9 Messages
Digest #4539
Messages
Mon Jun 27, 2016 8:58 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Hati-Hati, Perompak Jadi 'Penoreh' Musim Raya Ni
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
MENJELANG musim perayaan Aidilfitri, pastinya semua orang teruja untuk membeli-belah barang keperluan serta busana raya yang serba menarik untuk digayakan pada pagi 1 Syawal.
Kalau bab-bab shopping memang tidak dinafikan, kaum wanita yang paling teruja sekali dan kelibat mereka boleh dilihat memenuhi Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) di ibu negara.
Lokasi di pusat bandar raya Kuala Lumpur itu sememangnya terkenal sebagai lokasi membeli-belah paling menjadi tumpuan buat warga ibu kota.
Namun, yang tak sedapnya dalam kemeriahan cari barang keperluan untuk raya, ada beberapa individu jadi mangsa akibat kerakusan pencuri yang semakin hari semakin 'bijak' memikirkan cara memperoleh wang dengan cara yang mudah dan cepat.
Di media sosial tersebar aplikasi perbualan WhatsApp seorang mangsa yang 'menangisi' kehilangan wang ringgit selepas tidak menyedari begnya ditoreh ketika sedang sibuk membeli-belah di Jalan TAR baru-baru ini.
Dalam orang sibuk-sibuk dan leka cari barang, sempat juga pencuri ni nak tunjuk skil jadi penoreh kan!
Apa-apa pun buat anda semua di luar sana sentiasa berhati-hati dengan barangan berharga anda dan jangan sesekali leka.
Kalau kita leka, dalam sekelip mata barang boleh hilang disebabkan 'kelicikan' perompak yang sememangnya hanya menunggu peluang untuk menjalankan aktiviti mereka itu. – MYNEWSHUB.CC
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Jun 27, 2016 8:58 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Wanita Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terlanggar Mercedes Benz
siakapkeli.my
PETALING JAYA, 26 Jun - Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu olehnya berlanggar dengan sebuah kereta lain di Jalan Teknologi 3/6A berdekatan persimpangan Uptown Kota Damansara dalam kejadian tengahhari tadi.
Dalam kejadian pada pukul 12.34 tengah hari itu, mangsa, Norazlin Haron, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, siasatan awal mendapati kereta Honda dipandu Norazlin bersama tiga lagi penumpang lain dari arah Sri Gombak menghala ke Kota Damansara.
Katanya, manakala kereta Mercedes Benz itu dari arah Jalan Teknologi 3 ke Signature Park, Kota Damansara.
"Polis mengesyaki, kereta dipandu Norazlin yang keluar dari simpang melanggar sisi belakang kanan Mercedez-Benz yang berada di jalan utama.
"Perlanggaran itu menyebabkan Norazlin maut di tempat kejadian manakala kesemua penumpang kedua-dua kereta berkenaan selamat dan tidak mengalami kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Menurut Zani, pihaknya kini sedang mengesan saksi kejadian untuk membantu siasatan.
Sementara itu, The Star melaporkan, Pegawai Bomba, Rosdi Hainan berkata beg udara pemandu didapati telah pecah ketika kejadian.
Laporan itu juga menyebut, selepas kejadian, kerosakan pada kereta yang dipandu mangsa hanya kerosakan kecil.
Sumber : The Star, Kosmo!
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Jun 27, 2016 8:59 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Blok Ketiga
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Tidak kira saya setuju atau tidak setuju dan tidak kira saya faham atau tidak faham.Kalau itu yang diputuskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi, saya setuju dan bila ia diputuskan oleh PAS, saya patuh. Sebab saya ahli jemaah(PAS). Dari sedikit ilmu yang saya pelajari, ahli jemaah itu wajar patuh pada Amir dan wajar setia pada jemaah. Saya suka atau tidak suka, saya faham atau tidak faham, ia tidak mewajarkan saya membantah dan apa lagi ia tidak menghalalkan saya meninggalkan jemaah.
Biarlah orang kata saya bodoh dan gila. Biar saya bodoh macam (ikan)sepat tapi (ikan)sepat tak makan "pancing emas", daripada cerdik macam jerung, "pancing berkarat" pun ia makan...
- Subki Latif
Harakah
(25-27 Mac 2016)
Pas bukan bahan ujian parti lain
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
IPOH - Pas bukanlah bahan menguji kekuatan bagi parti-parti lain yang mahu bertanding pada pilihan raya. Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sebaliknya Pas sudah membuktikan kekuatannya biarpun berseorangan.
Menurutnya, jika parti tertentu bertanding hanya mahu membuktikan mereka lebih kuat daripada Pas tanpa mempunyai hala tuju jelas, ia adalah tindakan yang sia-sia.
"Keputusan PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar menentukan hala tuju semua parti politik. Gerakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan dengan menggabungkan semua kekuatan parti menunjukkan perjuangan sia-sia dan memberi kelebihan kepada Umno dan BN untuk berada di tempat selesa.
"Apa yang pasti, tindakan gabungan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pakatan Harapan dalam kedua-dua PRK untuk menguji kemampuan mereka melukakan seluruh ahli dan penyokong Pas," katanya.
Razman berkata, sekiranya PRU14 diadakan pada bila-bila masa, BN akan mencapai keputusan yang lebih baik dari PRU 2004.
"Pas bagaimanapun sudah bersedia dengan segala kemungkinan dan tetap bergerak tanpa perlu menyertai mana-mana pakatan," katanya.
Beliau berkata, di Perak, Pas sedang membuat persediaan untuk menghadapi situasi ini.
"Kita menetapkan untuk bertanding di 30 kerusi Dun majoriti Melayu dan baki 29 kerusi campuran serta majoriti Cina, Pas sedang membina calon dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).
"Jadi Pas akan bertanding semua kerusi pada PRU14 nanti," katanya.
4 Konflik, 4 Ketegasan, 4 Kebanggaan Kami
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Kami ahli dan penyokong PAS amat berbangga dengan ketegasan TGHH dan kesepakatan serta solidariti pemimpin-pemimpin kami. Kini kami benar-benar rasa kehebatan maruah kami, kejituan kesatuan kami dan kebulatan tekad kami.
Kami seia sekata dari kepimpinan tertinggi hingga ke akar umbi. Tiada lagi percanggahan kenyataan. TGHH kata lain, Khalid Samad ulas ikut lain. TGHH kata lain, Mat Sabu kata itu pandangan peribadi. Tiada lagi kebocoran rahsia parti. Tiada lagi malaun pembocor rahsia parti.
Mutakhir ini terdapat 4 konflik yang berkesudahan dengan 4 ketegasan PAS. Keempat-empatnya adalah kebanggaan kami di akar umbi.
1. Ketegasan dalam pemecatan Husam Musa walaupun ditakut-takutkan dengan dakwaan 10 ADUN Kelantan keluar PAS.
2. Ketegasan untuk tidak berunding dengan golongan yang menjadi pengkhianat kepada perjuangan PAS.
3. Ketegasan dalam menyatakan penyertaan PAS dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar sambil bersedia menghadapi siapa sahaja tanpa halangan.
4. Ketegasan sanggup exco-exco PAS dipecat jika itulah kemahuan dan ugutan PKR.
Motif tulisan kali ini ialah untuk menyatakan istiqamah dan solidariti bersama dengan TGHH dan para pemimpin yang kami sayangi.
Kredit
Sekut Mayat
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Jun 27, 2016 8:59 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Honda panggil balik 147,894 unit kenderaannya
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
KUALA LUMPUR: Honda Malaysia memanggil balik 147,894 unit model jenama itu bagi menggantikan peledak beg udara tempat duduk bahagian penumpang.
Dalam satu kenyataan, ia berkata proses pemanggilan balik ini melibatkan lapan model: Accord (keluaran 2003 hingga 2011), City (2009 hingga 2011), Civic (2007 hingga 2011), CRV (2008 hingga 2011), Freed (2009 hingga 2011), Insight (2011), Jazz (2009 hingga 2011), dan Odyssey (2004 hingga 2008).
Model Honda yang terlibat dalam pemanggilan semula mengikut tahun keluaran.
Kesemua pelanggan terjejas akan dimaklumkan melalui surat termasuk butiran pemanggilan.
Pengguna yang menerima surat tersebut dinasihatkan membawa surat dan kenderaan ke cawangan edaran Honda yang sah bagi tujuan pemeriksaan.
Semua kos penukaran akan ditanggung oleh Honda.
Bagaimanapun, Honda berkata semua model jualan terkini tidak terjejas.
Ia juga menegaskan syarikat akan terus mengekalkan ketelusan dan kawalan ketat terhadap keselamatan penumpang dalam semua model keluarannya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Jun 27, 2016 8:59 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Apa yang anda perlu tahu tentang Proton Perdana 2016
bloglist-malaysia.
jasduit.com
Hari ini saya dapat bungkusan surat khabar tergantung dalam beg plastik dipintu bilik hotel tempat saya tinggal. Macam biasa, surat khabat Berita Harian akan dikepilkan setiap pagi untuk semua penyewa Hotel yang terletak berhampiran Tol Sungai Petani Selatan ini.
Tapi apa yang menarik perhatian saya untuk membuka dan membelek Berita Harian pagi ini bukan surat khabar dan berita yang ada di dalamnya. Memang dah makan lebih 4 tahun saya tak baca surat khabar walaupun dapat free. Semua isu yang ada, lebih kepada propaganda dan tidak memberikan maklumat tepat terhadap apa yang sebenarnya berlaku dalam negara.
Tapi ada yang menarik dalam bungkusan surat khabar Berita Harian hari ini; keseluruhan surat khabar itu dibungkus dengan sekeping poster besar iklan kereta Proton Perdana 2016 yang baru dilancarkan semalam. Itulah yang menarik perhatian saya.
Ramai dapat tempias dana dari kerajaan
Pertamanya saya terfikir akan bajet yang disediakan untuk kos balutan yang pro tersebut. Mungkin atas prinsip membantu negara, maka ada satu jalinan kerjasama mudah antara Berita Harian dengan syarikat Proton kepunyaan Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Lagipun Proton baru saja disuntik dana pinjaman sejumlah RM1.5 Billion !. Satu jumlah yang besar untuk sebuah syarikat swasta kepunyaan sted Mokhar. Dengan suntikan itu, menjadikan Syed Mokhtar sebagai salah seorang ahli korporat yang menaggung hutang paling besar di negara kita !.
Tapi apa nak kisah dengan sistem kapitalis yang menjadi amalan dunia sekarang. Syarikat Proton dan Syed Mokhtar adalah dua entiti yang berbeza. Jika Proton runtuh habis hancur liau-liau segala wang yang diberikan, kesannya hanya pada Proton dan bukan pada Syed Mokhtar.
Beliau tak perlu habiskan segala harta peribadi dalam pegangannya untuk langsaikan segala hutang tersebut. Itu semua harta peribadinya dan bukan kepunyaan Proton. Itulah keindahan sistem persyarikatan yang direka dalam zaman moden ini. Membuatkan para kapitalis berani ambil risiko yang amat tinggi tanpa rasa takut sebab mereka dilindungi.
Bila masuk dana RM1.5 billion, maka spin off kemewahannya akan pergi pada semua rangkaian perniagaan lain juga. Dan nampaknya Berita Harian juga mendapat laba peringkat kedua hasil dari dana RM1.5 billion tersebut dengan diberikan projek iklan pelancaran Proton Perdana 2016. Mungkin semua akhbar kepunyaan GLC turut mendapat laba yang sama. Untung mereka dapat suntikan bisnes baru.
Kipas jangan melawan, pencen dapat ganjaran
Bila dapat projek baru, syarikat GLC akan mencatatkan keuntungan. Bila syarikat GLC untung, orang besar yang biasanya merupakan pemakan dedak atau manusia 'yes man' yang mengetai GLC akan dapat banyak ganjaran seperti bonus, keniakan ganjaran dan lain-lain lagi yang mampu buatkan mereka jadi jutawan.
Macam itulah proses atau kitaran bagaimana sesebuah kerajaan boleh menjadikan semua orang yang menuruti perintah mereka dengan kata-kata 'samiak na wa atoq na', dipelihara dan diberikan kemewahan sampai mati.
Ok! kita masuk semula bab Proton Perdana 2016 yang baru dan nampak hebat menarik cun melecun tu. Sekali imbas dalam gambar memang tertarik. Tengok pula harganya nampak berpatutan. Tapi cerita buruk atau jenama buruk pasal Proton yang sentiasa terlekat dalam hati cuba menafikan kepercayaan yang mula nak timbul di dalam hati.
Jadi elok kita senaraikan sedikit beberapa perkara yang anda perlu tahu pasal Proton Perdana 2016 yang baru dilancarkan itu.
Perkara asas yang anda perlu tahu
a.. Proton Perdana 2016 dibangunkan berdasarkan platform Honda Accord generasi ke-8 dan perjanjian kerjasama dipersetujui oleh pihak Proton Holdings dan Honda Japan ltd. So jangan lah cakap copy paste, tiru, atau ciplak semua tu. Ini bukan kereta buatan China senang2 ciplak macam tu saja.
b.. Proton menggunakan enjin Honda untuk kedua-dua varian iaitu 2.0L SOHC dan 2.4L DOHC i-vtec
c.. Proton Perdana 2016 mengekalkan interior design dan safety features seperti Accord generasi ke-8 kerana pihak Honda tidak membenarkan mengubah sebarang perubahan. Sebab tu Proton Perdana ini tiada keyless entry, ESC sebagai standard untuk semua model, 4 airbags sahaja dan tiada push start button. Proton nak buat cover penutup enjin pun dia tak bagi apatah lain-lainnya. Dan Perdana ini tidak boleh export keretanya ke luar negara. Hanya untuk pasaran tempatan sahaja.
d.. Proton Perdana adalah segmen-D dan harganya adalah paling rendah di kalangan segmen ini di Malaysia. Mana mahu cari kereta segmen-D dibawah RM140k? So janganlah bengap sangat nak bandingkan dengan vios dan kereta dari segmen lain. Tolong belajar dulu classified jenis kenderaan baru komen. Proton Perdana adalah model pertengahan memanglah mahal kalau korang compare dengan Myvi, Saga dan lain-lain. Perdana adalah yang termurah dalam segmennya. So nak beli kereta tu ukur baju di badan sendiri. Saga RM34k dah boleh dapat.
e.. Pada akhir tahun 2017 atau awal 2018 Proton Perdana akan menggunakan enjinnya sendiri iaitu enjin Petronas, NE01 2.0L Turbo dan perubahan interior dan safety features pun akan ada penambahbaikan. So apa ada hal? Nak kutuk dan kritik biarlah rasional janganlah membuta tuli sehinggakan segmen kereta pun korang tak boleh nak beza. Kesian.
Nak tahu bagus ke tak Proton Perdana ini korang pergilah book for a test drive...
Betul juga senarai maklumat yang dinyatakan di atas tu. Saya cut n paste dari sebaran yang masuk dalam whatassp salah satu kumpulan yang saya ada.
Apapun, kalau nak komen ke apa ke, pergilah cuba bawa kereta itu dahulu dan tengok macam mana feelingnya dari segi kuasa, kestabilan, kekemasan dan lainlain lagi. Saya yakin dalam bab keboleh percayaan terhadap teknologi yang ada pada Proton Perdana 2016 baru itu, tak perlu nak khuatir. Kita boleh percaya pada keupayaan Honda yang jarang mengecewakan selama ini.
Macam mana pengendalian after servis dari team proton sahaja yang perlu dirisaukan, samada mereka berupaya meningkatkan tahap kesungguhan mereka supaya sentiasa lebih baik atau tidak. Kita tengok
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Jun 27, 2016 9:00 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kementerian Pertahanan Sahkan Terima Laporan Pesawat Charlie TUDM Dipintas 2 Jet Pejuang Indonesia
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR, 26 Jun: Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai insiden sebuah pesawat Charlie C130 milik TUDM dipintas oleh dua jet pejuang Indonesia dalam ruang udara berhampiran Pulau Natuna hari ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pesawat itu dipintas dalam penerbangan dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Laluan.
"Kita ada menerima laporan berhubung kes berkenaan tapi maklumat lengkap secara sahih belum diperoleh.
"Kita akan meneliti laporan ini memandangkan belum mendapat maklumat lengkap mengenai kes ini," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Kata beliau lagi, insiden seumpama itu sering berlaku di negara lain dan ia bergantung kepada hubungan dua hala negara itu untuk menyelesaikannya.
Katanya, beliau mempunyai hubungan erat dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Riacudu dan sekiranya berlaku insiden antara Indonesia dan Malaysia ia biasanya diselesaikan secara diplomasi.
"Bila sebut Indonesia, saya tak risau kerana kebiasaannya ia dapat diselesaikan dengan baik. Saya berharap media bertanggungjawab dalam membuat laporan supaya tidak mencetuskan emosi kedua-dua negara berjiran," katanya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Jun 27, 2016 9:00 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Salah Satu Kerja Tak Berfaedah Pusat Zakat
bloglist-malaysia.
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu
Bulan2 pose ni jangan buat fitnah la.
Korang tak tau ke, suratkhabar ni lepas baca boleh dimakan.
Ada rasa macam rebung sikit. Kah kah kah kah!!!
Jgn buat kerja tak berfaedah, mencari salah pusat zakat.
Bukan korang tak tahu, suratkhabar ni lepas habis baca boleh buat alas rak, pelantar, alas meja.
Tak membazir. Kah kah kah kah!!
Sebelum pusat zakat membuat pengagihan, kaji-selidik rapi telah dibuat terlebih dahulu.
Kah kah kah!!!
Jangan ingat pusat zakat tak buat agihan yg betul. Kah kah kah!!
Bagi suratkhabar berguni-guni, boleh jual kat mak cik nasik lemak.
Boleh buat bungkus nasik lemak. Kah kah kah!!
Habis bangsat pun s/khabar ni boleh buat celet taik. Kan?
Kah kahh kah kah!
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Jun 27, 2016 9:01 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bahaya, Sering Minum Teh dan Kopi Panas Nyatanya Menyebabkan Kanser
bloglist-malaysia.
beritafresh.
Rutin minum minuman panas begitu berisiko. Menurut laporan dari Badan Kesihatan Dunia (WHO, minuman panas boleh jadi penghubung hadirnya kanser pada badan manusia. Kanser yang dihubungkan dengan rutin ini yakni kanser esofagus atau kerongkong. Hal semacam ini tersingkap dalam pertemuan antarabangsa yang diikuti oleh 23 saintis. Mereka lakukan analisa dari stusi yang pernah ada terlebih dulu serta mengutip tiga kajian paling utama. Dalam kajian ini, dikerjakan analisa pada sukarelawan yang di ketahui suka minum kopi atau teh dalam keadaan masihlah panas. Mereka di ketahui lebih berisiko terkena kanser kerongkong. Kanser ini mempunyai peratusan 0, 5% daripada penduduk dunia.
Sesungguhnya penyelidik belum yakini mengapa minuman panas boleh mengakibatkan kerosakan beberapa sel yang sihat di dalam kerongkong. Bahkan juga, orang yang punya kebiasaan minum saat suhu airnya masihlah panas risikonya hingga 2 x ganda barah ini.
"Minuman panas boleh tingkatkan risiko kanser kerongkong sejumlah 2 x," kata Mariana Stern, PhD, profesor epidemiologi di University of Southern California serta ahli WHO, seperti diambil laman Okezone.
Minuman yang dalam kumpulan panas ini mempunyai suhu diatas 63 darjah Celsius. Pengambilan minuman pada suhu itu berisiko menyebabkan kanser ini. Bila tak mempunyai thermometer khas makanan atau minuman, air dengan suhu itu setara dengan suhu standard kopi yang baru sahaja dituangkan ke satu wadah. Suhu kopi yang barusan diolah melalui mesin rata-rata di angka 63 darjah Celsius.
Berkaitan minuman teh yang sering diseduh pada suhu air mendidih meraih 100 darjah Celsius, baiknya bersabar dulu sebelum mengambilnya. Walau sekian, baik kopi ataupun the yang diseruput pada suhu yg tidak berisiko tetaplah memberi faedah untuk kesihatan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Jun 27, 2016 9:02 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Mengenai BREXIT: apa yang perlu anda tahu?
Dilulus untuk paparan oleh memo
tranungkite.net
Oleh Khairul Azri
1. Apa yang sedang berlaku?
Sebuah referendum akan dijalankan hari ini (Khamis,23 Jun) untuk menentukan samada Britain akan kekal atau tidak di dalam Kesatuan Eropah (Baca EU).
Nota kaki: apa itu referendum? referendum adalah sebuah undian bercorak YA atau TIDAK. Pihak yang dapat lebih 50% undian adalah pemenang.
2. Kenapa tiba-tiba ada referendum ini?
Ianya bukan berlaku secara tiba-tiba, selepas memenangi PRU 2015, Perdana menteri David Cameron telah berjanji akan mengadakan referendum ini akibat desakan dari MP parti beliau sendiri, mereka berpendapat bahawa sejak berada di dalam EU, Britain tidak lagi berkuasa untuk membuat pilihan sendiri, EU juga sudah banyak berubah dan kini orang Britain sudah dikawal sepenuhnya.
3. Apa itu Brexit?
Hasil dari gabungan UK keluar dari EU.
BRitish EXIT = BREXIT
4. Siapa yang boleh mengundi?
Warga Britain, Ireland, rakyat Komenwel yang tinggal di UK dan juga warga UK yang tinggal di luar UK yang telah berdaftar dengan suruhanjaya pilihanraya UK sejak 15 tahun kebelakang.
5. Pihak yang mahu UK untuk KELUAR dari EU?
a. Warga Britain 50/50 berdasarkan dari tinjaun pendapat awam yang terbaru.
b. Parti Bebas UK(Baca UKIP)
c. Separuh MP dari Parti Konservertif(Parti David Cameron) termasuk 5 menteri kabinet
d. Beberapa wakil Parti Buruh dan DUP.
6. Argumen- Argumen Pihak KELUAR dari EU:
a. Britain dipegang 'telur'nya oleh EU.
b. Banyak perniagaan dikenakan peraturan dan keahlian yang mengenakan bayaran berbilion pound kepada rakyat Britain ("red tape").
c. Mahukan Britain berkuasa kembali terhadap sempadannya.
d. Mengurangkan kemasukkan orang luar masuk dan berkerja di UK, kerana prinsip EU ialah "free movement" di mana jika anda dari negara EU, anda tak perlukan visa untuk menetap di negara EU yang lain.
e. Menentang idea "United States of Europe".
7. Pihak yang mahu UK KEKAL dalam EU?
a. Warga Britain 50/50 berdasarkan dari tinjaun pendapat awam yang terbaru.
b. Perdana menteri David Cameron
c. Parti Konservitif (baki)
d. Parti Buruh, SNP, Plaid Cymru dan Lib Dems
e. Barrack Obama
f. Negara-negara EU sendiri seperti Perancis dan Germany
8. Argumen- Argumen Pihak KEKAL dalam EU:
a. Britain telah memperolehi pelbagai kebaikan dari keahlian EU.
b. Aktiviti jual beli yang mudah merentasi negara EU
c. Kemasukkan imigran muda dari EU membantu Britian dari segi ekonomi dan kestabilan negara dan merupakan peyumbang besar hasil cukai yang digunakan untuk perkhidmatan awam.
d. Status Britain sebagai sebuah negara besar akan hilang jika meninggalkan EU.
e. Bersatu di bawah 28 negara lebih kuat dari bersendirian.
9. Kesan keluar atau kekal Brexit ni?
a. Bisnes besar mudah untuk melakukan perniagaan di dalam EU, mudah untuk mereka mengerakkan sumber yakni wang, orang dan juga produk mereka ke serata dunia, jika kekal.
b. Bisnes tradisional/kecil serderhana lebih senang untuk berniaga/bergerak dengan satu kepala daripada 28 negara (baca:kepala),jika keluar.
c. Bisnes kecil sederhana akan lebih menguntungkan daripada langkah "cut the red tape", jika keluar.
d. Bisnes hartanah akan merosot jika keluar. Bagi pelabur hartanah ini merisaukan mereka. tetapi bagi pembeli rumah sebenar ini berita baik bagi mereka.
e. Saham dan matawang pound akan "rally" jika Britain kekal, manakala sebaliknya akan berlaku jika keluar.
f. Universiti-universiti top di UK akan kekal mendapat dana penyelidikan, pelajar dan juga tenaga pengajar dari Eropah jika kekal dan sebaliknya akan berlaku jika keluar.
g. Kerajaan Britain dapat mejimatkan dana bantuan kepada pelajar asing jika keluar.
h. Program tajaan Erasmus Mundus tidak lagi dapat diakses oleh warga UK jika keluar(15 ribu pelajar UK mendapat bantuan dari negara EU sejak '13-"14).
10. Jadi mana yang bagus? Keluar atau Kekal?
Bergantung daripada sisi mana anda analisis isu ini. Keluar dari EU adalah satu langkah gergasi yang dianggap lebih besar dari pilihanraya. Soalan yang perlu/sepatutnya ditanya:
Adakah langkah ini akan memerdekakan Britain atau menghantarnya ke sebuah neraka kegagalan ekonomi?
Nota kaki : boleh rujuk link ini untuk perbandingan argumen kekal atau keluar keatas smua isu2 berbangkit:http://www.bbc.com/news/uk-politics-32793642
11. Apa kena mengena dengan saya?
Walaupun Brexit kelihatan hanya akan memberi impak besar kepada ekonomi UK, ianya juga boleh menjadi titik mula untuk sebuah gelombang kegawatan ekonomi di seluruh dunia terutamanya US (UK adalah trading partner ke-7 terbesar US), untuk pengetahuan anda Yellen telah menangguhkan kenaikan "interest rate" untuk mengelakkan kesan lebih besar (systemic risk) jika ianya benar benar berlaku.
Jika benar ianya akan memberi impak ekonomi kepada US..tidak perlu masa yang lama untuk ia singgah ke sempadan KLSE..eh KL..:)
Nota kaki: Siapa Yellen? Yellen adalah chairperson utk FED..ala2 Zeti utk BNM tapi version US.
p/s: Yang ada duit, simpan ketat2..beli digi bila market crash.haha
p/s: buy gold and yen
Sekian.
thevocket
Brexit: Rakyat Britain Pilih Keluar daripada EU, David Cameron Letak Jawatan
bloglist-malaysia.
duniacacamarba2.
Rakyat Britain hari ini memutuskan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).
Menurut AFP yang memetik media negara itu hari ini, pungutan suara sama ada Britain sewajarnya meninggalkan EU adalah amat sengit tetapi 52 peratus undian memihak kepada kem 'keluar' berbanding 48 peratus undian yang diterima kem 'kekal'.
Ini adalah berdasarkan kiraan di 302 daripada 382 kawasan di seluruh Britain.
Keputusan itu pada masa sama menyaksikan mata wang Britain, pound mencapai paras terendah sejak lebih 31 tahun lalu berbanding dolar Amerika Syarikat.
Sementara itu, Reuters melaporkan pasaran kewangan dunia menjunam berikutan keputusan awal pungutan suara yang rakyat Beritain mahu negara mereka meninggalkan EU.
Sterling mengalami kejatuhan sehari yang terbesar dengan kehilangan lebih 10 peratus nilainya berbanding dolar.
Ia mencecah tahap paling rendah sepanjang 31 tahun kerana pasaran bimbang keputusan berkenaan akan menjejaskan pelaburan dalam ekonomi kelima terbesar di dunia itu.
Undi hari ini akan menyaksikan permulaan sekurang-kurangnya dua tahun prosiding perceraian Britain dengan EU.
Ia menimbulkan persoalan berhubung peranan London sebagai pusat kewangan global dan meletakkan tekanan yang hebat ke atas Perdana Menteri, David Cameron untuk meletak jawatan, walaupun beliau berjanji semasa kempen untuk kekal tanpa mengira keputusan pungutan suara. - Malaysia Kini/24/6/2016
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment