Tuesday, September 20, 2011

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3071

Messages In This Digest (2 Messages)

Messages


1.

Fw: Matikan Enjin Kenderaan Anda Sebelum Keluar Kereta

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Mon Sep 12, 2011 9:37 am (PDT)

----- Original Message ----- From: ::-eSpAcE 9808-:: Matikan Enjin Kenderaan Anda Sebelum Keluar Kereta Posted by greenboc Dua budak nyaris diculik PONTIAN - Gara-gara tidak mematikan enjin kenderaan ketika berhenti membeli kuih di tepi jalan, seorang ibu muda nyaris kehilangan dua anak perempuannya apabila seorang lelaki tiba-tiba melarikan kenderaan tersebut di Pekan Nenas, di sini. Bagaimanapun dia bernasib baik kerana kenderaan yang dipandu lelaki warga Nepal itu terbabas lalu merempuh tembok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Yunos Sulaiman, kira-kira 800 meter dari tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, kejadian berlaku pada jam 1.30 tengah hari kelmarin ketika wanita berusia 30-an itu berhenti membeli kuih tanpa mematikan enjin kenderaan jenis pacuan empat rodanya kerana dua anaknya berada di dalam. "Tiba-tiba seorang lelaki warga Nepal menaiki kenderaan tersebut dan melarikannya dengan kedua-dua anak wanita itu yang berusia 9 dan 11 tahun berada di dalamnya," katanya, Menurut beliau, menyedari kenderaan dan kedua-dua anaknya dilarikan, wanita berkenaan cuba mengejar dengan menaiki kereta orang awam yang melalui jalan berkenaan. "Bagaimanapun ketika sampai di hadapan asrama sekolah, kenderaan yang dipandu lelaki itu gagal dikawal lalu merempuh tembok sekolah berkenaan. Dia ditahan orang ramai yang berada di tempat kejadian," katanya. Zahaliman berkata, kedua-dua kanak-kanak itu selamat dan diserahkan kepada ibu mereka yang sampai ke tempat kejadian sejurus selepas itu. "Lelaki tersebut yang mengalami kecederaan ringan akan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan," katanya. Beliau berkata, pihaknya percaya ketika melakukan perbuatan tersebut, lelaki berkenaan berada dalam keadaan mabuk. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memberhentikan kenderaan dan pastikan enjin kenderaan dimatikan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
2.

Fw: Tiga Maut, Pokok Besar Hempap Van Dalam Ribut

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Mon Sep 12, 2011 9:38 am (PDT)

----- Original Message ----- From: ::-eSpAcE 9808-:: Tiga Maut, Pokok Besar Hempap Van Dalam Ribut Posted by greenboc Padang Besar: Tiga termasuk dua pelajar maut, manakala seorang lagi parah apabila van dinaiki sembilan pelajar Maahad Tarbiah Islamiah (MATRI) Tunjong, di sini, dihempap sebatang pokok besar di kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, Chuping, dekat sini pagi semalam. Illustrasi: metro Kejadian berlaku ketika semua anggota rombongan, termasuk lapan pelajar MATRI dalam perjalanan melawat Kilang Gula Felda Perlis (KGFP) menaiki sebuah van jenis Toyota Liteace dipandu bapa angkat mereka, Shahidan Ali, 67, jam 9 pagi. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata tiga yang terbunuh ialah Shahidan yang juga bekas pekerja KGFP serta dua pelajar MATRI iaitu Azman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Seri Kenanga, Kulim dan Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Ketiga-tiga mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat parah terutama Shahidan dan Ahmad Izzat yang duduk di bahagian depan van yang dihempap pokok . Difahamkan, Azman yang berada di tempat duduk belakang pemandu meninggal dunia ketika cuba dibantu rakan lain, manakala seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, dari Kuala Lumpur yang duduk di sebelah Azman dilaporkan parah, katanya. Che Man berkata, pokok terbabit tumbang selepas dipukul ribut ketika hujan lebat melanda kawasan terbabit, sebelum menghempap bahagian depan van dinaiki mangsa. Anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian kemudian terpaksa memotong pokok bersaiz sebesar pemeluk orang dewasa itu, sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mayat kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, sebelum dituntut keluarga, katanya. Salah seorang mangsa, Muhammad Zulfadhli Rodi, 14, dari Arau, di sini, berkata dia bersama empat rakan lain terpaksa keluar melalui tingkap belakang van yang pecah selepas hampir separuh daripada bahagian depan kenderaan dinaiki mereka remuk dihempap pokok. Sebaik keluar, kami lihat Izzat dan pemandu sudah tidak bernyawa, manakala Azman pula sedang mengerang kesakitan. Kami semua cuba membantunya, tetapi gagal sebelum terus berlari mendapatkan bantuan pengawal keselamatan di KGFP yang terletak tidak jauh dari situ, katanya. -BH Tiga maut pokok hempap van ORANG ramai melihat keadaan van yang remuk akibat dihempap sebatang pokok berdekatan Kilang Gula Chuping di Padang Besar semalam. PADANG BESAR - Dua pelajar Sekolah Menengah Agama Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Beseri maut setelah van yang dinaiki bersama-sama enam pelajar lain dihempap pokok berdekatan Kilang Gula, Chuping di sini semalam. Mangsa ialah Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah dan Ahmad Izzat Ismail, 17, yang berasal dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang. Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu turut meragut nyawa pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri. Seorang pelajar lain, Muhammad Ahnaf Anissofian, 14, dari Kuala Lumpur cedera parah dan kini mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar manakala lima lagi penumpang van tersebut mengalami cedera ringan. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Deros berkata, ketika kejadian van itu dalam perjalanan membawa mangsa untuk menyiapkan projek sekolah bagi subjek Kajian Tempatan. -kosmo
Recent Activity
Visit Your Group
Health Zone
Look your best!
Groups to help you
look & feel great.
Yahoo! Search
Find it now
Everything you
need in one place.
Yahoo! Groups
Do More For Dogs Group
Join a group of dog owners
who do more.
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
MARKETPLACE
How Bad is Your Score? Use this Free, Easy Way to See Your Score. freecreditscore.com.

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

No comments: