Tahniah.. aku pun dah lama plan nak buat.. cuma belum buat je lagi hehe.
Nazri Ahtar wrote:
>
>
> Salam,
>
>
>
> almaklum, bila ada anak kecik, kompom tumpah susu, tumpah air milo,
> keropok masuk kat dalam kotak handbrake tu yang mana memang susah giler
> babas nak vacum.
>
>
>
> nak jadik cerita, ada satu hari tu maka tertumpah la pulak kuah kari dan
> kuah kurma atas seat merangkap console tgh2 kat handbrake tu merangkap
> sekali kapet kereta. kat handbrake paling sadis, bertakung weh kuah
> kurma, ikan pun bleh berenang.
>
>
>
> tiba satu hari ahad nih, kalau dipikirkan rajin, harus tak buat buat
> dah. tapi mengingatkan tak tahan nak menghadap bau tengit selama
> berminggu2, maka dirajinkan jugak bukak seat dan kapet kereta. ingatkan
> susah. rupanye senang giler babas !!!
>
>
>
> alatan yang diperlukan
>
> spana 10, 12 dan 14. skrew driver philips (yang bentuk + tu), dan juga
> adjustable spana (nanti criter pasai pa tak tau saiz spananya).
>
>
>
> seat belakang, ada dua pencangkuk bawah seat kiri dan kanan. tarik
> cangkuk tu, terangkat dah seat. terus boleh keluarkan. seat belakang
> sandar. ada 3 skrew. kiri, tengah dan kanan. tengah guna spana 12. kiri
> kanan guna spana 10. tolak seat naik atas, maka tercabutlah iya...
>
>
>
> seat depan. 4 skrew setiap seat. semua guna spana 14.sonang bai tu...
>
>
>
> jemur kat tgh pana. sembur air. hilang segala mak nenek kuah.
>
>
>
> nak bukak kapet. bukak dulu kotak kat gear box. guna screw driver je.
> belakang ada 2 skrew (dalam kotak last), bawah handbrake stick ada satu.
> dah boleh detach part ujung. part depan. pada lantai bawah handbrake
> stick ada dua skrew, dan bawah tempat simpan duit siling (tempat abu
> rokok asalnye iye tak ?) tengok kiri dan kanan. ada dua screw jugaks.
> bukak tu. dah boleh cabut kotak yang depan.
>
>
>
> tiap2 tempat pintu kereta, ada lapik lantai plastik bukan ? cabut semua
> tu. lepas tu ada plastik putih pemegang kapet kereta. cabut plastik pada
> semua pintu. sebelah pemandu bawah dashboard ada satu screw warna hitam
> (bawah kotak fius), pulas dengan tangan je boleh bukak. sebelah pemandu
> pun ada satu lagik. lepas tu, guna adjustable spana utk bukak screw pada
> tali pinggang hadapan.
>
>
>
> dah boleh cabut kapet. tebar kat pagar, sembur ngan air. beres deh.
>
>
>
> tinggal la besi . dan boleh bukak drain hole bawah tiap2 tempat duduk
> kalau rajin nak membasuh bahagian dalam kereta la.....kalau ada air lap
> le. kalau tak, meletup pulak vacum tu karang.
>
>
>
> dah kering semua, boleh ler pasang balik.
>
>
>
> tips : tiap2 screw yang dicabut, jangan tabur merata2. saya praktikkan
> selepas cabut aper2 sahaja, screw dimasukkan semua ke tempat asal.
> supaya tak hilang ataupun terlebih. hehe.
>
>
>
> selamat mencuba.
>
>
>
> nanti kalau datang rajin saya, akan disertakan gambar. sekarang ni masih
> mood malas + takde masa. sorry ! :)
>
Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz
Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com
Kad Nama Online - http://www.kadnama.com
Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com
Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com
Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
Jana Iklan http://www.janaiklan.com
Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1. automobil-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/automobil
2. HitZ-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3. pdniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga
4. dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik
5. bolasepak-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak
6. auto-chat-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat
7. ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC
8. pd-net-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pd-net
9. interniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment