Tuesday, October 30, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3402[2 Attachments]

7 New Messages

Digest #3402
1a
Fw: Cerita Kesesakan Aidiadha by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
1c
1d
Re: Fw: Cerita Kesesakan Aidiadha by "fuzzyinn@yahoo.com" fuzzyinn
2
Fw: 4 NEGERI PAKATAN HARAMKAN KAMERA AES by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
3
Fw: Kereta Terbakar Ketika Isi NGV by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Mon Oct 29, 2012 8:47 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Cerita Kesesakan Aidiadha: Beringat Sebelum Kena
msomelayu.blogspot.
Posted by mso.im

KORBAN AIDIADHA

Raya Aidiada tahun ini tidak ada berita pelik kendengaran seperti lembu yang hendak dikorbankan terlucut atau putus tali, orang yang hendak rebahkan lembu kena tanduk sampai sampai terburai tali perut dan sebagainya, tidak kedengaran dan dilaporkan. Di Kelantan semua cerita berkisar kepada masalah jam dan terperangkap dalam 'hutan cerang' di Pahang. Bukalah Fb atau blog peribadi cerita itu akan menghiasi wall-wall Fb.

Nada yang diluahkan nada kesal dan marah, geram dan hairan. Hanya mereka yang membenci Kelantan dan suka melihat rakyat Kelantan terus bergelut dengan ketidakadilan saja, melihat segala itu dengan senyum sinis dan di dalam hati berkata, padan muka, padan muka.

Sebahagian kereta yang berpatah balik dari Padang Tengku ke Lipis.
Iya saya juga tidak terkecuali akan membuat sedikit catatan berhubung masalah sama. Semalam lagi saya nak bercerita tetapi kerana keletihan yang pelik, campur dengan selesema saya tangguhkan hingga pagi ini. Kesian blog saya tidak ada pengeposan baru sejak 25 Oktober lepas! Maaflah kepada para penjengok semua kerana mengecewakan anda.

Cerita kesesakan jalan raya dan masa diambil berbelas-belas jam untuk sampai ke kampung halaman di musim perayaan sudah menjadi cerita tradisi. Setiap kali raya kejadian ini sudah tidak dapat dielakkan. Bezanya sama ada jam itu 'gila' atau jam 'tolol' saja, jam tetap jam. Jam gila bermakna jam luar biasa, jam tolol adalah jam biasa. Rasanya semua sudah tahu kenapa sebab musababnya berlaku demikian.

Sebenarnya kesesakan semasa raya bukan saja berlaku di Kelantan, tetapi ia berlaku juga di negeri-negeri lain. Bila banyak kereta masuk - pulang ke kampung, maka berlakulah kesesakan jalan raya. Dua faktor utama, kenapa berlaku demikian, pertama jalan-jalan di kampung sempit, kedua kerana tiada pengawal lalu lintas. Tambah pula dengan adanya seeekor dua pemandu yang mabuk todi dan telan pil kuda belang. Selalu kemalangan dalam suasana begini berlaku disebabkan ada dua jenis pemandu ini.

Faktor pertama, jalan sempit bagaimana pun merupakan masalah utama. Apabila dirujuk kepada masalah berlaku di Kelantan, dan memang Kelantan mengalami masalah ini sudah sampai ke tahap kritikal, ialah kerana tidak ada lebuh raya, ataupun rata-rata jalan di Kelantan masih bersaiz lama, baik sedikit semasa zaman Jepun. Jarang jalan ada empat lorong, kebanyakan hanya dua lorong sahaja.

Sebelum saya menyebut Kelantan, apa juga yang perlu difahamkan kesesakan yang dialami rakyat Kelantan untuk pulang ke ngeri mereka bukan seratus peratus disebabkan jalan raya di negeri itu. Tetapi ia bermula di negeri Pahang lagi. Jalan menghubungkan Kelantan melalui Pahang, Raub, Kuala Lipis dan Merampuh sebenarnya menyumbangkan kesesakan kepada pengguna di Kelantan. Adalah tidak benar kalau bersoal jawab mengenai kesesakan jalan raya di musim raya, disalahkan kepada jalan sempit di Kelantan. Rasanya tanggapan begitu lebih kepada elemen politik?

Jalan dari Raub hingga ke Kuala Lipis elok dan lebar tetapi mulai di Padang Tengku ke Merapuh untuk masuk ke Gua Musang jalan sempit dan kurang sempurna. Jalan inilah yang menyumbangkan kesesakan apabila pergerakan yang lancar dari Raub hingga Lipis tiba-tiba 'bersumbat' di Padang Tengku. Aliran trafik akan menjadi perlahan lagi apabila sampai di Kecau hinggalah ke Bukit Tujuh.

Di sinilah kalau berlaku sedikit saja kemalangan dan sebelah jalan ditutup, maka akan berlaku kesumbatan dan jam gila. Ertinya kalau mahu melancarkan pergerakan ke Kelantan jalan-jalan ini dulu, bermula dari Padang Tengku sampai ke Merapuh hendak diperbesarkan. Jalan di sepanjang naik turun Bukit Tujuh sudah pasti kena disempurnakan lengkap dengan jaminan keselamatan. Statistik maut yang berlaku di sini sudah sampai masanya untuk diambil tindakan bukan dijadikan maklumat semata-mata.

Kini sebahagian jalan-jalan itu iaini di sebelah depan Bukit Tujuh (dari Kuala Lumpur) sedang dalam pembinaan. Apabila jalan itu siap kesesakan akan berkurangan, bagaimana pun kesesakan tetap juga akan berlaku selagi jalan dari Padang Tungku ke Bukit Tujuh tidak dibina.

Sementara di Kelantan, jalan dari Gua Musang ke Kuala Krai tidak ada masalah. Walaupun jalan itu bukan bertaraf lebuh raya tetapi keadaan jalannya yang lurus boleh mengalirkan trafik dengan baik. Kesumbatan hanya bermula di Kuala Krai untuk menuju ke Kota Bharu. Kesesakan juga boleh dielak sekiranya ada arahan kepada pengguna supaya mengambil jalan alternatif misalnya dari Gua Musang menerusi Jeribung untuk ke Jeli bagi mereka yang ingin pulang ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

Begitu pun permasalahan ini sudah pun dikenali pasti oleh JKR dan pihak berkuasa kerajaan baik tempatan dan negeri. Mereka lebih arif dan pakar. Jadi saya tidak perlu menghuraikan berhubung perkara itu. Tidak ada guna mengajak itik yang sudah pandai berenang.

Apa yang hendak disebut ialah mengenai keperluan Lebuh Raya Kuala Krai ke Kota Bharu. Sepatutnya sudah lama lebuh raya menghubungkan dua bandar ini wujud. Bukan hari ini tetapi sejak tahun 70-an lagi. Tetapi malang kerana sikap dan sifat orang politik di Kelantan yang kurang bijak dan terlebih emosi menyebabkan lebuh raya berkenaan tidak wujud sampai ke hari ini. Kalau ada lebuh raya di sini kesesakan teruk di sepajang jalan Kuala Krai - Kota Bharu tidak akan berlaku.

Bila menyebut ini saya hairan, mungkin orang lain juga hairan kenapa tidak bina lebuh raya berkenaan. Sekali lagi saya tidak mahu bercakap soal ini. Bagi saya ketiadaan lebuh raya ini bukan kerana apa melainkan kerana 'dedel'nya orang politik Kelantan baik Umno maupun Pas. Menghairankan saya mereka tidak boleh bersatu demi untuk kebaikan rakyat Kelantan. Mereka sanggup 'bercekah belah' untuk mendapat kuasa masing-masing. Keadaan ini ditambah juga oleh anak-anak Kelantan yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Mereka semua bijak, pandai dan hebat tetapi sayang mereka - pegawai kerajaan asal Kelantan yang ada disemua jabatan, kementerian dan agensi kerajaan tidak mampu mempengaruhi keputusan kerajaan (politik). Mereka, pegawai tinggi kerajaan Kelantan tidak ada sifat penakluk. Seharusnya dengan kedudukan mereka, mereka boleh mempengaruhi keputusan kerajaan untuk membawa sesuatu kepada negeri mereka, membantu adik kakak mereka, seperti lebih raya berkenaan.

Maksud mempengaruhi kerajaan ini bukan saja kerajaan Federal, kerajaan Kelantan juga. Mereka boleh memainkan peranan untuk memujuk atau memberi pandangan agar kerajaan Kelantan berbaik dengan kerajaan Federal demi rakyat.

Kalau selama ini kita bangga anak Kelantan ramai yang memegang jawatan tinggi di Federal, tetapi dengan apa yang berlaku kita tidak perlu merasa apa-apa keuntungan dengan kehadiran mereka. Mereka hanyalah enau dalam belukar saja. Mereka hanya menyenangkan diri mereka sendiri tetapi lupa untuk berbakti kepada negeri sendiri. Sikap pegawai tinggi seperti ini bolehlah dianggap sebagai si Tengang yang tidak membawa apa-apa kelabaan kepada negeri sendiri.

Ada yang baru menerjunkan diri dalam politik dan berjanji untuk membela rakyat selepas pencen. Selepas tidak memegang apa-apa kuasa. Sebenarnya orang pencen yang ingin memberi sumbangan kepada rakyat menerusi jawatan politik adalah orang pondan.

Saya tidak mahu memanjang soal lebuh raya dan sikap orang Kelantan yang cerdik tetapi tidak boleh ditumpangi atau pondan itu. Soal lebuh raya Kuala Krai - Kota Bharu sudah muak untuk diperkatakan. Umno sendiri sudah pun merancang untuk membinanya, tetapi ditarik balik. Siapa menarik balik, sekali lagi orang politik Kelantan tidak bersifat penakluk dan bijak merubah keputusan pimpinan pusat. Kalau saya jadi mereka saya telah meletakkan jawatan secara terhormat.

Hari ini kerajaan Kelantan mencang untuk membina lebuh raya berkenaan. Apa yang hendak dilakukan kerajaan Kelantan, hanya boleh didengar dan menyeronokkan diri saja, ia tidak mungkin menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Saya berani memberi jaminan kalau pembinaan itu mengharapkan kepada wang kerajaan atau pulangan royalti petroleum ia tidak akan menjadi kenyataan. LRRK itu hanya bagaikan mimpi di siang hari saja. Selagi kerajaan Federal tidak tumbang wang minyak tidak akan mengalir ke Kelantan. Tambah rewel lagi khabarnya bukan semua orang dalam Pas menyokong projek lebuh raya rakyat itu? Exco Kelantan juga berbelah bagi dengan projek raksasa berkenaan?

Atas apa yang berlaku baik di kalangan Umno dan juga Pas termasuk juga penjawat awam asal Kelantan dalam soal lebih raya itu, marilah kita katakan CIS.

Keperitan dalam kesesakan

Apa yang sebenar saya ingin berkongsi cerita disini ialah mengenai kesesakan jalan raya yang memerangkapkan ribuan orang di Jalan Sungai Koyan, Bukit Bentung dan Cegal Perah. Saya kebetulan ikut sama terperangkap dalam kejadian yang tidak patut berlaku ini. Kejadian ini sesuatu yang menyeksakan dan patut diambil iktibar oleh semua pihak khasnya pasukan keselamatan dan penyelamat terutamanya polis demi mengelakkan kecelakaan di masa akan datang.

Mungkin kejadian itu tidak meninggalkan apa-apa kesan memilukan. Dan ia akan dilupakan begitu saja. Kerana betapa lima jam berada di tengah hutan cerang itu di tengah malam buta tetapi yang nyata semuanya sampai ke rumah dengan selamat walaupun lewat berberapa jam. Sudah menjadi kebiasaan manusia apabila mereka lepas dari keadaan susah, dapat berjumpa sanak saudara duduk makan sehidangan mereka tidak ingat lagi akan keperitan masa lalu. Kecelakaan dan kesusahan dalam hidup kita umpama jerat dengan pelanduk.

Bagaimana pun pihak polis tidak seharus memandang enteng perkara ini. Polis kena ambil perhatian dan dijadikan iktibar penting buat mereka dalam mencemerlangkan perkhidmatan mereka. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya keadaan itu mendatangkan kecelakaan? Saya membayangkan ini bukan saja-saja untuk menyalahkan polis. Sebagai orang yang berada sendiri di kawasan itu dapat merasakan atau membayangkan kemungkinan itu.

Apa yang orang di luar tidak tahu bagaimana susana dalam kesesakan itu dan kenapa kesesakan di hutan cerang itu berlaku. Kesesakan berlaku apabila kenderaan sukar melalui jalan berliku-liku sebaik meninggalkan Bukit Bentung. Jalan sempit hanya memuatkan sebuah kenderaan sahaja. Nasib baik tidak berlalu perselisihan, cuma dua kali saja. Kiri kanan jalan curam dengan gaung. Jalan walaupun ditar tetapi lebih 60% sudah terkopek dan berlubang. Kereta rendah akan tersangkut dan terdorong.

Sampai di pertengah jalan, berlaku kesesakan menyebabkan kereta berbaris panjang. Dianggarkan lebih 500 buah kereta tersangkut. Ini berlaku kerana ratusan kereta dihadapan terpaksa berinsut-insut perlahan untuk menaiki bukit yang tinggi berselut disebabkan hujan pada petang tadi. Mana-mana kereta yang rendah ada yang terperosok ke dalam selut dan terpaksa ditolak beramai-ramai.

Kereta besar yang tidak berdaya mendaki bukit pula akan dibantu dengan jentera penarik ditarik satu-satu. Bunyi deruman enjin jentera penarik menakutkan saya, membayangkan bagaimana kereta saya akan ditarik macam menarik bangkai gajah. Saya membayangkan macam mana kalau ada yang 'terbolah' dalam mengenderaikan kenderaan tentu akan terbolong ke dalam gaung.

Mungkin jauh daripada perasaan orang lain saya membayangkan macam mana akan berlaku kalau tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Saya membayangkan pasti akan berlaku banjir kilat. Sebatang anak sungai yang dilalui di atas jambatan kayu kira-kira 2 km dari belakang tadi, airnya sudah hampir melimpah ke tebing. Gayat hati semasa melintas jambatan kayu yang sudah uzur 'muzur' itu. Mungkin kalau hujan lebat turun tak henti-henti selama dua jam akan berlaku banjir.

Inilah yang menggeritkan menyebabkan jiwa saya panas dan marah. Kalau berlaku bencana itu saya tidak dapat hendak bayangkan bagaimana nasib ribuan nyawa atas kereta yang terperangkap itu. Bukan sayangkan kereta akan tenggealm tetapi manusia, penumpang. Rata-rata dalam ribuan kereta terperangkap itu terdiri dari kanak-kanak dan orang tua. Salah seorang yang berada dalam kereta yang teperangkap kesesakan gila itu ialah cucunda saya, Muhamamd Khalid Ummar 10 bulan.

Kalau berlaku banjir ke mana hendak menyelamatkan diri. Bongok mana nak rukas. Kiri kanan saya nampak ada parit atau paya besar. Tentu keadaan menjadi kelam kabut dalam suasana gelap pekat begitu. Bayangan inilah menyebabkan saya naik angin dan merasakan polis cuai dan malas dalam menjalankan tugasnya.

Di awal sebelum hendak melencong ke Sungai Koyan lagi sebaik melihat kereta berjujutan menghala ke Padang Tengku saya sudah menghubungi polis untuk mengetahui apa yang berlaku dan menentukan apakah jalan Sungai Koyan untuk keluar ke Cegal Perah selamat. Malangnya anggota polis yang menjawab pihaknya tidak menerima apa-apa maklumat mengenai kesesakan jalan dan tidak pasti apa yang berlaku. Jawaban itu sungguh mengharainkan saya.

Kerana mempercayai maklumat tidak sahih dari orang ramai menyebabkan saya ikut melencong ke Sungai Koyan, Bukit Bentung dan keluar di Cegal Perah. Semasa kira-kira lima jam terperangkap dalam hutan cerang Felda Cegal Perah itu, saya menghubungi balai polis Kuala Lipis sekali lagi, jam 9:50 malam. Jawaban diterima sama dengan panggilan jam 6:00 petang tadi. Saya bertanya kepada anggota itu apakah pihak polis tahu apa yang berlaku di hutan Cegal Perah sekarang ini, dimana ribuan kereta terperangkap dalam kesesakan? Jawabannya belum terima apa-apa aduan.

Saya mencadangkan kepada anggota itu supaya membuat kawalan di jalan masuk simpang Sungai Koyan. Minta diarahkan kereta berpaling balik ke Raub atau Kuala Lumpur. Cadangan itu dibuat atas kepercayaan bahawa Bukit Tujuh tidak dapat dilalui. Saya juga meminta agar polis menghantar anggota trafik untuk meninjau keadaan keselamatan jalan di Cegal Perah yang melalui bukit tinggi berselut dan licin. Saya minta sangat-sangat kerana bimbang dengan situasi pada masa itu. Ketika itu sudah kedengaran anak-anak kecil menangis kerimasan di depan dan di belakang.

Sampai akhir saya tidak nampak kelibat wajah polis mengawal kesesakan itu atau meninjau keadaan. Inilah mengecewakan saya. Cuma semasa menghampir bukit licin baru saya nampak ada anggota berpakian baju celoreng merah, saya tidak pasti dari jabatan mana sedang mengawal lalu lintas membuat lampaian tangan mengarahkan pemandu masing-masing memandau dengan cermat dan hati-hati agak tidak tercongik ke dalam gaung.

Kira-kira jam 12:40 tengah malam apabila saya bersama isteri serta anak-anak dan cucu dan seorang sahabat dan ribuan yang lain keluar dari hutan cerang itu untuk menaiki ke jalan asal menuju ke Gua Musang baru hati tertasa lega dan nyawa dapat ditarik dengan tenang. Namun... tatakala melihat jujutan kereta yang baru turun dari Bukit Tujuh dan bertembung dengan kampi di simpang jalan, hati yang panas kepada polis membara semula.

Rupa-rupa jalan di Bukit Tujuh yang diremuors dengan berbagai dongengan, jambatan runtuh, tanah runtuh dan sebagainya....kemudian ditutup tidak benar belaka. Saya merasalkan diri macam Pak Pandir saja kerana berjalan tanpa ada maklumat lengkap.

Yang bagharal di dalam hal ini adalah polis, polis Kuala Lipis kerana tidak membekalkan maklumat yang sempurna untuk pengguna jalan raya. Saya mohonkan agar Balai Polis Lipis khasnya unit trafik dapat membuat penjelasan bagi menyejutkan perasaan marah. Bertanggungjawablah! [wm.kl.12:15 t/hari 29/10/12]

Mon Oct 29, 2012 3:55 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

1. Org besar (politk) perlu berjiwa besar....
2. Agaknya perangkap hadlaju AES tak berguna di sini, kalau dah semua slow.
3. aku di highway slowway pun rasa tak berbaloi bayar tol, bila bawak kereta macam bawak basikal...

________________________________
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, October 29, 2012 11:46 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Cerita Kesesakan Aidiadha


 

 

Cerita Kesesakan Aidiadha:
Beringat Sebelum Kena
msomelayu.blogspot.
Posted by mso.im
 
KORBAN
AIDIADHA                  
                     
                     
                     
                     
        

Raya Aidiada
tahun ini tidak ada berita pelik kendengaran seperti lembu yang hendak
dikorbankan terlucut atau putus tali, orang yang hendak rebahkan lembu kena
tanduk sampai sampai terburai tali perut dan sebagainya, tidak kedengaran dan
dilaporkan. Di Kelantan semua cerita berkisar kepada masalah jam dan
terperangkap dalam 'hutan cerang' di Pahang. Bukalah Fb atau blog
peribadi cerita itu akan menghiasi wall-wall Fb.

Nada yang
diluahkan nada kesal dan marah, geram dan hairan. Hanya mereka yang membenci
Kelantan dan suka melihat rakyat Kelantan terus bergelut dengan ketidakadilan
saja, melihat segala itu dengan senyum sinis dan di dalam hati berkata, padan
muka, padan muka.

Sebahagian kereta yang berpatah balik dari Padang Tengku ke Lipis. Iya saya juga tidak
terkecuali akan membuat sedikit catatan berhubung masalah sama. Semalam lagi
saya nak bercerita tetapi kerana keletihan yang pelik, campur dengan selesema
saya tangguhkan hingga pagi ini. Kesian blog saya tidak ada pengeposan baru
sejak 25 Oktober lepas! Maaflah kepada para penjengok semua kerana mengecewakan
anda.

Cerita kesesakan jalan raya dan masa
diambil berbelas-belas jam untuk sampai ke kampung halaman di musim perayaan
sudah menjadi cerita tradisi. Setiap kali raya kejadian ini sudah tidak dapat
dielakkan. Bezanya sama ada jam itu 'gila' atau jam 'tolol' saja, jam tetap jam.
Jam gila bermakna jam luar biasa, jam tolol adalah jam biasa. Rasanya semua
sudah tahu kenapa sebab musababnya berlaku demikian.

Sebenarnya
kesesakan semasa raya bukan saja berlaku di Kelantan, tetapi ia berlaku juga di
negeri-negeri lain. Bila banyak kereta masuk - pulang ke kampung, maka
berlakulah kesesakan jalan raya. Dua faktor utama, kenapa berlaku demikian,
pertama jalan-jalan di kampung sempit, kedua kerana tiada pengawal lalu lintas.
Tambah pula dengan adanya seeekor dua pemandu yang mabuk todi dan telan pil kuda
belang. Selalu kemalangan dalam suasana begini berlaku disebabkan ada dua jenis
pemandu ini.

Faktor pertama, jalan sempit bagaimana pun merupakan masalah
utama. Apabila dirujuk kepada masalah berlaku di Kelantan, dan memang Kelantan
mengalami masalah ini sudah sampai ke tahap kritikal, ialah kerana tidak ada
lebuh raya, ataupun rata-rata jalan di Kelantan masih bersaiz lama, baik sedikit
semasa zaman Jepun. Jarang jalan ada empat lorong, kebanyakan hanya dua lorong
sahaja.

Sebelum saya menyebut Kelantan, apa juga
yang perlu difahamkan kesesakan yang dialami rakyat Kelantan untuk pulang ke
ngeri mereka bukan seratus peratus disebabkan jalan raya di negeri itu. Tetapi
ia bermula di negeri Pahang lagi. Jalan menghubungkan Kelantan melalui Pahang,
Raub, Kuala Lipis dan Merampuh sebenarnya menyumbangkan kesesakan kepada
pengguna di Kelantan. Adalah tidak benar kalau bersoal jawab mengenai kesesakan
jalan raya di musim raya, disalahkan kepada jalan sempit di Kelantan. Rasanya
tanggapan begitu lebih kepada elemen politik?

Jalan dari Raub
hingga ke Kuala Lipis elok dan lebar tetapi mulai di Padang Tengku ke Merapuh
untuk masuk ke Gua Musang jalan sempit dan kurang sempurna. Jalan inilah yang
menyumbangkan kesesakan apabila pergerakan yang lancar dari Raub hingga Lipis
tiba-tiba 'bersumbat' di Padang Tengku. Aliran trafik akan menjadi perlahan lagi
apabila sampai di Kecau hinggalah ke Bukit Tujuh.

Di sinilah kalau
berlaku sedikit saja kemalangan dan sebelah jalan ditutup, maka akan berlaku
kesumbatan dan jam gila. Ertinya kalau mahu melancarkan pergerakan ke Kelantan
jalan-jalan ini dulu, bermula dari Padang Tengku sampai ke Merapuh hendak
diperbesarkan. Jalan di sepanjang naik turun Bukit Tujuh sudah pasti kena
disempurnakan lengkap dengan jaminan keselamatan. Statistik maut yang berlaku di
sini sudah sampai masanya untuk diambil tindakan bukan dijadikan maklumat
semata-mata.

Kini sebahagian jalan-jalan itu iaini di sebelah depan Bukit
Tujuh (dari Kuala Lumpur) sedang dalam pembinaan. Apabila jalan itu siap
kesesakan akan berkurangan, bagaimana pun kesesakan tetap juga akan berlaku
selagi jalan dari Padang Tungku ke Bukit Tujuh tidak dibina.

Sementara di
Kelantan, jalan dari Gua Musang ke Kuala Krai tidak ada masalah. Walaupun jalan
itu bukan bertaraf lebuh raya tetapi keadaan jalannya yang lurus boleh
mengalirkan trafik dengan baik. Kesumbatan hanya bermula di Kuala Krai untuk
menuju ke Kota Bharu. Kesesakan juga boleh dielak sekiranya ada arahan kepada
pengguna supaya mengambil jalan alternatif misalnya dari Gua Musang menerusi
Jeribung untuk ke Jeli bagi mereka yang ingin pulang ke Rantau Panjang, Tanah
Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

Begitu pun permasalahan ini sudah pun
dikenali pasti oleh JKR dan pihak berkuasa kerajaan baik tempatan dan negeri.
Mereka lebih arif dan pakar. Jadi saya tidak perlu menghuraikan berhubung
perkara itu. Tidak ada guna mengajak itik yang sudah pandai
berenang.

Apa yang hendak disebut ialah mengenai
keperluan Lebuh Raya Kuala Krai ke Kota Bharu. Sepatutnya sudah lama lebuh raya
menghubungkan dua bandar ini wujud. Bukan hari ini tetapi sejak tahun 70-an
lagi. Tetapi malang kerana sikap dan sifat orang politik di Kelantan yang kurang
bijak dan terlebih emosi menyebabkan lebuh raya berkenaan tidak wujud sampai ke
hari ini. Kalau ada lebuh raya di sini kesesakan teruk di sepajang jalan Kuala
Krai - Kota Bharu tidak akan berlaku.

Bila menyebut ini saya
hairan, mungkin orang lain juga hairan kenapa tidak bina lebuh raya berkenaan.
Sekali lagi saya tidak mahu bercakap soal ini. Bagi saya ketiadaan lebuh raya
ini bukan kerana apa melainkan kerana 'dedel'nya orang politik Kelantan baik
Umno maupun Pas. Menghairankan saya mereka tidak boleh bersatu demi untuk
kebaikan rakyat Kelantan. Mereka sanggup 'bercekah belah' untuk mendapat kuasa
masing-masing. Keadaan ini ditambah juga oleh anak-anak Kelantan yang memegang
jawatan tinggi dalam kerajaan.

Mereka semua bijak, pandai dan hebat
tetapi sayang mereka - pegawai kerajaan asal Kelantan yang ada disemua jabatan,
kementerian dan agensi kerajaan tidak mampu mempengaruhi keputusan kerajaan
(politik). Mereka, pegawai tinggi kerajaan Kelantan tidak ada sifat penakluk.
Seharusnya dengan kedudukan mereka, mereka boleh mempengaruhi keputusan kerajaan
untuk membawa sesuatu kepada negeri mereka, membantu adik kakak mereka, seperti
lebih raya berkenaan.

Maksud mempengaruhi kerajaan ini bukan saja
kerajaan Federal, kerajaan Kelantan juga. Mereka boleh memainkan peranan untuk
memujuk atau memberi pandangan agar kerajaan Kelantan berbaik dengan kerajaan
Federal demi rakyat.

Kalau selama ini kita
bangga anak Kelantan ramai yang memegang jawatan tinggi di Federal, tetapi
dengan apa yang berlaku kita tidak perlu merasa apa-apa keuntungan dengan
kehadiran mereka. Mereka hanyalah enau dalam belukar saja.  Mereka hanya
menyenangkan diri mereka sendiri tetapi lupa untuk berbakti kepada negeri
sendiri. Sikap pegawai tinggi seperti ini bolehlah dianggap sebagai si Tengang
yang tidak membawa apa-apa kelabaan kepada negeri sendiri.

Ada
yang baru menerjunkan diri dalam politik dan berjanji untuk membela rakyat
selepas pencen. Selepas tidak memegang apa-apa kuasa. Sebenarnya orang pencen
yang ingin memberi sumbangan kepada rakyat menerusi jawatan politik adalah orang
pondan.

Saya tidak mahu memanjang soal lebuh raya dan sikap orang
Kelantan yang cerdik tetapi tidak boleh ditumpangi atau pondan itu. Soal lebuh
raya Kuala Krai - Kota Bharu sudah muak untuk diperkatakan. Umno sendiri sudah
pun merancang untuk membinanya, tetapi ditarik balik. Siapa menarik balik,
sekali lagi orang politik Kelantan tidak bersifat penakluk dan bijak merubah
keputusan pimpinan pusat. Kalau saya jadi mereka saya telah meletakkan jawatan
secara terhormat.

Hari ini kerajaan Kelantan mencang untuk membina lebuh
raya berkenaan. Apa yang hendak dilakukan kerajaan Kelantan, hanya boleh
didengar dan menyeronokkan diri saja, ia tidak mungkin menjadi kenyataan dalam
masa terdekat. Saya berani memberi jaminan kalau pembinaan itu mengharapkan
kepada wang kerajaan atau pulangan royalti petroleum ia tidak akan menjadi
kenyataan. LRRK itu hanya bagaikan mimpi di siang hari saja. Selagi kerajaan
Federal tidak tumbang wang minyak tidak akan mengalir ke Kelantan. Tambah rewel
lagi khabarnya bukan semua orang dalam Pas menyokong projek lebuh raya rakyat
itu? Exco Kelantan juga berbelah bagi dengan projek raksasa
berkenaan?

Atas apa yang berlaku baik di
kalangan Umno dan juga Pas termasuk juga penjawat awam asal Kelantan dalam soal lebih raya itu, marilah kita katakan
CIS.

Keperitan dalam
kesesakan

Apa yang sebenar saya ingin berkongsi cerita disini
ialah mengenai kesesakan jalan raya yang memerangkapkan ribuan orang di Jalan
Sungai Koyan, Bukit Bentung dan Cegal Perah. Saya kebetulan ikut sama
terperangkap dalam kejadian yang tidak patut berlaku ini. Kejadian ini sesuatu
yang menyeksakan dan patut diambil iktibar oleh semua pihak khasnya pasukan
keselamatan dan penyelamat terutamanya polis demi mengelakkan kecelakaan di masa
akan datang.

Mungkin kejadian itu tidak meninggalkan apa-apa kesan
memilukan. Dan ia akan dilupakan begitu saja. Kerana betapa lima jam berada di
tengah hutan cerang itu di tengah malam buta tetapi yang nyata semuanya sampai
ke rumah dengan selamat walaupun lewat berberapa jam. Sudah menjadi kebiasaan
manusia apabila mereka lepas dari keadaan susah, dapat berjumpa sanak saudara
duduk makan sehidangan mereka tidak ingat lagi akan keperitan masa lalu.
Kecelakaan dan kesusahan dalam hidup kita umpama jerat dengan
pelanduk.

Bagaimana pun pihak polis tidak seharus memandang enteng
perkara ini. Polis kena ambil perhatian dan dijadikan iktibar penting buat
mereka dalam mencemerlangkan perkhidmatan mereka. Bayangkan apa akan terjadi
sekiranya keadaan itu mendatangkan kecelakaan? Saya membayangkan ini bukan
saja-saja untuk menyalahkan polis. Sebagai orang yang berada sendiri di kawasan
itu dapat merasakan atau membayangkan kemungkinan itu.

Apa yang orang di
luar tidak tahu bagaimana susana dalam kesesakan itu dan kenapa kesesakan di
hutan cerang itu berlaku. Kesesakan berlaku apabila kenderaan sukar melalui
jalan berliku-liku sebaik meninggalkan Bukit Bentung. Jalan sempit hanya
memuatkan sebuah kenderaan sahaja. Nasib baik tidak berlalu perselisihan, cuma
dua kali saja. Kiri kanan jalan curam dengan gaung. Jalan walaupun ditar tetapi
lebih 60% sudah terkopek dan berlubang. Kereta rendah akan tersangkut dan
terdorong.

Sampai di pertengah jalan, berlaku kesesakan menyebabkan
kereta berbaris panjang. Dianggarkan lebih 500 buah kereta tersangkut. Ini
berlaku kerana ratusan kereta dihadapan terpaksa berinsut-insut perlahan untuk
menaiki bukit yang tinggi berselut disebabkan hujan pada petang tadi. Mana-mana
kereta yang rendah ada yang terperosok ke dalam selut dan terpaksa ditolak
beramai-ramai.

Kereta besar yang tidak berdaya mendaki bukit pula akan
dibantu dengan jentera penarik  ditarik satu-satu. Bunyi deruman
enjin jentera penarik menakutkan saya, membayangkan bagaimana kereta saya
akan ditarik macam menarik bangkai gajah. Saya membayangkan macam mana kalau ada
yang 'terbolah' dalam mengenderaikan kenderaan tentu akan terbolong ke dalam
gaung.

Mungkin jauh daripada perasaan orang lain saya membayangkan macam
mana akan berlaku kalau tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Saya membayangkan
pasti akan berlaku banjir kilat. Sebatang anak sungai yang dilalui di atas
jambatan kayu kira-kira 2 km dari belakang tadi, airnya sudah hampir melimpah ke
tebing. Gayat hati semasa melintas jambatan kayu yang sudah uzur 'muzur' itu.
Mungkin kalau hujan lebat turun tak henti-henti selama dua jam akan berlaku
banjir.

Inilah yang menggeritkan menyebabkan jiwa saya panas dan marah.
Kalau berlaku bencana itu saya tidak dapat hendak bayangkan bagaimana nasib
ribuan nyawa atas kereta yang terperangkap itu. Bukan sayangkan kereta akan
tenggealm tetapi manusia, penumpang. Rata-rata dalam ribuan kereta terperangkap
itu terdiri dari kanak-kanak dan orang tua. Salah seorang yang berada dalam
kereta yang teperangkap kesesakan gila itu ialah cucunda saya, Muhamamd Khalid
Ummar 10 bulan.

Kalau berlaku banjir ke mana hendak menyelamatkan diri.
Bongok mana nak rukas. Kiri kanan saya nampak ada parit atau paya besar. Tentu
keadaan menjadi kelam kabut dalam suasana gelap pekat begitu. Bayangan inilah
menyebabkan saya naik angin dan merasakan polis cuai dan malas dalam menjalankan
tugasnya.

Di awal sebelum hendak melencong ke Sungai Koyan lagi sebaik
melihat kereta berjujutan menghala ke Padang Tengku saya sudah menghubungi polis
untuk mengetahui apa yang berlaku dan menentukan apakah jalan Sungai Koyan untuk
keluar ke Cegal Perah selamat. Malangnya anggota polis yang menjawab pihaknya
tidak menerima apa-apa maklumat mengenai kesesakan jalan dan tidak pasti apa
yang berlaku. Jawaban itu sungguh mengharainkan saya.

Kerana mempercayai
maklumat tidak sahih dari orang ramai menyebabkan saya ikut melencong ke Sungai
Koyan, Bukit Bentung dan keluar di Cegal Perah. Semasa kira-kira lima jam
terperangkap dalam hutan cerang Felda Cegal Perah itu, saya menghubungi balai
polis Kuala Lipis sekali lagi, jam 9:50 malam. Jawaban diterima sama dengan
panggilan jam 6:00 petang tadi. Saya bertanya kepada anggota itu apakah pihak
polis tahu apa yang berlaku di hutan Cegal Perah sekarang ini, dimana ribuan
kereta terperangkap dalam kesesakan? Jawabannya belum terima apa-apa
aduan.

Saya mencadangkan kepada anggota itu supaya membuat kawalan di
jalan masuk simpang Sungai Koyan. Minta diarahkan kereta berpaling balik ke Raub
atau Kuala Lumpur. Cadangan itu dibuat atas kepercayaan bahawa Bukit Tujuh tidak
dapat dilalui. Saya juga meminta agar polis menghantar anggota trafik untuk
meninjau keadaan keselamatan jalan di Cegal Perah yang melalui bukit tinggi
berselut dan licin. Saya minta sangat-sangat kerana bimbang dengan situasi pada
masa itu. Ketika itu sudah kedengaran anak-anak kecil menangis kerimasan di
depan dan di belakang.

Sampai akhir saya tidak nampak kelibat wajah polis
mengawal kesesakan itu atau meninjau keadaan. Inilah mengecewakan saya. Cuma
semasa menghampir bukit licin baru saya nampak ada anggota berpakian baju
celoreng merah, saya tidak pasti dari jabatan mana sedang mengawal lalu lintas
membuat lampaian tangan mengarahkan pemandu masing-masing memandau dengan cermat
dan hati-hati agak tidak tercongik ke dalam gaung.

Kira-kira jam 12:40
tengah malam apabila saya bersama isteri serta anak-anak dan cucu dan seorang
sahabat dan ribuan yang lain keluar dari hutan cerang itu untuk menaiki ke jalan
asal menuju ke Gua Musang baru hati tertasa lega dan nyawa dapat ditarik dengan
tenang. Namun... tatakala melihat jujutan kereta yang baru turun dari Bukit
Tujuh dan bertembung dengan kampi di simpang jalan, hati yang panas kepada polis
membara semula.

Rupa-rupa jalan di Bukit Tujuh yang diremuors dengan
berbagai dongengan, jambatan runtuh, tanah runtuh dan sebagainya....kemudian
ditutup tidak benar belaka. Saya merasalkan diri macam Pak Pandir saja kerana
berjalan tanpa ada maklumat lengkap.

Yang bagharal di dalam hal ini adalah polis, polis Kuala Lipis kerana tidak
membekalkan maklumat yang sempurna untuk pengguna jalan raya. Saya mohonkan agar
Balai Polis Lipis khasnya unit trafik dapat membuat penjelasan bagi menyejutkan
perasaan marah. Bertanggungjawablah! [wm.kl.12:15 t/hari 29/10/12]
 

Mon Oct 29, 2012 6:13 pm (PDT) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

jem masa blk kg ni tak boleh nk dielakkan, cuma bleh dikurangkan je. klu
kelantan ada hiway pun akan jem gak mcm hiway plus. semua org nk pegi ke
destinasi yg sama pada masa yg sama mestilah jem. klu di bandar kita
bleh demand perbaiki public transport tp kes blk kg ni ramai yg prefer
kenderaan sendiri sebab selesa satu family.

On 30/10/2012 6:55 AM, bashah wrote:
> 1. Org besar (politk) perlu berjiwa besar....
> 2. Agaknya perangkap hadlaju AES tak berguna di sini, kalau dah semua
> slow.
> 3. aku di highway slowway pun rasa tak berbaloi bayar tol, bila bawak
> kereta macam bawak basikal...

Mon Oct 29, 2012 7:44 pm (PDT) . Posted by:

"fuzzyinn@yahoo.com" fuzzyinn

Apa guna bayar tol mahal2 tetapi masa perjalanan yg diambil +- dgn melalui jalan biasa ..orang menggunakan lebuhraya berbayar tol yg mahal mencekik darah adalah kerana untuk mengelakan kesesakan Dan mengejar masa ..sepatutnya kalau berlaku kesesakan Dan kelewatan yg melampau bayaran tol sepatutnya tidak dikenakan atau pun sekurang2nya dibagi potongan 50% ka atau 75% ka ..ini tidak bayaran tol tetap jugak sama seperti hari2 biasa ..klu cam tu apa guna Dan fungsi bayaran tol itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: MHZ <cekelatgetah@gmail.com>
Sender: automobil@yahoogroups.com
Date: Tue, 30 Oct 2012 09:13:42
To: <automobil@yahoogroups.com>
Reply-To: automobil@yahoogroups.com
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Cerita Kesesakan Aidiadha

jem masa blk kg ni tak boleh nk dielakkan, cuma bleh dikurangkan je. klu
kelantan ada hiway pun akan jem gak mcm hiway plus. semua org nk pegi ke
destinasi yg sama pada masa yg sama mestilah jem. klu di bandar kita
bleh demand perbaiki public transport tp kes blk kg ni ramai yg prefer
kenderaan sendiri sebab selesa satu family.

On 30/10/2012 6:55 AM, bashah wrote:
> 1. Org besar (politk) perlu berjiwa besar....
> 2. Agaknya perangkap hadlaju AES tak berguna di sini, kalau dah semua
> slow.
> 3. aku di highway slowway pun rasa tak berbaloi bayar tol, bila bawak
> kereta macam bawak basikal...


Mon Oct 29, 2012 9:38 pm (PDT) . Posted by:

"tanya saya"

Apa yang tersirat dan apa yang tersurat...

2012/10/29 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>

> **
>
>
> **
>
>
> *Cerita Kesesakan Aidiadha: Beringat Sebelum Kena*
> msomelayu.blogspot.
> Posted by mso.im
>
> KORBAN AIDIADHA
> * *
>
> *Raya* Aidiada tahun ini tidak ada berita pelik kendengaran seperti lembu
> yang hendak dikorbankan terlucut atau putus tali, orang yang hendak
> rebahkan lembu kena tanduk sampai sampai terburai tali perut dan
> sebagainya, tidak kedengaran dan dilaporkan. Di Kelantan semua cerita
> berkisar kepada masalah jam dan terperangkap dalam 'hutan cerang' di
> Pahang. Bukalah *Fb* atau blog peribadi cerita itu akan menghiasi *wall-wall
> Fb.*
>
> Nada yang diluahkan nada kesal dan marah, geram dan hairan. Hanya mereka
> yang membenci Kelantan dan suka melihat rakyat Kelantan terus bergelut
> dengan ketidakadilan saja, melihat segala itu dengan senyum sinis dan di
> dalam hati berkata, padan muka, padan muka.*
> *
>
>
> <http://1.bp.blogspot.com/-_gqurQjiaa8/UI4MN-JAvzI/AAAAAAAAOrQ/BcbI5QGcQTM/s1600/20121025_182125.jpg>
> *Sebahagian kereta yang berpatah balik dari Padang Tengku ke Lipis.*Iya
> saya juga tidak terkecuali akan membuat sedikit catatan berhubung masalah
> sama. Semalam lagi saya nak bercerita tetapi kerana keletihan yang pelik,
> campur dengan selesema saya tangguhkan hingga pagi ini. Kesian blog saya
> tidak ada pengeposan baru sejak 25 Oktober lepas! Maaflah kepada para
> penjengok semua kerana mengecewakan anda.
>
> Cerita kesesakan jalan raya dan masa diambil berbelas-belas jam untuk
> sampai ke kampung halaman di musim perayaan sudah menjadi cerita tradisi.
> Setiap kali raya kejadian ini sudah tidak dapat dielakkan. Bezanya sama ada
> jam itu 'gila' atau jam 'tolol' saja, jam tetap jam. Jam gila bermakna jam
> luar biasa, jam tolol adalah jam biasa. Rasanya semua sudah tahu kenapa
> sebab musababnya berlaku demikian.
>
> Sebenarnya kesesakan semasa raya bukan saja berlaku di Kelantan, tetapi ia
> berlaku juga di negeri-negeri lain. Bila banyak kereta masuk - pulang ke
> kampung, maka berlakulah kesesakan jalan raya. Dua faktor utama, kenapa
> berlaku demikian, pertama jalan-jalan di kampung sempit, kedua kerana tiada
> pengawal lalu lintas. Tambah pula dengan adanya seeekor dua pemandu yang
> mabuk todi dan telan pil kuda belang. Selalu kemalangan dalam suasana
> begini berlaku disebabkan ada dua jenis pemandu ini.
>
> Faktor pertama, jalan sempit bagaimana pun merupakan masalah utama.
> Apabila dirujuk kepada masalah berlaku di Kelantan, dan memang Kelantan
> mengalami masalah ini sudah sampai ke tahap kritikal, ialah kerana tidak
> ada lebuh raya, ataupun rata-rata jalan di Kelantan masih bersaiz lama,
> baik sedikit semasa zaman Jepun. Jarang jalan ada empat lorong, kebanyakan
> hanya dua lorong sahaja.
>
> Sebelum saya menyebut Kelantan, apa juga yang perlu difahamkan kesesakan
> yang dialami rakyat Kelantan untuk pulang ke ngeri mereka bukan seratus
> peratus disebabkan jalan raya di negeri itu. Tetapi ia bermula di negeri
> Pahang lagi. Jalan menghubungkan Kelantan melalui Pahang, Raub, Kuala Lipis
> dan Merampuh sebenarnya menyumbangkan kesesakan kepada pengguna di
> Kelantan. Adalah tidak benar kalau bersoal jawab mengenai kesesakan jalan
> raya di musim raya, disalahkan kepada jalan sempit di Kelantan. Rasanya
> tanggapan begitu lebih kepada elemen politik?
>
> Jalan dari Raub hingga ke Kuala Lipis elok dan lebar tetapi mulai di
> Padang Tengku ke Merapuh untuk masuk ke Gua Musang jalan sempit dan kurang
> sempurna. Jalan inilah yang menyumbangkan kesesakan apabila pergerakan yang
> lancar dari Raub hingga Lipis tiba-tiba 'bersumbat' di Padang Tengku.
> Aliran trafik akan menjadi perlahan lagi apabila sampai di Kecau hinggalah
> ke Bukit Tujuh.
>
> Di sinilah kalau berlaku sedikit saja kemalangan dan sebelah jalan
> ditutup, maka akan berlaku kesumbatan dan jam gila. Ertinya kalau mahu
> melancarkan pergerakan ke Kelantan jalan-jalan ini dulu, bermula dari
> Padang Tengku sampai ke Merapuh hendak diperbesarkan. Jalan di sepanjang
> naik turun Bukit Tujuh sudah pasti kena disempurnakan lengkap dengan
> jaminan keselamatan. Statistik maut yang berlaku di sini sudah sampai
> masanya untuk diambil tindakan bukan dijadikan maklumat semata-mata.
>
> Kini sebahagian jalan-jalan itu iaini di sebelah depan Bukit Tujuh (dari
> Kuala Lumpur) sedang dalam pembinaan. Apabila jalan itu siap kesesakan akan
> berkurangan, bagaimana pun kesesakan tetap juga akan berlaku selagi jalan
> dari Padang Tungku ke Bukit Tujuh tidak dibina.
>
> Sementara di Kelantan, jalan dari Gua Musang ke Kuala Krai tidak ada
> masalah. Walaupun jalan itu bukan bertaraf lebuh raya tetapi keadaan
> jalannya yang lurus boleh mengalirkan trafik dengan baik. Kesumbatan hanya
> bermula di Kuala Krai untuk menuju ke Kota Bharu. Kesesakan juga boleh
> dielak sekiranya ada arahan kepada pengguna supaya mengambil jalan
> alternatif misalnya dari Gua Musang menerusi Jeribung untuk ke Jeli bagi
> mereka yang ingin pulang ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan
> Tumpat.
>
> Begitu pun permasalahan ini sudah pun dikenali pasti oleh JKR dan pihak
> berkuasa kerajaan baik tempatan dan negeri. Mereka lebih arif dan pakar.
> Jadi saya tidak perlu menghuraikan berhubung perkara itu. Tidak ada guna
> mengajak itik yang sudah pandai berenang.
>
> Apa yang hendak disebut ialah mengenai keperluan Lebuh Raya Kuala Krai ke
> Kota Bharu. Sepatutnya sudah lama lebuh raya menghubungkan dua bandar ini
> wujud. Bukan hari ini tetapi sejak tahun 70-an lagi. Tetapi malang kerana
> sikap dan sifat orang politik di Kelantan yang kurang bijak dan terlebih
> emosi menyebabkan lebuh raya berkenaan tidak wujud sampai ke hari ini.
> Kalau ada lebuh raya di sini kesesakan teruk di sepajang jalan Kuala Krai -
> Kota Bharu tidak akan berlaku.
>
> Bila menyebut ini saya hairan, mungkin orang lain juga hairan kenapa tidak
> bina lebuh raya berkenaan. Sekali lagi saya tidak mahu bercakap soal ini.
> Bagi saya ketiadaan lebuh raya ini bukan kerana apa melainkan kerana
> 'dedel'nya orang politik Kelantan baik Umno maupun Pas. Menghairankan saya
> mereka tidak boleh bersatu demi untuk kebaikan rakyat Kelantan. Mereka
> sanggup 'bercekah belah' untuk mendapat kuasa masing-masing. Keadaan ini
> ditambah juga oleh anak-anak Kelantan yang memegang jawatan tinggi dalam
> kerajaan.
>
> Mereka semua bijak, pandai dan hebat tetapi sayang mereka - pegawai
> kerajaan asal Kelantan yang ada disemua jabatan, kementerian dan agensi
> kerajaan tidak mampu mempengaruhi keputusan kerajaan (politik). Mereka,
> pegawai tinggi kerajaan Kelantan tidak ada sifat penakluk. Seharusnya
> dengan kedudukan mereka, mereka boleh mempengaruhi keputusan kerajaan untuk
> membawa sesuatu kepada negeri mereka, membantu adik kakak mereka, seperti
> lebih raya berkenaan.
>
> Maksud mempengaruhi kerajaan ini bukan saja kerajaan Federal, kerajaan
> Kelantan juga. Mereka boleh memainkan peranan untuk memujuk atau memberi
> pandangan agar kerajaan Kelantan berbaik dengan kerajaan Federal demi
> rakyat.
>
> Kalau selama ini kita bangga anak Kelantan ramai yang memegang jawatan
> tinggi di Federal, tetapi dengan apa yang berlaku kita tidak perlu merasa
> apa-apa keuntungan dengan kehadiran mereka. Mereka hanyalah enau dalam
> belukar saja. Mereka hanya menyenangkan diri mereka sendiri tetapi lupa
> untuk berbakti kepada negeri sendiri. Sikap pegawai tinggi seperti ini
> bolehlah dianggap sebagai si Tengang yang tidak membawa apa-apa kelabaan
> kepada negeri sendiri.
>
> Ada yang baru menerjunkan diri dalam politik dan berjanji untuk membela
> rakyat selepas pencen. Selepas tidak memegang apa-apa kuasa. Sebenarnya
> orang pencen yang ingin memberi sumbangan kepada rakyat menerusi jawatan
> politik adalah orang pondan.
>
> Saya tidak mahu memanjang soal lebuh raya dan sikap orang Kelantan yang
> cerdik tetapi tidak boleh ditumpangi atau pondan itu. Soal lebuh raya Kuala
> Krai - Kota Bharu sudah muak untuk diperkatakan. Umno sendiri sudah pun
> merancang untuk membinanya, tetapi ditarik balik. Siapa menarik balik,
> sekali lagi orang politik Kelantan tidak bersifat penakluk dan bijak
> merubah keputusan pimpinan pusat. Kalau saya jadi mereka saya telah
> meletakkan jawatan secara terhormat.
>
> Hari ini kerajaan Kelantan mencang untuk membina lebuh raya berkenaan. Apa
> yang hendak dilakukan kerajaan Kelantan, hanya boleh didengar dan
> menyeronokkan diri saja, ia tidak mungkin menjadi kenyataan dalam masa
> terdekat. Saya berani memberi jaminan kalau pembinaan itu mengharapkan
> kepada wang kerajaan atau pulangan royalti petroleum ia tidak akan menjadi
> kenyataan. LRRK itu hanya bagaikan mimpi di siang hari saja. Selagi
> kerajaan Federal tidak tumbang wang minyak tidak akan mengalir ke Kelantan.
> Tambah rewel lagi khabarnya bukan semua orang dalam Pas menyokong projek
> lebuh raya rakyat itu? Exco Kelantan juga berbelah bagi dengan projek
> raksasa berkenaan?
>
> Atas apa yang berlaku baik di kalangan Umno dan juga Pas termasuk juga
> penjawat awam asal Kelantan dalam soal lebih raya itu, marilah kita
> katakan CIS.
>
> *Keperitan dalam kesesakan*
>
> Apa yang sebenar saya ingin berkongsi cerita disini ialah mengenai
> kesesakan jalan raya yang memerangkapkan ribuan orang di Jalan Sungai
> Koyan, Bukit Bentung dan Cegal Perah. Saya kebetulan ikut sama terperangkap
> dalam kejadian yang tidak patut berlaku ini. Kejadian ini sesuatu yang
> menyeksakan dan patut diambil iktibar oleh semua pihak khasnya pasukan
> keselamatan dan penyelamat terutamanya polis demi mengelakkan kecelakaan di
> masa akan datang.
>
> Mungkin kejadian itu tidak meninggalkan apa-apa kesan memilukan. Dan ia
> akan dilupakan begitu saja. Kerana betapa lima jam berada di tengah hutan
> cerang itu di tengah malam buta tetapi yang nyata semuanya sampai ke rumah
> dengan selamat walaupun lewat berberapa jam. Sudah menjadi kebiasaan
> manusia apabila mereka lepas dari keadaan susah, dapat berjumpa sanak
> saudara duduk makan sehidangan mereka tidak ingat lagi akan keperitan masa
> lalu. Kecelakaan dan kesusahan dalam hidup kita umpama jerat dengan
> pelanduk.
>
> Bagaimana pun pihak polis tidak seharus memandang enteng perkara ini.
> Polis kena ambil perhatian dan dijadikan iktibar penting buat mereka dalam
> mencemerlangkan perkhidmatan mereka. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya
> keadaan itu mendatangkan kecelakaan? Saya membayangkan ini bukan saja-saja
> untuk menyalahkan polis. Sebagai orang yang berada sendiri di kawasan itu
> dapat merasakan atau membayangkan kemungkinan itu.
>
> Apa yang orang di luar tidak tahu bagaimana susana dalam kesesakan itu dan
> kenapa kesesakan di hutan cerang itu berlaku. Kesesakan berlaku apabila
> kenderaan sukar melalui jalan berliku-liku sebaik meninggalkan Bukit
> Bentung. Jalan sempit hanya memuatkan sebuah kenderaan sahaja. Nasib baik
> tidak berlalu perselisihan, cuma dua kali saja. Kiri kanan jalan curam
> dengan gaung. Jalan walaupun ditar tetapi lebih 60% sudah terkopek dan
> berlubang. Kereta rendah akan tersangkut dan terdorong.
>
> Sampai di pertengah jalan, berlaku kesesakan menyebabkan kereta berbaris
> panjang. Dianggarkan lebih 500 buah kereta tersangkut. Ini berlaku kerana
> ratusan kereta dihadapan terpaksa berinsut-insut perlahan untuk menaiki
> bukit yang tinggi berselut disebabkan hujan pada petang tadi. Mana-mana
> kereta yang rendah ada yang terperosok ke dalam selut dan terpaksa ditolak
> beramai-ramai.
>
> Kereta besar yang tidak berdaya mendaki bukit pula akan dibantu dengan *jentera
> penarik * ditarik satu-satu. Bunyi deruman enjin *jentera penarik *menakutkan
> saya, membayangkan bagaimana kereta saya akan ditarik macam menarik bangkai
> gajah. Saya membayangkan macam mana kalau ada yang 'terbolah' dalam
> mengenderaikan kenderaan tentu akan terbolong ke dalam gaung.
>
> Mungkin jauh daripada perasaan orang lain saya membayangkan macam mana
> akan berlaku kalau tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Saya membayangkan
> pasti akan berlaku banjir kilat. Sebatang anak sungai yang dilalui di atas
> jambatan kayu kira-kira 2 km dari belakang tadi, airnya sudah hampir
> melimpah ke tebing. Gayat hati semasa melintas jambatan kayu yang sudah
> uzur 'muzur' itu. Mungkin kalau hujan lebat turun tak henti-henti selama
> dua jam akan berlaku banjir.
>
> Inilah yang menggeritkan menyebabkan jiwa saya panas dan marah. Kalau
> berlaku bencana itu saya tidak dapat hendak bayangkan bagaimana nasib
> ribuan nyawa atas kereta yang terperangkap itu. Bukan sayangkan kereta akan
> tenggealm tetapi manusia, penumpang. Rata-rata dalam ribuan kereta
> terperangkap itu terdiri dari kanak-kanak dan orang tua. Salah seorang yang
> berada dalam kereta yang teperangkap kesesakan gila itu ialah cucunda saya,
> Muhamamd Khalid Ummar 10 bulan.
>
> Kalau berlaku banjir ke mana hendak menyelamatkan diri. Bongok mana nak
> rukas. Kiri kanan saya nampak ada parit atau paya besar. Tentu keadaan
> menjadi kelam kabut dalam suasana gelap pekat begitu. Bayangan inilah
> menyebabkan saya naik angin dan merasakan polis cuai dan malas dalam
> menjalankan tugasnya.
>
> Di awal sebelum hendak melencong ke Sungai Koyan lagi sebaik melihat
> kereta berjujutan menghala ke Padang Tengku saya sudah menghubungi polis
> untuk mengetahui apa yang berlaku dan menentukan apakah jalan Sungai Koyan
> untuk keluar ke Cegal Perah selamat. Malangnya anggota polis yang menjawab
> pihaknya tidak menerima apa-apa maklumat mengenai kesesakan jalan dan tidak
> pasti apa yang berlaku. Jawaban itu sungguh mengharainkan saya.
>
> Kerana mempercayai maklumat tidak sahih dari orang ramai menyebabkan saya
> ikut melencong ke Sungai Koyan, Bukit Bentung dan keluar di Cegal Perah.
> Semasa kira-kira lima jam terperangkap dalam hutan cerang Felda Cegal Perah
> itu, saya menghubungi balai polis Kuala Lipis sekali lagi, jam 9:50 malam.
> Jawaban diterima sama dengan panggilan jam 6:00 petang tadi. Saya bertanya
> kepada anggota itu apakah pihak polis tahu apa yang berlaku di hutan Cegal
> Perah sekarang ini, dimana ribuan kereta terperangkap dalam kesesakan?
> Jawabannya belum terima apa-apa aduan.
>
> Saya mencadangkan kepada anggota itu supaya membuat kawalan di jalan masuk
> simpang Sungai Koyan. Minta diarahkan kereta berpaling balik ke Raub atau
> Kuala Lumpur. Cadangan itu dibuat atas kepercayaan bahawa Bukit Tujuh tidak
> dapat dilalui. Saya juga meminta agar polis menghantar anggota trafik untuk
> meninjau keadaan keselamatan jalan di Cegal Perah yang melalui bukit tinggi
> berselut dan licin. Saya minta sangat-sangat kerana bimbang dengan situasi
> pada masa itu. Ketika itu sudah kedengaran anak-anak kecil menangis
> kerimasan di depan dan di belakang.
>
> Sampai akhir saya tidak nampak kelibat wajah polis mengawal kesesakan itu
> atau meninjau keadaan. Inilah mengecewakan saya. Cuma semasa menghampir
> bukit licin baru saya nampak ada anggota berpakian baju celoreng merah,
> saya tidak pasti dari jabatan mana sedang mengawal lalu lintas membuat
> lampaian tangan mengarahkan pemandu masing-masing memandau dengan cermat
> dan hati-hati agak tidak tercongik ke dalam gaung.
>
> Kira-kira jam 12:40 tengah malam apabila saya bersama isteri serta
> anak-anak dan cucu dan seorang sahabat dan ribuan yang lain keluar dari
> hutan cerang itu untuk menaiki ke jalan asal menuju ke Gua Musang baru hati
> tertasa lega dan nyawa dapat ditarik dengan tenang. Namun... tatakala
> melihat jujutan kereta yang baru turun dari Bukit Tujuh dan bertembung
> dengan kampi di simpang jalan, hati yang panas kepada polis membara semula.
>
> Rupa-rupa jalan di Bukit Tujuh yang diremuors dengan berbagai dongengan,
> jambatan runtuh, tanah runtuh dan sebagainya....kemudian ditutup tidak
> benar belaka. Saya merasalkan diri macam Pak Pandir saja kerana berjalan
> tanpa ada maklumat lengkap.
>
> Yang *bagharal* di dalam hal ini adalah polis, polis Kuala Lipis kerana
> tidak membekalkan maklumat yang sempurna untuk pengguna jalan raya. Saya
> mohonkan agar Balai Polis Lipis khasnya unit trafik dapat membuat
> penjelasan bagi menyejutkan perasaan marah. Bertanggungjawablah! *[wm.kl.12:15
> t/hari 29/10/12]*
>
>
>
>
Attachments with this message:
1 of 1 Photo(s)
1 of 1 File(s)

Mon Oct 29, 2012 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

4 NEGERI PAKATAN HARAMKAN KAMERA AES - SYABAS PAKATAN!
asalkanbukanumno.blogspot.
ABU admin

INI CONTOH KAMERA AES YANG TERBAIK

KOMENTAR TUKAR TIUB
inilaha bukti kerajaan pakatan

kameras AES yang baik
adalah kamera AES yang menyembah bumi

pastikan kamera ini menyembah bumi
kerana tujuan kamera ini ialah
untuk merompak harta rakyat

INI CONTOH BELUM BERAPA BAIK


PAKATAN MAHU TANGGUH LULUS KAMERA AES DI NEGARANYA

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Kesemua empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.

AES INI TUJUAN KAYAKAN KRONI

"Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat," katanya.

Kamera AES kini dalam proses percubaan, dipasang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 14 buah kamera dipasang di jalan raya.

Lim berkata, kelulusan dari pihak kerajaan negeri diperlukan untuk projek yang melibatkan kerajaan persekutuan untuk membincangkan isu tanah.

Pihak berkuasa tempatan akan menangguhkan kelulusan untuk pemasangan kamera AES hingga mereka mendapat lebih banyak maklumat tentang penggunaan kamera tersebut,
kata Lim.

DI SERDANG MAJLIS TEMPATAN WAJIB BUKA

"Buat masa sekarang, kita akan tangguhkan dahulu untuk perbincangan."

Beliau berkata, kerajaan negeri mahukan pandangan dari orang ramai terhadap kamera tersebut.

"Kita bukan nak galakkan mereka sesuka hati membuat kesalahan tetapi biarlah secara betul," kata beliau lagi.

Pelaksanaan AES Di Empat Negeri PR Ditangguhkan
intanhijau2.blogspot.

(mstaronline)

Lim Guan Eng: Pelaksanaan "AE" Di Empat Negeri Di Perintah Pakatan Rakyat Akan Di Tangguhkan !
pahangdaily

KUALA LUMPUR, 29 Okt - Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan ditangguhkan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto) berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperolehi. "Kita memang tidak setuju dengan pelaksanaan AES. Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara. Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan tersebut diambil bagi memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa. "Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," katanya. Beliau turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkan tindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama kementerian itu mengenai maklum balas pelaksanaan AES. Guan Eng berkata setakat ini kerajaan negeri Kedah dan Kelantan sudah pun memaklumkan keputusan menangguhkan pelaksanaan AES dan Selangor dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat. "Kita mahu tangguhkan dulu, sehingga kajian mendalam dijalankan. "Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya. Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had laju. "Ada kawasan had lajunya 60 kilometer sejam. Kita mahu tahu adakah had laju ini praktikal pada masa sekarang. "Ia perlu disemak semula. Kalau tidak lebih baik jangan pakai kereta, tolak kereta lebih baik," katanya.

[Kerajaan yang memikirkan kebajikan dan masalah rakyat pasti akan menangguhkan projek yang jelas bersikap "mendera" seperti AES ini. Kontrak diberikan kepada syarikat yang sudah pasti akan mencari keuntungan berdasarkan komisyen yang bakal diperolehi mereka. Apakah ini bermakna pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal melaksanakan tanggungjawab mereka, lantaran itu memberi kontrak kepada dua syarikat berkenaan yang jelas sekali akan meraih keuntungan lumayan atas projek ini sebenarnya. Perlaksanaan yang dibuat secara tergesa-gesa ini sudah pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat dan ia mempercepatkan lagi kejatuhan regim UMNO Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang ini pastinya. Lakukan perubahan sekarang!].

Demi rakyat, 4 negeri PR sepakat menangguhkan pemasangan kamera AES
ustazcyber.com
Dicatat oleh ustazcyber

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Kesemua empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.
"Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat," katanya.
Kamera AES kini dalam proses percubaan, dipasang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 14 buah kamera dipasang di jalan raya.

Mon Oct 29, 2012 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Kereta Terbakar Ketika Isi NGV
Posted by greenboc

Batu caves - Sepasang suami isteri dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila kereta jenis Iswara yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian jam 8 malam kelmarin.

Mangsa, R Tehinagaran berkata, kejadian berlaku sewaktu dia berhenti di sebuah stesen minyak di sini untuk mengisi gas NGV.

Katanya, dia yang dalam perjalanan dari Bandar Country Homes ke rumah mentua di Pahang menyedari saluran gas itu bocor dan memaklumkan kepada pekerja stesen minyak.

"Pekerja cuba menutup saluran utama itu namun gagal menyebabkan hos mengeluarkan api dan menyambar terus kepada enjin kereta.

"Saya dan isteri berada di luar kenderaan manakala anak (T Priyadharyshyini) berada dalam kereta bertindak melompat keluar menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui ketika kejadian.

Insiden menyebabkan Tehinagaran mengalami kecederaan kecil apabila tangan dan kepalanya melecur manakala anak dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kejadian menyebabkan anak saya trauma kerana masih terkejut dengan insiden yang berlaku.

"Dianggarkan lebih RM10,000 kerugian dialami apabila dua telefon bimbit, GPS dan alat permainan DVD hangus dalam kebakaran," katanya.

Sejurus kejadian, dua jentera bomba dari Gombak Selatan dan Selayang tiba di tempat kejadian.

Anggota bomba dengan kekuatan seramai 11 orang mengambil masa lima minit untuk memadamkan kebakaran.

Ketua operasi, Nasir Zulkifli berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kebocoran saluran gas.

comments:

Anonymous said...
bocor ni bahaya tau
We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: