Monday, June 20, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4532[4 Attachments]

13 Messages

Digest #4532
3
Fw: Spanar tersangkut di jari by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Isu Menarik & Penting Solat Witir by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: PRK bukti PR bergantung kepada PAS by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
10a
Fw: Kekal sihat sepanjang Ramadan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
11
Fw: Saiful Apek & Wahid Bantu Kempen PAS by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Jun 19, 2016 5:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Halim Ishak, Wira Di Sebalik Pembebasan Tebusan Abu Sayyaf

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Di sebalik pembebasan empat rakyat malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf April lalu, siapakah wira sebenar dalam memastikan misi itu berjaya?

Nama Pengerusi Malaysian Community Care Foundation (MCCF), Halim Ishak, mungkin agak asing dalam masyarakat, namun beliaulah antara orang penting dalam merintis jalan kepada misi pembebasan keempat-empat tebusan itu.

Berpegang kepada prinsip menyelamat tanpa pertumpahan darah, Halim dan beberapa individu lain memilih untuk berunding dengan Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Prof Nur Misuari bagi mendapat bantuan mengesan lokasi tebusan yang diculik kumpulan Abu Sayyaf.

"Kunjungan pertama saya berjumpa MNLF adalah pada bulan Febuari iaitu untuk bincang misi keamanan di perairan Sabah. Profesor Nur Misuari ada menerangkan kepada saya tentang perjuangan Islam dan perbezaan mereka dengan Abu Sayyaf dan daripada situ baru saya jelas apa itu MNLF dan Abu Sayyaf. Dari situ Prof sedia untuk membantu dan bekerjasama dengan MCCF," katanya dalam satu temubual dengan Astro AWANI di ibu pejabat MCCF di sini hari ini.

Rentetan daripada kes penculikan empat kelasi rakyat Malaysia pada April lalu, beliau terus menghubungi Jeneral Sufi yang merupakan Jenaral Kanan MNLF, untuk mendapatkan respon mengenai kes berkenaan.

"Beliau telah menjemput saya ke sana (Filipina). Sebelum pergi, saya telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi , menyatakan saya nak ke sana, dan beliau telah memberi kebenaran dan harap saya membantu menyelesaikan segera," kata bekas anggota komando 69 (VAT 69) ini.

Beliau kemudian berjumpa dengan Nur Misuari dan memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan dan permintaan untuk membantu membebaskan tebusan berkenaan.

"Saya telah menyatakan hasrat saya dan saya cakap saya hormati Nur Misuari , saya mengharapkan kerjasama semua jeneral yang ada. Alhamdulillah semua jeneral berlapang dada dan nak membantu,"

Justeru, empat jeneral dilantik untuk menyertai misi rundingan dengan kumpulan Abu Sayyaf.

Menurutnya, beliau dan yang lain adalah rakyat Malaysia pertama yang dibenarkan masuk ke kem Banud Indanan, Kepulauan Jolo.

"Mereka meminta masa tujuh ke sepuluh hari untuk menyelesaikan rundingan dengan kumpulan penculik. Saya balik Malaysia dulu, dan sehingga akhir bulan saya pergi sana lagi, dan dalam perbincangan saya dapat good signal daripada jeneral Sufi bahawa tebusan selamat," ujar Halim.

Menurutnya, Nur Misuari telah mengeluarkan amaran kepada penculik bahawa jika kesemua mangsa tidak dibebaskan, mereka dan keluarga masing-masing akan dibunuh.

"Amaran itu sekali gus menyebabkan kumpulan Abu Sayyaf berkenaan menyerahkan tebusan kepada MNLF dan mereka mendapat pengampunan daripada pemimpin itu," jelas beliau.

Sehari kemudian, beliau telah dipanggil Nur Misuari yang memaklumkan bahawa kesemua tebusan rakyat Malaysia itu telah dibebaskan.

"Saya tanya kenapa tidak pulang sini (pihaknya), beliau cakap tidak boleh sebab masalah kemungkinan berlaku pertempuran dengan pihak tentera sebab perancangan awal kumpulan perunding dengan kumpulan sokongan akan bergerak sekali dan bercadang untuk ambil tebusan ke kem," tegas beliau.

Beliau pada masa tidak menafikan risiko besar yang terpaksa dihadapi dalam memastikan rundingan dengan dua pihak itu berjaya.

"Pada hari pertama semasa saya sampai, berlaku kejadian tembak menembak di pasar. Semasa saya nak balik, Pengarang buku La Tahzan pun kena tembak. Saya berada 300 meter dari kawasan kejadian," tambahnya.

Rundingan yang dibuat MNLF dengan kumpulan Abu Sayyaf berkenaan juga tidak melibatkan sebarang wang tebusan.

"Saya mengambil pendekatan jumpa Nur Misuari dan ia tidak libat kewangan, Prof menyarankan kepada saya supaya beritahu keluarga tebusan agar tidak membayar wang tebusan kerana hanya akan dapat menghentikan masalah penculikan berkenaan," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan mana-mana pihak agar memberi kepercayaan penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika berdepan dengan ancaman penculikan seumpama itu.

"Sesungguhnya menyelesaikan masalah bukan mudah. Saya percaya polis berusaha bersungguh-sungguh. Itu usaha kerajaan dan polis, namun, kita tidak boleh menidakkan bahawa ada kekurangannya. Saya yakin Ketua Polis Negara sedang menyiasat perkara itu," tambahnya.

Adik-beradik Wong Teck Kang, 31, Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 21, dan seorang lagi anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing, 34 dibebaskan Rabu lalu selepas diculik di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna pada 1 April lalu.

-Astro Awani

Nur Misuari bantu bebaskan 4 mangsa culik?

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

PETALING JAYA: Seorang bekas komando PDRM mendakwa pernah mendapatkan bantuan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari untuk membebaskan empat mangsa culik Abu Sayyaf.

Halim Ishak, bekas anggota komando VAT 69 PDRM, berkata, beliau pergi ke Filipina sebanyak tiga kali dan menghabiskan masa enam hari menghubungi dan menemui Nur Misuari di Pulau Jolo.

China Press memetik Halim sebagai berkata, Nur Misuari berjanji boleh menyelamatkan empat rakyat Malaysia tanpa sebarang pertumpahan darah, namun meminta diberikan tempoh tujuh hingga 10 hari berunding dengan kumpulan militan Abu Sayyaf.

"Nur Misuari membawa kira-kira 70 pengikutnya dan berjaya mengesan kedudukan empat rakyat Malaysia itu," kata Halim, yang juga pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (YKKM), .

Menurutnya, Nur Misuari kemudiannya mengadakan rundingan dengan kumpulan "Lucky 9″ yang mempunyai kira-kira 50 anggota bersenjata di bawah Abu Sayyaf.

Jelasnya, kumpulan penculik itu pada mulanya meminta wang tebusan sebanyak RM30 juta tetapi selepas rundingan antara Nur Misuari dan penculik, mereka bersetuju membebaskan empat pemuda dari Sibu, Sarawak itu.

Sebelum ini, media melaporkan perunding dari Malaysia dan Filipina difahamkan menggunakan khidmat orang berpengaruh di selatan Filipina serta anggota MNLF untuk berunding dengan kumpulan penculik itu.

Akhbar itu juga mendapat tahu rundingan demi rundingan dengan timbalan komander Abu Sayyaf, Majan Sahidjuan atau lebih dikenali sebagai Apo Mike yang mengenali pemimpin kumpulan militan itu hanya selesai pada malam 7 Jun lalu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 19, 2016 5:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tidak Mahu Berpisah Punca Burung Unta Lari
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

KUALA LUMPUR 17 Jun – Tidak mahu berpisah dengan tuan, punca berlakunya kejadian burung unta terlepas di Lebuh Raya Persekutuan, semalam.

Pemilik burung unta tersebut, Darren Chow berkata, binatang peliharaannya itu seperti tahu ia akan dipindahkan dari rumahnya di Shah Alam, Selangor ke ladang Ostrich Wonderland di Semenyih, Selangor.

Menurut Darren, dia memelihara burung unta yang diberi nama Chikaboo itu sejak lahir. Darren berasa terkejut apabila burung unta itu melompat keluar dari kereta Toyota Hilux yang dipandunya semasa berada di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran susur keluar ke Universiti Malaya.

"Saya berasa terkejut kerana sebelum ini, Chikaboo tidak pernah melompat keluar dari kenderaan walaupun tingkap dibuka.

"Chikaboo seperti memahami bahawa ia akan dihantar ke tempat baharu dan mungkin sebab itu Chikaboo melompat keluar ketika dalam perjalanan," jelasnya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Menurut Darren, Chikaboo yang berusia 6 bulan itu telah lari dari Jalan Universiti sehingga MidValley dan ia telah berhenti kerana keletihan.

Tambahnya lagi, proses untuk menangkap binatang itu mengambil masa lebih kurang sejam dengan bantuan orang ramai yang menggunakan lebuh raya berkenaan.

"Sebenarnya saya berasa sayang dan sedih untuk menghantar Chikaboo ke ladang Ostrich Wonderland.

"Tetapi saya tidak mempunyai pilihan kerana ada jiran yang mengadu kepada pihak berkuasa dan tidak gemar saya memelihara Chikaboo kerana menganggap burung unta sebagai binatang liar dan tidak jinak," jelas Darren.

Sementara itu, pemilik Ostrich Wonderland, Casey Teh ketika dihubungi berkata, dia akan membuat kandang khas bagi memudahkan orang ramai melawat burung unta berkenaan.

"Saya berasa terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian terbabit dan bersyukur tiada kemalangan berlaku akibat kejadian itu," katanya. - UTUSAN ONLINE

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
2 of 2 File(s)

Sun Jun 19, 2016 5:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Spanar tersangkut di jari

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Kulim: Budak lelaki menahan sakit beberapa jam berikutan spanar tersekat di jari telunjuk kirinya ketika membaiki basikalnya selepas sahur.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Nurhafizah Muhammad Lukman, berkata keluarganya membawa budak itu ke balai untuk bantuan.
Katanya, ibu bapa kanak-kanak terbabit hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, pada 10.04 pagi ini, selepas gagal mengeluarkan spanar yang tersekat di jari anak mereka.

Menurutnya, pihak bomba memerlukan kira-kira tiga minit untuk memotong spanar itu.
"Kami difahamkan kejadian itu berlaku selepas sahur ketika kanak-kanak terbabit membaiki basikalnya.
"Ibu bapanya cuba mengeluarkan spanar itu namun gagal," katanya.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/spanar-tersangkut-di-jari.html#ixzz4BvV6K8PM
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 19, 2016 5:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Ramadan. Isu Menarik & Penting Solat Witir

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

hujah kan main, solat ada feeling mcm ni di 1/3 malam?

Sifat solat witir yang disebut oleh nabi Muhammad s.a.w adalah penutup kepada segala solat sunat pada sesuatu malam, persoalan:-

(1) sama ada boleh untuk mendirikan solat sunat yang lain selepas solat witir?
(2) dan adakah boleh ditunaikan witir sekali lagi selepas itu?

Jawapan (1) = Majoriti ulama berpendapat hal tersebut DIBENARKAN berdasarkan hadis sohih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, At-Tirmidzi dan Ibn Majah yang menyebut nabi mendirikan solat sunat dua rakaat selepas solat witir dan dibaca dalam solat itu surah Al-Zalzalah dan Al-Kafirun.

Isu Jawapan 1 : Ulama berbeza ijtihad dalam menanggapi hukum mereka yang telah berniat dari awal untuk solat sunat lain selepas witir seperti berikut :-

(1) Sesiapa yang solat witir tetapi berniat untuk solat sunat lagi selepas itu, sebahagian ulama Maliki berijtihad ia sebagai makruh. Berdalilkan kepada hadis nabi : Ertinya : Hendaklah kamu jadikan witir sebagai solat terakhir kamu di setiap malam. (Hadith sohih Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

(2) Seseorang mendirikan solat witir tetapi tiada sebarang niat untuk solat sunat lain selepasnya. Namun atas apa jua sebab, dia mendirikan solat sunat selepas itu. Itu HARUS TANPA SEBARANG MAKRUH. Ulama menyatakan keharusannya namun mereka berbeza pandangan sama ada : (1) Hanya solat dengan rakaat genap tanpa witir sekali lagi (2) dimulakan dengan satu rakaat bagi menggenapkan witir yang telah dilakukan, diikuti solat sunat dua rakaat biasa dan disudahi dengan solat sunat dengan witir (rakaat ganjil) sebagai penutup.

Witir Di Awal Dan Dihujung Malam

(1) Pandangan Pertama : Tidak boleh digenapkan witir awal & tiada lagi witir selepas itu.

Ini merupakan ijtihad majoriti Sahabat Nabi, Tabi'en dan ulama mujtahid termasuk mazhab Syafie. Berdasarkan ijtihad ini, tidak boleh witir digenapkan (orang Melayu namakan sebagai 'buka' witir). Hanya perlu solat sunat dengan rakaat genap sehingga habis malam TANPA BOLEH MELAKUKAN WITIR SEKALI LAGI. Nabi menyebut Ertinya : Tiada dua solat witir dalam satu malam. ( Riwayat Al-Tirmidzi & Ahmad)

Berdasarkan hadis tersebut, Al-Hafidz Al-Iraqi menyatakan majoriti ulama menolak pandangan yang mengatakan boleh DIGENAPKAN witir atau dibatalkan bagi membuka ruang solat sunat lain dilaksanakan.

Menurut nukilan Ibn Abi Syaibah, antara sahabat nabi yang berpandangan demikian adalah Abu Bakar Al-Siddiq, Ammar B Yasir, Aisyah, Abu Hurairah dan ramai lagi. Manakala dari kalangan ulama besar tabien adalah Sa'id Ibn Musayyab, As-Sya'bi, Ibrahim al-Nakhi'e, Sa'id Ibn Jubair Pandangan itu juga dipegang oleh Sufyan Al-Thawry, Imam Malik, Imam Ahmad, Abu Thawr, Imam Shafi'e dan Qadhi Iyadh dan ramai lagi.[1]

Menurut kumpulan ulama ini, pandangan yang membolehkan menggenapkan witir (buka) dan didirikan sekali lagi di akhir malam adalah lemah, selain alasan kekuatan dalil yang disandarkan, mereka juga mengutarakan pertikaian jika witir dilakukan di awal malam, kemudian tidur dan apabila bangun di hujung malam lalu dilaksanakan sambungannya, itu sudah dikira dua witir yang berasingan disebabkan wudhu yang telah batal dan pemisahan antara keduanya untuk tempoh yang panjang.

Hasilnya, untuk menganggap witir di awal malam dan yang dilaksanakan di hujung malam sebagai SATU WITIR adalah lemah, malah Imam As-Syawkani mengatakan jika dilakukan satu rakaat terlebih dahulu dengan niat untuk menggenapkan rakaat witir yang ganjil sebelum ini, maka ia sudah dikira witir kedua, dan jika ditutup pula solat sunat pada malam itu dengan witir yang lain, tatkala itu witir itu dianggap witir ketiga. Ia jelas melanggar tegahan nabi.

Selain itu dinaqal dari Abu Bakar As-Siddiq, Ammar bin Yasir dan Aisyah yang mengatakan sesiapa yang membatalkan witir ( dengan solat satu rakaat bagi menggenapkannya) adalah orang yang bermain-main dengan solatnya.

(2) Pandangan Kedua : Boleh digenapkan witir awal dan solat semula di akhirnya.

Pandangan dan ijtihad berbeza ini menyebut keharusan untuk neutralize witir awal dengan menggenapkan jumlah rakaat witir yang telah dilakukan iaitu dengan cara menunaikan satu solat dengan rakaat ganjil. Dengan cara itu, seolah witir yang sebelum ini berubah menjadi solat genap, tidak lagi witir.

Mereka berdalilkan athar dari Ibn Umar r.a yang diriwayatkan berkata :-Ertinya : Adapun aku, kiranya aku telah solat witir sebelum aku tidur, kemudian apabila (aku bangun) dan ingin menunaikan solat di malam hari, akan aku mulakan dengan satu rakaat barang yang telah selesai dari witirku sebelum ini ( menambah satu agar digenapkan) kemudian, aku akan solat sunat dua raka'at, dua raka'at, setelah selesai semuanya, akan aku akhirinya dengan solat witir satu rak'at, itu adalah kerana Rasulullah mengarahkan kami agar menjadikan solat sunat terakhir dalam satu malam, adalah solat witir. ( Riwayat Ahmad)

Mereka juga berpegang kepada dalil athar Uthman Affan r.a :- Ertinya : sesungguhnya aku apabila aku ingin tidur di awal malam, aku dirikan solat witir, dan apabila aku bangkit ( di tengah malam) akan ku gabungkan dengannya (witir sebelum ini) dengan satu rakaat, tidaklah ia kecuali seperti seekor unta ganjil yang bergabung dengan kumpulannya. ( Tuhfatul Ahwazi syarah Sunan Tirmidzi)

Diriwayatkan daripada Ali K.W berkata : Ertinya : Witir itu tiga cara, barangsiapa yang ingin witir di awal malam, maka perbuatlah, sekiranya dia bangun di malamnya , mulakan dengan satu rakaat dan diikuti dua rakaat, dua rakaat sehingga subuh diakhiri witir , maka lakukanlah. ( Kedua) Sesiapa yang ingin solat dua rakaat sehingga subuh (tanpa diawali dengan satu rakaat dan diakhiri dengan witir lagi) , maka lakukanlah. (Ketiga), atau barangsiapa yang ingin terus melewatkan solat witirnya di akhir malam sahaja (tidak solat witir) di awal malam. (Riwayat Imam Syafie dalam musnadnya)

KESIMPULAN

(1) Jelas hal ini adalah isu khilaf yang diterima, justeru semua pihak diharap tidak memperlekeh mana-mana pandangan yang berbeza. Saya pernah mendapati ada individu yang memperlekehkan tindakan 'membuka witir' dengan menggenapkannya sebagai lucu. Kini telah disertakan beberapa dalil yang wujud dalam hal tersebut. Walau ia pandangan yang marjuh (kurang kuat), ia tidak wajar sama sekali untuk dilucukan.

(2) Di bulan Ramadhan yang mana witir biasanya didirikan sebagai penamat kepada solat terawih. Jika kita bangkit bersahur dan punyai masa untuk terus menunaikan solat sunat lain, ia DIHARUSKAN tanpa perlu dimulai dengan satu rakaat witir. Tidak perlu pula ditutupi dengan witir lain selepas itu. Wajar dituruti pandangan majoriti ulama yang MELARANG ditunaikan solat witir sekali lagi di akhir malam. Cukup sekali witir yang telah didirikan di akhir terawih bersama imam berteatan dengan saranan Nabi Muhammad s.a.w. (diringkas dengan sedikit pindaan dari sumber- www.zaharuddin.net (UZAR) Dr. Zaharuddin Abd Rahman).

Pilihan saya : Saya memilih pandangan bahawa witir hanya dilakukan sekali dan jika dibuat di awal malam maka tidak perlu membuatnya lagi (dengan apa kaedahpun) diakhir malam (sebelum subuh), sekalipun, sejak dari awal saya juga telah merancang untuk membuat solat sunat- solat sunat yang lain diakhir malam.

Selain bersandar hujah bagi pendapat pertama (yang lebih kuat) di atas, Pilihan saya ini adalah turut mengambilkira saranan Dr Abdul Basit, (berdasarkan terdapatnya satu hadith sahih) bahawa pada malam ramadan, mereka yang bersama dengan imam sehingga selesai (iaitu solat isyak, tarawih dan solat witir) akan mendapat kelebihan seumpama beribadah sepanjang malam hingga ke subuh. (Saya tidak sempat lagi mengesan hadithnya itu dan mengesahkan ketepatan matannya, bantuan diperlukan....).

Memandangkan kebanyakan masjid dan surau termasuk di qariah saya, solat witir 3 rakaat didirikan terus sebaik selesai solat tarawih, maka perlulah saya setia bersama imam hingga selesai solat witir walaupun saya bercadang untuk menunaikan beberapa solat sunat disekitar akhir malam sebelum bersahur.

Walaupun Dr Abdul Basit mencadangkan agar jemaah berbincang supaya Iman dan makmum menangguhkan solat witir dan kembali ke masjid atau surau pada lewat malam untuk menunaikan solat witir seperti yang telah berjaya dilakukan di masjid/surau tertentu, tapi ia masih belum dapat lagi direalisasikan di qariah saya.

Walaubagaimana sekiranya ada pandangan balas dengan hujah-hujah lain, sila kemukakan kerana kita bersikap terbuka demi mencari pilihan dan cara terbaik dalam mengamalkan sunnah dan menyesuaikannya dengan realiti hari ini yang dibelenggu kekelamkabutan yang menyesakkan nafas.

Wallahu taala alam.

hisham-ahmad.blogspot.com
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: hishamahmad
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 19, 2016 5:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PRK bukti PR bergantung kepada PAS - Ridhuan Tee

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

BANGI, Ahad – Keputusan pilihan raya Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam membuktikan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) yang pernah ditubuhkan sebelum ini separuhnya adalah bergantung kepada PAS.

Ini dibuktikan apabila PAS mampu menarik undi dan sokongan rakyat meskipun berjuang secara bersendirian.

Mengulas perkara itu, Penganalisis politik dan pendakwah bebas, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, sekiranya PAS masih berada dalam PR, tidak mustahil keputusan PRK ini akan berubah.

"Melalui PRK ini, PAS telah berjaya membuktikan separuh dari kekuatan PR adalah bergantung dengan parti Islam itu, selebihnya gabungan PKR dan DAP. Tanpa PAS, misi menawan Putrajaya putih mata.

"Tahniah kepada PAS kerana mengamalkan politik matang demi kepentingan Islam," katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Mengulas mengenai kejayaan UMNO semalam, Ridhuan Tee mengingatkan supaya parti Melayu itu tidak mendabik dada dan merasakan mereka sudah kuat.

"UMNO jangan mendabik dada. Berterima kasihlah kepada PAS kerana berjaya mengambil politik matang dan secara tidak langsung telah berjaya menyelamatkan UMNO.

"UMNO perlu bersyukur dan menjadi baik dalam erti kata buang segala tabiat lama seperti rasuah, kroni, penyelewengan, salah guna harta kerajaan dan lain-lain.

"Jika UMNO terus dengan perangai lama, tidak melihat percaturan ini sebagai satu iktibar dan ujian Allah, adalah tidak mustahil nasib yang sama akan berulang dan menjadi lebih buruk," katanya.

Sambil membayangkan PRK di kedua-dua Parlimen itu sebagai gambaran untuk Pilihan Raya Umum ke14 akan datang Ridhuan Tee berkata, parti politik Melayu mesti meletakkan kepentingan Islam di hadapan dalam apa jua keputusan untuk mengecutkan ultra kiasu.

"Kenali musuh sebenar. Musuh sebenar adalah ultra kiasu iaitu mereka yang menentang segala agenda Islam termasuk Rang Undang-Undang 355 dan hak Melayu di buminya. Hadapi musuh ini jika umat Islam mahu selamat," katanya.

Kini Baru DAP Dan PKR Sedar Bahawa Selama Ini PAS Memberikan 48-54% Undi Kepada Pembangkang (PR)

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Jumlah undi yang dimenangi pembangkang (PAS dan PAN) di Kuala Selangor adalah 10,499 berbanding BN yang mendapat 12,332, dan majoriti adalah 1,833 undi, tidak begitu jauh berbeza dibandingkan dengan margin BN 1,082 pada pilihan raya umum lepas. Undi peratusan pula adalah 46% berbanding 54% pada PRU lepas .

Daripada 46% tersebut PAS memperolehi 53.5% undi pembangkang manakala gabungan PAN, DAP dan PKR pula mempunyai 46.5%.

Manakala di Sungai Besar PAS memperolehi 47.6% undi daripada pembangkang.

Daripada analisis ini menunjukkan bahawa PAS adalah penyumbang terbesar dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan menolak momokkan bahawa PAS kuat kerana adanya Pakatan Rakyat dan undi DAP.

DAP dan PKR hanya menyumbang separuh dan PAS pula sepearuh kalau dikira secara purata. Tapi malangnya dua parti DAP dan PKR membuli PAS sehingga semua gerak geri PAS mesti merujuk kepada mereka. Memang kalau mengundi dalam Majlis Presiden Abdul Hadi selalau kalah 1 nisbah 2 kerana DAP dan PKR sentiasa membangkang apa yang PAS nak buat sedangkan PAS mempunyai kuasa separuh pengundi yang membantu kedudukan Pakatan Rakyat.
Dengan fakta ini menolak jelajah orang yang "gila talak" yang menjaja kononnya PAS tak kuat. PAS akan mati dan terhapus apabila keluar daripada Pakatan Rakyat.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blospot.com

Keputusan PRK: Tanda Awal Selangor Dan Pulau Pinang Akan Tumbang Kepada BN

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


Keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menunjukkan BN telah meningkat majoriti sehingga 23 kali ganda. Malah BN juga meningkat undi Cina dihampir semua kawasan termasuk Jerlun kubu kuat DAP.

BN menang di kawasan Jerlun, yang mempunyai 85 peratus pengundi Cina.BN mendapat 568 undi (52.3 peratus) manakalah PAN@ AMANAH hanya menerima 415 undi (38 peratus) daripada 1,086 undi. PAS hanya mendapat 88 undi.

Daripada analisis awal parti PAN@ AMANAH dokongan DAP ini kalah di kesemua saluran kepada BN.

Jika kita bandingkan dalam pilihan raya umum lalu, yang mana PAS, ketika itu bersama Pakatan Rakyat, menang 68.2 peratus undi.

Jerlun, kira-kira 10 minit dari bandar Kuala Kangsar, adalah kawasan majoriti Cina terbesar di kawasan parlimen Kuala Kangsar.

Jika kita tinjau lokaliti di Sungai Besar pula bagi kawasan Cina, undi pula kelihatan berpecah kepada PAN @ AMANAH dengan BN dikebanyakannya berbeza tidak lebih 50 undi.

Hal ini menunjukkan BN boleh bersaing rapat dengan PAN @ AMANAH yang didokong kuat oleh DAP dan BN berjaya mengaut hampir separuh undi di kawasan Cina.

Ia juga menunjukkan terdapat undi Cina mula kembali kepada BN. Fenomena ini menjadi tanda bahaya bahawa kawasan bandar di seluruh Malaysia BN akan mula menguasai semula. Kalau tak pun BN boleh bersaing rapat.

Kalau kita ambil contoh, peti undi saluran bagi pusat daerah mengundi Sekinchan Selatan dimana parti PAN @ AMANAH yang didokong oleh DAP mendapat sebanyak 150, BN (106) dan PAS (2).

Manakala bagi peti undi saluran di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan PAN @ AMANAH memperolehi 171 undi, BN (154) dan PAS (33).

Jika pola kedudukan ini kekal (pertandingan 3 penjuru antara BN, PH dan PAS) sehingga PRU-14 nanti tidak mustahil Selangor dan Pulau Pinang akan tumbang kepada BN.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blospot.com

Analisis Awal Kemenangan BN

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Berikut analisis segera keputusan pilihan raya Sungai Besar dan Kuala Kangsar:

(1) Pertembungan tiga penjuru tidak menguntungkan pembangkang di kedua-dua kawasan dan gagal membuka lebih peluang menyaingi BN. Malah ia menyebabkan pengundi bosan dengan kegagalan pembangkang bersepakat, sekali gus memberi undi pada BN atau tidak mengundi langsung.

(2) Kecelaruan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang berkempen untuk AMANAH tetapi berdoa untuk PAS membinggungkan pengundi. Jika trend ini berkekalan, besar kemungkinan BN akan merampas semula kerajaan negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

(3) PAS membuktikan ia masih menjadi pembangkang berpengaruh. Walaupun undinya lebih kurang sama dengan AMANAH, tidak semestinya parti serpihannya itu lebih kuat. Ini kerana AMANAH disokong oleh dua lagi parti berpengaruh iaitu DAP dan PKR tetapi PAS hanya bersekutu dengan sebuah parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

(4) AMANAH tidak setanding PAS, DAP atau PKR. Meskipun mendapat jumlah undi yang dianggap memberangsangkan bagi parti yang hanya berusia lapan bulan, tetapi jangan lupa bahawa ia didokongi oleh DAP dan juga PKR.

(5) Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjadikan dua pilihan raya kecil ini sebagai referendum menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal. Walaupun pilihan raya kecil kebiasaannya lebih memihak parti kerajaan, Najib tetap dilihat semakin selesa walaupun diasak segenap penjuru dalam pelbagai isu.

(6) Seperti pilihan raya negeri Sarawak, trend pengundian menunjukkan BN mula mendapat sedikit demi sedikit undi masyarakat Cina. Lawannya AMANAH pula mampu memberi saingan di kawasan Cina manakala PAS pula sebaliknya.

(7) Walaupun dalam pelbagai kontroversi, daripada isu 1MDB, kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun Najib, sehinggalah penggunaan jet kerajaan oleh isteri perdana menteri, isu pembangunan yang dimainkan BN nampaknya masih memikat pengundi.

(8) Isu nasional kurang mendapat sambutan tetapi sebaliknya usaha BN membebaskan dua nelayan Sekinchan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia jauh lebih dekat di hati pengundi. Walaupun dilabel sebagai pelampau dan anti-Cina, namun kejayaannya membawa pulang dua nelayan itu banyak menambat hati pengundi.

Kemenangan BN Isyarat Rakyat Tak Kisah Hidup Susah
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

PETALING JAYA: Keputusan dua PRK semalam memberi isyarat pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak kisah dengan pelbagai kepayahan ditanggung rakyat selama ini yang berpunca daripada pelbagai dasar dilaksanakan kerajaan BN.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ia termasuk pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan kos sara hidup dan skandal 1MDB.

"Maksudnya segala keributan dan keresahan yang disuarakan selama ini (baik yang menulis secara terus, baik yang menzahirkan kemarahan itu di media sosial dan lain-lain) hanya satu kepura-puraan?

"Maksudnya rakyat tidak kisah sebenarnya dengan kepayahan hidup yang disebabkan GST?

"Mereka tidak rasa marah dengan skandal wang yang menyebabkan peruntukan rakyat dipotong dan menambahkan beban mereka?" soalnya menerusi Facebook miliknya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berpendapat, pengundi masih terpengaruh dengan dua senjata utama Umno dan BN sejak berdekad lalu, iaitu sentimen perkauman atau keagamaan dan kebendaan.

Dari segi sentimen perkauman atau keagamaan, beliau mendakwa ramai pengundi 'pasrah' dengan masalah rasuah dan penyelewengan kerana bagi mereka, memerangi Cina DAP dan sekutu mereka iaitu PKR dan Amanah lebih penting daripada membantu diri mereka sendiri.

Manakala dari segi kebendaan, faktor projek yang dijanjikan dan wang yang diagihkan semasa berkempen oleh Umno dan BN tetap berkesan untuk meraih undi rakyat tidak kira kaum Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan.

"Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan penyakit kebendaan ini tidak mengenal kaum, agama, tempat atau masa," katanya.

PRK Sungai Besar semalam menyaksikan BN menang dengan majoriti 9,191 undi, selepas meraih 18,600 undi, diikuti Amanah (7,609 undi) dan PAS (6,902 undi).

Manakala Kuala Kangsar pula menyaksikan BN mendapat majoriti 6,969 undi, setelah BN meraih 12,653 undi, PAS (5,684 undi), Amanah (4,883 undi) dan calon Bebas (54 undi).

Mengulas pandangan Pakatan Harapan mempelawa PAS kembali ke meja rundingan dengan blok pembangkang, Rafizi berkata, ia telah dibincangkan dengan wakil pimpinan PAS sejak awal lagi.

"Dijemput untuk menyertai Pakatan Harapan malah dirunding sehingga ke peringkat akhir untuk satu lawan satu dalam kedua-dua pilihan raya kecil.

"Keputusan sama ada PAS masih mahu terus menjadi blok ketiga itu di luar kawalan Pakatan Harapan kerana ia keputusan PAS," tegasnya.

Keputusan Rasmi/Penuh BN Menang Di Kuala Kangsar Majoriti 6969 dan Di Sungai Besar Majoriti 9191

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Berikut keputusan rasmi:

Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS) 54
Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS) 5,684
Mastura Mohd Yazid (BN) 12,653
Ahmad Termizi Ramli (PAN) 4,883
Undi rosak 239
Majoriti 6,969

Manakala di Sungai Besar Pula

BN (Budiman Mohd Zohdi) - 16,800
PAS (Dr Rani) - 6,902
PAN @ AMANAH (Azhar Abdul Shukur) - 7,609
Majoriti - 9,191

Jika dibanding sebelum ini BN telah meningkat majoriti dengan nilai yang sangat besar disebabkan PAN telah membantu memecah undi pembangkang serta menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada pembangkang yang tamak haloba sepatutnya mereka boleh bertoleransi dengan PAS yang telah bertanding di situ sebelum ini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 19, 2016 5:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tindakan Uncle Ini Pelawa Keluarga Susah Berbuka Puasa Buat Netizen Tersentuh Dan Berterima Kasih
siakapkeli.my

Menjadi viral di laman Facebook hari ini beberapa keping gambar yang cukup mengharukan, gambar berkenaan melambangkan kehidupan rakyat Malaysia yang harmoni dan patut menjadi contoh terbaik kepada semua orang diluar sana.

Seorang lelaki bernama Kuan Chee Heng menerima pujian ramai netizen beragama Islam apabila lelaki berkenaan telah membantu sebuah keluarga yang susah berbuka puasa.

Menurut beliau, terdapat lapan orang adik beradik yang telah ditinggalkan ayah mereka bersama ibu.

"Hidup dalam gelap gelita api dipotong dan air dipotong, ketika jam sudah 8.30 masih belum berbuka sebab tiada apa yang boleh di makan."

"Saya menjemput mereka semua untuk makan, bantulah mereka kerana keadaan mereka yang sangat memerlukan," tulisnya.

Ternyata tindakan lelaki ini sungguh mengharukan ramai orang. Berikut adalah reaksi netizen.

Menurut Encik Kuan, ada yang mengatakan si ibu hanya pandai beranak ramai tapi tak pandai mengurus..ini ialah jawapan beliau.

- Siakapkeli.my

KEMASKINI

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 19, 2016 5:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Proton Perdana Model Baru Tak Berapa Nak Laku?
bloglist-malaysia.blogspot
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu

Pertamanya, kena ingat, kereta Proton model apa pun sebenarnya mahal.
Harga tak berpadanan dgn buatan.
Yg paling ramai beli kereta Proton ialah umat Melayu.
Cina setia bersama Nissan.
India aku tak tau.

Dalam keadaan umat Melayu terbeban dgn GST, dgn harga barangan melambung, utang PTPTN belum settle, bil api tinggi, bil air pun tinggi.
Mana Melayu nak cekau duit?
Sepatutnya, belasah je la Wira yg amat berjasa itu.

Nah sekarang abang Bank Rakyat nak membantu. Membantu buat utang.
100% loan tu Dol,
Kah kahkah!
Kereta ratus ribu tak boleh buat loan 9 tahun.
Kahkahkah! Monthly tinggi.

Kita mintak abang Bank Rakyat bagi 11 tahun.
11 tahun kerja berat cirit hijau la lu Dol!
Kah kah kah kah!!

Selepas Bank Rakyat, kalau Perdana Baru ni slow jugak, kita panggil abang Tabooong Ajiiiiiz datang membantu!
Macam mana pun kita kena suruh Melayu berhutang.

Utang dah keliling buah pinggang pun tak apa.
Lagi banyak keliling buah pinggang, lagi senang cucuk hidung.

KAH KAH KAH KAH!!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 19, 2016 5:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dalam Perjalanan Pulang Sempat Membantu - Itulah UNIT AMAL

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

On the way pulang dari kuala kangsar ke kb, jalan sempadan gerik - jeli tiba2 jem, kereta tak bergerak, hampir 10 minit lebih menunggu, kereta dari laluan berlawanan pon takde yg melintas.

Hujan turun mencurah2. Meminta kom kb Mat Jal cuba mendekati lokasi. Mendekat tempat tumbangya pokok, kebetulan xjauh dari lokasi.

Ade beberapa pengguna jalan jalan raya yg membantu untuk mengalihkan pokok yg tumbang setakat termampu, misi paling tidak dapat buka 1 laluan.

Kudrat dengan hanya ade 2 bilah parang, sedikit membantu, tpi dgn dahan yg agak besar dan batang yg memang keras, parang pon melenting. Bergilir2 menetak batang kayu, tiba2 ade hamba Allah datang dengan membawa chainsaw.

Syukur, kerja2 mengalihkan batang kayu berjalan lancar. Hampir setengah jam kerja2 membersihkan pokok tumbang berjalan lancar.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya anggota amal yg turut turun membantu, hanya Allah jua mampu membalas jasa kalian.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 19, 2016 5:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Remaja Cedera Di Leher, Dada Terkena Mercun Buatan Sendiri

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

DUNGUN: Seorang remaja berusia 14 tahun mengalami kecederaan serius di bahagian leher dan dada akibat bermain mercun di Kampung Tok Kah di sini, Khamis malam.

Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah, 14, dipercayai bermain mercun buatan sendiri, bersendirian berhampiran rumah neneknya kira-kira 9 malam sebelum mercun yang dipasangnya meletup.

Menurut ibu saudaranya Noriah Awang, 41, beliau mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi oleh adiknya.

"Saya sangat terkejut melihat keadaan mangsa yang cedera teruk dan lehernya juga turut berlubang terkena mercun," katanya.

Mangsa yang sebelum itu dihantar ke Hospital Dungun bagaimanapun dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
"Mohd Haiqal kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan telah menjalani pembedahan bagi merawat lehernya yang mengalami kecederaan serius," katanya ketika ditemui Bernama, awal pagi Jumaat.

Noriah berkata, anak sulung enam beradik itu keluar dari rumahnya kira-kira 5 petang untuk berbuka puasa bersama anggota keluarganya yang lain di rumah neneknya.

Katanya, sebelum kejadian itu, adik beradiknya yang lain ada terdengar bunyi letupan.

"Tidak lama selepas itu mangsa pulang ke rumah dalam keadaan berlumuran darah serta kesakitan dan memaklumkan kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, pihak polis akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

Katanya, setakat ini keluarga mangsa masih belum membuat laporan polis. - Bernama

Pelajar Cedera Parah, Tak Sempat Lempar Mercun Bola
siakapkeli.my

DUNGUN: Seorang pelajar, Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah,14, telah dikejarkan ke hospital selepas cedera parah kerana gagal melempar mercun bola yang telah dicucuhnya di Kampung Tok Kah, di sini, semalam, lapor Sinar Harian.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.00 malam itu, dia dikatakan keluar bermain mercun berkenaan bersendirian di rumah nenekanya selepas berbuka puasa.

Bagaimanapun mercun yang telah dicucuhnya itu tidak sempat dilempar menyebabkan ianya meletup ditangan sehingga menyebabakan bahagian lehernya cedera selain melecur di dada.

Kejadian disedari oleh nenek mangsa yang terdengar letupan kuat, segera mendapatkan cucunya yang berlumuran darah di depan rumah, nenek mangsa terus menghubungi ibu saudara pelajar itu yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.

Ibu saudara mangsa, Noriah Awang, 41, berkata, ketika kejadian dia turut mendengar letupan kuat dari arah rumah nenek mangsa tetapi tidak dapat melihat apa-apa kerana keadaan sekeliling gelap.

"Saya bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat panggilan telefon mengatakan anak saudara cedera teruk.

"Melihat keadaannya yang agak teruk saya terus membawanya ke Unit kecemasan Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Menurutnya, dalam perjalanan ke hospital, anak saudaranya itu tidak berhenti-henti mengeran kesakitan.

"Saya panik melihatnya berlumuran darah sambil memegang lehernya dan hanya terfikir untuk membawanya ke hospital sahaja.

"Saya hanya mampu menyuruhnya bersabar dan beristighfar banyak-banyak apabila dia tidak henti mengadu sakit," katanya.

Mangsa yang dilapor berada dalam keadaan stabil kemudiannya di hantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk menjalani pembedahan segera bagi merawat keadaan leher yang cedera teruk. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Saturday, June 11, 2016 11:49 PM
Subject: Fw: Main Mercun

Tapak Tangan Terbelah, Putus 3 Jari Gara-Gara Tak Sempat Baling Mercun
siakapkeli.my

KUALA KANGSAR, 10 Jun: Malang tidak berbau.

Seorang kanak-kanak 11 tahun terbelah tapak tangannya manakala tiga jarinya pula putus akibat bermain mercun di Kampung Sayong Lembah dalam kejadian di sini petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu, mangsa dikatakan tidak sempat membaling mercun itu yang sudah dinyalakan menyebabkan ia meletup di tangan.

Menurut nenek kepada kanak-kanak itu, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar dengan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping pada jam 9 malam.

"Adam selesai menjalani pembedahan kira-kira jam 2 pagi tadi dan hanya tinggal dua jari iaitu jari telunjuk dan ibu jari

"Dia masih dirawat di Hospital Taiping," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Neneknya juga berkata, sebelum kejadian mangsa menonton televisyen di rumah sebelum seorang rakannya dipercayai mengajaknya bermain di kawasan Pesisiran Sayong sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Katanya, orang ramai di tempat kejadian dikatakan menasihatkan mereka supaya tidak bermain mercun selepas balingan pertama menghasilkan bunyi yang kuat

"Tidak lama kemudian, letupan mercun kedengaran buat kali kedua dan disusuli jeritan Adam yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tangannya," katanya - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 19, 2016 5:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kekal sihat sepanjang Ramadan

By Noorkumala binti Awang | Yahoo Newsroom
a.. Amat penting bagi warga yang berpuasa untuk kekal sihat sepanjang Ramadan.

Amat penting bagi warga yang berpuasa untuk kekal sihat sepanjang Ramadan

Puasa dengan cara menahan diri daripada makan dan minum, bukan sekadar ritual semata-mata. Namun, puasa juga sebagai salah satu terapi untuk merawat penyakit. Teori ini bukanlah satu perkara yang baru malah sudah lama diperakui dan dijadikan sebagai salah satu kaedah rawatan penyakit.

Dalam konteks puasa di bulan Ramadan, seharusnya natijah ketaqwaan dijadikan sebagai matlamat utama di samping impaknya kepada kesihatan. Justeru, perlu dititikberatkan agar puasa menjadi senjata dalam mempertahankan diri untuk mengawal nafsu, menjaga kesihatan untuk beribadah kepada Allah.

Biarpun berlapar dahaga hampir 14 jam dalam sehari selama sebulan di bulan Ramadan, tidak menjadi penghalang untuk kita menjaga kesihatan dan kekal cergas sepanjang masa. Pada sebelah siangnya berpuasa, pada malamnya pula mampu melaksanakan ibadah dengan cergas tanpa rasa kepenatan.

Oleh itu, diet sepanjang Ramadan tidak boleh dipandang enteng agar tidak memusnahkan manfaat puasa kepada kesihatan. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, "berpuasalah, nescaya kamu menjadi sihat." Panduan diet yang sihat perlu diikuti agar kita tidak kecundang dalam beribadah dan menjaga kesihatan, sebelum berakhirnya Ramadan. Antaranya ialah:

Berbuka puasa dengan kurma
Berusaha untuk berbuka puasa dengan kurma. Kurma mengandungi 50 peratus fruktosa dan glukosa yang mudah dicerna serta berkalori tinggi. Keadaan fizikal tubuh yang lemah tanpa makanan sepanjang hari memerlukan kepada tenaga segera. Oleh itu, kurma adalah makanan terbaik sebagai 'booster' untuk memberikan tenaga dan kecergasan kepada tubuh badan dengan cepat.

Di samping itu, kurma kaya dengan fiber yang mampu menghalang penyerapan kolesterol (LDL) dalam badan. Di dalam kurma juga mengandungi zat besi yang baik untuk kompenen haemoglobin dalam sel darah merah. Potassium, kalsium, magnesium, vitamin A dan zat lain yang terkandung dalam sebiji kurma juga banyak memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad bahawa "Rasulullah SAW biasanya berbuka dengan rutob (kurma basah) sebelum menunaikan solat. Jika tidak ada rutob, maka baginda berbuka dengan tamar (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian baginda berbuka dengan seteguk air." Tidak hairanlah, kurma menjadi salah satu makanan terbaik bagi memulakan hidangan semasa berbuka puasa. Walaupun, kurma banyak ditanam di Negara-negara Arab, namun ia bukanlah penghalang untuk kita yang berada jauh dari tempat tersebut mendapatkan kurma. Kini, pelbagai jenis kurma mudah diperolehi di mana-mana sahaja.

Hidrat badan dengan air
Minum air kosong termasuklah air zam-zam dalam kuantiti yang banyak dan mencukupi pada malam hari sehingga waktu sahur. Air yang mencukupi akan memberi kesegaran kepada tubuh badan yang kekurangan air sepanjang hari.

Walau bagaimanapun, perlu dielakkan mengambil minuman manis. Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada mengambil minuman manis? Ini kerana, apa yang terhidang di hadapan mata kita selalunya sedap dan menyegarkan lebih-lebih lagi air selalunya dijual di bazaar Ramadan dengan pelbagai jenis, perisa dan warna.

Salah satu cara untuk mengelakkan kita mengambil minuman manis yang tinggi kandungan gula adalah dengan menggantikannya dengan jus buah-buahan yang segar. Seelok-eloknya buah tersebut dikisar supaya fiber yang terkandung didalamnya tidak hilang.

Jus buah-buahan tetap mempunyai rasa manis dan memberi kesegaran di samping itu, tinggi kandungan vitamin dan fiber yang amat bermanfaat untuk tubuh kita. Sememangnya, kita mempunyai keinginan terhadap air manis untuk menghilangkan dahaga setelah sepanjang hari berpuasa, jus buah-buahan mampu memberikan kebaikan tersebut.

Di samping itu meminumnya secara berbuka akan menyebabkan perut lebih cepat kenyang. Secara tidak langsung, kita cenderung untuk makan sedikit. Penyediaan jus buah-buahan yang sihat tidak memerlukan kepada tambahan gula, cukup sekadar dengan rasa manis asli yang terdapat dalam buah dan sekiranya memerlukan rasa manis boleh ditambah sedikit madu kedalamnya.

Atau pun dengan cara mencampurkan buah-buahan segar dengan susu rendah lemak dan yogurt. Campuran ini juga boleh diamalkan semasa sahur untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Walau apapun, badan kita kekurangan air semasa berpuasa, justeru kekurangan ini perlu ditambah secukupnya untuk memelihara keseimbangan sistem badan dan memberi kesegaran yang berpanjangan.

Ambil makanan cepat hadam
Semasa berbuka puasa, seelok-eloknya mengambil makanan yang cepat dihadam seperti jus buah, sup, bubur (contohnya bubur lambuk) sebagai pemula. Ini kerana badan memerlukan sumber tenaga yang baharu bagi menggantikan tenaga yang kehabisan.

Digalakkan agar kita mengambil makanan yang ringan terlebih dahulu untuk mengelakkan sistem pencernaan terjejas. Usai solat maghrib, barulah dibolehkan mengambil makanan yang berat. Sikap ini patut diamalkan untuk mengelakkan diri daripada berlebihan mengambil makanan kerana perut terasa sedikit penuh berbanding sewaktu mula-mula berbuka. Ini kerana, otak kita mengambil masa selama 20 minit untuk mendapat isyarat kenyang.

Sekiranya terus mengambil makanan yang berat semasa tengah lapar, kita cenderung mengambilnya dengan lebih banyak kerana belum merasa kenyang serta mengikut runtunan nafsu dan selera. Kesannya, perut menjadi sebu, kekenyangan terlampau dan secara tidak langsung, kita telah mengambil lebih banyak kalori berbanding keperluan sebenar.

Akhirnya, tanpa disedari, berat badan makin bertambah manakala tekanan darah, gula dan kolestrol juga tidak dapat dikurangkan. Yang diperolehi hanyalah keletihan kerana kekenyangan dan kemalasan untuk beribadah.

Sahur jangan ditinggalkan
Amalan bersahur amat dituntut kerana pada waktu tersebut terdapat keberkatannya. Jika dilakukan, ia merupakan ibadat yang diganjari pahala dan terdapat faedahnya menurut perspektif sains. Dalam tempoh 24 jam, makanan yang paling penting adalah sarapan pagi. Individu yang tidak bersarapan pagi lebih terdedah kepada penyakit obesiti, diabetes dan penyakit jantung.

Maka, sahur mengambil tempat sebagai sarapan pagi ketika dalam bulan Ramadan. Sekiranya tiada sebarang makanan diambil selama 14 jam selepas itu, tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan manusia. Sahur juga dapat memastikan tubuh badan cergas dan bertenaga sepanjang hari dalam bulan Ramadan.

Walau bagaimanapun, perlu dilihat juga jenis makanan yang diambil. Kita disarankan agar mengambil makanan yang lambat hadam dan mengenyangkan seperti makanan yang tinggi karbohidrat kompleks iaitu bijirin, roti wholemeal, capati, oat dan banyak lagi. Namun begitu, makanan yang berlemak, bergoreng dan makanan segera seharusnya dielakkan. Selain tidak menyumbang kepada kecergasan tubuh badan, makanan tersebut menyebabkan kita cepat lapar dan menimbunkan masalah lemak dan kolesterol yang sedia ada dalam tubuh badan.

Manakala makanan tinggi karbohidrat kompleks pula akan membuatkan perut terasa penuh dan kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama. Ini akan menyebabkan kita sentiasa bertenaga dan cergas sepanjang hari sehingga waktu berbuka.

Oleh itu, untuk mengekalkan kecergasan sepanjang bulan Ramadan, bukan sekadar jenis makanan yang patut dititikberatkan. Malah kuantiti dan masa makan juga perlu diambil kira. Ramadan mengajar kita berdisiplin tentang masa makan. Justeru, apabila perut kita dijadualkan untuk makan pada masa-masa tertentu, menyebabkan sistem penghadaman lebih bersedia dan akan mengurangkan masalah-masalah kesihatan berkaitan dengan perut.

Sekiranya kita mengambil cakna dengan jenis, mutu dan jumlah makanan yang diambil serta pada masa yang sesuai, Ramadan yang dilalui akan memberikan kita manfaat kesihatan yang tidak ternilai. Nilai kesihatan ini adalah sebagai satu anugerah Ramadhan yang menjadi titik tolak kepada tahap kecergasan pada bulan-bulan yang seterusnya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 19, 2016 5:43 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Saiful Apek Bantu Kempen PAS Hari Terakhir

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

KUALA KANGSAR – Pelawak, Saiful (Apek) hadir di Bazar Ramadhan Arena Square, di sini bagi membantu jentera PAS dalam kempen Pilihan Raya Kuala Kangsar. Beliau dilihat hadir bersama jentera PAS mengiringi Ahli Parlimen Pasir Mas dalam kempen mengajak orang ramai memberi undi kepada PAS pada hari pengundian (esok).

"Saya pun berbesar hati kerana dapat turun padang sekali dan saya lihat betapa 'jinaknya' mereka tengok saya ni. Mungkin terlalu sudah hendak berjumpa dengan saya. Jadi saya sendiri berasa berbesar hati sangat dapat bersama ustaz (Nik Abduh) dan sahabat-sahabat yang lain. Jadi saya rasa hari ini adalah saya dah menang sorak banyak dah ni.

"Insha Allah kemenangan akan berpihak kepada kita, InshaAllah,"katanya.

Terdahulu, pelawak Wahid juga cenderung untuk membantu calon PAS dalam meraih kemenangan parti itu pada PRK Kuala Kangsar ini.-SuaraTV

Wahid Senario Saran Sokong Calon Kepimpinan Ulama

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PETALING JAYA: Kurang sehari Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, PAS menggiatkan kempen dengan menggunakan tarikan personaliti TV.

Klip video memaparkan pelawak terkemuka Abdul Wahid Mohd atau Wahid Senario dimuat naik di laman sosial Facebook, di mana beliau menyeru pengundi memilih kepimpinan ulama.

"Pilih pemimpin berakhlak yang boleh memimpin kita.

"Pilihlah parti yang istiqamah memperjuangkan Islam. Nak selamat dunia, akhirat… ulamalah yang memimpin kita," katanya.

Antara yang berkongsi video terbabit adalah Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan esok berikutan kematian Ahli Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Annuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak Mei lalu.

Di Kuala Kangsar, calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad berdepan calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

Manakala di Sungai Besar, calon PAS Dr Abdul Rani Osman ditentang calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan Azhar Abdul Shukur dari Amanah.

Video Link: https://www.facebook.com/video.php?v=10206645347639309

Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi
·
Seruan Abg Wahid Senario...Undi calon Kroje Untuk Kome! Ha3..terbaikk..Takbir! Istiqamah Hingga Kemenangan

Undilah Calon PAS

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
2 of 2 File(s)

Sun Jun 19, 2016 10:33 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Jun 19, 2016 10:33 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: