Wednesday, October 3, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3373

3 New Messages

Digest #3373
1a
Proton October promotion by "Jagathies Kannasan" vishnu_vd

Messages

Tue Oct 2, 2012 8:43 am (PDT) . Posted by:

"Jagathies Kannasan" vishnu_vd



Dear friends,

Promotion from authorized Sales Proton Edar Sdn Bhd.

 
Graduate scheme and government scheme available for full loan-need only offer letter
Zero down payment available for selected model.

Proton Inspira 2.0 Executive discount Rm4000 plus free body kit 
Proton Inspira 2.0 Premium discount Rm3000

Proton Preve discount Rm1000

Proton Saga FLX  auto discount Rm1500 or free body kit

Proton Persona Elegant discount Rm1000 or free body kit

Proton Exora BOLD discount Rm1000

So for all the friends please grab this opportunity if you plan to buy or change your car.We also accept trade in.Thank you all again to your continues support. 

Promotion from authorized Sales Proton Edar  Sdn Bhd.

For more info please call/sms/email to jega at  012-3332230

Regards,
jega 012-3332230
Authorised Sales Dealer
Proton Edar Sdn Bhd 

Tue Oct 2, 2012 7:22 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Artikel Metro hari ini...

SAMA dg kejadian di parking office aku di PJ  sebulan lalu bila ada kereta terbakar tiba2 selepas berhenti parking.

Aku syak haba panas enjin yg berhenti atau cuaca yg panas boleh menyebabkan wap petrol (95 ? ) ini mudah terbakar.

Anak aku selalu tegur wap petrol yg kuat dlm kereta lepas isi minyak. Aku isi 95,, biasalah kurang duit, bukan tak cukup .

Oleh itu utk kurangkan risiko - parking kereta anda di tempat teduh atau pun lapik bonet dg kadbod :) he he

**************
MELAKA: “Api ketika itu amat marak dan asap tebal hingga menyebabkan saya tidak berani mendekati lokasi kejadian kerana bimbang berlaku letupan,” kata penjaga tempat letak motosikal dikenali sebagai Ho, 50-an, yang menyaksikan kebakaran tiga kenderaan di kawasan parkir berdekatan Medan Selera Newtown, di sini, semalam.
Kebakaran jam 1.10 tengah hari itu menimbulkan tanda tanya berikutan satu daripada kereta terbabit iaitu Nissan Sentra dipercayai tiba-tiba terbakar sebelum api merebak dan menyambar dua kereta berdekatan.

Kereta Nissan itu musnah manakala Perodua Kenari dan Ford Laser rosak akibat bahang kebakaran.
Tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran daripada lebih teruk dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Menurut Ho, dia yang memeriksa kawasan tempat letak motosikal berdekatan tempat kejadian mencurigai sesuatu apabila ternampak asap tebal di kawasan terbabit. “Apabila diperiksa, saya terkejut melihat asap itu rupa-rupanya datang dari sebuah kereta yang marak terbakar di kawasan lot parkir berkenaan.

“Melihat keadaan itu, saya yang bimbang keadaan bertambah teruk menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Tinjauan mendapati seorang daripada pemilik kereta berusia 30-an gagal menahan sebak dan menitiskan air matanya selepas menyedari kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II Low Liang Seong berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan awam, pada jam 1.16 tengah hari.

“Seramai enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dikerah memadam kebakaran membabitkan tiga kereta berkenaan.
“Api berjaya dikawal dalam tiga tujuh minit dan padam sepenuhnya lima minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya. Menurut beliau, pihaknya bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut terutama mengenal pasti punca kejadian.

Wed Oct 3, 2012 6:19 am (PDT) . Posted by:

"Nazri Ahtar" littlenoti

as salam brader mzi,

seperti yang saya beritahu pada brader bashah, topik email yang disertakan adalah perbandingan management antara kerajaan dengan pembangkang. topik email tersebut pada saya, lebih menjurus kepada politik, bukan topik automobil.

saya tak ada masalah pun dengan topik AES sebelum ini yang ada diselitkan unsur2 politik. pada saya topik AES lebih kepada memberi maklumat kepada pengguna walaupun ada selingan unsur politik. saya bangkitkan isu ini merujuk on that particular email. bukan semua email (walaupun dah makin banyak politik diselitkan dalam setiap isu automobil).

saya bukan nak cari gaduh, bukan nak ajak berpuak2. pada pendapat saya, tak perlu nak selitkan isu politik dalam automobil. saya boleh terima email bertopik automobil yg diselitkan sedikit politik, tapi email yg tersebut adalah sebaliknya.

fyi, saya berhempas pulas kerah tulang 4 kerat saya untuk bayar hutang rumah, kereta, perbelanjaan isi rumah, makan minum sekolah baju pakai anak saya 3 orang. saya juga rakyat biasa yang bukan bergaji 5 angka sebulan. saya tak mampu nak beli kereta BMW, alphard, estima hatta honda civic sekali pun.

ayat2 saya dalam email sebelum ini hanyalah bunga2 menyedapkan cerita. maksud yg ingin disampaikan, politik is a never ending story. pasti akan ada yang tidak puas hati, pasti akan ada yang terguris hati. pelan lama pelan jauh hati, langsung tak meriah group automobil. sampai bila kita nak berpuak2, bergaduh2, benci membenci ? biarkan ahli politik je yg gaduh, tu pun dah cukup kacau bilau.

pada saya, kalau tak mampu diubati, lebih baik cegah. to prevent is better than to cure.
 

rgds,
Nazri Ahtar

ps: saya bukan penyokong tegar mana2 parti. setuju sokong mana yang memberi faedah kepada kita.

________________________________
From: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Monday, October 1, 2012 12:29 PM
Subject: RE: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Maaflah gua tak dapat terima Bajet Lu


 
Salam MOD,hide my mail add. (office mail).
 
Saya rasa semua hal melibatkan politik termasuk juga Automobil,tapi mesti kena cara olahan biar bersesuaian dng skop,kias sikit2 jngan direct nanti ada orang
marah.Ruang Automobil ni tak semestinya berbincang pasal enjin,tayar,ekzos atau tntang sewaktu dengannya,boleh luaskan skop tu tapi mesti berkisar
pada asas automobile.Kalau basikal pakai bateri tu pun rasanya boleh juga kut kalau ada yg nak tanya..he..he..
 
Kalau luaskan skop perbincangan saya pasti ruang ni lebih seronok dan meriah,ada active reply dari orang lain.
Tentang komen Nazri dibawah ni saya kurang setuju,pendapatnya lebih kepada utamakan diri sendiri,mungkin dia orang berkemampuan,mampu bayar serba-serbi dan belum berkeluarga atau pun anak Cuma 2 orang saja,boleh pakai kereta sedan,tak perlu beli MPV.
**pakai MPV tak semestinya menunjukkan kemewahan tapi untuk keselesaan keluarga.Kalau cukai kereta diturunkan ramai yang mampu beli,justeru lebih
Selesa dan Selamat.
 
Soal jual balik kereta yang masih berhutang tak de masalah kerana proses penurunan cukai oleh PR dibuat secara berperingkat sehingga sampai ke Satu tahap yg dikira bersesuaian,bukan terus dihapuskan sekaligus.
 
KAMI RAKYAT MARHAIN BUKAN NAK HIDUP MEWAH PUN,CUKUPLAH SEKADAR SENANG SIKIT,HIDUP SELESA DIBUMI MSIA YG KAYA NI.
 
**saya bukan penyokong tegar PR,tapi sokong mana  yang membawa kebaikan pada rakyat biasa macam saya.…kesian kami orang susah,
Nak menyimpan sekarang pun susah bro,nak bayar downpayment tinggi,loan pun tinggi..adusss susahnya hidup sekarang….
 
Mzi…
 
 
 
 
 
 
From:automobil@yahoogroups.com [mailto:automobil@yahoogroups.com] On Behalf Of Nazri Ahtar
Sent: Monday, 10, 2012 10:01 AM
To: automobil@yahoogroups.com
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Maaflah gua tak dapat terima Bajet Lu
 
yeah, harga kereta murah, minyak murah..... fuh !!!
 
lepas nih makin banyaklah kereta bertaburan kat jalan.. makin semak la jem nak pi kerja pagi2 dari elok2 kena bangun pukul 6.... mungkin lepas nih kena bangun pukul 5 pulak.
 
lepas tu kita mintak pulak besarkan jalan.... yeah gomen mesti ada duit nak besarkan jalan....tak perlu bayar tol. yeah... best giler la weh....
 
aku yang baru beli kereta, tak da harapan la nak jual kereta....sebab dah sign kontrak harga lama yang mahal. alamatnya pakai sampai jadi besi buruk baru boleh merasa beli kereta baru... yeah !!! 
 
terbaik !!
 
** masing2 ada pendapat sendiri, masing2 boleh nak sokong secara cerdik pandai mahupun semberono, negara bebas bukan?. secara ikhlas, saya rasa makin lama makin banyak topik politik dalam group automobil. politik is a never ending story. this has got to stop.**
 
rgds,
Nazri Ahtar
 
ps: pada pendapat saya, ini ruang borak2 pasal automobil. BUKAN RUANG POLITIK. mohon tok mod tegur saya kalau saya silap. 
 
yang baik dari Allah, yang buruk dari saya
 

________________________________

From:-::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, September 28, 2012 11:50 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Maaflah gua tak dapat terima Bajet Lu
 
 

GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: