Monday, January 22, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4886

8 Messages

Digest #4886

Messages

Mon Jan 22, 2018 6:41 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Logik Ke Air Boleh Meresap Ke Paru-Paru Melalui Kulit dan Mulut?'' Doktor Ini Jawab Mitos Mengarut Mandi Malam Yang Jadi Kepercayaan Masyarakat
siakapkeli.my

Masyarakat melayu memang sinonim dikaitkan dengan mitos atau kepercayaan turun-temurun yang masih diamalkan sehingga kini. Paling terkenal mitos berkaitan mandi pada watu malam. Istilah jangan mandi malam nanti paru-paru masuk air, merupakan larangan atau nasihat yang biasa kita dengar dan patuh sejak dari kecil.

Kepercayaan yang diwarisi dari generasi terdahulu ini telah membentuk kebiasaan mandi masyarakat kita. Sehingga kita dewasa, mitos tersebut masih kedengaran dan kita juga akan berpesan perkara yang sama pada anak-anak.

Tapi sejauh manakan kebenaran mitos ini? Perkongsian daripada doktor Rafidah Abdullah melalui laman facebook beliau diharap dapat memberi penjelasan kepada masyarakat tentang perkara yang sebenar. Selepas ini anda tidak perlu risau lagi untuk mandi pada waktu malam kerana mandi bukan menjadi penyebab paru-paru berair atau masalah kesihatan lain.

Jom kita baca perkongsian beliau di bawah ini. Moga bermanfaat.

MITOS MANDI YANG TAK HABIS-HABIS

Mandi adalah antara mitos terbesar sebenarnya. Tak faham saya kenapa jadi sampai begini sekali. Mungkin sebab orang lama-lama mandi di perigi kot; jadi tak boleh pergi malam-malam sebab takut jatuh ke dalam. Mohon jangan percaya apa-apa yang anda baca di media sosial. Semuanya tidak bertanggungjawab langsung.

Saya beri beberapa contoh "air" di dalam paru dalam ilustrasi gambar-gambar yang saya dapat dari internet. Anda kena faham "paru-paru berair" didalam istilah perubatan ada beberapa terma: pulmonary oedema, pleural effusion, pneumonia; semuanya bukan sama ! Ya memang pemahaman masyarakat semuanya dikata "paru-paru berair". Bagi kami pengamal perubatan, kami perlu tahu lebih spesifik; air itu berada di rongga mana dan didalam konteks penyakit apa.

Pulmonary oedema ialah air terkumpul didalam ruang alveoli bila ada antaranya penyakit lemah jantung (jantung tidak boleh pam dengan baik dan air tersangkut didalam paru-paru) juga penyakit kronik buah pinggang (air berlebihan tidak dapat dibuang oleh buah pinggang) . Pleural effusion juga air; tetapi didalam rongga diantara selaput dan organ paru-paru sendiri. Contoh penyebab lemah jantung, sirhosis hati, nephrotic syndrome dan beberapa lagi. Untuk pneumonia (jangkitan kuman) pula, inflamasi alveoli menjadikan terhasilnya air yang juga mungkin bertakung sedikit bersama dengan penyebab jangkitan itu disitu.

Kesemua penyebabnya berlainan; tetapi satu yang pasti: BUKAN SEBAB MANDI. Yang kami tahu:

1. Tiada waktu yang tidak boleh mandi. Bagi saya, tidur malam lagi nyenyak lepas mandi.

2. Tiada istilah badan lebih panas lepas waktu asar. Kalau panas seperti demam pun, mana mungkin badan jadi lelah dan penat selepas mandi. Tidak wujud istilah badan lelah. Mengarut saja.

3. Jantung kita TIDAK menjadi lemah selepas Maghrib. Jantung kita pam 24 jam, setiap saat dengan kadar yang sama! Aduh.

Macamana pulak air boleh meresap terus masuk ke paru-paru? Melalui mulut? Melalui kulit? Logik pun tidak.

4. Jantung kita tidak istirehat. Kalau istirehat, maksudnya terus "jalan" lah jawabnya. Jantung berhenti = kematian.

5. Jantung kita TIDAK boleh dimasuki air jika mandi. Anda buka paip terus masuk paip terus ke jantung ke? Tentu tirai, kan? Kalau ada air dalam selaput jantung iaitu entiti "pericardial effusion" ianya disebabkan penyakit seperti barah, tuberculosis, autoimun dan beberapa lagi. Aduhai.
Mandi lah bila nak mandi pun. Jangan di biarkan badan anda busuk. Kesian orang sebelah.
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan

Sikapkeli.my

Sumber : Rafidah Abdullah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 22, 2018 6:41 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PAS Sedia Gempur Selangor, Insya-Allah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


PRESIDEN PAS MENYATAKAN AKAN MENAWAN SELANGOR DIBAWAH PAS DAN AKAN BUAT PERUBAHAN PENTADBIRAN SELANGOR. PAS SELANGOR BERSEDIA BERTANDING DISEMUA KERUSI PARLIMEN DAN DUN PADA PRU 14

Parlimen Selangor dijangkakan kerusi-kerusi yang semua Pas akan meletakkan calon bersama Gagasan Sejahtera dibantu dengan Dewan Himpunan Penyokong Pas.. Bertanding PRU 14.

*Selangor*

P92 Sabak Bernam -*PAS*
P93 Sungai Besar -*PAS*
P94 Hulu Selangor - *PAS*
P95 Tanjong Karang - *PAS*
P96 Kuala Selangor - *PAS*
P97 Selayang -*GS*
P98 Gombak -*PAS*
P99 Ampang -*PAS*
P100 Pandan -*PAS*
P101 Hulu Langat -*PAS*
P102 Serdang -*GS*
P103 Puchong - *GS*
P104 Kelana Jaya -*GS*
P105 PJ Selatan -*GS*
P106 PJ Utara -*GS*
P107 Subang -*GS*
P108 Shah Alam - *PAS*
P109 Kapar -*GS*
P110 Klang - *GS*
P111 Kota Raja - *PAS*
P112 Kuala Langat - *PAS*
P113 Sepang - *PAS*

N1 Sungai Air Tawar - *PAS*
N2 Sabak - *PAS*
N3 Sungai Panjang - *PAS*
N4 Sekinchan - *GS* / *DHPP*
N5 Hulu Bernam - *PAS*
N6 Kuala Kubu Baharu - *GS* / *DHPP*
N7 Batang Kali - *PAS*
N8 Sungai Burong - *PAS*
N9 Permatang - *PAS*
N10 Bukit Melawati - *PAS*
N11 Ijok - *PAS*
N12 Jeram - *PAS*
N13 Kuang - *PAS*
N14 Rawang - *GS* / *DHPP*
N15 Taman Templer - *PAS*
N16 Batu Caves - *PAS*
N17 Gombak Setia - *PAS*
N18 Hulu Kelang - *PAS*
N19 Bukit Antarabangsa - *PAS*
N20 Lembah Jaya - *PAS*
N21 Chempaka - *PAS*
N22 Teratai - *GS* / *DHPP*
N23 Dusun Tua - *PAS*
N24 Semenyih - *PAS*
N25 Kajang - *PAS*
N26 Bangi - *PAS*
N27 Balakong - *GS* / *DHPP*
N28 Seri Kembangan - *GS* / *DHPP*
N29 Seri Serdang - *PAS*
N30 Kinrara - *GS* / *DHPP*
N31 Subang Jaya - *GS* / *DHPP*
N32 Seri Setia - *PAS*
N33 Taman Medan - *PAS*
N34 Bukit Gasing - *GS* / *DHPP*
N35 Kampung Tunku - *GS* / *DHPP*
N36 Damansara Utama - *GS* / *DHPP*
N37 Bukit Lanjan - *GS* /*DHPP*
N38 Paya Jaras - *PAS*
N39 Kota Damansara - *PAS*
N40 Kota Anggerik - *PAS*
N41 Batu Tiga - *PAS*
N42 Meru - *PAS*
N43 Sementa - *PAS*
N44 Sungai Pinang - *GS* / *DHPP*
N45 Selat Klang - *PAS*
N46 Pelabuhan Klang - *PAS*
N47 Pandamaran - *GS* / *DHPP*
N48 Kota Alam Shah - *GS* /*DHPP*
N49 Seri Andalas - *GS*/ *DHPP*
N50 Sri Muda - *PAS*
N51 Sijankang - *PAS*
N52 Teluk Datuk - *GS* / *DHPP*
N53 Morib - *PAS*
N54 Tanjong Sepat - *PAS*
N55 Dengkil - *PAS*
N56 Sungai Pelek - *GS*/ *DHPP*

Semua calon Gagasan Sejahtera guna logo bulan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PAS membayangkan parti gabungan dalam Gagasan Sejahtera yang akan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan menggunakan lambang parti itu.
Menurut Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kerjasama yang terjalin dalam Gagasan Sejahtera berbeza dengan apa yang mereka lakukan dalam Pakatan Rakyat.

Kata timbalan presiden PAS itu, dalam Gagasan Sejahtera, parti yang mendominasi - atau menjadi 'payung' - ialah PAS.

"Mereka (parti gabungan) bernaung di bawah PAS, bersedia bekerja bersama PAS, bersedia memenangkan PAS.

"Kalau mereka bertanding pun, mereka akan bertanding atas lambang PAS," katanya seperti disiarkan harakahdaily hari ini.

PAS membentuk Gagasan Sejahtera selepas memutuskan hubungan politik dengan PKR - secara rasmi - pada 11 Mei 2017.

Ekoran perkembangan itu PAS mengorak langkah mempromosikan kempen budaya politik matang dan sejahtera, serta membentuk "blok ketiga".

Berapa kerusi IKATAN ada harapan

Satu daripada parti yang membentuk Gagasan Sejahtera itu ialah Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri serta anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

PAS sebelum ini menyatakan akan bertanding di 130 kerusi parlimen.

Kata Tuan Ibrahim PAS mengadakan perbincangan "banyak kali" dengan Abdul Kadir yang juga bekas anggota parlimen Kulim Bandar Baharu selama kira-kira 30 tahun.

Untuk rekod pembangkang tidak pernah memenangi kerusi berkenaan dalam sehinggalah pada PRU ke-12 apabila PKR berjaya menguasainya.

Kata Tuan Ibrahim, Abdul Kadir menyatakankan kesediaannya untuk "disusun" dan "dibawa" mengikut keperluan PAS.

Walaupun begitu kata Tuan Ibrahim PAS mengambil pendekatan berbincang sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kerusi (yang nak ditandingi) PAS ada 130. Kita tanya Ikatan berapa kerusi yang dia rasa ada calon, ada tokoh yang boleh bertanding," katanya.

Pada 20 Jan lalu Malaysiakini turut menyiarkan laporan mengenai kedudukan Abdul Kadir dalam PRU ke-14 ini.

Kata bekas menteri penerangan itu IKATAN belum dapat mengesahkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti terbabit.

Abdul Kadir bagaimanapun mengakui beliau sendiri tidak akan bertanding dan menyerahkan kepada pimpinan lain jika ada yang berminat untuk berbuat demikian.

"Mungkin ada (dalam IKATAN yang akan bertanding), tapi setahu saya mereka tak tunjuk minat setakat ini. Kami tak minta (kerusi), tak pernah bincang mengenai kerusi dengan PAS setakat ini," katanya.

Susu Belum Tamat Tempoh Tapi Rosak, Susu Belum Rosak Tapi Tamat Tempoh... Dua-dua Jangan Guna

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Kita cerita pasal politikus...politikus ni bukan manusia..kalau manusia dorang ade hati dan perut...politikus hanya jaga perut mereka sendiri sahaja

Kredit
Haikal Aizat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 22, 2018 6:42 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tahukah Anda, Jika Lakukan 22 Perkara Ini, Anda Akan Dapat Perlepasan Dari Membayar Cukai
siakapkeli.my

Bila cakap pasal cukai je mesti bercampur baur perasaan. Nak marah pun salah, nak rasa takut pun macam tak pasal juga. Perasaan seperti ini jadi bila tak ada ilmu yang cukup.

Baca perkongsian daripada Maryam Aziz, salah seorang Lembaga Pengarah produk Mary Jardin yang semakin menempah nama di Malaysia. Dibawah ini beliau berkongsi cara mudah menguruskan cukai setiap tahun. Jangan lupa hantar borang cukai sebelum 30 April setiap tahun pula ya!

22 PERKARA YANG BOLEH MENYELAMATKAN ANDA DARI BAYAR CUKAI. RUGI SANGAT SIAPA TAK TAHU.

BELI LAPTOP, HANDPHONE & BREASTPUMP PUN LAYAK DAPAT PELEPASAN CUKAI TAU!

Gambar Hiasan

Sekarang dah pengakhir bulan Januari. Ramai yang mula stress untuk buat pembayaran cukai pendapatan 2017. Biasanya tarikh akhir untuk submit borang cukai adalah pada 30 April setiap tahun.

Dulu Maryam sampai terpaksa ambil cuti rehat semata-mata untuk uruskan hal cukai. Sebabnya suka buat last minute, lepastu mula terkial kial nak bayar. Tiba2 baru tahu banyak nak kena bayar, terpaksa korek tabung pula. Letih turun naik ke pejabat LHDN tu tak perlu cerita lah kan. Rasa nak menangis je, tapi nasib baik suami banyak bantu ajar tentang hal ini. Sebab tu Maryam nak share ilmu ni dengan ramai orang yang berpendapatan. Yang takde pendapatan tu memang sah-sahlah tak perlu bayar cukai kan hehe.

Ramai orang yang gembira je sebab tak pernah dibebankan dengan urusan Cukai Pendapatan. Sebenarnya kan..ramai yang tak bayar cukai sebab TAK TAHU MEREKA WAJIB BAYAR CUKAI! Haaa anda memang tak selamat sebenarnya sebab anda BERHUTANG DENGAN KERAJAAN!

Memang takut tau kalau tak bayar cukai ni. Antara impak besar adalah kita tak boleh melancong ke luar negara! Memang tak lepas nak lalu kat imigresen.

Gambar Hiasan

Jom teruskan baca untuk tahu sebenarnya anda perlu bayar cukai ke? Dan belajar cara mudah untuk menguruskan cukai pendapatan anda.

Mudah sangat untuk kira berapa cukai yang perlu anda bayar setiap tahun

Ada 4 ELEMEN PENTING yang anda perlu tahu:

1. JUMLAH PENDAPATAN
2. JUMLAH PELEPASAN
3. JUMLAH PENDAPATAN BERCUKAI
4. PENGIRAAN CUKAI

Jadi Maryam terangkan satu persatu.

1. JUMLAH PENDAPATAN (A)

Jumlah pendapatan anda sepanjang tahun dari 1 jan sehingga 31 Disember. Bukan setakat gaji sahaja tau tapi termasuklah bonus dan komisyen. Kalau ada bonus raya, bonus hujung tahun, semua tu kena kira sekali tau

2. JUMLAH PELEPASAN (B)

Pelepasan ni maksudnya rebat cukai. Sebenarnya ini part yang ramai orang tak tahu!

Bukan semua pendapatan kita perlu dicukaikan. Ada pendapatan kita yang tak perlu dicukaikan. Maksudnya kita diberi pelepasan! Benda ni sangat penting sebab Maryam pernah tak perlu bayar cukai sebaliknya mendapat pulangan wang dari LHDN disebabkan jumlah pelepasan tinggi! Nak tahu macamana nak dapatkan pelepasan ni? Ok baca di bawah nanti

3. JUMLAH PENDAPATAN BERCUKAI (C)

Maksudnya A- B = C

Contohnya pendapatan tahunan RM50,000 (A). Jumlah pelepasan RM20,000 (B). Maka kita hanya akan dicukai sebanyak RM 30,000 (C)

50,000-20,000 = 30,000

4. PENGIRAAN CUKAI

Pengiraan cukai (berapa % dari pendapatan yang perlu dibayar adalah mengikut jadual kadar yang disediakan oleh LHDN. Contohnya jika PENDAPATAN BERCUKAI (C) = RM 20,000, anda perlu membayar 1% sahaja. Jumlah cukai anda untuk setahun adalah 1% x RM20,000 = RM200 SAHAJA!
PELEPASAN CUKAI

Haaa inilah part paling best. Untuk tahu jumlah pelepasan yang kita layak dapat. Sebenarnya pelepasan ini disediakan oleh kerajaan untuk mengurangkan bebanan cukai kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Cuba tengok pelepasan ini:

1. INDIVIDU DAN SAUDARA TANGGUNGAN

Anda boleh mendapat pengecualian RM9000 untuk diri sendiri

2. PERBELANJAAN IBU BAPA

Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan). Anda layak dapat sehingga RM5000. Jadi jangan kedekut ye nak berbelanja untuk kesihatan ibu bapa. InsyaAllah hidup lebih berkat dan cukai anda juga menjadi sedikit!

3. PERALATAN SOKONGAN ASAS

Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya). Boleh dapat pelepasan sehingga RM6000

4. INDIVIDU KURANG UPAYA

Boleh dapat pelepasan sehingga RM6000
5. YURAN PENDIDIKAN (Sendiri)

(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian
Pelepasan sehingga RM7000

6. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)
Pelepasan sehingga RM6000

7. PEMRIKSAAN PERUBATAN PENUH (Diri sendiri, suami / isteri atau anak)

Haa ni kalau anda ada buat medical checkup, boleh dapat pelepasan sehingga RM500

8. GAYA HIDUP

(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
(iv) Bayaran langganan internet
Ramai orang tak tahu kalau beli handphone, bil internet, laptop semua ni boleh kurangkan cukai anda!!! Rugi kan kalau beli handphone tapi tak inform kepada LHDN. Tambah lagi kalau beli iphone kan. Pelepasan RM2500 tau

9. PEMBELIAN PERALATAN PENYUSUAN

Ibu yang beli breastpump ke atau peralatan penyusuan lain, pastikan simpan resit k. Boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM1000!

10. YURAN PUSAT ASUHAN ANAK/ PRASEKOLAH

Siapa pernah terfikir yuran pusat asuhan anak pun boleh selamatkan anda dari cukai!!! Pelepasan sehingga RM1000 tau

11. Tabungan bersih dalam skim SSPN

Cuba kira Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017. Untuk jumlah itu, anda boleh dapat pelepasan sehingga RM6,000

12. FAEDAH PEMBELIAN RUMAH (RM10,000)
13. SUAMI/ ISTERI/ BAYARAN ALIMONI KEPADA BEKAS ISTERI (RM4000)
14. SUAMI/ ISTERI KURANG UPAYA (RM3500)
15. ANAK BAWAH 18 TAHUN (RM2000)
16. ANAK ATAS 18 TAHUN, BELUM BERKAHWIN, BELAJAR SEPENUH MASA (RM2000)
17. ANAK BERUMUR 18 TAHUN DAN KEATAS,

tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

18. ANAK KURANG UPAYA (RM6000)
19. INSURAN NYAWA & KWSP (RM6000)
20. INSURANS PENDIDIKAN & PERUBATAN (RM3000)
21. PERKESO (RM250)
22. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

Siakapkeli.my

Sumber: Facebook Maryam Aziz

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 22, 2018 6:42 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jangan Bersin Sambil Tutup Mulut, Risiko Belakang Tekak Terkoyak Dan Saluran Darah Pecah
siakapkeli.my

Gambar Hiasan

20 Jan - Adakah anda selalu menahan daripada bersin? Tahukah anda, kajian terbaru mendapati cubaan menahan bersin sebenarnya membahayakan tubuh badan bahkan tidak sihat untuk kesihatan.

Ia bukan sahaja boleh menyebabkan tekak, malah gegendang telinga atau saluran darah dalam otak anda mampu pecah dari tindakan menahan bersin. Kajian ini telah dijalankan dan diterbitkan menerusi jurnal perubatan BMJ Case baru-baru ini.

Menurut pengkaji tersebut, apabila seseorang sengaja menahan bersin, ia akan mewujudkan tekanan kuat dalam tubuh. Kes begini pernah terjadi kepada seorang lelaki dari Britain berusia 34 tahun.

Pesakit itu dilaporkan terpaksa pergi ke sebuah hospital di Leicester, untuk mendapatkan rawatan kecemasan selepas mengadu rasa bengkak dan mengalami sakit yang agak teruk di bahagian leher.

"Lelaki itu menggambarkannya seperti berasa 'letupan' pada bahagian leher selepas beliau menahan bersin dengan memicit hidung sambil menutup mulut secara serentak," kata doktor menerangkan kajian yang diterbitkan itu.

Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) kemudian mengesahkan apa yang terjadi kepada lelaki itu ialah badannya menerima tekanan yang kuat akibat daripada tindakan pesakit itu menahan bersin sehingga menyebabkan belakang tekak mangsa terkoyak.

Lelaki itu tidak mampu untuk menelan makanan kerana kesakitan yang dialami di bahagian tekak yang kritikal. Dia dimasukkan ke wad dan pihak hospital memberinya makan dan ubat melalui tiub sehingga sakit ditekaknya beransur pulih.

"Mujur beliau bertuah apabila dibenarkan pulang selepas seminggu dirawat. Menahan bersin dengan menutup mulut dan hidung adalah satu perbuatan yang berbahaya dan harus dielak," kata doktor menerusi jurnal itu.

Punca bahayanya menahan bersin ialah, boleh menyebabkan udara terperangkap antara paru-paru dan mampu memecahkan aneurisme serebrum, iaitu keadaan saluran darah menjadi bengkak seperti belon di dalam otak.

Kepada pembaca yang menjadikan menahan bersin sebagai tabiat, hentikan tabiat buruk itu atau anda terpaksa menahan sakit di hospital. -

Siakapkeli.my

Sumber: CBS Pittsburgh

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 22, 2018 6:42 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



KISAH-KISAH KEJAYAAN KELANTAN YANG DIPENDAMKAN
bloglist-malaysia.blogspot.
malaysia-today.net
By MT Webmaster
Bercerita tentang PAS, pasti orang akan terbayang Negeri Kelantan. Negeri ini boleh dianggap kubu kuat PAS sejak zaman berzaman. PAS mula memenangi pilihanraya memerintah Kelantan buat pertama kali pada tahun 1959, namun tewas pada tahun 1978. PAS bangkit kembali dalam Pilihanraya Umum tahun 1990, dan mengekalkan penguasaan di negeri tersebut sehingga ke hari ini.

Cerita berkenaan kejayaan-kejayaan Kelantan kurang mendapat liputan media, melainkan sisi-sisi negatif kerajaan samada melalui media perdana mahupun media alternatif. Sejak zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri lagi, media sering mempotretkan Kelantan sebagai negeri yang mundur, huru-hara dan menakutkan. Tetapi jika dikaji perkembangan sebenar di Kelantan, negeri tersebut jauh lebih baik daripada yang digambarkan.

Melihat petikan ucapan Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada majlis Amanat YAB Menteri Besar sempena menyambut Tahun 2018, menunjukkan Kelantan terus berada pada prestasi yang boleh dibanggakan. Pertamanya negeri tersebut berjaya meningkatkan pungutan hasil sebanyak RM 566.52 Juta pada tahun 2017, berbanding RM 497.20 Juta pada tahun 2016. Perkara ini selain menunjukkan ketelusan dan keberkesanan jentera kerajaan, ia juga menjadi penanda bahawa kedudukan ekonomi negeri dan rakyatnya semakin baik.

Kelantan berbeza dengan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri lain. Di saat semua negeri membentangkan penambahan perbelanjaan mereka bagi tahun kewangan 2018 atas faktor 'gula-gula' pilihanraya, Kelantan sebaliknya melakukan penjimatan perbelanjaan mengurus sebanyak RM 2.9 juta pada tahun 2017 berbanding tahun 2016. Ini menunjukkan kerajaan Kelantan lebih berdikari dan memiliki kebebasan tersendiri dalam mengurus ekonomi. Satu pencapaian yang boleh dianggap memberangsangkan kerana mereka sebelum ini pernah dilanda tragedi banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun.

Selain itu, menurut SUK negeri, anggaran lebihan atau surplus belanjawan Kerajaan Negeri 2017 adalah sebanyak RM 38.76 juta berbanding defisit pada tahun 2016 sebanyak RM 33.47 juta. Disaat negara berdepan dengan masalah belanjawan defisit hampir 20 tahun, Kelantan menunjukkan contoh pengurusan kewangan yang baik. SUK menyifatkan tahun 2017 merupakan pencapaian kewangan terbaik dalam tempoh 26 tahun.

Agensi kerajaan Negeri Kelantan diiktiraf sebagai salah satu jabatan yang terbaik dalam aspek pengurusan kewangan di Malaysia. 12 jabatan serta agensi negeri mendapat penarafan lima bintang oleh Jabatan Audit Negara tahun 2016. Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berada di kedudukan teratas dengan markah 99% dan Pejabat Perbendaharaan Negeri sebanyak 98.61%. Selain itu, Perbendaharaan Negeri Kelantan mendapat penarafan cemerlang lima bintang Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan tahun 2016 dalam audit yang dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Selain pencapaian terkini, Kelantan juga masih mengekalkan rekod sifar korupsi. Sehingga kini pemimpin dan pegawai Kerajaan Negeri Kelantan adalah bersih dan bebas daripada dakwaan dan sabitan rasuah oleh Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Walaupun ramai mempertikaikan kemampuan YAB Menteri Besar, Dato Mohamad Yaakob, dibandingkan dengan Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, segala catatan prestasi di atas telah menjawab segala pertikaian sebelum ini.

https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2053136781587345

http://www.kelantan.gov.my/index.php/ms/25-kelantan-kini/200-majlis-sambutan-maulidur-rasul-peringkat-negeri-kelantan-bagi-tahun-1436h-bersamaan-2015m-anjuran-majlis-agama-islam-dan-adat-istiadat-melayu-kelantan

Tidak dinafikan, hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat kebelakangan ini turut membantu pencapaian negeri. Prinsip BPMS yang digagaskan parti tersebut telah membuka ruang bantu-membantu yang agak baik antara dua entiti kerajaan itu. Kerajaan pusat sebelum ini menganaktirikan negeri Kelantan daripada pembangunan dan bantuan. Tetapi dalam perkembangan terbaru, Kerajaan Pusat telah memberikan komitmen yang agak baik kepada Kelantan. Ini diakui oleh Kerajaan Negeri sendiri.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/352970/sidang-dun-kelantan-hubungan-negeri-pusat-semakin-baik

https://www.bharian.com.my/node/11498

Antara kesan terbesar yang bakal dikecapi oleh rakyat daripada hubungan baik yang berjaya dipulihkan antara dua entiti ini adalah projek lebuhraya pertama Kelantan yang sudah tertangguh sejak sekian lama. Selain itu, Kerajaan Pusat turut mendakwa bantuan mereka telah menyumbang kepada penurunan kadar kemiskinan daripada 0.9 peratus pada 2014 kepada 0.4 peratus pada 2016.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kadar-kemiskinan-di-kelantan-menurun-1.752594

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebuh-raya-di-kelantan-hampir-jadi-nyata-135180

Kesimpulannya, keadaan Negeri Kelantan sangat berbeza dari apa yang dilaporkan oleh media. Sekaligus menyanggah tanggapan terhadap PAS sebagai parti barisan lebai yang tidak layak mengurus kerajaan. Pendekatan BPMS yang mendapat kritikan hebat terutama oleh pihak PH juga sebenarnya satu langkah politik yang bijak diambil oleh PAS, sehingga memberi kesan yang amat positif kepada Kelantan. Satu perubahan yang agak drastik jika dibandingkan dengan kedudukan mereka sebelum BPMS diperkenalkan.

Satu lagi yang boleh diperkatakan adalah, prestasi Kelantan yang agak terkebelakang sebelum ini bukanlah berpunca daripada kelemahan pentadbiran kerajaan negeri, tetapi ia lebih kepada kekangan dan tekanan yang diterima oleh kerajaan kerana perbezaan politik antara pemerintah pusat dan negeri. Perkara ini membuktikan sekiranya berlaku anjakan dalam budaya politik negara ke arah kematangan dan keutamaan terhadap rakyat, berkemungkinan besar negara boleh bebas dari berbagai lagi belenggu yang sedang melanda

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 22, 2018 6:43 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Wanita Ini Kongsi 6 Langkah Mudah Lock Application Pada Phone Anda, Khas Bagi Pengguna Iphone
siakapkeli.my

Cuba bayangkan situasi di mana kita bagi fon dekat orang konon untuk pinjam sekejap tapi tanpa pengetahuan kita selamba je dia tengok gallery dan baca semua whatsapp. Tak hormat privacy orang lain langsung. Mesti kita ada jenis kawan macam nie kan, geram tapi nak marah tak boleh.

Jadi perkongsian kali ini, melalui facebook Nur Sakeena Razif, penulis akan kongsikan cara bagaimana dia lock application yang dipilih pada phone tapi khas hanya untuk pengguna iphone je. Step dia mudah, tak perlu download pon, semua dah tersedia dalam phone anda cuma masih ramai yang belum tahu.

Jom follow langkah-langkah mudah di bawah nie. Lepas dah lock, anda tak perlu risau lagi kalau nak bagi rakan pinjam fon, semua maklumat dah dikunci dengan selamat.

Sebab ada yang suruh Keena share cara lock application (single app) untuk iphone user, so ni dia.

Member yg konon pinjam fon nak tengok utube tapi suka pecah masuk gallery atau fb korang, boleh guna ni untuk membatalkan niat mereka.

Keena guna sebab anak. Bila dia layan baby shark, jari dia macam shark jugak. Tekan sana sini & exit application. Kalau dah berkali-kali, kita pun penat nak hadap.

Dah boleh lock application, senang kerja. (semua apps boleh, bukan utube je..)

#share #tipsdarirojakinspirasi

1. Mula-mula pergi setting & Go to General.

2. Click Accessibility

3. Scroll bawah sekali, click 'Guided Access'

4. Enable @ green button GUIDED ACCESS. Yang bawah sekali ACCESSIBILITY SHORTCUT pun enable jugak. Nak aktif yang ni, sekali je. Tak perlu banyak kali.. Bila dah enable guided access ni, korang boleh masuk mana2 apps dengan hanya klik 'home button' 3x sahaja.

5. Lepas tu set passcode korang. Kalau nak exit apps, dia suruh masukkan passcode.
Nak exit, klik HOME BUTTON 3x dan masukkan PASSCODE.

6. Guna touch id pun boleh untuk 5s & keatas. Lepas tu, terus pergi ke application yang kawan/anak korang nak tengok, contoh utube. Lepas masuk app, tekan HOME BUTTON 3x. Nanti dia keluar 'guide access started'. Lepas tu bagi la member/anak korang layan utube tanpa risau dorang boleh buat benda lain.

Kalau masih belum faham, penulis kongsikan video yang Keena sediakan ini. Moga membantu anda di luar sana. Selamat mencuba !

Siakapkeli.my

Sumber : Nur Sakeena Razif

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 22, 2018 6:43 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Berburu Ke Padang Datar, Dapat Rusa Berbelang Kaki

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"

Siapa Datuk Seri Mahadzir Khalid, Menteri Pendidikan yang menggesa guru yang tidak menyokong kerajaan (sebenarnya 'tidak menyokong UMNO/BN') supaya meletakkanjawatan? Siapa speaker Dato' Seri Ahmad Razif, MB Terengganu? Siapa Datuk Zubir Embong, speaker DUN-nya? Bukankah mereka asalnya guru? Apakah lepas masuk bertanding pilihanraya baru mereka bergiat dalam politik?

Semasa bertugas sebagai guru dulu tidakkah mereka merupakan penggiat politik dan memegang jawatan tertentu di dalam UMNO? Persoalannya, apakah sikap Pengarah Pendidikan dan Menteri Pendidikan waktu itu?

Menteri Pendidikan patut belajar politik matang dan sejahtera daripada PAS.. Era pendidikan makin maju. Bukan saja guru, pelajar juga semakin educated. Institusi yang paling ramai pemegang ijazah ialah sekolah dan IPT. Hampir semua guru sekolah baik menengah atau rendah kini adalah pemegang ijazah. Kalau sesebuah sekolah ada 100 orang guru, 95 orang adalah pemegang sarjana muda dan sarjana. Apakah sebuah institusi yang cemerlang begini rela diperbodohkan pak menteri?

Bodoh bagi guru hanya dalam dua situasi; bodoh kerana menyokong parti yang cakap tak serupa bikin atau buat-buat bodoh. Memang ada segelintir guru yang terus menyokong UMNO/BN walaupun UMNO/BN tipu rakyat dengan GST. Mereka terus sokong UMNO/BN walaupun rasuah dan ketirisan ekonomi menyebabkan rakyat menanggung bahananya pada hari ini.

Mereka terus memuja UMNO/BN walaupun parti keris telanjang dan dacing itu menyebabkan tanah rezab Melayu tergadai. Malah mereka bangga melihat bendera-bendera keris terpacak di pagar-pagar sekolah walaupun pemimpin merekalah berkata jangan bawa masuk politik ke sekolah.

Manakala golongan kedua yang buat-buat bodoh memang ramailah. Pengetua suruh guru sediakan tempat untuk UMNO buat program di sekolah, guru buat. Buat-buat bodoh. Pengarah JPN suruh guru berikrar sokong kerajaan walaupun sebenarnya sokong UMNO/BN, guru ikrar. Buat-buat bodoh. Menteri kata kalau nak berpolitik ( sebenarnya berpolitik di pihak pembangkang) , sila letak jawatan, guru angguk. Buat-buat bodoh. Satu tindakan yang amat padan dengan Pengetua, Pengarah dan Menteri Pendidikan yang bodoh.

30 tahun aku menitiskan ilmu di sekolah. Berbagai-bagai karenah pengetua, PPD, Pengarah dan Menteri Pendidikan aku dan rakan-rakan hadapi. Kami yang disyak menyokong pembangkang, disenaraikan nama untuk rekod Jabatan Pelajaran Negeri. Ugutan. Kalau borang Prestasi Tahunan, jangan tulis penglibatan dalam masyarakat sebagai ahli atau AJK PAS. Nahas. Tetapi ramai guru kategori bodoh tadi rasa teruja ketika menulis "ahli atau AJK UMNO". Bertuah.

Jemput wakil rakyat rasmi mesyuarat agung PIBG, dia cakap soal sokong kerajaan (sokong UMNO sebenarnya). Jemput menteri rasmi sesuatu program di sekolah, dia cakap tentang parti pembangkang tak pandai memerintah Kelantan. Datang PM, apalagi penuh bersusun bendera dan manusia yang beruniform UMNO/BN mencemar alam sekitar sekolah. Setiap majlis atau program di sekolah, apabila dijemput wakil rakyat atau orang politik berucap bersedialah kita untuk dengar ceramah politik. Dalam situasi berbeza, mereka inilah juga yang berkata jangan berpolitik di sekolah.

Kalau ada dalam kalangan kami yang dilihat selalu hadir ceramah atau aktiviti politik PAS, kami dipanggil ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Kami disoal itu ini, diugut dan diperli – itu biasa. Klimaksnya, kami ditukar kehujung negeri atau ke pulau. Lebih teruk lagi mereka sanggup tukar kami ke pedalaman Sabah dan Sarawak walaupun mereka tahu kami sudah ada anak isteri. Banyak kes seperti ini kerana campur tangan orang politik, khususnya JKKK.

Kami pernah diperlekeh konon serebeh (kalau ada yang berserban). Kami dituduh banyak berpolitik daripada mengajar. Kami dituduh mengajar murid membenci pemimpin negara? Gesaan Menteri Pendidikan, Mahadzir Khalid agar guru yang menentang kerajaan (sebenarnya tidak menyokong UMNO/BN) meletakkan jawatan itu hanyalah lagu ulangan yang mengungguli carta bangsat politik.

PAS telah lama mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS). Sebab itulah kerajaan PAS tak pernah menganaktirikan, memperlekeh apalagi mensabotaj sekolah kementerian di Kelantan, Terengganu dan Kedah ketika ada kuasa. Anehnya, pemimpin PAS disekat daripada merasmikan mesyuarat agong PIBG di sekolah di mana sekolah itu duduk dalam dalam negeri di bawah pentadbiran PAS. Jangan ketawa kalau aku katakan ada pentadbir sekolah melarang guru menerima kek Hari Guru yang dihantar oleh pihak PAS. Jika ada yang baik hati melayan, terpaksalah jawab panjang lebar ke pihak PPD.

PAS sudah lama matang dalam politik. Kini gagasan BPMS adalah produk rasmi PAS di pasaran terbuka. Belum terkesankah pemimpin UMNO? Atau betulkah kata orang, " UMNO tertinggal 10 tahun di belakang"?

Berguru ke padang datar,

Dapat rusa berbelang kaki;

Guru bersikap kurang ajar,

Kerana sikap pak menteri.

BDA

21/1/2018

#UP

#NekadBersamaIslam

#MAMPUCentre

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

Pan oh Pan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"

Penulis rasa sangat pelik dengan orang Pan, lebih lebih lagi dia mendakwa yang dia lebih islam daripada Islam Pas.
Kalau Pan lebih Islam daripada Pas mana mungkin dia tak suka apabila penulis kata musuh Islam adalah Islam juga, akan tetapi Islam yang munafik.

Mereka marah dengan penulis dan berkata tak ada faedah mengatakan musuh umat Islam ialah umat Islam juga, tetapi yang munafik.

Pelik juga, kerana marah dengan penulis yang berkata demikian. Pada hal itu adalah suatu yang reality dan realistic.
Mengapa mereka marah.Mungkin kata kata penulis itu sudah terkena atas kepala mereka.

Mustahil islamnya lebih Islam daripada Islam Pas jadi munafik. Sangat tidak munsabah mereka yang islamnya lebih baik berbanding dengan Islam yang lain boleh jadi munafik.

Zaman Rasulullah SAW memerintah Madinah ada dua musuh. Pertama orang orang Yahudi. Untuk selamatkan kerajaan Islam mahu tidak mahu kena bunuh ketuanya..

Kedua, orang orang munafik.Rasulullah SAW mengarah membunuh ketuanya Ka'ab bin Asyraf dan Abdulllah Bin Ubay dibiar hidup.

Demikian juga dengan Pan dibiar hidup miskipun sangat bahaya kepada misi dan visi Pas untuk mendaulatkan syariat Allah.

Mereka bukan setakat marah dengan penulis, malah tergamak mengatakan Presiden Pas ulamak Su'.

Mungkin sudah terpengaruh dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bakal perdana menteri Malaysia selepas PRU 14 nanti.

Tun Dr Mahathir Mohammad mengatakan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang Kafir.

Tuduhan itu semacam masuk akal, kerana Pas sudah bekerjsama dengan umno yang dituduh kafir sebelum ini.

Apa apa pun demikian perangai orang orang politik yang tidak beriman dan bertakwa.

Kalau mereka beriman dan takwa mana mungkin berlaku tuduh menuduh satu sama lain.

Kita tahu tuduh menuduh itu adalah modal untuk naik dan berkuasa.Pada hal islam melarang keras akan perbuatan tersebut.

Akan tetapi kita yang mengaku Beragama Islam berperangai macam umat Para nabi sebelum ini yang ingkar dengan perintah dan dakwah untuk mentauhidkan Allah.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

Suasana terbalik! dulu ada macai Umno sekarang diambil alih oleh macai PH....

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
"

Assalamualaikum,,,

Teringat saya pada ketika kita sedang asyik berjemaah dan berkempen untuk kemenangan PAS pada tahun 2004 dulu, tiba tiba kita berdepan dengan satu kejutan besar besaran, kejutan yang datang seperti ribut pasir menyerang kita sehingga kita seperti kaku dan tidak berdaya melawan.Kemudiannya apabila suasana begitu berterusan baru kita sedar kita sebenarnyya diserang oleh segerombolang spesis macai yang dicitpa oleh Umno menerusi idea licik bekas presidennya Tun Mahathir.

Ciri ciri macai kemudiannya dikenal pasti dan kita mula berdepan dengan mereka sehingga mereka pupus.Mykmut ialah laman sosial mereka yang menjadi tempat buang tahi para macai Umno ini kemudiannya hilang terus dari persada siber.Tetapi kehilangannya diganti oleh satu lagi spesis yang hampir serupa dan menjadikan jemaah PAS sebagai target seperti macai Umno juga serta ciiri ciri mereka juga hampir sama.Gerombolang baru muncul ini kemudiannya dikenalpasti sebagai macai PH yang seperti macai Umno menjadikan fitnah sebagai alat propaganda untuk menyerang jemaah PAS.

Kita boleh dengar dan lihat sampai hari ini, Macai macai PH masih mendendangkan pasal dedak Umno yang PAS terima,Sekalipun PAS sudahpun menyahut cabaran mereka untuk menyaman SR kerana mengeluarkan artikal fitnah itu.

Kita juga boleh mendengar macai PH mengenchokan suara suara pemimpin mereka yang fobia dengan Ug PAS Umno walaupun dalam suasana yang nyata dan jelas tidak ada tanda tanda Ug akan berlaku kecuali kemungkinan pembentukan kerajaan campuran yang diperlukan oleh sistem negara, itu saja sebenarnya tetapi bagi macai PH seperti pemimpin mereka juga itu tanda PAS mahu ug dengan Umno, apatah lagi PAS menerusi TGHH sudah menjelaskan pendirian mereka dengan sejelas jelas, ia itu tidak akan membentuk kerajaan dengan PH dalam apa jua keadaan sekalipun.

Tidak cukup dengan perangai macai Umno yang sudah pupus itu, macai PH juga meniru cara macai Umno menfitnah sex.Masa macai Umno berleluasa dulu, kita dihidangkan dengan video sex DSAI, Cikgu Pa dan ada juga gambar dan cerita sex Azmin Ali dan Ustaz Badrul Amin, tiba tiba bila tiba giliran macai PH ada pula cerita sex Ustaz Mokhtar Senik.

Paling lucu ialah kesungguhan macai PH mengajak kita semua lawan Umno tetapi dalam masa yang sama mereka yang tiru Umno, mereka mengajak kita jangan ikut Umno yang kuat fitnah tetapi mereka sendiri yang kuat fitnah sehingga kepada perkara perkara yang jelas kantoipun mereka masih lagi buat fitnah.

Selama ini munculnya kumpulan yang disebut walaun oleh macai PH adalah kerana asalnya diusik dengan biadap oleh macai Umno dan kemudiannya apabila macai Umno mula pupus muncul pula macai PH yang didahului oleh macai Kuali, PAN meneruskan usikan biadap macai Umno itu.Kumpulan yang digelar waluan ini sebenarnya mereka yang istiqamah mempertanahkan Jemaah dari fitnah dari segenap penjuru dan dalam mempertahankan jemaah itu, ada diantara mereka yang memberi respon kepada macai PH mengikut bahasa macai PH dan kelihatan seperti badap dan maki hamun.Kemudiannya macai PH akan mendakwa walaun ini biadap dan suka maki hamun walhal mereka yang memulakan segalanya.

Inilah lawak king dari macai PH yang kekal sampai hari ini menggantikan macai Umno yang telah pupus.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, January 21, 2018 10:13 PM
Subject: Fw: Undi PAS, Himpunan Fastaqim, PCM

Cikgu-cikgu Perlu Undi PAS untuk hilangkan kerja Menteri Bodoh

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Kawan - kawan di sektor kerajaan sekarang jangan ragu-ragu. Inikalilah UBAH Kita sokong GAGASAN SEJAHTERA.

Kredit
Sdr Azam Mektar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 22, 2018 6:44 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Elak Kereta Terkandas, Berikut Adalah Teknik Asas Memandu Ketika Meredah Air Banjir
siakapkeli.my

Musim hujan dah tak mengira masa, khusus buat warga Kuantan yang sedang menghadapi bencana banjir. Memandu dalam hujan lebat yang berpanjangan agak membahayakan, terutama di daerah bandar yang berisiko mengalami banjir kilat jika lebih daripada satu jam.

Sebaiknya rancanglah perjalanan anda dengan betul dan sentiasa peka dengan keadaan jalan raya jika berlaku banjir. Jika dalam pemanduan, cari kawasan untuk berhenti sementara menunggu keadaan reda.

Kami bawakan tips redah banjir daripada perkongsian Panthera Tigris Jacksoni dibawah.

Berikut adalah teknik asas memandu meranduk air banjir.

1 - Gunakan gear rendah dan elakkan menukar gear ( kalau kete manual) waktu meranduk banjir..Kalau kete auto letak gear kat D3 untuk toyota dan untuk kereta lain rendahkan gear auto satu tahap dibawah D.. Pakai low gear auto kereta tak bertukar gear waktu meranduk air. Bila lepas meranduk air jangan lupa pulak nak letak kat D.. Karang tak pasal pasal pecah gear box jalan low gear dari Kuantan sampai ke Kemaman

2 - Kalau nak merasakan plet number depan tercabut sila bawak laju masa meranduk banjir.. Double sided tape yang ditampal pada plet number bukan dicipta untuk menahan tekanan air pada kelajuan lebih 20km sejam.
3 - Bila dah lepas meranduk air cuba tekan brek beberapa kali untuk memastikan sistem brek berfungsi dengan baik.. Jangan bila lepas meranduk air terus pecut tak ingat dunia sebab marah menunggu lama tapi tak tahu bila sistem brek kereta berendam dalam air terdapat kemungkinan brake boleh jem dan tak boleh berenti pada kelajuan tinggi.. Moto pun sama, lepas randuk air mesti mau kasi test brake terutamanya brake depan..

Siakapkeli.my
Sumber: Panthera Tigris Jacksoni

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: