Saturday, June 11, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4525[4 Attachments]

15 Messages

Digest #4525
1
Fw: Rakaman video yang fantastik? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: 4 hadis dhaif seputar Ramadhan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Perodua Viva Bernombor Plat D3V1L by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Lawak Politik 4 by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: SUSAH NAK JUMPA ORANG MACAM NI by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
11a
Fw: Hadith-hadith Fadhilat Puasa Ramadhan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sat Jun 11, 2016 3:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rakaman video yang fantastik?
bloglist-malaysia.blogspot
msomelayu.blogspot.
Posted by mohd sayuti Omar

OLE RAMADHAN

Email saya hari ini menerima kiriman satu bahan cukup memeranjatkan, mengenai gambaran atau suasana satu rombongan sedang menaiki sebuah jet dengan membawa beberapa buah beg besar. Orang menaiki kapal terbang atau pun jet eksekutif adalah perkara biasa, tidak pernah menjadi bahan berita panas pun.

Tetapi berlainan dengan keadaan yang dirakamkan dalam video berdurasi 2:29 ini. Rombongan itu diketuai oleh isteri pembesar negara. Ia dikatakan begitu kerana orang mirip isteri pembesar itu mendahului yang lain memijak tangga menuju ke pintu jet dan setiap orang dilewati menyambutnya dengan membongkokkan tubuh seakan mencium tangannya tanda hormat.

Tangga yang digunakan ada lambang sebuah syarikat penerbangan negara yang bertukar nama kerana bankrup.

https://drive.google.com/file/d/0B-KS2an8wNoEb2wxZW5IZnBaTW8/view?usp=sharinghttps://drive.google.com/file/d/0B-KS2an8wNoEb2wxZW5IZnBaTW8/view?usp=sharing

Mungkin mereka yang mempunyai daya pengamatan tinggi dapat mengecami siapa perempuan berkenaan.

Jika mengikut kenyataan disertai ULR video berkenaan perempuan tersebut ialah Rosmah Mansor? Tetapi ia tidak dapat disahkan kerana kecanggihan IT sekarang ini segala-galanya boleh direyasa sehinggakan ia kelihatan asli.

Terlintas di kepala selepas melihat video berkenaan (tanpa berkelip), lagaknya ia seolah-olah sedang membawa lari barangan berharga. Dari sisi lain keadaanya semacam penyeludup? Atau lagaknya ia seperti orang sedang melarikan diri ke sesebuah negara lain dan meninggalkan negara asalnya.

Di sini saya tidak mahu mengulas panjang, tenguk dan tontonlah sendiri. Kaji dan selidikilah sebaik mungkin apakah video ini tulen atau pun bikinan yang disunting sebegitu rupa. Yang pastinya video ini sangat menarik dan fantastik sekurang-kurang untuk sepanjang Ramadhan ini. [wm.kl.2:25 pm 10/06/16]

Datin naik, punggah beg besar ke dalam jet
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Video yang didedahkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. Rafizi melontar beberapa soalan yang perlu dijawab Datin dan Datuk berkenaan.

1. Berapa orang pegawai yang mengiringi Datin Seri menaiki pesawat tersebut?

2. Kenapa beg-beg besar tidak disimpan di bahagian simpanan beg ("luggage") sedangkan ini adalah jet peribadi dan ada ruang yang besar dan selesa untuk menyimpan beg-beg besar tanpa mengganggu keselesaan di dalam pesawat? Apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah dipenuhi dengan beg-beg besar?

3. Berapa beg-beg besar yang dibawa menaiki pesawat dan disimpan di ruang mewah?

4. Siapa pemilik beg-beg besar ini?

5. Apa kandungan beg-beg besar ini?

6. Adakah beg-beg besar ini membawa wang tunai? Jika ya, adakah pengisytiharan membawa keluar wang tunai telah dibuat dengan pihak berkuasa yang sewajarnya?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sat Jun 11, 2016 3:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



4 hadis dhaif seputar Ramadhan

bloglist-malaysia.blogspot

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 3:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Polis Tahan Pemandu Kereta Perodua Viva Bernombor Plat D3V1L
siakapkeli.my

KOTA KINABALU, 10 Jun: Seorang penjawat awam ditahan polis kerana menggunakan kereta bernombor pendaftara D3V1L yang tidak wujud dalam sistem.

Lapor The Star, lelaki yang berusia 28 tahun itu ditahan ketika polis menjalankan Operasi Khas di Jalan Coastal Asia City pada Rabu.

Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra berkata, kereta Perodua Viva yang dimilik oleh pemandu tersebut tidak mempunya roadtax yang sah dan dia telah memandu kenderaan itu sejak tiga bulan lepas untuk berulang alik dari rumahnya di Kinarut ke tempat kerjanya di Likas di sini.

Foto : Sayangsabah.com

"Kami juga mengesan satu kes minggu lepas dimana seorang pemilik kenderaan meletakkan 'Selamat Hari Raya' sebagai nombor plat keretanya dan kita telah ambil tindakan. ", kata beliau lagi. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 3:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tuduh Staf HKL Buat Kerja Sambil Lewa, Hasil Semakan Rakaman CCTV Dedah Kejadian 'Di Sebalik Tabir'
siakapkeli.my

Sebelum ini tersebar dan viral di laman sosial gambar kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang didakwa kerja sambil bermain telefon, berborak-borak dan makan semasa sedang bekerja.

Pengadu juga mendakwa yang kakitangan HKL mengabaikan pesakit dan membiarkan pesakit tertunggu-tunggu begitu lama.

Kerana dakwaan itu pihak HKL menerima kecaman teruk dari netizen, pihak HKL kemudiannya telah melakukan siasatan dengan menyemak semula rekod rawatan pesakit dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Hasil rakaman CCTV dan semakan rekod ternyata sungguh mengejutkan di mana apa yang didakwa oleh pengadu adalah tidak sama dengan apa yang terjadi.

Ia seolah-olah mereka cerita untuk memburukkan kakitangan HKL.

Jom kita baca hasil siasatan yang dimuatnaik oleh saudara Alzamani Mohammad Idrose.

Siasatan Berdasarkan CCTV Insiden Penyebaran Gambar Facebook Kaunter Triaj Jabatan Kecemasan

1. Pada 29 May 2016, terdapat gambar petugas kaunter triaj Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur diletakkan dalam facebook dan menjadi viral. Gambar tersebut menunjukkan seorang staf sedang memeriksa mesej dalam telefon bimbit.

Seorang petugas berdiri di belakang dan sedang meletakkan sekeping muruku ke mulutnya. Gambar tersebut diambil dari sisi tepi kaunter semasa kanter triaj kosong dan semasa petugas menunggu kedatangan pesakit seterusnya.

Malangnya, pengadu menyebarkan gambar ini melalui akaun facebook beliau dengan kata-kata "petugas Jabatan Kecemasan HKL kerja main handphone, makan dan borak". Gambar ini menjadi viral dan pihak hospital menerima pelbagai kecaman dari orang awam.

2. Jabatan ini mengambil serius tentang gambar tersebut dan memulakan siasatan supaya tindakan dapat diambil dan langkah penambahbaikan dibuat secepat mungkin. Jabatan Kecemasan HKL sentiasa terbuka dalam menerima maklumbalas, cadangan dan kritikan membina yang dibuat untuk memperbaiki perkhidmatan dari semasa ke semasa.

3. Siasatan berdasarkan rakaman CCTV menunjukkan pengadu berkeliaran berhampiran sisi tepi kaunter triaj dan mencuri mengambil gambar. Beberapa kali beliau datang dan mengambil gambar.

Salah satu gambar tersebut diambil ketika kaunter triaj kosong dan digunakan dalam facebook.
Petugas yang meletakkan maruku ke mulut kebetulan lalu di kaunter tersebut dan tidak aktif menjalankan triaj ketika itu. Harus dimaklumkan juga bahawa petugas kaunter triaj tidak mempunyai masa untuk makan sepanjang tugas mereka.

Kerapkali juga terutama semasa musim perayaan orang awam memberikan makanan seperti kuih dan sebagainya dengan menyerahkan makanan tersebut di kaunter triaj atas penghargaan kepada petugas kecemasan. Petugas kaunter triaj sebenarnya tidak dibenarkan makan atau minum semasa bertugas. Petugas semua maklum akan peraturan ini. Gambar yang menunjukkan petugas triaj meletakkan maruku ke mulutnya adalah ketika beliau lalu di situ dan semasa ketiadaan pesakit di kaunter

4. Penelitian melalui CCTV juga menunjukkan bahawa bagi setiap pesakit yang datang ke kaunter triaj, layanan professional diberikan. Tidak ada kata-kata kesat atau kasar diberikan kepada setiap pesakit atau waris. Bagi hal pengadu ini pula, dakwaan bahawa petugas kaunter triaj tidak memberikan maklumat pesakit adalah juga tidak benar. Rakaman CCTV menunjukkan bahawa beliau dimaklumkan untuk pergi ke kawasan 'secondary triage' dan pengadu dapat berjumpa dengan pesakit dengan mudah. Ini disahkan dari kamera CCTV di zon tersebut.

5. Pengadu mendakwa bahawa pesakit terpaksa menunggu 6.5 jam dalam akaun facebook beliau. Ini juga tidak benar. Rekod pesakit menunjukkan bahawa pesakit dirawat seawal 4 minit selepas didaftar.

Malahan pesakit dilihat oleh doktor di zon 'secondary triage' dan segera di hantar untuk X-Ray.
Amalan ini adalah amalan biasa di Jabatan Kecemasan HKL bagi mempercepatkan pesakit dilihat supaya X-Ray siap apabila dilhat seterusnya oleh doktor dan keputusan pantas dapat dibuat.

Pesakit seterusnya dirawat oleh doktor kecemasan di zon hijau memandangkan kes adalah bukan kritikal. Walaubagaimanapun kes dihantar ke zon kuning dan seterusnya dirujuk kepada pasukan ortopedik kerana terdapat kepatahan dan akhirnya diletakkan simen. Pesakit dirawat dengan standard yang baik dari amalan perubatan antarabangsa bagi kecederaan beliau.

Amalan 'Total Quality Management' di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur

6. Walaupun dakwaan pengadu tidak benar dan penyebaran gambar yang tidak wajar memandangkan ia di luar konteks, Jabatan Kecemasan mengambil langkah berhati-hati dengan situasi ini.

Pengawasan CCTV secara berterusan sebenarnya menjadi amalan dan petugas-petugas kaunter triaj diaudit bagi memberikan khidmat yang baik di kaunter. Semua petugas maklum yang interaksi mereka dengan pesakit dan waris dirakam. Malahan semua petugas dilatih dengan simulasi dan juga amalan konsep Total Quality Management (TQM) yang menekankan aspek interaksi berkualiti.
Laporan Polis dan Tindakan Undang-undang

7. Setelah membuat penelitian, siasatan menunjukkan bahawa dakwaan di dalam facebook adalah tidak benar sama-sekali. Pihak kami juga mendapati petugas terbabit langsung tidak melakukan apa-apa sebagaimana yang didakwa oleh pengadu. Malahan sehingga ke hari ini pengadu tidak membuat sebarang aduan formal ke hospital. Akaun facebook pengadu juga kini ditutup. Usaha untuk menghubungi pengadu bagi mendapatkan penjelasan juga tidak berjaya.

8. Pengedaran gambar dan dakwaan tidak berasas ini juga menyebabkan petugas kaunter pada hari tersebut tertekan serta tidak dapat fokus dengan tenang terhadap tugas mereka. Mereka juga tertekan kerana dipanggil oleh pihak siasatan selain komen-komen dari orang ramai yang melihat gambar tersebut dengan tuduhan liar dari tulisan tersebut.

9. Pihak Jabatan mengumpul semua bukti termasuk bukti CCTV. Langkah seterusnya adalah membuat laporan polis. Berdasarkan Kanun Jenayah seksyen 499, pengadu boleh disabitkan kerana tindakan beliau yang menyebabkan perkhidmatan Jabatan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur dipandang serong oleh orang ramai. Jika disabitkan kesalahan hukuman selama hingga 2 tahun atau denda boleh dikenakan. Dari segi tindakan sivil pula, memandangkan nama petugas disebut dan dengan bukti CCTV yang sebaliknya, pengadu juga boleh didakwa atas saman sivil. Tambahan pula, gambar yang disiarkan juga diterbitkan dalam sebuah suratkhabar tempatan. Pihak jabatan sedang mengumpul semua bukti berkaitan.

10. Pihak hospital berharap orang awam faham akan cabaran tugas di Jabatan Kecemasan. Pengambilan gambar dalam premis hospital dan penyalahgunaan gambar petugas juga membolehkan tindakan undang-undang diambil.

Langkah Penambahbaikan Berterusan

11. Tidak kira apapun situasi dan cabarannya, pihak hospital sentiasa akan mengambil langkah penambahbaikan secara berterusan. Pihak kami akan memberikan segala usaha yang sebaiknya bagi memberikan khidmat yang terbaik untuk semua pesakit. Orang ramai sentiasa dialu-alukan untuk membuat cadangan, komen atau kritikan bagi tujuan penambahbaikan. Mereka juga sentiasa boleh bertemu dengan penyelia jika manghadapi sebarang masalah dan pihak Jabatan akan sedaya upaya membantu mereka bagi menyelesaikan sebarang masalah atau salahfaham yang timbul.

- Siakapkeli.my

Viral Dakwa Staff HKL Main Phone, Makan dan Borak Sambil Kerja, Ini Penjelasan Dari Penolong Pegawai Perubatan
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial kisah yang dimuatnaik di laman sosial beberapa keping gambar dan artikel yang mendakwa kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur yang didakwanya buat kerja main-main.

Lelaki berkenaan bernama Laksh Yah mendakwa kakitangan HKL berkenaan bermain telefon, berborak-borak dan makan semasa sedang bekerja.

Berikut apa yang didakwanya.

Terpanggil dengan viral itu, persatuan Penolong Pegawai Perubatan telah tampil untuk menjawab dakwaan lelaki tersebut yang dikatakan cuba memburukkan nama kakitangan HKL berkenaan.

Berikut adalah penjelasan mereka.

Terkini terjadi lagi satu kes viral di alam maya yang di muat naik oleh seorang individu yang tidak profesional iaitu dengan menggunakan medium media massa dalam menyampaikan aduan sedangkan saluran aduan yang sebetulnya telah di wujudkan sejak sekian lama lagi. Memandangkan kes ini melibatkan dengan staff Penolong Pegawai Perubatan (PPP) seperti gambar di bawah, kami selaku rakan sejawat akan menjawab bagi membersihkan kembali nama PPP yang di salah ertikan tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku pada masa kejadian.

Penjelasan yang bakal di jelaskan akan merangkumi fakta secara umum bagi memudahkan pemahaman orang awam dan akan menerangkan serba sedikit tugas staff perubatan khususnya PPP dalam kes viral ini. Untuk makluman pengadu dan orang awam :

1. Petugas di Jabatan Kecemasan & Trauma yang memakai uniform berbaju kemeja putih, "tucked in", bertali pinggang, berseluar hitam dan bertali leher merupakan seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP)

2. Staff yang berada di kaunter "triage" (saringan pertama) atau lebih mudah di fahami orang pertama yang anda akan jumpa bagi mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan di terajui oleh PPP.
3. Kaunter "triage" merupakan saringan utama yang akan menilai sesorang itu berdasarkan penilitian luaran tahap kecemasan dan kecederaan yang di alami

4. PPP yang bertugas di kaunter "triage" merupakan seorang PPP yang bertauliah dan bekerja mengikut SOP di mana mereka tahu tahap mana kecemasan dan kecederaan yang di alami oleh sesorang itu

5. Tahap pandangan keterukkan sesuatu kecederaan orang awam adalah berbeza dengan pandangan tahap keterukkan kecederaan PPP yang bertauliah kerana PPP telah di latih untuk menilainya.
6. PPP yang bertugas di kaunter "triage" tidak mengetahui perkara yang berlaku di setiap zon kerana mereka di tugaskan pada masa berkenaan untuk menjaga kaunter "triage" sahaja. Jadi apa yang di jawab oleh PPP tersebut adalah benar kerana beliau sendiri tidak mengetahui zon mana mangsa tersebut di masukkkan kerana beliau bertugas pada posisi "triage"

7. Menerusi apa yang di ceritakan oleh pengadu menunjukkan bahawa mangsa hanya di tempatkan di zon hijau ini bermakna mangsa bukan berada di dalam keadaan yang boleh memgancam nyawa.

8. Walaupun di letakkan di zon hijau, pesakit akan di periksa terlebih dahulu di kawasan "secondary triage" atau lebih di kenali sebagai kaunter saringan sekunder. Dalam kawasan ini, pesakit akan di nilai "vital sign" pesakit dan berikan rawatan awal. Jika semua perkara menunjukkan pesakit dalam keadaan yang stabil, pesakit akan di letakkan di zon hijau. Namun demikian, pengadu tidak memceritakan pada fasa rawatan ini.

9. Menggunakan alatan mudah alih ( handphone) tidak semestinya seseorang itu sedang "bermain" handphone, hal ini kerana dengan kemajuan teknologi , pelbagai perkara termasuk perkara perkara penting seharian termasuk sesi pembelajaran dan pekerjaan seharian boleh di capai dengan menggunakan aplikasi mudah alih. Setakat mengambil gambar sesorang itu memggunakan handphone tidak bermakna beliau sedang "bermain" handphone.

10. Rakan rakan sejawat yang duduk sekali dengan petugas "triage" tidak bermaksud mereka sedang "melepak". Mereka mungkin di tugas untuk perkhidmatan ambulans di mana perlu bersedia setiap masa untuk sebarang merespon sebarang panggilan kecemasan dan lain lain tugas yang tidak terikat dengan zon zon di dalam Jabatan Kecemasan.

11. Jabatan Kecemasan & Trauma tidak mengamalkan konsep "first come , first serve" dan tidak mengamalkan "double standard" di mana walaupun mangsa merupakan staff perubatan tidak semestinya beliau akan mendapat rawatan cepat kerana ada pesakit yang lebih mengancam nyawa yang perlu di fokuskan.

12. Daripada diagnosis kecederaan yang di utarakan oleh pengadu selepas mangsa di lihat oleh Pegawai Perubatan, jelas menunjukkan ia bukan kes yang boleh mengancam nyawa.

13. Tempoh rawatan 6 jam seperti yang di adukan bukan semata mata tempoh untuk dilihat Pegawai Perubatan, tetapi ia termasuk tempoh untuk mendapatkan intervensi x-ray, intervensi darah dan interveri lain lain termasuk pemakaian kas POP (simen) seperti yang adukan oleh pengadu
Kepada pengadu dan orang awam, anda tidak sepatutnya mengambil "jalan" ini untuk mengatakan ketidakpuasaan anda terhadap sesuatu perkhidmatan kesihatan yang di berikan. Adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan penyelia di Jabatan tersebut atau ajukan aduan ada menerusi sistem yang telah di wujudkan di mana aduan anda akan di siasat, di teliti dan anda akan di berikan penjelasan mengenai kesulitan anda. Menerusi jalan viral ini, anda hanya akan menunjukan sifat tidak profesional dan akhirnya akan bahan membodohkan diri sendiri kerana anda berlagak seperti lebih mengetahui tugas kami lebih daripada kami sendiri.

Kepada staff kesihatan umumya termasuk PPP yang terlibat dalam isu ini, bertabahlah dalam menghadapi tomahan ini kerana zaman sekarang orang lebih menggunakan kecerdikan yang ada tidak pada tempatnya dan lebih mengejar populariti tanpa mereka sedar ia nya memakan diri sendiri dan seharusnya mengambil iktibar atas apa yang terjadi seperti tidak melakukan perkara yang boleh mengundang cakap cakap dan fitnah orang awam.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 3:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jika PAN mendapat undi lebih baik daripada PAS, kita akan raikan dengan Carlberg, Tiger dan Guinness Stout

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

DAP bersungguh-sungguh dalam Pilihanraya kecil kali ini kerana ini seolah-olah mereka yang bertanding. Semua pimpinan DAP turun dan bekerja kuat lebih berbanding semasa Pakatan Rakyat dulu.

Mereka sanggup pakai baju oren setiap masa. Itu suatu yang sangat luar biasa. Bagi mereka yang berfikir mendalam pasti tahu apa sebenarnya DAP nak daripada parti PAN @ AMANAH ini.

Jocelyn Tan dalam kolumnya di The Star pada hari Khamis, 9 Jun 2016 adala menulis berkeanaan dengan kenyataan Ng Sue Lim. Menurutnya dalam satu ceramah, Ng menyatakan "Jika AMANAH mendapat undi lebih baik daripada PAS, kita akan raikan dengan Carlberg, Tiger dan Guinness Stout"

Dulu kita pernah dengar cerita yang didedahkan oleh Fathi Aris bahawa Malaysiakini meraikan kejatuhan kerajaan PAS di Terengganu dengan berpesta arak. Pelikkan Malaysiakini satu portal yang menentang kerajaan dan pro-pembangkang boleh merayakan kerjayaan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu tidak alain mereka ingin membunuh karier Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Jadi tak hairan kalau Malaysiakini hari-hari menyerang PAS dengan pelbagai berita yang dimanipulasikan.

Kenapa DAP nak undi PAN @ AMANAH lebih daripada PAS. Mereka bukan nak memang pun!! Mereka hanya nak lenyapkan PAS.

PAN @ AMANAH hanya kuda tunggangan sahaja. PAN @ AMANAH akan jadi parti yang diperkudakan untuk mendapat sokongan Melayu dan Islam.

Semoga Allah berikan kesedaran kepada ahli PAN @ AMANAH terutamanya puak IKRAM yang makin tersasar daripada perjuangan Islam sebenar.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blospot.com

Lawak Politik 4

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Kalau dengan Allah dia boleh berbohong, tak hairan dia boleh berbohong pasal billboard provokasi yang dipasang di Sungai Besar.

Kredit
Zuhawaribinyazid Wary

Gambar Tak Berbohong DAP Bos Parti PAN@AMANAH

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Ramai orang mengatakan bahawa DAP adalah Boss Besar Parti PAN @ AMANAH. Tapi perkara ini dinafikan oleh ahli-ahli PAN @ AMANAH.

Kata-kata PAN @ AMANAH ini bertuankan DAP berdasar beberapa peristiwa, antaranya

Pada 6 November 2016 Ketua DAP Selangor Tony Pua mendedahkan bahawa parti itu mula menggerakkan jentera sebagai asas untuk bertanding di lapan kerusi negeri. Lapan kerusi yang disasarkan DAP itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Membalas kenyataan Tony Pua, Cikgu Pa mengatakan bahawa DAP hilang kepercayaan kepada rakannya parti PAN @ AMANAH sehingga DAP sendiri akan bertanding di kawasan PAS.

Untuk Sungai Besar dan Kuala Kangsar Khalid Samad dalam laman Facebooknya meminta mesyuarat Majlis Presiden disegerakan untuk memutuskan parti mana yang akan mewakili Pakatan Harapan.

Kata Khalid, DAP selaku anggota komponen PH telah pun memberi sokongan dan amat bersetuju PAN bertanding pada kedua-dua PRK tersebut sedangkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali telah memaklumkan keputusan belum ada selagi belum bermesyuarat.

Ketiga Khalid menyebut partinya tak ada banyak duit untuk membuat billboard tapi setelah terbongkar Khalid mengatakan yang membuat billboard itu adalah DAP setelah dia bertanya Tony Pua.

Persoalannya mustahil PAN tak tahu, takkan DAP memandai membuat sedangkan yang bertanding adalah PAN. Melainkan PAN bertanding sekadar mewakili DAP. Atau PAN Kuli DAP dia, jadi apa yang DAP nak buat tak perlu rujuk kepada yang bertanding.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blospot.com

Akhir dapat tahu juga tukang pasang Papan Iklan Provokasi Undi parti PAN@AMANAH

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Isu Billboard Provokasi di Sekinchan

Kronologi kes.

1. Banner dipasang olh Pemuda PAN atas arahan DAP S'gor pd waktu sahur dr jam 4am-6am

2. Billboard pula jk dilhat sekali imbas seolah2 dinaikkan olh UMNO BN.

3. Tetapi, kandungannya bersifat provokatif dgn melaga2kan antara PAS vs UMNO dan PAS vs PAN.

4. Berlaku kejadian tumbuk menumbuk antara Pemuda UMNO vs Pemuda PAN ( yg mempertahankan billboard dari diturunkan) yg cuba dileraikan Unit Amal sebelum pihak Polis tiba.

5. Tuduh menuduh berlaku antara semua pihak yg akhirnya 2 pegawai Tugas Khas (unit pasukan berkecuali) tampil mmberi bukti rakaman ketika billboard itu dinaikkan yg menyebabkan seorg individu Cina dari Dap yg memakai baju Oren tampil mengaku.

6. Cina Dap tersebut mengugut sesiapa yg menanggalkan billboard yg di pasang akan di 'su' .

Kredit

Mohd Zubit Lebai

Terpaksa Mengaku! Kalau Tidak, Hilang Undi Melayu!

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Strategi membakar api perkauman untuk menghasut pengundi Cina keluar mengundi pada PRK Sungai Besar 18 Jun ini, akhirnya disedari Pakatan Harapan (PH) sebagai tindakan yang kini 'memakan diri".

Menyedari usaha meraih sokongan 30 peratus pengundi Cina telah menimbulkan sentimen kemarahan di kalangan 67 peratus pengundi Melayu, papan tanda menghina Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos, kini segera diturunkan.

Dap salah percaturan. Kempen anti Melayu kini mengakibatkan calon ayam sabung PH melalui sekutunya PAN, akan tersungkur. Dalam pertandingan yang sepatutnya ditunjangi tiga parti Islam Melayu yang meletakkan calon, kempen anti Melayu menyebabkan strategi PAN untuk mencuri undi penyokong Pas dan PKR kini berdepan kesukaran.

Orang Melayu jelas terasa, Dap sekutu PAN jelas parti anti Melayu.

Menyedari perkara ini mengancam kempen ayam sabungnya, jadi tidak hairanlah, Setiausaha Publisiti Dap, Anthony Loke cepat-cepat mengaku papan tanda yang sengaja menghina orang Melayu itu sebenarnya strategi Dap.

Parti majoriti Cina itu, tersedar sentimen perkauman yang diatur itu sebenarnya tersalah langkah.

Dap menyedari perlu melakukan kejutan besar untuk membangkitkan sentimen di kalangan pengundi Cina. Dap menyedari pengundi Cina memandang dingin PRK Sungai Besar kali ini. Justeru, Dap terpaksa mencela Jamal untuk membakar perasaan kaum Cina supaya keluar mengundi calon PAN sebagai langkah menolak calob BN.

Namun, akibatnya sekarang, tindakan itu pasti menjahanamkan peluang PAN.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selaku orang kuat PAN pula, ada sebab untuk menggelabah. Khalid panik apabila menyedari sentimen anti Melayu akan menyebabkan PAN kehilangan undi Melayu terutama di DUN Sungai Panjang kubu kuat Umno yang meletakkan calon bagi BN.

Pada sidang media 9 Jun, Khalid kelam-kabut mengumunkan pengakuan Dap, serta langkah segera untuk menurunkan sepanduk perkauman itu. Sekali pun alasannya PAN dan sekutu PH mahu berkempen secara sihat, namun 'nasi sudah hangit" dan baunya menyesakkan hidung.

Belang Dap sebagai anti Melayu terserlah lagi dan sebagai sekutu rapat Dap, PAN bakal menerima padahnya. Kedudukan PAN sebagai parti 'kacau daun' dalam PRK Sungai Besar kini nakin terhimpit. Sudahlah sukar bagi parti itu merebut undi Melayu yang cenderung pada BN selaku penyandang kerusi, serta Pas yang secara sejarahnya sentiasa menjadi pesaing BN di kawasan itu, kini poster anti Melayu menjadi satu lagi beban tambahan.

Dap sebenarnya cuba membantu. Betul! Memang Dap kena membantu sebab PAN kini sekutunya. Poster itu bagi Dap, akan menggerakkan pengundi Cina keluar, tetapi 30 peratus majoriti undi Cina tidak lagi menjadi kuasa penentu.

Berdasarkan demografi PRK Teluk Intan pada 2014, pengundi Cina jarang peduli PRK, sekali pun di kawasan tradisi Dap. Jadi sebab itulah calon Dap kalah di ParlimenTeluk Intan!

Di Kuala Kangsar, Perak, pun sama ceritanya. Walaupun pada mulanya menafikan ucapannya berbaur kata-kata yang menghina keluarga allahyarham Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, akhirnya – orang nombor dua PAN Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini mengaku dan memohon maaf terhadap kenyataannya.

Nizar semasa berkempen di Kuala Kangsar, menyifatkan kemalangan helikopter yang mengorban bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Muhammad Khair-il sebagai balasan Allah terhadap BN.

48 jam selepas kenyataannya tersebar dan dikritik banyak pihak sebagai biadap dan keterlaluan, Nizar mahu tidak mahu terpaksa meminta maaf pada keluarga Allahyarham.

Perkauman dan politik kebencian memang modal PH sejak zaman Pakatan Rakyat. Agama dan bangsa akan digunakan tanpa had semata-mata untuk menang.

Politik ternyata berhala dunia bagi yang memilih untuk menyembahnya!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 3:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Cedera parah van sedang dibaiki meletup

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Bomba berjaya memadamkan kebakaran dalam masa tidak sampai 15 minit dan gambar kiri, kesan darah akibat kecederaan mangsa. - Foto SALIM SHAARI.

Sungai Besar: Seorang pekerja jeti nelayan di Bagan, di sini, cedera parah selepas van yang sedang dibaikinya tiba-tiba meletup di jeti berkenaan, malam ini.
Dalam kejadian 8.30 malam itu, alat pendingin hawa dalam van berkenaan tiba-tiba meletup.

Ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Mahadi Jonit, berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.34 malam dan tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.
"Sebuah jentera bomba dengan enam anggota dan bantuan Bomba Sukarela berjaya memadamkan kebakaran dalam masa tidak sampai 15 minit.
"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam oleh orang awam," katanya
-hmetro

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/cedera-parah-van-sedang-dibaiki-meletup.html#ixzz4BDzvfuYD
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Doktor Pertaruh Nyawa Buang Bom Hidup Yang Terlekat di Muka Askar
siakapkeli.my

Colombia, 11 Jun - Pakar bedah telah berjaya mengeluarkan satu bom hidup dari muka seorang askar dalam satu operasi pembedahan yang dijalankan di kawasan letak kereta sebuah hospital selepas bom itu ditembak kearah askar terbabit dalam satu insiden yang berlaku beberapa hari lalu.

Alat letupan itu berjaya dibuang namun proses membuangnya berjalan dalam keadaan tertekan kerana bom itu boleh meletup bila-bila masa.

Disebabkan itu, operasi mengeluarkan bom terbabit dibuat di kawasan letak kereta Hospital Tentera di Colombia supaya tiada pesakit yang akan terkesan sekiranya bom itu meletup.

Pihak berkuasa kini masih lagi menyiasat bagaimana bom itu boleh melekat di dalam muka askar terbabit yang dikenali sebagai Luis Eduardo Perez Arango.

Bagaimanapun, beberapa laporan menyebut bom itu melekat pada muka askar itu kerana penyalahgunaan senjata berat yang dilengkapi dengan pelancar bom menyebabkan bahan letupan itu secara tidak sengaja melekat pada tengkorak askar tersebut.

Operasi dilakukan di kawasan letak kereta hospital.

Ketua operasi pembedahan itu, William Sanchez berkata : "Ianya saat yang sangat getir, tapi tak ada pilihan lain selain mencuba untuk menyelamatkan nyawa pesakit, termasuk berdoa kepada tuhan supaya tiada tragedi yang berlaku."

Bom terbabit terlekat di tengkorak mangsa.

Pasukan bedah itu menyifatkan kumpulan mereka menjalankan operasi itu dengan sangat berhati-hati supaya mereka tidak terletupkan bom itu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 3:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sharif Din Pertugas PAS PRK Kuala Selangor Meninggal Dunia Kemalangan

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Pagi tadi, dua beranak petugas Pas dari Kuala Langat yang bertugas di Sungai Besar dilanggar kereta sehingga meinggal dunia. Sharif Din bersama anaknya yang dikenali sebagai Wan sahaja meninggal di tempat kejadian apabila mereka berdua dilanggar oleh kereta yang dipandu laju ketika melintas jalan untuk menunaikan solat subuh.

Kejadian berlaku di Markas Pas Hulu Langat yang terletak di Parit 8, Sungai Leman Darat, Sungai Besar.

Arwah dan anaknya dilaporkan melambung apabila dilanggar kereta yang sangat laju dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahyarham Sharif adalah setiausaha jentera pilihan raya Pas kawasan Hulu Langat yang bertugas di situ.

##
Innalillahi wainna ilaihi rajiun...moga Allah mengampuni dan merahmati sahabatku Shariff Mohd Din dan anaknya Ridhuan yg meninggal dunia di Sungai Besar subuh tadi akibat kemalangan langgar lari... Alfatihah

14,000 hadir solat jenazah Muhammad Ali

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

LOUISVILLE: Lebih 14,000 orang menunaikan solat jenazah untuk legenda tinju dunia, Muhammad Ali di kampung halamannya di sini, Kentucky.

Pengasas Sekolah Muslim Liberal di Zaytuna College, Berkeley, California, Imam Zaid Shakir mengetuai solat jenazah itu.

Beliau melaungkan "Allahu Akbar" dan bacaan ayat al-Quran di depan keranda jenazah Ali yang diselimuti kain warna hitam dan emas.

Ali, juara tiga kali tinju heavyweight dunia terkenal sebagai ahli sukan dengan kelincahannya di dalam dan luar gelanggang.

Beliau yang meninggal dunia Jumaat lalu pada usia 74 tahun juga dikenali sebagai aktivis politik dan pejuang hak asasi manusia.

Ramai yang terpikat dengan Ali kerana menjadikan Islam lebih diterima di AS dan menjadikan orang Islam di negara itu sebagai pejuang yang sama kedudukannya dengan warga Amerika lain.

Presiden Barack Obama dalam akaun Facebooknya yang disiarkan secara langsung dari Rumah Putih memberi ucapan takziah sambil memegang senaskhah buku, "GOAT: A Tribute to Muhammad Ali," dan menandatangani sepasang sarung tangan tinju yang diberikan oleh Ali kepadanya.

"Amat jarang sekali seorang tokoh mencetuskan satu imaginasi kepada seluruh dunia. Dia adalah antara salah seorang dan dalam buku saya ini dialah sentiasa yang terhebat," kata Obama.

Ali dijangka dikebumikan lewat hari ini selepas satu upacara penghormatan awam yang dijangka turut dihadiri bekas Presiden AS, Bill Clinton, Presiden Turki, Tayyip Erdogan dan pelawat terkenal, Billy Crystal yang berlangsung di KFC Yum Center.

"Ali tidak akan 'mati'. Semangatnya terus hidup," kata promoter tinju, Don King kepada Reuters dari Freedom Hall, kompleks di mana Ali menumbangkan Willi Besmanoff pada 1961, iaitu pertarungan terakhirnya di Louisville.

Mereka yang turut memberikan penghormatan terakhir ialah pejuang hak asasi AS, Jesse Jackson dan penyanyi Yusuf Islam, yang sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens.

-Reuters

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 3:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SUSAH NAK JUMPA ORANG MACAM NI TP ALHAMDULILLAH MASIH WUJUD DI MALAYSIA (DEVANESWARAN KANESAN)
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Hati kau mmg mulia semoga Allah beri hidayah kepada anda...

comment:

Anonymous said...
Tq bro..we respect you

PAS GESA KERAJAAN PERSEKUTUAN NAIKKAN HARGA PADI DAN SUBSIDI, TURUNKAN PERATUS POTONGAN KUALITI PADI 17% HINGGA 15% SERTA AKAN BAWA SUARA PETANI KE PARLIMEN

bloglist-malaysia.blogspot

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Parti Islam Se-Malaysia PAS amat bersimpati dengan nasib penanam padi khususnya di Sungai Besar yang tidak dapat menikmati peningkatan pendapatan hasil jualan padi.

Dengan harga padi semasa RM1,200.00 bagi 1 tan, kenaikan subsidi buat pertama kali sebanyak hanya RM52.00 sejak 25 tahun dan pemotongan dinaikkan 20% menyebabkan hasil pendapatan bersih petani masih kurang dari RM1,000.00 sebulan.

Justeru, PAS mendesak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berkuasa penuh menetapkan harga belian padi dan potongan kualiti padi mempertimbangkan cadangan PAS seperti berikut ;

1- Kadar Harga Padi dinaikkan dari RM1,200.00 kepada RM1,300 ke RM1,350.00

2- Kadar Subsidi dinaikkan dari RM300.00 kepada RM500.00

3- Kadar Potongan kualiti padi diturunkan dari 20% kepada 17% ke 15%

Kadar baru yang dicadangkan oleh PAS ini membolehkan petani memperoleh sekurang-kurangnya RM1,500.00 ke RM1,600.00 sebulan.

PAS menggesa kerajaan persekutuan mempertimbangkan secara serius cadangan ini, dan PAS akan terus memperjuangkan suara dan keluhan petani ini ke Parlimen.

YB Dr Abd Rani Bin Osman

Calon Anda Parlimen P.093 Sg. Besar

Masih Ramai Bukan Islam Bersama PAS

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Program Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersama kaum Cina di sekitar Pekan Sungai Besar. PAS bukan parti untuk orang Melayu sahaja, PAS untuk semua. Orang Cina dan India jangan takut undi PAS.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 4:09 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jus Tembikai Hanya 50 Sen Sebungkus, Terjual 1,000 Bungkus Sehari
siakapkeli.my

KULIM, 10 Jun - Disebabkan harga jus tembikai yang dijual terlampau murah, 50 sen, sebuah gerai buah-buahan di Taman Mutiara, Sungai Kob menjadi tumpuan para pelanggan.

Pemiliknya, Norhanisah Ghazali, 31, berkata dia memulakan perniagaan jus tembikai itu sejak Ramadan tahun lepas dengan niat menjual sambil beramal.

"Namun tahun lepas saya hanya menjual 600 bungkus jus tembikai, pada kali ini ia meningkat kepada 1,000 bungkus setiap hari untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau juga, biarpun jumlah permintaan semakin bertambah, dia tetap menjaga kualiti jsunya dengan menggunakan air mineral yang dibeli di pasaraya.

"Saya tak mahu nanti orang cakap jual harga murah tapi menipu, saya berniaga dengan ikhlas dan niat untuk beramal," katanya.

Memandangkan permintaan yang semakin banyak, ibu kepada tiga orang anak itu juga terpaksa mengupah seorang pembantu dan berharap rezeki yang diperoleh menjual jus itu dapat dikongsi dengan orang lain.

Sementara itu, seorang pelanggan, Suhaila Sharafudin, berkata harga jus yang ditawarkan oleh kedai tersebut terlalu murah.

"Saya datang dari Sungai Kob untuk dapatkan jus ini walaupun terpaksa menunggu giliran tapi saya tak kisah kerana ia sedap malah murah.

"Hari ini saya beli enam bungkus untuk dihidangkan kepada ahli keluarga saya ketika berbuka puasa nanti," katanya. - Siakapkeli.my

Telur Basuh di Bazar Ramadhan?

jueara74.blogspot.

Terpanggil mAklong nak berkongsi cerita dengan rakan fb mAklong. Cerita pasal telur yang dibasuh.Ada sesetangah ustaz kata kalau makan telur tidak dibasuh hukumnya syubhah,ada setengahnya boleh jatuh kepada haram.Wallahua'lam.Itu yang mAklonG pernah dengar dan baca. mAklonG tahu pasal telur kena basuh ni melalui pembacaan mAklonG melalui majalah keluaran al-Arqam pada masa mAklonG tingkatan empat. Lama dahhhhh bak kata Tun M.

Dari situler mula mAklonG tahu rupa-rupanya nak masak telur, wajib basuh dulu.Alhamdulillah sampai sekarang mAklonG cuba praktikkan kalau nak makan kat luar mesti mencoye dulu cara orang yang masak tu.Yelahh kiranya bukan semua yang al-Arqam bawa tu sesat.Banyak juga yang boleh dipakai termasuklah cara muslimahnya menutup aurat.Bukan nak promote.Yang betul kita kena habaq mai.Yang tak betui pun kita kena habaq pi sama.Meh kita baca cete bawah ni untuk muhasabah diri..Selamat berpuasa!

Sebuah kisah di Bazar Ramadhan :

Dari Jauh kelihatan sebuah gerai di kerumuni ramai orang, Seorang Gadis menjenguk-jenguk kepalanya ke belakang meja jualan tersebut..
: Ye dik, nak berapa?

lalu dia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum berlalu dan berlalu pergi..
: "hrmm kenapalah masyarakat tak perasan-perasan lagi.."(dalam hati)

Menghampiri satu kedai yang lain..dijenguk-jenguk kepalanya kebelakang meja jualan..
: Ye dik nak berapa?
: "ishh..tak nampak pun papan-papannya.."(dalam hati)

lalu dihampiri isteri peniaga yang tengah membantu suaminya membungkus
: kak telur basuh tak?
: ehhh mestilah dik kita nak niaga rezeki halal dik..nak berapa?
(tersenyum2 dibuatnya)
: bagi saya 5 kak, mertabak daging 3, ayam 3..

Mode : martabak paling laku bulan puasa je..menu kegemaran Malaysia bulan Ramadhan.

Moral : Kepada pembeli concern dengan apa yang kamu beli untuk keluarga dan teman-teman mu..
kepada peniaga..Amalkan rezeki yang syubhah...carilah yang halal dibulan ramadhan yang mulia ini..

cuba anda bayangkan..
tangan peniaga berminyak mengambil sebiji telur dari papannya dan memecahkan telur tersebut..kemudian menebar dan menguli tepung untuk membuat martabak/oti canai seterusnya..eeeee

Fakta penting : teluar yang dijual dan disusun dipapan-papan telur adalah diambil terus dari reban dan tidak dicuci..jika tidak percaya sila lihat telur yang anda beli dirumah..kesan-kesan hitam/kelabu bertompok-tompak itu merupakan TAHI AYAM!!!

Posted by mAlonG Sufina

MAKAN TAIK AYAM

telokbakong.blogspot

hamirdin.blogspot.

Posted by Hamirdin b Ithnin

سۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Walau pun badan letih letak, ku gagahi juga ke gerai Rmadhan di tempat ku sebab terasa pula nak makan yang sedikit kelainan semasa berbuka. Juga ingin sedikit juadah semasa moreh selepas tarawih. Memang aku telah duga dan telah ketahui, sekiranya berpuasa, dan merayau rayau sebelah petang cari makanan untuk berbuka, serakah selera akan menyuruh beli itu, dan itu dan ini dan ini, tambah ini, tambah itu dan tambah ini.

Jumpa satu gerai murtabak. Semasa berbuka puasa, murbatak adalah cuisine yang menyelerakan. Selama ini aku memang sentiasa ingat apa yang diceramah oleh Pak Yazid. Dia kata ramai orang makan taik ayam. Heran juga aku macam mana. Dia kata bila beli roti canai, apabila telur yang digunakan untuk dicampur dengan roti itu tidak dibasuh dan dicuci dulu dan berselekeh dengan taik ayam, orang yang pegang telur tu akan berselekeh tangannya dengan taik ayam. Kemudian dia pecahkan telur atas tepung uli, dan kemudian dia tenyek. Nyet nyet nyet. Seluruh tepung tu dah kena taik ayam. Seluruh tepung dan najis. Bila dah masak, dia hidangkan pada kau. Kau pun tibai. Nyam nyam nyam. Najis najis najis. Itulah kau makan taik ayam.

20 tahun dulu disebuah restoren di Sungai Besi, sebelum aku order roti canai, aku tanya si penebar, telur basuh tak? Soalan ku menjadikannya marah meletup letup. Kalau basuh nanti telur rosak katanya. Namun mengaku tidak sekali mau dia. Hari tu di gerai ramadhan yang menjual murtabak aku tanya: telur basuh tak? sebab aku lihat telur yang dalam tray tu berselepit dengan taik. Dia tak jawab, tapi aku tau, dia tak basuh. Aku beri tau, telur tu ada taik. Dia jawab, taik kat luar, telur kat dalam. Aku jawab, tangan kau pegang telur bertaik, taik tu najis, tangan kau jadi najis, lepas tu kau geromol murtabak, murtabak jadi najis. Kau beri orang makan najis. Siapa nak tanggung tu? Ah, terima kasih ya, jawabnya.

Kalau kau nak beli murtabak atau roti canai, kau tanya tak telur yang digunakan tu di basuh atau tidak?

Mencampurkan Air Milo Kotak Dgn Air Paip

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Peniaga di Aeon Jusco AU2 Mencampurkan Air Milo Kotak Dgn Air Paip menjadi viral di media sosial.

Harap mendapat perhatian.

Kredit
0xDDos

Jijik Dan Pengotor

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sat Jun 11, 2016 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tumbang Ketika Solat Terawih : Bukan Meninggal, Cuma Pitam
siakapkeli.my

PORT DICKSON, 9 Jun: Dakwaan satu klip video viral yang merakamkan seorang wanita yang dikatakan meninggal dunia ketika menunaikan solat terawih di sebuah masjid di sini adalah tidak benar kerana wanita itu hanya pitam sahaja.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Eksekutif Masjid Jamek Abdullah Sijang, Muhammad Abu Dhiral Burhanuddin yang terkejut apabila rakaman CCTV itu viral dengan maklumat yang salah.

Menurut beliau, wanita 30-an itu rebah secara tiba-tiba sebelum dibantu beberapa jemaah wanita lain pada jam 9.40 malam kelmarin.

"Dia yang pitam kemudian berehat sebentar sebelum menyambung solat Tarawih seperti biasa. Jemaah lelaki yang berada di hadapan tidak menyedari kejadian itu kerana tiada kekecohan berlaku.

"Kami kesal kerana klip video itu tersebar dengan maklumat yang tidak tepat," katanya di sini, hari ini.

Rakaman selama 51 saat itu memaparkan wanita berkenaan rebah secara tiba-tiba sebelum dibantu jemaah lain dan tersebar dengan beberapa keterangan antaranya 'jatuh semasa solat Tarawih di Majid Jamek PD... Innalillah...' dan 'wanita meninggal ketika solat Tarawih'.

Rebah ketika sedang berdoa
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Lelaki dari India disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika berdoa. - Foto Ihsan pembaca

Georgetown: Seorang lelaki rebah secara tiba-tiba ketika sedang berdoa sejurus solat Asar di Surau Surau Ar Rahman Flet Sri Saujana Gat Lebuh Maccalum, di sini, semalam, sebelum disahkan meninggal dunia.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, Mohamed Abdul Lathiff berasal dari India, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, lelaki itu yang tinggal di negeri ini, bekerja sebagai jurujual manakala isterinya berada di India.
"Bedah siasat di Hospital Pulau Pinang hari ini mendapati lelaki terbabit meninggal dunia kerana komplikasi darah tinggi.
"Mayatnya sudah dituntut adik lelakinya yang tinggal di Alor Star, Kedah," katanya.
-hmetro

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/rebah-ketika-sedang-berdoa.html#ixzz4BE0vlF4z
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sat Jun 11, 2016 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hadith-hadith Fadhilat Puasa Ramadhan

~ASSALAMUALAIKUM~

InsyaAllah sempena bulan barakah dan rahmat, bulan Ramadhan ini saya akan cuba berkongsi entry berkenaan puasa. Banyak juga sebenarnya maklumat Ramadhan yang kita tak tahu dan mungkin selama ni agak malas nak ambil tahu, so Ramadhan kali ni kita serap info Ramadhan ni sedikit demi sedikit. Kali ni saya nek berkongsi sedikit hadith fadhilat Ramadhan yang dipetik dari halaqah.net.

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

~SELAMAT BERPUASA RAMADHAN~

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Denda Maksimum RM2000 Dan Penjara Bagi Kesalahan Guna Lorong Kecemasan
siakapkeli.my

Kuala Selangor: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan media menyatakan pihak mereka tidak akan berkompromi lagi dengan pengguna jalan raya yang mementingkan diri menggunakan lorong kecemasan di mana akan dibawa ke mahkamah berkuatkuasa serta-merta.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, mereka ini yang masih berdegil menggunakan lorong kecemasan akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Kaedah 9 dan 53 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.

"Sebelum ini mereka hanya dikenakan saman RM300 tetapi kita lihat jumlah saman itu agak rendah dan tidak memberi kesedaran kepada mereka.

"Sebab itu kita memandang perkara ini serius sekali gus mengambil tindakan mahkamah yang membolehkan mereka disaman maksimum RM2,000 atau penjara setahun," katanya dipetik laporan Bernama.

Menurut beliau, 7 daripada 91 pemilik kenderaan yang dikenal pasti menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya PLUS, di Melaka, bulan lalu, sehingga menghalang ambulan sudah memberikan keterangan kepada JPJ dan akan didakwa di mahkamah kerana kesalahan berkenaan.

"Seramai 84 lagi diberi tempoh sehingga 16 Jun ini untuk memberi keterangan, jika gagal tindakan mahkamah akan terus diambil terhadap mereka," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Darwish Menangis Sampai Jam 4-5 Pagi Sebab 'Nak' Mummy
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial Facebook sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki meratapi pemergian ibunya tercinta di sebuah hospital di Alor Setar, .

Video berkenaan telah dimautnaik oleh saudara ibu saudara arwah, Puan Sharifah Asma Syed Kechik di mana ia telah mengundang simpati netizen.

Darwish dilihat tidak mahu berenggang dan memeluk ibunya yang sudah 'pergi' meninggalkannya sehingga jam 4 hingga 5 pagi.

Menurut Puan Asma, anak saudaranya itu tidak menghidapi sebarang penyakit kecuali dapat darah tinggi secara tiba-tiba sahaja.

"My niece tak pernah ada sakit apa-apa pun sebelum ini. Cumanya, bila dia pregnant, dia dapat darah tinggi tiba-tiba sahaja. Itu pun semasa dia hamil, dia pun tak tahu sampailah kandungan dia berusia 3 bulan, baru dia tahu.

"Masa kejadian itu, dia hamil 6 bulan. Pada mulanya dia sakit tengkuk dan kepala. Dia minta anak dia picitkan. Selepas itu tiba-tiba saja dia tidak sedar. Then suami dia pulang dari office terus menghubungi ambulance, bawa pergi ke hospital.

"Menurut doktor, pembuluh darah dia dah pecah dan darah sudah spread ke otak dan perlukan pembedahan segera. Terpaksalah bawa ke Hospital Besar Alor Setar. Tapi pada masa itu, dia dah elok dan boleh bercakap lagi.

"Sebelum pembedahan, dia nak tengok Darwish sebab Darwish sangat rapat dengan dia. Nak tidur pun, ibu dia yang kena tidurkan dia.

"Pembedahan berlangsung selama 12 jam. Selepas keluar dari bilik pembedahan, dia terus koma dan langsung tiada sebarang respon. Beberapa hari kemudian, bayi dalam kandungannya meninggal dunia. Arwah pula under ventilator.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sat Jun 11, 2016 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tapak Tangan Terbelah, Putus 3 Jari Gara-Gara Tak Sempat Baling Mercun
siakapkeli.my

KUALA KANGSAR, 10 Jun: Malang tidak berbau.

Seorang kanak-kanak 11 tahun terbelah tapak tangannya manakala tiga jarinya pula putus akibat bermain mercun di Kampung Sayong Lembah dalam kejadian di sini petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu, mangsa dikatakan tidak sempat membaling mercun itu yang sudah dinyalakan menyebabkan ia meletup di tangan.

Menurut nenek kepada kanak-kanak itu, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar dengan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping pada jam 9 malam.

"Adam selesai menjalani pembedahan kira-kira jam 2 pagi tadi dan hanya tinggal dua jari iaitu jari telunjuk dan ibu jari

"Dia masih dirawat di Hospital Taiping," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Neneknya juga berkata, sebelum kejadian mangsa menonton televisyen di rumah sebelum seorang rakannya dipercayai mengajaknya bermain di kawasan Pesisiran Sayong sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Katanya, orang ramai di tempat kejadian dikatakan menasihatkan mereka supaya tidak bermain mercun selepas balingan pertama menghasilkan bunyi yang kuat

"Tidak lama kemudian, letupan mercun kedengaran buat kali kedua dan disusuli jeritan Adam yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tangannya," katanya - Siakapkeli.my

Niat Nak Takutkan Anak Supaya Buat Kerja Sekolah Bertukar Tragedi Apabila Gunting Tertusuk Dalam Kepala
siakapkeli.my

Shanghai, China - 6 Jun : Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun terpaksa menempuhi detik menyakitkan apabila sebilah gunting melekat di kepalanya.

Semuanya gara-gara tindakan ayahnya yang cuba menakutkan anaknya perempuannya itu supaya membuat kerja sekolah.

Shanghaiist melaporkan, ayah kepada kanak-kanak itu pada mulanya marah kerana anak perempuannya itu bermain dengan adiknya dan tidak membuat kerja rumah pada malam Jumaat seperti biasa.

Dia kemudian mengambil sebilah gunting dan mengacah anak perempuannya itu dengan tujuan untuk menakut-nakutkannya supaya membuat kerja sekolah.

Namun malang menimpa apabila gunting itu terlucut dari tangannya yang licin pada ketika itu kerana baru sahaja selesai mencuci ayam. Kemudian gunting itu tertusuk ke kepala anaknya sehingga terkena bahagian otak.

Kanak-kanak 10 tahun itu kemudian dikejarkan ke hospital.

Doktor kemudian berjaya mengeluarkan gunting sepanjang 15 cm itu dari tengkoraknya.

Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil tetapi dia tidak dapat mengingati kejadian tersebut.

Ibu kanak-kanak itu turut berkata suaminya itu cuma mahu menakutkan anaknya dan tiada niat untuk menyakiti anaknya itu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 11, 2016 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Proton Nafi Dakwaan Kereta Keluarannya Akan Terbakar Atau Rosak Jika Guna Jump-Start
siakapkeli.my

Sebelum ini tersebar di laman sosial sebuah notis yang kononnya dikeluarkan oleh pusat servis kenderaan milik Proton di mana notis itu mendakwan beberapa kereta keluaran Proton tidak boleh menggunakan 'jump start' atau jumper kerana boleh menyebabkan Unit Kawalan Transmisi (TCU BOX) akan rosak atau terbakar.

Dua keping notis yang tersebar

Berikutan penyebaran notis ini, pihak Proton telah tampil menafikan perkara ini melalui satu kenyataan.

Menurut pihak Proton, segala yang terkandung di dalam notis yang tersebar di media sosial itu adalah tidak benar sama sekali sekali gus menegaskan, semua kereta boleh melalui tindakan bantu mula atau jump-start.

Walaubagaimanapun, seperti OEM seperti kereta-kereta lain, kereta keluaran Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa

Kerana ini pihak syarikat pengeluar kenderaan nasional ini telah menyertakan panduan yang lebih tepat mengenai perkara ini mereka memberi jaminan yang kereta keluaran mereka adalah selamat untuk dihidupkan menggunakan 'jumper' selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.

Berikut adalah prosuder yang betul untuk melakukan jump-start

- Sterminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas.

- Tapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut.

Berikut pula merupakan langkah-langkah yang perlu diambil berdasarkan buku panduan apabila menggunakan kabel jumper yang disambungkan kepada bateri dari kenderaan lain :

a.. Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel jumper boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain. Sekiranya bersentuhan, ia boleh menyebabkan sambungan bumi yang tidak diingini. Kenderaan mungkin tidak akan dapat dihidupkan dan pembumian tidak diingini boleh merosakkan sistem elektrik (Unit Kawalan Transmisi, TCU).
b.. Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri penggalak tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang tidak boleh digunakan, ini adalah untuk mengelakkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.
c.. Gunakan hanya kabel jumper dengan pengapit bateri berpenebat.
d.. Kenderaan mestilah berada dalam keadaan "P" (PARK) untuk transmisi automatik dan "N" (NEUTRAL) untuk transmisi manual.
e.. Matikan pencucuhan pada kedua-dua kenderaan terlebih dahulu.
f.. Apabila menyambungkan kabel penggalak, jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal atau ia akan menyebabkan percikan api dan bateri boleh meletup.
g.. Kabel jumper negatif (hitam) tidak boleh dikapitkan ke saluran bahan api dengan sarung logam atau ke penapis bahan api atau garisan brek kerana ini boleh menyebabkan kebakaran.
h.. Hidupkan enjin kenderaan yang mempunyai bateri penggalak, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit dan kemudian hidupkan enjin kenderaan yang terjejas.
i.. Selepas enjin dihidupkan, buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.

Untuk maklumat lebih terperinci, pemilik kenderaan Proton dinasihakan untuk merujuk kepada buku panduan kenderaan mereka sebelum melakukan sebarang bantu mula kecemasan kepada bateri. Proton akan memastikan syarikatnya akan sentiasa memastikan kereta-keretanya dikeluarkan mengikut piawaian keselamatan yang tinggi dan tidak menjejaskan keselamatan pelanggan.

Sebarang pemeriksaan lanjut dan penukaran bateri, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1800 888 398 atau emel kepada customercare@proton.com untuk sebarang pertanyaan dan bantuan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: