Showing posts with label minyak. Show all posts
Showing posts with label minyak. Show all posts

Saturday, March 21, 2009

Re: kereta x laju walau pedal minyak ditekan

erm,saya rasa awak perlu tukar injin yang lebih besar @ tukar je injin jenis TURBO! cuba lah.
cuba kol brother ni Najib 013-3939868. bengkel di kat sungai buloh.


Daripada: sullycram85 <sullycram85@yahoo.com.my>
Kepada: automobil@yahoogroups.com
Dihantar: Jumaat, 9 Januari, 2009 11:49:40
Subjek: www.auto.pdniaga.com - kereta x laju walau pedal minyak ditekan

ada sepa2 tau kenapa bila sy tekan minyak kereta, kereta macam x laju
dan hanya bunyi enjin ja yg bising....sy bwa kancil 660...

Monday, March 16, 2009

Re: kereta x laju walau pedal minyak ditekan

manual transmission? klu manual transmission tu "mcm" tanda2 clutch plate dh abis worn out. or clutch slippage. slippage ni kebanyakan disebabkan oleh wornout clutch disc, walaupun kdg2 disebabkan oleh weaken pressure plate. anyway klu sbb tu kena tukar clutch plate. klu nk confirm clutch symtom bole buat simple test. nanti la i tulis lain sbb nk keluar jap. anybody bole tlg sambung. klu bukan sbb tu , kena cari sbb lain pulak

--- On Thu, 1/8/09, sullycram85 <sullycram85@yahoo.com.my> wrote:
From: sullycram85 <sullycram85@yahoo.com.my>
Subject: www.auto.pdniaga.com - kereta x laju walau pedal minyak ditekan
To: automobil@yahoogroups.com
Date: Thursday, January 8, 2009, 7:49 PM

ada sepa2 tau kenapa bila sy tekan minyak kereta, kereta macam x laju
dan hanya bunyi enjin ja yg bising....sy bwa kancil 660...

Thursday, March 12, 2009

Sunday, March 1, 2009

kereta x laju walau pedal minyak ditekan

ada sepa2 tau kenapa bila sy tekan minyak kereta, kereta macam x laju
dan hanya bunyi enjin ja yg bising....sy bwa kancil 660...

Wednesday, December 3, 2008

Minyak turun 10 sen lagi

Oleh Abdul Razak Raaff

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel turun 10 sen lagi berkuat kuasa hari ini, iaitu penurunan kali keenam sejak harga bahan api itu dinaikkan berikutan penyusunan semula subsidi minyak pada 5 Jun lalu.

Berikutan itu, petrol RON97 kini dijual pada harga RM1.90 seliter berbanding RM2.00 seliter sebelum ini, manakala harga runcit petrol RON92 dan diesel diturunkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Penurunan itu sekali gus memperlihatkan harga runcit petrol RON97 di pasaran kini lebih rendah berbanding RM1.92 seliter iaitu paras sebelum ia dinaikkan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 pada Jun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata kerajaan mengambil keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api itu bagi membolehkan rakyat menikmati kesan penurunan ketara harga minyak mentah dunia.

"Oleh kerana harga minyak dunia sudah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmati manfaatnya," katanya.

Mengikut formula penyelarasan harga bahan api berikutan penstrukturan semula subsidi minyak 5 Jun lalu, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia, selepas ditolak subsidi kerajaan.

Kerajaan mengumumkan penurunan harga pertama pada 23 Ogos lalu dengan petrol RON97 dan RON92 masing-masing turun 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel dikurangkan lapan sen kepada RM2.50 seliter.

Ini diikuti pada 25 September lalu, apabila harga runcit bahan api berkenaan sekali lagi diturunkan 10 sen menjadikan harga petrol RON97 pada RM2.45; RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40) seliter.

Pada 15 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan penurunan harga kali ketiga dengan harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter kepada RM2.30, RON92 turun 10 sen seliter kepada RM2.20, manakala diesel 20 sen seliter kepada RM2.20.

Friday, November 21, 2008

Harga minyak jatuh AS$49.91 setong


SEORANG pekerja mengira wang di sebuah stesen minyak di Tirana semalam.


LONDON - Harga minyak menjunam di bawah paras AS$50 setong (RM181.16) semalam ketika pasaran kewangan dibayangi ketidakyakinan terhadap ekonomi dunia dan peningkatan petunjuk bahawa permintaan untuk minyak semakin menurun.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh AS$3.71 (RM13.45) kepada AS$49.91 (RM180.85) setong menjelang akhir dagangan iaitu harga terendah sejak Januari 2007.

Di London, harga minyak mentah jenis Brent turut susut sebanyak AS$3.10 (RM11.23) kepada AS$48.62 (RM176.15) setong.

Ketika kelembapan ekonomi memusnahkan permintaan terhadap minyak, syarikat-syarikat minyak merancang untuk menyimpan stok berjuta-juta tong minyak mentah dengan harapan ekonomi dunia akan pulih.

Broker-broker perkapalan berkata, pedagang minyak AS, Koch dan Royal Dutch Shell menempah sejumlah kapal tangki gergasi berupaya menyimpan 10 juta tong minyak mentah, lebih banyak daripada pengeluaran harian oleh Arab Saudi.

Harga minyak jatuh kira-kira dua pertiga sejak mencatat rekod Julai lepas dengan didagangkan pada AS$147 (RM532.64) setong, sebahagiannya kesan keruntuhan kredit global yang menyebabkan para pelabur menarik balik wang mereka daripada aset-aset berisiko.

Kejatuhan harga minyak mencerminkan kelemahan pasaran ekuiti yang terus jatuh semalam apabila bursa-bursa Eropah menurun ke paras terendah sejak Mac 2003. - Reuters

Thursday, November 20, 2008

Harga minyak RM1.85?

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin menurunkan sekali lagi harga minyak sebanyak 15 sen, untuk kali keenam berturut-turut, awal bulan depan.

Pada masa ini, harga minyak RON97 ialah RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing RM1.90.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, penurunan itu kini dilihat wajar memandangkan minyak dunia kini didagangkan di bawah paras AS$60 setong.

"Saya fikir harga turun lagi. Perbincangan sedang dibuat dengan pelbagai pihak termasuk pengusaha pam minyak.

"Mereka minta jika berlaku penurunan kerajaan perlu menurunkan hanya 10 sen bagi mengelak mereka terpaksa menanggung kerugian 3 sen bagi setiap liter tetapi kerajaan berpendapat 10 sen terlalu rendah,'' katanya di lobi Parlimen semalam.

Thursday, August 21, 2008

Lebih kuasa, jimat minyak

Oleh Mohd Razlan Salleh

PENGELUAR motosikal nasional, Modenas melancarkan dua model terbarunya, Kriss 120 dan Skuter Passion Sports 125 yang lebih berkuasa dengan penggunaan minyak yang minimum.

Skuter yang diperkenalkan di pasaran pada penghujung tahun 2005 itu tampil dengan beberapa pembaharuan yang menepati kehendak pengguna kini yang lebih menumpukan kepada penjimatan, murah dan alat ganti yang mudah diperoleh.

Passion 125 Sports dilengkapi dengan tayar yang lebih lebar untuk memberikan cengkaman mantap, poket mini untuk penyimpanan barangan peribadi seperti telefon bimbit atau minuman dan aero deco yang menambahkan gaya skuter terbaru berkenaan.

Selain itu, skuter generasi terbaru ini dilengkapi dengan lampu depan berkembar yang memberi daya penglihatan lebih jelas pada waktu malam serta warna dan corak grafik sporty.

Motosikal berkuasa 125cc itu disasarkan kepada golongan remaja yang mementingkan gaya dan sesuai untuk kegunaan di bandar dengan transmisi automatik serta sistem sejukan cecair terkini.

Versi ini tampil dengan lima warna pilihan iaitu Merah Membara, Biru Sinaran, Hijau Tropika dan Perak Mutiara.

Majlis pelancaran kedua-dua model motosikal itu disempurnakan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd, Mohd Khamil Jamil.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Abdul Harith Abdullah.

Sementara itu, Kriss 120 turut diperbaharui termasuk penghidup tendang yang lebih ringan dikenali sebagai sistem Decompression berbanding model terdahulu.

Selain itu, Modenas Kriss 120 dilengkapi Modenas Advance Camshaft System atau Mac-s yang memberi lebih kuasa terhadap enjin terutama ketika mula bergerak atau memecut.

Antara pembaharuan yang dipertingkatkan termasuk aero visor ala perlumbaan, aero deco pada bahagian hadapan, aero fin sisi dan rim sport dengan brek cakera dwi-piston bagi daya pemberhentian maksimum.

Menurut Abdul Harith, kemasukan dua variasi terbaru itu mampu memperbaiki penguasaan Modenas dalam pasaran motosikal sehingga 15 peratus pada akhir tahun ini.

“Peningkatan itu berdasarkan kepada peningkatan pengeluaran kepada 8,000 unit sebulan bermula bulan ini dan mencecah 85,000 unit menjelang penghujung tahun ini,” katanya.

Skuter Passion Sports 125 dijual pada harga RM4,302 manakala Kriss 120 (E) berharga RM3,838 dan Kriss 120 (R) ditawarkan dengan harga RM4,199.

myMetro