Sunday, June 12, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4526

14 Messages

Digest #4526
1
3
Fw: Tiada cuti tambahan Aidilfitri by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
10a
Fw: FADHILAT PUASA DI BULAN RAMADHAN by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
11b
13
Fw: Isu batal Puasa atau Tidak. Penting! by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sat Jun 11, 2016 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Insiden Kemaluan Kanak-Kanak Tersepit, Pengendali Eskalator Berdepan Tindakan
siakapkeli.my

Berikutan kejadian yang menyebabkan kemaluan seorang kanak-kanak berumur tiga tahun tersepit di eskalator Isnin lalu di Bagan Serai, pihak berkuasa dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali ekskalator sebuah pasar raya daerah berkenaan, lapor mStar Online.

Pihak pengendali eskalator itu akan dibawa ke mahkamah kerana didapati kemudahan yang dipasang itu tidak mendapat sijil sah layak menduduki (CF).

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Datuk Ir. Mohtar Musri berkata, pengendali tersebut menjalankan operasi eskalator tetapi tidak menhalakan penyelenggaraan dan memperbaharui CF dimana mereka akan berdepan dengan denda RM100,000 atau penjara dua tahun sekiranya didapati bersalah.

"Kita telah periksa peranti keselamatan yang dipasang pada ekskalator dan CF. Berdasarkan siasatan kita, mereka tidak mengikut peraturan.

"Kita akan menghantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara supaya tindakan dapat diambil," katanya.

Menurut beliau, berdasarkan rekod perkhidmatan ekskalator itu telah tamat sejak Mac lalu selepas tamat CF tetapi penyewa baharu meminta pihak pengurusan untuk menyambungkannya semula.

Pada Isnin lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian kemaluan akibat tersepit di eskalator di sebuah pasar raya.

Dalam kejadian pada pukul 8.16 malam itu, mangsa berkenaan dipercayai duduk di atas eskalator berkenaan tanpa sempat bapanya berbuat apa-apa ketika menuju ke tingkat tiga dari tingkat dua.

Bagaimanapun tindakan pantas bapa kanak-kanak berkenaan menekan butang 'stop' eskalator menyebabkan keadaan tidak menjadi lebih teruk.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan kanak-kanak itu.

Kanak-kanak berkenaan yang dirawat di Hospital Taiping dilaporkan stabil. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, June 08, 2016 12:04 AM
Subject: Fw: tersepit pada eskalator & kembar siam

Kemaluan kanak-kanak tersepit pada eskalator

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

BAGAN SERAI: Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun cedera selepas kemaluannya tersepit pada eskalator dalam kejadian di sebuah pasar raya di sini malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kemaluan Mohd Rohaizad Abd Rahman tiba-tiba tersangkut ketika dia sedang menaiki eskalator berkenaan bersama keluarganya.

Punca kejadian bagaimanapun masih belum dapat dipastikan. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.16 malam memaklumkan kejadian.

"Setiba di lokasi kejadian, bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengumpil eskalator bagi menyelamatkan mangsa.

"Mangsa kemudian dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan," katanya. Beliau berkata, operasi tamat kira-kira jam 8.50 malam. - BH

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pantun Viral 'Jangan Kata Kapten Tak Payung' : "Saya Tak Sangka Pantun Baru Yang Dibuat Jadi Viral" - Kapten
siakapkeli.my

KAPTEN Shahirul bersama ibu tersayang. FOTO ihsan Kapten Shahirul 'Alim Aminudin

Kuala Lumpur, 8 Jun: Sebelum ini viral di media sosial rakaman audio seorang kapten pesawat AirAsia yang berpantun ketika membuat pengumuman di dalam pesawat.

Rakaman audio itu viral setelah ia dimuat naik oleh pengguna Facebook, Izwah Ibrahim ke media sosial itu.

Menerusi klip yang viral itu kedengaran kapten tersebut mendendangkan pantun yang berbunyi :

"Perut lapar mencari nasi,
Jangan dilupa sambal terung,
Maklumat penerbangan saya dah kongsi,
Jangan cakap kapten tak payung"

Setelah viral, kapten yang mendendangkan pantun itu kemudian ditemuramah oleh akhbar Harian Metro.

"Idea berpantun itu sudah lama saya buat sejak kira-kira setahun lalu sebagai tanda menghargai penumpang pesawat supaya mereka tidak bosan tetapi tidak sangka pula pantun terbaru dibuat Sabtu lalu 'jangan kau kata kapten tak payung' dan 'mi dalam cawan' menjadi viral sejak tiga hari lalu.

"Saya anggap penumpang itu tetamu yang datang ke rumah, jadi sudah tentu saya mahu memberi layanan sebaiknya supaya mereka terhibur," kata juruterbang AirAsia, Kapten Shahirul 'Alim Aminudin, 39, ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shahirul 'Alim berkata, dia menggunakan pendekatan berbeza ketika membuat pengumuman kerana mahu penumpang pesawat berasa selesa, dialu-alukan dan sentiasa dihargai walaupun menaiki penerbangan tambang murah.

Dalam di Facebook Izwah, penumpang pesawat itu menyifakan pengumuman dalam bahasa Inggeris sambil menyelitkan seloka pantun dalam bahasa Melayu yang dibuat Shahirul 'Alim sangat menghiburkan sehinggakan dia memberi perhatian penuh setiap bait yang dilontarkan juruterbang berkenaan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 8:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tiada cuti tambahan Aidilfitri - Kementerian Pendidikan
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Written By canang
Posted by canang

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menafi memberikan cuti sekolah tambahan sempena sambutan Aidilfitri seperti yang tersebar di media sosial.

Jurucakap kementerian berkata, jumlah cuti yang disebarkan itu sebenarnya sudah ditetapkan dalam takwim persekolahan sejak awal tahun ini dan kementerian tidak membuat sebarang perubahan.

"Berita yang tersebar di media sosial menyatakan kementerian menambah cuti sekolah sempena Aidilfitri adalah tidak benar, sebaliknya ianya adalah bilangan cuti yang sama seperti ditetapkan dalam takwim persekolah sejak awal tahun.

"Tarikh permulaan dan tamat cuti sekolah itu berbeza mengikut kumpulan," katanya ketika dihubungi BH. Sebelum ini, tersebar berita di media sosial mendakwa kementerian mengeluarkan surat siaran menyatakan cuti sekolah sempena Aidilfitri diberikan tambahan tiga hari.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menjelaskan perkara sama di laman Facebook miliknya dan menafikan berita yang tersebar itu.

Info - Cuti sekolah sempena Aidilfitri

* 3 hingga 9 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

* 4 hingga 10 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Saturday, 11 June 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Sat Jun 11, 2016 11:05 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



DAP Taja RM15 juta Untuk Bina Sekolah Agama Milik IKRAM

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan rancangan pembesaran Pusat Pendidikan Al- Itqan di Teluk Kumbar bernilai RM15 juta. Lim berkata, projek yang melibatkan para pelajar sekolah rendah dan menengah itu adalah langkah yang tepat pada masanya, sejajar bulan suci Ramadhan.

Tahukah anda bahawa Pusat Pendidikan Al-Itqan adalah milik IKRAM. Dulunya JIM atau IRC. IKRAM ini terbabit cuba menguasai PAS. Mereka menghuru-hara PAS bila cuba membuat Jamaah dalam Jamaah. Bila operasi mereka tak berjaya menguasai PAS dalam Muktamar 2015 atas kesedaran ahli PAS yang tidak lagi mengundi mereka. Mereka keluar ramai-ramai membina Parti AMANAH @ PAN yang berkiblatkan DAP.

Tujuan mereka adalah cuba mengambil alih semua yang PAS buat termasuk aset PAS seperti bangunan dan sebagainya. Mereka buat PASTI, Mereka Buat UNIT AMAL, Mereka buat NISA'. Mereka buat akhbar sendiri.

Mereka masuk dalam PAS untuk mendapatkan semua kepentingan bagi merangka parti baru untuk MELUMPUH dan MEMATIKAN Pas.

Itu kerja jahat puak IKRAM.

Selepas dapat peruntukkan RM15 juta apa yang anda fikir?

Mereka akan Jaja DAP Tak anti Islam. Lihat peruntukkan diberikan untuk Islam lebih baik daripada UMNO.

Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.

Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19 SAR menerima hanya 1.3 juta pada tahun 2009.

Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)

Tapi malangnya blogger PAN mewar-warkan kononnya DAP bukan ANTI-ISLAM. Memang orang Melayu bodoh semenjak penjajah british lagi. Melayu macam PAN @ AMANAH yang buta mata hati.

Anda tahu apa akan terjadi bila IKRAM yang menguasai parti PAN dapat pruntukkan sekolah agama?

Mereka akan jadi kuda DAP untuk mempertahankan apa sahaja yang DAP buat termasuk menolak hukum Hudud dan menolak undi RUU Memperkasa Undang-undang Syariah yang bakal dibahaskan nanti.

Ahli IKRAM akan menguatkan parti PAN @ AMANAH untuk memastikan PAS akan hancur.

Jangan hairan nanti pelajar Islam di sekolah IKRAM akan mendaulatkan DAP sebagai wira!!

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blospot.com

DAP Mengesahkan Undi PAN = Undi DAP, Nak Cakap Apa lagi?

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Sebelum ini pimpinan parti PAN @ AMANAH cukup marah dengan kenyataan jika undi parti PAN = dengan Undi parti DAP.

Mereka menyelar kenyataan yang dibuat oleh Cikgu Pa, Pengerusi Lajnah Pilihanraya PAS. Tapi hari ini apabila DAP mengantikan billboard barunya dengan menyeru masyarakat Cina untuk membantu AMANAH bagi memberikan sokongan kuat kepada DAP.

DAP telah menggunakan strategi rayuan penyokong di kubu kuatnya bagi memastikan masyarakat Cina mengundi calon parti PAN.

Habis puak PAN dan pendokong tegarnya nak cakap apa lagi?

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blospot.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 11:06 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kepala Budak Tersangkut Dalam Paip Penyambung Ketika Ibu Bapa Sibuk Layan Pelanggan
siakapkeli.my

Zheijiang, China - 9 Jun : Kepala seorang kanak-kanak lima tahun di wilayah Zheijiang terlekat di dalam paip penyambung dalam kejadian pada Selasa.

Ketika dia ditemui oleh ibu bapanya, kanak-kanak itu tidak boleh bercakap atau menangis.

Menurut NetEase, insiden itu berlaku ketika ibu bapa kanak-kanak itu sedang sibuk melayan pelanggan di dalam kedai.

Kanak-kanak itu dikatakan bermain dengan paip berbentuk L itu sebelum kepalanya tersangkut.

Malang menimpa kanak-kanak itu apabila dia meletakkan kepala di dalam paip itu namun tidak dapat mengeluarkannya semula. Difahamkan, kanak-kanak itu hanya mampu menangis dengan perlahan ketika paip itu terlekat di kepalanya.

30 minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak tersebut mula mencari dan terkejut menemui anaknya dalam keadaan sedemikian dan menelefon polis.

Namun polis memutuskan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk kanak-kanak yang kini bernafas dengan perlahan dan memindahkan urusan menyelamat kepada anggota bomba.

20 minit kemudian, bomba berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu dari batang paip dengan menggunakan alatan khas.

Ibu bapa kanak-kanak tersebut memberitahu wartawan bahawa anak mereka selalu bermain-main ketika mereka menjaga kedai.

Sebelum ini, kejadian seumpama itu turut berlaku tetapi melibatkan seorang lelaki dewasa dan mesin basuh. - Siakapkeli.my

Peha Tiba-Tiba Terasa Panas, Rupa-rupanya Telefon Pintar Terbakar Dalam Poket Seluar
siakapkeli.my

China, 7 Jun : Seorang lelaki di Wuhan terpaksa menanggalkan seluarnya ketika dia sedang berjalan apabila telefon pintarnya tiba-tiba terbakar di dalam poket seluar.

Ketika kejadian, Zhang pada mulanya merasa ada sesuatu yang panas di bahagian pahanya dan apabila diperiksa, dia mendapati telefon pintarnya terbakar.

Dengan pantas Zhang menanggalkan seluar dan mencampak telefon itu ke tanah.

Seorang wartawan dari Metropolis Daily dengan segera berkejar ke tempat kejadian untuk melihat sendiri keadaan telefon itu. Ketika sampai ke tempat kejadian wartawan itu mendapati kawasan itu sudah diselubungi dengan bau asap dan seluar Zhang berlubang akibat kejadian.

Zhang turut memberitahu wartawan itu bahawa dia membeli telefon tersebut pada 2014 dari sebuah kedai elektronik di pusat bandar. Sejak mula dibeli lagi, telefon itu memang kerap panas apabila selalu digunakan tapi tidak seteruk ini.

Zhang berkata jika dia tidak bertindak dengan cepat, dia mungkin boleh cedera dengan teruk dan kini dia mahukan jawapan dari pengeluar telefon terbabit. - Siakapkeli.my

Sumber : http://shanghaiist.com/

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, June 01, 2016 10:18 PM
Subject: Fw: Kepala Sangkut Dalam Mesin Basuh

Kepala Sangkut Dalam Mesin Basuh
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Hajat nak baiki mesin basuh semi auto yang rosak berakhir dengan kepala seorang lelaki tersangkut di dalam ruangan pengering pakaian.

Difahamkan, mangsa cuba melihat ke dalam untuk memeriksa punca kerosakan mesin itu, namun gagal mengeluarkan kepalanya.

Lapor NetEase, ketika mangsa membuat pemeriksaan mesin tersebut, mesin tersebut belum ditutup suisnya. Mujur rakan serumah menyedari kejadian itu, lalu bertindak menutup suis dan cuba mengeluarkan kepala mangsa namun gagal.

Setelah puas bergelak ketawa akan kejadian yang menimpan rakan serumah mereka itu, lalu mereka menghubungi pihak bomba untuk menyelamatkan mangsa.

Bomba tiba di lokasi kejadian cuba mengeluarkan kepala mangsa, namun gagal. Setelah mengambil kira keselamatan mangsa, bomba mengambil keputusan untuk membaraikan mesin basuh itu.

Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan.

- PIXEL MEDIA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 11:06 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hati Hati Minuman Teh Popular Ini Nyatanya Mengandungi Racun Perosak
bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Beritafresh.com - Anda suka minum teh? Hati-hati, sebab tak semuanya zat yang dikandung teh baik untuk badan. Tersebut di sini senarai jenama-jenama teh popular yang nyatanya mengandung racun perosak dalam jumlah yg tidak layak mengambil. Selekasnya hentikan bila anda sukai menjerang teh-teh berikut ini, bila tidak mau badan anda diracuni sedikit untuk sedikit sehingga menyebabkan fatal di masa datang.

Seperti ditulis CBC News, sebahagian jenama popular di bawah ini tak boleh dimakan karana mengandungi racun perosak diatas batas mengambil:
a.. Lipton
b.. King Cole
c.. Tetley
d.. Twinings
e.. Uncle Lee Legends of China (Green Tea)
Dimukan kalau kian lebih 1/2 dari pelbagai jenama teh yang di daftar, mengadung sisa racun perosak dalam jumlah menyalahi undang-undang tinggi. Diluar itu, 8 daripada 10 teh diuji nyatanya mengandungi pelbagai bahan kimia yang lain, bahkan juga ada satu jenama teh yang mempunyai kian lebih 22 type racun perosak tidak sama.

Setelah itu, sebahagian type zat berisiko juga diketemukan salah satunya Monokrotofos serta endosulfan, yang sistem membuatnya rasmi dilarang di sebahagian negara, kerana menyebabkan kerosakan alam sekitar serta kemungkinan pekerja yang menanganinya.

Beberapa besar teh diuji kandungan racun perosak tersebut, rupanya umumnya melampaui batas yang diputuskan dengan cara kesihatan. Oleh kerana itu pastikan jenama teh yang sekalipun tak mengandung racun perosak, walau itu susah didapat.

Tetapi, tersebut jenama teh celup jenama yang betul-betul mesti anda jauhi karana mengandung racun perosak paling banyak:

King Cole - jenama teh ini tinggi racun perosak, dan Monokrotofos, yang juga dilarang, karana menghadap ke degupan jantung tak teratur, koma, serta masalah BAB.

Uncle Lee Legends of China (Green Tea) -Penelitian mengenalpasti teh ini membawa kian lebih 20 type racun perosak, termasuk juga endosulfan, yang juga dilarang di banyak negara, karana mengakibatkan pada sebahagian masalah.

Penemuan ini menyebabkan reaksi dari syarikat pengeluar teh, James O 'Young, orang ke-2 pengarah Uncle Lee Legends of China, bikin pembelaan dengan mendakwa kalau semuanya teh mengandung racun perosak, tak ada yg tidak. Di katakan:

"Apabila anda minum teh apa sajakah, jenama apa pun, kenyataannya, hasil ladang yang satu ini memanglah mengandung racun perosak."

Dia meremehkan kenyataan kalau penyelidikan yang dikerjakan oleh PJK dapati tak semuanya jenama mengandung racun perosak. Hal semacam ini tunjukkan kalau teh boleh ditanam tanpa ada sisa-sisa racun perosak.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 11:06 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



19 Perbuatan Yang Tidak Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan
siakapkeli.my

Ramai tertanya-tanya adakah batal puasanya jika menderma darah, kena cucuk dengan jarum atau pelbagai lagi yang melibatkan memasukkan sesuatu dalam rongga badan.

Jadi ramai sebenarnya takut puasa mereka terbatal kerana tindakan dalam perubatan ini sehinggakan ada yang tidak pergi berjumpa doktor bila sakit di bulan puasa.

Dikongsikan oleh sorang doktor bernama Dr Ahmad Zakimi Abdullah 19 jenis perbuatan dalam bidang perubatan tidak akan membatalkan puasa anda.

Jadi apakah perkara yang tidak membatalkan puasa dalam bidang perubatan?

1) Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash)

2) Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan

3) Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (cth periksa jalan untuk bersalin)

4) Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.

5) Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan

6) Injeksi (cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.

7) Menderma atau menerima darah

8) Menerima oksigen atau gas untuk bius

9) Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.

10) Mengambil darah untuk pemeriksaan

11) Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan

12) Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).

13) Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan

14) Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).

15) Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).

16) Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma)

17) Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari

18) Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia), jika pesakit mahu berpuasa.

19) Haemodialisis atau peritoneal dialysis

Rujukan:
IOMS (Islamic Organization for Medical Sciences), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO, Figh As-sunnah (Sayyid as-Sabiq), dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah.
Disediakan Oleh:
Dr Ahmad Zakimi Abdullah
Disemak Oleh:
Ustaz Hj Abdullah Hj Yusuf

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 11:07 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Saya Tanggung Mentua, Kakak Ipar, Adik Ipar, Biras Dan Anak Buah, Tapi Hanya Kerana Tak Bagi Pinjam Kereta
siakapkeli.my

Di dalam alam bertumahtangga, ramai yang inginkan hubungan dibina bahagia , tetapi bukan semua orang bernasib baik untuk menjalani kehidupan bahagia seperti yang diimpikan itu dan akhirnya berakhir dengan penceraian.

Kadang-kadang hubungan yang dibina dengan suami tiada masalah, tetapi kerana campur tangan keluarga hubungan itu musnah.

Meluahkan perasaannya di dalam iium Confession BM, seorang wanita malang menceritakan kisah hidupnya yang begitu memeritkan.

Bukan kerana sang suami curang atau tidak sayang, tetapi kerana keluarga suami yang terlalu mengambil kesempatan atas kebaikannya sehingga dia hilang sabar menyebabkan dia dipukul dan difitnah.

Jom kita baca luahannya.

Akak Ipar, suaminya & Ibu Mertua yang melampau"

Assalamualaikum. Maaf jika saya gunakan medium ini untuk meluah perasaan, sebelum itu, selamat mennyambut bulan Ramadhan semua. Saya bekas penuntut UIA, graduasi pada tahun 2007.

Saya baru bercerai dengan suami dua minggu sebelum bulan Ramadhan. Saya redha jika dah tertulis jodoh kami hanya setakat itu sahaja. Bukan niat saya nak mengaibkan namun diharap apa yang saya ingin tulis dapat dijadikan iktibar buat diri saya sendiri dan orang lain.

Saya berkahwin dengan suami 3 tahun lepas, di mana ketika itu kami berdua sudah mempunyai kerjaya stabil. Suami saya bekerja sebagai guru di sekolah rendah dan saya di sebuah syarikat swasta, pendapatan saya lebih tinggi daripada suami tapi suami tetap beri duit belanja kepada saya. Jujur saya kata, ex suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Bila saya cakap bertanggungjawab, ex suami memang akan melebihkan keluarganya sendiri. Pada mulanya saya sangat bersyukur sebab ex suami tidak lupa tanggungjawab pada ibu dan keluarganya namun semuanya berubah selepas saya kenal sendiri bagaimana perangai mereka.

Sekali lagi, bukan niat mengaibkan. Begini, pada mulanya selepas kami berkahwin, ex suami mengajak saya tinggal di rumah keluarganya atas desakan ibunya. Ex suami merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik, kakaknya sudah berkahwin dan mempunyai dua org anak (juga tinggal di rumah ibu mertua saya), dan dua adik-adiknya seorang di kolej dan seorang masih bersekolah. W/pun keberatan, namun saya ikutkan juga dan berfikiran ada baiknya boleh mengeratkan hubungan dgn ibu mertua saya.

Long story short, bermulalah satu-satu perkara berbangkit. Pertama, sejak kami masuk di situ, ibu mertua, kakak ipar & abang ipar mula lepas tangan dalam soal belanja rumah. Pada mulanya, saya sangat tidak kisah sebab gaji saya dan suami mencukupi untuk menanggung belanja rumah mertua saya spt barang basah, duit dapur, bil elektrik & air. Mereka juga minta dipasangkan wifi dan astro di rumah tersebut (sebelum ini tiada) Kami berpakat memperuntuk RM1000 untuk kesemua tersebut. Kami juga menanggung adik-adik suami yang masih belajar. Namun, lumrah manusia, tidak menghargai malah tamak.

Konflik pertama apabila kakak ipar & suaminya mula mengharap pada saya dan suami soal biaya anak-anak mereka (9 & 12 tahun). Kakak ipar tidak bekerja, suaminya pula sangat malas bekerja, ex suami saya pernah beritahu abang iparnya selalu bertukar-tukar kerja, sama ada dibuang kerana selalu ponteng dan tidur di rumah. Sekarang suami kakak ipar mengambil upah menolong kawannya menjaga gerai pasar malam.

Isunya, mungkin bagi mereka kami bergaji tinggi jadi tidak salah meminta tolong, saya pun pada mulanya kesian memikirkan kesusahan mereka namun makin lama makin naik lemak sampaikan suami abang ipar mula minta duit setiap minggu daripada kami termasuk duit rokok, minyak, topup dan pernah minta juga dibelikan telefon baru. Suami mula tidak gemar dan pernah 'sound' abg iparnya namun kakaknya marah dan cakap suami kedekut, ibu mertua juga mula berkata suami berkira dengan adik beradik dan pernah menuduh saya yang menghasut suami.

Demi Tuhan, saya tidak pernah melarang suami menolong adik-beradiknya namun saya perasan kakak ipar dan suaminya suka mengambil kesempatan. Sudahlah menumpang di rumah ibu, tidak keluarkan satu sen pun untuk apa-apa sejak kami pindah masuk (sebelum ini pun mengharap pada duit pencen arwah ayah suami). Kemuncaknya apabila seperti mereka mengajar anak-anak mereka meminta duit sekolah pada saya. Saya akan berikan namun semakin lama anak-anak mereka juga berharap pada saya untuk duit sekolah mereka, duit tuisyen, buku, yuran, baju sekolah dan semua.

Pernah satu hari, anak mereka yang darjah 6 pulang sekolah dan cakap sekolahnya buat lawatan ke Langkawi dan perlu bayar RM120 untuk menyertai.

Dengan selamba mak ayah dia cakap

"mintak dengan cikngah (saya), mintak RM500 sekali duit belanja and mak nak pesan barang jugak alang-alang pergi sana"

Saya yang mendengar di dapur mula rasa menyirap, kerana senang-senang kakak ipar saya cakap macam tu.

Anaknya datang dan cakap

"cikngah, nak RM500 esok, ada lawatan."

Kemudian terus berlalu. Suami saya ada masa tu and cakap pada kakaknya kalau anak dia nak pergi mana-mana, dia dan suami la bertanggungjawab, jangan mengharap kat orang. Kakak ipar tarik muka, bila suaminya balik, dia mengadu dan terus jadi bertekak dan dikatakan kami berkira. Saya taknak suami saya bergaduh jadi saya berikan juga RM500 pada anak buah saya tu.

Sebenarnya banyak lagi, terlalu panjang. Ibu mertua saya juga sangat suka dibelikan macam-macam, saya tak pernah menghalang suami saya berbelanja pada ibunya namun mertua tidak pernah puas. Pernah sekali saya beli beg tangan untuk diri saya dengan duit saya sendiri, bila mertua nampak dia cakap dengan suami saya kenapa belikan kat saya dan tak belikan pada dia juga, suami terangkan yang saya beli dengan duit saya sendiri dan mertua terus marah saya dan cakap saya membazir, lebih baik beri pada dia buat beli barang rumah, sedangkan apa yang kami beri lebih pada cukup.

Paling saya marah, syarikat saya berikan saya bonus dalam bentuk percutian atas prestasi kerja beberapa bulan lepas atas tender yang berjaya. percutian 4 orang ke Korea, jadi saya decided untuk bawa suami, ibu saya dan adik saya.

Mertua sangat marah sebab tidak bawa dia (mertua suka tengok drama), marah yang melampau sangat sampai cakap saya menantu tak sedar diri, berkira dengan dia, pergi bercuti tak ingat mak dah macam-macam lagi.

Ditambah lagi dengan batu api kakak ipar yang turut tidak puas hati pada kami. Tapi masa tu saya dah tawar hati dengan mertua and kakak ipar jadi saya terus je pergi bercuti dua minggu dengan suami, ibu dan adik saya. Tapi apabila balik, saya tetap belikan macam-macam buah tangan untuk mereka. Mereka masih lagi perli saya dan cakap macam-macam di belakang saya.

Kemuncak semua perkara ini adalah perangai kakak ipar & suaminya. Mereka ada sebuah motor sahaja untuk urusan transport, itupun sebenarnya ihsan arwah ayah mertua. Digunakan suami kakak ipar untuk pergi kerja. Saya dan suami mempunyai 3 kereta, 1 milik suami dan 2 milik saya. Saya beli viva second hand ketika masih menuntut di UIA ketika itu menggunakan duit hasil kerja part time dan sebahagian duit biasiswa untuk memudahkan saya belajar ketika itu.

Tahun kedua kerja, saya beli kereta baru yang lebih selesa. Saya bercadang memberikan kereta viva tu kepada adik perempuan saya (18 tahun) selepas dia siapkan lesen dan masuk universiti. Kakak ipar dan abang memang selalu pinjam kereta viva tu untuk mereka anak beranak dan saya tidak kisah pun, cuma lama-lama mereka buat seolah-olah harta sendiri pula. road tax, minyak masih harap saya yang bayar.

Kakak ipar suruh ibu mertua cakap dengan saya supaya berikan kereta tersebut pada dia dan suami. Ibu mertua juga suruh begitu, namun saya cakap baik-baik tidak boleh sebab dah janji dengan adik. Ibu mertua dan kakak ipar cakap saya tidak mahu menolong sesama ipar.

Bagi saya, kalau nak, usaha lah, jangan nak semua benda free, lainla mereka cakap mereka nak beli daripada saya. Bukanlah saya kedekut, tapi hasil penat saya ikat perut zaman universiti untuk beli kereta tu supaya memudahkan saya bergerak, saya taknak adik saya rasa susah macam saya, sebab tu saya janji nak beri pada dia.

Kemuncaknya, saya dah beritahu mereka saya akan balik ke rumah saya dah akan bawa kereta viva tersebut untuk beri pada adik saya. Mereka cuma diam jadi saya rasa tiada masalah. Saya nak balik pada hari jumaat, pada hari rabu itu, bila saya balik kerja, saya tengok kereta viva saya tiada, saya assumed kakak ipar dan abang pinjam la kot untuk pergi mana-mana. Saya tak kisah.

Esok pagi nak pergi kerja, kereta masih tiada, saya dah tak sedap hati, balik kerja tu, saya tengok masih tiada.

Saya tanya ibu mertua saya, mana kakak ipar dan abang? Pinjam kereta ke? Ibu mertua dengan selamba cakap

"oh diorang dah balik kampung abang ko kat kelantan, tak tahu balik bila. ko pun bagi-bagi je la kereta tu kat diorang, kesian diorang takde kereta, jangan berkira sangat, ko banyak duit tak berkat hidup ko kedekut."

Darah saya menyirap, dan masa itulah saya terlalu marah. Rasa dipergunakan jadi saya marah ibu mertua saya dan kami berperang besar. Saya cakap ibu mertua saya ambil kesempatan, rumah ni pakai duit saya, dengan nak membela anak-beranak kakak ipar dan abang macam biawak hidup, dan saya terus ditampar ibu mertua.

Saya dah tak tahan, saya kemas barang saya, saya cabut semua wifi rumah dan panel astro. Bukan saya berkira, namun saya dah tak tahan sangat. Masa pergi bercuti di Korea baru ini pun, ibu mertua perli ibu saya cakap ibu saya kolot, buat malu je bawak pergi luar negara, selekeh dan macam-macam, namun saya sabar.

Kali ini mereka melampau sangat buat lari kereta yang saya nak bagi pada adik saya. Saya call kakak ipar banyak kali namun tak berjawab, message berpuluh-puluh kali tak reply, whatsapp dia bagi saya bluetick.

Last-last saya message kalau esok diorang tak balik bawak kereta saya, saya akan report polis mereka curi. Terus kakak ipar saya call and marah-marah cakap diorang pinjam je and macam-macam.

Tapi saya dah sakit hati dah dengan keluarga suami saya. Masa ini, suami saya takde, dia pergi ikut lawatan sekolah 3 hari jadi guru iringan. Sebab itu mertua and kakaknya berani sangat, sebab suami saya takde.

Esoknya, kakak ipar, abang dan anak-anak diorang balik and kakak ipar serang saya, tampar saya tarik-tarik saya dengan suaminya tengok je dan cakap

"bagus, bagi je penampar, sepak je betina macam ni"

Mertua pun takde langsung nak meleraikan. Mujurlah masa itu, sempat-sempat suami saya balik dan bila dia tengok keadaan macam tu, dia dah naik gila and tarik kakak dia and bertumbuk dengan abang iparnya. Mertua pegang suami and cakap saya punca semua benda and macam-macam fitnah keluar seolah-olah saya ah paling jahat, berkira dan semua benda.

Suami tarik saya masuk bilik and masa itu suami cakap dia ikut saya pindah. Saya masa itu dah tawar hati dengan semua perkara dan selepas dua minggu saya fikir masak-masak di apartment baru saya, saya called suami and minta dia lepaskan saya cara baik, sebab saya dah tidak mahu ada kena mengena dengan mertua, kakak ipar dan abang ipar saya lagi.

Dah tak sanggup. Suami pujuk namun akhirnya dia juga terpaksa lepaskan. Kami bercerai secara baik, tanpa anak. Ex suami lepas kejadian itu pindah keluar dari rumah ibunya dan menyewa di tempat dekat dengan sekolah tempat dia kerja. S

Saya pun dah ada apartment (sewa beli) sendiri dan sedang cuba bina hidup baru. Tolong doakan saya semua, semoga saya kuat.

Pesanan saya, sebelum berkahwin selidiklah juga keadaan keluarga bakal pasangan kita, berkenalan la juga dengan adik-beradik mereka, tahu latar belakang mereka sedikit. Salam Ramadhan semua, maaf post ini terlalu panjang, ini pertama kali saya meluahkan. Harap dimaafkan.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 11:07 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



FADHILAT PUASA DI BULAN RAMADHAN

RAMADHAN KEMBALI LAGI...

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kita sepatutnya lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding dari Ramadhan sebelumnya.Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya pada tahun hadapan.

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

" Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: " Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: kegembiraan berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah S.W.T" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Sedarkah kita menjalani ibadah puasa dapat melatih diri dan membentuk sifat-sifat terpuji. Antaranya:

* sifat ikhlas
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keihklasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukannya. Itulah sebabnya ibadat ini lebih istimewa dari yang lain. sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

* Kekentalan jiwa
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya selain Ramadhan. Ini mendidik kita lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.

* Sabar
Puasa melatih kita supaya dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadhan. Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dalam kehidupan.

* Memelihara fizikal
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

* Prihatin dan belas kasihan
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut. Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.

* Membuka hijab antara diri dengan Allah
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.

* Mengenali erti kejayaan sebenar
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.

* Rasa belas dan lemah lembut
Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya, apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah ia berkata " Aku berpuasa!." Seorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikitpun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga.

* Memperkukuhkan kesatuan ummah
Orang Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan Ramadhan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat dan kebaikan bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi. Merasai wujudnya kesatuan umat adalah perkara yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap mukmin.

* Merapatkan hubungan dengan alam
Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya.

* Menjaga masa
Puasa mengajar seorang muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadhan, seorang muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka puasa dan bersahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

* Kesihatan tubuh badan
Pakar-pakar perubatan puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengan ubat-ubatan moden dan tradisi. Terutama penyakit berkaitan masalah perut.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 11:08 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jaga-Jaga, Kini Penguatkuasa Selongkar Sampah Anda Semata2 Mahu Kenakan Kompaun.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Relax la. Ini bukan caranya nak mendidik rakyat dengan peraturan baru korang tu. Aku cukup tak gemar dengan stail kerajaan yang suka gunakan duit untuk hukum rakyat atas alasan nak mendidik dan beri pengajaran. Ini bukan caranya.

Sekarang neh netizens sedang mengumpat langkah kerajaan dalam menghukum rakyat dalam isu mengasingkan sampah.

Kata dorang. Penguatkuasa sampai datang ke rumah untuk check sampah segala. Area N9.

Ini gambar2 yang tersebar ;

Owhh wow. Sampai selongar sampah yang tak tahan tu. Cameraman beria2 je amek gambar. Duhh korang neh dah kenapa. Orang atasan korang bagi arahan macam syall la. Merendahkan2 akal intelek manusia je. Kesian kan yang jadi penguatkuasa2 tu. Rumah kena masuk pencuri pun takde spotcheck macam neh.

Aku sebenarnya menyokong langkah kerajaan dalam menyeru rakyat mengasingkan sampah masing2. Yang boleh dikitarsemula ikat elok2, asingkan dari sampah yang tak boleh dikitarsemula. Cuma aku tak sokong bab kompaun dan tindakan seperti gambar2 di atas.

Cadangan aku. Untuk kawasan perumahan. Elokla kerajaan sediakan tong sampah gergasi bagi mengisi sampah2 yang boleh dikitarsemula. At least ada tempat tujunya. Bagi yang malas nak kitarsemula atau menjual di pusat kitarsemula at least tahu nak campak ke mana. Tong sampah neh khusus nak isi barang2 yang boleh dikitarsemula je. Kalau boleh jika ada sesiapa nak amek barang2 dalam tong sampah neh jangan la larang jangan la halang. Itu biasanya cara dorang mencari rezeki. Kutip barang2 kitar semula untuk dijual.

Tak perlu bersusah-payah pergi ke satu rumah ke satu rumah semata2 nak tengok tuan rumah tu asingkan ke tak sisa sampah dorang. Benda baru nak diamalkan. Bagi mereka masa untuk jadikan ia sebagai tabiat. Ini baru buat dah laju2 nak kenakan kompaun. Ikut otak konspirasi aku. Mao aku kaitkan ini semua dengan 1MDB. Kau jangan main2 gomen.

Ini aku dapat dari page brother Lando.

Hah, tu dia. Bukan kita kata kita nak tiru part terbabas tu tapi kita nak bagitau yang kerajaan boleh laksanakan perkara tersebut tanpa membabitkan unsur2 ugut rakyat dengan wang ringgit. Didik rakyat dengan ilmu. Iklan. Forum. Kebaikan kitarsemula. Keperluan asingkan sampah. Kenapa kita kena asingkan sampah2 kita sebelum buang di tong sampah. Mula2 rakyat akan rasa berat lama2 bila dah terdidik mereka akan patuh secara semulajadi. Cuma bagi masa la. Jangan terus taboh je. Najib pun minta masa untuk laksana itu laksana ini, kena kat rakyat reti pula paksa kita laju2 follow. Cam syall la.

Harap2 kerajaan pertimbangkanlah cadangan aku neh. Btw, benda neh untuk 1 Malaysia ke atau untuk N9 je? Naya aku. Aku baru je buang sampah tak asing2kan benda yang boleh dikitarsemula kot. Mampuih.

Sumber gambar.

Penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal Mula Dijalankan
siakapkeli.my

Sebanyak 2,737 premis di Kedah yang membabitkan 10 taman perumahan telah diepriksa hari ini melalui operasi penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal, lapor Berita Harian.

Pengarah SWCorp Kedah, Fadzilah Hasan, berkata jumlah terbabit adalah sebahagian dari 266,927 premis membabitkan 2,031 taman perumahan seluruh negeri ini yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Penguatkuasaan yang dilaksanakan hari ini disertai 58 anggota penguat kuasa yang akan memeriksa tong sampah PBT bagi melihat sama ada pemilik premis mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Jika pemilik premis gagal mengasingkan sisa pepejal, notis mesra akan diberikan sebelum tindakan sama dilakukan dalam tempoh tujuh hari," katanya dalam sidang media sempena operasi pengasingan sisa pepejal di sini, hari ini.

Selain Kedah, operasi berkenaan turut dilakukan di Negeri Sembilan di mama tujuh daerah negeri ini, iaitu Port Dickson, Tampin, Jelebu, Rembau, Kuala Pilah, Jempol dan Seremban.

Operasi berkenaan bermula kira-kira jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari, disertai oleh 41 anggota penguat kuasa dan lapan pegawai SWCorp bersama syarikat konsesi pembersihan di negeri ini, SWM Environment Sdn Bhd.

Pemilik premis yang tidak mematuhi pengasingan sisa pepejal di punca boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 12, 2016 12:14 am (PDT) . Posted by:

"muhamad zuki bin abdul kadir" myv183

Sekali kena tegur, sekali buat akta/peraturan baru.

Sedangkan jika penguatkuasaan akta/peraturan lama diBUAT, isunya tidak akan
menjadi kritikal.

Sbg cth, kitar semula, di bandar Bentong, tiada tong kitar semula
disediakan.

Jadi, dimana nak diletak/hantar sampah pepejal yang diasingkan tadi
sekiranya peraturan baru ini dipatuhi oleh rakyat?
On Jun 12, 2016 14:08, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]"
<automobil@yahoogroups.com> wrote:

>
>
> 
>
>
> *Jaga-Jaga, Kini Penguatkuasa Selongkar Sampah Anda Semata2 Mahu Kenakan
> Kompaun. *
> bloglist-malaysia.blogspot
> amenoworld.net
>
> Relax la. Ini bukan caranya nak mendidik rakyat dengan peraturan baru
> korang tu. Aku cukup tak gemar dengan stail kerajaan yang suka gunakan duit
> untuk hukum rakyat atas alasan nak mendidik dan beri pengajaran. Ini bukan
> caranya.
>
> Sekarang neh netizens sedang mengumpat langkah kerajaan dalam menghukum
> rakyat dalam isu mengasingkan sampah.
>
> Kata dorang. Penguatkuasa sampai datang ke rumah untuk check sampah
> segala. Area N9.
>
> Ini gambar2 yang tersebar ;
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1fs_4oDeEnbm9lPyzyGOTMOXqA9cZTxdu1KurhotS-BPmb3A0CVJou5zyhXCSBInIzkSJRJ6mwUyV8bh4V-ZLXwCvxzN5-EkxbQo7LZkhGmm2NULK94A1C2Oy3dxq8u4w4dLG9fQ1hg/s1600/Sampah+3.jpg>
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4_4UoXByP5vNYjpMhNKLsauSDqoW2dyczaCDa7mvynhSM1TGqmqKqx7wr8ZH97CLYtioiZMdYtaXasstpcd3IFDp8qsVn_qPCGuY1ps28xWSN6_R84KpWzun2fXbi21ornikYchVfyA/s1600/Sampah.jpg>
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmlDs5siX5_IUmleI_pOTBW6D-681B34BCSL7RrnmXRvgvElAuE7B_wKAjQXaZEreBDTVPEoOdMMl8hntNI1tHy1s7snSgSPyWisEmco9WI_9Zm8fP_xzGXdTrUcRNX2CdoDI28JkhdA/s1600/Sampah+2.jpg>
>
> Owhh wow. Sampai selongar sampah yang tak tahan tu. Cameraman beria2 je
> amek gambar. Duhh korang neh dah kenapa. Orang atasan korang bagi arahan
> macam syall la. Merendahkan2 akal intelek manusia je. Kesian kan yang jadi
> penguatkuasa2 tu. Rumah kena masuk pencuri pun takde spotcheck macam neh.
>
> Aku sebenarnya menyokong langkah kerajaan dalam menyeru rakyat
> mengasingkan sampah masing2. Yang boleh dikitarsemula ikat elok2, asingkan
> dari sampah yang tak boleh dikitarsemula. Cuma aku tak sokong bab kompaun
> dan tindakan seperti gambar2 di atas.
>
> Cadangan aku. Untuk kawasan perumahan. Elokla kerajaan sediakan tong
> sampah gergasi bagi mengisi sampah2 yang boleh dikitarsemula. At least ada
> tempat tujunya. Bagi yang malas nak kitarsemula atau menjual di pusat
> kitarsemula at least tahu nak campak ke mana. Tong sampah neh khusus nak
> isi barang2 yang boleh dikitarsemula je. Kalau boleh jika ada sesiapa nak
> amek barang2 dalam tong sampah neh jangan la larang jangan la halang. Itu
> biasanya cara dorang mencari rezeki. Kutip barang2 kitar semula untuk dijual
> .
>
> Tak perlu bersusah-payah pergi ke satu rumah ke satu rumah semata2 nak
> tengok tuan rumah tu asingkan ke tak sisa sampah dorang. Benda baru nak
> diamalkan. Bagi mereka masa untuk jadikan ia sebagai tabiat. Ini baru buat
> dah laju2 nak kenakan kompaun. Ikut otak konspirasi aku. Mao aku kaitkan
> ini semua dengan 1MDB. Kau jangan main2 gomen.
>
> Ini aku dapat dari page brother Lando.
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYeDgd5R6RUunc_OAsALhFM2mZBsUuw5uD3eM9mkEQ2M4p4cRdui_lxOi7ZivhYR-mD-1Ae_39owmV7ENjUR31aYUKFrWZniZtATb3JFrVG2T5uVlj4qPkJ1lWXVzN35YpIcurGmTHPw/s1600/Adnan.jpg>
>
> Hah, tu dia. Bukan kita kata kita nak tiru part terbabas tu tapi kita nak
> bagitau yang kerajaan boleh laksanakan perkara tersebut tanpa membabitkan
> unsur2 ugut rakyat dengan wang ringgit. Didik rakyat dengan ilmu. Iklan.
> Forum. Kebaikan kitarsemula. Keperluan asingkan sampah. Kenapa kita kena
> asingkan sampah2 kita sebelum buang di tong sampah. Mula2 rakyat akan rasa
> berat lama2 bila dah terdidik mereka akan patuh secara semulajadi. Cuma
> bagi masa la. Jangan terus taboh je. Najib pun minta masa untuk laksana itu
> laksana ini, kena kat rakyat reti pula paksa kita laju2 follow. Cam syall la
> .
>
> Harap2 kerajaan pertimbangkanlah cadangan aku neh. Btw, benda neh untuk 1
> Malaysia ke atau untuk N9 je? Naya aku. Aku baru je buang sampah tak
> asing2kan benda yang boleh dikitarsemula kot. Mampuih.
>
> Sumber gambar
> <https://www.facebook.com/landozawawivrus/photos/ms.c.eJyzNDA1MrAwtjSyNLYwNzTWswTxzYwsLM0MTE0tDQBldQZW.bps.a.510215035771386.1073741828.510204812439075/905206289605590/?type=3&theater>
> .
>
> *Penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal Mula Dijalankan *
> siakapkeli.my
>
>
> <https://3.bp.blogspot.com/-eb7IAi_H9d0/V06uDEl25pI/AAAAAAAAfpM/JzpnyB8gtCkd3JkI38borYw3Vquy3-lRQCLcB/s1600/2.jpg>
>
> Sebanyak 2,737 premis di Kedah yang membabitkan 10 taman perumahan telah
> diepriksa hari ini melalui operasi penguatkuasaan pengasingan sisa
> pepejal, lapor *Berita Harian.*
>
> Pengarah SWCorp Kedah, Fadzilah Hasan, berkata jumlah terbabit adalah
> sebahagian dari 266,927 premis membabitkan 2,031 taman perumahan seluruh
> negeri ini yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).
>
> *"Penguatkuasaan yang dilaksanakan hari ini disertai 58 anggota penguat
> kuasa yang akan memeriksa tong sampah PBT bagi melihat sama ada pemilik
> premis mematuhi peraturan yang ditetapkan. *
>
> *"Jika pemilik premis gagal mengasingkan sisa pepejal, notis mesra akan
> diberikan sebelum tindakan sama dilakukan dalam tempoh tujuh hari,"*
> katanya dalam sidang media sempena operasi pengasingan sisa pepejal di
> sini, hari ini.
>
>
> <https://3.bp.blogspot.com/--LcsX70cua8/V06tAMoSAOI/AAAAAAAAfpE/SdafC9cdgXk27l0aPf0kMclqpTOdrjnlwCKgB/s1600/1.jpg>
>
>
> <https://1.bp.blogspot.com/-zDICyZPToB8/V06tAZpyxqI/AAAAAAAAfpE/a1mEJHQADns_6QPGTecpTf_AeGuvYa3dACKgB/s1600/3.jpg>
>
> Selain Kedah, operasi berkenaan turut dilakukan di Negeri Sembilan di mama
> tujuh daerah negeri ini, iaitu Port Dickson, Tampin, Jelebu, Rembau, Kuala
> Pilah, Jempol dan Seremban.
>
> Operasi berkenaan bermula kira-kira jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari,
> disertai oleh 41 anggota penguat kuasa dan lapan pegawai SWCorp bersama
> syarikat konsesi pembersihan di negeri ini, SWM Environment Sdn Bhd.
>
> Pemilik premis yang tidak mematuhi pengasingan sisa pepejal di punca boleh
> dikenakan tindakan mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
> Awam (Akta 672) - *Siakapkeli.my <http://siakapkeli.my/>*
>
>
> <https://3.bp.blogspot.com/-E9q2PocnqyA/V06tAumdb-I/AAAAAAAAfpE/FsPjIr6ppNc1uxrb45PVa47HEVLK1RrxQCKgB/s1600/5.jpg>
>
>
> <https://2.bp.blogspot.com/-2zWhDPLrXyM/V06tA4PqjfI/AAAAAAAAfpE/b8AJpfFqGd8oxBrVFJ8GPO7iwLq4yp-hwCKgB/s1600/6.jpg>
>
>
> <https://1.bp.blogspot.com/-67d6suAzIDQ/V06tBEecynI/AAAAAAAAfpE/crt0TDryK5IFnhE7oLY4doDQYXo-8P3bQCKgB/s1600/7.jpg>
>
>
> <https://1.bp.blogspot.com/-fPC3mhByPNs/V06tBJz1WvI/AAAAAAAAfpE/UawrNlSXfxAQRJ2eQhJ6aaLddzj9H1tWACKgB/s1600/8.jpg>
>
>
> <https://3.bp.blogspot.com/-HfHwJeXQOac/V06tBSPl-hI/AAAAAAAAfpE/h4XLpgMxXR8HTkDTsklruO2CxttoHHEuQCKgB/s1600/9.jpg>
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>

Sat Jun 11, 2016 11:08 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lelaki Cerita Detik Seram Diganggu "Sesuatu" Di KM333 Lebuhraya Pantai Timur 2
siakapkeli.my

Sebelum ini anda sudah pasti pernah terdengar kisah-kisah seram di Lebuhraya Pantai Timur 2 yang diceritakan di media, ada yang mengatakan lebuhraya memang benar-benar berhantu sehingga menyebabkan berlaku banyak kemalangan.

Namun ada juga yang mendakwa kemalngan yang berlaku di LPT2 berkenaan bukanlah sebab berhantu tetapi kerana struktur pembinaan jalan.

Apa pun yang terjadi sebelum ini tidak dapat dipastikan, terbaru seorang lelaki bernama Hazir Haron telah berkongsikan satu kisah yang berlaku kepadanya dua hari lalu.

Beliau menceritakan pengalaman seramnya melalui LPT 2 yang agak menyebabkan bulu roma anda naik.

Jom kita baca;

Salam Ramadhan buat semua...

Nie status susulan status pagi tadi masa den upload lepas sahur then nak tido dah time nie....
Oklah... Nak kata seram... Macam x seram sangat... Then nak kata dah kena ikat... Macam x kena ikat... Huhuhu... Apa2 pun... Nie pengalaman kedua sebenarnya kena di jalanraya... Ok... Mai nak cerita... Dari mula sampai abeh....

Status yang dimuatnaiknya selepas sampai di rumah

Tepat jam 8.35mlm kami pun bertolak dari Marang....

Dari marang... Kami lalu jalan dalam... Sampai keluar ke exit tol ajil.... Jalan dalam sini pun super gelap... Tapi buat biasa je la... Ok... Bermula atas LPT2... Mcm2 la dok borak dgn mem... Sambey makan satar... 16 hinggit Satar dok makan berdua... Then mifzal join jap mkn dua tiga ketul... Aku drive... Zue dkt sebelah mengupas satar... Then suap... Mkn dan bercerita... Lepas tu... Termasuk la cerita bab LPT2 nie dkt zue... Bila start dia cakap... "Sunyikan highway ni bang... X ramai orang guna pun..." huhuhuhu....

Aku pun cerita la citer2 kes kemalangan atas LPT2 ni yg aku tahu la... Sampai ke kes yg harimau kena langgar tu... Then zue pun sambut la... Memang hutan tebal sini kot sampai harimau pun naik highway.... Then aku pun ckp... Tu la... Kena hati2... Takleh cakap besau... Takleh cakap pelik2 atas highway nie.... Then aku ckp dah xmo satar dah kenyang.... Waktu nie.. Zue pun lap2 tgn guna tuala basah dan simpan la satar tu semua... Dia pun pusing ke blkg nak amik air... Then dia ckp... Abg ada gantung air sejuk ke dkt blkg seat dia tu... Aku pun paling la skali tgk... Air yg mana dia maksudkan..... Then............ Aku pusing ja depan balik.... Aku hanya mampu ucap... ALLAH! then aku terus diam....

Zue terus paling kedepan dan terkejut... Dia mula la tanya macam2... Aku diam dan sambil baca apa yg patut... Dlm 10min gak aku tak layan dia bertanya tu.... Last2 aku ckp... "Ayg tido lah...." makcik nie plak x sampai 1minit terus terlena....

Apa yang aku nampak???? Ok. Alhamdulillah... Aku kalau kena bab2 camni masih boleh berfikir dengan waras dan takde respon yg terkejut2... Critical thinking aku masih elok gak ram dia....huhuhu...

Waktu aku nampak tu... Aku terus jeling KM punya no. Di tepi jalan... Dan nombor dia KM333.6.... Memang aku ingat sebab stail aku mmg suka hafal no. KM nie incase ada apa2 yg jadi.... Oklah... Aku cite la apa yg aku nampak.... Dah panjang nau nie.... Aku nampak curahan darah macam baru lepas kena langgar atas lane kanan....then depan sikit sekujur tubuh budak2 yg mana tangan dia dah hilang isi2 dan hanya tinggal tulang sahaja....kepala dia di bawah besi divider tu.... Dan dlm keadaan auto cruise aku tgh ON 120kmh time tu... Aku tak sempat brake dan aku takmau mengelak... Aku redah.... Dan waktu tu la yg terpacul hanya sepatah perkataan "Allah" dari mulut aku....

Dalam fikiran aku... Aku mula la pk... Hmmm... Nie la padahnya dok cerita bukan2 dkt zue tadi nie.... Tapi rupa2nya bukan takat tu saja.... Lepas zue dah terlena.... Aku rasa ada something betul2 tepi tingkap aku... Tapi aku langsung tak toleh.... Dlm hati aku kuat dok kata... Ini bayangan perasaan aku ja nie.... Then aku tgk ada cahaya samar2 dari side mirror on passager side... Aku pun tgk la side mirror tu... Then aku nampak ada something mcm kain terlekat dkt bontot kete aku... Aku terus toleh ke belakang... Aku nak tgk terus kain apa.... Then.... Time ni aku toleh tgk zue dok tido... Cuma... Tudung dia mcm dok toleh renung aku tepat.... Aku cepat2 pusing depan.... Rasa nak tau tu ada lagi... Aku pusing sekali lagi.... Then aku nampak mmg "tudung" zue tu betul2 tepi aku dkt arm rest dan zue dok tido elok ja... Aku paling depan dan beristighfar dan mula la baca macam2....

Akibat dah mula meremang bulu roma satu badan... Aku tepuk paha zue perlahana2... Aku kejut dia... Suruh tanggalkan tudung... Dia pelik... Aku x cite apa lagi... Aku ckp nampak ayg cam x selesa... Bukak la tudung... Lagipun dah gelap ni xde org nampak.... Dia buka tudung dan dia pun sambung tido....

Tak sampai 3 minit dia tido... Kali nie ujian aku kena agak lagi hebat.... Sepanjang highway aku jumpa tompokan darah2 merah.... Mcm benda baru kena langgar tu... Sampaikan mata aku pun dah nampak merah ja sepanjang jalan.... Aku amik air... Aku minum... Takut sebab aku dah letih sgt kot jadi camni... Then oleh kerana dah tak tahan...... Aku terpaksa gak kejut zue... Ayg..ayg... Bgn teman abg drive.... Then zue pun bgn... Dia tanya kenapa... Aku hanya diam seribu bahasa... Then dah mcm2 soklan dia dok tanya aku tak jawab.... Sepatah ja aku cakap.... "Takut"... Dia tanya lagi... Abg takut apa? Ha... Tadi apa yg abg nampak?? Then aku balas... Abg takut.... Teman abg.... Then aku terus diam...

Zue pun ajak la borak hal2 lain... Tapi aku tak berapa respon... Last skali aku ckp... "Ayg... Tgk jalan tar nie warna apa?" dia balas... Jap.... Kelabu la abg... Nape? Aku terus diam.... Lepas tu aku ckp... Abg nak ayg tgk jeeee jalan tar nie ye.... Ada la dlm 5min dia dok tgk... Timbul lagi tompokan darah yg seterusnya... Then aku ckp... "Haa... Ayg nampak tadi atas jalan?" dia ckp nampak apa bang?

Sama ja jalan tar nie.... Lepas tu aku ckp... Xpelah... Abg takut... Ayg jgn sambung tido... Terus teman abg borak.... Waktu nie aku set auto cruise 110kmh dan duduk lane kiri ja.... Perjalanan terus sampai lepas rnr perasing tu... Alhamdulillah...dah xde gangguan dah...

Aku pun mintak zue pulak yg drive... Sebab aku dah mengantuk... Dia sambung drive sampai la ke rumah... Kami sampai umah jam 2.12pagi dan masa atas katil baru aku cerita dkt dia.... Dia ckp dia mmg dah rasa pelik bila aku tiba2 tgh rancak bercerita dan tersebut "Allah" tadi tu...

Masa nak tido... Aku terlintas nak google... And... Aku jumpa cite pasal kemalangan di KM333 tu jugak... Aku tunjukkan dkt zue sambey mengucap panjang.... Allah hai.... Betul la abg ada eksiden.... Katanya.... Aku balas... Tapi... Tu eksiden pagi tadi..... Hmm... Wallahualam....

Sekian cerita aku....
Ikhlas dan benar....

Hasil carian kami memang berlaku kemalangan dimana seorang budak
meninggal di KM333.5 sama waktu dengan diceritakan oleh Hazir Haron

Dari komen di ruangan komen Hazir Haron, pada malam itu bukan sahaja dia dan isterinya melalui saat menakutkan itu, tetapi turut terjadi kepada pengguna LPT 2 yang lain di mana Mumu Flavya telah berkongsikan yang dia turut diganggu pada malam itu.

Berikut adalah ceritanya pula.

Sejauh mana kebenaran cerita mereka ini, hanya mereka yang tahu, kita sebagai wajib percayai akan kewujudan alam ghaib seperti jin dan iblis kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya mereka. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 11:09 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Ramadan, Isu batal Puasa atau Tidak. Penting!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.

Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam.

Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.

Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.

Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya 'yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd 'Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa.

Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. Namun itu adalah pandangan sebahagian ulama kontemporari yang menyakini masuknya serbuk jisim gas ke dalam perut.

Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd 'Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

Pandangan terpilih adalah TIDAK BATAL, kerana terdapat perbezaan informasi dan data oleh para pakar perubatan berkenaan ketepatan fakta masuknya jisim ke dalam perut pada setiap kali semburan dibuat. Justeru, hukum puasa adalah kekal di atas sifat asalnya iaitu sah selagi belum terdapat bukti nyata dan diyakini terbatalnya ia. Sebagaimana kaedah Fiqh "Ertinya : Hukum asalnya, kekalnya hukum sesuatu pada sifat sebelumnya.

Justeru, jika ada sekalipun jisim yang termasuk ke dalam perut, ia bukanlah makanan yang mengenyangkan dan bukan pula dilakukan secara suka-suka serta ia tergolong dalam ubat-ubatan yang diperlukan secara mendesak. Selain itu, jisim yang termasuk ke dalam perut pula adalah tergolong di dalam kategori DIMAAFKAN sebagaimana beberapa kadar air yang tertinggal di atas lidah dan dalam hidung semasa berkumur dan berwudhu. Wallahu'alam.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal: Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; 'Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya
terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.

Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat. Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramadhan. Pahala puasanya pula akan terhapus.

Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa, beroleh keampunan dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban).

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa. Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : - Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :- "aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)

Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.

9) Wanita tamat haid. Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.

Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :- Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi. Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?

Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa. Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh.Mencium dan menyentuh melalui onani sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159) Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal. Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan. Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak. Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.

13 ) Mandi. Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh, namun mandi junub adalah wajib, bagaimana pula mandi sunat atau harian yang biasa?. Jawapnya ia tidak membatalkan puasa malah sahabat besar seperti Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Anas bin Malik pula adakalanya merendam kepalanya di dalam batu dipenuhi air (seperti telaga) akibat bersangatan panas. (Rujuk Fath Al-bari). Cuma puasa hanya boleh batal apabila seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu. Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Qudamah menolak pandangan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

Diringkaskan dgn pindaan dari sumber www.zaharuddin.net/

hisham-ahmad.blogspot.com"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: hishamahmad
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: