Wednesday, June 15, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4529

12 Messages

Digest #4529
1
3a
Fw: Kadar 8 Tol Kemungkinan Naik by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3c
Re: Fw: Kadar 8 Tol Kemungkinan Naik by "muhamad zuki bin abdul kadir" myv183
4a
Fw: Ramadan, Fakta Amalan Sunnah 3 by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Derita Akibat kosmetik Online by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
7
Fw: Gaji RM3,500 Hanya Layak beli Myvi, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: Viral Kisah Tanggung Mentua, Ipar by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
9

Messages

Tue Jun 14, 2016 8:01 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Model Baharu Proton Perdana Dilancar Hari Ini
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Najib melancarkan Proton Perdana model baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa. - fotoBERNAMA


PUTRAJAYA: Proton Holdings Bhd memperkenalkan Proton Perdana generasi keempat menandakan kemasukan semula pembuat kereta nasional itu ke dalam pasaran segmen D.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan kereta sedan eksekutif baharu itu dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Selasa.
Model tersebut ditawarkan dalam dua varian, 2.0 dan 2.4 liter yang masing-masing dijual pada harga dari RM113,438 hingga RM138,888 seunit.

Perdana baharu varian 2.0 didatangkan dengan enjin SOHC empat silinder 16 injap yang menghasilkan 154 kuasa kuda (bhp) dan kilas (tork) 189Nm.

Ruang dalaman model baharu Proton Perdana yang dilancar pada Selasa.
Bagi varian 2.4 pula dipadankan dengan enjin DOHC empat silinder 16 injap yang menghasilkan 178 bhp dan 222Nm tork.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri MITI II, Datuk Seri Ong Ka Chuan, Pengerusi Proton Datuk Seri Syed Faizal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

Ahmad Fuaad berkata sejak tempahan dibuka pada Februari 2016, Proton Perdana sudah menerima kira-kira 900 tempahan dari seluruh negara.
"Kami menjangkakan penjualan kira-kira 3,000 unit menjelang akhir tahun ini," katanya.
Kereta ini boleh didapati dalam enam warna iaitu Ruby Red, Sterling Silver, Graphite Grey, Cotton White, Midnight Black dan Citrine Gold.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/model-baharu-proton-perdana-dilancar.html#ixzz4BY8SOKqh
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Honda Civic Baru Dah Sampai Malaysia
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 9 Jun: Berita baik buat penggemar Honda Civic 2016.

Honda Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkanmodel segmen C yang baharu menerusi model itu generasi ke-10 sebentar tadi.

Lapor Harian Metro, Honda Civic ditawarkan dengan tiga varian dimana dua darinya didatangkan dengan enjin 1.5 liter turbo dan satu lagi dengan enjin 1.8 liter.

Enjin 1.5 liter turbo boleh menghasilkan 173PS dengan tork setinggi 220Nm.

Enjin 1.8 liter pula menghasilkan 141PS, manakala 174Nm bagi kuasa torknya.

Model Civic baharu itu dijual pada harga RM113,800 bagi varian 1.8 S, RM127,800 (1.5 Turbocharger Premium) dan RM135,800 (1.5 Turbocharger Premium) termasuk insuran. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 14, 2016 8:01 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jangan Beli Mercun Dalam Talian Penjual Dan Akan Diambil Tindakan
kitabantai.info
Posted by kita bantai

KUALA LUMPUR: Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membeli mercun yang dijual secara dalam talian kerana penjualannya tidak dibenarkan.

Individu yang menjualnya lebih-lebih sempena hari raya ini boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata penjualannya adalah haram dan merupakan satu kesalahan.

"Namun setakat ini pihak polis masih belum menerima aduan mengenai penjualan mercun secara online, sekiranya ada kami akan mengambil tindakan undang-undang.

"Saya berharap pihak penghantaran seperti Pos Laju dan syarikat penghantar barangan memberi kerjasama dengan polis dalam membanteras perbuatan ini termasuk penyeludupan mercun secara haram," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penyimpanan dan penghantaran mercun-mercun itu juga boleh mendatangkan bahaya kepada pejabat dan petugas yang berkhidmat di syarikat penghantaran.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) ketika dihubungi berkata pihaknya akan memberi bantuan teknikal kepada polis dalam kes penjualan mercun menerusi dalam talian sekiranya perlu.

Menurutnya antara bantuan yang boleh diberikan ialah mengenal pasti suspek, kepakaran forensik dan jika perlu menyekat laman sesawang berkenaan.

Tinjauan Bernama mendapati sekurang-kurangnya tujuh laman sesawang yang beroperasi menerusi laman web serta laman sosial dan aplikasi telefon pintar WhatsApp dan Instagram.

Laman sesawang berkenaan memuat naik gambar pelbagai jenis mercun antaranya mercun mancis, bola, naga, padi, das, thunder clap dan roket yang dijual antara RM3 sehingga RM260 sekotak bergantung pada saiz.

Tujuh laman terbabit menggunakan nama seperti Mercun Raya 2016, Mercun RAYA 2016 Baru, Bungapi and Mercun@skyblast, Mercun Online Store (mercun_online), mercun_bunga_api_lcm, Kedai Bunga Api Raya dan Mercun Raya.

Modus operandi mereka ialah dengan meminta orang ramai membuat pilihan jenis mercun yang dipaparkan dan kemudian menghubungi mereka untuk membuat tempahan.

Ketika wartawan Bernama menghubungi beberapa laman sesawang tersebut, beliau diminta untuk membuat pembayaran menerusi akaun bank dan diberi pilihan sama ada mahu menerima tempahan secara serahan tangan atau secara pos.

Antara mercun yang ditawarkan ialah mercun bola, mercun naga dan mercun roket yang mengeluarkan bunyi dentuman kuat dan boleh mencederakan orang.

-mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/jangan-beli-mercun-dalam-talian-penjual.html#ixzz4BTal0aDY
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 14, 2016 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kadar 8 Tol Kemungkinan Naik Berdasarkan Perjanjian Konsesi Atau Kerajaan Terpaksa Bayar Pampasan
siakapkeli.my

Pihak kerajaan dilaporkan akan membuat keputusan muktamat dalam masa terdekat ini mengenai jumlah kadar kenaikan kadar tol di lapan lebuh raya utama, lapor Sinar Harian.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sekiranya kerajaan tidak menaikkan kadar tol, ianya tiada cara lain melainkan kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada syarikat konsesi terbabit.

"Dalam mengatasi isu kadar tol ini, pihak kerajaan menghadapi dilema iaitu sama ada membenarkan kenaikan kadar tol ataupun memberikan pampasan. Itulah dua pilihan yang ada pada kerajaan.

"Dengan erti lain, pengguna jalan perlulah membayar jika ingin menggunakan kemudahan tol ini manakala bagi pihak kerajaan, bebanan hutang tetap akan ditanggung di bawah terma-terma perjanjian yang dipersetujui," kata Fadillah.

Berdasarkan perjanjian pihak kerajaan dengan syarikat pemegang konsesi, terdapat lapan lebuh raya telah dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus mulai Januari 2016.

Jika kerajaan tidak meluluskan kenaikan ini, jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan ialah sebanyak RM593 juta.

Kelapan-lapan lebuh raya berkenaan ialah semua tol kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)kecuali Jambatan Pulau Pinang, Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).

Manakala empat lebuh raya lagi ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Butterworth-Kulim Expressway (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB).

Beliau turut menjelaskan yang kerajaan pusat amat prihatin untuk tidak membebankan rakyat dimana telah melarang sebarang kenaikan kadar tol antara tahun 2008 hingga 2014.

"Bagaimanapun, yang menanggung akibatnya ialah kerajaan. Jumlah pampasan yang dibayar oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi ini melebihi RM2.2 bilion sepanjang tempoh enam tahun itu," kata Fadillah.

Fadillah bagaimanpun tidak mahu membuat sebarang spekulasi sama ada berlaku kenaikan kadar tol lapan lebuhraya berkenaan kerana masih belum ada rundingan antara kerajaan dengan semua syarikat konsesi terbabit.

Manakala bagi tahun depan, mengikut perjanjian, terdapat empat lebuh raya lagi dibenarkan menaikkan kadar tol. Keempat-empat lebuh raya ini ialah Guthrie Corridor Expressway (GCE), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Senai-Desaru Expressway (SDE) dan Eastern Dispersal Link (EDL).

Di bawah perjanjian itu juga, mulai tahun 2016, Plus dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak 5 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali sehingga tahun 31 Disember 2038.

Kali terakhir Plus menaikkan kadar tol ialah pada tahun 2005, bagaimanapun pada PRU lalu, BN melalui manifestonya berjanji tidak akan meluluskan kenaikan kadar tol dalam tempoh lima tahun, iaitu antara tahun 2013 hingga 2018. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 14, 2016 3:56 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

YG buat perjanjian dg Tol ialah Kerajaan,,, bukan RakyatMaka, kerajaan dan ahli parlimen Persekutuan lah yg bayar TOLBukan begitu MP Langkawi ??

On Tuesday, June 14, 2016 11:02 AM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


   

Kadar 8 Tol Kemungkinan Naik Berdasarkan Perjanjian Konsesi Atau Kerajaan Terpaksa Bayar Pampasan
siakapkeli.my 
Pihak kerajaan dilaporkan akan membuat keputusan muktamat dalam masa terdekat ini mengenai jumlah kadar kenaikan kadar tol di lapan lebuh raya utama, lapor Sinar Harian.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sekiranya kerajaan tidak menaikkan kadar tol, ianya tiada cara lain melainkan kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada syarikat konsesi terbabit.

"Dalam mengatasi isu kadar tol ini, pihak kerajaan menghadapi dilema iaitu sama ada membenarkan kenaikan kadar tol ataupun memberikan pampasan. Itulah dua pilihan yang ada pada kerajaan.

"Dengan erti lain, pengguna jalan perlulah membayar jika ingin menggunakan kemudahan tol ini manakala bagi pihak kerajaan, bebanan hutang tetap akan ditanggung di bawah terma-terma perjanjian yang dipersetujui," kata Fadillah.

Berdasarkan perjanjian pihak kerajaan dengan syarikat pemegang konsesi, terdapat lapan lebuh raya telah dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus mulai Januari 2016.

Jika kerajaan tidak meluluskan kenaikan ini, jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan ialah sebanyak RM593 juta.

Kelapan-lapan lebuh raya berkenaan ialah semua tol kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)kecuali Jambatan Pulau Pinang, Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).

Manakala empat lebuh raya lagi ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Butterworth-Kulim Expressway (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB).

Beliau turut menjelaskan yang kerajaan pusat amat prihatin untuk tidak membebankan rakyat dimana telah melarang sebarang kenaikan kadar tol antara tahun 2008 hingga 2014.

"Bagaimanapun, yang menanggung akibatnya ialah kerajaan.  Jumlah pampasan yang dibayar oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi ini melebihi RM2.2 bilion sepanjang tempoh enam tahun itu," kata Fadillah.

Fadillah bagaimanpun tidak mahu membuat sebarang spekulasi sama ada berlaku kenaikan kadar tol lapan lebuhraya berkenaan kerana masih belum ada rundingan antara kerajaan dengan semua syarikat konsesi terbabit.

Manakala bagi tahun depan, mengikut perjanjian, terdapat empat lebuh raya lagi dibenarkan menaikkan kadar tol. Keempat-empat lebuh raya ini ialah Guthrie Corridor Expressway (GCE), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Senai-Desaru Expressway (SDE) dan Eastern Dispersal Link (EDL).

Di bawah perjanjian itu juga, mulai tahun 2016, Plus dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak 5 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali sehingga tahun 31 Disember 2038.

Kali terakhir Plus menaikkan kadar tol ialah pada tahun 2005, bagaimanapun pada PRU lalu, BN melalui manifestonya berjanji tidak akan meluluskan kenaikan kadar tol dalam tempoh lima tahun, iaitu antara tahun 2013 hingga 2018. - Siakapkeli.my  
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
#yiv5070838029 #yiv5070838029 -- #yiv5070838029ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-mkp #yiv5070838029hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-mkp #yiv5070838029ads {margin-bottom:10px;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-mkp .yiv5070838029ad {padding:0 0;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-mkp .yiv5070838029ad p {margin:0;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-mkp .yiv5070838029ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-sponsor #yiv5070838029ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-sponsor #yiv5070838029ygrp-lc #yiv5070838029hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-sponsor #yiv5070838029ygrp-lc .yiv5070838029ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv5070838029 #yiv5070838029actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv5070838029 #yiv5070838029activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv5070838029 #yiv5070838029activity span {font-weight:700;}#yiv5070838029 #yiv5070838029activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv5070838029 #yiv5070838029activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv5070838029 #yiv5070838029activity span span {color:#ff7900;}#yiv5070838029 #yiv5070838029activity span .yiv5070838029underline {text-decoration:underline;}#yiv5070838029 .yiv5070838029attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv5070838029 .yiv5070838029attach div a {text-decoration:none;}#yiv5070838029 .yiv5070838029attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv5070838029 .yiv5070838029attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv5070838029 .yiv5070838029attach label a {text-decoration:none;}#yiv5070838029 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv5070838029 .yiv5070838029bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv5070838029 .yiv5070838029bold a {text-decoration:none;}#yiv5070838029 dd.yiv5070838029last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv5070838029 dd.yiv5070838029last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv5070838029 dd.yiv5070838029last p span.yiv5070838029yshortcuts {margin-right:0;}#yiv5070838029 div.yiv5070838029attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv5070838029 div.yiv5070838029attach-table {width:400px;}#yiv5070838029 div.yiv5070838029file-title a, #yiv5070838029 div.yiv5070838029file-title a:active, #yiv5070838029 div.yiv5070838029file-title a:hover, #yiv5070838029 div.yiv5070838029file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv5070838029 div.yiv5070838029photo-title a, #yiv5070838029 div.yiv5070838029photo-title a:active, #yiv5070838029 div.yiv5070838029photo-title a:hover, #yiv5070838029 div.yiv5070838029photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv5070838029 div#yiv5070838029ygrp-mlmsg #yiv5070838029ygrp-msg p a span.yiv5070838029yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv5070838029 .yiv5070838029green {color:#628c2a;}#yiv5070838029 .yiv5070838029MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv5070838029 o {font-size:0;}#yiv5070838029 #yiv5070838029photos div {float:left;width:72px;}#yiv5070838029 #yiv5070838029photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv5070838029 #yiv5070838029photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv5070838029 #yiv5070838029reco-category {font-size:77%;}#yiv5070838029 #yiv5070838029reco-desc {font-size:77%;}#yiv5070838029 .yiv5070838029replbq {margin:4px;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-mlmsg select, #yiv5070838029 input, #yiv5070838029 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-mlmsg pre, #yiv5070838029 code {font:115% monospace;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-mlmsg #yiv5070838029logo {padding-bottom:10px;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-msg p#yiv5070838029attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-reco #yiv5070838029reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-sponsor #yiv5070838029ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-sponsor #yiv5070838029ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-sponsor #yiv5070838029ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv5070838029 #yiv5070838029ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv5070838029

Tue Jun 14, 2016 5:11 pm (PDT) . Posted by:

"muhamad zuki bin abdul kadir" myv183

Come on la. U kerajaan tapi cakap macam PATI. Kuasa ditangan anda. Rakyat
is top priority. Bukan konsesi@kroni@etc
On Jun 15, 2016 06:56, "bashah bwasi@yahoo.com [automobil]" <
automobil@yahoogroups.com> wrote:

>
>
> YG buat perjanjian dg Tol ialah Kerajaan,,, bukan Rakyat
> Maka, kerajaan dan ahli parlimen Persekutuan lah yg bayar TOL
> Bukan begitu MP Langkawi ??
>
>
>
>
> On Tuesday, June 14, 2016 11:02 AM, "'-:eSpAcE9808:-'
> rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:
>
>
>
> 
>
>
> *Kadar 8 Tol Kemungkinan Naik Berdasarkan Perjanjian Konsesi Atau Kerajaan
> Terpaksa Bayar Pampasan*
> siakapkeli.my
>
>
> <https://1.bp.blogspot.com/-xpnqBsx6Wbk/V14cmZm6KQI/AAAAAAAAf9c/95IgjuYwrU06KR0FFsjwiUILWbUTcGYfgCLcB/s1600/1.jpg>
>
> Pihak kerajaan dilaporkan akan membuat keputusan muktamat dalam masa
> terdekat ini mengenai jumlah kadar kenaikan kadar tol di lapan lebuh raya
> utama, lapor *Sinar Harian
> <http://www.sinarharian.com.my/nasional/kadar-tol-8-lebuh-raya-akan-naik-1.531587#FB>*
> .
>
> Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sekiranya kerajaan
> tidak menaikkan kadar tol, ianya tiada cara lain melainkan kerajaan
> terpaksa membayar pampasan kepada syarikat konsesi terbabit.
>
> *"Dalam mengatasi isu kadar tol ini, pihak kerajaan menghadapi dilema
> iaitu sama ada membenarkan kenaikan kadar tol ataupun memberikan pampasan.
> Itulah dua pilihan yang ada pada kerajaan.*
>
> *"Dengan erti lain, pengguna jalan perlulah membayar jika ingin
> menggunakan kemudahan tol ini manakala bagi pihak kerajaan, bebanan hutang
> tetap akan ditanggung di bawah terma-terma perjanjian yang dipersetujui,"*
> kata Fadillah.
>
> Berdasarkan perjanjian pihak kerajaan dengan syarikat pemegang konsesi,
> terdapat lapan lebuh raya telah dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak
> lima peratus mulai Januari 2016.
>
> Jika kerajaan tidak meluluskan kenaikan ini, jumlah pampasan yang perlu
> dibayar oleh kerajaan ialah sebanyak RM593 juta.
>
> Kelapan-lapan lebuh raya berkenaan ialah semua tol kendalian Lebuhraya
> Utara-Selatan (Plus)kecuali Jambatan Pulau Pinang, Link Kedua
> Malaysia-Singapura, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), dan Lebuhraya
> Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).
>
> Manakala empat lebuh raya lagi ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
> Butterworth-Kulim Expressway (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
> dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB).
>
> Beliau turut menjelaskan yang kerajaan pusat amat prihatin untuk tidak
> membebankan rakyat dimana telah melarang sebarang kenaikan kadar tol antara
> tahun 2008 hingga 2014.
>
> "*Bagaimanapun, yang menanggung akibatnya ialah kerajaan. Jumlah
> pampasan yang dibayar oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi ini
> melebihi RM2.2 bilion sepanjang tempoh enam tahun itu,"* kata Fadillah.
>
> Fadillah bagaimanpun tidak mahu membuat sebarang spekulasi sama ada
> berlaku kenaikan kadar tol lapan lebuhraya berkenaan kerana masih belum ada
> rundingan antara kerajaan dengan semua syarikat konsesi terbabit.
>
> Manakala bagi tahun depan, mengikut perjanjian, terdapat empat lebuh raya
> lagi dibenarkan menaikkan kadar tol. Keempat-empat lebuh raya ini ialah
> Guthrie Corridor Expressway (GCE), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas),
> Senai-Desaru Expressway (SDE) dan Eastern Dispersal Link (EDL).
>
> Di bawah perjanjian itu juga, mulai tahun 2016, Plus dibenarkan menaikkan
> kadar tol sebanyak 5 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali sehingga tahun
> 31 Disember 2038.
>
> Kali terakhir Plus menaikkan kadar tol ialah pada tahun 2005, bagaimanapun
> pada PRU lalu, BN melalui manifestonya berjanji tidak akan meluluskan
> kenaikan kadar tol dalam tempoh lima tahun, iaitu antara tahun 2013 hingga
> 2018. - *Siakapkeli.my <http://siakapkeli.my/>*
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>
>
>

Tue Jun 14, 2016 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ramadan, Fakta Amalan Sunnah 3

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Ramadan, Masih ada lagi tentangnya kita tidak tahu! Ramadan adalah bulan bonus dengan gandaan pahala yang 'unknown, unlimited, infinite' tetapi pastinya jauh lebih besar daripada 700 kali ganda. Hadith Qudsi: "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

Peluang kepada special bonus ini akan terjejas jika kita tidak berwaspada "Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).

Takkan masih tewas, tanpa kacau ganggu syaitan!

Nabi SAW telah menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (Riwayat Al-Bukhari, 1/18 ; Muslim, 1/41) Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia membawa maksud ketidakmampuan Syaitan menguasai orang yang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar bulan ramadhan. ( Al-Muntaqa Min At-Targhib Wa at-Tarhib, Al-Munziri dan Al-Qaradawi, 1/313 )

Justeru, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" (Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim). Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan). Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa. Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka
hadith Nabi s.a.w Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib. Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air. Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
" Zahaba az-Zama u wabtallatil 'uruq wathabatal ajru InsyaAllah"
Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani).

8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda : Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

9) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

10) Bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :
Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).
Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya"; ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Diringkaskan dari sumber www.zaharuddin.net/

hisham-ahmad.blogspot.com
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: hishamahmad
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 14, 2016 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Derita Akibat kosmetik Online
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KEADAAN wajah Ain yang berjerawat dan berparut kesan menggunakan produk tiada kelulusan KKM. Gambar kecil, contoh kesan pengambilan ubat pada wajah mangsa.

Kuala Lumpur: Kerana Terdesak mahu menghilangkan parut jerawat dan mencerahkan wajah dalam tempoh singkat, Ain, 29, menanggung derita akibat mukanya membengkak, selain ditumbuhi jerawat batu selepas menggunakan krim yang dibeli melalui Facebook (FB).
Menurut Ain berkata, dia terlalu yakin membeli produk itu selepas membaca testimoni dalam FB dan komen positif pengguna yang pernah menggunakan produk kecantikan itu.

"Sebelum ini saya memang selalu berurusan dengan perniagaan online dan tidak pernah kecewa dengan kualiti barangan dibeli kerana saya menyelidik secara menyeluruh sebelum membuat keputusan.
"Saya tidak sangka krim yang saya telah beli itu menyebabkan muka saya lebih teruk sedangkan jenama produk itu terkenal di negara luar meskipun tidak diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Selepas memakainya dalam tempoh seminggu, muka saya kemerah-merahan, ditumbuhi jerawat besar dan bernanah sehingga membengkak," katanya ketika dihubungi, semalam.
Sumber: hmetro

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/derita-akibat-kosmetik-online.html#ixzz4BTb31NoI
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 14, 2016 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Juara MotoGP Dunia Sertai Anak Muda PAS

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


KUALA KANGSAR: Juara MotoGP Dunia, Khairul Idham Pawi atau dikenali juga dengan panggilan "Keon" hadir memenuhi program Santai Anak Muda sempena kempen PRK P.067 Kuala Kangsar di Dataran Menora, di sini semalam.

Pelbagai acara diadakan pada program yang turut disertai calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad itu khususnya untuk penduduk tempatan antaranya penyelenggaraan enjin dan tukar minyak hitam enjin motosikal.

Program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Perak itu turut berkonvoi dan menerapkan tata hemat penunggangan beriman serta klinik motosikal, sebelum berakhir dengan iftar jamaie di Kampung Bendang Panjang.

Pada program tersebut juga Khairul Idham menerima plak Ikon Anak Muda (Sukan) yang dianugerahkan kepada beliau pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-57 di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Plak anugerah itu telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria setelah Keon tidak dapat hadir kerana mengikuti sesi latihan di luar negara.

Remaja berusia 17 tahun itu pulang seketika ke kampung halamannya di Kampung Gajah, sebelum berangkat semula Isnin ini bagi menyambung latihannya di Sepanyol.

Mewakili Honda Asia Team, Khairul Idham melakar sejarah mendominasi saingan perlumbaan kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina awal April lalu.

Sementara itu, Dr Najiha dalam ucapannya pada majlis itu menyeru anak muda agar memikirkan masa depan mereka yang tidak menentu kerana dasar kerajaan dalam menawarkan peluang pekerjaan.

Katanya, anak muda kini termasuk para graduan universiti ramai yang menganggur selain terbeban oleh hutang pinjaman pendidikan PTPTN.

Jelasnya, kegagalan Kerajaan BN mengurus ekonomi dan polisi telah meminggirkan kemahiran dan bakat anak muda untuk diketengahkan serta dilibatkan dalam sektor pekerjaan sebaliknya boleh mengutamakan warga asing.

Beliau menyeru anak muda khususnya para pengundi PRK P.067 Kuala Kangsar melakukan perubahan dan memberi undi kepada PAS.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 14, 2016 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jika Gaji RM3,500 Hanya Layak beli Myvi, Berapakah Sebenarnya Gaji Untuk Layak Beli Honda Civic 2016?
siakapkeli.my

Nampaknya dua tiga hari ini satu persatu kereta baru muncul di pasaran Malaysia, dari kereta Honda Civic 2016 yang menjadi bualan dan kegilaan anak muda, hari ini pihak proton pula melancarkan kereta Proton Perdana Baru.

Ramai dilihat tertawan dengan kedua-dua kereta ini, ada yang bergaji RM3,000 sebulan mula bercita-cita handak beli kereta idaman mereka ini.

Admin akui itu hak anda, hak setiap individu, tetapi apa yang hendak disentuh di sini adalah mengenai masa depan kita, nak dengar atau tidak terpulang, ketahui kereta adalah keperluan tetapi kereta mahal dan hebat adalah kehendak.

Kereta merupakan aset, tetapi aset yang sentiasa susut nilai, jadi anda perlu merancang kehidupan untuk senang di kemudian hari, contoh yang terbaik sudah pastinya hartanah yang akan sentiasa naik dan tidak susut nilai.

Jika Gaji RM3,500 sebenarnya anda layak untuk beli kereta Produa Myvi sahaja, jadi berapa sebenarnya anda layak untuk beli kereta Honda Civic baru yang berharga RM130k++ ini.

Jom baca coretan saudara Harith Faisal.

HONDA CIVIC 2016 IDAMAN HATI SAYA.

Sekarang tengah hangat cerita pasal Honda Civic 2016 yang berharga sekitar RM132,000. Saya pun tergugat dengan design dia yang sangat mengancam gila woi.

Honda Civic adalah kereta idaman saya masa zaman sekolah. Kalau ikut gaji saya dan isteri, boleh saja kami angkat satu kereta tu. Memang layak. Tapi disebabkan kami ada asas ilmu kewangan, tak jadi belilah.

Siapa sebenarnya yang mampu dan layak untuk memiliki kereta Honda Civic yang gojes sangat tu? Kita berbalik kepada kiraan asas kereta mampu milik.

➡ Harga Honda Civic: RM132,000

Harga kereta mampu milik yang patut kita miliki mestilah kurang daripada gaji tahunan kita. Jika kita bergaji RM3,500 kita layak untuk beli Honda Civic tu. Bank boleh luluskan pembiayaan, tapi adakah kita mampu? Jom kira.

➡ RM3,500 x 12 = RM42,000.

Jadi, kalau gaji anda RM3,500 pakai kereta Perodua Myvi RM42,000 sudahlah. Tak payah nak berangan pakai Honda Civic baru tu. Orang gaji berapa yang mampu beli kereta tu?

➡ RM132,000 / 12 = RM11,000

Kalau gaji anda RM11,000 silakan angkat Honda Civic tu. Inilah matematik. Memang tak menipu. Yang selalu menipu adalah diri kita sendiri. Tak mampu, tapi acah-acah macam mampu. Rumah pun tak pernah beli lagi tu.

Pepatah kewangan ada mengatakan bahawa, "Jangan kagum sangat dengan Honda (Civic), kalau masih duduk menyewa". Itupun ramai yang tak puas hati sebab fikir lurus sangat. Puncanya, tak faham maksud yang tersirat.

Jangan risau, jualan Honda Civic terbaru takkan terjejas pun dengan posting macam ni. Mungkin beratus-ratus anak muda akan setuju, tapi beribu-ribu lagi anak muda lain masih membeli kereta di luar kemampuan diri.

Wei, raya nak dekat dah ni! Sekarang ni masa yang sangat sesuai untuk beli kereta baru. Banyak promosi raya. Nanti raya pertama boleh melaram, boleh upload gambar raya sambil posing baring atas kereta.

Nak beli, silakan. Tapi buat kira-kira dulu ya. Untuk kemaslahatan kewangan anda sendiri juga. Tak nak ikut nasihat ni? Sekati koranglah. Haha. - HF

Ok lepas baca apa yang saudara Harith Faisal ni tulis, silalah ambil kalkulator dan ukur baju di badan sendiri. Mampu? Hah pergilah nak beli Lamborghini pun tak siapa nak marah. Tapi kalau tak mampu, duduk diam-diam sudah. Pakailah kereta yang lebih murah di dalam kemampuan diri.

Murah pun tak apa kerana tujuan kereta tu dicipta untuk bawa kita dari point A ke point B. Bukannya untuk tunjuk kita mampu walau hakikatnya, kita dan Allah sahaja yang tahu.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 14, 2016 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Viral Kisah Tanggung Mentua, Ipar : "Bekas Kak Ipar Masih Ganggu Hantar Mesej Bukan-Bukan"
siakapkeli.my

Ini kesinambungan dari kisah, Saya Tanggung Mentua, Kakak Ipar, Adik Ipar, Biras Dan Anak Buah, Tapi Hanya Kerana Tak Bagi Pinjam Kereta, yang menjadi viral baru-baru ini.

Kesinambungan ini dikongsi oleh IIUM Confession dalam satu perkongsian hari ini.

Terima Kasih Untuk Respon Positif, Negatif
Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kerana siarkan confession panjang yang saya tulis di page ini semalam. Saya tidak sangka akan dapat banyak respons, baik positif mahupun negatif, saya terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak mendoakan saya at, semasa saya tulis confession itu hari itu, tersedu-sedu saya menaip sebab tidak pernah saya meluahkan. Terima kasih sangat-sangat pada yang mendoakan saya kuat.

Sayang Masih ada, Tapi Belum Kuat Untuk Rujuk Dengan Bekas Suami
Ramai juga yang mendoakan saya supaya rujuk dengan bekas suami, namun maaf, mungkin saya belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last incident di rumah mertua, tidak apalah, biarlah benda tu saya cuba lupakan dulu. Namun, tidak mudah sebenarnya untuk saya kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada. Saya sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga saya tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut. Ada juga saya lihat komen mengatakan saya bodoh sebab lepaskan bekas suami, namun sekiranya berada di tempat saya, anda akan tahu mengapa saya buat keputusan tersebut. Saya tidak mahu bekas suami menjadi anak derhaka, buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami. Khilaf saya, saya tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, saya gagal bersabar. Bekas suami masih contact saya, dan pujuk saya. Selalu juga dia tunggu di tempat saya kerja dan memujuk saya dan berjanji akan bawa saya duduk jauh dari keluarganya, namun saya tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Saya cakap pada bekas suami, isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik. Bekas suami menangis. Kami menangis bersama-sama. Ujian yang kami terima, kami redha.

Keras Hati? Mungkin Sebab Saya Dah Lama Berlembut..
Saya keras hati? Ya, saya tak nafikan. Mungkin sebab dah lama saya berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Saya bukan bodoh, apabila saya sedar saya dipergunakan, saya selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri. Saya akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga bergaduh kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka. Ada juga yang berkata saya suka mengungkit, maaf ini saya sangat tidak dapat terima, sepanjang tiga tahun saya di rumah itu, saya tidak pernah mengungkit di hadapan mereka. Suami ada ajak saya berbincang dan saya tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua, saya cakap takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga. Saya tidak kisah kerana saya mampu. Saya cuma mengungkit pada hari saya ditampar mertua dan dibelasah kakak ipar, ya saya mengungkit hanya pada hari itu kerana saya tidak tahan. Saya tahu mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk. Ramadhan kali ini memang la sedih tanpa suami namun saya akan kuat. Saya berbuka dengan ibu saya pada hari pertama berpuasa. Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya, saya akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka.

Request Bawa Restoran Mewah, Baju Raya Mewah, Kedai Emas
Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap-sedap. Baju raya yang mahal-mahal, dan pernah kakak ipar mengajak saya teman dia ke kedai emas, tanpa mengesyaki apa, saya drive kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta saya bayarkan. Terkejut, saya terus cakap tidak mahu, kerana budget cukup-cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga, kakak buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta saya. Lama juga kami tidak bertegur sapa. Tapi tidak apalah, saya tetap halalkan semua, saya hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar saya ada limit. Pada yang kata saya berkira, ya mungkin betul. Sebab saya yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Saya bukan malaikat.

Foto hiasan.

Hidup Baru, Lebih Dekat Dengan Tuhan
Selepas saya mulakan hidup baru, saya semakin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini Malam-malam saya bangun dan solat untuk minta ampun atas dosa saya meminta cerai daripada suami. Saya harap sangat saya diampunkan.

Masih Ganggu Hantar Mesej Bukan-Bukan
Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan-bukan, mendoakan saya mati cepat dan memaki hamun namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru. Bekas adik-adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya, pada mulanya saya fikirkan mereka betul-betul rindukan saya dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata "kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit." Hati saya perit lagi, tidak habis-habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap "ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahanam. Yang ko pergi potong astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko". Saya screenshot dan saya hantar pada bekas suami, dan cakap – Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah. Selepas itu, saya putuskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua. Sebab itu kadang-kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya, tapi dia hanya duduk dalam kereta, mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin.

Pesanan Kepada Yang Senasib
Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk. Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri, boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya. Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami? Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa. Kita tidak terlalu bergantung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri.
Salam Ramadhan semua. Kita doakan yang baik-baik untuk diri kita semua.
– Mrs. A

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, June 12, 2016 2:06 PM
Subject: Fw: Saya Tanggung Mentua, Kakak Ipar, Adik Ipar, Biras Dan Anak Buah,

Saya Tanggung Mentua, Kakak Ipar, Adik Ipar, Biras Dan Anak Buah, Tapi Hanya Kerana Tak Bagi Pinjam Kereta
siakapkeli.my

Di dalam alam bertumahtangga, ramai yang inginkan hubungan dibina bahagia , tetapi bukan semua orang bernasib baik untuk menjalani kehidupan bahagia seperti yang diimpikan itu dan akhirnya berakhir dengan penceraian.

Kadang-kadang hubungan yang dibina dengan suami tiada masalah, tetapi kerana campur tangan keluarga hubungan itu musnah.

Meluahkan perasaannya di dalam iium Confession BM, seorang wanita malang menceritakan kisah hidupnya yang begitu memeritkan.

Bukan kerana sang suami curang atau tidak sayang, tetapi kerana keluarga suami yang terlalu mengambil kesempatan atas kebaikannya sehingga dia hilang sabar menyebabkan dia dipukul dan difitnah.

Jom kita baca luahannya.

Akak Ipar, suaminya & Ibu Mertua yang melampau"

Assalamualaikum. Maaf jika saya gunakan medium ini untuk meluah perasaan, sebelum itu, selamat mennyambut bulan Ramadhan semua. Saya bekas penuntut UIA, graduasi pada tahun 2007.

Saya baru bercerai dengan suami dua minggu sebelum bulan Ramadhan. Saya redha jika dah tertulis jodoh kami hanya setakat itu sahaja. Bukan niat saya nak mengaibkan namun diharap apa yang saya ingin tulis dapat dijadikan iktibar buat diri saya sendiri dan orang lain.

Saya berkahwin dengan suami 3 tahun lepas, di mana ketika itu kami berdua sudah mempunyai kerjaya stabil. Suami saya bekerja sebagai guru di sekolah rendah dan saya di sebuah syarikat swasta, pendapatan saya lebih tinggi daripada suami tapi suami tetap beri duit belanja kepada saya. Jujur saya kata, ex suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Bila saya cakap bertanggungjawab, ex suami memang akan melebihkan keluarganya sendiri. Pada mulanya saya sangat bersyukur sebab ex suami tidak lupa tanggungjawab pada ibu dan keluarganya namun semuanya berubah selepas saya kenal sendiri bagaimana perangai mereka.

Sekali lagi, bukan niat mengaibkan. Begini, pada mulanya selepas kami berkahwin, ex suami mengajak saya tinggal di rumah keluarganya atas desakan ibunya. Ex suami merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik, kakaknya sudah berkahwin dan mempunyai dua org anak (juga tinggal di rumah ibu mertua saya), dan dua adik-adiknya seorang di kolej dan seorang masih bersekolah. W/pun keberatan, namun saya ikutkan juga dan berfikiran ada baiknya boleh mengeratkan hubungan dgn ibu mertua saya.

Long story short, bermulalah satu-satu perkara berbangkit. Pertama, sejak kami masuk di situ, ibu mertua, kakak ipar & abang ipar mula lepas tangan dalam soal belanja rumah. Pada mulanya, saya sangat tidak kisah sebab gaji saya dan suami mencukupi untuk menanggung belanja rumah mertua saya spt barang basah, duit dapur, bil elektrik & air. Mereka juga minta dipasangkan wifi dan astro di rumah tersebut (sebelum ini tiada) Kami berpakat memperuntuk RM1000 untuk kesemua tersebut. Kami juga menanggung adik-adik suami yang masih belajar. Namun, lumrah manusia, tidak menghargai malah tamak.

Konflik pertama apabila kakak ipar & suaminya mula mengharap pada saya dan suami soal biaya anak-anak mereka (9 & 12 tahun). Kakak ipar tidak bekerja, suaminya pula sangat malas bekerja, ex suami saya pernah beritahu abang iparnya selalu bertukar-tukar kerja, sama ada dibuang kerana selalu ponteng dan tidur di rumah. Sekarang suami kakak ipar mengambil upah menolong kawannya menjaga gerai pasar malam.

Isunya, mungkin bagi mereka kami bergaji tinggi jadi tidak salah meminta tolong, saya pun pada mulanya kesian memikirkan kesusahan mereka namun makin lama makin naik lemak sampaikan suami abang ipar mula minta duit setiap minggu daripada kami termasuk duit rokok, minyak, topup dan pernah minta juga dibelikan telefon baru. Suami mula tidak gemar dan pernah 'sound&#39; abg iparnya namun kakaknya marah dan cakap suami kedekut, ibu mertua juga mula berkata suami berkira dengan adik beradik dan pernah menuduh saya yang menghasut suami.

Demi Tuhan, saya tidak pernah melarang suami menolong adik-beradiknya namun saya perasan kakak ipar dan suaminya suka mengambil kesempatan. Sudahlah menumpang di rumah ibu, tidak keluarkan satu sen pun untuk apa-apa sejak kami pindah masuk (sebelum ini pun mengharap pada duit pencen arwah ayah suami). Kemuncaknya apabila seperti mereka mengajar anak-anak mereka meminta duit sekolah pada saya. Saya akan berikan namun semakin lama anak-anak mereka juga berharap pada saya untuk duit sekolah mereka, duit tuisyen, buku, yuran, baju sekolah dan semua.

Pernah satu hari, anak mereka yang darjah 6 pulang sekolah dan cakap sekolahnya buat lawatan ke Langkawi dan perlu bayar RM120 untuk menyertai.

Dengan selamba mak ayah dia cakap

"mintak dengan cikngah (saya), mintak RM500 sekali duit belanja and mak nak pesan barang jugak alang-alang pergi sana"

Saya yang mendengar di dapur mula rasa menyirap, kerana senang-senang kakak ipar saya cakap macam tu.

Anaknya datang dan cakap

"cikngah, nak RM500 esok, ada lawatan."

Kemudian terus berlalu. Suami saya ada masa tu and cakap pada kakaknya kalau anak dia nak pergi mana-mana, dia dan suami la bertanggungjawab, jangan mengharap kat orang. Kakak ipar tarik muka, bila suaminya balik, dia mengadu dan terus jadi bertekak dan dikatakan kami berkira. Saya taknak suami saya bergaduh jadi saya berikan juga RM500 pada anak buah saya tu.

Sebenarnya banyak lagi, terlalu panjang. Ibu mertua saya juga sangat suka dibelikan macam-macam, saya tak pernah menghalang suami saya berbelanja pada ibunya namun mertua tidak pernah puas. Pernah sekali saya beli beg tangan untuk diri saya dengan duit saya sendiri, bila mertua nampak dia cakap dengan suami saya kenapa belikan kat saya dan tak belikan pada dia juga, suami terangkan yang saya beli dengan duit saya sendiri dan mertua terus marah saya dan cakap saya membazir, lebih baik beri pada dia buat beli barang rumah, sedangkan apa yang kami beri lebih pada cukup.

Paling saya marah, syarikat saya berikan saya bonus dalam bentuk percutian atas prestasi kerja beberapa bulan lepas atas tender yang berjaya. percutian 4 orang ke Korea, jadi saya decided untuk bawa suami, ibu saya dan adik saya.

Mertua sangat marah sebab tidak bawa dia (mertua suka tengok drama), marah yang melampau sangat sampai cakap saya menantu tak sedar diri, berkira dengan dia, pergi bercuti tak ingat mak dah macam-macam lagi.

Ditambah lagi dengan batu api kakak ipar yang turut tidak puas hati pada kami. Tapi masa tu saya dah tawar hati dengan mertua and kakak ipar jadi saya terus je pergi bercuti dua minggu dengan suami, ibu dan adik saya. Tapi apabila balik, saya tetap belikan macam-macam buah tangan untuk mereka. Mereka masih lagi perli saya dan cakap macam-macam di belakang saya.

Kemuncak semua perkara ini adalah perangai kakak ipar & suaminya. Mereka ada sebuah motor sahaja untuk urusan transport, itupun sebenarnya ihsan arwah ayah mertua. Digunakan suami kakak ipar untuk pergi kerja. Saya dan suami mempunyai 3 kereta, 1 milik suami dan 2 milik saya. Saya beli viva second hand ketika masih menuntut di UIA ketika itu menggunakan duit hasil kerja part time dan sebahagian duit biasiswa untuk memudahkan saya belajar ketika itu.

Tahun kedua kerja, saya beli kereta baru yang lebih selesa. Saya bercadang memberikan kereta viva tu kepada adik perempuan saya (18 tahun) selepas dia siapkan lesen dan masuk universiti. Kakak ipar dan abang memang selalu pinjam kereta viva tu untuk mereka anak beranak dan saya tidak kisah pun, cuma lama-lama mereka buat seolah-olah harta sendiri pula. road tax, minyak masih harap saya yang bayar.

Kakak ipar suruh ibu mertua cakap dengan saya supaya berikan kereta tersebut pada dia dan suami. Ibu mertua juga suruh begitu, namun saya cakap baik-baik tidak boleh sebab dah janji dengan adik. Ibu mertua dan kakak ipar cakap saya tidak mahu menolong sesama ipar.

Bagi saya, kalau nak, usaha lah, jangan nak semua benda free, lainla mereka cakap mereka nak beli daripada saya. Bukanlah saya kedekut, tapi hasil penat saya ikat perut zaman universiti untuk beli kereta tu supaya memudahkan saya bergerak, saya taknak adik saya rasa susah macam saya, sebab tu saya janji nak beri pada dia.

Kemuncaknya, saya dah beritahu mereka saya akan balik ke rumah saya dah akan bawa kereta viva tersebut untuk beri pada adik saya. Mereka cuma diam jadi saya rasa tiada masalah. Saya nak balik pada hari jumaat, pada hari rabu itu, bila saya balik kerja, saya tengok kereta viva saya tiada, saya assumed kakak ipar dan abang pinjam la kot untuk pergi mana-mana. Saya tak kisah.

Esok pagi nak pergi kerja, kereta masih tiada, saya dah tak sedap hati, balik kerja tu, saya tengok masih tiada.

Saya tanya ibu mertua saya, mana kakak ipar dan abang? Pinjam kereta ke? Ibu mertua dengan selamba cakap

"oh diorang dah balik kampung abang ko kat kelantan, tak tahu balik bila. ko pun bagi-bagi je la kereta tu kat diorang, kesian diorang takde kereta, jangan berkira sangat, ko banyak duit tak berkat hidup ko kedekut."

Darah saya menyirap, dan masa itulah saya terlalu marah. Rasa dipergunakan jadi saya marah ibu mertua saya dan kami berperang besar. Saya cakap ibu mertua saya ambil kesempatan, rumah ni pakai duit saya, dengan nak membela anak-beranak kakak ipar dan abang macam biawak hidup, dan saya terus ditampar ibu mertua.

Saya dah tak tahan, saya kemas barang saya, saya cabut semua wifi rumah dan panel astro. Bukan saya berkira, namun saya dah tak tahan sangat. Masa pergi bercuti di Korea baru ini pun, ibu mertua perli ibu saya cakap ibu saya kolot, buat malu je bawak pergi luar negara, selekeh dan macam-macam, namun saya sabar.

Kali ini mereka melampau sangat buat lari kereta yang saya nak bagi pada adik saya. Saya call kakak ipar banyak kali namun tak berjawab, message berpuluh-puluh kali tak reply, whatsapp dia bagi saya bluetick.

Last-last saya message kalau esok diorang tak balik bawak kereta saya, saya akan report polis mereka curi. Terus kakak ipar saya call and marah-marah cakap diorang pinjam je and macam-macam.

Tapi saya dah sakit hati dah dengan keluarga suami saya. Masa ini, suami saya takde, dia pergi ikut lawatan sekolah 3 hari jadi guru iringan. Sebab itu mertua and kakaknya berani sangat, sebab suami saya takde.

Esoknya, kakak ipar, abang dan anak-anak diorang balik and kakak ipar serang saya, tampar saya tarik-tarik saya dengan suaminya tengok je dan cakap

"bagus, bagi je penampar, sepak je betina macam ni"

Mertua pun takde langsung nak meleraikan. Mujurlah masa itu, sempat-sempat suami saya balik dan bila dia tengok keadaan macam tu, dia dah naik gila and tarik kakak dia and bertumbuk dengan abang iparnya. Mertua pegang suami and cakap saya punca semua benda and macam-macam fitnah keluar seolah-olah saya ah paling jahat, berkira dan semua benda.

Suami tarik saya masuk bilik and masa itu suami cakap dia ikut saya pindah. Saya masa itu dah tawar hati dengan semua perkara dan selepas dua minggu saya fikir masak-masak di apartment baru saya, saya called suami and minta dia lepaskan saya cara baik, sebab saya dah tidak mahu ada kena mengena dengan mertua, kakak ipar dan abang ipar saya lagi.

Dah tak sanggup. Suami pujuk namun akhirnya dia juga terpaksa lepaskan. Kami bercerai secara baik, tanpa anak. Ex suami lepas kejadian itu pindah keluar dari rumah ibunya dan menyewa di tempat dekat dengan sekolah tempat dia kerja. S

Saya pun dah ada apartment (sewa beli) sendiri dan sedang cuba bina hidup baru. Tolong doakan saya semua, semoga saya kuat.

Pesanan saya, sebelum berkahwin selidiklah juga keadaan keluarga bakal pasangan kita, berkenalan la juga dengan adik-beradik mereka, tahu latar belakang mereka sedikit. Salam Ramadhan semua, maaf post ini terlalu panjang, ini pertama kali saya meluahkan. Harap dimaafkan.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 14, 2016 8:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Harga Nombor Plat F1 Melebih i RM1 Juta
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Datuk Seri Vida mengakui membida untuk nombor plat F 1 yang kini sudah melebihi RM1juta. - Foto Fail

Kuala Lumpur: "Memang saya ada bida tapi saya dapat tahu ada bidaan lebih tinggi, sakitnya hati," kata Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida yang mengakui membida untuk membeli nombor pendaftaran 'F 1' yang nilai bidaannya kini sudah melebihi RM1 juta.

Namun, Vida mengakui dia juga sedang menilai semula bidaan tetapi sama enggan mendedahkan nilai dibidanya.

"Saya nak barang tu (nombor pendaftaran 'F 1') tapi jadi mahal pula. Geram saya," jawabnya ringkas ketika dihubungi petang tadi.

Bagi Vida, F 1' ada maksud tersendiri untuk dirinya menyebabkan dia benar-benar mahukan nombor pendaftaran berkenaan.

"Dia 'relate' (berkaitan) kepada produk saya Pamoga Qu Puteh kerana sayalah pencetus produk minuman kesihatan lapan tahun dulu.

"Saya 'struggle' (berusaha keras) untuk buat minuman kesihatan macam ini. Lepas tu ramai orang ikut, tiru-tiru.

"Formula nombor satu sebenarnya, 'I love to be number one' (Saya suka menjadi nombor satu) dan nak jadikan dia 'number one' sokmo (nombor satu sepanjang masa)," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad dilaporkan berkata, bahawa nilai bidaan untuk F 1 sudah dijangka melebihi RM1 juta.

Menurutnya, JPJ tidak menentukan sebarang nilai permulaan bidaan kerana proses itu dilakukan secara tender terbuka.

Bidaan untuk nombor pendaftaran bermula 'F 1' akan tamat Selasa ini manakala nombor pendaftaran bermula 'V' bermula 15 Julai nanti.

Pada 19 Mei lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi mengumumkan kenderaan untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya akan menggunakan 'F' manakala Kuala Lumpur, 'V'.
-HM

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/harga-nombor-plat-f1-melebih-i-rm1-juta.html#ixzz4BTNVF12R
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 14, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Tuesday, 14 June 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: