mendapati lebih banyak institusi kewangan menyertai dalam e-Pengeluaran, termasuk RHB Islamic, Maybank, Bank Islam, Oversea-Chinese Banking Corporation, Bank Simpanan Nasional, Ambank, dan United Overseas Bank, katanya.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/04/pencarum-kwsp-boleh-buat-pengeluaran.html#ixzz46YL4trHk
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 23, 2016 4:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Murid Darjah Dua Pula Dipatuk Ular
siakapkeli.my

REMBAU, 20 Apr – Seorang murid perempuan darjah dua dari SK Chembong kini ditempatkan di zon merah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban selepas dipercayai dipatuk ular bewarna hitam di padang sekolah tersebut pagi tadi.

Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi itu mangsa dipercayai terkena patukan ular semasa sedang berlari mengelilingi padang bagi sesi memanaskan badan semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Insiden yang menimpa murid berkenaan kini tersebar luas melalui aplikasi Whatsapp.

Sementara itu, menurut pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil, Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Rodiah Mohd Jan telah melaporkan insiden berkenaan kepadanya sejurus selepas mendapat maklumat dari sekolah berkenaan.

Tambahnya lagi, pegawai itu telah pun melawat kanak-kanak itu dan dia kini dalam keadaan stabil.

"Kita kini sedang menunggu laporan penuh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung insiden berkenaan. Berdasarkan laporan awal, murid berkenaan telah terjatuh di padang dan rakan-rakannya ternampak seekor ular berwarna hitam berhampiran murid berkenaan.

"Guru bagaimanapun tidak ternampak ular hitam berkenaan dan segera bertanyakan kepada murid sama ada berasa sakit atau tidak. Namun murid berkenaan menyatakan tidak sakit dan turut tidak sedar terdapat ular berhampiran dengannya ketika terjatuh.

Rusni berkata lagi, pelajar itu kemudian dibawa ke bilik guru dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Rembau selepas guru tersebut menyedari terdapat perubahan pada wajah murid.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan guru berkenaan memaklumkan kepada keluarga murid dan sebaik tiba di KK Rembau serta dimaklumkan kemungkinan murid berkenaan terkena patukan ular, murid berkenaan dikejarkan ke HTJ menggunakan ambulans.

"Pihak hospital mengesahkan terdapat kesan gigitan dipercayai patukan ular di bawah lutut kanan murid berkenaan. Bagaimanapun, murid berkenaan kini berada dalam keadaan stabil," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 23, 2016 4:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Acan Akan Dihantar Ke Mana Saja Di Dunia Ini Untuk Merawat Dan Menyembuhkannya," - TMJ
siakapkeli.my

Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang merupakan pemangku Raja Johor hari ini telah berkenan melawat adik Mohd Fikri Hakim atau lebih dikenali sebagai Acan yang merupakan pesakit jantung berlubang kronik.

Baginda tuanku yang selesai majlis rasmi di Johor Bahru terus bergerak ke rumah Acan di Taman Bahagia, Bukit Pasir, Muar yang dikatakan ingin sangat berjumpa dengan Tunku Ismail.

Kehadiran Tunku Ismail ternyata membawa khabar gembira apabila Tunku menyatakan kesudiannya untuk menaja Acan berubat di mana sahaja di dunia ini untuk menyembuhkan penyakitnya.

Menurut seorang sukarelawan, Puan Natipah Abu yang ada bersama dalam majlis tersebut berkata, kahadiran TMJ ke rumah Acan memberikan harapan baru kepadanya.

"Semasa Tunku mengumumkan kesediaannya menaja Acan berubat, keluarga Acan dan para sukarelawan mengalirkan air mata syukur dan gembira," katanya.

Dalam pertemuan itu, Tunku mengurniakan jersi JDT yang tertera nama Acan 01 yang turut ditandatangani oleh pemain JDT.

Menurut Puan Natipah lagi, esok Acan akan dibawa untuk berjumpa dengan doktor peribadi TMJ sebelum membuat keputusan ke mana tempat yang akan ditujui di dunia untuk merawat penyakit Acan. - Siakapkeli.my

Artikel tentang Acan kami pernah siarkan tahun 2015 lalu

Siakap Keli added 5 new photos.
17 April 2015 ·
Dari FB Puan Natipah Abu

Bismillah.... Saat pertama kali mengetahui tentang kisah kedua insan terpilih dari Muar, Johor ini...hati saya dipagut rasa sayu yg amat sangat mengenangkan betapa beratnya dugaan buat kedua beranak ini iaitu Mohd Fikri Hakim bin Sikin @ Jaudin (14 thn ) atau nama timangannya "Acan " dan ibunya Pn Kamariah Md Daud ( 45 thn ). Betapa berat mata memandang...beratlah bahu yg memikulnya apatah lagi buat En Sikin @ Jaudin bin Lasas (46 thn ) lantaran dua jiwa yg teramat di kasihinya sedang bergelut dgn derita demi sehirup nafas.

Acan anak kedua dr tiga beradik ini mengidap jantung berlubang dan mempunyai saluran injap jantung yg salah sejak kecil. Sepatutnya jantung mempunyai satu saluran injap di sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri tetapi jantung Acan...kedua2 injap tersebut berada di sebelah kanan( double outlet right ventrical ). Acan tidak disyorkan untuk menjalani sebarang pembedahan kerana risiko yg tinggi.
Namun sejak setahun yg lalu..keadaan Acan menjadi semakin kritikal sehinggalah hospital menjadi rumah kedua. Dunia persekolahan pun terpaksa ditinggalkannya...sejak itulah juga Acan memerlukan sokongan oksigen 24 jam untuk meneruskan hidup dalam dunianya yg penuh kesunyian dan suram. Hilanglah sudah keindahan alam remajanya apabila akhirnya pihak hospital memutuskan Acan diletakkan di bawah "paliative care " atau menyediakan pesakit kronik dgn memberi sokongan moral utk mengelakkan sebarang tekanan emosi .

Luluh hati sang ayah mengenangkan keadaan anak tersayang. Namun dia sedar ..dia harus tabah kerana dua jiwa kesayangannya itu tidak boleh dibiarkan rapuh dgn kesedihannya . Begitu juga dgn dua lagi permata hatinya. Dia yg bekerja sbg pemandu lori di kilang plastik itu tidak pernah jemu berusaha utk megubati dan merawat mereka dgn sebarang kaedah yg disyorkan.

Pn Kamariah yg mengidap kanser payudara sudahpun menjalani pembedahan membuang seluruh payu dara kanan hingga ke kelenjar pada thn 2012. Namun kebelakangan ini...beliau mengalami kesakitan yg amat sangat apabila datang haid. Selepas pemeriksaan awal...doktor memaklumkan...ada ketulan di kesan di ovarinya dan beliau sedang dirujuk utk rawatan lanjut.

Sejujurnya saya kagum dgn ketabahan Pn Kamariah. Dalam keadaan beliau yg begitu...Acanlah keutamaannya. Selagi bibir Acan mampu mengukir senyum...tak ada istilah sedih dlm jiwanya. Dia juga membuang jauh2 segala rasa demi memastikan Acan terus bersemangat meneruskan hidup biarpun adakalanya mereka tidak mampu memenuhi keinginan Acan kerana harus berjimat cermat utk mengisi semula tong oksigen Acan.

Untuk setiap pengisian tong yg berharga RM 35 itu hanya mampu bertahan 4 jam. Jika Acan tidak sihat....Acan memerlukan oksigen itu berbanding oksigen yg diproses dgn kuasa letrik kerana ia lebih tulen.Bayangkan kalau Acan tak sihat sehari dua...berapa kalikah tong itu perlu diisi? Wang bantuan JKM RM150 mmg sgt bernilai buat keluarga ini.

Saya dgn rendah hati menyeru semua insan2 berhati emas dan bertangan keramat di luar sana terutamanya mereka yg pernah bersama2 saya membantu Adik Haikal, arwah adik Qysstina, arwah adik Fatini dan Aminah....teruslah bersama saya membantu kedua jiwa ini. Mudah2an..bantuan kita akan mampu meringankan beban keluarga ini dan memberi mereka harapan utk meneruskan hidup dan usaha merawat sedaya upaya.

Sesungguhnya Allah memilih kita membantu seseorang bukan kerana orang itu perlukan sangat bantuan kita tetapi Allah memilih kita kerana memberi peluang utk kita membantu diri kita sendiri. Barakah itu rahsia Allah....

DANA DUA JIWA SATU HATI : MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521

SUMBER http://goo.gl/Yt5prq

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 23, 2016 4:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pekerja Tabung Haji Terima Ganti Rugi RM67,000 Kerana Lipas Dalam Makanan Hospital
siakapkeli.my

Gambar hiasan

SHAH ALAM, 21 April - Seorang pegawai khidmat pelanggan Lembaga Tabung Haji menerima ganti rugi sebanyak RM67,000 selepas terpaksa melalui pengalaman jijik apabila termakan bahagian kepala dan kaki seekor lipas yang ditemui di dalam makanannya ketika sedang dirawat di sebuah hospital swasta di sini pada Mei tahun lepas.

Akibat dari pengalaman buruk itu, Wan Hailmey Mahrawi, 38, mengalami loya, muntah-muntah, sakit perut dan demam panas.

Nasib Wan Hailmey akhirnya terbela setelah Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan agar Selangor Specialist Hospital Sdn Bhd, pemilik KPJ Selangor Specialist Hospital (KPJ Selangor) membayar ganti rugi sebanyak RM67,000 selepas membenarkan tuntuan saman yang difailkan oleh plaintif terhadap syarikat itu pada Ogos tahun lepas.

Hakim, G Ramesh berkata Wan Haimey selaku plaintif berjaya membuktikan kesnya dan justeru tuntutan beliau dibenarkan dengan kos.

Ramesh memerintahkan Wan Hailmey dibayar pampasan sebanyak RM7,000 bagi ganti rugi am untuk sakit perut dengan cirit birit selama lima hari dan RM60,000 bagi ganti rugi teladan.

Dalam penyataan tuntutan, plaintif berkata pada 18 Mei tahun lepas, dia dimasukkan ke KPJ Selangor selama lima hari untuk mendapatkan rawatan kerana masalah cakera teranjak di bahagian tulang belakang yang dialaminya sejak 2006.

Pada 20 mei, plaintif berkata beliau telah disediakan hidangan makanan tengah hari iaitu nasi putih, ikan masak asam pedas serta sayur.

Ketika menikmati hidangan itu plaintif mendapati ada seekor lipas di dalam sayur itu dan beliau termakan bahagian kepala serta kaki lipas tersebut.

Beliau kemudian memanggil beberapa jururawat yang berada di dalam wad untuk menunjukkan lipas itu dan ada antara jururawat yang mengambil gambar lipas itu.

Keesokannya plaintif berkata beberapa pegawai defendan termasuk pengurus operasi, ketua jururawat, chef serta dua individu lain datang berjumpa dengan beliau di wad berkenaan insiden itu.

Menurutnya selepas insiden itu, beliau mengalami muntah-muntah, loya, sakit perut, demam panas, hilang selera makan serta trauma untuk makan nasi dan insiden itu juga memberi kesan buruk kepadanya dari segi fizikal dan mental.

Beliau mendakwa defendan selaku pemilik KPJ Selangor gagal dan/atau cuai untuk memastikan makanan yang disediakan kepadanya selamat dan/atau bersih daripada serangga perosak. - Siakapkeli.my

Sumber : Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 23, 2016 4:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tasik Bukit Merah Terjejas Teruk Akibat Fenomena El Nino
siakapkeli.my

KERIAN: Cuaca panas yang melanda negara akibat fenomena El Nino nampaknya telah menjejaskan beberapa empangan utama di Malaysia, empangan Bukit Merah tidak terlepas terjejas apabila empangan bersaiz 480 km persegi ini dilaporkan semakin surut.

Memetik laporan The Star, empangan Tasik Bukit Merah tersebut mempunyai kawasan terdalam hanya 6 meter yang meliputi 14% keseluruhan tasik.

Lebih dua pertiga kawasan tasik berkenaan mula timbul dengan menunjukkan landskap sepi tunggul-tunggul pokok yang sekian lama tenggelam.

" Walaupun hujan telah turun beberapa malam lalu hasil pembenihan awam, namun dilihat ianya tidak berjaya meningkatkan air empangan."

"Tasik ini telah kehilangan terlalu banyak air," kata Pengerusi Jawatankuasa Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin semalam.

Tolok hujan pada malam rabu lalu hanya menunjukkan kenaikan sebanyak 2mm.

Sejak 11 April lalu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia telah menghantar pesawat yang sarat dengan garam halus untuk merangsang awan di beberapa empangan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, pesawah telah mengalami kerugian besar kerana air yang hendak disalurkan kepada sawah mereka melalui empangan tidak dapat melepasi pintu mempangan kerana air terlalu kering.

Ini menyebabkan pesawah mengalami kerugian kira-kira RM8 juta, mereka merayu kerajaan persekutuan melalui Pengerusi Pertubuhan Peladang Perak Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar untuk meringankan bebenan yang tanggung mereka kini.

Beratus-ratus arowana kolam ikan, yang boleh dilihat di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan di sebelah Tasik Bukit Merah, kini memegang stok ikan mereka bernilai ratusan ribu ringgit setiap ladang di kolam-kolam bertakung kerana mereka tidak mempunyai air untuk menyegarkan kolam mereka.

Selain itu, Pulau Orang Utan yang berada di tengah Tasik Bukit Merah telah ditutup selam dua minggu kerana bot penumpang tidak dapat mendekati jeti kerana air terlalu kering.

Selain jeti ke Pulau Orang Utan, hampir semua jeti di Tasik Bukit Merah tidak dapat digunakan kerana sudah terbentuk tebing yang agak jauh dari jeti. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 23, 2016 4:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Betul Ke Harga Bill Elektrik Melambung Disebabkan Fenomena El Nino? Baca Penjelasan Ini
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari ini menjadi bualan ramai di media sosial dan terdengar keluhan ramai orang yang memberitahu cas tarif elektrik yang naik mendadak secara tiba-tida sedangkan penggunaanya sama seperti setiap bulan.

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui laman Facebooknya TNB Careline dilihat memberitahu tiada sebarang kenaikan tarif.

Sebaliknya pihak TNB mengatakan fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas melampau menyebabkan bil elektrik meningkat.

Apa kaitan cuaca panas dengan kenaikan mendadak bil elektrik ini? pasti ramai yang hendak tahu apa kaitanya.

Seorang pengguna Facebook bernama Mohd Fikrie Yahya yang dilihat ariff dalam bidang ini telah tampil menceritakan apa kaitan cuaca panas melampau dengan kenaikan tarif elektrik yang mendadak ini sedangkan penggunaan sama seperti bulan sebelumnya.

Jom kita baca.

Ilmu tariff eletrik

Dah heboh di page sana sini bill elektrik meningkat bulan ni. ilmu yang diajar lecturer dan juga tok guru di TNB aku nak turunkan pada semua warga facebook supaya masing2 akan faham. insyaallah bila tak kedekut ilmu kita akan diberi ilmu lebih lagi.

Saya sertakan satu formula elektric, joule's law

H = i^2 x r X t

Dari formula ni, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus.

Dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. elektrik kita tak boleh nampak jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB careline bagi keterangan sebab efek el nino.

Contoh mudah:

Peti ais

Dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah celcius. satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.

Cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub,

200ml = 200gram

0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor.

Dalam fenomena el nino, suhu persekitaran bukanya 27 C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C.

Jadi dalam situasi sama semasa fenomena el nino,

0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.

Dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ je diperlukan tapi bila ada je elnino, terus up jadi 30.168kJ. ni dari segi teori...praktikal pulak lebih dari jumlah ni.

Beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.

Nak mudah faham lagi, Bukan peti ais sahaja guna kompressor.. air cond juga sama.

Kita dulu kita set 20°.. sekarang tetap tidak berubah 20°.. tetapi disebabkan cuaca panas. Compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°.. sama juga dgn peti sejuk.. kita tidak pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik memdadak.. compressor perlu bekerja lebih.. ini yang kita perlukan terangkan pada pengguna

Wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik.

Sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tapi disambung pada port soket. j

Jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak,ia juga bagi kesan bill elektrik meningkat. kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi suruhanjaya tenaga. ada kes air cond terbakar sebab wayar terlalu panas.

Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dgn tariff elektrik. harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tariff. Tujuannya adalah utk menggalakkan penjimatan. Jika kWh makin banyak.

Maka harga blok tarif slps itu juga berbeza. Tarif blok ini hanya utk pengguna domestik shj dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza. ramai pengguna yg heboh2 kat media sosial ni berlagak macam pandai tapi tariff letrik utk rumah tak boleh faham.
harap lepas ni rakyat malaysia lebih berilmu dan kurang tunding jari salahkan pihak lain..

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 23, 2016 4:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Amaran Tentang Bahaya Menggunakan Telefon Bimbit Sedang dicas
siakapkeli.my

Pengguna-pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicas kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna sendiri.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan media mereka berkata, amalan menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicas boleh mendatangkan bahaya kerana berkemungkinan berlaku kerosakan pada alat pengecas yang digunakan seperti kebocoran elektrik.

"Amaran ini dikeluarkan berikutan kes seorang suri rumah yang dilaporkan telah mengalami renjatan elektrik semasa menggunakan telefon bimbit ketika dicas sehingga mendatangkan maut," katanya.

Berdasarkan siasatan awal, alat pengecas yang digunakan semasa kejadian telah mengalami kebakaran kecil berikutan penggunaan alat pengecas bukan dari pengeluar asal telefon bimbit.

"Pengilang, pengimpot, pembekal dan penjual diingatkan supaya hanya memasarkan alat pengecas yang mempunyai label SIRIM-ST atau pengecas tulen yang dibekalkan bersama telefon bimbi yang mempunyai label SKMM."

"Pengguna juga dinasihatkan supaya membeli dan menggunakan alat pengecas yang hanya mempunyai label seperti diatas," katanya lagi berdasarkan kenyataan media.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai keselamatkan penggunaan elektrik, orang ramai boleh menghubungi Unit Promosi dan Komunikasi, Jabatan perkhidmatan Korporat di talian 03 8870 8500/8598 atau emel ke upk@st.gov.my. - Siakapkeli.my

Power Bank Ciptaan Pelajar MRSM Menang Anugerah Antarabangsa, Ketepikan 1,000 Ciptaan Lain
siakapkeli.my

Ahmad Asyraf (kiri) dan Ahmad Luqmanul Hakimserta guru pengiring, Anuar Ghani (tengah) bergambar bersama pingat yang dimenangi dan produk ciptaan mereka iaitu power bank pada pertandingan Reka Cipta Antarabangsa, Geneva, Switzerland ketika tiba di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah

SEPANG, 20 April - Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu berjaya mengharumkan nama negara apabila merangkul pingat emas dan anugerah ciptaan terbaik keseluruhan pertandingan reka cipta di Pameran Reka Cipta Antarabangsa Gevena 2016 di Switzerland.

Pelajar tingkatan lima dari sekolah berkenaan, Ahmad Asyraf Aqil Ariffin dan Ahmad Luqmanul Hakim Ahmad Tarmizi mengetepikan cabaran 1,000 ciptaan lain dari 758 peserta yang hadir dari 48 negara dengan ciptaan mereka iaitu "Power Bank: EXIECO PB".

Menurut Aqil idea rekaan power bank yang kuasanya dijana melalui air garam itu tercetus dari pengalamannya berdepan masalah bekalan elektrik ketika rumahnya dilandar banjir.

Beliau berkata selain boleh menghasilkan tenaga sehingga 6.5 volt, power bank itu juga mesra alam dan ringan serta khusus untuk pengecasan telefon.

Ahmad Asyraf Aqil berkata power bank itu dibangunkan dengan hanya menggunakan tiga komponen utama iaitu arang, aluminium dan air garam yang bertindak menghasilkan kuasa.

"Penggunaan power bank ini tidak memberi sebarang kesan negatif kepada pengguna kerana mesra alam dan MRSM juga telah menghantar ciptaan kami ini kepada pihak berkenaan untuk dipatenkan," katanya yang berasal dari Kelantan

Katanya lagi selepas diumumkan sebagai pemenang utama keseluruhan bagi hadiah yang ditaja kerajaan Mesir itu, produk ciptaan mereka telah menarik perhatian wakil daripada beberapa negara seperti Nigeria dan Algeria yang menyatakan hasrat untuk memasarkannya di negara masing-masing selepas dipatenkan.

Hasrat itu telah dipanjangkan kepada pihak MRSM untuk menguruskannya kerana banyak prosedur yang perlu dipatuhi dan dipenuhi sebelum ciptaan dapat dipasarkan di negara berkenaan, katanya.

Sementara itu, Ahmad Luqmanul Hakim berkata kejayaan itu merupakan sesuatu yang diimpikan kerana selain untuk membuktikan keupayaan diri, kemenangan itu juga membantu mengharumkan lagi nama MRSM dan Malaysia di persada dunia, khususnya dalam arena penciptaan inovasi baharu.

"Selama hampir dua tahun kami menumpukan tenaga dan kreativiti bagi menghasilkan ciptaan ini dan kejayaan diraih pastinya memberi kepuasan dan kebanggaan kepada seluruh warga MRSM," katanya. - Siakapkeil.my

**Antara rekaan menarik pada acara tersebut.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 23, 2016 4:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Raja Muda Perlis Kongsi Petua Tak Tersalah Beli Buah Harumanis

siakapkeli.my

KANGAR - Untuk mereka yang mahu membeli harumanis, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, hari ini berkongsi petua untuk membeli buah ikon negeri ini supaya orang ramai tidak 'tertipu' atau 'tersalah' semasa membelinya.

Beza Harumanis asli dari buah tiruan atau buah import "Tom Dam", contohnya adalah Harumanis Perlis mempunyai lekuk pada tangkai yang berbeza dengan buah dari Thailand yang mempunyai lekuk pada pangkal tangkai dan di bahagian luar tangkai.

Baginda bertitah 'Harumanis Thai', 'Harumanis Kampung' dan 'Harumanis'' merupakan antara nama yang digunakan bagi melariskan jualan mempelam.

"Kalau di Pantai Timur, Tom Dam ini juga dikenali sebagai 'Pauh Mas Hitam' yang juga dijual di tepi jalan, pasar malam atau ditempah secara dalam talian.

"Difahamkan 'Harumanis Tipu' turut dijual di Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur dengan nama yang lebih gah iaitu 'King of Harumanis', yang jika dilihat dari segi fizikalnya sahaja memang sesetengah pembeli akan menyangka ia adalah Harumanis dari Perlis," titah baginda sebagaimana lapor Bernama.

Tom Dam juga mempunyai 'bahu' yang sama tinggi manakala Harumanis mempunyai bahu yang tidak sama tinggi antara kiri dan kanan, katanya.

Ketiga, bentuk bucu hujung Tom Dam tirus manakala Harumanis Perlis mempunyai bucu hujung yang sekata.

Keempat adalah dari segi tekstur buah itu, kerana Tom Dam lebih berserat dan ketara serta banyak jus, manakala Harumanis memiliki serat yang amat halus dan sedikit jus tetapi jauh lebih manis.

Oleh itu, baginda menasihati agar orang ramai mengetahui ciri-ciri sebenar Harumanis supaya tidak ditipu.

"Penjualan yang menggunakan nama Harumanis Perlis bagi melariskan jualan akan dipantau oleh pasukan khas yang ditubuhkan Kerajaan Negeri diketuai oleh KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan)serta dibantu beberapa agensi lain termasuk polis," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan program AZAMTANI Jabatan Pertanian Negeri Perlis kepada Sunin Pin‎ di Kampung Kota Kayang, Kuala Perlis di sini hari ini. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: