Thursday, June 30, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4541[1 Attachment]

15 Messages

Digest #4541
3
Fw: Proton Bakal Keluarkan 'Saga Wagon'? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5a
Fw: BORANG MAKLUMAT : BALIK KAMPUNG by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: CARA MEMAGAR RUMAH SEBELUM BERCUTI by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
9
Fw: Haid Datang 5 Minit Sebelum Maghrib, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
10
13
Fw: Kisah Menyayat Hati Ibu Tunggal OKU by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
15
Fw: Lawak Politik 13 by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Thu Jun 30, 2016 3:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hanya Penumpang Kenderaan Sahaja Dibenar Ambil Gambar Pesalah Jalan Raya
siakapkeli.my

MELAKA: Hanya penumpang kenderaan yang dibenarkan untuk mengambil gambar jika melihat ada pemandu lain yang melanggar peraturan jalan raya bagi membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan ketika musim perayaan, lapor Berita Harian.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohd Fadhil Hassan berkata, adalah menjadi satu kesalahan apabila pemandu merakam gambar pemandu kenderaan lain yang melanggar pelbagai peraturan jalan raya, malah ia boleh dikenakan denda.

"Jika ternampak pemandu buat kesalahan di jalan raya seperti menggunakan lorong kecemasan, tidak memakai topi keledar, memotong barisan dan langgar lampu merah, kita boleh meminta penumpang sebelah atau yang berada di dalam kenderaan mengambil gambar.

"Rakaman gambar itu pula boleh dihantar berserta maklumat seperti lokasi, tarikh, masa dan nombor pendaftaran kenderaan ke laman web rasmi kita di www.jpj.gov.my.

Jadi, ini bermakna pemandu kenderaan sendiri tidak dibenarkan merakam gambar pemandu lain yang melakukan kesalahan itu," katanya.

Selain itu, Mohd Fadhil berkata, operasi penguatkuasaan pada musim perayaan kali ini lebih tertumpu kepada operasi pemeriksaan di hentian atau terminal tertentu berikutan ramai menggunakan pengangkutan awam itu untuk pulang ke kampung masing-masing.

"Selain itu, anggota Skuad Muda 1JPJ turut ditempatkan di kawasan rehat dan rawat (RnR) bagi membantu menjalankan kempen penguatkuasaan ketika musim perayaan," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 30, 2016 3:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Balik Raya: Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Aidilfitri - Lebuhraya Pantai Timur

Dilulus untuk paparan oleh memo
tranungkite.net

Rancang perjalanan anda dengan merujuk kepada Jadual Waktu Perjalanan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sempena Hari Raya ini!

Patuhi had laju yang ditetapkan.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di sepanjang KLK/LPT1 untuk perjalanan yang lebih selesa & lancar.

Sentiasa fokus pada pemanduan dan berhati-hati ketika memandu.

Patuhi langkah-langkah seperti berikut sekiranya berlaku kecemasan di sepanjang KLK/LPT1.

Pastikan anda memeriksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan dan awasi had laju kenderaan ketika memandu.

Patuhi langkah-langkah seperti berikut sekiranya berlaku kecemasan.

Pastikan anda memeriksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan dan awasi had laju kenderaan ketika memandu.

Anda boleh tambah nilai Touch 'n Go anda dengan MyKad. Kunjungi Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) di sepanjang KLK & LPT1 yang beroperasi dari jam 7 pagi - 10 malam setiap hari untuk sebarang bantuan.

Berikut adalah senarai lokasi PKP di sepanjang KLK/LPT1:
1) Plaza Tol Gombak
2) Plaza Tol Bentong
3) Plaza Tol Karak
4) Plaza Tol Temerloh
5) Plaza Tol Kuantan

* Tambah nilai boleh dilakukan di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) Plaza Tol Gombak & Bentong yang dibuka setiap hari dari jam 7pg-10mlm.

* Hubungi LPT Line di: 09-5479 111

Facebook LPT

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 30, 2016 3:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Proton Bakal Keluarkan 'Saga Wagon'?
siakapkeli.my

Dua keping gambar yang menunjukkan sebuah proton Saga yang di'extend' di bahagian belakang mula tersebar di media sosial hari ini.

Gambar-gambar itu dimuat naik menerusi perkongsian dari pengguna Facebook, Zainul Azraai.

"Saga Wagon? Wow..", tulis Zainul di bahagian kapsyen gambar tersebut.

Zainul Azraai
Saga Wagon? Wow..

Jika benar proton sedang mengusahakan Saga jenis wagon, tidak salah jika kita katakan Alza bakal menemui pesaing barunya.

"Wagon tu...power siot...boh 1.6cc cfe perghhh", tulis Anizan Osman di bahagian komen.

Jimmy ADmie pula berkata "Body cutting totally exora depan je pakai part saga...maybe utk FL exora kot". - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 30, 2016 3:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Balik Raya: Laluan Alternatif Untuk Pulang Ke Pantai Timur

Dilulus untuk paparan oleh memo
tranungkite.net

Nombor Telefon Kecemasan Untuk Jalan Persekutuan Beserta Laluan-laluan Alternatif Sepanjang Musim Perayaan Aidil Fitri 2016

Berikut adalah panduan laluan alternatif untuk perjalanan pulang ke Kelantan, Terengganu dan Pahang dari Lembah Klang serta selatan tanahair. Panduan ini disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Cadangan laluan alternatif ini bertujuan untuk membantu pengguna lebuhraya dan jalan persekutuan mengelakkan kesesakan lalulintas di lokasi-lokasi tertentu di sepanjang laluan-laluan utama ke destinasi balik kampung di Pantai Timur di musim perayaan. Laluan yang lancar dapat memendekkan masa perjalanan dan mengurangkan stress.

Senarai Laluan Alternatif ke Pantai Timur Semenanjung

Berikut adalah senarai dan peta laluan alternatif untuk perjalanan balik kampung ke Pantai Timur. Buatlah pilihan bijak, dan utamakan keselamatan.

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas.

Jalan Alternatif 1 di Jalan Persekutuan 8 (FT8)

Dari Bentong ke Kota Bharu, Kelantan melalui Felda Mempaga, Pahang

Laluan ini bertujuan untuk mengelak dari kesesakan di bandar Bentong.

1.. Selepas melalui Plaza Tol Bentong (Dari KL – Bentong), terus ke Laluan Persekutuan 1498 dan melalui Kampung Chinta Manis dan Felda Mempaga Jaya.

2.. Masuk ke persimpangan kanan ke Laluan Persekutuan 1496 dan kemudian masuk ke persimpangan Kampung Sungai Ruan, Laluan C149 di sebelah kiri. Kemudian masuk semula ke Laluan Persekutuan 8 menuju ke Kota Bharu.
Jalan Alternatif 2 di Jalan Persekutuan 8 (FT8)

Dari Bentong ke Kota Bharu, Kelantan melalui Raub, Pahang

Laluan ini bertujuan untuk mengelak dari kesesakan di Raub.

1.. Dari Bentong melalui Laluan Persekutuan 8 terus ke Bandar Raub, keluar ke kiri masuk ke Laluan C5 (Jalan Cheroh ke Batu Malim) dan masuk ke persimpangan Jalan Cheroh Ke Gesing melalui Laluan C158 di Seksyen 15.

2.. Dari persimpangan Cheroh masuk semula ke Laluan Persekutuan 8 menghala terus ke Kota Bharu.
atau

1.. Dari Bentong melalui Laluan Persekutuan 8 terus ke Bandar Raub, keluar ke kanan dan lalu di hadapan Bangunan Majlis Daerah Raub dan susur ke kiri untuk melalui Jalan Bukit Koman sehingga ke bulatan kecil hadapan Hospital Raub.

2.. Dari bulatan kecil hadapan Hospital Raub, masuk ke kanan dan terus ke Jalan Taman Amalina Lestari dan terus ke Laluan Persekutuan 8 menuju ke Kota Bharu.
Jalan Alternatif 3 di Jalan Persekutuan 3 (FT3)

Dari Chukai ke Kuala Terengganu melalui Kg. Ibok, Terengganu

Laluan alternatif ini bertujuan untuk mengelak dari kesesakan di bandar Chukai.

1.. Dari Kuantan melalui Laluan Persekutuan 3, keluar ke kanan melalui Laluan T126 ke Chukai. Di persimpangan lampu isyarat, susur ke kanan ke Laluan Persekutuan 237 dan kemudian susur ke kiri di persimpangan lampu isyarat yang ke-2 ke Laluan T131 menghala ke Zoo Mini.

2.. Masuk ke Laluan T13 di Kampung Ibok dan terus ke Laluan T6 di Kampung Bukit Anak Dara. Di persimpangan empat, susur ke kiri ke Laluan Persekutuan 145 menuju ke Kuala Terengganu/ Kota Bharu.
Laluan Alternatif 4 di Jalan Persekutuan 8 (FT8)

Dari Gua Musang ke Kota Bharu melalui Kuala Krai, Kelantan

Laluan alternatif ini bertujuan untuk mengelak dari kesesakan di Kuala Krai.

1.. Dari Gua Musang melalui Laluan Persekutuan 8, keluar ke kanan melalui Lalauan D225 di Kampung Sungai Peria.

2.. Dari Simpang Tiga Sungai Pahi, susur ke kiri menghala ke Guchil dan masuk semula ke Laluan Persekutuan 8 menuju ke Kota Bharu.
Semoga panduan laluan alternatif di atas berguna buat pembaca yang bercadang untuk memandu kereta atau menunggang motosikal ke Pantai Timur.

malaysiatercinta.com (2015)

Senarai Nombor Telefon Maklumat Trafik
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) 1-800-88-7752 (Beroperasi 24 jam)

1.. IPD Bentong 09-2222222

2.. IPD Raub 09-3562003

3.. IPD Gua Musang 09-9125428

4.. IPD Kuala Krai 09-9660675

5.. IPD Jeli 09-9440204

6.. IPD Kota Bharu 09-7485522

7.. IPD Tanah Merah 09-9556222

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 30, 2016 9:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BORANG MAKLUMAT : BALIK KAMPUNG

Salam Ramadan kepada semua pembaca. Diam tak diam sudah 25 hari kita berpuasa dan lebih kurang 5 hari sahaja lagi kita menyambut kedatangan Syawal. Korang dah balik kampung halaman masing-masing? Pastinya ada yang belum lagi kan.

Terkini, PDRM telah pun menyediakan BORANG MAKLUMAT : BALIK KAMPUNG sempena cuti perayaan Aidilfitri ini. Apa sebenarnya tujuan borang ini? Tujuan borang ini dikeluarkan ialah demi mencegah kegiatan jenayah semasa penduduk di kawasan perumahan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan.

Borang ini perlu diisi oleh pemilik kediaman & diserahkan semula ke Balai Polis berhampiran, bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan. Di dalam borang ini juga disertakan tips-tips bagi mengelakkan kejadian pecah rumah dan banyak lagi. Dimana anda boleh mendapatkan borang ini? Sungguh mudah, dengan hanya klik DOWNLOAD atau layari laman web PDRM. Akhir kata, selamat bercuti. :D

suffer.frenzyfm.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Thu Jun 30, 2016 9:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



CARA MEMAGAR RUMAH SEBELUM BERCUTI | Keadah Mengikut Syariat Islam

bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

Hi semua.. bila nak balik kampung?
Nanti nak kena tinggal rumah lama.. ni ada sedikit perkongsian untuk diamalkan, In sha Allah..

Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut:

1) Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
3) Baca Ayatul Kursi.. (1x)
4) Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x)

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud : "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5) Lafazkan "Bismillahitawakkaltu'Alallah" ; "La haulawala khuwwata illabillah 'ill 'Aliyil 'Aziim"

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 30, 2016 9:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ada Orang Janji Nak 'Sponsor' 100 Orang Anak Yatim Berbuka, Tapi Bila Nak Berbuka 'Call' Tak Angkat
siakapkeli.my

Pagi ini, perhatian admin tertarik dengan sebuah pos yang dimuatnaik oleh Ummi Rusnah Abu Samah iaitu pengasas kepada Madarasah Darul Tahfiz Sri al Ain di mana madrasah berkenaan menempatkan kira-kira 100 orang anak yatim dan kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

Seperti kebiasaan, sudah pasti ada orang yang akan tampil meraikan anak-anak yatim dan anak-anak tidak bernasib baik ini terutamanya pada bulan Ramadhan ini.

Tapi kisah kehidupan mereka ini adakalanya seolah-olah dipermainkan oleh sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Ummi dalam satu posnya semalam di laman Facebook kepunyaannya, seseorang telah berjanji untuk 'sponsor makanan kepada kira-kira 100 orang anak yatim yang berada di Madrasah berkenaan.

Namun, pada hari yang dijanjikan untuk menyajikan hidangan berbuka puasa kepada anak-anak yatim ini, individu yang berjanji untuk 'sponsor' anak-anak yatim ini makan menyepikan diri apabila tidak menjawab panggilan telefon daripada Ummi.

"Kalau Ummi seorang bolehlah berbuka di masjid, tapi ini 100 orang, macamman nak bawa berbuka di Masjid, ke nak tunggu sampai waktu berbuka, kalau makanan tak sampai kita makan kurma dan minum air je la," tulis Ummi.

Untuk lebih lanjut, kami telah menghubungi Umm, menurut Ummi dia telah cuba untuk menelefon individu yang berjanji tersebut namun panggilannya tidak diangkat sehingga akhirnya beliau terpaksa ikhtiar sesuatu untuk anak-anak ini.

"Ummi dah telefon orang itu lambat, jadi persiapan untuk masak kepada mereka tak sempat disediakan kerana perlu menyediakan barang yang banyak untuk makan 100 orang dan memandangan memang berharap kepada individu berkenaan untuk berikan makanan kerana sudah berjanji," jelas Ummi.

Ditanya anak-anak ini berbuka puasa dengan apa, Ummi memberi tahu ada seorang insan mulia telah mengambil tindakan menghantar kek kepada anak-anak ini untuk lapik perut berbuka kerana makanan yang dijanjikan oleh individu berkenaan tidak muncul tiba.

Kepada anda yang ingin membantu anak-anak ini bolehlah salurkan bantuan anda kepada

Maybank
Darul Tahfiz Sri Al Ain
564397116075

MADARASAH DARUL TAHFIZ SRI AL AIN, JALAN GAJAH 16, KG KUBU GAJAH, SG BULOH atau hubungi 0132456300.

Apapun terima kasih kepada Ummi kerana sanggup menjalankan kerja amal ini, semoga dikurniakan ganjaran pahala yang besar. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 30, 2016 9:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kerajaan Setuju Beri Cuti Pada 8 Haribulan Kepada Penjawat Awam Jika Raya Jatuh 6 Julai
siakapkeli.my

PUTRAJAYA: Berikutan cadangan yang dilakukan oleh Cuepacs, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan perlepasan khas kepada kakitangan awam bertugas pegawai perkhidmatan awam Persekutuan, lapor Bernama.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Bagaimanapun, perlepasan khas ini tidak akan terguna pakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

"Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri."

"Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing," katanya. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, June 26, 2016 12:20 PM
Subject: Fw: Pertimbang Raya Ketiga Sebagai Cuti Peristiwa

Kerajaan Pertimbang Raya Ketiga Sebagai Cuti Peristiwa - KSN
siakapkeli.my

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan permohonan penjawat awam yang mahu supaya tarikh hari Jumaat, 8 Julai ini, yang juga hari ketiga sambutan Aidilfitri dijadikan sebagai cuti peristiwa khas.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, permohonan yang disampaikan menerusi CUEPACS itu akan dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat peringkat tertinggi kerajaan.

"Bagaimanapun perbincangan mengenai cuti khas itu hanya terpakai untuk negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat minggu perayaan terbabit.

"Insya-Allah saya akan bawa perkara ini untuk dirundingkan, sebab kerajaan memang tidak pernah ada cuti peristiwa hanya untuk negeri yang kerja pada hari Jumaat," katanya sebagaimana lapor BH Online. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 30, 2016 9:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Haid Datang 5 Minit Sebelum Maghrib, Bagaimana Puasanya?
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

Apabila seorang wanita mulai kedatangan haid lima minit sebelum azan magrib, sama ada puasanya diteruskan atau batal?

Jawapan:

Alhamdulillah, dikutip dari IslamQA. Kalau seorang wanita telah keluar haid sebelum terbenam matahari, walaupun sesaat, maka puasanya batal. Maka dia harus mengqadha untuk hari itu.

Syekh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata dalam kitab Majalis Syahri Ramadan, hal. 39: "Kalau haidnya telah terlihat dari seorang wanita yang sedang berpuasa meskpun sesaat sebelum magrib, maka puasa hari itu batal dan diharuskan mengqadha."

Dia tidak dibolehkan berpuasa dalam keadaan haid, kalau dia tetap melakukan (puasa), maka puasanya tidak sah.

Ibnu Qudamah rahimahullah berkata dalam Al-Mughni, 4/397: "Jika wanita haid berniat puasa dan menahan (dari makan) padahal dia telah mengetahui keharaman akan hal itu, maka dia berdosa dan tidak diterima puasanya."

Wallahu a'lam.

sumber islampos.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 30, 2016 9:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Makin Ramai Taknak Naik Teksi Lepas Ni

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

TERUKNYA PEMANDU AIRPORT LIMO KLIA: Pada 9 Jun 2016 yang baru berlalu saya membeli tiket Limo Premier untuk membawa saya dan keluarga dari KLIA ke Renaissance Kuala Lumpur Hotel.

Saya sekeluarga diarah untuk menaiki Limo Premier yang dipandu Encik ZABAA. Setelah beg-beg selesai dimasukkan ke dalam "booth" kereta kita pun sedia untuk bertolak. Sebaik sahaja nak bertolak anak saya yang berumur 3 tahun hendak minum.

Saya maklumkan Encik ZABAA yang saya hendak mengambil botol susu di belakang. Dengan nada suara yang tinggi Encik ZABAA minta saya "Cepatlah Encik, kereta lain nak masuk". Dalam perjalanan saya bertanya "Encik, cuaca panas eh, berapa hari dah tak hujan?".

Encik ZABAA mwnjawab dengan nada marah; "Encik, di sini bukan Hawai. Ini Malaysia...". Saya terperanjat dengan jawapan beliau. Saya tidak bercakap apa-apa sepanjang jalan. Sepanjang jalan kita berjumpa 2 kemalangan.

Setiap kali melalui tempat kemalangan Encik ZABAA akan membunyikan hon dengan melontar perkataan; "Accident, mati. Padan muka". Lagi, membuat saya memikirkan Encik ZABAA tiada perasaan peri kemanusiaan. Dah sampai destinasi, kita pun turun serta mengeluarkan beg-beg dari kereta.

Anak saya tertinggal bekas makanan. Encik ZABAA sekali lagi dengan nada suara tinggi; "Encik, ini kereta bukan tempat buang sampah". Saya minta maaf. Hati saya tertanya adakah Encik ZABAA ni marah kerana berpuasa atau memang Pemandu teksi Malaysia sebegitu.

Dalam hati saya nak buat aduan dengan SPAD tetapi hingga hari ini tidak berkesempatan.
P/s Sebab kat Malaysia aku post. Lepas ini Uber & Grab car jelah..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 30, 2016 9:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Adik galas tanggungjawab jaga tiga saudara OKU
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Siti Asa Hassan, 47, (dua, kiri) bersama dua adik beradiknya menerima sumbangan yang disampaikan oleh Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pulau Pinang Prof Dr Mohd Fozi Ali (kiri) di rumah keluarga berkenaan. - Foto BERNAMA

SUNGAI PETANI: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, begitulah yang dirasakan Siti Asa Hassan yang menggalas tanggungjawab menjaga kakak dan dua abangnya yang istimewa selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia kira-kira lapan tahun lalu akibat sakit tua.

Siti Asa, 47, berkata kakak sulungnya, Siti, 67, bukan sahaja orang kurang upaya (OKU) yang bermasalah mental tetapi turut mempunyai masalah jangkitan paru-paru dan memerlukan rawatan serta penjagaan rapi kerana tidak boleh berjalan dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

"Dia hanya duduk atau berbaring di atas tilam dan perlu memakai lampin pakai buang dan jika mandi, perlu diangkat ke bilik air," katanya.

Dua lagi abangnya, Abd Wahab, 59, dan Muhammad Saman, 53, juga OKU bermasalah mental namun Abd Wahab hanya berjalan sekitar kawasan rumah berbeza dengan Muhammad Saman yang sering merayau jauh dari rumah.

"Ini yang membimbangkan saya kerana Muhammad Saman pernah kemalangan beberapa tahun lalu akibat dilanggar lori dan dimasukkan ke hospital selama dua minggu kerana kecederaan di kepala," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya, di Kampung Sungkup, Bukit Selambau, dekat sini, hari ini.

Siti Asa berkata sebelum ini bebannya dapat dikongsi bersama suaminya, Saipi Azhari namun selepas kematian suaminya kira-kira empat bulan lalu akibat sakit jantung, dia terpaksa menguruskan semua perkara sendiri dengan dibantu anak tunggalnya, Siti Nabayah, 21, yang tinggal bersamanya.

"Memang ada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bahkan saya cuba berbelanja dengan berhemah, beli apa yang perlu. Nak harapkan bantuan adik beradik lain, mereka juga masing-masing mempunyai tanggungan dan bukanlah golongan berada.

"Namun ada kalanya, terasa bebannya memandangkan kami hanya memiliki sebuah motosikal dan untuk bergerak ke kawasan pekan terutamanya ke Klinik Kesihatan berhampiran terutama untuk pemeriksaan kakak sulung, kami perlu menyewa kereta dengan kos RM50," katanya.

Ditanya mengenai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, Siti Asa berkata, saban tahun sambutan hanya ala kadar, cukup sekadar masing-masing memiliki sepasang baju baharu walaupun dibeli pada harga RM20 sepasang.

"Ada juga saya beli kuih raya agar adik beradik rasa gembira menyambut raya. Namun raya tahun ini berbeza sedikit kerana baru-baru ini ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan. Bukan sahaja membersihkan kawasan rumah, malah mereka turut mengecat, membuat pendawaian elektrik dan membelikan tikar getah serta langsir baharu untuk rumah kami," katanya.

Siti Asa berkata rumahnya itu dikunjungi Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pulau Pinang, Prof Madya Dr Mohd Fozi Ali bersama-sama 87 pelatih dan 12 pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) UiTM cawangan Pulau Pinang menerusi progam sukarelawan kemasyarakatan anjuran Suksis UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Sekiranya ada pihak yang berhasrat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Siti Asa bolehlah berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 02300-29-00057602-2.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/adik-galas-tanggungjawab-jaga-tiga.html#ixzz4CytCsX3a
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 30, 2016 9:09 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Cabutlah Nyawaku, Anak Aku 8 Orang, Sorang Pun Tak Balik Jenguk Aku," Rintih Pak Cik Ini Sambil Bergenang Air Mata
siakapkeli.my

Sejak kecil anak dijaga, dibelai dan dimanja, banyak kehandak mereka ibu bapa akan penuhi, dari keringat dikerah, titik peluh yang dicurahkan demi mencari sesuap nasi menyara keluarga anak-anak agar hidup sempurna.

Namun, ada antara mereka bila anak-anak dah besar dan berjaya, diri mereka akan disisihkan, hidup berseorangan ataupun 'dilempar' di rumah orang tua tanpa anak-anak sedar, itulah insan yang menjaga mereka dahulu.

Walaupun apa yang admin cakap ini bukan semua orang lakukan, tetapi ia memang ada terjadi dalam masyarakat kita tidak kira bangsa atau agama.

Di kongsikan oleh sebuah kisah yang cukup memilukan, satu pengalaman saudara Aznan Abdul Latiff ketika menyertai program "Sekampit Beras" anjuran Pemuda ISMA Melaka baru-baru ini di mana mereka telah pergi ke rumah seorang warga emas ni yang dikatakan duduk berseorangan.

Dia dikatakan mempunyai ramai anak, tetapi seorang pun anaknya balik menjenguknya.

Jom kita baca coretan pengalaman saudara Aznan.

SETIAP tahun bila tiba bulan Ramadan akan ada ramai insan yang pemurah. Seperti kebiasaan, saya pergi menghantar bantuan kepada yang memerlukan. Cuma tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun yang lain dan tahun ini pastinya akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila.

Biasanya sebelum ni bantuan beras dan barang keperluan akan saya panjangkan ke rumah anak yatim ataupun madrasah seperti diminta oleh yang memberi. Tapi tahun ni tak sama. Saya pergi ke rumah-rumah orang kampung yang mana senarai nama saya dapat daripada pihak masjid. Ada 10 buah rumah yang kami pergi semalam dan pelbagai kisah dan teladan yang kami dapat.

Tetapi rumah pertama yang saya dan rakan-rakan pergi ini akan menjadi ingatan kepada kami. Apabila mengingatinya berlinangan air mata saya.

Kami berhenti di depan sebuah rumah yang agak usang. Kelihatan seorang pemuda sedang sibuk memasukkan besi buruk ke dalam kenderaannya dan juga seorang pakcik tua yang memerhatikan pemuda tu dari depan rumahnya. Kami memberikan salam dan bersalaman dengan pemuda dan pakcik tu sambil di tangan kami membawa sedikit barang untuk disumbangkan dan juga bubur lambuk yang diberikan masjid selepas solat Asar tadi.

"Pakcik apa khabar?," saya memulakan bicara.

"Ini ada sedikit sumbangan buat pakcik."

Pakcik itu menjawab salam kami dan mengambil barang yang diberikan. Kemudian beliau masuk sebentar ke dalam rumah untuk menukar pakaian disebabkan beliau hanya bertuala lusuh sewaktu kami sampai tadi.

Kemudian pakcik keluar. Sekali lagi saya terus bertanyakan khabar pada pakcik tu.

"Pakcik sihat? Pakcik duduk sorang aje ke?"

"Pakcik sihat. Anak ini datang dari mana?"

Saya pun menerangkan kami dari mana dan tujuan kami datang. Terpancar sedikit senyuman di raut wajah tua pakcik tu apabila disapa dengan ramah oleh kami ketika berbual.

Saya terus menanyakan soalan lagi, bagi memesrakan keadaan.

Saya bertanya lagi, "anak pakcik tak balik ke?"

Seketika itu juga wajah pakcik tu berubah.

"Anak pakcik ada 8 orang. Sorang pun tak balik tengok pakcik. Apalah nasib pakcik ni," luahnya.

Kami terus terdiam.

Dan ketika itu jugalah pakcik tu angkat tangan dan berdoa di depan kami.

"Ya Allah, kau cabutlah nyawaku. Dah tak ada gunanya lagi aku hidup. Kau matikanlah aku Ya Allah."

Kelihatan genangan air mula berkumpul di kelopak mata pakcik tua itu. Kami sedikit tersentak dengan apa yang kami dengar daripada mulut pakcik tu. Tergamam juga melihat keadaan pakcik ketika itu.

Kami kaku seketika. Seorang bapa begitu sedih sehingga meminta Allah mencabut nyawanya kerana sudah lama anaknya tidak pulang ke rumah.

Kami cuba sabarkan dan tenangkan pakcik dengan memberi sedikit nasihat dan harapan. Kami tak kenal pun siapa pakcik ni. Kami tak kenal pun 8 orang anak pakcik ni. Kami tak tau apa kerjaya anak-anak pakcik ni. Kami tak tau apakah harapan yang kami berikan pada pakcik tu untuk menanti kepulangan anaknya adalah harapan palsu atau mampu jadi realiti.

Kami tak tahu sejarah panjang hidup pakcik ini bersama anak-anaknya.

Tapi, saya berdoa pada Allah semoga urusan pakcik ini dipermudahkan. Saya berdoa agar anak pakcik ini pulang untuk menziarahi ayahnya. Saya berdoa agar lebih ramai yang datang membantu pakcik ini.

Kita adalah anak kepada ibu dan bapa kita.

Merekalah yang banyak berbakti kepada kita.

Mungkin tak mudah untuk kita lafazkan kata-kata sayang pada orang tua macam yang mereka ucap pada kita waktu kita kecil dulu. Mungkin juga kita tak mampu memberikan kemewahan pada mereka. Tapi yang pasti kita boleh sentiasa berdoa dan berbuat baik kepada mereka. Pulanglah di hari raya ini demi orang tua kita.

Jika ada masalah yang berlaku kita tidak tahu, ketahuilah, seteruk atau seburuk manapun dia, dia tetap ayah kita, insan yang banyak berkorban untuk besarkan kita dan darahnya mengalir dalam tubuh kita. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 30, 2016 9:09 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kisah Menyayat Hati Ibu Tunggal (OKU) Yang Menguris Perasaan
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Puan Zaleha dan anak-anaknya

APA yang kita terlupa berikan kepada mereka dan berapa banyak lagi pengabaian terhadap orang kelainan upaya (OKU) yang akan kita 'tangisi' selepas ini?.

Peristiwa menyayat hati yang menguris perasaan dari Team Mahabbah dan menimbulkan cemuhan yang sangat tajam kepada pelbagai pihak termasuk Keluarga yang terbabit baru-baru ini dalam Misi Ikhlas Ramadhan.

Penemuan Ibu Tunggal (OKU), Siti Zaleha, 37, di Kuala Ketil. Zaleha yang ditemui dalam rumah yang usang dan kelihatan sangatlah daif, rumahnya dari sudut tepi diikat dengan tali untuk menghalangan dari robohnya bahagian bawah rumah.

Rumah kayu yang berbolong-bolong dan atap rumah yang tiris dan berlubang. Tanpa tersedar air mata sudah membasahi pipi . Kurus kering kelihatan, berbaju usang serta dikelilingi dengan kotoran membuatkan kami terkesima. Mempunyai 3 orang anak. Salah seorangnya bernama Nurul Amalina Syuhada, 10 tahun.

Diceritakan Zaleha, makan mereka cumalah nasi dan ulam-ulaman saja, bekalan air perlu ditadah ke rumah jiran. Tempat mereka masak disitu juga tempat mereka tidur, malanynya lagi sekiranya hujan turun, tempat tidur itu akan dibasahi air.

Turut diceritakan, Zaleha pernah ke Parit Panjang dengan menaiki kerusi roda ditolak oleh suaminya untuk memohon bantuan dari pihak NGO.

Bila ditanya akan kekuatan dan sumber semangat yang dimilikinya, dia menjawab Anak-anak saya.

"Anak-anak merupakan sumber kekuatan dan inspirasi bagi saya disamping sokongan moral daripada kaum keluarga serta sahabat handai bagi meneruskan kehidupan serta membesarkan anak-anak selepas kematian suami beberapa tahun lepas"
Tambahnya lagi, Katanya: "Alhamdulillah, saya mempunyai seorang anak lelaki. Saya mendapat kekuatan dengan adanya anak lelaki saya.

"Memang saya rasa sangat takut hendak hadapi masa depan tanpa suami dan kewangan yang mencukupi. Tapi Alhamdulillah, atas bantuan yang diterima serta kawan-kawan membantu dari segi emosi serta nasihat berguna yang mampu membangkitkan semula semangat saya.

Keadaan rumah puan Zaleha dari sisi luar

Anak kecil yang sedang tidur beralaskan tilam usang

Disitulah tempat tidur , disitulah tempat masak mereka

Ruang dapur

senyuman si kecil

--------------------------------------------------
Nama : Siti Saleha

Alamat : No 45 KG Pekan Lama ,09300 Kuala Ketil Kedah

__________________________________________________________

Sebarang sumbangan akan kami salurkan kepada mereka seperti:

* Tilam
* Tikar getah
* Dapur
* Kabinet @ Rak barang.
* Almari
* Pakaian baru Kanak² lelaki & perempuan
* Pakaian sekolah lelaki & perempuan (10 tahun)
* Dan lain-lain.
(Penyampai amanah)
520480011022510
NMK MAHABBAH ENT
ALLIANCE ISLAMIC BANK
Atau hubungi :
Ust Muhammad - 0195483523
Ust Mustaqim - 0175231255
Ustzh Izzatie - 0134562681

NMK Mahabbah Motivation & Consultancy telah menambah 9 foto baru
Semalam pada pukul 2.14 pagi ·
APA yang kita terlupa berikan kepada mereka dan berapa banyak lagi pengabaian terhadap orang kelainan upaya (OKU) yang akan kita 'tangisi' selepas ini?

Peristiwa menyayat hati yang menguris perasaan Team Mahabbah dan menimbulkan cemuhan yang sangat tajam kepada pelbagai pihak termasuk Keluarga yang terbabit baru-baru ini dalam Misi Ikhlas Ramadhan. Penemuan Ibu Tunggal (OKU), Siti Zaleha, 37, di Kuala Ketil. Zaleha yang ditemui dalam rumah yang usang dan kelihatan sangatlah daif, rumahnya dari sudut tepi diikat dengan tali untuk menghalangan dari robohnya bahagian bawah rumah. Rumah kayu yang berbolong-bolong dan atap rumah yang tiris dan berlubang. Tanpa tersedar air mata sudah membasahi pipi . Kurus kering kelihatan, berbaju usang serta dikelilingi dengan kotoran membuatkan kami terkesima. Mempunyai 3 orang anak. Salah seorangnya bernama Nurul Amalina Syuhada, 10 tahun.

Diceritakan Zaleha, makan mereka cumalah nasi dan ulam-ulaman saja, bekalan air perlu ditadah ke rumah jiran. Tempat mereka masak disitu juga tempat mereka tidur, malanynya lagi sekiranya hujan turun, tempat tidur itu akan dibasahi air.

Turut diceritakan, Zaleha pernah ke Parit Panjang dengan menaiki kerusi roda ditolak oleh suaminya untuk memohon bantuan dari pihak NGO.
Bila ditanya akan kekuatan dan sumber semangat yang dimilikinya, dia menjawab Anak-anak saya.
"Anak-anak merupakan sumber kekuatan dan inspirasi bagi saya disamping sokongan moral daripada kaum keluarga serta sahabat handai bagi meneruskan kehidupan serta membesarkan anak-anak selepas kematian suami beberapa tahun lepas"
Tambahnya lagi, Katanya: "Alhamdulillah, saya mempunyai seorang anak lelaki. Saya mendapat kekuatan dengan adanya anak lelaki saya.
"Memang saya rasa sangat takut hendak hadapi masa depan tanpa suami dan kewangan yang mencukupi. Tapi Alhamdulillah, atas bantuan yang diterima serta kawan-kawan membantu dari segi emosi serta nasihat berguna yang mampu membangkitkan semula semangat saya.
--------------------------------------------------
Sebarang sumbangan akan kami salurkan kepada mereka seperti:
* Tilam
* Tikar getah
* Dapur
* Kabinet @ Rak barang.
* Almari
* Pakaian baru Kanak² lelaki & perempuan
* Pakaian sekolah lelaki & perempuan (10 tahun)
* Dan lain-lain.

(Penyampai amanah)
520480011022510
NMK MAHABBAH ENT
ALLIANCE ISLAMIC BANK

Atau hubungi :

Ust Muhammad - 0195483523
Ust Mustaqim - 0175231255
Ustzh Izzatie - 0134562681

‪#‎bantumembantu‬ ‪#‎Mahabbahcharity‬ ‪#‎Salamaidilfitri‬ ‪#‎bantuanaidilfitri‬ ‪#‎rayamahabbah‬ ‪#‎rayabersama‬ ‪#‎syukurraya‬

NMK Mahabbah Motivation & Consultancy
2 jam ·
SYAWAL BERMAKNA BUAT PUAN ZALEHA

Update terbaru, kami akan mengadakan gotong royong di rumah Puan Zaleha sebelum raya . insyaAllah pada isnin ni. Jika tuan/puan berminat ingin menyumbangkan apa2 boleh terus hubungi kami. Harapan besar kami adalah lebih kepada sumbangan berupa wang ringgit, ini kerana kami berhajat ingin menyediakan keperluan keluarga Puan Zaleha bagi meraikan Aidilfitri yang bakal tiba :)

--------------------------------------------------
Sebarang sumbangan akan kami salurkan kepada mereka

(penyampai amanah)
520480011022510
NMK MAHABBAH ENT
ALLIANCE ISLAMIC BANK

Atau hubungi :

Ust Muhammad - 0195483523
Ust Mustaqim - 0175231255

NMK Mahabbah Motivation & Consultancy berkongsi kiriman mereka.
pada 26hb Jun jam 4.16 pagi ·
Tahniah sahabat.. Smoga ap yg kita lakukan ini dapat meringankn beban yg memerlukan. Selamat hari raya 😊😊

+19
NMK Mahabbah Motivation & Consultancy telah menambah 22 foto baru
pada 26hb Jun jam 1.53 pagi ·
"IKHLAS RAMADHAN"
Kisah semalam
25 JUN 2016 | SABTU

Alhamdulillah, kami berjaya menyelesaikan misi kami menyampaikan amanah penderma kepada beberapa buah keluarga yg memerlukan.

Sumbangan berupa barangan keperluan dapur, baju dan wang tunai itu kami telah sampaikan dari rumah ke rumah.

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang telah sudi berkongsi rezeki. Terima kasih kepada ahli NMK MAHABBAH yang turut turun padang tanpa mengira waktu membantu melaksanakan tugasan . Alhamdulillah .

‪#‎NMKMAHABBAH‬

NMK Mahabbah Motivation & Consultancy telah menambah 22 foto baru
pada 26hb Jun jam 1.53 pagi ·
"IKHLAS RAMADHAN"
Kisah semalam
25 JUN 2016 | SABTU

Alhamdulillah, kami berjaya menyelesaikan misi kami menyampaikan amanah penderma kepada beberapa buah keluarga yg memerlukan.

Sumbangan berupa barangan keperluan dapur, baju dan wang tunai itu kami telah sampaikan dari rumah ke rumah.

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang telah sudi berkongsi rezeki. Terima kasih kepada ahli NMK MAHABBAH yang turut turun padang tanpa mengira waktu membantu melaksanakan tugasan . Alhamdulillah .

‪#‎NMKMAHABBAH‬

P/S : Mohon Like Dan Share (FB) Supaya Ramai Yang Dapat Membantu ..( VIRAL )

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/kisah-menyayat-hati-ibu-tunggal-oku.html#ixzz4CypUXlM3
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 30, 2016 9:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Isu Beg Udara Takata, Wanita Dakwa Nyaris Maut Gara-Gara Beg Udara Pecah, Inflator Terkena Leher
siakapkeli.my

Sebelum ini kami ada mendedahkan betapa seriusnya isu beg udara Takata sehingga layak digelar 'beg udara pembunuh' di mana kerana masalah beg udara ini yang membuatkan beberapa syarikat kereta utama telah memanggil semula (recall) kereta keluaran mereka yang menggunakan beg udara berkenaan.

Selepas beberapa syarikat termasuk Honda mengumumkan untuk 'recall' beberapa model keluarannya, kita dikejutkan dengan berita seorang pemandu wanita dari Petaling Jaya maut dalam kemalangan selepas inflator beg udara Takat Single Stge (SDI) di bahagian pemandu pecah.

Selepas kami memuatnaik artikel bertajuk Ketahui 7 Perkara Penting Tentang Isu Beg Udara Takata 'Beg Udara Pembunuh' di laman Facebook Siakap Keli, seorang wanita bernaman Puan Rabiah Bie telah tampil menceritakan pengalamannya ngerinya yang baru di lalui.

Dia menceritakan yang dia hampir terbunuh apabila beg udara kereta jenis Honda City miliknya pecah dan mendakwa inflator telah tercampak keluar dengan laju mengenai tepi lehernya menyebabkan dia telah menerima 13 jahitan.

Berikut adalah ceritanya

(kami terpaksa sensor kecederaan kerana dilihat terlalu 'berat' untuk dilihat, jika ingin melihat gambar tanpa sensor atau betapa seriusnya kecederaan Puan Rabiah sila klik SINI) iaitu komen pertama di bawah artikel.

Gambar lebih jelas.

Menurut Puan Rabiah, apa yang dikongsikannya bukan untuk mendapat publisiti, tetapi untuk memberi kesedaran kepada orang ramai di luar sana yang bersikap acuh tiak acuh pasal beg udara ini.

"Mangsa yang terkena airbag pecah kebanyakkan meninggal dunia, tapi Alhamdulillah, syukur saya masih selamat, sekadar mendapat kecederaan di leher, harap-hara selepas ini dah tidak ada lagi yang menjadi mangsa serpihan dari inflator airbag," tulisnya.

Oleh itu, kepada semua pemilik kereta yang terlibat, sila rujuk kepada pusat servis kereta anda terdekat sebelum kejadian tidak diingin terjadi.

'Ini adalah perkongsian berdasarkan apa yang sudah terjadi. jangan lenggahkan lagi, bayangkan kereta anda dipandu oleh orang tersayang.

Berikut adalah senarai kereta yang terlibat.

Berikut adalah jenama dan model yang terlibat dalam krisis beg udara Takata.

Jenama : Honda

Model yang terlibat :
Accord (2003 – 2011),
City (2009 – 2011),
Civic (2007 – 2011),
CR-V (2008 – 2011),
Freed (2009 – 2011),
Insight (2011),
Jazz (2009 – 2011),
Odyssey (2004 -2008)

Hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang honda.com.my

Jenama : Toyota

Model yang terlibat :
Vios (2007 – 2008),
Corolla Altis (2007 – 2008),
Yaris (2007 – 2008)

Hubungi talian bebas tol 1-800-88 6968 2 atau layari laman sesawang toyota.com.my

Jenama : Mazda

Model yang terlibat :
Mazda BT-50 (2006 – 2011),
Mazda 6 (2003 – 2007)

Hubungi talian 03 -7627 8999 atau layari laman sesawang mazda.com.my

Jenama : Nissan

Model yang terlibat :
X-Trail (2002 – 2007),
Teana (2004),
Liberty (2003)

Hubungi talian 1-800-88 3838 atau layari laman sesawang nissan.com.my

Jenama : Suzuki

Model yang terlibat :
Swift 1.4 CKD
CBU (2012 – 2014)

Hubungi talian 1-300-88 6699

(Semua perihal servis lepas jualan Suzuki boleh dirujuk kepada pusat servis Suzuki yang sudah dijenama semula sebagai Proton, hubungi nombor di atas untuk maklumat lanjut.)

Jenama : Mitsubishi

Model yang terlibat : Triton 3.2 (2006 -2014)

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 30, 2016 9:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lawak Politik 13

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Ini jenis orang yang sasau kerana langgar baiah.

Kredit
Ir Ahmad Hakimi

Kerja Parti PAN Musnahkan PAS, Buat Lari Harta PAS... UMNO Dia Tak Kacau!

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


Sebelum ini tersebar mengenai kertas kerja IRC/JIM/IKRAM yang ada menjelaskan jika tidak boleh menguasai PAS, mereka akan hancurkan PAS dengan membuat parti baru sebagai alternatif. Tapi ramai orang tak percaya kerana puak-puak IKRAM ni 'nampak macam baik'. Warak, bercakap lembut daripada 'pondan'. Kalau berjalan pijak semut pun tak mati.

Itu tak masuk lagi puasa Isnin dan Khamis. Takkan mereka nak rosakkan Jamaah Islam lain?

Kalau kita dengar kuliah Dr Maza tentang puak Khawarij yang mereka ini zuhud, mereka beribadat sehingga tubuh mereka kurus. Mereka menangis di waktu malam dengan tahajud. Tapi merekalah yang bunuh khalifah Islam, bukan setakat buat lari kerusi. Curi bangunan PAS atau curi ahli PAS. Bunuh Khalifah pun mereka buat!

Dulu puak ini berada dalam PAS, mereka memengang jawatan Setiausaha Agung, Bendahari PAS Pusat, Ketua Penenrangan dan banyak lagi jawatan-jawatan penting dalam PAS.

Apa mereka buat?

Mereka "duplicate" semua gerak kerja parti PAS. Mereka buat Unit AMAL dengan nama ARIF, mereka buat PASTI, Mereka buat Nisa', Mereka buat semua lajnah-lajnah kecuali Majlis Syura Ulama kerana mereka tak nak ada ulama. Mereka nak buat juga lain, tapi oleh kerana tak ada contoh sampai hari ini tak wujud lagi jawatan itu. Tak hairanlah Ustaz Ahmad Awang dan Ghani Shamsuddin 'terkontang-kanting' sekadar pembaca doa dalam majlis atau gambarnya diambil sedang tanpa poster dan pasang bendera untuk hebahan kempen.

Mereka curi idea PAS, mereka curi harta PAS, mereka curi ahli PAS.

Barang wakaf pun mereka curi. Bila seseorang itu wakaf tanah atau bangunan harta itu menjadi harta wakaf bukan milik individu lagi walaupun nama masih tercatat nama si perwakaf mungkin pertukaran geran milik tak dibuat atau belum dibuat. Kita wakaf untuk dapat kerdhaan ALLah. Jadi bukan milik lagi.

Tapi malangnya puak PAN ni bila si pewakaf itu telah bertukar parti kerana ditarik menjadi ahli PAN, mereka anggap harta itu masih harta mereka, jadi dibawa lari bangunan PAS, tanah PAS dengan mendakwa miulik mereka. Di dunia ini mereka menang pasal mahkamah akan nilai apa yang tercatat pada kertas. Tapi diakhirat mereka belum pasti menang!

Mereka boleh bergambar dan bangga kononnya bangunan PAS boleh di tawan dan dirampas. Tapi itu bukan memang di sisi Allah.

Saya cabar pembaca, jika benarlah parti PAN ini tolong bawakan kepada saya satu gambar puak-puak PAN ini bergambar di hadapan bangunan atau permis UMNO yang di tawan mereka.

Mereka bukan nak musuh UMNO tapi mereka lebih suka bermusuh dengan PAS.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com