8 Messages
Digest #4534
Messages
Wed Jun 22, 2016 1:38 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
PAS raih undi dengan dakwah, tidak janji habuan dunia
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
LUMPUR: Tagline PAS ialah "menyokong dan menegakkan Islam".
Justeru, PAS mengajak menunaikan solat, membayar zakat, menjauhkan zina, meninggalkan minum arak, menghadiri kuliah agama, menguatkuasakan hukum hudud dan qisas, ketelusan dalam pemerintahan, memerangi rasuah dan lain-lain.
"Semua kerja di atas adalah kerja mulia. Pada lojiknya semua kerja itu mesti orang suka dan boleh dapat sokongan ramai. Tetapi lojik ini meleset," kata Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor, Ustaz Rizuan Rahmat.
Ini, katanya kerana tidak semua orang suka perkara baik.
Buktinya, kata beliau biarpun Rasulullah SAW digelar al-amin, tetapi apabila baginda mengajak kepada perkara baik, ramai yang tidak suka.
Malahan, jelas beliau pemimpin Quraisy merancang membunuh baginda.
"Para rasul yang lain pun menerima cabaran yang sama. Ada para rasul yang berjaya mengalahkan pemerintah di zamannya, dan ramai yang tidak," katanya lagi.
Ini, ujarnya bermakna usaha itu lebih penting kerana hidayah adalah milik Allah.
PAS, kata beliau menjalankan usaha dakwah dalam jalur politik dan PAS tidak menyogok pengundi dengan kebendaan dan menjanjikan habuan dunia.
"Adalah bagi sikit-sikit, tetapi itu diambil dari poket ahli-ahli PAS. Tak percaya, tanyalah ahli PAS dan lihatlah laporan kewangan cawangan PAS," katanya.
Menurutnya, PAS mendekati pengundi dengan cara mengajak mereka kepada mengikut ajaran Islam, bukan dengan menjamu mereka dengan habuan kebendaan.
"Ini usaha dakwah dan kerja ini sangat mencabar. Jangankan nak ubah orang lain, nak ubah diri sendiri pun berat.
"Sewaktu sedap tidur, tiba-tiba azan Subuh berbunyi, 'nak bangun solat berjemaah, berat ke mudah aja'.
"Inilah usaha dakwah yang PAS usahakan," ujar beliau.
Justeru, beliau menggesa supaya terus menjalankan usaha dakwah itu.
"Allah menilai hasil kerjamu. Semoga berjaya," katanya. - HARAKAHDAILY 20/6/2016
PAS lebih tergiur janji Allah berbanding Pakatan Harapan (PH)
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
PAS lebih tergiur dengan janji Allah berbanding janji makhluk. Itulah sikap PAS yg masih gagal difahami oleh musuh-musuh politik dan sebahagian orang yang tidak mengenal PAS.
Sudah berulang kali PAS menegaskan bahawa dasar PAS adalah Islam. Maka Islamlah yang menjadi keutamaan PAS.
Ini bukan bermakna PAS tidak mahukan kemenangan politik. Bahkan kerana demi kepentingan Islam itulah PAS berpolitik. Namun jika disuruh pilih antara mahukan kemenangan yang Allah murka atau kekalahan yang Allah redha?
Maka PAS akan menjawab biarlah kami memilih redha Allah. Namun PAS akan terus dan terus berjuang untuk meraih kemenangan bersama keredhaan Allah.
PAS bukan tidak sedar, bahawa mengadakan gabungan parti-parti politik itu lebih memberi kebaikan kepada percaturan politik PAS. Bahkan PAS sentiasa berlapang dada menerima siapa sahaja untuk bergabung dan bertahaaluf dengan PAS demi kepentingan Islam dan rakyat.
Ini dapat dilihat daripada sejarah kebersamaan PAS dengan Umno dalam perikatan, PAS bersama Semangat 46 dalam APU dan PAS bersama DAP dan PKR dlm Pakatan Rakyat.
Malahan berteraskan semangat politik jujur, PAS sanggup menyerahkan banyak kerusi yang ditandingi oleh PAS kepada PKR saat-saat awal PKR lahir ke dunia politik Malaysia selepas DSAI dipaksa keluar dari rahim Umno melalui pembedahan ganas Tun Mahathir.
Namun perlu diingat bahawa kesediaan PaS bergabung dan bertahaluf adalah kerana kepentingan Islam dan umat. Jika merugikan Islam dan umat serta negara, PAS tidak akan bergabung dengan siapa pun walau sebesar mana sekalipun gabungan mereka itu.
Walaupun dijanjikan bulan dan bintang. Ini kan pula sekadar gabungan PH yg rapuh dan hanya dijanjikan Putrajaya yang belum pasti.
Jika ada yg berkata lebih baik PAS bersatu dengan PH untuk masa depan politik yang lebih cerah buat PAS khusnya pasca PRN Sarawak dan PRK Sungai Besar serta Kuala Kangsar.
Suka saya jawab secara peribadi, bahawa jika hanya kemenangan politik yang difikirkan oleh PAS tanpa memikirkan kepentingan Islam, lebih baik PAS bergabung dengan Umno.
Parti yang lebih dekat dengan Islam berbanding DAP. Parti yang lebih bersifat Melayu Islam berbanding DAP yang hanya disertai oleh beberapa orang Melayu sahaja.
Jika dengan Umno pun PAS tidak berminat untuk berijab kabul, maka masakan dengan DAP PAS lebih berminat. Lebih-lebih lagi apabila mengingatkan pengalaman bertahaaluf dengan Parti Rasis itu dlm PR.
Jadi selagi kamu menolak Islam dan tidak bersedia menghormati Islam tidak perlulah kamu berbicara soal bersatu dan bergabung bersama PH. Walau kamu janjikan kemenangan yang lebih besar, kami tetap lebih rindukan janji Allah kepada siapa yang istiqamah dalam perjuangan kami.
USTAZ MOKHTAR SENIK
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jun 22, 2016 1:39 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Ramadan Sentiasa Menjanjikan Pendapatan Tambahan Kepada Penyadap 'Tuak'
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
PASIR PUTEH: Bulan Ramadan sentiasa menjanjikan pendapatan tambahan kepada penyadap 'tuak' kelapa di Kelantan kerana ia mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat minuman itu.
Namun usah salah faham. Minuman yang dijual itu bukanlah daripada jenis memabukkan namun ia amat sinonim dengan panggilan 'tuak' di negeri ini.
Minuman tuak atau nira yang rasanya manis dan berbau harum serta dipercayai mampu menyejukkan badan itu begitu popular di Kelantan terutama sepanjang Ramadan.
Penyadap tuak, Izani Mokhtar, 48, berkata dia mampu memperoleh sebanyak RM40 dan RM50 sehari hasil jualan minuman itu ketika Ramadan.
"Sepanjang Ramadan saya tidak perlu menjaja ke merata kampung kerana penggemar air tuak datang ke rumah pagi dan petang untuk mendapatkan air tuak segar," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kampung Gong Ketereh di sini, Sabtu.
Izani berkata, dia hanya mengambil masa tiga jam pada setiap pagi dan petang untuk menyadap 10 pokok kelapa di sekeliling rumahnya bagi mendapatkan minuman tersebut.
Beliau berkata air tuak diperolehi daripada mayang kelapa dengan memotong hujungnya yang telah diikat dengan tali untuk dibengkokkan selama beberapa minggu.
Katanya walaupun letih kerana berpuasa, namun tetap memanjat pokok kelapa setinggi antara 10 dan 15 meter semata-mata untuk memenuhi permintaan tinggi penggemarnya terutama pada Ramadan ini.
"Berikutan itu, saya cuti selama sebulan sebagai tukang rumah bagi melakukan pekerjaan menyadap kelapa ini untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya.
Sementara itu, seorang anggota tentera Ahmad Faizal Fauzi, 36, yang berasal dari Kampung Gong Kulim di sini, berkata beliau menggemari minuman itu kerana dapat menyegarkan badan terutama ketika berbuka puasa.
"Tambahan pula jika dapat minum air tuak asli yang tidak dicampur dengan air gula. Ia sungguh memuaskan," katanya ketika ditemui sedang membeli air tuak di rumah Izani.-- Bernama
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/ramadan-sentiasa-menjanjikan-pendapatan.html#ixzz4BMM9Z3RB
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jun 22, 2016 1:40 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kera Peliharaan Cakar Pipi Bayi
siakapkeli.my
Dungun, 19 Jun: Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan cedera di pipi kiri selepas dia dicakar kera peliharaan bapanya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Buaya pada Khamis lepas.
Adik Khaiffah Nurul Damia Qhalifa Syed Mohd Hishamudin dicakar oleh kera tersebut ketika dia didukugn ibunya, Norhayati Mohd Dahan, 36.
Bapa, Syed Mohd Hishamudin, 36, berkata dia memelihara kera itu sejak tiga tahun lalu dan menambatnya pada sebatang tiang berhampiran rumahnya.
"Ketika kejadian, isteri keluar untuk mengambil seliparnya di belakang rumah dan anak saya merengek mahu mengikut lalu isteri mendukungnya dan berjalan ke belakang rumah.
"Ketika melalui kawasan itu, haiwan itu tiba-tiba melompat dan menarik rambut sebelum mencakar pipi anak saya menyebabkan anak menjerit kesakitan.
"Saya yang mendengar jeritan anak segera keluar dan membawanya ke Hospital Dungun sebelum dia dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Pelakon Linda Helmi Meninggal Dunia
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR, 21 Jun: Pelakon pada era 90-an, Linda Helmi menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Taiping, Perak kira-kira jam 4.30 petang tadi berikutan komplikasi hati.
Al-Marhumah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu disebabkan penyakitnya itu.
Pelakon itu pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Ribuan Mimpi-Mimpi.
Kerjaya seninya memuncak apabila drama Spektra yang dibintangi olehnya menduduki rating tinggi dan disiarkan beratus-ratus episod di kaca televisyen.
Al-Marhumah pergi meninggalkan tiga orang anak serta seorang cucu.
Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan akan dikebumikan esok, lapor BH Online.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
siakapkeli.my
Dungun, 19 Jun: Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan cedera di pipi kiri selepas dia dicakar kera peliharaan bapanya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Buaya pada Khamis lepas.
Adik Khaiffah Nurul Damia Qhalifa Syed Mohd Hishamudin dicakar oleh kera tersebut ketika dia didukugn ibunya, Norhayati Mohd Dahan, 36.
Bapa, Syed Mohd Hishamudin, 36, berkata dia memelihara kera itu sejak tiga tahun lalu dan menambatnya pada sebatang tiang berhampiran rumahnya.
"Ketika kejadian, isteri keluar untuk mengambil seliparnya di belakang rumah dan anak saya merengek mahu mengikut lalu isteri mendukungnya dan berjalan ke belakang rumah.
"Ketika melalui kawasan itu, haiwan itu tiba-tiba melompat dan menarik rambut sebelum mencakar pipi anak saya menyebabkan anak menjerit kesakitan.
"Saya yang mendengar jeritan anak segera keluar dan membawanya ke Hospital Dungun sebelum dia dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Pelakon Linda Helmi Meninggal Dunia
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR, 21 Jun: Pelakon pada era 90-an, Linda Helmi menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Taiping, Perak kira-kira jam 4.30 petang tadi berikutan komplikasi hati.
Al-Marhumah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu disebabkan penyakitnya itu.
Pelakon itu pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Ribuan Mimpi-Mimpi.
Kerjaya seninya memuncak apabila drama Spektra yang dibintangi olehnya menduduki rating tinggi dan disiarkan beratus-ratus episod di kaca televisyen.
Al-Marhumah pergi meninggalkan tiga orang anak serta seorang cucu.
Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan akan dikebumikan esok, lapor BH Online.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jun 22, 2016 1:40 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Calon PKR PRN Sarawak mati ditembak
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
SHAH ALAM – Calon PKR bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Bill Kayong maut ditembak dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi tadi.
Menurut PKR dalam satu kenyataannya pagi ini, Bill ditembak ketika berada di lampu isyarat Jalan Kuala Baram berhampiran sebuah pasar raya Emart One-Stop pagi ini.
Bill dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi kemas kini status di laman Facebooknya hari ini turut menggesa pihak polis agar dapat menjalankan siasatan dan memberkas penjenayah terlibat ke muka pengadilan.
"Keadilan menggesa agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas dan membawa mereka yang terlibat dalam jenayah ini ke muka pengadilan
"Keadilan juga mengucapkan takziah kepada keluarga Bill dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang cukup besar ini," katanya.
Bill sebelum ini bertanding di kerusi Bekenu pada PRN Sarawak lalu namun kalah kepada calon BN, Rosey Yunus.
Selain itu, Bill juga merupakan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng.
'Jika Dayak mesti mati'... foto ramalan aktivis PKR akan dibunuh?
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Pagi tadi, aktivis dan calon pilihan raya PKR Bill Kayong ditembak mati semasa memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tertera logo partinya itu.
Bapa berusia 43 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian dan penyerang dipercayai menggunakan sepucuk senapang patah. Pihak polis merayu saksi yang menyaksikan kejadian yang berlaku di lampu isyarat Jalan Kuala Baram, Miri berhampiran sebuah pasar raya Emart One-Stop kira-kira jam 9 pagi tadi supaya tampil membantu siasatan.
Memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh berhubung pembunuhan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Dev Kumar menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai motif mangsa ditembak.
Walau bagaimanapun, sejak berita kematiannya tersebar pagi, mesej menyatakan rasa terkejut dan ucapan takziah mula mencurahkan daripada ahli-ahli politik, aktivis dan rakan-rakan. Begitu juga dengan spekulasi kematiannya itu.
Ada yang tertanya-tanya jika pembunuhan itu berkaitan dengan aktiviti aktivis beliau dalam memperjuangkan hak rakyat pribumi Dayak di utara Sarawak, khususnya berkaitan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Satu foto ramalan Kayong juga dimuat-naik di Facebook.
Dalam gambar itu, si mati berdiri bersebelahan sepanduk berbunyi: "Jika Dayak mesti mati, Dayak mati pertahankan tanah NCR."
Gambar itu dimuat naik oleh pengarah badan pemikir PKR, Political Studies for Change, Ooi Heng yang dirakamkan pada 16 Oktober 2015.
Presiden Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) Collin Imran Abdullah memberitahu Bernama bahawa Kayong pernah memaklumkan kepadanya mengenai panggilan telefon yang diterima tahun lalu memintanya supaya tidak campur tangan dalam urusan tanah.
"Dia memberitahu saya, tak tahu sama ada panggilan itu berbentuk ugutan atau sebaliknya sebab dia tidak suka membesarkan perkara remeh," katanya.
Terkejut dengan pembunuhan itu, Collin berkata si mati tidak pernah memusuhi sesiapa.
Bill juga adalah setiausaha PEDAS, sebuah organisasi bagi memartabatkan hak Dayak.
Pembunuhan Bill Kayong Dibimbangi Cetus Keganasan Politik
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Addin Deen
Pembunuhan Bill Kayong Dibimbangi Cetus Keganasan Politik. Pembunuhan calon pilihan raya PKR, Bill Kayong dibimbangi petunjuk keganasan politik bertambah buruk, kata Bersih.
"Kami menggesa polis supaya memburu pembunuhannya dengan seluruh kekuatan.
Mereka yang mengarahkan dan melakukan pembunuhan Bill Kayong perlu dibawa ke pengadilan dan dorongan pembunuhan itu perlu diketahui," kata jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.
Pembunuhan Bill Kayong Dibimbangi Cetus Keganasan Politik. "Kejadian itu merupakan petunjuk terlerainya penguatkuasaan undang-undang dan, mungkin, keganasan politik bertambah buruk."
Bersih berkata pembunuhan Bill Kayong , sekiranya didorong politik, akan menjadikannya calon atau bekas calon pilihan raya yang pertama dibunuh sejak pembunuhan Speaker Negeri Sembilan, Allahyarham Datuk Mohd Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim pada 1982.
Pembunuhan Bill Kayong Dibimbangi Cetus Keganasan Politik
"Dukacita kami mengingatkan polis bahawa pembunuhan K Murugan, pembantu politik kepada calon PKR untuk Parlimen Tapah pada 2013, Vasantha Kumar, masih belum selesai hari ini selepas tiga tahun berlalu."
Murugan hilang pada 1 Mei dan tubuhnya ditemui terikat dengan wayar dalam sebuah kolam di Batu Gajah.
"Sekiranya pembunuhan berkaitan pilihan raya – lazim berlaku di India dan Filipina – menjadi sebahagian daripada budaya politik kita, maka kelamlah proses pilihan raya kita," kata Bersih.
Pembunuhan Bill Kayong Dibimbangi Cetus Keganasan Politik
Bill Kayong mati ditembak pagi tadi berhampiran pasaraya Emart One-Stop di Senadin, Miri.
Pembunuhan Bill Kayong Dibimbangi Cetus Keganasan Politik. Lelaki berusia 43 tahun itu adalah seorang aktivis masyarakat, terutamanya isu hak Tanah Adat, yang diketengahkan secara meluas sepanjang kempennya.
Kejadian Tembak Menembak Di Batu Caves
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
SEORANG lelaki cedera parah selepas ditembak individu tak dikenali dalam satu kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Sunway, Batu Caves menghala ke Sri Gombak.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila seorang lelaki yang berjalan kaki di kawasan tersebut tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah dua buah kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
Kejadian menyebabkan jalan di persimpangan bawah jejantas expressway Batu Caves ditutup buat sementara waktu.
Rakaman video dan gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai berketurunan India, merintih kesakitan di sebelah kereta jenis Proton Satria berwarna kuning akibat ditembak.
Petugas perubatan kemudiannya dirakam mengusung mangsa untuk rawatan lanjut.
Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad dan penyiasatan sedang dijalankan.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut berkaitan insiden ini. – MYNEWSHUB.CC
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jun 22, 2016 1:40 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Jadilah seorang Islam. Ini saja telah cukup untuk mendorong anda berjuang melawan segala bentuk ketidakadilan sosial, suatu perjuangan yang dilakukan dengan terus-terang, penuh semangat, penuh dorongan.
bloglist-malaysia.
wabillahagro.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
Orang-orang yang berpendapat bahwa setiap prinsip manapun yang dikenal umat manusia dalam sejarahnya yang panjang, mungkin untuk berjuang menentang segala macam keaniayaan, sebagaimana perjuangan yang telah dilakukan Islam, atau dapat berdiri di samping orang-orang yang teraniaya semuanya sebagaimana yang telah dilakukan Islam, atau dapat berteriak di depan muka para tiran dan diktator-diktator yang sombong sebagaimana yang telah dilakukan oleh Islam, maka orang yang berpendapat begini amat tersalah, atau amat tergoda, atau amat tidak mengerti akan Islam.
Orang yang berpendapat bahwa mereka itu orang Islam, tetapi mereka tidak berjuang menentang keaniayaan dengan segala bentuknya, tidak mempertahankan orang-orang yang teraniaya dengan sebaik-baiknya dan tidak berteriak di depan muka para tiran dan diktator. Orang yang berpendapat seperti ini amat tersalah sekali, atau mereka itu amat munafik, atau amat tidak mengerti akan Islam.
Inti Islam itu adalah gerakan pembebasan. Mulai dari hati nurani setiap individu dan berakhir di samudera kelompok manusia. Islam tidak pernah menghidupkan sebuah hati, kemudian hati itu dibiarkannya menyerah tunduk kepada suatu kekuasaan di atas permukaan bumi, selain daripada kekuasaan Tuhan Yang Satu dan Maha Perkasa. Islam tidak pernah membangkitkan sebuah hati, lalu dibiarkannya hati itu sabar tidak bergerak dalam menghadapi keaniayaan dalam segala macam bentuknya, baik keaniayaan ini terjadi terhadap dirinya, atau terjadi terhadap sekelompok manusia di bagian dunia manapun, dan di bawah penguasa manapun juga.
Jika anda melihat keaniayaan terjadi, bila anda mendengar orang-orang yang teraniaya menjerit, lalu anda tidak menemui umat Islam ada di sana untuk menentang ketidakadilan itu, menghancurkan orang yang aniaya itu, maka Anda boleh langsung curiga apakah umat Islam itu ada atau tidak. Tidak mungkin hati-hati yang menyandang Islam sebagai aqidahnya, akan rela untuk menerima ketidakadilan sebagai sistemnya, atau rela dengan penjara sebagai hukumnya.
Masalahnya, Islam itu ada atau tidak ada. Kalau Islam itu ada maka ini berarti perjuangan yang tidak akan henti-hentinya, jihad yang tidak ada putus-putusnya, mencari syahid demi untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan persamaan. Kalau Islam tidak ada, maka di waktu itu yang terdengar adalah bisikan do'a-do'a, bunyi tasbih yang dipegang di tangan, jimat-jimat dengan do'a perlindungan, berserah diri dengan harapan langit akan menghujankan rezeki dan kebaikan ke atas bumi, menghujankan kemerdekaan dan keadilan. Langit tidak pernah menghujankan hal-hal seperti ini. Tuhan tidak akan menolong suatu kelompok manusia yang tidak mau menolong diri sendiri, orang yang tidak percaya kepada keluarganya sendiri, dan tidak menjalankan hukum Tuhan tentang jihad dan perjuangan:
"Allah tidak akan mengubah nasib suatu bangsa, sampai bangsa itu mengubah nasibnya sendiri." (QS. Ar-Rad [13] : 11)
Islam adalah aqidah revolusioner yang aktif. Artinya kalau ia menyentuh hati manusia dengan cara yang benar, maka dalam hati itu akan terjadi suatu revolusi: revolusi dalam konsepsi, revolusi dalam perasaan, revolusi dalam cara menjalani kehidupan, dan hubungan individu dan kelompok. Revolusi yang berdasarkan persamaan mutlak antara seluruh umat manusia. Seorang tidak lebih baik dari yang lainnya selain dengan taqwa. Berdasarkan kehormatan manusia, yang tidak meninggalkan seorang makhluk pun di atas dunia, tidak suatu kejadian pun, dan tidak suatu nilai pun. Revolusi itu berdasarkan keadilan mutlak, yang tidak dapat membiarkan ketidakadilan dari siapa pun juga, dan tidak dapat merelakan ketidakadilan terhadap siapa pun juga. Baru saja manusia merasakan kehangatan aqidah ini, ia akan maju ke depan untuk merealisasikannya dalam alam nyata dengan seluruh jiwanya. Ia tidak tahan untuk bersabar, untuk tinggal diam, untuk tenang-tenang saja, sampai ia benar-benar telah menyelesaikan realisasinya di alam nyata. Inilah pengertiannya bahwa Islam itu suatu aqidah revolusioner yang aktif-dinamis.
Orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah adalah orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan sungguh-sungguh, kemudian mereka orang-orang yang berjuang untuk menegakkan kalimat Allah yang tinggi. Kalimat Allah di atas bumi ini tidak akan dapat tertegak, selain jika ketidakadilan dan keaniayaan telah dihilangkan darinya sampai seluruh manusia itu memperoleh persamaan seperti gigi sisir, di mana tidak ada salah seorang pun yang lebih dari orang lain selain karena ketaqwaan.
Orang-orang yang melihat ketidakadilan di sepanjang jalan, dan bertemu dengan kesewenang-wenangan di setiap saat, dan mereka tidak menggerakkan tangan maupun lidah, padahal mereka itu mampu untuk menggerakkan tangan dan lidah. Mereka ini adalah orang-orang yang hatinya tidak digugat oleh Islam. Jika hatinya tergugat oleh Islam tentulah mereka akan berubah menjadi para mujahidin yang berjuang mulai dari saat api yang suci itu menyentuh hati-hati yang rasional dan menyalakannya, dan mendorongnya dengan dorongan yang kuat ke medan perjuangan.
Seandainya jiwa nasionalisme mampu mendorong kita sekarang ini untuk berjuang menentang penjajahan yang dibenci itu, seandainya jiwa kemasyarakatan mampu mendorong kita hari ini untuk berjuang menentang kaum feudal yang tidak berbudi dan kapitalisme yang memeras, seandainya jiwa kebebasan individu mampu untuk mendorong kita sekarang ini untuk berjuang menentang diktator yang melampaui batas dan ketidakadilan yang congkak, maka jiwa Islam mengumpulkan penjajahan, feudalisme dan kediktatoran di bawah sebuah nama, yaitu: ketidakadilan. Jiwa Islam mendorong kita semua untuk memerangi segalanya itu, tanpa pikir-pikir dan tanpa ragu-ragu, tanpa pembicaraan lagi dan tanpa dibeda-bedakan lagi. Itulah salah satu ciri Islam yang besar di bidang perjuangan manusia untuk menegakkan kemerdekaan, keadilan dan kehormatan.
Seorang muslim yang telah merasakan jiwa Islam dengan hatinya, tidak mungkin akan memberikan pertolongan kepada pihak penjajah, atau memberikan bantuan kepada mereka, atau berdamai dengan mereka sehari pun, atau berhenti berjuang melawan mereka, baik secara sembunyi-sembunyi atau secara terang-terangan. Pertama-tama ia akan menjadi pengkhianat bagi agamanya, sebelum menjadi pengkhianat terhadap tanah airnya, terhadap bangsanya dan terhadap kehormatan dirinya. Setiap orang yang tidak merasakan adanya rasa permusuhan dan kebencian terhadap kaum penjajah dan tidak melakukan perjuangan menentang mereka sekuat tenaga, adalah pengkhianat. Lalu bagaimana dengan orang yang mengadakan perjanjian persahabatan dengan mereka? Bagaimana dengan orang yang mengadakan persekutuan abadi dengan mereka? Bagaimana dengan orang yang memberikan bantuan kepada mereka baik di zaman damai maupun di zaman perang? Bagaimana dengan orang yang membantu mereka dengan makanan sedangkan bangsanya sendiri kelaparan? Bagaimana dengan orang yang melindungi dan menutup-nutupi mereka?
Seorang muslim yang merasakan jiwa Islam dengan hatinya tidak mungkin akan membiarkan kaum feudal yang tidak bermoral dan kaum beruang yang menindas itu berada dalam keamanan dan ketenteraman. Ia akan memberitahukan perbuatan mereka yang tidak punya rasa malu. Ia akan menjelaskan kejelekan-kejelekan mereka. Ia akan berteriak di depan muka mereka yang tidak bermalu itu. Ia akan berjuang menentang mereka dengan tangan, dengan lidah dan dengan hati, dengan segala cara yang dapat dilakukannya. Setiap hari yang dilaluinya tanpa perjuangan, setiap saat yang dilaluinya tanpa pergelutan, dan setiap detik yang dilaluinya tanpa karya nyata, dianggapnya sebagai dosa yang menggoncang hati nuraninya, sebagai kesalahan yang membebani perasaannya, sebagai suatu perbuatan kriminil yang hanya dapat dihapuskan dengan perjuangan penuh dorongan, penuh kehangatan, penuh tolakan.
Setiap muslim yang merasakan Islam dengan hatinya tidak akan mungkin membiarkan diktator yang aniaya serta penguasa zalim yang tidak bermalu bergerak di atas permukaan bumi, menjadikan manusia budak beliannya, padahal tiap-tiap manusia dilahirkan oleh ibunya sebagai orang yang merdeka. Tetapi orang Islam itu akan maju ke depan dengan jiwa dan hartanya, untuk memperkenankan seruan Tuhannya yang menciptakannya dan memberi rezeki kepadanya:
"Kenapa kamu tidak berjuang di jalan Allah dan untuk kepentingan orang-orang yang tertindas, yang terdiri dari laki-laki, wanita dan anak-anak kecil, yang berkata, 'Wahai Tuhan Kami! Keluarkanlah kami dari negara yang penduduknya aniaya ini. Berikanlah kepada kami seorang penolong dari sisi-Mu. Berikanlah kepada kami seorang pembantu dan sisi-Mu'." (QS. An-Nisa' [4] : 75)
Jadilah seorang Islam. Ini telah cukup untuk mendorongmu berjuang menentang penjajahan dengan berani, mati-matian, penuh pengorbanan dan kepahlawanan. Kalau Anda tidak dapat melakukannya, cobalah periksa hatimu. Barangkali hati itu telah tertipu tentang hakekat imanmu. Kalau tidak begitu, alangkah sabarnya Anda, karena tidak berjuang menentang penjajahan.
Jadilah seorang Islam. Ini saja telah cukup untuk mendorong anda berjuang melawan segala bentuk ketidakadilan sosial, suatu perjuangan yang dilakukan dengan terus-terang, penuh semangat, penuh dorongan. Kalau Anda tidak melakukan hal ini, cobalah periksa hatimu. Mungkin hati itu telah tertipu tentang hakekat imanmu. Kalau tidak begitu, kenapa Anda menjadi demikian teganya untuk tidak berjuang melawan pencaplokan hak?
Jadilah seorang Islam. Ini saja telah cukup untuk mendorong maju ke depan, berjuang melawan ketidakadilan, dengan tekad yang teguh tanpa memperdulikan kekuatan-kekuatan lawan yang hanya berupa kekuatan lalat, tetapi oleh orang-orang lemah dikira merupakan halangan besar. Kalau Anda tidak melakukan hal ini, cobalah periksa hatimu, mungkin ia telah tertipu tentang hakekat imanmu. Kalau tidak begitu, kenapa Anda menjadi demikian sabarnya dan teganya untuk tidak berjuang menentang ketidakadilan?
Semua prinsip yang terdapat di atas dunia ini, semua jalan pemikiran yang terdapat di atas dunia ini, akan mengambil jalan yang berada-beda, masing-masingnya mencari bidangnya sendiri-sendiri, untuk merealisasikan keadilan, kebenaran dan kemerdekaan. Tetapi Islam berjuang di segala bidang itu. Ia mencakup seluruh gerakan pembebasan. Ia menggerakkan seluruh pejuang.
Kalau orang-orang yang mempunyai prinsip dan jalan pemikiran mendasarkan kekuatannya kepada kekuatan dunia yang cepat hilang, Islam mendasarkan kekuatannya kepada kekuatan azali dan abadi. Orang orang Islam melakukan perjuangan dengan hati yang penuh rindu untuk mencapai syahid di bumi, agar ia beroleh kehidupan di langit:
"Sesungguhnya Allah telah membeli jiwa dan harta orang-orang yang beriman, dengan janji bahwa mereka itu akan mendapat surga. Mereka berjuang di jalan Allah. Mereka membunuh dan terbunuh. Ini adalah suatu janji yang benar yang terdapat dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih memenuhi janji dari Allah?" (QS. At-Taubah [9] : 111)
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jun 22, 2016 1:41 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Ferrari Langgar 'Punggung
siakapkeli.my
Kuala Lumpur, 20 Jun: Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian sebuah kereta Ferrari bewarna pink melanggar sebuah kereta Proton Preve yang berlaku kira-kira 6 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, Ferrari yang dipandu lelaki tersebut dipercayai hilang kawalan berhampiran jejambat Jalan Tun Razak menghala ke Ampang di sini.
Kenderaan mewah berkenaan dikatakan melanggar bahagian belakang kereta Proton Preve terbabit.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
Susulan itu kedua-dua kenderaan ditunda ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
"Kemalangan itu mengakibatkan kereta Proton Preve mengalami kerosakan di bahagian belakang manakala kereta Ferrari itu remuk di bahagian hadapan. Kedua-dua pemandu berkenaan tidak cedera.
"Pemandu kereta mewah itu bagaimanapun tampil di balai polis sebelum diarah menjalani ujian alkohol petang semalam," katanya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jun 22, 2016 1:41 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Warkah Buat Isteriku Tercinta, 'Selamat Tinggal Dear'
siakapkeli.my
Kehilangan orang tersayang memang sungguh memeritkan, apatah lagi orang yang kita sayang itu pergi meninggalkan kita untuk selamanya.
Namun, setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya, kita sebagai hamba yang lemah haruslah menerima segalanya itu dengan redha, anggap apa yang terjadi sebagai satu ujian daripadaNya.
Seorang suami bernama Aman Shah telah memuatnaik satu nukilan menyatakan kerinduan kepada isterinya yang telah pergi selamanya bertemu sang Pencipta.
Namun kami tidak dapat pastikan isteri Encik Aman menghidapi sakit apa. Jom kita baca nukilan hati beliau.
"Warkah buat isteri...."
Selamat Tinggal Dear...
Assalamualaikum U guys....
Hanya U guys n me sahaja kini.....
My Dear sudah meninggalkan I dan kita semua buat selama lamanya pada 2 April lalu, jam 9.55am ketika I disisinya...
Meninggalkan kita dan menuju pada tempat yang lebih baik, yang lebih selesa dan kini bersama sama di dalam kelompok orang orang yang mendapat keampunan Allah, Rahmat Allah dan kasih sayang dari Allah.....INSYALLAH
Sehari sebelum itu, I banyak menghabiskan masa bersama Gee, berbeza dari hari-hari sebelumnya..
Sehingga pada solat Magrib, hati I berkata dengan jelas.."
Memang I pergi menguruskan kata hati tu tadi tanpa tertanya tanya..Balik sahaja ke rumah lepas tu I terus menghabiskan masa semula dengan Gee..Bila I usap dahinya I dapat rasakan Dahi Gee lembab, bukan berpeluh..Hati ni berdebar sebentar..Tanda2nya pemergian Gee jelas. I membisikkan kalimah shahadah berulang2 kat telinga Gee sehingga Gee tertido dengan tenanggggg sekali...
Keesokkan pagi bila I nak siapkan susu Gee pada waktu tertera di atas..Di depan mata I, Gee menarik nafas perlahan dan sungguh sungguh tenang 2 kali..kemudian segala galanya terhenti....
Terus memeluk lembut n erat Gee, I ucapkan kalimah kalimah yg sepatutmya, di iringi airmata yang tidak dapat di tahan tahan lagi...Selesai I peluk Gee.....Wajah dan badannya bagaikan "glowing"
Segala urusan jenazah sangat mudah dan terasa cepat sekali, jam 3 petang solat jenazah di Masjid Rasah dan kemudian ke Makan Tuan Hj Said, Seremban. Hanya I yang menemani jenazah di dalam van ketika tu..
Tiada apa yg dapat I katakan waktu itu...hanya sepi..Sampai sahaja di kawasan Makam, tiba2 bau wangi mula terasa dlm van tu..bila semakin hampir "Rumah" Gee, bau wangi semakin kuat..Terus I berkata pada arwah.."
"Rupa rupanya u Dear tak sabar sabar nak ke rumah u yea.."
Tersenyum I keseorangan apabila terasa di hati betapa bertuahnya U Dear di sisi Allah..Bila tiba di ruang lahat u, semua org nampak betapa kemas dan kelihatan sangat bersihnya...
" Dear..awak tunggu saya yea, pasti I akan jumpa awak nanti..InsyAllah.
BERTUAH u Dear...INSYALLAH.
Perginya u Dear, meninggalkan perasaan rindu yangg ikhlas di hati suami u ini...Selamat Tinggal Sayang...
Subhanallah.
Semoga roh isteri Encik Aman ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan sentiasa dirahmatiNya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jun 22, 2016 1:42 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Anak Selalu Tanya, "Bila Abah Balik Ibu, Buat Apa Dalam Hutan, Abah Tak Sayang Kami Ke Ibu" - Luahan Perwira
siakapkeli.my
Seperti kita sedia maklum, tugas sebagai seorang tentera merupakan sesuatu yang amat mencabar sama seperti pihak keselamatan yang lain di mana nyawa dipertaruhkan.
Ada antara mereka dihantar ke negara bergolak diluar sana menjaga keamanan sepeti Bosnia, Afghanistan, Somalia dan pelbagai negara bergolak lain.
Selain luar negara ada mereka dihantar ke perbatasan seperti di Sempadan Malaysia - Filipina, Sempadan Malaysia - Thailand dan banyak lagi tempat bagi menjaga keselamatan negara dari dibolosi.
Jasa dan pengorbanan mereka amatlah besar kepada negara Malaysia, sempena menghargai pengorbana mereka ini, sebuah page telah diwujudkan bernama Warkah Cinta Tentera di mana ramai isteri, anak dan tentera itu sendiri meluahkan perasaan.
Di bulan Ramadhan dan tidak lama lagi bakal meyambut lebaran, dilihat ramai isteri rindukan suaminya, anak merindui bapanya dan keluarga merindui ahli keluarga mereka yang sedang bertugas diperbatasan.
Jom kita baca luahan dan pengalaman mereka bila berjauhan dengan orang tersayang selain berkongsi suka duka.
Link VIDEO
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment