My answers in red..........
Nak tanya pendapat pasal kereta eksiden.
Kereta saya baru setahun lebih dan baru ni terlibat dalam kemalangan (langgar lori terbabas)
Soalan saya;
1. Mana lebih baik & cepat samada hantar ke Toyota Service Center (TSC) atau mana2 panel insurance workshopi) Sesetengah syarikat insurans mengenakan penalti lebihan (excess penalty) bersamaan 1% dari nilai lindungan (sum insured) sekiranya pembaikan dilakukan oleh bukan panel dan ada yang tidak mengenakannya. Sila semak polisi.
ii) Soal cepat atau lambat, bergantung kepada dua faktor - faktor bengkel dan faktor syarikat insurans. Carilah bengkel yang ada reputasi dan syarikat insurans yang mesra pelanggan.
2. Adakah pekara biasa, kereta dok dalam workshop dah sebulan tanpa2 buat apa2 baik pulih, saya
tanya TSC, dia tunggu approval dari insurance, saya tanya insurance kata tak dapat report from adjuster lagi.Memang ada kes-kes yang kereta terperok dalam bengkel tanpa sebarang permulaan kerja. Ada beberapa senario yang menyebabkan terjadinya perkara tersebut, antara lain...
i) Menunggu laporan adjuster.
ii) Adjuster telah keluarkan satu anggaran (estimate repair cost), workshop juga akan keluarkan satu anggaran. Syarikat insurans akan keluarkan satu figure setelah mengambil kira kedua-dua input tersebut. Sekiranya angka yang dikeluarkan oleh syarikat insurans terlalu rendah (pada pandangan bengkel), maka bengkel akan menulis surat rayuan kepada syarikat insurans tersebut untuk naikkan lagi kelulusan pembaikan tersebut. Proses tersebut akan memakan masa; ini menjelaskan mengapa kereta tersebut terperok.
iii) Bergantung kepada syarikat insurans, ada syarikat insurans yang tidak memerlukan laporan adjuster. Maknanya, apabila sesuatu pembaikan akibat kemalangan diperlukan, hantar kereta ke bengkel panel syarikat insurans tersebut. Bengkel akan anggarkan nilaian kerosakan dan angka ini bersama foto-foto berkaitan akan dihantar kepada syarikat insurans. Bengkel akan terus membaiki kereta tersebut sementara paperwork nya diselesaikan. Bagi kereta yang berusia di bawah 5 tahun, tiada peratus betterment dikenakan. Ada syarikat insurans yang mengamalkan 'part for part repair' dan ada yang mengamalkan 'contract repair'. Bagi yang pertama, kaedahnya ialah setiap mana bahagian yang rosak, ia tidak akan dibaiki, sebaliknya ia akan diganti. Syarikat insurans akan memberikan kelulusan bayaran bergantung kepada jumlah nilai barangan yang diganti. Bagi kaedah kedua, syarikat insurans akan memberikan lump sum kepada bengkel dan terpulang kepada bengkel bagaimana mahu menjalankan kerja tersebut; samada membaiki ataupun mengganti (contohnya apabila pintu kemek, ia diganti pada kaedah pertama tetapi ia mungkin lebih jimat dengan mengetuk untuk kaedah kedua).
3. Satu lagi pihak insurance kata NCD saya akan hangus walaupun saya tak bersalah kalau pihak ke tiga buat report
yang dia cedera akibat kemalangan tersebut. Adakah ada cara lain untuk saya lawan clause tersebut, sebab
driver lori tersebut cedera akibat langgar pokok, akibat langgar pokok dia melantun makan jalan saya & saya
cuma langgar tepi belakang body kayu lori tersebut. Saya dah cuba argue pihak insurance tapi mcm biase
dia cuba tegakkan clause tersebut.Soal bersalah atau tidak, itu akan ditentukan oleh pihak berkuasa (polis). Beli salinan report tersebut (selalunya pihak bengkel akan beli dari balai) dan laporan itu akan menyatakan pihak mana yang bersalah.
Sekiranya andaian sekarang ialah pihak ketiga yang bersalah, tuntutan 'Own Damage' (OD) boleh dilakukan. Walaupun secara automatiknya akan mengakibatkan kehilangan NCB, tuntutan memasukkan semula NCB ini boleh dilakukan dengan membuat tuntutan dari syarikat insurans pihak ketiga berserta lain-lain tuntutan (loss of use, report fee dsb).
Sekiranya kesalahan adalah sepenuhnya dipihak ketiga dan tiada kecederaan berlaku, bolehlah membuat tuntutan ODKFK. Kaedah ini membolehkan kita membaiki kereta tersebut dengan cara membuat tuntutan insurans sendiri tetapi tidak kehilangan NCB. Ini akan mempercepatkan proses.Wallahualam.Kamarul0193257156
No virus found in this incoming message.
Checked by AVG.
Version: 7.5.549 / Virus Database: 270.8.6/1765 - Release Date: 11/3/2008 4:59 PM
Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz
Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com
Kad Nama Online - http://www.kadnama.com
Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com
Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com
Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
Jana Iklan http://www.janaiklan.com
Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1. automobil-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/automobil
2. HitZ-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3. pdniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga
4. dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik
5. bolasepak-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak
6. auto-chat-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat
7. ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC
8. pd-net-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pd-net
9. interniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment