Sunday, June 26, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4537

10 Messages

Digest #4537

Messages

Sat Jun 25, 2016 9:18 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



AMALAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

بسم الله الرحمن الرحيم

AMALAN UMUM :

a) Sebolehnya beri'tikaf.

b) Mandi antara solat Maghrib dan Isya'.

c) Tidak bersama (jima') dengan isteri.

d) Makan sedikit waktu iftar .

e) Solat fardhu berjemaah.

f) Solat Rawatib dan Nawafil.

g) Baca Al-Qur'an sebanyak-banyaknya.

h) Bersedekah.

i) Membuat segala amal kebaikan yang termampu termasuk pergi ke majlis ilmu dan muzakarah, menziarahi para alim ulama' dan orang-orang soleh, khidmat kepada kedua orang tua atau guru/ masyaikh, bersifat ihsan/ belas kasihan kepada semua makhluk dan lain-lain.

j) Usahakan untuk mengkhatam pada setiap hari bermula 20 Ramadhan :

1- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)

2- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (1000x)

3- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)

4- Surah Al-Ikhlas (100x, atau paling sedikit 25x)

AMALAN KHUSUS:

PAGI:

1- Solat sunat sebelum Subuh, solat fardhu Subuh berjemaah, wirid selepas solat .

2- Al-Wird al-Lathif dan Hizb an-Nawawi.

3- Sebelum naik matahari baca :

i- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)

ii- لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ (100x)

iii- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ (100x)

iv- سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ (100x)

v- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (100x)

4- Solat sunat Isyraq dan sunat Dhuha.

TENGAHARI:

1- Solat Qabliyyah Zohor, solat fardhu Zohor berjemaah, solat Ba'diyyah Zohor.

2- Ratib al-Aththos.

3- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، اَلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ (25x)

PETANG:

1- Solat Qabliyyah Asar, solat fardhu Asar berjemaah.

2- Hizb al-Bahr.

3- اَللهُ أَكْبَرُ (100x)

MAGHRIB:

1- Berzikir dan berdoa ketika hampir waktu berbuka puasa .

2- Berbuka puasa, solat fardhu Maghrib berjemaah, solat Ba'diyyah Maghrib.

3- Solat sunat Awwabin.

4- Ratib al-Haddad.

ISYA':

1- Solat Qabliyyah Isya', solat fardhu Isya', solat Ba'diyyah Isya'.

2- Solat Tarawih dan Witir.

Amalan pada malam yang diharapkan Lailatul Qadar :

Bermula pada pukul 12 tengah malam:

1- Mandi, memakai pakaian yang bagus, berhias diri dan berwangi-wangian .

2- Berwudhu', solat sunat Wudhu'.

3- Solat Hajat mohon agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar.

4- Membaca Al-Qur'an.

5- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (100x)

6- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)

7- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ حَيٌّ دَائِمٌ لاَ يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (400x)

8- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ، سُبْحَانَ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (3x)

9- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)

10- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ (200x)

11- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)

12- Ayat Al-Kursi. (3x)

13- Solat sunat Tahajjud, Taubah, Hajat, Tasbih, Witir.

14- Al-Wird al-Lathif.

15- Membaca doa khusus .

16- Solat Lailatul Qadar .

17- Paling kurang solat Isya' berjemaah dan solat Subuh berjemaah .

LAMPIRAN:

(A):

Sebelum berdoa bacalah:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Sebelum berselawat bacalah:

إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sebelum berzikir atau bertasbih, bacalah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ اَمَنُوا اذْكُرُوا اللهَ ذِكْرًا كَثِيرًا. وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

Tujuannya ialah supaya mengingatkan hati agar sentiasa tunduk dan patuh kepada suruhan Allah untuk berdoa, berselawat dan berzikir serta bertasbih kepadanya .

(B):

Usahakan untuk tidak meninggalkan 2 amalan ini selepas salam pada solat Subuh:

1) Membaca sebanyak 10 x dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir (sama ada masih duduk Tawarruk atau Iftirasy) dan tidak berkata-kata sehingga selesai bacaan:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu."

Fadhilat:

Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih seperti kedudukan duduk Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 derjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali perbuatan syirik (menyekutukan) Allah."

2) Membaca sebanyak 7 x sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan:

اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ

"Ya Allah, peliharalah aku dari api neraka"
Fadhilat:

Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi bersabda: Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka."

Cacatan:

Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama' (ramai) umpamanya:

اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ

"Ya Allah, peliharalah kami dari api neraka"

(C):

Zikir dan doa ketika hampir berbuka puasa:

1- أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ (3x)

2- اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا (3X)

3- يَا كَرِيمُ (1x)

4- Doa:

اَللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لَنَا، وَسَلِّمْهُ لَنَا مُتَقَبَّلاً حَتَّى يَنقَضِيَ وَقَدْ غَفَرْتَ لَنَا وَرَحِمْتَنَا وَعَفَوْتَ عَنَّا، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فِيهِ الْعَافِيَةَ الْحَالَةَ وَالرِّزْقَ الْحَسَنَ وَدِفَاعَ اْلأَسْقَامِ، وَالْعَوْنَ عَلىَ الصَّلاَةِ وَالصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ، وَأَعِنَّا عَلَى الصَّلاَةِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ وَالْعَمَلِ فِيهَا حَتَّى تَرْضَى عَنَّا.

"Ya Allah, selamatkanlah kami untuk Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan untuk kami. Dan selamatkanlah ia untuk kami sehingga ia pergi dalam keadaan Engkau telah mengampuni kami dan merahmati kami. Ya Allah, berikanlah kami di dalamnya keafiatan yang segera, rezeki yang baik, perlindungan daripada penyakit, serta pertolongan untuk melakukan solat, puasa, beribadah pada waktu malam dan membaca Al-Qur'an. Ya Allah, rezekikanlah kami Lailatul Qadar dan bantulah kami untuk bersolat, beribadah pada waktu malam, membaca Al-Quran dan beramal di dalamnya sehingga Engkau redha dengan kami."

Boleh juga membaca doa dan zikir-zikir lain.

(D):

Walaupun tarikh berlakunya Lailatul Qadar menjadi rahsia Allah, para ulama dan Ahli Sufi telah membuat kaedah dengan harapan berjumpa dengan malam berkat tersebut, mengikut pengalaman masing-masing.

Kaedah:

Di dalam kitab Hasyiah Fath al-Wahhab disebutkan bahawa: Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam ke 29, jika hari Isnin, malam ke 21, jika hari Selasa atau Jumaat, malam ke 27, jika hari Khamis, malam ke 25 dan jika hari Sabtu, malam ke 23. Kaedah ini juga disebut di dalam Al-Barmawi dan Al-Qalyubi (2/26).

Di dalam kitab Al-Jauhar al-Mauhub dan Al-Bujairami 'ala al-Khathib (2/410), disebutkan bahawa ahli-ahli Sufi termasuklah Syaikh Abu Bakar al-Maghribi, Imam Al-Ghazali dan lain membuat dhobith (kaedah) iaitu jika awal Ramadhan jatuh pada hari Jumaat, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam 29, jika hari Sabtu, malam ke 21, jika hari Ahad, malam ke 27, jika hari Isnin, malam ke 29, jika hari Selasa, malam ke 25, jika hari Rabu, malam ke 27 dan jika hari Khamis, malam ke 21 .

Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama' mentarjihkan (menguatkan) pendapat yang mengatakan Lailatul Qadar terjadi pada malam 27 Ramadhan berdasarkan keterangan hadith daripada Ubay bin Ka'ab dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam 27 itu .

Tanda-tanda:

1- Malamnya tenang (tidak bunyi bising/ hiruk pikuk), tidak panas dan tidak sejuk.

2- Cahaya matahari pada paginya kelihatan putih cerah, tidak banyak sinarannya .

3- Anjing tidak menyalak .

(E):

Doa khusus dibaca pada malam Lailatul Qadar:

بسم الله الرحمن الرحيم

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، عَفْوُكَ يَا عَفُوُّ فِي الْمَحْيَا، وَفِي الْمَمَاتِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقُبُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ النُّشُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ تَطَايُرِ الصُّحُفِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقِيَامَةِ عَفْوَكَ، وَفِي مُنَاقَشَةِ الْحِسَابِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمَمَرِّ عَلَى الصِّرَاطِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمِيزَانِ عَفْوَكَ، وَفِي جَمِيعِ اْلأَحْوَالِ عَفْوَكَ، يَا عَفُوُّ عَفْوَكَ.

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku. Aku memohon keampunanMu, wahai Yang Maha Pengampun, dalam kehidupan, dalam kematian, aku juga memohon keampunanMu, dalam kubur aku juga memohon keampunanMu, ketika dibangkitkan aku juga memohon keampunanMu, ketika diberikan lembaran amal, aku juga memohon keampunanMu, ketika sidang perhitungan amal, aku juga memohon keampunanMu, dalam semua keadaan, aku juga memohon keampunanMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, aku memohon keampunanMu."

Baca juga doa-doa lain. Boleh juga bermohon dalam Bahasa Melayu kepada yang ada hajat jika tidak boleh berbahasa Arab .

(F):

Solat pada malam berlakunya Lailatul Qadar

Lafaz niat:

أَصَلِّي سَنَّةَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku sembahyang sunat Lailatul Qadar empat rakaat kerana Allah Ta'ala."
Pada setiap rakaat, selepas membaca Al-Fatihah, hendaklah membaca Surah At-Takathur sekali dan Surah Al-Ikhlas tiga kali.

Solat pada malam 27 Ramadhan .

Ia dikerjakan sebanyak 12 rakaat. Pada pendapat Al-Faqir, boleh juga dikerjakan dengan dua rakaat dan salam, kemudian meneruskannya sehingga ke dua belas rakaat. Pada rakaat pertama, setelah membaca Surah Al-Fatihah, dibaca Surah Al-Qadar 1x dan Surah Al-Ikhlas 15x untuk setiap 2 rakaat.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 25, 2016 9:19 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dipercayai Bermain Pemetik Api Ketika Ibu Isi Minyak, Kanak-Kanak Melecur Disambar Api
siakapkeli.my

Tersebar di laman sosial sejak semalam sebuah video yang memaparkan kejadian kebakaran kecil di sebuah stesen minyak di mana sebuah kereta telah disambar api ketika pemandunya mengisi minyak.

Menurut sumber, kejadian berkenaan berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dikenali dengan nama Saifuddin telah bermain pemetik api ketika ibunya itu sedang mengisi minyak.

Murid Sekolah Kebangsaan Sungai Pas itu dipercayai mengalami melecur di bahagian muka dan kedua-dua belah kaki berdasarkan gambar yang disebarkan.

Berdasarkan video dilihat ketika api marak menyambar, ibu berkenaan dilihat tidak panik sebelum bertindak meredah api menyelamatkan anaknya itu.

Menurut sumber juga, kejadian dipercayai berlaku di Stesen Minyak Caltex Guchil, Kuala Krai, Kelantan.

Kami cuba menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk mendapat pengesahan, namun mereka belum menerima sebarang maklumat mengenai kejadian ini. - Siakapkeli.my

Murid Melecur Disambar Api Di Stesen Minyak
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KOTA BARU: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pas, Kuala Krai melecur 20 peratus di bahagian muka, badan dan kaki selepas disambar api ketika menemani ibunya mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Guchil, Kuala Krai, pada Khamis.

Saifuddin Ismail Din, 7, dikatakan bermain pemetik api di dalam kereta Proton Wira ketika ibunya, Zakiah Mohd Det, 31, sedang mengisi petrol pada 9 pagi.
Bagaimanapun, selepas hampir dua minit, tiba-tiba menyambar kereta berkenaan dengan mangsa berada di dalamnya.
Saifuddin yang menjerit kesakitan bagaimanapun berjaya dibawa keluar daripada dalam kereta oleh ibunya dan api berjaya dipadamkan oleh pekerja stesen minyak berkenaan.

Bapa murid berkenaan, Ismail Din Awang Nor, 36, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi isterinya.
Ismail Din berkata, anaknya itu pada awalnya dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke HRPZII untuk rawatan lanjut.
Ismail Din berkata, dia tidak mengetahui dari mana anaknya memperoleh pemetik api kerana beliau bukan seorang perokok.
"Menurut isteri, dia ada menemui pemetik api di dalam kereta tetapi sudah menyimpannya di tempat selamat.
"Saya bersyukur semuanya selamat walaupun anak saya mengalami kecederaan akibat melecur di beberapa bahagian badan termasuk di muka," katanya.
Katanya, Saifuddin kini dirawat di Unit Kelecuran HRPZII dan tidak dapat bercakap banyak kerana masih trauma dengan kejadian itu. - Bernama
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/murid-melecur-disambar-api-di-stesen.html#ixzz4CeMLHxhZ
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 25, 2016 9:19 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Prof Izzi Meninggal Dunia Akibat Strok
siakapkeli.my

Pakar motivasi terkenal Profesor Madya Md Izuddin Ali yang lebih dikenali dengan nama Prof Izzi telah kembali bertemu Maha Pencipta pada jam 12.45 tengah hari tadi.

Allahyarham yang terkenal dengan tagline "Renung-renungkan dan selamat beramal" itu dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit strok yang dihidapinya.

Memetik laporan Sinar Online, anak saudaranya Abdul Muein Abadi, 28, telah mengesahkan berita pemergian arwah ini.

"Beliau (Allahyarham) telah diserang strok seminggu yang lalu.

"Jenazah akan dikebumikan dalam masa terdekat dan akan dikebumikan di Terengganu," katanya.

Memetik tulisan Masjid Syarifah Fatimah (Masjid Kemunting), Jitra, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di masjid berkenaan pada petang ini sebelum di bawa pulang ke Terengganu.

Allahyarham sebelum ini telah dilaporkan jatuh ketika selesai Solat di Masjid Al A'la pada 13 Jun lepas seterusnya dibawa ke hospital Sultanah Bahiyah dan disahkan mengalami Strok.

Di dalam laman Twitter milik Allahyarham Prof Izzi, pada hari pertama Ramadhan lalu beliau telah berkongsikan sekeping gambar orang meninggal dunia dengan kepsyen berbunyi

"Kematian di hari pertama Ramadhan. Walau Ramadhan akan ditempuhi tapi blum tentu melaluinya."

Namun tidak disangka itu tanda Prof Izzi akan pergi selamanya.

Kembalinya Allahyarham di hari Jumaat di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah satu petanda yang baik, semoga sentiasa di dalam Rahmat Allah swt.

Allahyarham juga merupakan seorang pensyarah Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). - Siakapkeli.my

Wanita Panjat Anjung Tingkat IPD Selepas Buat Laporan
siakapkeli.my/

Sungai Petani, 26 Jun: Seorang wanita bertindak memanjat bumbung IPD Kuala Muda selepas membuat satu laporan di balai polis itu dalam kejadian pada 4.50 petang, Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Md Zukir Md Isa, kejadian itu disedari anggota bertugas yang kemudian berjaya memujuk mangsa yang berusia 31 tahun supaya turun.

"Wanita terbabit sebenarnya sebelum kejadian itu ada membuat laporan polis berhubung keretanya disimbah cat dan mengesyaki perbuatan rakan kongsinya.

"Bagaimanapun, rakan kongsi wanita itu pun turut buat laporan polis pada hari yang sama dan menafikan pembabitannya dalam kes terbabit," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pengadu itu kemudian dipanggil ke IPD Kuala Muda untuk disiasat.

Katanya, mereka dinasihatkan pulang ke rumah masing masing sementara menunggu siasatan polis kerana wanita terbabit tidak mempunyai bukti atas pertuduhan itu.

"Bagaimanapun, wanita itu tidak keluar dari IPD dan ditemui sudah berada di anjung tingkat satu IPD.

"Selepas dipujuk hampir 10 minit, pegawai polis bertugas kemudian mengarahkan anggota lain untuk menyelamatkan wanita berkenaan.

"Wanita itu diserahkan kepada Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 25, 2016 9:20 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tanpa PAS, Pakatan Harapan Bakal Kehilangan Selangor & Pulau Pinang – Tian Chua
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH

AIDCNews – Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tanpa sokongan PAS, Pakatan Harapan bakal kehilangan pemerintahan di Selangor dan Pulau Pinang.

Justeru itu, PKR tidak akan berputus asa untuk menjadi orang tengah dalam mendamaikan hubungan PAS dan DAP, walaupun hubungan kedua-dua parti itu tegang.

Jika hubungan kedua parti itu gagal dipulihkan Kelantan juga akan jatuh ke tangan Barisan Nasional, katanya.

Beliau juga nampaknya berkeyakinan apabila menyatakan bahawa semua ketegangan pasti ada penyelesaiannya dan mengungkit bagaimana Anwar Ibrahim membina 'jambatan' antara DAP dan PAS pada 2008.

"Persoalan sekarang bukan siapa bekerjasama dengan siapa. Rakyat mahu semua pembangkang bersatu," katanya kepada China Press.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyalahkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai punca kekalahan PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini kerana telah berpihak.

Azmin yang sepatutnya tidak berpihak, tetapi telah menukar pendirian menyokong calon PAN pada saat akhir dalam PRK itu.

Tuan Ibrahim berkata, PAS merasakan dikhianati Azmin meskipun ia mempunyai hubungan baik dengan Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata beliau memahami dilema Azmin yang menghadapi tekanan partinya (PKR) di Selangor.

Katanya, PAS tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi mahu parti itu menghormati kerusi PAS.

Semalam, Azmin dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily berkata sukar berkomunikasi dengan pimpinan tertinggi PAS kerana parti itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.

"Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku," kata Azmin.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 25, 2016 9:20 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Polis Tangkap Sanjeevan, Pengerusi MyWatch
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Polis mengesahkan Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan dan pemandunya, seorang lelaki warga India, ditahan kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut berdekatan Plaza Tol Nilai, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh seorang pengadu bahawa suspek mengugut untuk menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook.

"Suspek ditahan pada pukul 10 malam tadi bersama pemandunya selepas menerima wang pelindungan sebanyak RM25,000 daripada pengadu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya polis turut dirampas sebuah kereta jenis Toyota Vellfire, wang tunai RM41,080 dan lima unit telefon bimbit pelbagai jenama.

"Saya menyeru mana-mana pihak yang pernah diugut oleh suspek, tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, di Mahkamah Khas Seremban, polis hari ini telah mendapat perintah tahan reman selama dua hari terhadap pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Nor Anida Norhamdan.

Dalam pada itu, menurut laporan portal berita, Sanjeevan, 32, yang tinggal di Country Heights, Kajang, ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, sebaik menerima wang perlindungan RM25,000 daripada pengadu, seorang pengusaha perjudian haram berusia 38 tahun.

Menurut laporan itu, dalam tangkapan pukul 10.50 malam itu, polis turut menemui wang tunai RM16,080 dalam kereta suspek.

- Bernama

Pengerusi NGO Berpangkat Datuk Ditahan Dipercayai Terlibat Jenayah Peras Ugut
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan seorang pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan jenayah malam tadi.

Dipercayai, lelaki berpangkat Datuk yang berusia 32 tahun itu terbabit dalam aktiviti peras ugut.

Kata Khalid, suspek ditahan ketika bersama mangsa yang digugut supaya membayar sejumlah wang jia tidak mahu aktiviti haram mangsa didedahkan kepada media atau pihak berkuasa.

"Saya sahkan tindakan menangkap suspek dilakukan berdasarkan laporan mangsa yang sering menerima ugutan. "Lelaki itu ditahan ketika menerima wang daripada pengadu (mangsa)," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu, suspek ditahan di Plaza Tol Nilai, Negeri Sembilan, pada jam 10.50 malam tadi bersama wang tunai berjumlah RM25,000, dipercayai diserahkan mangsa sebelum serbuan dilakukan.

Wanga tunai RM16,000 di dalam Toyota Velfire yang dinaiki suspek juga turut dirampas.

Selain suspek, pemandu suspek turut sama ditahan.

Suspek dan pemandunya yang ditahan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 384 kanun sama, akan direman di Mahkamah Seremban, hari ini.

Pihak polis meminta individu yang pernah menjadi mangsa suspek berkenaan berhubung kegiatan peras ugut, diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran. - Siakapkeli.my

Pengerusi NGO berkaitan jenayah ditahan
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Kuala Lumpur: Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan jenayah bergelar Datuk ditahan ketika menerima wang daripada tauke judi ekor tidak berlesen berdekatan Plaza Tol Nilai, 10.50 malam tadi.

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selepas mendapat maklumat daripada seorang pengadu yang menjalankan aktiviti judi ekor tanpa lesen.

Katanya, sebelum ditahan, Datuk terbabit dilaporkan sudah beberapa kali bertemu dengan pengadu berkenaan untuk mendapatkan sejumlah wang.

"Bagaimanapun, kerana tidak tahan akibat sering diperas ugut oleh Datuk terbabit sebanyak RM25,000 sebulan, mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis.

"Malah, mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Datuk berkenaan melakukan ugutan ke atasnya sekiranya tidak mahu kegiatan mangsa didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis," katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penangkapan Datuk terbabit.

Menurutnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

-hmetro

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/pengerusi-ngo-berkaitan-jenayah-ditahan.html#ixzz4CPDfhuAl
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 25, 2016 9:20 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kerajaan Pertimbang Raya Ketiga Sebagai Cuti Peristiwa - KSN
siakapkeli.my

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan permohonan penjawat awam yang mahu supaya tarikh hari Jumaat, 8 Julai ini, yang juga hari ketiga sambutan Aidilfitri dijadikan sebagai cuti peristiwa khas.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, permohonan yang disampaikan menerusi CUEPACS itu akan dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat peringkat tertinggi kerajaan.

"Bagaimanapun perbincangan mengenai cuti khas itu hanya terpakai untuk negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat minggu perayaan terbabit.

"Insya-Allah saya akan bawa perkara ini untuk dirundingkan, sebab kerajaan memang tidak pernah ada cuti peristiwa hanya untuk negeri yang kerja pada hari Jumaat," katanya sebagaimana lapor BH Online. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 25, 2016 9:21 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Cebisan Ayat Al-Quran Bertaburan Atas Jalan Raya
siakapkeli.my

Orang ramai mengutip cebisan ayat Al-Quran yang bertaburan atas jalan raya.

LABIS, 23 Jun - Pengguna jalan raya di jalan Yong Peng-Segamat berhampiran sebuah bank di sini gempar apabila mendapati cebisan kertas yang bertaburan di atas jalan raya merupakan cebiasan ayat suci al-Quran.

Seorang pekerja pembersihan bank itu, Wahid Md Elah, 55, berkata dia menyedari kejadian itu dalam pukul 12 tengahhari ketika dia sampai ke tempat kerjanya itu selepas menghadiri hari terbuka sekolah anaknya.

"Ketika sampai semula di hadapan tempat kerja, saya dapati banyak cebisan kertas bertaburan di jalan raya dan apabila diperiksa saya dapati ianya cebisan al- Quran yang telah dikoyak kecil.

"Saya terus mengambil beg plastik dan mengutip cebisan ayat suci berkenaan sebelum dibantu oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Dia juga menzahirkan perasaan terkilan atas kejadian itu yang berlaku di bulan Ramadan dan berharap agar pihak berwajib menyiasat dan mengambi tindakan terhadap pelaku.

Seorang kakitangan bank pula berkat, ketika itu hanya tafsiran al-Quran sahaja yang bertaburan di atas jalan raya.

"Kira-kira jam 1 petang pula, saya dimaklumkan oleh salah seorang pelanggan terdapat sebuah kereta yang membuang cebisan kertas dan apabila diperiksa ianya adalah cebisan al-Quran.

"Saya enggan membuat sebarang andaian berhubung kejadian tersebut, namun ini merupakan kejadian pertama berlaku di sini dan meminta agar siasatan terperinci dilakukan oleh pihak berwajib," katanya.

Sementara itu, Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim yang melawat tempat kejadian berharap agar umat Islam di sini bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

"Kejadian ini memang melukakan hati umat Islam, namun ianya perlu ditangani dengan bijak dan tidak perlu menuding jari kepada pihak tertentu kerana ianya boleh mencetuskan keadan tidak tenteram.

"Kita serahkan perkara ini kepada pihak berwajib untuk membut siasatan termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan kejadian ini disengajakan atau sebaliknya," katanya.

Cebisan Al-Quran Bertaburan Dilempar Dari Kereta
bloglist-malaysia.blogspot

depalma-sp.blogspot

Cebisan Al-Quran Bertaburan Dilempar Dari Kereta - Kejadian membuang cebisan ayat-ayat suci Al-Quran di tengah jalan ini dipercayai berlaku di Johor menurut sumber. Di bawah merupakan perkongsian netizen di FB.

Assalamualaikum tuan

Saya telah membuat pemeriksaan terhadap perkara tersebut dan mendapati semua yang bertaburan itu adalah cebisan al Quran yang dikoyak..

Ini adalah gambar cebisan al Quran yang telah berjaya dikutip oleh guru guru dan pelajar sekolah kebangsaan Labis serta orang ramai..

Saya telah membuat laporan polis di balai polis Labis..

Mengikut dari percakapan kakitangan maybank ada saksi yang nampak sebuah kereta myvi berwarna putih melemparkan cebisan ini dari keretanya..

SUMBER

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 25, 2016 9:22 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ketua Pesuruhjaya SPRM Dijangka Letak Jawatan

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dijangka meletakkan jawatannya pada 1 Ogos depan.
Difahamkan Abu Kassim akan dipindahkan tetapi masih kekal sebagai penjawat awam.
Seorang pegawai kanan SPRM enggan mengulas perkara itu, sambil memberitahu satu pengumuman akan dibuat pada Khamis.
Abu Kassim yang berusia 56 tahun pada Disember depan, telah berkhidmat sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak 1 Januari 2010.
Beliau memulakan kerjaya di Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1984 sebagai pegawai siasatan selepas menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia.
Abu Kassim dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Perancangan dan Koordinasi Dasar pada 1999 dan Pengarah BPR Perak pada 2000.
Beliau menjadi Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dilantik sebagai ketua pegawai integriti, Amanah Raya Berhad.
Beliau menjadi timbalan ketua pengarah BPR pada 2007 dan kemudiannya sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM.
Satu kenyataan yang dikeluarkan SPRM pada Januari lalu menyebut tempoh perkhidmatan Abu Kassim sebagai ketua pesuruhjaya hanya akan berakhir pada 2018 dan persaraan wajibnya dari perkhidmatan awam pada 2020.
Abu Kassim sebelum ini berkata, beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan dan akan berhenti di atas kehendaknya sendiri atau atas sebab-sebab kesihatan.
-mstar
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/ketua-pesuruhjaya-sprm-dijangka-letak.html#ixzz4CPDD7yOD
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

LAGI KENA TENDANG
bloglist-malaysia.blogspot
tukartiub.blogspot
Posted by Tukar Tiub

INGAT

MACAM MANA

BACA MEDIA?

BILA KATA

TAK KENA TEKAN

ERTINYA APA?

Saya letak jawatan bukan sebab ditekan'

UTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Abu Kassim Mohammad menegaskan, tiada tekanan daripada mana-mana pihak untuk beliau memendekkan penamatan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya berakhir pada 4 Disember 2018.

Sebaliknya ia merupakan permohonan kali ketiga dibuatnya bagi mempercepatkan penamatan tempoh kontraknya dan kali ini diluluskan oleh kerajaan, katanya.

"Ini (permohonan) adalah atas permintaan saya. Saya telah menyatakan dalam kenyataan yang lepas-lepas, saya tidak akan bertindak mengundurkan diri atas mana-mana tekanan. Ini adalah jelas, berkali-kali saya nyatakan.

KAH KAH KAH

mula dihantar

ke amerika cabut

buah pinggang

patut berhenti

disember 2018

napa sekarang?

kah kah kah

APA RAHSIA?

Abu Kassim & Timbalan SPRM Dipaksa Letak Jawatan, Bukan Berhenti Secara Sukarela..

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Saya bersama Akmal Nasir atas kapasiti National Oversight & Whistleblowers (NOW) telah dihubungi dan berjumpa secara sulit dengan seorang pegawai SPRM berhubung tekanan yang dihadapi oleh badan tersebut pada awal tahun ini.

Butirannya rujuk kenyataan media berikut:

PEMECATAN KETUA PESURUHJAYA SPRM DAN TIMBALANNYA ADALAH JELAS CAMPUR TANGAN POLITIK

National Oversight and Whistleblowers (NOW) merujuk kepada laporan akhbar hari ini yang melaporkan perletakkan jawatan Tan Sri Abu Kassim Mohamed selaku Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull selaku Timbalan Pesuruhjaya SPRM sebagai secara sukarela adalah tidak tepat.

Kami berdua telah dihubungi dan berjumpa dengan seorang pegawai kanan SPRM kira-kira 5 bulan yang lalu dan beliau memaklumkan bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi SPRM telah dipaksa meletak jawatan dan jawatan mereka akan digantikan dengan 'orang luar' SPRM.

Kami juga dimaklumkan bahawa Pesuruhjaya dan Timbalan Persuruhjaya tidak berniat atau membuat permohonan perletakkan jawatan ketika itu. Tindakan memecat Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM merupakan campur tangan politik yang begitu luar biasa dalam badan SPRM, menghina kebebasan SPRM, dan tidak pernah belaku dalam sejarah negara.

Ini terbukti dengan pelucutan Tan Sri Abu Kassim daripada jawatan Pesuruhajaya SPRM tanpa sebarang sebab munasabah sedangkan beliau akan kekal berkhidmat dalam SPRM sebagai seorang pegawai khidmat biasa sehingga tahun 2020. Jika Perdana Menteri Dato' Seri Najib yakin beliau tidak bersalah dalam skandal 1MDB mahupun SRC International, beliau seharusnya tidak perlu berasa gusar atau takut dengan Pesuruhjaya SPRM atau kebebasan SPRM untuk menjalankan tanggungjawab mereka. NOW menyeru semua pihak termasuk Ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin masyarakat sivil dan rakyat biasa untuk mempertahankan integriti dan kebebasan SPRM.

Antara langkah-langkah yang wajar diambil adalah seperti berikut:-

1. NOW akan memanggil satu mesyuarat tergempar pada hari Isnin (27 Jun 2016) yang melibatkan Ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin masyarakat sivil dan NGO yang berkaitan bagi membincangkan tindakan-tindakan susulan.

2. Mendesak Ahli-ahli Parlimen terutamanya daripada parti-parti pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah untuk meletakkan jawatan sebagai tanda protes. Mereka adalah YB Dr. Tan Seng Giaw (DAP), Datuk Fauzi Abd Rahman (KEADILAN) dan YB Dato' Takiyuddin bin Hassan (PAS).

3. Mendesak ahli-ahli panel dalam jawatankuasa-jawatankuasa bebas SPRM seperti Lembaga Penasihat SPRM, Panel Penilaian Operasi (PPO), Jawatankuasa Aduan dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) termasuk yang baru dilantik untuk meletakkan jawatan atau tidak menerima tawaran jawatan sebagai tanda protes.

Ini merupakan tindakan pertama kepimpinan Dato' Seri Najib Razak selepas mencapai kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar.

Pemecatan Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM bukan sahaja campur tangan politik yang melemahkan SPRM tetapi juga akan mengundang kerosakan yang lebih besar terhadap integriti dan ketelusan pentadbiran kerajaan.

Semua pihak harus memandang serius perkara ini dan bekerjasama bagi mempertahankan kebebasan SPRM. Manakala, parti-parti politik pembangkang seperti Pakatan Harapan dan PAS sewajarnya mencari kesepakatan dan meletakkan agenda memerangi rasuah dan ketirisan sebagai keutamaan dan dijadikan titik pertemuan usahasama.

23 JUN 2016
RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW)
AKMAL NASIR
Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 25, 2016 9:22 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tolonglah Kami, Kami Akan Dihalau Hujung Bulan Ni Jika Gagal Bayar Tunggakan Rumah
siakapkeli.my

Viral di laman Facebook yang dimuatnaik oleh Rumah Perlindungan Al Nasuha di mana mendakwa mereka dan 70 orang anak yatim, miskin dan terbiar yang berlindung di rumah perlindungan berkenaan akan dihalau keluar hujung bulan ini.

Menurut mereka, mereka akan dihalau selepas gagal menyelesaikan tunggakan rumah berkenaan sebanyak RM387,000 sebelum hujung bulan Jun ini.

"Kami berharap agar posting ini dapat di viralkan supaya ianya segera mendapat perhatian dari pihak-pihak yang boleh membantu kami menyelesaikan kemelut tempat berlindung lebih 70 orang anak-anak yatim, miskin dan terbiar dibawah lindungan Rumah Perlindungan Al Nasuha."

.
"Kami akan dihalau dari rumah yang kami diami sekarang ini sekiranya kami gagal menyelesaikan tunggakan sebanyak RM387,000 sebelum hujung bulan Jun ini."

"Ini bermakna kami akan terpaksa berlindung dibawah-bawah jambatan atau di bangunan-bangunan yang ditinggalkan," tulis mereka di laman Facebook berkenaan.

Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh menyumbang sumbangan anda ke:

Maybank 564829000530
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Nasuha

Atau hubungi UMI 017-9354323 untuk maklumat lanjut atau boleh datang melawat ke RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA, Lot 410 J, Taman Changkat Mulia, Off Berjaya 6, Kampung Changkat, 68100 Batu Cave Selangor.

Kami telah menghubungi pihak Baitulmal dan mereka mengesahkan hal ini di mana rumah kebajikan ini telah mendapat bantuan pada tahun 2014 dan 2015 dari pihak Baitulmal sebelum kejadian ini terjadi.

Menurut mereka, kisah ini telah mendapat perhatian Pihak Zakat Selangor dan sedang mengaturkan bagaimana untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Kepada kita semua diluar sana, jom kita hulurkan sedikit sumbangan untuk membantu mereka. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 25, 2016 11:14 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Sila berhati-hati bila order barang dengan mudah.my.

Seorang kawan order smart tag, tapi ditipu setelah duit di bank in.
Detail tentang iklan mereka seperti di bawah tapi iklan mereka sudah di delete.
Mereka menggunakan nick name dan lokasi berlainan tapi setakat ini masih
menggunakan nombor hp yang sama.

Sila ingat nombor akaun dan namanya. Ini mereka tak boleh tukar.

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: