9 Messages
Digest #4538
Messages
Sun Jun 26, 2016 4:04 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
IS Bagi Amaran, Bukit Yang Aman Tidak Akan Aman Lagi
siakapkeli.my
Hari ini tersebar di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai militan IS Asia Tenggara di mana mereka tampil memberi amaran kepada pihak keselamatan negara.
Video yang berdurasi 2 minit 42 saat berkenaan dilihat menyeru umat Islam supaya bangun memerangi kerajaan-kerajaan 'Thoqut 'setiap negara.
"Kepada mereka yang berada di bukit-bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak lagi akan aman sebentar lagi.
"Kami akan pulang untuk menyerang kalian ataupun sahabat-sahabat kami yang berada di sana, insya-Allah akan memenggal leher-leher kalian." demikian sedikit petikan dari video tersebut yang ditujukan kepada pihak Polis Di Raja Malaysia.
Pada Selasa lalu, rangkaian pengganas Negara Islam (IS) ini telah mengeluarkan sebuah video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia yang sedang berperang di Syria.
Video itu itu juga memaparkannya bersama-sama dengan dua askar IS yang memenggal kepala tiga tawanan mereka.
Memetik laporan New Straits Times, Ketua Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu lelaki itu telah dikenal pasti sebagai Mohd Rafi Udin dari Negeri Sembilan.
Dalam video itu, Rafi menggesa penyokong IS untuk menggunakan apa cara sekalipun untuk membunuh orang-orang kafir.
"Bunuhlah mereka di mana sahaja kalian ketemu mereka... Kalian punyai kenderaan langgarlah mereka...
"Kalian punyai senjata atau pisau kecil, tikamlah dada-dada mereka," katanya Rafi dalam video berkenaan. - Siakapkeli.my
Baki Wang Tebusan RM3.2 Juta Di Kongsi Pegawai Malaysia..Perbuatan Memalukan Negara
Posted by Jeebond BLM
Filipina menuduh pegawai-pegawai Malaysia telah berkongsi baki wang tebusan berjumlah RM3.2 juta. Jika ini benar maka perbuatan ini amat memalukan negara dan siasatan yang telus perlu dilakukan. Tuduhan Filipina ini ada asasnya, tidak mungkin wang RM3.2 juta hilang di makan HANTU POLONG.
Zahid Hamidi menteri bertanggungjawab perlu menyiasat perkara ini dan membawa pegawai-pegawai yang memalukan negara ini di bawa ke muka pengadilan.
Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya tampil menyiasat laporan dari Manila bahawa sebahagian daripada dana yang dikutip oleh ahli keluarga yang menjadi tebusan Abu Sayyaf tidak disampaikan kepada kumpulan militan itu.
Ini susulan akhbar Manila Times yang memetik sumber tidak dinamakan sebagai berkata bahawa hanya RM8.8 juta sampai ke Abu Sayyaf, walaupun keluarga berkenaan mengutip RM12 juta untuk membebaskan empat rakyat Sarawak itu.
Kerajaan Malaysia, bagaimanapun berkata, wang RM12 juta itu disalurkan kepada badan Islam tertentu yang sah di Filipina dan bukannya sebagai wang tebusan.
"Adakah dakwaan ini (Manila Times) benar? DAP mahu siasatan menyeluruh berhubung ke mana baki RM3.2 juta itu berada.
"Setiap rakyat Malaysia, terutamanya keluarga tebusan, ingin tahu jawapannya," kata Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe dalam satu kenyataan.
"Jika dakwaan ini adalah benar, tindakan perlu diambil ke atas pegawai yang didakwa mengambil wang itu. Tindakan ini mesti dikutuk sekeras-kerasnya,
Menurut Manila Times, sumber mendakwa wang RM3.2 juta itu dikongsi bersama oleh anggota dan pegawai Malaysia dan Filipina yang terlibat dalam kes tersebut.
Minggu lalu, keluarga tebusan berkata mereka berjaya mengumpulkan RM12 juta melalui jualan aset dan sumbangan orang ramai bagi membebaskan empat kelasi yang dikurung selama 67 hari itu.
Mereka mendakwa wang diserahkan kepada pegawai Cawangan Khas bagi tujuan membebaskan tebusan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun menafikannya, manakala Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak ada wang tebusan yang dibayar.
Khalid juga berkata tidak akan ada inkuiri bagi menyiasat wang RM12 juta itu kerana pihaknya menyedari ke mana ia disalurkan.
Jumaat lalu, beliau berkata wang tebusan itu dipercayai diserahkan oleh keluarga mangsa sendiri kepada pihak ketiga dan keluarga mangsa banyak berurusan dengan ejen-ejen atau pihak ketiga dari Filipina yang dikatakan boleh membebaskan mangsa.
Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 31, dan anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing, 32.
Dipetik Dari Sini
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Wednesday, June 22, 2016 10:47 PM
Subject: Fw: Kami Beri RM12 Juta Kepada Polis, Ulang Keluarga
Kami Beri RM12 Juta Kepada Polis, Ulang Keluarga Mangsa Culik
bloglist-malaysia.
darisungaiderhaka.
Posted by Anak Sungai Derhaka
Keluarga empat bekas tebusan Abu Sayyaf menegaskan bahawa mereka memberikan RM12 juta kepada pihak polis untuk tujuan bayaran tebusan.
Penegasan tersebut muncul selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan polis telah menerima wang tebusan berkenaan.
"Saya masih kekalkan apa yang saya telah katakan sebelum ini yang RM12 juta telah dihantar ke Sandakan melalui bank.
"Jika orang ramai ada sebarang keraguan, mereka boleh tanya Hong Leong Bank," kata Lau Cheng Kiong yang merupakan jurucakap keluarga tersebut, memetik laporan oleh The Borneo Post.
Lau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu setelah keluarga mahu melupakan hal tersebut dan meneruskan kehidupan mereka.
Lau merupakan bapa saudara kepada bekas tebusan bernama Johnny Lau. Mangsa yang lain ialah Wong Teck Kang, Wong Teck Chii dan Wong Hung Shin lapor Malaysiakini
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Monday, June 20, 2016 11:00 PM
Subject: Fw: Mengapa RM12Juta Itu Tidak DIpulangkan?
Bekas Pengarang NST Turut Persoal Mengapa RM12Juta Itu Tidak DIpulang Kepada Keluarga Mangsa Culik?
bloglist-malaysia.
darisungaiderhaka.
Posted by Anak Sungai Derhaka
Empat warga Sarawak yang menjadi tebusan pengganas Abu Sayyaf dibebaskan sebelum atau selepas wang disalurkan kepada pertubuhan kebajikan di Filipina?
Itu soalan yang diajukan bekas pengarang kumpulan New Straits Times Mustapha Kamil yang mempertikaikan logik kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Jika sebelum, mengapa kita perlu bayar sedangkan sebahagian wang itu milik ahli keluarga tebusan yang telah menjual aset-aset mereka untuk mendapatkan wang?
"Kita boleh pulangkan wang itu kepada mereka.
"Jika selepas, mengapa badan-badan bukan kerajaan itu dilibatkan dalam hal ini? Bagaimana kita tahu kepada NGO mana wang itu perlu disalurkan?
"Bolehkah kita enggan bayar? Pada saya, bunyinya seperti wang tebusan," tulisnya dalam catatan di Facebook.
Catatan itu menyusuli kenyataan Zahid bahawa RM12 juta yang dikumpulkan oleh keluarga empat tebusan disalurkan ke sebuah badan kebajikan di Filipina kerana kerajaan tidak akui sebarang tuntutan wang tebusan.
Pengarah Eksekutif Pusat Membasmi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel melahirkan rasa bimbang akan perkembangan ini kerana ia seolah dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat Malaysia.
"C4 rasa bimbang kerana tiada ketelusan dalam hal RM12 juta yang dikaitkan dengan pembebasan empat warga Sarawak yang dijadikan tebusan.
"Oleh kerana ancaman pengganas dan penculikan semakin menjadi-jadi, kerahsiaan yang menyelubungi RM12 juta itu amat membimbangkan."
Cynthia menggesa Zahid, yang juga menteri dalam negeri, untuk mendedahkan butiran pembayaran itu supaya rakyat Malaysia tahu kejadian seperti ini tidak akan berulang.
Netizen turut membangkitkan persoalan dan mempertikaikan kenyataan Zahid.
"Mengapa badan kebajikan itu perlu dirahsiakan sehingga butiran tidak boleh didedahkan?" soal Chandran Thangavelu di Facebook.
Seorang lagi pengguna Facebook AunMin Chee berkata: "Seolah-olah keizinan untuk ambil lebih banyak tebusan."
Malah ada yang berang dengan kenyataan itu krana tidak boleh terima wang yang dikumpulkan oleh keluarga disalurkan kepada badan kebajikan yang tidak boleh didedahkan.
"Saya tak tahu nak kata apa. Mengapa tebusan diberikan kepada badan kebajikan di Filipina. Kau sepatutnya pulangkan wang itu kepada penderma. Wang itu hasil keringat mereka," tulis Novie Liauw di Facebook.
Seorang lagi pengguna Facebook, Trinilation Shu berkata: "Orang jual aset untuk dapatkan sejumlah wang yang besar. Kemudian, mereka diberitahu wang telah diberi kepada orang-orang yang tidak boleh didedahkan."
Empat warga Sarawak yang diculik – Wong Teng Kang, 31; Wong Teck Chii, 29; Johnny Lau Jung Hien, 21; dan Wong Hung Sing, 34 – diculik pada 1 April dan dibebaskan Selasa lepas selepas beberapa rundingan diadakan antara kumpulan pengganas dan pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.
Bapa saudara kepada salah seorang tebusan memberitahu media bahawa mereka telah membayar RM12 juta kepada pegawai-pegawai Cawangan Khas di Sandakan untuk digunakan seabgai wang tebusan untuk pembebasan empat mangsa culik itu lapor FMT
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 26, 2016 4:05 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
2 Maut Kemalangan Babitkan 14 Kenderaan, Sebabkan Kesesakan 5 KM
siakapkeli.my
Kuala Lumpur, 23 Jun: Dua disahkan maut manakala lima lagi cedera dalam satu kemalangan yang membabitkan 14 buah kenderaan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Tanjung Malim, 9.37 pagi tadi.
Harian Metro melaporkan, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelmat Selangor berkata kemalangan itu membabitkan 11 kereta dan tiga lori.
Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi pada 10.23 pagi untuk melakukan kerja menyelamat.
"Setakat ini dua disahkan maut manakala lima lagi cedera.
"Pihak kami kini sedang giat membantu menyelamatkan mangsa lain," katanya.
Sementara itu, tweet dari plusline menyatakan, kemalangan menyebabkan kesesakan sehingga 5 KM. Oleh itu orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 26, 2016 4:05 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Perompak Letup Mesin ATM
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
Lima penjenayah bertopeng yang dipercayai bersenjatakan senjata tajam meletupkan dua mesin juruwang automatik (ATM) bank sebelum melarikan dua peti besi mengandungi sejumlah wang tunai di Putatan Plaza, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 4.20 pagi, lima penjenayah terbabit dikatakan membawa keluar dua peti besi berkenaan sebelum meloloskan diri dari lokasi itu menggunakan kenderaan dipercayai Perodua Viva.
Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Salehhudin Abd Rahman yang ditemui di tempat kejadian berkata, polis tidak menolak kemungkinan kumpulan suspek itu adalah kumpulan yang sama melakukan rompakan mesin ATM di daerah Membakut pada 11 April lalu.
"Berdasarkan maklumat awal, kejadian ini berlaku pada 4.20 pagi, membabitkan dua mesin ATM yang diletupkan oleh lima penjenayah bertopeng dan mereka juga sempat melarikan sejumlah wang.
"Kumpulan suspek ini turut difahamkan menggunakan senjata tajam dengan seorang suspek mengacukan pisau kepada pengawal keselamatan untuk menakutkan mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," katanya.
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/perompak-letup-mesin-atm-video.html#ixzz4CUdfmdZE
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
Pemandu Teksi Wanita Ditikam
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
Serdang: Leher dirodok dengan gunting tajam hingga cedera parah. Itu nasib malang dialami seorang pemandu teksi wanita apabila diserang penumpang secara mendadak.
Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa dikatakan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang mahu menggunakan perkhidmatan teksinya dari Bandar Puteri di sini, menuju ke Sri Petaling.
Sumber berkata, mangsa berusia 51 tahun menjemput suspek di sebuah hotel di Bandar Puteri dan meminta mangsa singgah ke Laman Puteri bagi menjemput seorang lagi rakan sebelum menuju ke Sri Petaling.
"Sebaik tiba di Laman Puteri, seorang suspek mengarahkan mangsa menghentikan teksi model Proton Exora dipandu.
"Suspek menikam leher mangsa menggunakan gunting sebelum mengugutnya menyerahkan wang dan kunci teksi," katanya.
Bimbang dengan keselamatan nyawa, mangsa menyerahkan kunci kenderaan kepada suspek.
"Sebaik mendapat kunci kenderaan, suspek menolak mangsa keluar dari teksi dan melarikan diri," katanya.
Mangsa yang dibantu orang ramai membuat laporan polis di Balai Polis Puchong.
"Selain teksi, barangan berharga mangsa termasuk beg sandang, telefon bimbit dan wang tunai turut dilarikan suspek," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Mohd Megat Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.
-HM
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/pemandu-teksi-wanita-ditikam.html#ixzz4CPCnWEBc
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
Kereta Uber Diserang 50 Pemandu Teksi di KL Sentral
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
Kuala Lumpur, 22 Jun: Seorang pelancong wanita cedera selepas lebih 50 pemandu teksi menyerang kereta Uber yang dinaiki olehnya dalam kejadian di KL Sentral kelmarin.
Laporan dari China Press menyebut, dalam kejadian yang berlaku pagi Isnin itu, pasangan kekasih dari Iran itu baru sahaja tiba di Malaysia dan menggunakan perkhidmatan Uber.
Difahamkan, lebih 50 pemandu yang 'bersembunyi' di KL Sentral bertindak menyerang pasangan terbabit sebaik mereka memasuki kereta Uber tersebut.
Pasangan dan pemandu Uber itu ditarik keluar dari kereta sebelum kumpulan suspek itu dikatakan menggunakan batu untuk memecahkan tingkap kereta.
Laporan menyebut, pelancong wanita itu cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat manakala pemandu Uber itu pula membuat laporan di balai polis.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Nazri Hussain yang dipetik akhbar berbahasa Cina itu sebagai berkata, kes itu yang dikategorikan sebagai jenayah telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah untuk disiasat. -Siakapkeli.my
Sumber : FMT
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/kereta-uber-diserang-50-pemandu-teksi.html#ixzz4CPE8hGuZ
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
7 Pucuk Senjata Api Milik Pekebun Dirampas Bagi Bantu Siasatan Tembak Anjing Liar
siakapkeli.my
MUAR: Berikutkan kes tembakan anjing liar yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini, pihak polis telah merampas tujuh laras senjata api milik pekebun untuk dianalisis bagi membantu siasatan di Taman Junid Perdana, di sini, Jumaat lepas, lapor Bernama.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata, hasil maklumat awal dan siasatan pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut selepas menjadi viral di laman sosial sehingga mendapat kecaman daripada orang ramai.
"Berdasarkan siasatan, kita dapati anjing liar tersebut ditembak menggunakan senapang apabila polis menemui beberapa kelongsong peluru berhampiran bangkai haiwan tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pihak polis kini sedang giat mencari saksi untuk membantu menyiasat kes ini dan polis juga telah merampas senapang tersebut untuk menjalani pemeriksaan balistik.
Menurut beliaum sehingga kini, seramai tujuh orang pekerbun telah disiasat di mana kesemua mereka mempunyai senjata api bagi tujuan menjaga kebun manakala pihaknya akan menyoal siasat tujuh lagi pekebun yang memiliki lesen senjata api di daerah ini.
"Untuk permulaan, kita akan melakukan analisis terhadap tujuh laras senjata ini dulu. Yang lain, kita akan analisis kemudian secara berperingkat,
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana membunuh binatang yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 yang boleh didenda tidak melebihi RM2,000, jika sabit kesalahan. - Siakapkeli.my
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Monday, June 20, 2016 11:00 PM
Subject: Fw: Mahu Tegakkan Keadilan & Anjing 'Misteri
Mahu Tegakkan Keadilan, Lelaki ini Tawar Upah RM5,000 Kepada Pemberi Maklumat Penembak Ibu Anjing
siakapkeli.my
Johor , 19 Jun - Kerana mahu menegakkan keadilan setelah apa yang berlaku kepada seekor ibu anjing yang masih menyusu anak, seorang aktivis sanggup menawarkan upah berjumlah RM5,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu yang menembak anjing tersebut.
Menurut Shahrul Nizam Ab Rahim, dia mengesyaki kezaliman itu berlakudi Taman Junid Perdana, Muar, Johor.
"Satu kezaliman haiwan disyaki telah berlaku di Taman Junid Perdana, Muar, Johor. Ibu Anjing yang sedang menyusu anak-anak, ditembak mati tanpa sebab.
"Saya tawarkan RM 5000 untuk maklumat pemilik senjatapi. Call - 012 7413497. Wang akan dibayar, seandai Manusia Iblis - Kita berjaya heret dia ke Mahkamah
"Satu laporan Polis akan dibuat malam ni. Animal Lover yang ada maruah, kamu juga harus tampil buat police report. Pelaku sudah melampau menyalahguna senjatapi. Iblis tak boleh dilepaskan. Kita ada tanggungjawab memasukkan Iblis ke dalam botol
"We must fight them hard!
Selain itu, Shahrul juga telah membuat laporan polis mengenai kejadian.
Sharul Nizam Ab Rahim
Satu kezaliman haiwan disyaki telah berlaku di Taman Junid Perdana, Muar, Johor. Ibu Anjing yang sedang menyusu anak-anak, ditembak mati tanpa sebab
Saya tawarkan RM 5000 untuk maklumat pemilik senjatapi. Call - 012 7413497. Wang akan dibayar, seandai Manusia Iblis - Kita berjaya heret dia ke Mahkamah
Satu laporan Polis akan dibuat malam ni. Animal Lover yang ada maruah, kamu juga harus tampil buat police report. Pelaku sudah melampau menyalahguna senjatapi. Iblis tak boleh...
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 26, 2016 4:06 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Ibu Bapa Dinasihat Dapatkan Imunisasi Vaksin Lima Serangkai Untuk Anak Bagi Elak Dijangkiti Difteria
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan menasihatkan orang ramai supaya memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap untuk melindungi mereka dari pelbagai penyakit termasuk jangkitan difteria, lapor Bernama.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin lima serangkai DTaP-IPV//Hib itu terkandung sekali vaksin untuk menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B di mana ia diberikan pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan.
"Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini."
"Kanak-
"Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan," katanya.
Dr Noor Hisham dalam pada itu menjelaskan yang difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.
Bakteria itu menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.
"Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.
Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus," katanya.
Semalam, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang berasal dari Ujong Pasir, Melaka meninggal dunia di Hospital Melaka selepas dijangkiti manakala seorang kanak-kanak dari Kuala Muda Sungai Petani turut disahkan meninggal dunia semalam dan menjadi mangsa terbaharu bakteria difteria.
Kanak-kanak terbabit bersama enam adik-beradiknya yang berusia 11, 10, 8, 4, 3 tahun dan bayi berusia 10 bulan dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada 21 Jun lalu selepas disyaki dijangkiti bakteria berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata, lebih 40 orang yang mengenali mangsa di Melaka, sudah diperiksa bagi mengesan penyakit berbahaya itu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan, dua beradik murid berkenaan disahkan positif difteria manakala yang lain negatif.
"Adik beradik itu dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut dan mereka berada dalam keadaan baik, tiada komplikasi akibat penyakit itu," katanya. - Siakapkeli.my
Penyakit Difteria Boleh Mengancam Nyawa (Apa Itu Difteria?)
bloglist-malaysia.
depalma-sp.blogspot
Penyakit Difteria Boleh Mengancam Nyawa (Apa Itu Difteria?) - Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penyakit Difteria yang mengakibatkan kematian pesakit di Kedah dan Melaka. Kita seharusnya mengetahui apakah tanda atau gejala, penyebab, komplikasi dan cara ia berjangkit.
Definisi Difteria
Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Wabak difteria berlaku di Rusia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador pada tahun 90-an. Ia jarang berlaku di negara perindustrian kerana pemberian vaksin DPT telah dilaksanakan.
Penyakit difteria meningkat semasa musim sejuk di kawasan yang beriklim sederhana dan melibatkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun yang belum mendapat imunisasi.
Penyakit ini dikesan di kalangan orang dewasa di kawasan yang tidak mendapat imunisasi.
Agen penyebab: Corynebacterium diphtheriae. Bakteria yang dijangkiti oleh virus corynebacteriophage
Menjangkiti tekak (tonsil, farinks, larinks, hidung) dan kadangkala selaput mukus lain, kulit , konjunktiva dan kemaluan.
Cara jangkitan: Jangkitan difteria tersebar dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair dan sentuhan fizikal.
Tempoh pengeraman: 2 hingga 5 hari atau lebih lama.
Jangkitan adalah teruk dan boleh mengancam nyawa. Komplikasi adalah sepanjang hayat bagi individu yang tidak mendapat imunisasi secukupnya. Risiko meningkat di kawasan yang sesak dan mempunyai tahap sosioekonomi yang rendah.
Tanda dan Gejala
Pembebasan sitotoksin menyebabkan keradangan dan terbentuknya selaput lembut berwarna kelabu di sekitar tekak.
Sukar menelan kerana tekak berasa sakit di kawasan antara rongga mulut dan farinks dan bengkak pada kelenjar leher.
Bagi kes yang teruk, leher menjadi bengkak dan edema.
Komplikasi
Kelumpuhan saraf kranial, motor periferi dan deria serta miokarditis.
Rawatan
Rawatan khusus:
a.. Antitoksin diberikan serta-merta selepas spesimen bakteria diambil tanpa menunggu keputusan.
b.. Antibiotik tidak boleh mengantikan antitoksin.
c.. Eritromisin dan Penisilin diberi selepas kultur diperolehi.
Pencegahan
Semua individu yang melakukan perjalanan ke luar negara perlu mendapatkan vaksin.
Jenis vaksin: Toksoid Difteria.
Bilangan dos: Sekurang-kurangnya 3, disuntik ke dalam otot.
Jadual vaksin: Ketika berumur 2, 3 dan 5 bulan berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia.
Dos tambahan: Ketika berumur 18 bulan dan 7 tahun.
Kontraindikasi: Kesan buruk terhadap dos sebelumnya.
Kesan buruk: Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.
Sebelum berlepas: Dapatkan vaksin seawal mungkin. Terdapat sedikit perlindungan selepas dos vaksin yang kedua.
Rujukan / sokongan:
a.. International Travel & Health, WHO 2006
b.. Control of Communicable Diseases Manual, 18th Edition by David L.Heymann, MD, Editor, 2004
c.. Program Imunisasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
d.. www.dph.gov.
SUMBER
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 26, 2016 4:06 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Inilah 4 Bahaya Tidur Setelah Makan Sahur
beritafresh.
Sahur memerlukan kita bangun tidur lebih pagi dari umumnya. Hal semacam ini yang membuat anda segera tidur sesudah sahur. Sesungguhnya ada beberapa kesan negatif yang di terima oleh badan bila selepas sahur segera tidur. Tersebut sebahagian permasalahan yang diakibatkan.
1. Perut buncit serta berat badan naikSesudah makan serta kenyang, badan memerlukan masa untuk memproses semua. Namun bila kita akan tidur demikian selepas sahur, lemak boleh tertimbus dalam perut serta tidak akan boleh diolah dengan baik. Mengakibatkan, perut jadi buncit serta kemungkinan besar berat badan juga bakal naik.
2. Refluks asid perutHati-hati, makanan yang baru masuk ke perut boleh berbalik, semula di lambung lalu jadi ke kerongkong. Ini namanya refluks. Bila ini berlaku, kerongkong bakal merasa panas seperti terbakar. Tidak cuma itu, mulut juga jadi merasa pahit. Tentunya tidak selesa sekali kan bila habis makan sahur, kita akan alami perkara semacam ini.
3. Rasa panas di ruang dadaMasa kita tidur, sistem penghadaman bekerja lebih keras untuk mengolah makanan. Bila habis makan sahur segera tidur, kita akan terdedah terkena sakit maag akibatnya kerana meningkatnya kandungan asam lambung. Naiknya zat asam berikut yang boleh menyebabkan sensasi panas di ruang dada.
4. berisiko dilucutkan jawatanPenyelidikan yang mengatakan kalau seorang yang berhenti seketika pada tidur dan makannya lebih lama, risikonya diserang masalah stroke rendah. Dengan kata lain, bila kita akan tidur sesudah makan (tidak berikan masa rehat yang cukup), jadi risiko dilucutkan jawatan bakal bertambah.
Bahaya Tidur Setelah Sahur
Tetapi, tidak butuh kuatir terdapat banyak jalan keluar meminimakan kesan negatif yang diakibatkan, Bila memanglah rasa kantuknya tidak tertanggung sesudah makan sahur, usahakan untuk tidur sesudah dua jam selesai makan sahur. Berikan jeda masa yang cukup untuk berikan peluang badan mengolah makanan yang baru dimakan sebelum tidur.
Boleh dengan juga mengakhirkan makan sahur. Malam terlebih dulu tidur lebih awal, lantas waktu bangun untuk sahur, badan telah bugar. Hingga masa usai makan sahur, tidak terasa mengantuk lagi lantaran keperluan badan untuk berehat telah mencukupi terlebih dulu.
Kerjakan kesibukan dahulu sebelum tidur lagi. Boleh dengan menunaikan solat Subuh dahulu, lantas berzikir, serta membaca Al Quran. Berikan masa badan untuk memproses makanan yang baru kita mengambil masa sahur. Baru kemudian dapat tidur lagi.
Panduan Cara Salat Terawih Sendiri di Rumah
bloglist-malaysia.
beritafresh.
Cara Salat Terawih Sendiri - Saat kerjakan salat tarawih 11 rakaat, apa yang perlu dilakukan? Bagaimana tata langkahnya? Apakah kita memakai pola 4 rakaat sekali salam? Atau mungkin dua rakaat sekali salam? Mengenai hal semacam ini, semua benar karana merujuk pada dua kisah tidak sama. Mereka yang melakukan salat empat rakaat sekali salam merujuk pada pernyataan Ibunda Aisyah, "Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melakukan solat 4 rakaat, jadi jangan sampai tanyakan mengenai bagus dan panjang raka'atnya. Lalu beliau melakukan solat 4 rakaat lagi, jadi jangan sampai tanyakan mengenai bagus dan panjang raka'atnya. "(H. R. Bukhari).
Cara Salat Terawih Sendiri
Mengenai yang berkeyakinan salat dua rakaat sekali salam, merujuk pada sabda Rasulullah, "Shalat malam iaitu dua rakaat dua rakaat. "(H. R. Bukhari). Dengan hal tersebut, ke-2 jenis langkah pelaksanaan solat tarawih ini insya Allah semua sah.
Cara salat Terawih sendiri sama seperti ketika salat berjamaah. Seorang boleh pilih solat tarawih dengan 4 rakaat + 4 rakaat + 3 rakaat solat witir. Mungkin saja juga, yang lebih paling utama, kerjakan salat dengan 2 rakaat + 2 rakaat + 2 rakaat + 2 rakaat + 3 rakaat solat witir.
Berkaitan dengan surah yang di baca sepanjang salat tarawih, tak ada ketetapan mesti membaca surat tertentu. Tetapi alangkah sempurnanya bila dalam salat tarawih sepanjang bln. Ramadhan, kita boleh mengkhatamkan bacaan Al-Quran.
Bacaan Niat Salat Terawih
Lantas bagaimana dengan kemahuan salat tarawih? Kemahuan sebaiknya di lafalkan dalam hati karana berkaitan dengan ketulusan kita melaksanakan ibadah pada Allah. Akan tetapi, untuk yang terasa lebih afdal membaca kemahuan dengan bahasa Arab, dapat melafazkan, "Ushalli sunnatat taraawiihi rak'ataini (ma'muman / imaaman) lillahi ta'aalaa" yang bermaksud "Aku kemahuan solat Tarawih dua rakaat (jadi makmum / imam ) karana Allah Ta'ala. "
Bacaan Doa Salat Witir
Kerapkali kita merasakan jamaah salat tarawih membaca doa tertentu tiap-tiap usai salam. Berkaitan hal semacam ini tak ada kisah yang membetulkan ada doa itu. Yang di ajarkan oleh Rasulullah hanya doa sesudah solat witir.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 26, 2016 4:06 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Penggunaan Telefon Bimbit Antara Punca Utama Kemalangan Jalan Raya
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
Penggunaan telefon bimbit ketika memandu kenderaan dan menunggang motosikal dikenal pasti sebagai antara punca utama kemalangan jalan raya di negara ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian akan meminta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk menjalankan kajian bagi membuktikan ia satu perkara serius yang perlu diberi perhatian oleh pengguna jalan raya di negara ini.
"Sebenarnya telefon telah banyak mengubah kehidupan kita dengan kewujudan pelbagai aplikasi seperti WhatsApp dan mesej multimedia.
Fungsinya bukan lagi menjadi telefon biasa sebaliknya telah menjadi telefon pintar dengan pelbagai kemudahan.
"Hal itu juga mengubah soal keselamatan jalan raya dan menjadi cukup berbahaya apabila kita menggunakannya untuk melayari laman sosial, mengambil gambar, atau mencari lokasi ketika sedang memandu mahupun menunggang motosikal,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-18 di tempat letak kereta bersebelahan Perhentian Bas Bentong,pada Sabtu.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Ariffin Che Mat dan Pengarah Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Datuk Jim Khor.
Beliau berkata tema Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-18 iaitu 'Fokus Di Jalan Bukan Di Tangan' adalah bertepatan dengan senario semasa kerana kajian yang dijalankan oleh Miros mendapati 80 peratus kemalangan berpunca daripada kecuaian manusia termasuk penggunaan telefon bimbit.
"Setiap kali kita adakan kempen, mesti ada moto tertentu seperti sebelum ini buckle up at back seat (pakai tali pinggang keledar di kerusi belakang). Sudah hampir 10 tahun kita menjalankan kempen ini, air liur kita pun dah habis, namun kajian mendapati hanya tujuh peratus daripada pemandu di negara ini mematuhi arahan itu.
"Rakyat Malaysia kalau tiada penguatkuasaan atau penalti mereka akan relaks sahaja. Jadi kita mahukan kedua-duanya dilaksanakan dan ini akan melibatkan kerjasama antara polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kalau tidak kempenhanya jadi kempen," katanya.
Sehubungan itu, katanya kementerian menerusi agensi yang berkaitan akan terus melakukan kempen keselamatan jalan raya dengan penguatkuasaan lebih agresif secara bersepadu untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan rayasupaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.
Bagi tujuan itu juga, katanya kementerian akan mewujudkan JKJR di peringkat daerah bagi memastikan segala kempen yang berkaitan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi.
Dalam masa yang sama juga, kerjasama akan turut dilakukan dengan Kementerian Pendidikan bagi memberi kesedaran undang-undang dan keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar.
Selain itu, Liow turut mengarahkan Miros supaya menjalankan kajian denganteliti berhubung tempoh hayat sesebuah topi keledar kerana didapati kebanyakan penunggang motosikal di negara ini menggunakan topi keledar yang berusia lebih lima tahun sehingga membahayakan nyawa mereka apabila berlaku kemalangan.
"Sekarang hanya ada ditulis tarikh pembuatan, tarikh luput tidak ada.Apabila kajian ini dijalankan, kita akan pastikan ada tempoh hayatnya dan apabila melebihi tempoh hayat itu, jangan pakai kerana ia membahayakan keselamatan.
"Penetapan peraturan yang berkaitan akan dilakukan selepas kajian itu selesai dilakukan kelak," katanya. -Bernama
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/penggunaan-telefon-bimbit-antara-punca.html#ixzz4CeLmih52
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
Dato Vida Cadang Bida Plat VIP 1, VIP 6 Untuk Kereta Bugatti Veyron Anak
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR, 22 Jun — Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman bercita-cita untuk membida nombor pendaftaran ekslusif VIP 1 dan VIP 6 untuk kereta mewah Bugatti Veyron buat anak lelakinya yang berumur 9 tahun.
Jutawan itu bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah bidaan yang akan dibuat untuk dua nombor itu.
Kosmo! melaporkan, Vida berkata anaknya, Muhammad Eric Zaquan meminati kereta lumba mewah itu, yang juga merupakan antara kereta mewah yang terlaju di dunia.
Vida berkata, anaknya, Muhammad Eric Zacquan, 9, mempunyai cita rasa tinggi dengan meminati kereta sport Bugatti Veyron yang merupakan antara kenderaan terlaju di dunia.
Kereta itu boleh 'pergi
"Muhammad Eric melakukan carian sendiri di komputer terhadap kenderaan tersebut sebelum menyuarakan impiannya itu kepada saya mengenai kereta sport berkenaan.
"Jadi saya melihat nombor pendaftaran VIP ini uni dan bersesuaian sekiranya dapat diletakkan pada Bugatti Veyron yang diminati anak saya," katanya kepada akhbar itu. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 26, 2016 4:07 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Sedih, Bapa Muda Pimpin Tangan Anak Kecil Berjalan Dari Satu Kedai Ke Satu Kedai Cari Kerja
siakapkeli.my
Hidup ini adakala kita di atas dan di bawah, kadang-kadang kita senang dan kadang-kadang kita susah, apa pun ia adalah lumrah kehidupan seorang rakyat Marhaen.
Tidak dapat dinafikan, semakin maju negara kita kehadapan semakin tinggi cabaran yang perlu kita tempuhi, dengan kos sara hidup yang meningkat, peluang pekerjaan pula semakin kurang, ramai yang menganggur.
Apa pun, dalam situasi sebegini, buanglah rasa untuk memilih pekerjaan, kerja dulu mana yang boleh sebelum dapat kerja yang setaraf dengan apa kita ada.
Dikongsikan oleh seorang wanita bernama Aida Sue di laman Facebooknya kisah seorang bapa muda yang keluar mencari pekerjaan sambil memimpin tangan anaknya.
Jom kita baca kisah yang dikongsikan oleh beliau.
Korang! jom bantu bapa muda ini mencari kerja. :'( Sedih gila dah ni. Bantu share sekali!
Saya baru sahaja menyaksikan satu kejadian sedih kejap tadi sekitar jam 3 petang. Mungkin amat sedih bagi saya sebab pertama kali berlaku kisah macam ni dekat saya sendiri. :'(
Seorang bapa muda sekitar awal 30an ( Abang Asrul ) dengan anak perempuan beliau yang masih kecil berumur sekitar 5-6 tahun berjalan dari satu kedai ke satu kedai di hinggalah beliau singgah ke studio fotografi kami (Elenore Studio ) di Wangsa Melawati untuk mencari kerja.
Serius panas sangat keadaan dekat luar studio. Saya jemput abang Asrul masuk mula-mula, tapi dia segan. Abang tu masa bertanya dekat saya, saya nampak muka dia betul-betul menahan malu, dengan muka anak dia yang nampak penat.
Ya Allah, sedih betul hati saya masa tu. Saya terus panggil boss saya untuk berjumpa abang tu maybe boleh do something ke (and thank you bosses for being generous kerana Allah swt tadi ).
Abang Asrul sebelum ini bekerja sebagai pemandu peribadi tetapi dah ditamatkan kontrak kerja. Anak beliau ada 4 orang masih kecil lagi dan isterinya sedang mengandung. Dia kini menyewa bilik kecil di area rumah kedai berhampiran Setapak Sentral Mall, Kuala Lumpur. Mempunyai motor sebagai kenderaan.
Saya tak sure kalau ada kedai/syarikat/
- Siakapkeli.my
60 pekerja kilang pembuat Roti High 5 di Shah Alam dihentikan kerja
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
SHAH ALAM: Sebilangan pekerja Melayu syarikat pembuat roti, High 5 Consolidated Berhad di sini hilang arah selepas tiba-tiba diberhentikan kerja.
Ketua Cawangannya, Mohd Rosnizam Abu Said mempersoal nasib pekerja Melayu yang bakal menghadapi Hari Raya Aidilfitri selepas diberhentikan kerja secara tiba-tiba selain hanya diberi gaji setengah bulan pada bulan ini.
"Macam mana pekerja Melayu nak hadapi raya dengan setengah bulan gaji? Ini satu perkara yang betul-betul mengecewakan.
"Pihak pengurusan bersifat lepas tangan," katanya dalam sidang media yang turut disertai pekerja syarikat terbabit di hadapan ibu pejabat syarikat pembuat roti High-5.
Menerangkan secara lanjut, Rosnizam berkata pada 22 Jun lalu beliau dan 59 orang yang lain telah diberitahu dan diberi notis pemberhentian kerja 24 jam oleh pihak syarikat.
"Hari Khamis bila kami datang, tiada kerja dan diminta menerima surat notis berhenti 24 jam. Ini umpama satu penipuan oleh pihak syarikat," luahnya.
Lebih buruk apabila beliau menuntut terdapat juga pekerja yang tidak dibayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama lapan hingga 12 bulan.
"Bayaran KWSP sebilangan pekerja tertunggak sehingga lapan ke 12 bulan. Kami banyak ditipu dan diperdaya oleh syarikat. Kami minta keadilan untuk pekerja syarikat ini," katanya.
Tambahnya, situasi ini dihadapi semua pekerja High 5 di semua 12 cawangan syarikat itu seluruh negara.Terdapat kira-kira seribu pekerja High 5 di seluruh negara, katanya.
Sehubungan itu, pihaknya juga akan mengadukan perkara terbabit di Pejabat Buruh pada minggu hadapan.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) A Sivarajan meminta campurtangan Kementerian Sumber Manusia berhubung isu ini.
"Apabila kilang ditutup, semua aset akan dicairkan untuk membayar kepada penghutang.
"Dalam hal ini, pekerja yang akan ditipu. Jadi kami minta pihak kementerian libatkan diri," tegasnya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 26, 2016 4:08 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Sweet Kepala Hotak Hang - Lelaki Raikan GF Dengan Limousine Dikritik Kaw-Kaw.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot
RAIKAN AWEK DENGAN LIMOUSINE BAGAI?
Setelah ramai orang memperkatakan dan bercerita, jadi saya telah lihat video H**** M****** meraikan hari lahir kekasih hatinya, S******* A*** dengan limusin and what not, yang telah viral dan menjadi sebutan satu Malaysia.
Saya berasa sangat marah dan kecewa dengan atitud dan video tersebut. Saya tidak dapat lihat satu apa pun kebaikan daripada video tersebut, melainkan perkara-perkara negatif semata-mata.
Meraikan hari lahir tidak salah. Bahkan kalaulah seorang suami meraikan seorang isteri amat digalakkan. Namun seorang boyfriend meraikan seorang girlfriend tanpa ikatan nikah adalah haram. Hukumnya berdosa.
Berdua-duaan lelaki dan perempuan bukan mahram dalam satu limusin (atau ruang tertutup) adalah haram. Dan berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam limusin 'ditemani' seorang fotografer/cameraman langsung tidak sweet.
Walaupun si gadis bertudung dan berpakaian bertutup (saya tak nak komen berkenaan ketat atau nampak lengan bla bla bla), maruah seorang muslimah dicalar-balarkan dengan aksi bersentuhan bahkan berpegangan tangan secara sengaja dengan si lelaki yang kononnya gentleman. Haram dan berdosa. Langsung tidak lady-like, langsung tidak gentlemen, bahkan dayus semata-mata, penuh maksiat.
Saya bertambah kecewa kerana pasangan ini meraikan dan berbangga dengan dosa dan maksiat yang telah dilakukan, bahkan menyebar-luaskan dosa, maksiat dan keaiban ini kepada seluruh dunia untuk melihat dan menontonnya.
Cinta yang haram itu tetap haram. Selagi mana belum nikah, lelaki dan gadis ini adalah bukan mahram, dan haram berduaan, haram bersentuhan. Saya sebut sebegini sebab anda berdua adalah orang Islam. Muslim dan Muslimah. Ada faham?
Tiada alasan kita perlu bersangka baik si lelaki dan si gadis ini tidak reti agama. Si lelaki dan si gadis tahu 'agama' tetapi sengaja merendah-rendahkan martabat Islam dengan berkelakuan sebegitu.
Sekalipun mahu bercinta, janganlah jadi manusia yang jahil dan ignorant. Saya paling marah dan kecewa kerana maksiat ini dibangga-banggakan, disebar luaskan dan dilakukan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Respek, Bro. Mana engkau punya sifat hormat?
Saya nasihatkan, tarik baliklah video yang telah disebarkan dan bertaubatlah. Jika desperate, bernikahlah sesegera mungkin. Umur gadis 22 tahun sudah 'tua' untuk menikah. Atau si lelaki tidak boleh nak meminang dan akad nikah kerana belum bersunat?
Inilah masalah orang kita sekarang. Terikut sangat dengan budaya Barat, budaya sosial melampau, drama dan filem Melayu yang tidak menjaga ikhtilat bahkan melampaui batas, zina, rogol, sentuh sikit sentuh banyak tak mengapa, bla bla bla, menjadi normal dan kebiasaan, sehingga dosa dan maksiat dirasakan seperti 'pahala' dan populariti.
Hang ingat sweet buat gitu-gitu? KEPALA HOTAK HANG!
Kepada wartawan dan jurnalis pun, cerita-cerita macam ni tak payahlah nak tulis macam cerita syurga. Adoi!
p/s: Tak pasal-pasal rasa marah pagi ni.
Terima kasih.
Syahr Musafir
MELAYU DAN DRAMA BERPISAH TIADA
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot
MELAYU DAN DRAMA BERPISAH TIADA
So today I saw this video of two lovebirds, dia sewa LIMO tuuuu untuk celebrate bday gf dia.. flower bouquet dia pon besar giler.. hehe.. I have nothing against the video. It's the fellas' money and he can do whatever he wants with the money no doubt.. apa salahnya dia nak gf dia jadi pwincesss..
But what got me moved is the amount of people tagging their boyfriends and husband on the video.. Alahai.. kesian kaum adam semalam and hari ni..
Babe, you are 28 and your boyfriend of 5 years never buys you flowers? Apa bunga sekuntum pon takde??
You are 36 years old and your husband never celebrates your birthday? Takde LIMO, makan malam kat KLCC bagai apatah lagi indoor celebration kat Majestic Hotel?? Hehe..
So now let's go to the reality of life.
Its been a few years, perasaan ini telah terpendam lama tapi hari ni I'm gonna let it all out. I don't watch TV a lot. You won't see me waiting for dramas or anything setiap kali menjelang Maghrib. Why? Because personally I believe, drama banyak mempengaruhi mindset kita dalam kehidupan berkeluarga. Its not good, especially for youngsters.
My favourite TV show would be, The Big Bang. Takde cintan cintun, science kelakar kelakar and the reality of life, hidup ini susah kalau takde kerja takde pitih nak bayar sewa rumah pun masalah.
MAK MAK PAK PAK..
Let's not biasakan anak-anak kita dengan reality kehidupan dalam TV sebaliknya, ceritakan the real life scenario.. tell them what u see in the TV is not real life expectation.. growing up, my dad didn't let me watch Hindustan movie and all those too melodramatic dramas. Why? Now I understand, because being young, u tend to put a benchmark, an expectation.. u expect life to be the way it is potrayed to you.. So when things dont fall into places like how u want it to be, u go crazy.. Ada bf baik, u tinggalkan utk yg kaya tapi perangai mcm hantu.. Ataupun u sedaya upaya adakan apa yg takde hatta menyusahkan orang sekeliling sampai mak pak kena bergadai tanah nak buat majlis kawin 5 star u.. Ha macam tu lah antaranya..
Drama Malaysia hakikatnya, semua orang anak Tan Sri Dato Sri. Umur 23 dah drive BMW. Hakikatnya kehidupan is not like that. Not even close.. Kenapa la takde orang buat movie yang tak berapa cliché.. Apa kata tunjuk kehidupan orang kerja kilang, duduk PPRT.. I mean normal life struggle.. nak makan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. yang terbeban kereta kena tarik, bulan ni kena bayar roadtax, maka kena menabung, etc.. tak banyak cerita macam ni la rasanya, yang lagi banyak ialah kisah cinta tengku dan anak orang susah. Atau anak Dato' Sri kaya dan kisah cinta antara dua darjat..
Let me tell you youngsters out there. Semua tu hanya lakonan. Berlanggar bahu dengan anak Tan Sri terus jatuh cinta love at first sight tu lakonan dik. Anak Tan Sri tu jadi secret admirer hantar bunga tu pun dalam TV je dik..
Hakikat kehidupan ialah pergi kerja pukul 9 pagi dan kerja macam nak gila, by the time balik you look like a monster, muka berminyak boleh buat goreng ikan, baju bau rokok kawan sekerja, dan lain-lain lagi.. maka janganlah berangan anak Tan Sri, hatta dapat boyfriend pun kau dah bertuah.. ( akak nasihatkan cari la zaman Universiti hehe masa tu kau lawa sikit )..
I never like watching kisah cinta raja sehari at whatever show yang tunjuk wedding besar grand2, anak Tok ni kawin dengan Tok tu.. bukan sebab jealous, nope not at all.. tapi sebab kesian.. kesian dekat budak-budak muda yang letak semua ni as benchmark kebahagiaan.. haa amek kau, gaji dua ribu sebulan tapi kau nak kawin kat Dutchess Place.. pastu merepak lah dua sejoli pergi minta loan sana sini untuk finance wedding.. belum masuk wedding planner kau bayar harga kereta sebijik.. lepas kawin, hidup susah, nak bayar loan lepas tu ada baby pulak, nak beli susu anak pun cukup2 makan.. kenapa jadi macam tu? Get me? Again, wrong benchmark..
I always suarakan to my husband, apsal orang tv ni sekali sekala tak cover orang kampong punya wedding, or orang kawin kat PPRT.. Apa tu semua bukan cinta sejati ke? Tv stations, what are u trying to achieve by instilling all this in the minds of the next generation? Kawin humble2 takde masa depan yang cemerlang ke?
Apa kata filem melayu daripada tunjuk semua benda out on the surface, kita pertontonkan hakikat sebenar kehidupan? Hakikat sebenar masyarakat kita.
U know what matters in a relationship? Kejujuran. Tanggung jawab dan kerjasama. My husband always instill in me, love is not just feeling but also commitment. Bunga sejambak tak membantu dik bila kau ada baju segunung atas sofa kena lipat.. Bila rumah kau macam kapal karam tapi mak kau nak datang sekejap lagi, belon setinggi Kledang tu pun tak membantu.. Time2 macam tu yang paling berharga sekali ialah pasangan yang sama-sama kelam kabut siap rumah.. itu baru cinta sejati bawa ke mati dik.. Life is more than materials.
So jangan kecewa kalau cinta hati u tak datang bawak LIMO masa birthday u..Atau suami tak bagi IPHONG 6S dalam kotak KFC.. dia nak tolong hantar ambil balik kampong masa semester break, ataupun sidai kain sebeban masa weekend tu pun kira best dah.. ataupun jaga baby malam2 and biar u tidur.. syukur wei syukur.. itulah baru pwiincess sebenar..
Just so u youngsters know, true love is more than all materials put together..
Read something like this somewhere, 'u suka bila orang bagi u RM100, tapi u taktau dalam Maybank dia ada RM 100,000, bila I bagi u RM 10 u tengok seblah mata, hakikatnya tu lah last RM10 I sampai gaji hujung minggu ni'..
So janganlah mintak bukan2 tak sesuai dengan budget bulanan pasangan u.. Takkan nak dia buat loan pulak sebab birthday u ye tak.. Lagi teruk kalau dia pinjam Ah Long saya cuma nak tolong sempena birthday u yg julung2 kali tu.. Nanti ada boyfriend romantic tapi dalam kenangan je sbb dah kena lenyek dengan Ah Long.. LOL
Hah, kaum Adam sekalian, silakan Tag gf gf korang..
HEHE..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=865061430305570&id=100004051634110
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Jun 26, 2016 4:08 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kes Penderaan Kanak-Kanak 2 Tahun Sehingga Mati di Singapura Jadi Topik Perbualan Hangat Netizen
siakapkeli.my
SINGAPURA, 26 Jun: Berita tentang kematian seorang kanak dua tahun, Mohamad Daniel Mohamad Nasser, yang didera oleh ibunya dan teman lelaki wanita itu menjadi topik perbualan hangat netizen.
Difahamkan, perbuatan suspek terbongkar mangsa meninggal dunia pada 23 November 2015 akibat kecederaan teruk selepas lima minggu di dera.
Dan pada 23 Jun 2016, kedua-dua suspek mengaku bersalah atas kesalahan itu.
Antara penderaan kejam yang dilakukan terhadap mangsa adalah
a.. Pasangan itu memaksa mangsa memakan cili kering
b.. Mangsa ditendang, ditampar dan dipijak setiap hari
c.. Mangsa dipaksa berdiri berjam-jam lamanya sambil meletakkan kedua-dua tangan di atas kepala dengan hanya memakai lampin -- sehinggakan mangsa tertidur ketika berdiri.
Ibu mangsa, Zaidah, 41 tahun, dan teman lelakinya, Zaini Jamari, 46 tahun masing-masing atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan teruk hingga menyebabkan kematian, dan tiga tuduhan penderaan kanak-kanak.
Pasangan itu bersama bayi mereka yang berusia 1 tahun dan Daniel, iaitu anak lelaki Zaidah hasil perkongsian hidup sebelumnya dengan lelaki lain, tinggal bersama di flat satu bilik di Telok Blangah. Dua lagi penghuni lain turut menyaksikan penderaan itu.
Lagi 26 dan 18 tuduhan penderaan kanak-kanak ke atas pasangan tersebut, yang kedua-duanya pekerja pembersihan, akan diambil pertimbangan apabila mahkamah menjatuhkan hukuman pada 15 Julai ini.
Sejak pasangan itu mengaku bersalah beberapa hari lepas, kes ini tidak henti-henti dikongsi oleh netizen di Facebook.
Laporan dari MediaCorp :
PENDERAAN YANG "KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN&
Di mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya, Claire Poh menyifatkan "penderaan fizikal, mental dan emosi" terhadap kanak-kanak dua tahun yang "tidak boleh mempertahankan diri sendiri" itu sebagai "kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Mahkamah diberitahu bahawa dalam satu insiden pada 18 November 2015, budak itu tertidur ketika berdiri dengan tangannya di atas kepala. Melihat keadaannya itu, ibunya mula menampar muka dan dada budak itu untuk mengejutkannya dari tidur.
Rakannya yang tinggal dalam flat yang sama melihat darah mengalir dari mulut budak itu apabila ibunya menderanya.
Budak lelaki itu terjatuh ke lantai, dan Zaidah memintal kedua-dua tangan anaknya itu dan memijaknya.
Dia kemudian mengangkat budak itu ke tandas dan menukar lampinnya, sebelum memaksanya terus berdiri dengan tangannya diletakkan di atas kepala, kata DPP Poh di mahkamah.
PIJAK DADA ANAK & DITAMPAR
Pada 22 November, iaitu sehari sebelum kematiannya, Daniel didera selama berjam-jam lamanya.
Sekitar 10.00 pagi, apabila budak itu enggan makan sarapan, Zaidah menamparnya. Dia memberikan mangkuk sarapan itu kepada Zaini, teman lelakinya, yang cuba memberi budak itu makan.
Apabila mangsa tetap enggan makan, kedua-dua Zaidah dan Zaini menamparnya beberapa kali dan wanita itu juga memukul bahagian belakang tubuh budak itu, hingga mangsa terjatuh ke lantai. Apabila Daniel tidak bangun dari lantai, Zaidah memijak dada anaknya itu sebelum menarik lengannya.
Budak itu makan dua atau tiga sudu makanan, namun enggan makan lebih banyak daripada itu. Dia kemudian disuruh berdiri di satu sudut.
Sekitar 7.00 malam pada hari itu, kanak-kanak itu sandar pada katil kerana letih setelah berdiri sepanjang hari. Apabila pasangan itu melihat keadaan budak itu, mereka menampar Daniel, yang baring di atas lantai dan menutup matanya.
Zaini membawa budak itu ke dapur dan memaksanya makan dua sudu cili kering, sebelum memaksanya terus berdiri di ruang tamu.
PERUT DANIEL DIPIJAK, KEPALA TERHENTAK KE LANTAI
Pada sekitar 8.45 malam kemudian, Daniel menjadi lemah dan tidak mampu terus berdiri. Ibunya mencubit tubuhnya dan pipinya dan menamparnya beberapa kali.
Mahkamah diberitahu Zaidah menyangka budak itu berpura-pura lemah dan mengadu kepada teman lelakinya.
Zaini menampar budak itu, memijak perutnya hingga Daniel terjatuh ke lantai dan terhentak kepalanya. Zaini kemudian memaksa budak itu makan cili buat kali kedua hari itu.
Keesokan harinya, pasangan itu tidak mampu mengejutkan budak itu, dan dua rakan mereka yang tinggal bersama mereka menelefon ambulans. Daniel disahkan meninggal dunia pada 9.11 pagi.
PASANGAN PULANG TONTON TV SETELAH SOAL SIASAT
Apabila ditanya para paramedik dan polis mengapa tubuh mangsa berlebam-lebam, pasangan itu berbohong dan berkata budak itu biasa mencubit dirinya sendiri, dan jatuh tersungkur di tandas.
DPP Poh berkata pasangan itu tidak menyesali tindakan mereka itu dan menyeru mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya sembilan tahun dan 12 kali sebatan untuk Zaini serta hukuman penjara lebih berat untuk Zaidah.
Pendakwa raya itu berhujah bahawa pasangan itu lebih mementingkan untuk melindungi diri sendiri dan langsung tidak mengendahkan tragedi yang berlaku itu. Bahkan, kata DPP Poh, pasangan itu pulang ke rumah dan menonton televisyen setelah disoal siasat polis tentang kematian budak itu.
DANIEL ALAMI LEBIH 40 KECEDERAAN
Pendakwa raya mengambil masa beberapa minit untuk membacakan di mahkamah senarai lebih 40 kecederaan yang didapati pada tubuh mangsa semasa bedah siasat. Mangsa juga didapati mengalami keretakan tulang rusuk dan pendarahan dalam otak.
Hakim Daerah Bala Reddy mengarahkan pegawai mahkamah menunjukkan kepada pasangan itu, yang berdiri bersebelahan satu sama lain di kandang tertuduh, gambar-gambar kecederaan yang mereka lakukan sendiri kepada Daniel, yang dipetik setelah budak itu meninggal dunia.
Namun, pasangan itu tidak menunjukkan sebarang reaksi, kata hakim, yang menunjukkan mereka tidak menyesali perbuatan mereka itu. Apabila ditanya sama ada mereka mahu berkata apa-apa, kedua-dua mereka mengambil kesempatan itu untuk merayu dijatuhi hukuman lebih ringan.
Atas kesalahan menyebabkan kecederaan teruk hingga menyebabkan kematian, pasangan itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat.
Atas kesalahan penderaan kanak-kanak, mereka boleh dipenjara sehingga empat tahun dan/atau didenda sehingga S$4,000 bagi setiap tuduhan.
Sumber : Mediacorp
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment