Sunday, October 29, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4853

8 Messages

Digest #4853
1
Fw: Intipati Bajet 2018 by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
2
Fw: Tiga tokoh isytihar sertai PAS by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
3a
Fw: Kemalangan Maut by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
5
Fw: Kes Terjadi Antara PPIM Dan AGR, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
6
7
Fw: Tapir & dipanggang di atas api. by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Sun Oct 29, 2017 7:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Intipati Bajet 2018
malaysiandigest.com

Pembentangan Bajet 2018 disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai bajet inklusif yang akan memberi manfaat kepada rakyat setiap peringkat.

Najib merangkap Menteri Kewangan berkata, selain memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah (B40), bajet kali ini juga akan memberi manfaat langsung kepada golongan berpendapatan sederhana (M40), masyarakat luar bandar dan kakitangan awam.

Tumpuan akan diberikan kepada inisiatif perumahan, kaedah menangani kos sara hidup, jalinan hubungan pelabur asing yang akan menjana pendapatan negara serta revolusi ekonomi selaras dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.

Ikuti juga intipati Bajet 2018 menerusi Facebook dan Twitter Malaysian Digest.

Untuk ucapan penuh Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sila klik di sini.

6.07PM: Bg menyanjung tinggi sifat wala' & kesetiaan dlm mendokong kemajuan negara, saya umum bayaran khas RM1500 kpd semua penjawat awam

Manakala tidak pernah dilupakan, kepada pesara Kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750.

6.00PM: RM50 juta kepada GiatMara bagi baik pulih & menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara

Selain RM588j bayaran elaun bulanan kepada imam, bilal, guru KAFA & takmir yang diterima selama ini, Kerajaan umum bayaran one-off RM1,500

5.54PM: Demi menghargai sumbangan para penjawat awam, khabar gembira yang ditunggu-tunggu itu sudah pun tiba. Saya umumkan berikut

1. Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama

2. Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan terima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib

3. Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan

4. Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun

5. Kerajaan buat pertama kalinya, bersetuju berikan kemudahan 7 hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah

6. Untuk beri fleksibiliti, Krjn akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang

7. Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi

8. Penjawat awam wanita yg mengandung 5 bln ke atas dibenar pulang awal sejam. Suami yg bekerja Krjn jg dibenar pulang awal sejam

9. Meningkatkan kelayakan cuti bersalin drpd 300 hari kpd 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kpd maksimum 90 hari setahun

10. Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house

11. Menaikkan kadar pencen terendah kpd RM1000 sebulan melibatkan lbh 50k pesara awam dgn sekurang2nya 25 tahun tempoh perkhidmatan

12. Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara Kerajaan.

5.52PM: Mengimbangi Par Excellence Duniawi & Par Excellence Ukhrawi. Tiada siapa dapat ramal wajah dunia masa mendatang

5.50PM: Berhubung hal penyampaian dlm mengutamakan kebajikan semua pihak termasuk warga emas, OKU dan kanak2, Krjn umumkan bantuan RM1.7b

Menaikkan elaun warga emas RM50 menjadi RM350 sebulan, manfaatkan hampir 144 ribu orang, dengan peruntukan RM603 juta

Menaikkan elaun OKU yg bekerja, tidak bekerja & penjaga OKU sebyk RM50 sebulan, manfaatkan lbh 163 ribu org dgn peruntukan RM100j

5.49PM: GLC akan meningkatkan pengagihan keuntungan kepada pekerjanya, seperti menerusi pembayaran gaji dan elaun, secara berperingkat

GLC akan menyediakan taska di pejabat utama, dan kemudahan pengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung

5.47PM: Meningkatkan Kecekapan dan Penyampaian GLC dan Perkhidmatan Awam. Malaysia berhasrat capai prtumbuhan dengan agihan lebih saksama.

5.43PM: Pe-Tunjang Keenam: Mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital. Dunia kini di ambang 4th Industrial Revolution.

RM83.5 juta diperuntukkan bagi membiayai penyediaan infrastruktur fasa satu DFTZ di Aeropolis, KLIA

Fasa Pertama DFTZ sasarkan penyertaan 1,500 PKS dlm ekonomi digital, dijangka menarik pelaburan RM700j & 2500 peluang pekerjaan

Nilai de minimis bg import, dinaikkan dari RM500 ke RM800, utk capai matlamat jadikan Malaysia sebagai hab e-commerce serantau

5.43PM: Mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital. Dunia kini di ambang 4th Industrial Revolution.

Kerajaan sediakan geran sepadan sebanyak RM245j bawah Dan

5.37PM: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) .

Kerajaan cadangkan semua pembekalan perkhidmatan PBT tidak dikenakan GST, kuatkuasa 1 Apr 2018 atau 1 Okt 2018 brdasarkan pilihan PBT

Layanan GST brkadar sifar atas bhn bacaan, diseragam&diperluas liputi semua majalah, komik, journal & terbitan brkala mulai 1 Jan

5.33PM: Kerajaan akan merancakkan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan RM2.2b

Kerajaan umum pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50% bg pendapatan sewa sehingga RM2k sebulan

5.30PM: Kerajaan sedar beban ditanggung isi rumah bg penggajian pembantu rumah asing. Masa ini, kos bawa masuk mencecah setinggi RM12k-RM18k

Sebagai permulaan, Kerajaan beri pilihan kepada majikan untuk ambil pembantu rumah asing secara langsung daripada 9 negara sumber, tanpa lalui ejen.

Majikan boleh mohon visa pembantu rumah drpd Jabatan Imigresen secara online dengan bayaran levi & fi pmprosesan spt kadar sedia ada.

5.28PM: Juga peruntukkan RM3.9b subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik & tol

Bagi Program Penyeragaman Harga Barang Keperluan Asas di Sabah dan Sarawak diteruskan dengan peruntukan RM80j

5.27PM: Kedai Rakyat 1Malaysia akan kembali. Sbg permulaan pd 2018, 50 kedai akan dijadikan KR1M 2.0 dan diperluaskan kpd 3 ribu KR1M 2.0 dlm 3 tahun

KR1M 2.0 akan sediakan 5 barang keperluan asas dgn harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung & LPG

5.24PM: Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan 2 mata peratusan bg banjaran pndptn bercukai antara RM20 ribu - RM70 ribu

Langkah ini juga bermakna lebih 261 ribu orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan

Langkah ini akan tingkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300-RM1000, RM1.5b lebihan pendapatan boleh guna dapat dibelanja oleh rakyat

5.23PM: Sy umum 1 lg khabar gembira kpd setiap 2.3j pembayar cukai yg akan dinikmati terutamanya oleh mereka yg berpendapatan pertengahan

Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah serta merapatkan jurang pendapatan di Malaysia

5.22PM BR1M yg manfaatkan 7 juta penerima dgn peruntukan RM6.8B, akan diteruskan dgn kadar maksimum sehingga RM1,200

5.21PM: Sejak BR1M diperkenalkan, terbukti rkyt menerimanya, subsidi bersasar kpd golongan benar2 memerlukannya, terbukti keberkesanannya

Pembangkang yang kata BR1M sebagai rasuah. U-turn dan cadang BR1M dilaksanakan.

5.20PM: Pe-Tunjang Kelima: Mengutamakan Kesejahteraan Rkyt & Peluang Menjana Pndptn. Krjn komited wujudkan peluang pekerjaan, jana pndptn

RM25 juta utk Program Motosikal Tiga Roda di bwh FAMA, program mobileprenuer GiatMARA dan program MyAGROSIS

RM60 juta utk program 1AZAM, termasuk RM10 juta utk Sabah & RM10 juta utk Sarawak

Pinjamn mudah RM120j kpd 1k usahawan Food Truck 1Msia, Mobile Food Kiosk 1Msia melalui BankRkyt & BSN, Krjn subsidi kdr faedah 4%

RM100 juta untuk memperluas Program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah MDEC.

5.17PM: Cadangan tempoh cuti bersalin mandatori utk sektor swasta dinaikkan drpd 60 hari ke 90 hari spt yg dilaksanakan perkhidmatan awam

5.15PM: Melalui MIB, pngambilan pelajar kaum India ke IPTA dan perkhidmatan awam akan Kerajaan tingkatkan kpd sasaran 7%

PNB akan membuat pengagihan khas 1.5b unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyakat India, terhad kpd 30k unit setiap pelabur

5.13PM: Purata pendapatan bulanan isi rumah kaum India mnunjuk kadar pertumbuhan tinggi, 6.8% setahun & saya lancar Pelan Tindakan Masyarakat India baru2 ni

Kepada pembangunan Kampung2 Baru Cina, sebanyak RM65j diperuntukkan, dan RM10j lagi untuk program membaik pulih rumah

Untuk komuniti Cina, Kerajaan sediakan RM50j untuk pinjaman PKS melalui KOJADI. RM30j disalur keapada Yayasan Peniaga & Penjaja Kecil 1Msia

RM50j diperuntukkan melalui TEKUN utk Skim Pinjaman Usahawan Msykt India, manfaatkan 35k. Tambahan RM50j lg utk pmbgn sosio ekonomi

5.11PM: RM2.4b diperuntukkan kpd UiTM. Krjn tambah bil kemasukan pelajar di UiTM kpd lbh 165k org dgn sasaran 250k pelajar menjelang 2020

UiTM sbg institusi Bumiputera, telah berjaya melahirkan lebih 700 ribu graduan Melayu dan Bumiputera

RM2.5b yakni tertinggi pernah diberi utk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA, memanfaatkan hampir 90 ribu pelajar

5.09PM: Dlm mnghargai peranan RELA, Krjn sediakan peruntukan plg tinggi, hampir RM250j bg kelengkapan keperluan, termasuk pakaian seragam

Dlm mnjaga kebajikan tentera,Krjn akan sediakn blueprint Perumahan Keluarga Angkatan Tentera utk bina lbh 40k unit secara berfasa

5.01PM: RM420 juta termasuk hampir RM300 juta untuk Sabah dan Sarawak, disediakan bagi bekalan air bersih meliputi 3 ribu rumah

Sejak 2009, lebih RM100b subsidi telah dibelanjakan termasuk subsidi gas bahan api, membolehkan rakyat dpt bekalan elektrik murah.

RM50 juta diperuntukkan utk pemetaan & pengukuran tanah2 adat, iaitu RM30 juta untuk Sarawak dan RM20 juta untuk Sabah.

RM164 juta diperuntukkan bagi membina 5 ribu unit Rumah Generasi Kedua FELDA, dengan kerjasama SPNB

Hampir RM200 juta lagi diperuntukkan kepada FELDA, bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan.

4.58PM: Memacu Pembangunan Inklusif Dengan peruntukan RM6.5 bilion.

4.56PM: Setiap penuntut IPT dan tingkatan enam akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai RM250, manfaatkan seramai 1.2j pelajar

..4.55PM: Bagi pelajar dari keluarga B40 yg ikuti kursus berbolehpasaran tinggi, RM200j ditambah utk naikkan jumlah pinjaman maksimum PTPTN

Tempoh grace period pembayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian berbanding 6 bulan masa ini.

4.51PM: Kerajaan melanjutkan penawaran diskaun hutang PTPTN sehingga 31 Disember 2018.

4.47PM: Mengungguli Pembangunan Pendidikan, Latihan, Kemahiran dan Bakat, RM61.66 bilion diperuntukkan pada 2018.

RM20j kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier.

Bajet ini sentiasa beri keutamaan kpd Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, RM550 juta diperuntukkan.

Untuk itu, melalui kaedah Industrial Building System, Kerajaan mengumumkan peruntukan terbesar sejumlah RM2.5b bg tempoh 2 tahun.

4.43PM: Sejak tahun 2009 hinggalah sekarang, peruntukan untuk biasiswa yang disediakan oleh Kerajaan berjumlah RM44bilion

Bagi tahun 2018, RM2.2bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

4.39PM: Setiap anak Msia dilahir bermula 1 Jan 2018-2022, dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebyk RM200 melalui unit AmanahSaham.

Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050, atau ADAM50.

4.36: Menuju Aspirasi TN50

Menuju Aspirasi TN50. Pada #Bajet2017 lalu, saya memperkenalkan #TN50 bagi melakar sebuah negara bangsa yang unggul.

Setakat ini, lebih daripada 80 ribu aspirasi telah diterima, melibatkan 1.8j rakyat, mewakili pelbagai golongan dari seluruh negara.

Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah wajibkan semua bangunan pejabat yang baharu sediakan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak bermula di KL.

Potongan cukai tambahan bagi majikan menggaji OKU diperluas kepada majikan menggaji pekerja mengalami kemalangan/penyakit kritikal.

4.32PM: Kerajaan akan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang & Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Membina baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan terbang Kota Bharu dan Sandakan

Kerajaan juga akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan untuk membina jambatan menghubungkan Sabah ke Pulau Labuan.

4.28PM: Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam akn dibangunkan, merangkumi Zon Pengindustrian Bebas, jadi tarikan baharu kepada pelabur.

Juga isytiharkan Pulau Pangkor, Perak sebagai Pulau Bebas Cukai, tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok, dan kenderaan bermotor.

4.28PM: Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

4.26PM: Memperkemas Inftrasturktur logistik dan pengangkutan

Pembinaan ECRL akan mula dibina Januari. Lebuhraya akan alternatif ke Pelabuhan Klang akan dibina.

Pembinaan MRT2 jajaran Sungai Buloh Serdang Putarajaya dengan kos RM32 bilion.

4.19PM: Pertama kali dalam sejarah peruntukan paling besar kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak, penoreh getah bernilai RM6.5 bilion.

Hampir RM200 juta bagi penanaman semula getah & menyediakan kemudahan infrastruktur dengan meningkatkan pngeluaran latex berbanding cup lump.

Hampir RM500 juta bagi menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang.

Hampir RM140 juta bagi program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit termasuk promosi.

Program peningkatan pengeluaran kelapa melalui penanaman semula kelapa variasi baru dgn peruntukan RM50 juta, memanfaatkan 10,000 pekebun kecil.

RM200 juta bagi inisiatif Sumber Kekayaan Baharu, khususnya penanaman jagung bijian,kelapa,durian&sektor kulinari serta industri tenusu.

4.16PM: Eksport Negara Akan Dipertingkat

RM150 Juta Untuk mempromosi pasaran eksport, RM1 bilion disediakan exim Bank bagi kresiden pelindungan insuran. Dan RM100j disediakan sebagai pinjaman dengan 70 peratus jaminan Kerajaan bg mengautomasi pengeluaran perabot tempatan untuk tujuan eksport.

4.12PM: RM7bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan - RM5b untuk modal kerja & RM2bilion pinjaman dgn 70% jaminan Kerajaan untuk sektor prkhidmatan.

Untuk mengautomasikan proses pengeluaran & kurangkan penggajian pekerja asing, RM1bilion dengan pinjaman 70 peratus jaminan Kerajaan bawah SJPP

Saiz Dana Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah ditambah RM1b, jadikan saiz dana RM2.5b, diberi subsidi 2% ke atas kadar keuntungan.

4.10PM: Pelaburan swasta dijangka mencecah RM260b pada 2018, sejajar matlamat jadikan sektor swasta sebagi engine of growth Bajet2018

4.08PM: Bajet 2018 bertajuk 'Memakmurkan Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi & Ukhrawi Demi Mensejahterakan Kehidupan Rakyat Demi Aspirasi TN50'.

3.59 PM: Bajet 2018 bernilai RM280.5 bilion. Pertambahan berbanding RM268 bilion pada 2017. RM234 bilion adalah perbelanjaan mengurus dan bakinya bagi perbelanjaan pembangunan.

3.56PM: Laporan Pendapatan Isi Rumah dan Asas 2016l Daripada RM27,819 pada 2010 kepada RM40,713 pada 2017.

Pendapaan median bulanan RM4.585 (2014) kepada RM3,000 (RM2016).

3.54PM: Pada Ogos 2017, Eksport negara buat pertama kali mencapai paras tertinggi melebihi RM80 bilion.

Rizab Antarabangsa kini telah mencata RM428.7 bilion yang mampu menampung import tertanggung.

3.50PM: Baru-baru ini, tiga agensi penarafan kredit antarabangsa yang berwibawa mengekalkan kredit Malaysia pada penarafan 'A-' dengan prospek yang stabil.

3.47PM: Sejak 2009, sungguhpun berdepan cabaran seperti harga minyak merudum, faktor geopolitik antarabangsa tidak menentu, Malaysia tetap mampu mentadbir negara.

Defisit fiskal negara diunjurkan 6.7%. Kita yakin defisit 3% pada 2017 dan akan turun lagi kepada 2% pada 2018.

3.45PM: KDNK tumbuh 5.7%. Jangan terpedaya dengan dakyah di media sosial. Tiga minggu lepas Bank Dunia menyemak ekonomi Asia Pasifik dan memuji dasar Malaysia. Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan KDNK 5.2% bagi 2017.

Kerajaan menjangkakan 5.2% kepada 5.7% bagi tahun 2017. Lebih tinggi daripada jangakaan awal antara 4.3% hingga 4.8& tahun lalu.

3.40PM: Perdana Menteri memberikan ucapan alu-aluan sempena pembentangan Bajet 2018. Beliau meminta semua wakil rakyat untuk menunggu sehingga tamat pembentangan berakhir sebelum keluar dewan.

3.15PM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di lobi Parlimen memakai baju melayu biru tua. Beliau dijangka akan mula membentangkan Bajet 2018 pada jam 3.30 petang sebentar lagi.

- mD

Info Lengkap & Infografik #Bajet2018.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Berikut ialah inti pati Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertemakan 'Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, di Dewan Rakyat, hari ini.


Jumlah peruntukan bajet sebanyak RM280.25 bilion, meningkat daripada RM260.8 bilion pada 2017, dengan RM234.25 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM26.34 bilion, sektor sosial (RM11.72 bilion), keselamatan (RM5.22 bilion) dan sektor pentadbiran am (RM2.72 bilion).
Defisit fiskal dijangka terus mengecil kepada 2.8 peratus pada 2018 daripada 3 peratus pada 2017.
Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2018 dijangka meningkat kepada RM239.86 bilion pada 2018 atau daripada RM219.7 bilion pada 2017.
Jumlah pelaburan dijangka meningkat sebanyak 6.7 peratus atau menyumbang 25.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018.
Pelaburan swasta dijangka dijangka meningkat kepada RM260 bilion pada 2018 daripada RM230 bilion pada 2017.
*Hasil Kerajaan Persekutuan 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion.
*Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang memanfaatkan hampir 400,000 peminjam.

*Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.
*Tahun 2020 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM.
*RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus.
*Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah.
*Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital.
*Pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan bermula Januari 2018.
*Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.
*Pulau Pangkor, Perak diisytiharkan Pulau Bebas Cukai, tetapi tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.
*Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara.
*Peruntukan RM1 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.
*RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.
*Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
*Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan.


*Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Jan 2018 sehingga 2022.
*Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk pendidikan generasi TN50, termasuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), mempertingkatkan modul Computer Science termasuk program Coding dan menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21.


*Peruntukan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.
*Membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta.
*Peruntukan RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654 juta bagi membina empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme, 48 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi.


*Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018.
*Peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia.


*Peruntukan RM6.5 bilion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama di luar bandar.
*Peruntukan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.
*Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC.
*Mengembalikan wang ses yang telah dibayar peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit, dari 2010 hingga 2016.
*Peruntukan RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia, hampir RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
*Peruntukan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan.
*Peruntukan RM720 juta bagi pembinaan 11,000 ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi.
*Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-PDRM)
*Peruntukan RM250 juta kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak.
*Peruntukan RM2.5 bilion, iaitu yang tertinggi pernah diberikan untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA.
*PNB membuat pengagihan khas sejumlah RM1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur.
*Bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi.


*Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.


*Peruntukan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.
*50 Kedai Rakyat 1Malaysia akan distruktur semula sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun.


*Mulai 1 Januari 2018, kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor, tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol di Eastern Dispersal Link, Johor dimansuhkan.
*Kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya dapat dikurangkan pada masa hadapan, memberi pilihan kepada majikan mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada sembilan negara sumber, tanpa melalui ejen.


*Peruntukan RM2.2 bilion untuk merancakkan usaha pemilikan rumah untuk rakyat termasuk membina Projek Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat dan program PR1MA yang berharga RM250,000 ke bawah.
*Peruntukan RM27 bilion untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
*Peruntukan geran sepadan RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.
* Peruntukan RM5 bilion di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau.
*Melaksanakan Program Non-Revenue Water untuk mengurangkan kadar purata kehilangan air dengan kos RM1.4 bilion.
*Peruntukan RM1.7 bilion kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak.
*Untuk penjawat awam, kenaikan pangkat time-based kali kedua untuk kumpulan pelaksana bagi tempoh 13 tahun selepas kenaikan kali pertama.

*Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan berbuat demikian dengan syarat suami dan isteri bekerja di lokasi berdekatan.


*Bayaran khas one-off RM1,500 kepada 9,800 ketua kampung dan Tok Batin dengan RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya sebelum Aidilfitri.
*Lebih 65,000 imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan tok siak mendapat bayaran khas RM1,500 dengan RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

*Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri.
*Pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri
Sumber : Bernama / Twitter / Najib Razak
Copyright © 2017 Ameno World | Theme by Arlina Design All Right Reserved
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/10/info-lengkap-infografik-bajet2018.html#ixzz4wu4E724f

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 29, 2017 7:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tiga tokoh isytihar sertai PAS

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman

SARINA ISMAIL

KUALA KEDAH: Tiga tokoh mengisytiharkan penyertaan bersama PAS sempena Himpunan 12K Jentera Pilihan Raya PAS Kedah, bertempat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam.

Mereka ialah mantan Mufti Kedah, Dato' Sheikh Badarudin Ahmad; mantan Pegawai Majlis Agama Islam Kedah, Sheikh Mohd Uzaidz Baharom dan mantan Penolong Pengarah JAKIM, Mahadir Mohd Noor.

Mahadir Mohd Noor ketika sempat ditemui Harakah mengatakan, pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera(BPMS) yang dilaksanakan oleh PAS sekarang menjadikan beliau tertarik untuk menyertai parti itu selain beberapa perkara yang dilihat tidak ada pada parti lain.

"Ikhlas saya katakan, ahli-ahli dan pemimpin PAS ini ikhlas dan penat lelah mereka tidak mengharapkan bayaran atau ganjaran," ujar beliau.

Selain itu, beliau yang sejak dahulu sudah agak cenderung kepada PAS, melahirkan rasa muak dan jelak dengan sandiwara pemimpin Umno-BN.

Kebanyakannya mereka katanya, hanya berlakon di hadapan rakyat dan juga rakus serta banyak melakukan penyelewengan di dalam pentadbiran.

Beliau juga berkeyakinan PAS akan beroleh kemenangan maksimum memandangkan gelombang momentum rakyat sekarang berpihak kepada PAS termasuk sokongan hebat dari golongan muda.

"Saya juga menyokong penuh PAS bertanding sendirian kerana PAS mempunyai kekuatannya tersendiri dan mampu menarik sokongan rakyat," tambahnya lagi.

Mengulas berkenaan kewujudan PH baginya, parti berkenaan tidak mendapat sokongan ramai memandangkan ia sebuah parti yang dipimpin oleh bekas pemimpin parti tertentu.

Sudah tentu ujarnya, corak kepimpinan mereka lebih kurang sama dengan Umno yang dilihat lebih kepada bertelagah merebut 'panggu' (kepentingan) masing-masing.

Beliau menerima sijil keahlian PAS dari Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man pada himpunan yang disertai sekitar 15,000 ahli PAS itu.

Walau bagaimanapun, dua orang tokoh lagi tidak dapat bersama kerana mempunyai tugasan penting luar kawasan.

- HARAKAHDAILY

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 29, 2017 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



9 Maut Dan Seorang Parah, Van Pekerja Ladang Dan Lori Ais Bertembung
siakapkeli.my

TAPAH: Sebuah kemalangan melibatkan van dan lori ais berlaku di Jalan Air Kuning-Mambang Di Awan menyebabkan sembilan maut manakala seorang dilaporkan parah.

Dipercayai, mereka yang maut adalah pekerja ladang iaitu lapan wanita dan seorang lelaki berusia antara 40 hingga 60 tahun, manakala pemandu lori ais terbabit mengalami cedera parah.

Bagaimanapun, menurut laporan Berita Harian, identiti kesemua mangsa belum dikenalpasti.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan orang awam pada jam 7 pagi.

Jelasnya, kesemua mangsa yang maut sudah dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 6.42 pagi.

Ujarnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dibantu BBP Kampar digerakkan ke lokasi kejadian.

"Laporan ketua operasi memaklumkan 10 mangsa terbabit dan tersepit di dalam van berkenaan," katanya.

Sumber- Berita Harian

Kemalangan Maut: Pemandu Treler Akhirnya Serah Diri Selepas 23 Jam
siakapkeli.my

Nilai - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan pasangan suami isteri di KM 270.3 Lebuhraya PLUS di sini semalam akhirnya menyerah diri petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin yang berkata lelaki berusia 59 tahun itu ditahan di perkarangan Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai pada jam 4.30 petang tadi.

"Lelaki dari Bukit Beruntung, Rawang itu, mengaku sebagai pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan itu dan pemeriksaan air kencing adalah negatif dadah.

"Dia akan direman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Dalam kejadian pada 5.30 petang semalam, pasangan Lau Lian Huat, 62 dan Lim Ah Gim, 60, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler tanpa muatan yang menghala utara, hilang kawalan sebelum terbabas dan lalu terlanggar pembahagi lebuh raya.

Treler itu kemudian masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan mangsa.

Pemandu treler itu bagaimanapun tidak dapat dikesan di tempat kejadian selepas kemalangan itu kerana dipercayai melarikan diri.

Polis Cari Pemandu Treler Terlibat Kemalangan Maut Di Seremban
siakapkeli.my

Pihak polis kini sedang mencari seorang lelaki yang dipercayai adalah pemandu treler bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang berlaku di KM270.3 lebuh raya PLUS, arah selatan dekat dengan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, semalam.

Menurut Ketua Polis Nilai, Superitendan Zaldino Zaludin, pemandu treler tersebut yang dikenali sebagai P Kanes, 29, berasal dari Bukit Rotan, Selangor.

"Polis menerima maklumat awam mengenai lelaki itu yang dipercayai memandu treler ketika kejadian dan melarikan diri.

"Sehingga ini, usaha mengesannya sedang giat dijalankan. Kami meminta supaya dia tampil sendiri ke Balai Polis Nilai untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Zaldino meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut agar menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Perundangan Trafik IPD Nilai, Asisten Superintendan Mohammad Nasrun Ab Rahman di 019-3468170 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syafiq Azmy (014-5082450) atau Balai Polis Nilai (06-7991222).

Dalam kejadian kemalangan ngeri yang berlaku kira-kira jam 5 petang semalam, treler tanpa muatan yang dipercayai dipandu P Kanes menghala ke Nilai dari Seremban dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Alza dinaiki sepasang suami isteri.

Mangsa, Lau Lian Huat, 62, dan Lim Ah Gim, 60, maut di tempat kejadian. Kemalangan tersebut turut menyebabkan kecederaan ke atas pemandu dan penumpang Proton Preve, Azian Saleh, 45, dan Abdul Rahim Ramlee, 52, serta Mohammad Tahir Othman, 51, yang memandu Proton Waja.

Sumber : myMetro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 29, 2017 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Gambar Lelaki Ini Peluk Erat Ayahnya Di Dalam Kereta Api Sentuh Hati Netizen
siakapkeli.my

Satu gambar yang terlihat seorang anak sedang memeluk bapanya telah menyentuh hati netizen dengan tular di laman sosial minggu lalu.

Gambar yang mempunyai dua situasi itu telah dirakam oleh Restoris A Fatiha ketika menaiki keretapi Prameks dalam perjalanan ke Kutuarjo-Solo pada 6.20 petang (waktu tempatan), 18 Oktober lalu.

Kisah itu turut dikongsi 5,075 pengguna dan lebih 1,000 komen dari pengguna laman sosial.

Dalam ruangan Facebooknya tertulis, gambar ini dirakam pada 18 Oktober pada sekitar 6.20 petang. Saya lihat sesuatu yang membuatkan saya terus merindui ibu bapa, hati tersentuh dan mahu mengeluarkan air mata.

"Satu perbuatan yang kelihatan sederhana tetapi sangat bermakna untuk tontonan semua.

"Pertamanya saya melihat lelaki berusia sekitar 50-an duduk bersama bapanya yang mungkin berusia 75-80 tahun.

"Beberapa saat ketika bapanya mahu menukar posisi duduknya dan bersandar pada badan anaknya yang ketika itu sedang menerima panggilan telefon.

"Anak lelakinya itu kemudian menukar telefon kepada tangan kanannya sebelum tangan kiri merangkul bapanya.

"Situasi ini walaupun nampak mudah tetapi menggerakkan hati kita sebagai seorang anak untuk menyayangi ibu bapa kita walaupun dengan cara yang mudah," tulisnya.

Sementara itu, di kerusi sebelah pula kelihatan datuk dan nenek sedang mengambil gambar 'wefie' bersama cucunya.

"Yang sebelah gambarnya pula adalah datuk nenek dengan cucu. Keadaan untuk mengingatkan seorang kanak-kanak untuk sentiasa mencintai dan mengasihi ibu bapa kita dengan cara yang mudah," katanya.

Sumber - Restoris A. Fatiha

Kutip Barang Terbuang Demi Isi Perut Anak
siakapkeli.my

Bapa tunggal anak 10, sanggup melakukan apa saja pekerjaan demi menyara empat anaknya yang masih bersekolah.

Demi perut anaknya terisi dan pergi ke sekolah dia melakukan kerja kampung dan mencari barang terbuang kerana tidak mempunyai kelulusan akademik.

Sukri Abdullah, 55, berkata, kematian Wan Nora Ahmad, isterinya dua tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga semakin menderita.

"Saya bapa dan saya juga ibu kepada mereka. Rutin saya berubah sepenuhnya dan pekerjaan dilakukan tergendala kerana perlu bahagikan masa untuk mengambil dan menghantar anak ke sekolah selain menyediakan keperluan mereka.

"Namun, dengan kudrat yang ada, saya akan tetap mencari barang terbuang untuk dijual bagi menyara mereka terutama anak yang masih bersekolah," katanya.

Empat anaknya yang masih bersekolah, ialah Mohd Lokman, 16, Siti Nur Suriati,14, Mohd Zulkarnain, 12, dan Mohd Al Hafiz, 9.

"Saya bersyukur kerana tiga anak (Nur Hafizah, 26, Mohd Zulhakim, 24, dan Siti Jisam, 22) yang sudah bekerja membantu meringankan beban saya walaupun pendapatan mereka juga tidak seberapa.

"Tetapi cukuplah untuk bantu adik mereka ke sekolah dan beli barang keperluan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Baiti Jannati, Pengkalan Chepa.

Menurutnya, dia akan mencari apa saja barang buangan untuk dijual seperti kotak, besi buruk dan botol plastik di kawasan berdekatan selepas menghantar anaknya ke sekolah.

"Hasil kutipan yang diperoleh setiap hari tidak menentu, ada masanya banyak dan ada masanya sedikit. Biasanya, barang yang dikutip ini terus dijual kepada pembeli barang kitar semula di Kota Bharu dan dalam sehari, saya memperoleh antara RM10 hingga RM20," tambahnya.

Dia juga tidak mampu untuk membayar bil elektrik yang tertunggak melebihi RM1,000.

"Pada masa sama, anak keenam saya (Siti Nur Shuhada, 18) terpaksa menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Poly Tech Mara (KPTM) kerana kemiskinan kami.

"Walaupun Shuhada memahami keadaan ini, sebagai ayah saya tetap sedih apabila mengenangkan dia tidak dapat mengejar cita-citanya untuk berjaya hingga ke menara gading.

"Setiap kali saya keluar mencari barang terbuang, Shuhada menjaga adiknya di rumah sementara abang dan kakaknya keluar bekerja," katanya lagi.

Jelasnya, dia turut menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan untuk membeli keperluan anaknya.

Pada masa yang sama, dia turut berjimat cermat dengan wang bantuan itu kerana membuat sedikit simpanan untuk kecemasan.

Sumber - Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 29, 2017 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kes Terjadi Antara PPIM Dan AGR, Tetapi Polis Pula Yang Kena Cemuh Dengan Netizen
siakapkeli.my

Baru-baru ini tercetus kontroversi berhubung isu penahanan seorang aktivis sosial, Yusuf Azmi yang juga Ketua Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (UTK PPIM) yang kemudiannya dibebaskan oleh pihak polis atas pertuduhan menceroboh premis perniagaan AGR Cartrade. Penahanan tersebut tenyata mencetuskan pelbagai reaksi terutamanya dalam kalangan netizen, yang rata-rata mengecam penahanan tersebut tanpa tahu fakta kes.

Ramai sebenarnya salah sangka atau tidak faham dengan apa yang terjadi, Saudara Yusuf Azmi sendiri dalam ucapan tidak menyalahkan PDRM kerana beliau faham apa yang terjadi, PDRM menjalankan tugasnya.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Tun Maharezza tampil berkongsi pendapatnya mengenai penahanan Yusuf Azmi serta menjawab tuduhan yang mendakwa pihak polis tidak bertindak terhadap AGR Cartrade kerana didakwa menipu pelanggannya. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.

PPIM VS AGR

1. Terkini sedang hangat isu kes penahanan Yusof Azmi oleh pihak berkuasa kerana menceroboh kawasan. Penyokong Yusof Azmi gambarkan ianya adalah satu tindakan yang tidak adil kerana Yusof Azmi memperjuangkan hak pemilik kereta , mereka juga telah menyerang kerajaan dengan pelbagai tuduhan.

2. Orang ramai harus tahu , kes AGR ini adalah kes Akta Kontrak dimana dikatakan terdapat pencabulan perjanjian diantara pemilik kereta dan AGR. Kes ini adalah kes sivil ,ia bukan kes jenayah sebab kes ini kes pencabulan perjanjian diantara AGR dan pemilik kereta.

Atas faktor ini , polis tidak boleh campur tangan kerana polis tidak diberikan kuasa untuk bertindak ke atas kes kes sivil. Kes ini bukan kes curi kereta atau pun kes penipuan, ia bukan kes jenayah, ia kes sivil .

Gambar : Malaysia Gazette

3. Pemilik kereta tidak berhak mutlak ke atas aset mereka kerana mereka memasuki satu perjanjian dengan AGR. AGR juga tidak ada kuasa mutlak ke atas kereta itu kerana ia telah diperjanjikan dalam perjanjian tersebut berkenaan tanggungjawabnya keatas kereta kereta itu.

Jika mana mana pihak mencabul apa jua yg termaktub didalam perjanjian tersebut, maka hanya kuasa mahkamah sahaja yang berhak membuat apa jua keputusan dan tindakan selanjutnya, AGR atau pemilik kereta ataupun mana mana pihak tidak berkuasa atasi undang-undang yang berikan hak penghakiman kepada mahkamah.

4. Agak jelas , polis bertindak tepat menjalankan tugas apabila AGR melaporkan ada pihak menceroboh kawasan mereka dan mengambil kereta itu tanpa perintah mahkamah. AGR tidak laporkan kereta itu telah dicuri, AGR hanya laporkan kawasan mereka diceroboh.

Walaupun AGR ada isu penyewaaan dengan pemilik premis , ia adalah kes akta kontrak antara pemilik premis. Pemilik premis tidak ada hak ke atas aset penyewa selagi tiada perintah mahkamah, dan pemilik premis tidak boleh halau penyewa yang cabul perjanjian sewa premis selagi tidak mendapat perintah mahkamah.

Foto: 9gag

5. Amat dikesalkan apabila pihak pihak terlibat mengecam polis dalam kes ini dan menyerang kerajaan di dalam kes ini sedangkan polis dan kerajaan menjalankan tugas diatas landasan undang-undang.

Diharapkan , semua pihak lebih rasional dan tidak mengelirukan orang ramai dengan mengambil tindakan undang-undang dengan cara sendiri.

Sumber : Tun Maharezza

Yusuf Azmi Dan Ali Salimin Dibebaskan Dengan Ikat Jamin
siakapkeli.my

Kajang: Dua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini terhadap pertuduhan melakukan khianat dan menceroboh premis sebuah syarikat kereta pajak di sini, Julai lalu.

Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi bersama Ketua Operasi unit itu, Ali Salimin membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Yusuf, 27, dan Ali, 50, didakwa bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd pada jam 3.30 petang, 10 Julai lalu.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan stor syarikat berkenaan di Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, di sini dan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dua lelaki itu boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan pencerobohan jenayah di tempat sama, antara jam 3.30 petang hingga 7.30 malam, hari sama dan didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Mereka yang ditahan polis pagi tadi, kemudian dibebaskan dengan ikat jaminan RM5,000 setiap seorang dan 24 November untuk sebutan semula kes.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Tharih Afendi.

Sumber: Berita Harian

Dua Pegawai Kanan PPIM Akan Didakwa Di Mahkamah Hari Ini
siakapkeli.my

Yusuf Azmi dan Ali Salimin dilaporkan telah dibawa ke mahkamah dan akan didakwa atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dan ceroboh pada jam 9.35 pagi tadi.

Selepas menyerah diri pada jam 8 pagi tadi, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Ketua Operasi Unit itu telah dibawa menaiki kenderaan polis serta diiringi tiga kenderaan pihak berkuasa.

Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata dua individu berkenaan akan dituduh di Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

"Pagi tadi polis mengambil cap jari dan gambar mereka, kemudian meneruskan teruskan proses pendakwaan.

"Mereka akan dituduh melakukan perbuatan khianat dan menceroboh. Kita tunggu perincian pertuduhan dan berharap kedua-dua aktivis ini mendapat jaminan dan dibebaskan hari ini," katanya.

Sebelum itu, dua pegawai PPIM telah hadir di IPD Kajang hari ini selepas disuruh oleh pihak polis semalam.

Berdasarkan sumber, penahanan itu berkaitan tindakan mereka menceroboh premis sebuah syarikat kenderaan pajak pada 10 Julai lalu bersama pemilik kenderaan berkenaan.

Disamping itu, tindakan itu selepas mereka menerima aduan daripada pemilik kenderaan yang mendakwa ditipu dalam proses pajakan sehingga menerima notis bank berkaitan tunggakan bayaran bulanan kenderaan masing-masing.

Sumber - Berita Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 29, 2017 7:56 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Akak, Kereta You 'Pijak' Kaki Saya," Taktik Lelaki Tunggang Motosikal Biru Ini Cuba Tipu Duit Orang Awam
siakapkeli.my

Kejadian tipu menipu ini sememangnya kerap belaku di sekeliling kita. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan dan masa. Jika kita kerap dengar penipuan melalui MLM atau panggilan telefon, tapi kini yang terbaru adalah taktik kaki dipijak dengan tayar kereta untuk mendapatkan wang.

Anda berkemungkinan akan diketuk tingkap cermin kereta ketika di traffik light. Dari situ, anda perlu berjaga-jaga dan bersiap sedia. Jika mangsa menolak ketika anda hendak dibawa ke klinik atau ke balai polis bermakna anda sudah terperangkap.

Berdasarkan perkongsian dari Umie Adam, dia telah ditipu dengan taktik kaki dipijak dengan tayar kereta oleh seorang lelaki. Mujur dalam kes itu tiada petumpahan darah berlaku dan hanya kerugian sedikit wang. Tapi apa yang dikongsinya ini menjadi pengajaran kepada kita supaya lebih berhati-hati dalam apa jua keadaan.

TAKTIK KAKI DIPIJAK DENGAN TAYAR KERETA

Ramai yang tanya kenapa aku pergi balai polis? Disebabkan aku penat nak cerita benda yang sama, jadi aku kongsi di sini saja.

AMARAN KERAS : STATUS INI PANJANG. NAK BACA, BACALAH DAN JADIKAN PERINGATAN. TAK NAK BACA, TAK APA TAPI RUGILAH SEBAB KALAU TERKENA DIRI SENDIRI... TAK ADA APA NAK DIKATA. JANGAN MENYESAL NAAA.

Pada 23/10/2017, aku baru selesai buat pengeposan Candywax dan singgah di kedai. Selepas itu, aku nak hantar teman aku, Zaty Taty ke rumahnya.

Waktu tengah hari yang panas membahang dan aircond kereta pula buat perangai, terpaksalah buka cermin tingkap kereta (Tak sanggup bersauna weh, kikiki).

So, aku nak keluar dari cabang simpang empat (Kawasan Speedmart, UTC Sentul). Kereta aku depan sekali dan datang sebuah motor biru di sebelah. Aku ke depan sikit sebab tak nampak dek kerana dihalang kereta yang tak sepatutnya parking tepi jalan (Menghalang pandangan, grrr!). Si motor biru pula, makin aku nak ke depan makin dia menghalang pandangan aku. Aku ke depan lagi.

Tiba-tiba lelaki India berkaca mata pandang aku dan beritahu ;

"Akak, tayar kereta U pijak kaki I," terkejutlah aku sebab ni kali pertama Viva 'makan' kaki orang. Sebab selama ni Viva telan minyak je.

Aku cepat-cepat mengundur sambil minta maaf. Menggelabah la wei masa tu, risau. Muka lelaki itu acuh tak acuh dan cakap ;

"Jumpa di depan sana," terus dia gerak dan aku ikut belakang.

Kami berhenti di tepi jalan. Lelaki itu berdiri di tepi motor. Pantas aku keluar dari kereta, risau weh. Kaki orang kot. Aku minta maaf lagi sambil perhati kaki dia, tak ada luka atau kesan kena 'dipijak tayar'. Aku suruh dia jalan, dia pun jalan dengan terhincut-hincut.

Aku : Okey tak, Encik? Kita ke klinik terus ya?

Lelaki India (LI) : Mana ada klinik di sini.

Aku : Ada, di depan tu (Seberang jalan). Nampak tak Klinik Kita?

LI : (Muka berubah). Tak apa la...

Aku : Kenapa tak nak? Pergi jumpa doktor, check dan rawat kaki U.

LI menggeleng.

Aku : Pasal duit rawatan I tanggung. Sekarang ni kita pergi klinik.

Dia menolak lagi, degil betul. Aku dah la susah hati kalau melibatkan kecederaan orang yang berpunca daripada kecuaian aku. Aku pujuk lagi.

LI : Kalau pergi klinik susah la kakak. Nanti doktor bagi surat suruh pergi hospital. Saya nak jumpa lawyer, nak uruskan bayaran motor. Dah la hari ni, hari pertama saya bekerja. Lepas tu, macam-macam hal berlaku pula (Buat muka sedih dan nak menangis).

Aku : Sabar. Jangan nak sedih macam ni, kita baru nak bincang. Saya tak suka. Rilek dan kita setelkan benda ni dengan senang.

Berubah LI tu lepas aku tegur secara tegas. Aku jenis tak suka, nak bincang tapi beremosi pula.

LI : Okey, macam mana kita nak selesaikan masalah ni? (Lain macam dia pandang aku, gaya dia pun ada makna wei).

Haaa, aku dah nampak lain cara dia. Nada suara lain, ada unsur ugutan di situ ya kawan-kawan. Aku pandang dia, naluri hati ni menyatakan ada sesuatu yang tidak kena.

Aku : Sebab tu I nak bawa U ke klinik. Tapi U tak nak.

LI : Akak bagi duit, saya pergi klinik sendiri.

Nampak dah permainan dia. Kodok ni nak duit, bhai.

Aku : Nak bagi macam mana? Sekarang ni, I tak ada duit tunai. Tapi kalau ke klinik, I bayar guna kad terus (Saja aku nak buat helah, nak tengok permainan dia).

LI hela nafas, muka tak puas hati.

LI : Kalau tak ada cash, kakak pergi bank. Saya follow akak. Senangkan.

Eh, eh... Apa ni kodok... Main arah suka hati kau. Apa hal nak main follow pula. Haaa, I pantang betul!

Aku : U tinggal mana?

LI : Tanjung Malim.

Aku : Bagi nombor acc you, I transfer (Saja buat taktik).

LI : Tak ada kakak. Macam ni la, Kakak bagi la RM 20. I setel sendiri.

Aku : I tak ada duit tunai kat tangan. Macam mana I nak bagi?

LI alihkan pandangan ke arah kawan aku dalam kereta.

LI : You punya kawan?

Aku : No, dia pun tak ada duit. Jangan nak libatkan kawan I! (Bengang pula aku dengan kodok ni. Apa pun terjadi, aku mesti jaga dan lindungi keselamatan kawan aku).

LI pandang kawan aku. Kata kawan aku, masa ni dia tengok kawan aku sambil perhati kereta aku. Tajam betul pandangan mata dia. Nasib baik kawan aku letak beg tangan di bawah kerusi, bukan di atas peha. Beringatlah benda begini, janganlah sesekali letak beg atau barang berharga atas peha atau kerusi.

Aku : Bagi no telefon you.

LI : Telefon tak ada. I buang sebab rosak. (Banyak pula alasan si kodok ni).

Aku : Kejap, I nak bincang dengan kawan I.

Aku masuk dalam kereta dan bagitahu Taty, lelaki berkaca mata tu macam penipu. Nak duit saja.
LI tu resah gelisah. Dia perhatikan kami berdua. Kawan aku nak ambil gambar dia tapi dia perasan. Cisss!

Mula-mula aku plan nak pergi balai polis tapi aku takut tak sempat. Si kodok tu berdiri betul-betul depan kawan aku. Salah langkah, mahu berdarah jalan raya gamaknya. Kan dia keluarkan pisau/ benda tajam atau cekik kawan aku bagaimana? Orang kalau dah perangai keji, sanggup buat apa saja.
Aku risaulah sebab kawan aku tu anak orang. Kalau anak patung, tak apa juga.

Aku bagitahu ada RM 13.00. LI minta RM 20. Aku bertegas kata tak ada. Masa ni muka aku macam Mak Tiri drama Indonesia 'Bawang Putih Bawang Merah'. So, dia ambil juga duit tu.
Biar hilang duit, jangan hilang nyawa.

Dia pun naik motor. Walaupun aku rasa tak sedap hati tapi aku tanya dia sekali lagi ;

Aku : Kaki u okey ke tak? I risau (Walaupun ragu-ragu, risau jugalah dengan keadaan orang. Kan dia tuduh dan buat laporan aku tak bertanggungjawab, nayalah hidup aku).

LI : Okey tak okey, biarlah saya tanggung. Kaki luka tak apa, tapi ini hati lagi luka. Ini lagi sakit (Tangan sentuh dada dengan mimik muka sedih).

Wak lu, pak cik kau! Geram aku, haha. Hati aku ni lagi terluka tahu tak. Aku berpenat lelah cari duit, kerja waktu malam sampai pagi. Lepas tu, kereta pula 'sakit'. Duit mengalir macam air dan makin laju bila kau 'rampas' duit aku. Senang hidup kau cari duit dengan cara begini.

Masa ni aku serabut sebab stress hadap masalah datang berturut-turut. Telefon pula entah ke mana. Yang aku tahu, aku nak setelkan benda ni dan nak balik rumah. Sempatlah dia minta no telefon aku.

Dia bagi kertas dan aku pun curi-curi buka lipatan kertas. Tertera nama - Thiri. Dia perasan, cepat-cepat halang aku tengok maklumat dalam kertas tu. Aku pun bagi tapi nombor telefon aku yang dah lama arwah.

Sebelum nak beredar, LI tanya aku ;

"Orang Kelantan ke?"

Aku cakap tak. Terus dia cakap, dia orang Kemaman. Dia ingat aku orang Kelantan sebab plat kereta - D******.

Aku : Taklah, ni kereta pakwe I! (Sebenarnya masa ni aku dah nak mengamuk sebab serabut sangat).

Kereta tu memang kereta pakwe aku. Bapak aku punya. Aku ni menumpang harta ayah je. Hahaha. Maaflah mak, pinjam 'pakwe' Mak kejap. Halal ya Mak?

Tak tahulah kenapa aku rimas tengok LI. Mungkin Allah nak bagi petunjuk agaknya LI ada niat buruk kepada aku

Lepas tu, aku gerak nak beredar dari situ. Nak kejar masa lagi sebab nak masuk kerja waktu petang.
Dengan kuasa Allah S.W.T, kereta aku berhenti di lampu isyarat (Warna merah). Lepas tu, aku dan Taty nampak LI berhenti di tengah-tengah antara dua kereta. Aku suruh Taty ambil gambar dia sebab aku tak suka main telefon kalau aku memandu.

Masa tu, aku dah nampak dia himpitkan motor di kereta sebelahnya. Dia 'lunjurkan' kaki kirinya dan ketika itulah dia ketuk cermin kereta pemandu tu.

Kedodol betul! Dia guna taktik yang sama! Eeii, kalau aku tahu... mahu aku 'lenyek' kaki dia dengan tayar kereta. Kasi ajar. Sakit hati kita, wak!

Kemudian berlakulah adegan kejar-mengejar antara LI dan mangsa barunya. Kereta tu tak nak layan dia, apa lagi LI kejar la wei. Sebab kereta aku depan, aku gerak dan menunggu di tepi jalan. Kot ler aksi kejar-mengejar di laluan situ dan memang ya!

Aku pun follow dari belakang dengan hati membara. LI kejar dan ketuk cermin kereta tu banyak kali, suruh berhenti. Benda beginilah aku risau sejak dari tadi.

Kebetulan LI tunggang motor terlebih ke depan, maka lampu isyarat pun merah. Masa ni aku ambil kesempatan, kedudukan kereta aku di sebelah kereta tu. Aku buat isyarat suruh kereta tu pergi laluan lain sebab LI tu penipu. Cuak muka mereka masa tu, pada masa yang sama terkejut tengok aksi cemas aku dan Taty. Kereta tu cepat-cepat beredar ke laluan lain.

Aku pun pandu ke depan, tiba-tiba semangat datang nak kejar si kodok tu. Geram, marah dan sakit hati punya pasal. LI perasan aku nak kejar dia, cepat-cepat LI tunggang motor. Nak larikan diri sebab kantoi walaupun awal-awal tu sebenarnya dah kantoi. Masa tu aku fikir, kalau apa-apa terjadi memang aku capai lock stereng kereta je. Itu saja senjata aku ada.

LI berjaya larikan diri. Aku pun patah balik dan pergi ke kawasan rumah kawan aku. Bagi ruang diri supaya bertenang. Kemudian, barulah aku pergi balai polis, nak buat laporan. Tapi disebabkan polis kata ada unsur kemalangan, ia disebut kes bahagian trafik walaupun tak ada luka berdarah. Yang berdarahnya hati aku ni!

So, terpaksalah tunggu 24 jam tengok kalau LI buat laporan ke tak. Disebabkan aku penat sangat kerja malam hari tu, aku terlepas waktu sepatutnya aku datang ke balai polis UTC Sentul untuk check keputusan tu. Esok atau lusa, aku akan pergi ke balai.

So, berhati-hatilah gais. Tak kisahlah kau tinggal di Sentul atau di mana-mana tempat, beringat dan berhati-hatilah.

Yang syok sedap cakap, 'sepatutnya itu ini' kena fikir dulu. Kau tak rasa apa yang aku rasa, senang cakap. Sebelum ni aku selalu beringat, tapi bila dah terkena betul-betul... Lain jadinya. Siapa kita nak menolak ketentuan DIA, kan?

Apa-apa pun, syukur semuanya selamat. Alhamdulillah.

MAKLUMAT SI KODOK TAK GUNA
Nama : Thiri
Tempat tinggal : Batu Caves
No plat motor : V** **47
Lain-lain : Mempunyai 3 rekod melibatkan dadah (Dasar penagih dadah, menyusahkan hidup orang sebab jahat!).

Oh ya, aku memang sengaja tulis panjang dan bagi maklumat penuh. Sebab aku malas nak jawab sebarang pertanyaan dan untuk peringatan korang juga.

Semoga kita dilindungi dan dijauhkan dari malapetaka dan kecelakaan. Amin.

Akhir kata, tahniah sebab berjaya baca status panjang ni. Aku nak kurangkan peratusan rakyat Malaysia yang dikatakan malas membaca. Wakaka. TAKTIK KAKI DIPIJAK DENGAN TAYAR KERETA.

Sumber - Umie Adam

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 29, 2017 7:56 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ada Bahagian Badan Tapir Telah Dicuri, Pelaku Akn Didenda
siakapkeli.my

Seekor tapir mati berpunca penggunaan kaedah pengendalian penyelamatan yang kurang sesuai telah menyebabkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) tampil menegaskan bahawa mereka memandang serius perkara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tapir berkenaan dipercayai mengalami keletihan dan tertekan apabila dijerut di bahagian leher ketika diselamatkan seterusnya menyebabkan haiwan itu mati.

Menurutnya, orang awam tidak sepatutnya mengambil tindakan sewenang-wenangnya menyelamatkan haiwan seperti tapir yang tersenarai sebagai spesies dilindungi sepenuhnya di bawah Akta 716, sebaliknya mereka perlu menghubungi PERHILITAN .

"Kematian tapir ini akan memberi kesan kepada populasi hidupan liar dihabitatnya dan atas faktor itu, kita memandang serius kes ini.

"Bagaimanapun, punca kematian akan ditentukan melalui bedah siasat yang akan dijalankan," katanya.

Jelas Abdul Kadir, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap kes itu berikutan mendapati ada bahagian badan haiwan itu iaitu kulit, telinga, kaki kanan hadapan dan belalai dipotong.

Tambahnya, individu mengambil bahagian hidupan itu boleh disabitkan di bawah Seksyen 68 dan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.30 pagi, di Taman Desa Saujana, Batu 14 Hulu Langat, semalam.

Sumber - Harian Metro

Tragis! jalani ritual keagamaan dengan dipanggang di atas api. Lihat apa jadi.
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com

(Foto: The Star)

KANGAR - Seorang pemuka agama atau pendeta di China maut mendadak ketika menjalani sebuah ritual yang merupakan sebahagian dari festival Sembilan Kaisar. Ritual dalam festival tersebut memang terbilang berbahaya kerana risikonya adalah kehilangan nyawa.

Sebagaimana diwartakan The Star, Rabu (25/10/2017), ritual itu mengharuskan seorang pendeta dipanggang hidup-hidup di atas api. Para pendita yang melakukan ritual itu akan duduk di sebuah wajan berukuran besar yang kemudian ditutup dengan tabung logam.

Ritual di festival Sembilan Kaisar. (Foto: The Star)

Surat khabar berbahasa Mandarin Sin Chew Daily melaporkan bahwa pendeta malang tersebut bernama Lam Man Wah, berusia 70 tahun meninggal dalam ritual yang diadakan di sebuah kuil Tao pada Isnin 23 Oktober kira-kira pukul 22.30 malam waktu setempat.

Pendeta Lam Man Wah ketika itu diketahui merancang memecahkan rekod dipanggang selama 75 minit lamanya. Namun ketika memasuki minit ke-30, Pendeta Lam nampak mulai goyah dari posisi duduknya. Ia terdengar mengetuk-ngetuk tutup logamnya dan berteriak meminta pertolongan.

Pendeta Lam meninggal ketika menjalani ritual di festival Sembilan Kaisar. (Foto: The Star)

Asisten Lam yang setia mendampingi langsung membuka penutup logam dan mengeluarkan Lam dari wajan dengan panik. Tepat setelah diselamatkan, Pendeta Lam langsung meninggal dunia. Dipercayai dia meninggal kerana mengalami serangan jantung. Sin Chew Daily juga mewartakan yang Lam merupakan seorang ahli praktisi ritual yang terkenal di wilayah tersebut.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 29, 2017 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Penyanyi Adibah Noor dedah artis 'perform' Sukan Sea 2017 tak dapat bayaran
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net

SEHARI selepas pembentangan Bajet 2018, penyanyi Adibah Noor yang pernah menjuarai Anugerah Muzik-muzik dengan lagu Terlalu Istimewa mendedahkan bahawa rakan-rakannya yang membuat persembahan ketika penutupan Temasya Sukan Sea 2017 tempoh hari masih tidak mendapat bayaran.

Adibah meluahkan rasa sedih dan sakit hatinya, melalui laman sosial Facebook selepas mendengar keluhan rakan-rakan artisnya yang terlibat membuat persembahan dalam Penutupan Temasya Sukan SEA 2017 tempoh hari.

"Agak sedih, dan sakit hati juga, mendengar keluhan kawan-kawan yang perform masa closing Sea Games hari tu masih belum dapat bayaran," luahnya.

"Alasan yang telah digunakan ialah: pihak-pihak tertentu sibuk prepare untuk #Bajet2018. Harap-harap selepas pembentangan semalam, pihak tersebut cepat-cepatkanlah payment tu ya, sebab mesti yang tu dari #Bajet2017 kan?" Soalnya.

"Kerja kami ni berkais, dan jarang-jarang dapat apa-apa pembelaan," tambahnya.

Susulan pendedahan itu, beberapa orang lagi turut mengakui bahawa bukan sahaja artis yang membuat persembahan tidak mendapat bayaran, malah sukarelawan dan para penari juga masih belum menerima wang yang dijanjikan.

Ada juga sukarelawan yang didakwa gaji diterima mereka telah dipotong dengan pelbagai alasan, sekaligus menyebabkan bayaran yang diterima kurang daripada yang asalnya dijanjikan kepada mereka.

Malah salah seorang yang terlibat mendakwa pasukan peguamnya mahu mengambil tindakan undang-undang berkaitan isu berkenaan.

Upacara penutupan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 tempoh hari dilaporkan dengan tema 'Bangkit Bersama' berlangsung penuh warna-warni dan gilang gemilang, yang digabungkan dengan sambutan Ambang Kemerdekaan negara ke-60.

Kemeriahan itu seiring dengan kejayaan Malaysia muncul juara keseluruhan temasya Sukan SEA edisi ke-29 kali ini apabila meraih 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa untuk jumlah keseluruhan 323 pingat.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/10/penyanyi-adibah-noor-dedah-artis.html#ixzz4wu2B72un

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: