Showing posts with label Seliter. Show all posts
Showing posts with label Seliter. Show all posts

Monday, December 15, 2008

Turun lagi: Kini RM1.80 seliter

KL: Harga runcit petrol dan diesel diturunkan sebanyak RM0.10 seliter berkuatkuasa 16 Disember.

Dengan pengumuman kerajaan itu harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter, petrol RON92 daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter dan diesel daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.
Kali ketujuh diturunkan setalah dinaikkan RM0.78 sen beberapa bulan lalu

Monday, November 17, 2008

Harga Petrol Dan Diesel Diturunkan 15 Sen Seliter Berkuatkuasa 18 Nov

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengambil keputusan untuk mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa mulai esok, 18 November.

Harga runcit untuk petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada EN2.00 seliter daripada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan 15 sen kepada RM1.90 sen seliter dan harga diesel dikurangkan 15 sen seliter kepada RM1.90 seliter, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata ini merupakan penurunan yang kelima sejak bulan Ogos, sebagaimana janji Kerajaan untuk menurunkan harga runcit petrol jika ada penurunan dalam pasaran dunia.

Beliau berkata Kerajaan berharap para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, supaya orang ramai mendapat manfaat yang sepenuhnya.

Beliau berkata para pengguna juga diharapkan akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walau pun harga telah turun, selaras dengan hasrat Kerajaan memastikan penggunaan tenaga yang efisien.

-- BERNAMA