Monday, May 22, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4742[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4742

Messages

Mon May 22, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Elitis Pakatan Harapan Gagal Berdepan Hujah Melawan Pensyarah Awam?

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

Oleh Ahmad Hakimi Othman

Saya mengikuti rapat perkembangan fenomena "Dr Kamarul Yusoff" yang telah menjadi igauan buruk kepada tumpuan politik Pakatan Harapan terutamanya daripada pimpinan DAP. Sehingga maestro DAP, Lim Kit Siang terpaksa memberi komentar bagi mempertahankan anak didik pimpinannya yang menjadi Isu, YB Hannah Yeoh.

Kebetulan, Dr Kamarul Yusoff adalah kawan facebook saya sejak empat tahun lepas. Saya tertarik dengan Dr Kamarul Yusoff kerana kemampuan beliau mengutarakan fakta dan hujah berdasarkan data data yang konkrit. Nama Dr Kamarul YUsoff menjadi igauan apabila tulisan tulisan peribadinya yang mengomentarkan isu isu politik semasa telah memberi impak yang sangat negatif kepada Pakatan Harapan(PH). Terdahulu, sebelum meletup isu " Becoming Hannah", Dr Kamarul menelanjangkan perlembagaan Parti Amanah Negara (PAN) yang seperti Salinan sama dari perlembagaan DAP.

Apa Sebenar Berlaku di Sekitar Isu "Becoming Hannah"?

Isu Bermula apabila Dr Kamarul Yusoff memberi komentar analisis bahawa DAP dan pimpinannya hipokrit dalam berpendirian tentang amalan sekulerisme agama di negara ini. Komentar pada muka facebook itu bertajuk "Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP" yang dipaparkan pada 10 May 2017. Komentar facebook yang berunsur pandangan peribadi ini kemudian menjadi isu apabila, pihak YB Hannah Yeoh membuat laporan Polis pada 15 May 2017 dengan dakwaan Dr Kamarul Yusoff telah melakukan fitnah ke atasnya dan memberi kesan buruk kepada partinya iaitu DAP. Tindakan awal Dr Kamarul setelah diri beliau dilaporkan kepada Polis dapat dilihat apabila beliau memaparkan Salinan Laporan YB Hannah Yeoh dan kemudian melaporkan pula bahawa beliau dihubungi oleh wartawan Malaysiakini untuk mendapat kepastian. Keterangan tentang itu dipaparkan dalam facebooknya pada 15 May 2017, pukul 4.44 petang dengan tajuk " Laporan Polis Hannah Yoeh Terhadap Saya".

Seterusnya selepas menerima laporan polis yang turut dipaparkan oleh Dr Kamarul Yusoff dalam facebooknya, beliau turut melakukan tindakan mempertahankan diri dengan turut membuat laporan polis pada 17 Mei 2017. Paparan laporan tersebut diletak di muka facebooknya pada 17 May 2015 pada pukul 8.35 am yang bertajuk "Laporan Polis saya terhadap Hannah Yeoh". Dalam laporan polis tersebut, Dr Kamarul menyatakan sebab sebab dan asas perundangan yang beliau timbulkan dalam komentar beliau setelah meneliti fakta yang ada dalam buku Becoming Hannah.

Laporan Polis Dr Kamarul terhadap YB Hannah Yeoh menjadi Isu, Tetapi tidak laporan YB Hannah Yeoh Kepada Dr Kamarul.

Laporan polis Dr Kamarul terhadap YB Hannah Yeoh memberi impak yang besar dan serta merta kepada Elitis elitis Pakatan Harapan. Setelah Status facebook beliau itu ditularkan, Dr Kamarul dikritik dan diserang dengan pelbagai sudut tanpa memberi ruang dan nilai bahawa yang menjadi isu ini hangat adalah turut disumbang oleh Laporan Polis YB Hannah Yeoh. Tindakan YB Hannah Yeoh menggunakan undang undang tanpa menulis hujah lawan tidak ditimbulkan langsung dalam menghentam Dr Kamarul Yusoff.

Menariknya, beberapa pimpinan Pakatan Harapan dari Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP melakukan benda yang sama dengan menyembunyikan fakta awal sebab berlaku isu tersebut. Mereka mengambil kesempatan menghentam Dr Kamarul selepas sebelum ini banyak membisu apabila beberapa komentar Dr Kamarul yang dibentangkan dengan fakta tak dapat dihujah semula.

Keadaan ini pada pandangan saya yang telah melihat isu daripada awal perlu dijelaskan kembali. Adalah tidak adil membuat hentaman kepada tindakan laporan Polis Dr Kamarul kerana apa yang dibuat adalah dalam ruang undang undang dan tekanan yang telah diberikan oleh YB Hannah Yeoh dengan laporan polisnya. Sepatutnya, kita boleh bertanya balik, Apa motif YB Hannah Yeoh terus membuat laporan Polis tanpa membalas hujah? Lebih menghairankan, tulisan tulisan menghentam Dr Kamarul langsung tidak mengambil kira tindakan awal YB Hannah Yeoh tersebut yang menjadi punca kepada segalanya untuk Dr Kamarul Yusoff bertindak melaporkan kepada Polis dengan hujah hujah ketimbang undang undang yang boleh dikaitkan denga isi isi dari buku Becoming Hannah.

Dr Kamarul Yusoff berhadapan Ahli Politikus Licik.

Namun, dari peristiwa yang berlaku, dapat disimpulkan bahawa apa yang berlaku kepada Dr Kamarul Yusoff kerana beliau berdepan dengan ahli ahli politikus licik dari Pakatan Harapan. Adalah begitu naif bagi seorang ahli akedemik, tidak dapat membaca motif motif setiap politikus terlibat. Nampaknya dari hal yang telah berlaku, Dr Kamarul seperti dapat membuktikan kepada awam tentang sesuatu yang sedang disembunyikan oleh ahli ahli politkus tersebut. Sebagai Orang awam yang turut terlibat dalam lanskap politik Malaysia, apa yang didedahkan oleh Dr Kamarul Yusoff dan reaksi elitis Pakatan Harapan telah menunjukkan sikap sebenar politikus politikus yang ada di hadapan kita semua.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 22, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bot Peronda KD Perdana Bawa 9 Krew TLDM Hilang Diperairan Sedili
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapal Diraja (KD) Perdana dilaporkan telah terputus hubungan dengan bot kapal yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Sabtu lepas, lapor Bernama.

Pihak TLDM dalam satu kenyataan hari ini telah mengesahkan bot berkenaan yang diketuai seorang pegawai dan lapan anggota Laskar Kanan ke bawah telah terputus hubungan ketika mereka sedang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara.

"Op Carilamat telah dibuat tetapi tidak membuahkan hasil maka TLDM mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar perairan Sedili semalam bagi memperluaskan SAR menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Persatuan Nelayan Sedili.

"Antara aset yang terlibat adalah KD Perdana, KD Perkasa, KD Pendekar, KD Handalan, KD Terengganu, KD Kelantan, bot Pengalang 39, bot Kilat 16, sebuah helikopter Super Lynx dan sebuah pesawat Fennec," kata TLDM dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, bilik operasi Carilamat telah ditubuhkan di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan.

"Dipercayai bot dan Tim Menggeledah berlindung di dataran terhampir atau di bot nelayan yang berada di sekitar perairan Sedili," katanya. - Siakapkeli.my

Murid Tahun 6 Retak Tulang Leher Selepas Dipercayai Terjun Dari Tingkat 3 Bagunan Sekolah
siakapkeli.my

Seorang murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Andalas, Klang dilaporkan mengalami kecederaan di kepala dan retak tulang leher selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah, hari ini, lapor Harian Metro.

Menurut laporan, kejadian berkenaan disedari oleh seorang guru kira-kira jam 7.20 pagi selepas terjumpa mangsa ditemui terbaring di kaki lima.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, murid itu segera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, bagi mendapatkan rawatan.

"Siasatan awal mendapati mangsa tidak hadir ke sekolah selama tiga hari sejak Rabu lalu kerana mengalami sakit telinga.

"Mangsa turut memaklumkan kepada bapanya dia tidak mahu ke sekolah hari ini kerana tiada persefahaman dengan rakan sekelas," katanya.

Alzafny turut menyatakan sebelum kejadian, mangsa berada di kelas di tingkat tiga bangunan sekolah, mangsa kemudian telah diarahkan pengawas turun ke dewan bagi sesi perhimpunan tetapi memberitahu akan turun kemudian.

"Hasil siasatan menemui terdapat satu kerusi di koridor bertentangan kelas dipercayai digunakan mangsa untuk terjun."

"Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan retak tulang leher tetapi stabil dan sedar.

"Motif kejadian masih disiasat dan tiada sebarang unsur jenayah," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 22, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Azmin, PAS Selangor bertemu di Sekinchan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, dilihat mengadakan perbincangan serius dengan pemimpin PAS negeri itu di Sekinchan, pagi tadi.

Azmin dan pemimpin kerajaan negeri berada di situ sempena lawatan rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke bandar berkenaan yang terkenal dengan sawah padi.

Pemimpin PAS yang kelihatan duduk bersama Azmin ialah pesuruhjaya bagi Selangor, Sallehin Mukhyi, serta tiga exco negeri iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Iskandar adalah pesuruhjaya PAS Selangor sebelum tempatnya digantikan oleh Sallehin selepas muktamar parti itu berakhir 1 Mei lalu.

Ketika menyedari Azmin sedang duduk bersama pemimpin PAS Selangor wartawan cuba medekat, namun Azmin meminta supaya mereka tidak menghampiri, sebelum beliau meneruskan perbincangan.

Perbincangan itu dilihat hanya dihadiri Azmin dan pemimpin PAS walaupun beberapa exco dan pimpinan PKR serta DAP turut hadir pada majlis berkenaan.

Ia diadakan sebelum ketibaan Sultan Sharafuddin dan berlangsung kira-kira 20 min.

Pertemuan itu diadakan ketika desakan supaya wakil rakyat PAS meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri semakin memuncak ekoran berakhirnya kerjasama politik antara parti itu dengan PKR.

PKR juga sudah mengarahkan anggotanya yang mendapat lantikan politik di Kelantan meletakkan jawatan serta-merta sebagai tanda tanggungjawab serta selaras dengan keputusan PAS memutuskan kerjasama politiknya.

Pertemuan hari ini dipercayai kali kedua diadakan Azmin dengan pemimpin PAS sejak kerjasama politik dengan PKR ditamatkan.

Kali pertama mereka berbincang ialah apabila Azmin memanggil empat pemimpin PAS terbabit ke pejabatnya pada 12 Mei lalu.

Tunggu kena pecat, baru Pas nyatakan pendirian

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

SABAK BERNAM - Pas hanya akan menyatakan pendirian berhubung kedudukan 13 Adun Pas di negeri ini sekiranya tiga exco dari parti itu dipecat dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, dakwaan sebuah laporan akhbar berbahasa Inggeris kononnya semua Adun Pas di negeri ini bersedia keluar daripada pentadbiran negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah satu dakwaan tidak berasas.

"Itu tak benar. Nak tahu benar, selepas dipecat, barulah kita akan beritahu sesuatu yang benar," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Selangor Agrofest 2017 di Stadium Sungai Besar, di sini, petang tadi.

Sallehen yang juga Adun Sabak berkata, setakat ini, Pas tidak pernah berbincang berhubung tindakan yang akan diambil parti itu sekiranya tiga exco parti itu dipecat dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

"Kita tak bincang sampai ke peringkat exco dipecat. Kalau exco Pas dipecat, saya tidak dapat jawab apa-apa setakat ini," katanya.

Beliau menegaskan, Pas tidak akan bekerjasama dengan PKR seperti mana yang diputuskan Majlis Syura Ulama parti itu yang membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

"Untuk setakat ini, Pas tak akan bincang dengan PKR soal calon bagi hadapi PRU-14.

"Kalau dulu, orang Pas boleh panjat pokok kelapa pasang bendera PKR, sekarang PKR dan Pas kena panjat sendiri," katanya.

Ditanya, adakah Pas akan berubah fikiran dengan menjalin semula kerjasama dengan PKR di saat-saat akhir bagi menghadapi PRU-14, Sallehen berkata, beliau tidak mahu menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa depan.

"Mungkin ada perubahan-perubahan baru dan ada keadaan jauh lebih baik.

"Saya pun tak nak menjangkakan apa yang ada ini kekal. Buat setakat ini, begitulah keputusan yang kita buat," katanya.

Sementara itu, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, beliau akur apa jua keputusan pimpinan Pas.

"Saya tak nak berbincang soal kemungkinan. Selagi masih berada dalam exco, saya akan tetap berkhidmat untuk rakyat," katanya.

Ditanya tentang hubungannya dengan pentadbiran kerajaan negeri, Zaidy menjelaskan, hubungan itu berjalan baik dan tiada masalah.

"Kita kena bezakan antara parti dan kerajaan. Kalau tengok program hari ini pun, ramai pemimpin PKR yang hadir termasuk DAP yang diwakili Adun Sekinchan, Ng Suee Lim," katanya.

Anwar: Masih ada ruang bincang hubungan PAS-PKR

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengharapkan hasil positif berkata, masih ada ruang untuk membincangkan kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor, walaupun parti Islam itu sudah menamatkan hubungan kerjasama dengan PKR.

"Saya harap kita masih boleh membincangkannya. Kita perlu tunggu Azmin pulang," katanya merujuk Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dalam rangka lawatan rasmi di luar negara.
"Kami ada perjanjian (dengan PAS) untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci,: katanya kepada wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar diminta mengulas status 3 wakil rakyat PAS yang merupakan exco kerajaan negeri, walaupun Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan memutuskan "tahaluf siyasi" dengan PKR, pada 11 Mei lalu seperti yang diluluskan perwakilan pada Muktamar PAS ke-63, 30 April lalu di Kedah.

Mereka menyenaraikan 3 pelanggaran dilakukan parti reformasi itu iaitu menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti rang undang-undang persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Selasa lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, parti itu cuba sedaya upaya melindungi hubungan itu dan nasib 3 exco PAS akan ditentukan selepas perbincangan bersama dengan Azmin.

Tiga exco PAs itu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Berbanding pendirian PAS untuk 3 exconya kekal dalam pentadbiran Selangor, PKR sebaliknya mengarahkan semua lantikan politiknya di kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS untuk meletak jawatan serta-merta.

Anwar hadir di Mahkamah Tinggi petang tadi untuk saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau memfailkan saman itu susulan kenyataan "main belakang" Khairy dalam sebuah ceramah politik di Lembah Pantai pada 19 Februari 2008. Anwar mendakwa frasa itu bermaksud beliau seorang homoseksual.

Antara mereka hadir untuk menyokong Anwar adalah Dr Wan Azizah, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan ke 2 Jun nanti.

Azmin belum maklum penamatan kerjasama PAS-PKR kepada Istana

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


SABAK BERNAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan pihaknya belum memaklumkan kepada Istana Selangor mengenai penamatan kerjasama politik antara PKR dan PAS baru-baru ini.

Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata setakat ini, tiada perbincangan dibuat mengenai kedudukan 3 exco PAS dalam pentadbiran negeri itu dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Difahamkan Azmin mengiringi Sultan Sharafuddin menziarahi Makam Diraja Shah Alam dan Makam Diraja Klang pagi tadi.

Ketika ditanya sama ada beliau akan merujuk kepada pihak istana mengenai isu berkenaan, Azmin menjawab: "Saya berjumpa Tuanku (Sultan Sharafuddin) setiap minggu, setiap Selasa," tanpa mengulas lanjut kepada pemberita selepas merasmikan Selangor Agrofest 2017 di Stadium Sungai Besar, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan adalah Exco PAS Zaidy Abdul Talib yang memegang portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi.

Pada 11 Mei lepas, Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara menamatkan hubungan kerjasama politik dengan PKR serta merta apabila parti itu dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

Keputusan penamatan itu menimbulkan spekulasi mengenai kedudukan 3 exco PAS dalam kerajaan Selangor yang dipimpin Azmin.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Rabu memutuskan 3 exco PAS kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 tanpa perlu meletak jawatan.

Mengikut Perkara 53 Fasal 7 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 menyatakan seorang exco selain Menteri Besar hendaklah memegang jawatan selama yang diperkenan oleh Sultan Selangor.

Selain Zaidy, 2 lagi exco PAS dalam kerajaan Selangor adalah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, serta Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi.

Sekali lagi Azmin ulang Penggugat kestabilan Selangor musuh, pengkhianat rakyat

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengisytiharkan mana-mana individu atau kumpulan yang cuba menggugat kestabilan di Selangor sebagai pengkhianat amanah rakyat dan musuh kerajaan negeri di bawah pimpinannya.

"Ingat, mereka berdepan Azmin Ali dan PKR. Mana-mana pihak, sama ada individu atau kumpulan yang cuba gugat kestabilan Selangor, mereka adalah pengkhianat amanah rakyat.

"Mereka adalah musuh kita dan kita akan lawan habis-habisan. Lawan tetap lawan, lawan sampai menang," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Nasional Wanita dan Pemuda PKR ke-12 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Pada 5 Mei lalu, Azmin menolak dakwaan akan berlaku pilihan raya mengejut di Selangor, di sebalik spekulasi beliau berdepan kehilangan sokongan adun.

Beliau menyifatkan ia sebagai provokasi politik jahat dan tidak bertanggungjawab untuk menggugat kestabilan kerajaan Selangor.

Pada 4 Mei lalu, Adun Batu Tiga daripada PKR, Rodziah Ismail turut menafikan spekulasi beliau menyertai delegasi 6 wakil rakyat ke Istana Selangor untuk mengumumkan penarikan balik sokongan kepada Azmin.

Dalam sidang media selepas majlis perasmian malam ini, menteri besar Selangor itu terus berteka-teki dengan pihak atau individu yang beliau maksudkan sebagai musuh dan pengkhianat amanah rakyat itu.

"Terpulang kepada anda (pemberita) untuk melakukan spekulasi, tetapi itulah yang saya nyatakan, kerana ia boleh jadi Umno. Anda sendiri tentukan," katanya.

Pada 12 Mei lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar melabelkan PAS Selangor sebagai parti "tidak bermaruah" dan oportunis kerana mahu berada dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas menamatkan hubungan kerjasama politik dengan PKR.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan PAS Selangor itu akan menyebabkan berlaku tindakan lompat parti dalam kalangan ahli PAS, adun atau exco kerajaan negeri daripada parti Islam itu.

Dalam pada itu, Azmin yang juga timbalan presiden PKR menasihatkan perwakilan parti itu tidak memfokuskan situasi politik di Selangor, sebaliknya mereka perlu teguh mempertahankan parti.

"Keadilan tidak akan benarkan mana-mana pihak, sama ada parti politik atau individu yang menjadikan PKR sebagai 'tebusan'. Kita akan lawan mereka habis-habisan.

"Sementara kita akui wujud pandangan berbeza, tetapi tidak bermaksud kita harus bersengketa, runtuh kekuatan yang kita bina melalui muafakat dalam Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan," kata ahli Parlimen Gombak itu.

Minggu lalu, Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara menamatkan "tahaluf siyasi" dengan PKR serta-merta. Keputusan itu memberi impak kepada kedudukan 3 exco PAS dalam kerajaan Selangor pimpinan Azmin.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, 3 exco itu – Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib kekal berkhidmat dalam kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan seperti dinyatakan Azmin.

Berlawanan dengan pendirian PAS itu, PKR sebaliknya mengarahkan semua lantikan politiknya di kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS untuk meletak jawatan serta-merta, pada Selasa lalu.

Azmin masih berteka-teki kedudukan PAS dalam k'jaan S'gor

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih tidak berterus terang berhubung kedudukan tiga anggota exco PAS dalam kerajaan negeri.

"Seperti dinyatakan oleh Presiden (PKR) (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), kita akan membincangkan perkara ini sebelum membuat keputusan mengenai nasib tiga exco (PAS).

"Sudah tentu saya mesti lapor dan berbincang dengan pemimpin parti saya terdahulu (berhubung PAS) sebelum meneruskan dengan mesyuarat-mesyuarat lain kemudiannya," kata Azmin pada sidang media selepas merasmikan kongres tahunan Pemuda PKR dan Wanita di Petaling Jaya malam ini.

Biro Politik PKR bermesyuarat setiap Selasa, katanya, tetapi beliau tidak dapat mengesahkan sama ada mereka akan membincangkan perkara itu dengan exco PAS Selangor, Selasa depan.

Azmin, yang baru pulang dari lawatan rasmi ke Brussels hari ini, juga berkata isu untuk mendapatkan perkenan Sultan Selangor sebelum menggugurkan tiga exco berkenaan tidak timbul pada masa ini.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya akan berbincang, pertama dengan pemimpin-pemimpin PKR, kerana sebelum ini Presiden (Wan Azizah) berada di luar negara, apabila beliau kembali, saya pula ke luar negara, kerana kita sibuk cuba membina negara," katanya.

Apabila ditanya mengenai tempoh masa bagi membincangkan isu itu, Azmin sekadar berkata, mereka akan menanganinya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

PKR Jangan Gelojoh Berpolitik

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
"

Sikap, gelagat politik gelojoh beberapa pemimpin PKR seperti YB Rafizi, SU PKR Saifudin Nasution dan beberapa lagi ekoran keputusan PAS memutuskan hubunngan tahaluf siyasi baru-baru ini, sepatutnya dibaca dan dilihat jauh dari lubuk hati dan basyirah mata yang halus dan tajam. Wajar dilihat dari lapis-lapis tebal politik negara yang sudah lama dalam kawalan umno/BN yang telah mencengkam benak, Jiwa rakyat negara ini terutama zaman Tun Mahathir.

Dalam pada itu, rakyat terutama umat Islam dan orang Melayu dan bumiputra sebagai rakyat majoriti negara. Umat Islam negara ini tanpa mengira bangsa apa, kaum apa atau suku apa, sebab umat Islam itu bersaudara dalam iman dan Islam. Inilah yang PAS hendak bawa dalam politik negara. Islam untuk semua. Islam adil untuk semua. Islam tidak Akan menzalimi mana-mana bangsa, kaum dan agama di negara ini.

PKR Kena Berpolitik Matang dan Jiwa Besar

Jika DS Anwar Ibrahim diluar penjara, tidak mungkin beliau akan bertindak politik kasar untuk meruntuhkan kerajaan Negeri Selangor yang dibina bersama PKR, PAS dan DAP sejak 2008 itu. Tenth beliau masih ingat jasa-jasa PAS sejak zaman Dato' Fadzil Nor, presiden PAS ketika beliau diaibkan oleh Tun Mahathir pada 1998 dulu.

PAS zaman Dato' Fadzil, TG Nik Aziz dan sekarang zaman TG Hadi, juga sama saja, cuma mungkin pendekatan dan bawaan politik mereka terdapat perbezaan.

Kerana itu, politik dendam buta tuli, emosi dan amarah politik benci sebagaimana cuba digarap cantik oleh segelintir politikus gelojoh dalam PKR, juga DAP dan PAN serta Bersatu, seolah-olah mereka sahaja yang hendak selamatkan negara ini daripada angkara politik umno/BN.

PKR kena halusi dan lihat jauh-jauh lagi warna-warni politik negara, parti-parti politik di negara ini, lihat juga dalam-dalam rakan politik yang beriya-iya menyokong mati-matian, supaya PKR terus menyerang dan membenci satu lagi rakan politik sendiri.

Rakyat Bimbang Bila Kerajaan Selangor Runtuh

Kemelut politik Selangor ekoran putus tahaluf siyasi PKR-PAS sehingga ada segelintir politikus PKR yang gelojoh supaya EXCO PAS letak jawatan. Bukan bab letak jawatan itu besar. Tetapi PKR kena lihat amanah,kepentingan rakyat, Negeri, umat Islam, orang Melayu dan kuasa politik umat Islam dan orang Melayu di Selangor itu yang lebih besar.

Jawatan EXCO, ADUN, MP itu paling lama pun 5 tahun sahaja. Tapi kuasa politik umat Islam, orang Melayu, bumiputra sebagai rakyat majoriti Akan terhakis umpama pantai yang dilanda ombak besar.

Sejak 2008 ombak politik DAP yang dikuasai pengundi satu kaum yang bersama-sama bergayut dalam Kapal besar politik pembangkang bernama Pakatan Rakyat bersam PKR dan PAS telah memberi untung besar kepada DAP hingga menang banyak kerusi majoriti kaum Cina, sehingga DAP lupa diri, mau jadi Tuan besar politik pembangkang.

PKR wajar belajar politik kerjasama Tengku Razaleigh Hamzah, presiden Semangat 46 Padas PRU 1990 dulu. Kerjasama dengan DAP melalui Gagasan Rakyat yang juga melibatkan parti-parti politik di Sabah, selain kerjasama dengan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah, akhirnya umno/BN tumbang di Kelantan.

Kematangan politik inilah dirindukan oleh majoriti rakyat negara ini, untuk menghalang umno/BN Dari terus mensengsarakan rakyat negara ini dengan segala macam petaka ekonomi, gst, harga minyak tiap minggu naik, turun, harga barang naik, inflasi dan banyak lagi.

Ketika rakyat Selangor menaruh harapan tinggi kepada Selangor, Kelantan terus dipertahankan dalam PRU 14 dan menguasai Putrajaya supaya negara dipimpin oleh para pemimpin yang benar-benar amanah, jujur, beriman dan bijaksana.

DAP dan PAN Punca PAS PKR Putus Tahaluf Siyasi

Putus tahaluf siyasi bukan makna putus ukhuwah, putus kerjasama dalam tugas dan amanah melaksana tanggungjawab untuk rakyat, Negeri dan negara. Di sinilah menuntut ahli politik di negara ini berjiwa matang, hikmah dan berpandangan jauh. Jangan lihat untung rugi politik jangka pendek untuk ke Putrajaya, tetapi umat Islam dan orang Melayu serta anak peribumi/bumiputra negara ini hilang kekuatan, sedangkan kita rakyat majoriti di negara ini.

DAP bukan rakan politik yang setia. Kerana DAP hanya akan berkawan bila ia memberi untuk politik mereka. DAP hanya mahu berkawan dengan mereka yang boleh dicucuk hidung dan ikut rentak politik mereka.

SPR Jangan Berpolitik

Memilih pemimpin negara adalah Hak mutlak rakyat dan warganegara Malaysia. Warga asing adalah sama sekali tidak layak dan tidak wajar dibenar untuk menjadi pengundi bagi memilih wakil rakyat di negara ini.

Apa Akan jadi bila kita sebagai wakil rakyat, KETUA kampung, pengerusi JKKK, imam, pegawai, Kerani dan lain-lain dengan mudah-mudah menyokong,memproses,meluluskan dan sebagainya warga asing jadi warganegara walaupun tiada kewajaran, malah bertentangan Perlembagaan Negara dan undang-undang negara.

Belum cerita pasal angkara SPR, orang politik berjiwa hamba, pegawai hamba abdi yang menjual negara kepada warga asing kerana senang-senang mengiyakan proses memberi, melulus, menyokong permohonan warga asing menjadi warganegara semata-mata untuk mengundi umno/BN agar terus menang dalam pilihanraya.

Sedang tindakan itu amat membahayakan negara dan Negeri untuk jangka masa Akan datang. Inilah yang dibimbangkan oleh rakyat negara ini di Sabah, sebagaimana tuntutan rakyat melalui Suruhanjaya Di Raja atau RCI baru-baru.

Doa dan harapan majoriti rakyat yang telah sekian lama meyakini dan menaruh harapan kepada pemimpin PKR, PAS dan NGO'S yang berjiwa merdeka dan bermaruah sorta amanah.

Inilah celoteh dan keluhan penulis sebagai rakyat marhaen.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: IbnuSabah
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 22, 2017 7:53 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kadar Zakat Fitrah Bagi Wilayah Persekutuan, Selangor, Kelantan, Sabah, Kedah & Pahang Kekal RM 7
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 19 Mei - Kadar zakat fitrah bagi beberapa negeri di negara ini kekal sebanyak RM 7.

Negeri-negeri yang sudah dipastikan kadar zakat fitrah adalah Wilayah Persekutuan, Selangor, Kelantan, Sabah, Kedah dan Pahang.

Bagi Wilayah Persekutuan, PPZ mengumumkan kadar RM 7 itu semalam menerusi laman Facebook rasminya.

Bagi Selangor, portal TV Selangor (TVS) melaporkan kadar yang sama semalam.

Bagi Kelantan, laman utama e-Maik juga memaparkan kadar zakat fitrah dikekalkan kepada RM 7.

Keratan dari portal e-Maik

Pahang, Kedah, dan Sabah masing-masing mengumumkan kadar zakat dikekalkan sebanyak RM 7 sebelum ini.

Sumber:

a.. Selangor (Selangor TV)
b.. Wilayah Persekutuan (FB PPZ)
c.. Kelantan (e-Maik)
d.. Sabah (Harian Metro)
e.. Pahang (Utusan Online)
f.. Kedah (Sinar Online)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 22, 2017 7:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Prof Khazani : Memoir Sedetik Bersama Sang Genius (Nov 2016 - Mei 2017)

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

Oleh Alang Ibn Shukrimun

1 - BERMULA SEBUAH CERITA

Kali pertama saya kenal watak Prof Khazani ialah dalam program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat Negeri Terengganu akhir Mac tahun lepas. Ketika itu beliau membentangkan satu tajuk yang amat penting, berhubung kedudukan terkini kerusi parlimen seluruh negara dan unjuran PRU14.

Waktu itu saya cukup kagum dengan beliau. Bangga mendapat tahu bahawa PAS memiliki seorang yang begitu hebat seperti beliau. Sarat dengan fakta dan andaian yang membumi.
Walaupun belum tahu siapa sebenarnya beliau, apa latarbelakang dan apa jawatan beliau, saya sudah meletakkan diri sebagai peminat beliau. Sejak hari itu juga saya bercita-cita mahu mengenali beliau dengan lebih dekat. Saya tahu dia orang Terengganu dan menunggu kalau-kalau ada lagi program seterusnya bersama beliau.

Bulan Oktober tahun lepas, seorang kawan menghubungi memberitahu Prof Khazani ingin berjumpa untuk satu tugasan. Saya sangat teruja dan bersyukur. Cita-cita itu pantas dimakbulkan Allah. Saya terus bersetuju walaupun belum ada tarikh muktamad. Saya bersedia kosongkan semua jadual untuk berjumpa dengannya.

Masuk bulan November, beliau minta jumpa saya di Ibukota dengan segera. Tanpa berlengah, saya terus mohon cuti dan menghadap beliau. Hasil perbincangan, beliau mahu saya mulakan tugas waktu itu juga. Tetapi saya minta dilewatkan sehingga awal tahun hadapan. Saya terpaksa kerana bulan Disember akan ke tanah suci, buat kali pertama. Tetapi beliau minta terus berkhidmat usai mengerjakan Umrah. Saya akur.

Di Mekah, saya sekali lagi dihubungi sahabat yang menjadi pembantu setia Prof Khazani. Beliau minta untuk saya singgah sebentar di KL sesampainya dari KLIA nanti. Urusan penerbangan ke Terengganu akan beliau aturkan. Sekali lagi saya akur, walaupun agak keberatan memikirkan penat merentas perjalanan lebih 24 jam.

Kira-kira seminggu selepas itu, saya sudah diminta untuk menghadiri mesyuarat bersama Prof Khazani. Kala itu adalah musim cuti sekolah. Berbagai program dan juga percutian dirancang oleh para kenalan. Sedih juga mengenang anak isteri yang belum sempat melepaskan kerinduan sepanjang pemergian ke tanah suci. Jadi saya ambil keputusan bawa mereka bersama dalam siri-siri tugasan yang menanti. Rasanya ini lebih baik daripada meninggalkan mereka bercuti sendirian.

2 - PROFESOR DI MATA SAYA

Sejak itu saya terus menjadi rapat dengan Prof Khazani. Setiap kali selesai mesyuarat, kami akan makan bersama dan bersembang bersama. Biasanya saya akan ambil peluang untuk bertanya dan berkongsi perkara-perkara ilmiah, dan yang diluar fokus mesyuarat.

Dari kebersamaan ini, saya kenali hati budi beliau. Beliau memang seorang pencinta ilmu. Sifat ingin tahu beliau sangat kuat. Beliau memiliki kelebihan memahami sesuatu yang baru dengan sangat cepat. Sangat layak beliau menerima gelaran profesor di awal usia 30an lagi. 11 paten ciptaan bukan sesuatu yang mengejutkan. Gelaran saintis muda kebangsaan juga tuntas bagi beliau.

Dengan cara beliau mengenalpasti masalah, menyusun kerangka kerja dan menggariskan strategi jangka panjang dan pendek, posisinya sebagai Pengarah Institut Strategi PAS (ISP) sangat layak diberikan padanya. Setakat yang saya tahu, beliau orang pertama dan satu-satunya yang pernah memimpin ISP. Seolah-olah ISP ditubuhkan kerana beliau!

Dengan peranannya sebagai AJK PAS Pusat terlantik pada sesi lepas, beliau harus pusing satu Malaysia memberikan penerangan kepada jentera PAS akan halatuju terkini parti secara komprehensif dan strategik. Jika beliau mengajak, saya sebolehnya tidak akan lepaskan peluang untuk bersama beliau. Bukan untuk menjadi peserta program, tetapi bicara dalam kenderaan sepanjang perjalanan itu yang mahal.

3 - SEKEJAP YANG SARAT

Beliau seorang yang humble. Walaupun saya jauh lebih muda, tetapi beliau langsung tidak kisah untuk menganggap saya sebagai kawan. Kami bersembang, bergurau dan kadang-kadang saling sakat menyakat. Beliau tidak lokek berkongsi cerita dan ilmu.

Minat Prof Khazani ialah berfikir dan juga membantu orang lain berfikir. Beliau semacam memiliki master key yang boleh membuka pintu-pintu dalam otak kita. Beliau kaya dengan formula dan pelan. Mendampingi beliau membuatkan saya semakin menghargai anugerah akal yang dikurniakan tuhan.

Saya suka kalau beliau bercerita apa yang dia sembang-sembang dengan Ayah Chik. Kalau datang ke KL, pasti Prof Khazani akan dipanggil mengadap Tuan Guru Presiden. Sesuailah dengan jawatannya sebagai pengarah strategi. Ayah Chik juga sudah begitu dikenali sebagai ahli politik yang strategis. Bagi Ayah Chik, Prof Khazani adalah insan yang boleh memahami, menterjemahkan, menvisualisekan dan menyokong idea Ayah Chik dalam bentuk data dan pelan tindakan.

Prof Khazani tidak seperti kebanyakan pimpinan lain. Beliau tidak melayan teguran dan ketidakpuashatian orang bawahan seperti ayah melayan karenah anak. Sebaliknya Prof Khazani akan dengar secara dan respons serius penuh perhatian ibarat berbincang dengan VVIP. Tidak semuanya beliau bersetuju tetapi cara beliau mengemukakan sudut pandang tersendiri menunjukkan keseriusan beliau akan perkara yang kita sebutkan. Hilang gap antara ahli dan pemimpin dan rasa ukhuwwah semakin erat walau berbeza pendapat.

Selain isu-isu parti, saya gemar bersembang isu-isu ilmiah. Beliau suka minta pandangan saya tentang ilmu agama, terutamanya bab akidah. Sebagai seorang saintis muslim, beliau ada cara pandang tersendiri terhadap akidah. Ia secara langsung memberi input baharu juga buat saya.

Saya pula suka bertanya beliau akan kaedah-kaedah saintifik dalam memahami sesuatu. Dari perkongsian beliau, rupa-rupanya Ulama silam Islam memiliki minda seorang saintis dalam menterjemahkan sesuatu ilmu dalam karya-karya mereka. Cuma dewasa ini skill itu semakin berkurangan di kalangan generasi baharu.

Jarang kami berbeza pendapat. Biasanya setelah berbincang, pasti saya akan bersetuju dengan beliau. Kalau tidak pun, beliau akan bersetuju dengan saya. Kalau ada yang kata Prof Khazani seorang yang 'keras keng', saya tidak fikir begitu. Keras keng adalah mereka yang menegakkan benang basah. Yang tidak ada hujah tetapi masih mempertahankan pandanganya. Sebaliknya Prof Khazani berpendapat dengan sokongan hujah yang kuat. Apa jua pandangan yang lebih rasional dan kukuh, beliau akan terima dan tak kisah menarik balik pendirian asal.

Tidak sangka banyak juga perkara-perkara yang saya dapat selama bersama beliau. Nak disenaraikan tentulah terlalu panjang. Antara yang dapat dikongsi ialah pendapat beliau bahawa semua ilmu di dunia ini jika difahami dengan kaedah yang betul akan membawa kepada mentauhidkan Allah. Selama ini saya beranggapan ilmu Mantiq antara ilmu yang tidak ada kena mengena bahkan bercanggah dengan methodologi tauhid. Tetapi beliau menyanggah pandangan ini.

Sangat puas jika dapat bersembang dengan beliau. Sebelum ini saya cuma berpeluang bersembang perkara-perkara melibatkan sains dan agama sebegitu dengan ayah saya sahaja. Tapi saya jarang balik ke rumah dek kekangan masa. Pernah kami berpeluang sembang, duduk di ruang tamu daripada lepas Isyak sampai jam hampir Subuh. Tak sedar waktu berlalu.

Setiap kali timbul pesoalan baru dalam apa jua perkara, pasti saya akan simpan soalan untuk bertanya Prof Khazani jika berpeluang. Saya sudah merancang banyak perkara untuk bertanya beliau. Tetapi sayang, tak berkesempatan untuk bersama lama.

4 - TIBA SAAT MELAMBAI PERGI

Sehari sebelum beliau tidak sedarkan diri, beliau mengajak untuk bermesyuarat keesokan malam. Beliau kata akan menikmati hidangan 'istimewa' malam itu. Kami langsung tak menjangka hidangan istimewa itu benar-benar istimewa, khusus buat beliau seorang di alam sana.

Kami membelek mesej-mesej lamanya di whatsapp. Beliau antara pemberi semangat kepada saya untuk terus menulis walaupun dicerca ramai pihak. Antara yang paling dihargai adalah sokongannya terhadap beberapa tulisan menjelang muktamar, yang menjadi polemik di kalangan ahli PAS waktu itu. Kerana sokongannya, beliau turut dikecam. Melihat beliau yang langsung tidak hiraukan kecaman itu, membuat saya tambah kuat.

Sebelum ini banyak kekeliruan dalam jemaah yang saya pendamkan, bimbang ianya tidak betul dan terlalu sensitif. Tetapi setelah mengenali beliau, saya jadi yakin untuk terus berkhidmat. Mana yang betul beliau akan sokong. Mana yang salah beliau akan tegur terus. Respon terakhir beliau terhadap tulisan saya ialah pada hari beliau jatuh sakit. Beliau telah memanjangkan tulisan saya bertajuk PAS BERJAYA TEMUI UBAT ALERGIK POLITIK sambil meminta untuk ditularkan. Saya kira itu pengiktirafan terakhir daripada beliau.

Hanya dua jam selepas beliau pengsan, barulah saya mendapat makluman. Beliau tiba-tiba tidak sedarkan diri ketika tunduk untuk mengambil wudhu di pejabat. Mujurlah seorang sahabat berada bersama Prof segera memegang beliau. Prof terus dikejarkan ke Hospital Serdang.

Hari pertama pemeriksaan CT Scan mendapati tiada apa-apa masalah di jantung atau kepala. Semua organ berfungsi seperti biasa. Keadaan beliau juga ibarat tidur sahaja. Mungkin kepenatan.

Saya fikir Allah sengaja bagi dia rehat. Memang dia begitu gigih bekerja ke hulu ke hilir. Beliau pernah beritahu, beliau sangat puashati dapat tidur dengan begitu nyenyak pada satu malam itu. Sudah lama tidak tidur senyenyak itu. Saya tanya berapa lama, dia jawab empat jam. Empat jam sahaja sudah begitu nikmat?! Katanya beliau sudah lama tidak dapat tidur selama itu.

Lewat malam itu juga, beliau terpaksa dipindahkan ke hospital lain kerana wad penuh. Pilihan antara dua, samada IJN atau HUKM. Akhirnya keluarga memutuskan untuk ke HUKM. Beliau dimasukkan ke ICU dan menjalani MRI Scan pula.

Esok hari saya kunjungi beliau lagi. Tiada sebarang perkembangan terbaru melainkan didapati ada darah beku di kepalanya. Saya mulai risau. Tetapi para sahabat masih memberi keyakinan keadaan itu boleh diubati. Prof juga tidak kelihatan pelik. Ibarat tidur sahaja. Tangannya masih panas. Mukanya langsung tidak pucat.

Esoknya Jumaat, saya kunjungi beliau lagi. Doktor menyatakan beliau diserang accute stroke. Katanya 1/3 otaknya sudah tidak berfungsi. Pada waktu itu semua bercakap mengharap keajaiban daripada Allah sWT sahaja. Saya sempat membacakan Surah Sad di telinganya. Kawan-kawan lain juga bergilir membacakan al-Quran.

Malam itu saya terima berita jantungnya menunjukkan reaksi positif sejak petang. Saya yakin ini mesti daripada bacaan al-Quran. Rasa semangat untuk baca al-Quran ke telinga beliau semakin berkobar-kobar. Pakar terapi juga ada menyebut orang yang diserang koma perlu sentiasa diziarahi dan perlu berbual dengannya. Dari itu beliau akan cuba respon dan itulah yang akan menstabilkan fingsi badannya.

Usai usrah di Damansara, saya bersama seorang sahabat melencong ke HUKM untuk menunaikan beberapa pesanan keluarga beliau. Jam sudah menghampiri 1 pagi. Saya ambil peluang untuk baca Surah al-Mulk, bacaan lazim sebelum tidur. Saya berbisik beberapa perkataan semangat untuk belia. Sebelum pergi, saya belai rambut dan cium dahinya. Rasa seolah-olah sedang mendodoikan beliau.

Saya tidur dengan tenang malam/pagi itu. Lebih tenang dari malam-malam lain kerana menganggap Prof sudah semakin pulih. Esoknya, jam 8 pagi baru saya mencapai handphone. Tidak sabar mendengar perkembangan positif beliau.

5 - TERASA BARU SEMALAM

Allah menghendaki yang terbaik. Beliau sudah dijemput ke hadratNya di hening pagi tersebut. Tiada apa lagi yang boleh saya lafazkan. Hanya Innalillah dan Allahuakbar yang terkeluar dari mulut.

Tanpa berlengah saya terus menghubungi sahabat bertanya urusan seterusnya. Kebetulan memang sahabat itu sedang bersiap menuju ke Hospital. Saya terus menumpang ke sana bertiga. Dalam kereta, kami mengatur segala urusan daripada hospital hinggalah ke tanah perkuburan.

Sepanjang perjalanan, kami mengenang saat-saat manis bersama Prof Khazani. Banyak lagi rupanya yang saya tak tahu berkenaan beliau.

Prof Khazani rupa-rupanya telah membangunkan beratus buah penyelidikan dalam berbagai bidang. Beliau telah mengetuai kumpulan beratus pakar-pakar dan intelek dalam dan luar PAS terdiri daripada para profesor, pensyarah, doktor perubatan, jurutera, akauntan dan ahli ekonomi. Kebanyakan seperti beliau, bergerak di belakang tabir tetapi memberi sumbangan yang sangat signifikan kepada pembangunan PAS.

Beliau juga hebat di luar parti. Walaupun sudah bersara daripada universiti, tetapi masih dipanggil untuk memberi pengisian di serata institusi awam dan swasta. Produk yang dibangunkan Prof Khazani pernah dinobatkan sebagai rekacipta terbaik dalam satu pameran inovasi dunia di Pittsburgh, USA.

Pernah beliau dipanggil membimbing sekumpulan penyelidik di TNB. Beliau dipanggil kerana TNB diamanahkan oleh kerajaan membangunkan satu RnD berkait satu isu. Mereka buntu untuk mengenalpasti topik-topik penyelidikan yang ingin dibuat. Berdasarkan formula K-Chart yang dimiliki, beliau cuba memahami apa skop tugasan TNB itu dan kemudian terus membimbing para penyelidik tersebut. Hasilnya, daripada kosong Prof berjaya mencadangkan hampir 200 buah tajuk penyelidikan!

Walaupun ada yang mengatakan beliau tidak lagi boleh digelar profesor kerana sudah meletakkan jawatan di universiti, tetapi beliau masih lagi berperanan aktif sebagai seorang profesor, membangunkan dan membimbing kumpulan akademik. Justeru saya masih lagi dan akan tetap menggelar beliau sebagai profesor sampai bila-bila.

6 - PERJALANAN TERAKHIR

Sampai di Hospital, saya berpeluang sekali lagi membacakan surah untuk beliau. Surah Yaasin pula kami perdengarkan. Suasana begitu hiba dan sayu. Saya tak dapat lihat wajah sahabat-sahabat yang sugul kesedihan. Saya terus mendapatkan orang berkenaan untuk membantu urusan seterusnya.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Begitu mudah urusannya. Keluarga juga memberi kerjasama yang sangat baik. Sahabat berkata, Prof Khazani sentiasa berdoa mahu mati dalam keadaan mudah, tak mahu banyak menyusahkan orang. Tuhan makbulkan doanya. Sakit sekejap dan terus mengadap Ilahi. MasyaAllah.

Cuma ada satu perkara yang masih saya risau. Bagaimana Ayah Chik mahu menghadapi berita pemergian Prof Khazani. Saya bimbang berita ini boleh mengganggu kesihatan beliau yang sudah semakin baik. Harap-harapnya orang di sekeliling Ayah Chik dapat menyampaikan berita ini kepada beliau penuh berhemah.

Saya sudah melihat bagaimana Ayah Chik tatkala menghadapi pemergian TG Harun Taib, TG Haron Din, TG Nik Aziz dan sahabat rapat beliau yang lain. Tak sanggup rasanya melihat beliau dirudung sedih lagi.

Apapun yang berlaku, tiada perlu untuk merintih lagi. Adat yang hidup pasti ada ajalnya. Bukan kita yang menentukan. Kita sekadar boleh merancang. Usah dirisau, pemergian beliau semestinya punya hikmah yang besar. Tuhan tidak pernah putuskan sesuatu yang sia-sia.

Perjuangan perlu diteruskan. Sisa-sisa usaha yang ditinggalkan perlu kami sempurnakan juga. Walaupun sangat sedih kehilangan beliau, saya bersyukur sepanjang mengenali beliau, Prof telah kenalkan saya dengan ramai sahabat-sahabat baru yang se kepala dengan kami. Mereka juga tidak kurang hebatnya. Berbagai profesion dan latarbelakang. Saya yakin sahabat-sahabat ini mampu meneruskan agenda yang Prof Khazani telah tinggalkan. InsyaAllah saya akan menjadi pembantu setia.

Terima kasih Ya Allah. Kau pinjamkan hubungan persahabatan ini walaupun untuk 7 bulan cuma. Sangat besar ertinya bagi diri kerdil ini. Perkenalan yang telah mengubah corak perjalanan hidupku.

Ya Allah. Kau kurniakanlah juga matiku seperti mati Prof Khazani. Mati dalam pakaian jihad.

(Alang Ibn Shukrimun)

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, May 21, 2017 11:48 PM
Subject: Fw: Perginya Sebutir Permata & sertai PAS

Perginya Sebutir Permata Jemaah

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan rasa sedih dan pilu atas pemergian buat selama-lamanya, Prof. Dr. Mohd Khazani Abdullah, Pengarah Institut Strategi PAS.

PAS mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan sahabat yang mengenalinya, semoga diberikan kesabaran dan ketabahan.

Saya menyeru seluruh ahli PAS agar sama-sama mendoakan kebaikan dan kebahagiaannya di alam sana. Jasa dan pengorbanan almarhum akan terus dikenang oleh ahli-ahli PAS.

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG?
Presiden PAS
Bertarikh: 23 Syaaban 1438H / 20 Mei 2017M

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 22, 2017 7:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ramai Tak Tahu, Sebenarnya Kita Boleh ''Claim'' Jika Alami Kecederaan Akibat Dilanggar Kenderaan Lain Yang Tiada Insuran
siakapkeli.my

Mungkin kita pernah terdengar kisah kemalangan melibatkan kenderaan yang tidak mempunyai insuran, mereka kebanyakan melarikan diri kerana risau kesalahan yang mereka lakukan.

Namun, jika anda mengalami kecederaan, perlu diketahui bahawa anda boleh untuk ''claim'' bayaran untuk rawatan kosa kecederaan walaupun dalam jumlah yang agak tinggi. Bagaimana caranya? jom kita baca.

Motor Insurers' Bureau (MIB)

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk spital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi Kak Zai nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers' Bureau (MIB)

MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.

MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib carum ke dalam MIB.

Oo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?

Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:
1. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri
.
.
Ok jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:
1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada)
4. Laporan perubatan
.
.
Hantar dokumen diatas ke:
Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

- Siakapkeli.my

SUMBER: Kurnia Motor and Car Insurance Malaysia

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 22, 2017 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bolehkah umat Islam mengambil parti politik sebagai jalan atau kaedah, dan bertanding dalam sistem pilihanraya, untuk memperjuang agama?
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
0leh: AZMAN HUSSIN

SISTEM demokrasi dikatakan suatu sistem terbaik pada zaman moden untuk memilih pemimpin atau negarawan dalam menerajui pemerintahan sesebuah negara.

Apakah demokrasi? Demokrasi lebih-kurang bermaksud dari rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat. Ia diterjemahkan dari perkataan Yunani, demos kratos (kuasa rakyat). Ia bermaksud pemerintahan dari rakyat (diputuskan mengikut kehendak rakyat terbanyak), dibuat oleh rakyat (dilaksanakan oleh rakyat), dan ditujukan kepada rakyat (dinikmati oleh seluruh rakyat).

Pengertian mudahnya ia adalah sistem sekular, memisahkan urusan dunia dan akhirat. Ia tidak terlibat dengan unsur-unsur ketuhanan.

Semuanya dari akal fikiran manusia, oleh manusia, dan untuk kehidupan manusia seluruhnya. Tiada penglibatan dan campur tangan tuhan.

Suara majoriti adalah tuhan (kebenaran) dalam demokrasi. Ini sebenarnya adalah hukum alam. Yang teramai akan mengalahkan yang lebih sedikit dalam pilihanraya, walaupun minoriti yang kuat boleh mengalahkan majoriti yang lemah dalam kes rampasan kuasa. Demokrasi boleh diringkaskan kepada maksud: sesiapa yang dipilih secara majoriti sebagai pemimpin akan sah diiktiraf menjadi pemimpin.

Jika majoriti rakyat mahu mengiktiraf seorang ateis sebagai pemimpin, maka sahlah ia (kerana ia daripada undi majoriti rakyat).

Bolehkah umat Islam mengambil parti politik sebagai jalan atau kaedah, dan bertanding dalam sistem pilihanraya, untuk memperjuang agama?

Demokrasi adalah neutral; boleh jadi baik atau tidak baik hasilnya. Bergantung kepada pengundi. Jika majoriti pengundi berakhlak baik, kesudahannya pemimpin berakhlak baiklah yang diangkat sebagai pemimpin. Akhlak pemimpin adalah gambaran, cerminan atau refleksi akhlak masyarakat akar-umbi di bawah.

Walaupun dikatakan pemimpin yang membentuk rakyat, sebenarnya situasi itu tidak begitu di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Selagi seseorang pemimpin memerlukan undi daripada rakyat, selagi itulah rakyat yang akan membentuk watak pemimpin. Jika pemimpin tidak mengikut kehendak rakyat, ia akan kalah.

Adalah salah sama sekali mengumpamakan pemerintah dengan seorang bapa yang bertanggungjawab membentuk bagaimana akhlak si anak. Dalam demokrasi ia tidak begitu. Politikus memerlukan sokongan rakyat, maka politikus yang telah dibentuk oleh rakyat, sedangkan si ayah adalah berkuasa penuh untuk menentukan apa yang harus dilakukan oleh seorang anak.

Maka, memenangi majoriti undi rakyat adalah tujuan utama dan terpenting dalam sistem demokrasi. Rakyat boleh menyokong sesebuah parti, tetapi ia tidak bermakna rakyat akan mematuhi ajaran atau dasar-dasar yang dibawa parti. Parti politik boleh menyatukan undi, dan undi boleh saja didapatkan dari orang yang hanya menyokong tapi tidak mengikuti dasar-dasar parti. Pelacur, penipu, perasuah atau penjudi dikira sah mengundi dalam sistem demokrasi Ini tidak selari dengan misi politik yang dibawa Nabi Muhammad SAW untuk mengubah masyarakat. Orang-orang yang mengikuti baginda adalah orang yang bertaut hatinya kerana Allah SWT, yang akhlak mereka mengikut al-Quran dan sunnah nabi saw sepenuh hati.

Parti politik dapat menguatkuasakan undang-undang kepada rakyat jika memenangi pilihanraya, tetapi ia tidak dapat mengubah akhlak masyarakat. Dakwahlah yang akan mengubah akhlak masyarakat. Sebaliknya, dalam demokrasi, rakyat yang telah mengubah parti politik. Jika parti politik tidak menuruti kehendak masyarakat, ia akan kalah. Maka parti politik akan mengadaptasikan diri dengan kehendak-kehendak masyarakat. Ini tidak sama dengan jalan nabi-nabi terdahulu yang mengubah masyarakat dengan dakwah. Nabi tidak mengubah atau berkompromi dengan prinsip agama hanya kerana ingin memenangi rakyat. Pemimpin agung mengubah rakyat, bukan diubah oleh rakyat.

Politik Nabi Muhammad SAW adalah mendakwah dan menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat melalui contoh teladan baginda sendiri, sehingga Islam menjadi cara hidup (addin, budaya dan semuanya tentang kehidupan manusia). Kesempurnaan agama seseorang itu akan terpancar melalui akhlaknya. Islam Nabi SAW bukan hanya di mulut dan ceramah. Semenanjung Tanah Arab yang jahil dan zulmat menjadi terang rohaninya kerana dakwah.

Semua ini bukan dilakukan dengan undang-undang negara, tetapi kerana masyarakat telah meredhai dan menerima kebenaran Islam selepas menerima seruan dakwah Nabi SAW. Undang-undang negara hanyalah kaedah untuk melindungi rakyat. Ia seumpama pagar yang menahan rakyat daripada dicerobohi musuh-musuh. Tamsilkan sekumpulan kuda liar; Islam menjinakkan kuda, bukan membina pagar untuk mengurung kuda. Pagar hanya dibangunkan apabila kuda sudah dijinakkan untuk mengelakkan serangan serigala. Jika pagar dibina tanpa dijinakkan kuda-kuda, ia tidak ada gunanya, kuda-kudanya itu pasti merosakkan pagar. Jika rakyat tidak sepenuhnya mengamalkan suruhan agama, tidak ada maknanya sesebuah negara yang menegakkan hukum-hukum agama.

Makna di sini, Islam tidak perlukan jalan parti politik untuk menegakkan agama, bahkan negara Islam akan tertegak secara automatik jika setiap orang Islam berakhlak seperti pengikut-pengikut nabi suatu masa dulu.

Islam sebenarnya sudah ada kaedah politiknya sendiri, iaitu dakwah; memenangi hati majoriti rakyat dengan dakwah, menyampaikan kalimah kebesaran Allah. Apabila akhlak Islam menjadi budaya masyarakat, selesailah semua masalah. Masalah akhlak tidak boleh diselesaikan dengan kekuasaan politik.

Tentang kekuasaan negara, Allah SWT telah berjanji dalam ayat ini, "wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu (agama) Allah, maka Allah akan membantu kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu," (Muhammad 47: 7).

Masalah asas yang sebenarnya adalah begini: parti politik memilih kuasa untuk melaksanakan hukum-hukum Islam melalui negara. Nabi Muhammad SAW pula berusaha memasyarakatkan Islam. Walaupun tidak berhajatkan kepada kekuasaan, baginda telah dikurniakan kekuasaan oleh Allah sehingga tertegaklah negara Islam Madinah. Nabi menghidupkan api (agama) untuk menerangi alam. Parti politik mencari cahaya untuk menghidupkan api, sedangkan cahaya tidak boleh didapati jika tidak dihidupkan api.

Nabi SAW bermula dari bawah, iaitu individu kepada negara. Parti politik bermula daripada negara kepada individu. Maksudnya, parti politik mahu melaksanakan Islam dengan mengambilalih negara. Tapi bagaimana negara Islam akan terbina jika individu-individunya tidak berkualiti Islam? Ia hanya akan tinggal nama sahaja sebagai negara Islam, tetapi rakyatnya tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

Parti politik boleh berhujah yang mereka juga berdakwah untuk memenangi rakyat. Tetapi kerana mereka lebih mengutamakan tujuan membina negara Islam, mereka sesat jalan dan terperangkap dalam tong najis demokrasi tajaan dan anjuran Yahudi dan Nasara. Tangan kanan Yahudi dan Nasara mempromosikan sistem demokrasi, tangan kiri pula mendakwah seluruh umat manusia mengikuti agama (budaya hidup) mereka melalui setiap aspek kehidupan. Maka majoriti yang terperangkap dalam lubang biawak Yahudi dan Nasara inilah yang akan memenangkan pemimpin berakhlak seperti mereka.

Itulah demokrasi. Suatu hukum alam yang memenangkan pihak majoriti.

Kenyataannya: Nabi Muhammad SAW mengubah akhlak masyarakat tanpa menubuhkan parti atau menyertai suku-suku kaum tertentu. Baginda menyatukan semua parti (suku-suku kaum) dengan dakwah Islam. Politikus boleh menguatkuasakan undang-undang, tetapi ia tidak dapat menahan rakyat dari melanggar undang-undang tersebut.

Walaupun Islam itu suatu sistem hidup yang syumul dan menyeluruh, tetapi politik dalam Islam bukanlah politik yang berlandaskan sistem demokrasi, iaitu menurut suara majoriti. Politik Islam adalah dakwah, tabligh, menyampaikan seruan agama dan mengajak manusia kepada ketaatan kepada perintah Allah SWT, kerana jika rakyat mentaati perintah Allah SWT akan tegaklah negara seperti Madinah, negara Islam contoh dalam sejarah.

Bahkan politik yang paling agung adalah mengajak dan menyeru umat manusia kepada kebesaran Allah SWT.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon May 22, 2017 7:58 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Kad Raya Masa Depan' - Kad Raya Pos Malaysia 2017 Guna Teknologi AR
siakapkeli.my

Raya tahun ini bakal dihiasi dengan sedikit inovasi dari Pos Laju Malaysia apabila syarikat tersebut memperkenalkan kad hari raya yang dipanggil sebagai Poskad Animasi Aidilfitri.

Satu video yang memaparkan seorang staf Pos Malaysia men-'demo' kad terbabit menjadi viral di laman media sosial.

Menurut staf berkenaan, untuk melihat animasi di dalam kad itu, pengguna perlu memuat turun satu aplikasi dan mengalihkan telefon kepada kad berkenaan.

Nak tahu macam mana rupa kad tersebut? Tonton video dibawah.

Menurut staf itu lagi, kad yang berharga RM6.25 itu akan mula dijual pada 22 Mei ini.

Jadi jangan ketinggalan untuk membeli kad terbabit!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Mon May 22, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Tuesday, 23 May 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: