Sunday, October 14, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3385

1 New Message

Digest #3385
1a
Re: Masalah saman by "bashah" bwasi

Message

Sun Oct 14, 2012 6:37 am (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Azahar,

kes ni dah lama dan komplikated. Tapi jgn risau sebab u boleh mengadu kepada Biro Pengaduan Awam . Ni website nyer.. kalau hang dah try semuanya dg JPJ tapi tak settle, hang try BPA

http://www.pcb.gov.my/

u telefon dulu BPA ni, tanya prosedur...dia ada aduan online dan surat biasa. ..hang cerita dari A to Z dengan BUKTI COPIES pada BPA...Aku preffer surat biasa pasal depa akan jawab surat hard copy ...hard copy ni powerful utk tunjuk yg kita memang serius nak makan orang.... contoh..Hang sua surat BPA ni pada JPJ bagi depa pikir 2x sebelum perleceh kes ni mcm depa dah buat ni (copylah..jgn bagi original....).. 

Ikut xp aku BPA is one of the best gov dept..

dah dapat respon BPA semua - kalau ok good..settled kat sini.

tapi kalau tak puas hati lagi hang hantar surat baru pada BPA serta copies surat2 pada  PEMANDU http://www.pemandu.gov.my/about.aspx  dan cc pada JPJ, POLIS dan KEM. PENGANGKUTAN serta semua yg berkaitan ..katakan hang ni dah 'lost confidence in the system" . Kalau lain tak jawab BPA akan jawab...fail tutup boleh bukak

basis semua ni ialah 'BERANI KERANA BENAR'...so nak prove kat depa semua ni yg hang ni BERANI...dan benar...

Semua surat menyurat kena ada copies, no2 rujukan mesti ada.. termasuk surat sendiri...good luck dan buat sebelum pilihanraya ;)

 

________________________________
From: Azahar <regniz67@yahoo.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Saturday, October 13, 2012 9:35 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Masalah saman


 
Salam,
Minta pandangan ahli group.
pernah hilang motosikal tahun 2002, buat laporan polis di USJ, tuntutan insuran pun dah terima.
Tiba-tiba 2-3 tahun (tak berapa ingat) selepas tu, dapat surat kena hadir di JPJ  Sg.Rasah sebab motosikal lari daripada sekatan JPJ di Felda Ulu Selangor. JPJ tak dapat tahan orang yang bawa, cari pemunya berdaftar...senangnya kerja depa...kita yang rugi masa mengadap depa...siap kena tunjuk laporan polis dan claim insuran...bila tanya kenapa dah buat report polis semua tetapi JPJ tak boleh trace motor tu kena curi...jawabnya Sistem Polis dengan JPJ tak link...siap dia photostate laporan polis dengan claim insuran tu dan buat laporan...so ingat dah settle...lega...rupa-rupanya tak abis lagi...cikai betul la sistem kat negara ni...yang buat kerja ramai yang makan gaji buta...yang buat undang-undang dok nak menindasje...
bengang sangat sebab baru-baru ni check saman online ada pulak satu saman 300 atas nombor motor yang dah kena curi tu...kes nya gagal melaporkan kemalangan dalam tempoh 24 jam, daerah subang jaya pulak...
beberapa persoalannya..
1-bila laporan polis dibuat atas kehilangan atau kemalangan kenderaan, adakah mereka masukan kes kedalam sistem dan membuat siasatan atau sekadar mengeluarkan laporan untuk tuntutan insuran sahaja.
2-rekod hakmilik diJPJ masih belum dibatalkan walaupun telah dibuktikan kes kecurian dan tuntutan insuran...pihak JPJ tidak pernah menghubungi selepas itu...so ingatkan hakmilik telah terbatal secara automatik...lagipun logiknya sekiranya pihak insuran telah membayar tuntutan, sekiranya kenderaan curi ditemui semula, ia bukan lagi hakmilik pemunya tetapi pihak insuran.
3-bagaimana si pencuri laknat itu boleh dengan beraninya mengunakan kenderaan tesebut tanpa menukar nombor plat..adakah sebab dia tau polis tak akan cari...sebab bukan kenderaan mewah milik orang kenamaan...atau nombor pendaftaran tersebut telah digunakan oleh sendikit pada kenderaan lain berdasarkan maklumat yang telah diserahkan kepada JPJ
4-apakah dalam kecanggihan teknologi masakini belum dibangunkan lagi satu sistem antara semua agensi penguatkuasa bagi melindungi hak orang awam...kalau sistem mengeluarkan saman ada link pulak...AES dengar sungguh canggih mengeluarkan saman...boleh ke AES membantu mencari kenderaan yang hilanng juga..

anyway mintak pandangan...apa nak buat...risau kena blacklist..tak boleh renew lesen..

 

GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: