9 Messages
Digest #4530
Messages
Wed Jun 15, 2016 9:00 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Keluarga Akui Serah RM12 Juta Pada Polis Untuk Abu Sayyaf
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Keluarga empat mangsa culik di Sarawak mengakui menyerahkan RM12 juta wang tebusan kepada polis untuk diserahkan kepada kumpulan militan Abu Sayyaf pada 24 Mei lalu.
Harian Metro melaporkan, wang tebusan itu membabitkan sumbangan individu dan orang ramai sebanyak RM9 juta, pemberian syarikat perkapalan tempat mangsa bekerja sebanyak RM2 juta dan RM1 juta lagi hasil pajak gadai dua rumah keluarga mangsa di Pulau Li Hua, Sibu.
Bapa saudara kepada kepada salah seorang tebusan, Datuk Lau Cheng Kion berkata, wang tebusan itu diserahkan kepada Cawangan Khas di Sandakan pada 24 Mei lalu.
"Kami serahkan amaun itu membabitkan 12 cek Hong Leong Bank yang setiap satunya bernilai RM1 juta dalam sebuah beg sebelum diserahkan kepada Cawangan Khas di Sandakan pada 24 Mei, sekitar jam 4 hingga 6 petang.
"Semua wang itu sudah diserahkan kepada mereka (kumpulan militan Abu Sayyaf) dan kami tidak mengambilnya walau satu sen pun," katanya yang merupakan bapa saudara kepada tebusan Johnny Lau Jung Hien.
Lau berkata, selepas keluarga mangsa membuka akaun Facebook merayu bantuan orang ramai, mereka menerima maklum balas positif.
"Sumbangan diterima dari Papua New Guinea, Taiwan, China, Pulau Solomon dan Malaysia. Ada individu yang memberikan amaun besar dalam sumbangan itu, namun tidak mahu namanya didedahkan.
"Sesiapa yang ingin penjelasan lanjut mengenai wang tebusan ini, mereka boleh berhubung Cawangan Khas dan Bank Hong Leong di Sandakan. Ia adalah sumbangan orang ramai, kami tiada hak terhadapnya,
Pengakuan Lau itu bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa tiada wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf.
Khalid sebelum ini dilapor berkata keempat-empat tebusan itu dibawa pulang ke tanah air oleh Unit Tindakan Khas (UTK) selepas dibebaskan tanpa sebarang pembayaran.
Pada 1 April lalu, adik beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, diculik dari kapal tunda MV Massive 6 oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Sabah.
Semua tebusan dibebaskan pada 9 Jun lalu dan menjalani pemeriksaan serta diambil keterangan oleh polis sebelum dibenarkan pulang, semalam.
Keempat-empat mereka di sambut keluarga masing-masing sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu jam 8.40 pagi, semalam.
4 Mangsa Culik Dibebas Abu Sayyaf Tanpa Wang Tebusan
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keempat-empat tebusan itu dibawa pulang ke tanah air oleh Unit Tindakan Khas (UTK) selepas dibebaskan tanpa sebarang pembayaran wang tebusan.
"Keempat-empat mereka nampaknya dalam keadaan sihat. Mereka berada di Sandakan akan dibawa ke Kota Kinabalu hari ini.
"Kami terpaksa merahsiakan butiran lanjut pergerakan operasi kerana kita khuatir keselamatan mangsa dan kami belum ambil keterangan mereka lagi," katanya dalam laporan disiarkan Astro Awani.
Mangsa culik dikenalpasti sebagai adik beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chi, 29, sepupu mereka Johnny Lau JungHien, 21, dan rakan sekerja Wong Hung Sing, 34.
Kumpulan penculik pada mulanya meminta wang tebusan sebanyak 300 juta peso (kira-kira RM30 juta) sebelum mengurangkan kepada 180 juta peso (kira-kira RM18 juta) untuk pembebasan empat pemuda dari Sibu itu.
Sebaik sahaja dibebaskan, empat tebusan itu dilaporkan menaiki bot selama lapan jam dari Jolo ke Sandakan. – MYNEWSHUB.CC
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jun 15, 2016 9:00 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kepalsuan Hadis Kelebihan TERAWIH
selatanonline
Blog abuanasmadani.
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali.
Dikeluarkan oleh: Jabatan Mufti Negeri Terengganu.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali.
Media-media elektronik,media-
Solat Tarawih 2
Hukum Tarawih lbh 11- حكم التراويح
Solat Tarawih
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
·Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.
Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: {Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.} (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: {Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang.} (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:
1-Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2-Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3-Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4-Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
Posted by ibn_bacoks
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jun 15, 2016 9:00 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Viral Video Kisah Remaja Susun Selipar Jemaah Masjid Curi Perhatian Netizen
kitabantai.info
Posted by kita bantai
Seorang remaja lelaki yang menyusun kasut jemaah di Masjid Al Shariff Gombak baru-baru ini mendapat perhatian netizen selepas video tersebut dimuat naik ke Facebook dan mendapat lebih dari 40,000 perkongsian dengan lebih dari 800 komen.
Video tersebut telah menjadi viral sejak Ahad itu dikatakan telah dirakam dan dimuat naik oleh seorang lelaki yang menggunakan nama Putera Rawi selepas teruja melihat indakan remaja itu sejak beberapa hari lalu.
Video yang mendapat respon positif netizen itu juga menerima komen memuji tindakan mulia remaja tersebut selain menjadi contoh terhadap kerja amal yang dilakukannya.
Semoga ramai remaja kita dapat contohi perbuatan mulia seperti remaja tersebut.
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/viral-video-kisah-remaja-susun-selipar.html#ixzz4BTMFT4WO
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
Patut Ditiru, Pemuda Ini Jajar Ribuan Selipar Jamaah Shalat Tarawih
bloglist-malaysia.
beritafresh.
Beritafresh.
Kerana ulahnya yang unik tersebut, banyak jamaah yang kaget selepas usai solat tarawih, ternyata keadaan di depan masjid begitu rapi dan tersusun, berbeza jauh dengan sebelumnya yang terlihat amburadul serta rawak acakan. Dengan begitu, jamaah akan denan mudah mencari sandalnya tanpa takut tertukar kerana sudah ditata dengan pasangannya. Tak hairanlah jika banyak netizen yang memberikan pujian kepada pemuda tersebut. Penasaran ingin tahu seperti apa aksinya? simak video di bawah ini, jangan lupa share atau kongsikan pada teman, agar perilaku seperti ini dicontohi oleh banyak orang.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
2 of 2 File(s)
Wed Jun 15, 2016 9:00 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Segera Selamatkan Foto Foto Anda Karena Facebook Akan Menghapusnya
bloglist-malaysia.
beritafresh.
Secara rasmi facebook memaklumkan kepada para pemakainya bahwa selekasnya meniadakan photo serta video pemakai. Untuk meyakinkan kebenaran berita ini, sila saksikan khabarnya di Google: Facebook akan keluarkan foto serta video pemakainya. Foto-foto yang ada di penyegerakan photo bakal hilang selama-lamanya. Langkah ini bakal dikerjakan pada 7 Julai 2016. Terlebih dulu, Facebook melancarkan feature penyegerakan foto yang sangat mungkin pemakai untuk segera jalankan penyegerakan gambar dari telefon pintar ke album peribadi di Facebook.
Apabila Facebook meniadakan program penyegerakan foto, ini bermakna beberapa foto lama yang pernah tersimpan di Facebook itu akan terhapus. Bila mahu menyelamatkan bebrapa foto itu, Facebook mencadangkan supaya pemakai selekasnya memuat turun semuanya foto yang ada di media sosial itu.
"Untuk menjaga foto, downloadlah aplikasi moment, satu aplikasi baru dari Facebook. Atau bila tidak mau download aplikasi, muat turun semuanya photo yang ada di Facebook kedalam computer anda," tutur pihak Facebook.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jun 15, 2016 9:01 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kanak - Kanak Dibawa Lari Umur 12 Tahun Semasa Sedang Tidur
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
Rosnah memeluk anaknya Nur Aznidawati yang masih lagi trauma dengan kejadian itu.
KUANTAN – "Anak saya dikendong keluar dari rumah hingga ke sungai, mungkin cemas selepas mendengar jeritan kami sekeluarga, penculik tinggalkan anak saya di tepi sungai sebelum melarikan diri ke dalam semak berhampiran," kata Rosnah Ghani, 39, ibu kepada Nur Aznidawati, 12, yang didakwa cuba dibawa lari seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Sungai Ular di sini, awal pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu berlaku ketika Nur Aznidawati bersama tiga adik beradiknya yang lain sedang tidur di dalam bilik.
Rosnah berkata, mulanya dia rasa tidak sedap hati selepas mendengar bunyi 'sesuatu' di luar rumah dan pelik melihat pintu bilik anaknya terbuka manakala Nur Aznidawati yang lebih mesra dipanggil Acik tiada dalam bilik.
"Saya sangka dia di dapur tapi selepas lihat pintu dapur lopong saya curiga sesuatu tidak diingini berlaku.
"Suami turut dengar bunyi orang meronta di luar dan ternampak Acik dikendong seorang lelaki menuju ke sungai," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.
Rosnah berkata, mereka sekeluarga bertindak mengejar lelaki itu sebelum Nur Aznidawati dilepas dan ditinggalkan di tepi sungai.
Sementara itu, bapa mangsa, Salmi Mohamed Yusof, 40, berkata, dia hanya mendengar jeritan anaknya meminta tolong sekali saja, manakala adik-beradiknya langsung tidak menyedari suspek menceroboh masuk ke dalam bilik dan melarikan Acik.
Salmi berkata, lelaki itu menceroboh masuk ke rumahnya selepas mencabut tiga cermin tingkap dan melarikan diri melalui pintu dapur.
Katanya, dia bersyukur kerana Nur Aznidawati yang juga anak ketiga dari enam beradik itu hanya mengalami luka ringan namun, anaknya masih fobia dan takut kejadian sama berulang.
"Anak saya hanya mampu menangis selepas kejadian kerana masih terbayang-bayang perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Dia juga takut keluar rumah," katanya yang tidak dapat mengecam wajah suspek kerana keadaan gelap.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, polis sudah melakukan pemeriksaan di tempat kejadian selepas menerima laporan daripada mangsa.
Pihaknya masih melakukan siasatan lanjut termasuk mengesan suspek terlibat dan meminta kerjasama penduduk setempat yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.
-sinar
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/kanak-kanak-dibawa-lari-umur-12-tahun.html#ixzz4Bewa1tUd
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jun 15, 2016 9:01 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Rakaman CCTV Remaja Perempuan Diganggu Lelaki Dipercayai Kurang Siuman Dalam Lif Jadi Viral
siakapkeli.my
14 Jun - Satu video yang merakamkan seorang perbuatan seorang lelaki cuba mengganggu seorang remaja perempuan di dalam sebuah lif menjadi viral di media sosial hari ini.
Video yang berdurasi selama 1 minit 37 saat itu memaparkan lelaki berkenaan yang masuk kemudian dalam lif tersebut cuba memegang-megang remaja terbabit.
Menerusi pengamatan Siakap Keli pada komen dari mereka yang mengenali lelaki tersebut, lelaki itu dipercayai sememangnya kurang siuman.
Remaja itu kemudian cuba menepis lelaki itu tetapi dihalang. Selepas beberapa kali mencuba gadis itu berjaya keluar dari lif terbabit.
Video itu dimuat naik di page Metafora Anafora dan mendapat lebih dari 3,000 perkongsian dan mendatangkan pelbagai reaksi dari netizen yang ingin pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut.
Difahamkan juga, video berkenaan turut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook di timeline Siakapkeli petang tadi sebelum dimuatnaik oleh page Metafora Anafora.
Namun lokasi kejadian tidak dinyatakan. - Siakapkeli.my
[Kemaskini]
Penghuni flat tempat kejadian ketika dihubungi Siakap Keli berkata lelaki di dalam video terbabit mempunyai surat gila dan sudah beberapa kali mengganggu penduduk dan orang di sekitar flat berkenaan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Wed Jun 15, 2016 9:02 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Jangan Buang Biji Kurma!
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sahabat pencinta Makanan Sunnah! Ramadan Al Mubarak bakal menjengah lagi, Subhanallah bulan mulia untuk semua umat Islam. Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR.
Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia.
Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.
Langkah demi langkah memproses biji kurma, saya menggunakan biji kurma Ajwa
Namun pada post kali ini saya ingin berkongsi ilmu dengan biji kurma. Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi
jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul.
Cara cara memproses biji kurma;
a.. Basuh biji kurma dan tos kering
b.. Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian
c.. Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!
d.. Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras)
e.. Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama
Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA
Kebaikannya?
1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum
2) Seperti dikongsi sahabat baik saya, Fadillah Nur beliau menggunakan serbuk biji kopi untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut
3) Digunakan sebagai scrub badan (saya akan kongsikan tips scrubbing dengan anda pada post yang lain) . Gabungan scrub biji kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe!
4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!
Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia
Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH
Live and Love Sunnah
Munirah
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jun 15, 2016 9:02 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Viral Jurutol Maut Insiden Treler Rempuh Pondok Tol Palsu
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
KUALA LUMPUR: Tiga pondok kutipan tol tunai di Plaza Tol Subang di Petaling Jaya mengalami kerosakan akibat dirempuh sebuah treler pada Selasa.
Bagaimanapun, kejadian sejurus selepas 3 petang itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa manakala pemandu treler itu mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi berkata, treler itu telah hilang kawalan sebelum merempuh dari arah belakang sebuah kereta dan sebuah ambulans serta pondok tol di satu lorong terlibat.
Susulan itu, dua lagi pondok kutipan tol - satu daripadanya tidak beroperasi - turut terjejas akibat rempuhan itu.
Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi menafikan seorang jurutol maut dalam insiden itu selepas berita kemalangan berkenaan menjadi viral di media sosial.
"Sejurus sebelum kejadian, jurutol di pondok tol yang dirempuh treler itu keluar membantu sebuah kereta yang menghadapi masalah di lorong Touch n' Go," kata jurucakap itu.
Dalam pada itu, Mohd Zani berkata, permukaan jalan kering dan trafik juga tidak terlalu sibuk ketika kejadian.
Beliau berkata, pemandu treler itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan.
Kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
PLUS memaklumkan tiga lorong itu ditutup sementara kepada semua kenderaan untuk kerja baik pulih. - BERNAMA
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/viral-jurutol-maut-insiden-treler.html#ixzz4BevdxdXX
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jun 15, 2016 9:03 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
INILAH SALAH SATU SEBAB MENGAPA KITA PERLU BERSYUKUR HIDUP DI MALAYSIA...
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
INI TIPS KALAU ANDA NAK CEPAT KAYA DENGAN MENJUAL KARIPAP
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
berkatkah jika berniaga seperti ini?
comment:
otaiblues.blogspot said...
masaalahnya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment