Tuesday, November 18, 2008

RE: www.auto.pdniaga.com - Minyak masak ganti minyak hitam?

Mod,hide ID….Bro

 

Aku rasa lebih baik jangan pakai selagi tak ada pihak “BERKUASA” yg verified selepas ujian tertentu dibuat.Setakat ikut2 je rasanya tak practikal tuh.Sama gak org pakai

Minyak hitam kat gear box dan minyak gear box pulak inject kat absorber bagi keras skit.Semua ini atas dasar “percubaan” mekanik dan nasib plak tak ada problem dalam jangkamasa tertentu,dan menjadi ikutan org lain pulak atas dasar percaya dalam was-was.

Lebih baik ikut aje “hukum engineering” yg telah termaktub.Benda ini melibatkan system mekanikal & movement part…silap percaturan kita gak yg tanggung.Kalau badan

Salah telan ubat boleh rasa terus kalau besi silap taruk minyak/lubricate yg tak sesuai plak cam na tuh..mungkin lambat effect dia.

 


From: automobil@yahoogroups.com [mailto:automobil@yahoogroups.com] On Behalf Of Oilyman Technology
Sent: Wednesday, 11, 2008 10:04 AM
To: automobil@yahoogroups.com
Subject: Re: www.auto.pdniaga.com - Minyak masak ganti minyak hitam?

 

Salam,

 

Saya pernah pakai Citroen Xantia. Dan saya pernah pakai minyak masak masa kes emergency sistem hidarulik bocor. Itu pun pomen yg suruh. Mmg no problem.

 

Tapi pakai minyak masak sebagai minyak hitam belum pernah cuba lagi..

On Tue, Nov 18, 2008 at 4:22 PM, Mohmad Abdullah <mbabest@hotmail.com> wrote:

Rasa pernah dengar ni, saya ada seorang kawan cikgu di Mantin, N Sembilan, dia guna minyak kelapa sawit (palm olien) ganti minyak hydraulic Citron Xantia.

Dah bertahun pakai katanya ok ...ntah le


To: Sempoi_group@yahoogroups.com; automobil@yahoogroups.com; ReSpONs@yahoogroups.com
From: yustaiping2@yahoo.com
Date: Fri, 14 Nov 2008 00:13:02 -0800
Subject: www.auto.pdniaga.com - Minyak masak ganti minyak hitam?

 

Copy dari harian kosmo 14 November 2008

ada sesiapa yang dah try r yang berani mau try.....test la...



http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

 

 

Pengganti minyak hitam?

HANYA minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. – Gambar hiasan

HANYA minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. - Gambar hiasan



PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.
Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.
Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.
Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.
Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia. name.my.
Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm# The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama

 

 


See how Windows® connects the people, information, and fun that are part of your life Click here




--
Azmi Abdullah
OILYMAN TECHNOLOGY
Shah Alam, Selangor, MALAYSIA
Tel: +60192764645 or +60176930306
E-Mail: azmi@oilyman.com.my
Web: www.oilyman.com.my
Video: www.youtube.com/user/mienyak
Forum: http://oilyman.com.my/forum
WE SUPPLY BEST QUALITY OF ENGINE CARBON CLEANER (DECARBONIZER)

__._,_.___
Senarai Web:
�      Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz     
�      Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com     
�      Kad Nama Online - http://www.kadnama.com     
�      Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com      
�      Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com 
�      Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
�      PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
�      Jana Iklan � http://www.janaiklan.com

Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1.  automobil-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/automobil 
2.  HitZ-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3.  pdniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga 
4.  dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik 
5.  bolasepak-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak 
6.  auto-chat-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat 
7.  ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC 
8.  pd-net-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pd-net 
9.  interniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan
Recent Activity
Visit Your Group
Y! Sports for TV

Access it for free

Get Fantasy Sports

stats on your TV.

Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Yahoo! Groups

Latest product news

Join Mod. Central

stay connected.

.

__,_._,___

No comments: