Wednesday, December 3, 2008

Re: www.auto.pdniaga.com - seat belt


good news utk owner gen2 dan saga..  from akhbar utusan semalam..

ARKIB : 03/12/2008 (Utusam Malaysia)

Kuat kuasa tali pinggang belakang 1 Januari

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Pemakaian tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang kenderaan persendirian akan diwajibkan pada 1 Januari depan dan penguatkuasaan yang ketat juga bakal dilaksanakan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, pelaksanaan tersebut bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan baru itu.

Katanya, pengecualian pemakaian tali pinggang belakang hanya diberikan kepada kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995.

''Selain itu turut dikecualikan ialah kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dilengkapi dengan alat keselamatan tersebut dan kenderaan komersial termasuk kenderaan barangan, bas, teksi dan kereta sewa.

"Bagaimanapun, bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995, kementerian akan memberikan tempoh selama tiga tahun untuk memasang alat keselamatan berkenaan bermula 1 Januari depan," katanya pada pelancaran program pemasangan tali pinggang keledar tempat duduk belakang di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool.

Tee Keat berkata, jika didapati masih terdapat penumpang yang tidak mematuhi peraturan baru itu, pemandu kenderaan akan dipertanggungjawabkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh penumpang di tempat duduk belakang.

Beliau menjelaskan, berdasarkan perangkaan tahun 2007, penggunaan tali pinggang keledar penumpang di belakang berupaya menyelamatkan 175 nyawa, mengurangkan kes kecederaan parah sebanyak 350 orang dan kecederaan ringan seramai 1,050 penumpang.

"Kementerian berharap penggunaan tali pinggang di tempat duduk belakang akan mencapai tahap kira-kira 80 hingga 90 peratus pada tahun depan," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dengan kerjasama Proton Holdings Berhad menerusi memorandum persefahaman (MoU) baru-baru ini, akan memberikan perkhidmatan pemasangan tali pinggang keledar belakang secara percuma bagi kenderaan Proton model Saga dan Gen2.

Sementara itu, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, sebanyak 226,000 kenderaan model Saga dan Gen2 yang didaftarkan antara tahun 2004 dan 2008 akan diberikan perkhidmatan itu.

"Sejumlah RM7 juta diperuntukkan untuk tujuan pemasangan tali pinggang keledar belakang yang ketiga bagi kenderaan yang masih belum dilengkapi alat keselamatan itu," jelas beliau.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh yang ditanya mengenai pengecualian dikenakan tindakan ke atas penumpang keempat dan seterusnya jika tidak memakai tali pinggang keledar berkata, seharusnya perkara itu perlu dielakkan.

Jelas beliau, setakat ini kesedaran pemandu untuk membawa penumpang melebihi lima orang semakin berkurangan apabila hasil kajian menunjukkan peratusan penumpang keempat dan seterusnya telah menurun.

''Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya lima peratus pemandu membawa muatan melebihi lima orang berbanding sembilan peratus pada tahun lalu.



From: "hide@yahoo.com" <hide@yahoo.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Thursday, December 4, 2008 1:00:05 PM
Subject: Re: www.auto.pdniaga.com - seat belt

hide id pls
Zam je

Iye ler....jan-09 bermulalah penguatkuasaan pemakaian seat belt.
kalau tak kena saman...

tolong bantu....

Nash Nash <mymusang@yahoo. com>@yahoogroups. com on 12/04/2008 12:38:01 PM

Please respond to automobil@yahoogrou ps.com

Sent by: automobil@yahoogrou ps.com

To: automobil@yahoogrou ps.com
cc:
Subject: [SPAM] Re: www.auto.pdniaga. com - seat belt

Nampak thread ni, terus timbul persoalan ..


Nak rujuk kat web mana sapa tau ..

Kete yg dikenakan syarat untuk pasang seat belt ni.
Mcm2 dgr cete. Ada yg kena, ada yg tak kena pasang ..
Saya punya perodua beli tahun Jun 2002 ..
Kalau kena pasang, agak2 berapa kosnya?
Thanks .. Nash


--- On Thu, 12/4/08, automobil@yahoogrou ps.com <automobil@yahoogrou ps.com> wrote:
From: automobil@yahoogrou ps.com <automobil@yahoogrou ps.com>
Subject: Re: www.auto.pdniaga. com - seat belt
To: automobil@yahoogrou ps.com
Date: Thursday, December 4, 2008, 3:35 AM


Hide ID pls
NirV je...

Nak tanya pasal seat belt penumpang belakang.
Berapa kos untuk honda city ..dan kat mana yg buleh buat di area Tmn
Equin, Seri Kembangan, Serdang
Seat Belt belakang dah rosak..

Terima kasih

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to
Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Recent Activity
19
New Members
Visit Your Group
Y! Sports for TV
Access it for free
Get Fantasy Sports
stats on your TV.
Yahoo! Search
Start Searching
Find exactly
what you want.
All-Bran
10 Day Challenge
Join the club and
feel the benefits.
.




__._,_.___
Senarai Web:
•      Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz     
•      Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com     
•      Kad Nama Online - http://www.kadnama.com     
•      Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com      
•      Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com 
•      Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
•      PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
•      Jana Iklan – http://www.janaiklan.com

Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1.  automobil-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/automobil 
2.  HitZ-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3.  pdniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga 
4.  dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik 
5.  bolasepak-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak 
6.  auto-chat-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat 
7.  ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC 
8.  pd-net-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pd-net 
9.  interniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan
Recent Activity
Visit Your Group
Y! Sports for TV

Access it for free

Get Fantasy Sports

stats on your TV.

Yahoo! Search

Start Searching

Find everything

you're looking for.

Featured Y! Groups

and category pages.

There is something

for everyone.

.

__,_._,___

No comments: