Wednesday, August 10, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4564[2 Attachments]

11 Messages

Digest #4564
3
5
Fw: Apabila Azmin Mengejek Noh Omar by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
8
Fw: Cara Unik Buat Telur Rebus by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Aug 9, 2016 4:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



5,000 Pelabur KWSP Tukar Konsep Syariah Dalam Setengah Jam

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh tidak sampai setengah jam, sebanyak 5,000 pelabur Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seluruh negara mendaftar untuk pelaburan simpanan syariah berbanding konvensional.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, pendaftaran yang bermula 7.45 pagi itu menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelabur-pelabur sendiri.

Katanya, penukaran konsep pelaburan itu bagaimanapun merupakan pilihan pelabur dan dana yang diperuntukkan hanya RM100 bilion untuk sepanjang tahun hadapan.

"Jika konsep pelaburan ini menggalakkan, kita akan memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM20 bilion sehingga RM30 bilion pada tahun-tahun seterusnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri proses pendaftaran pertama konsep pelaburan syariah KWSP di ibu pejabat bangunan KWSP, Jalan Raja Laut di sini hari ini.

BAGAIMANA NAK TUKAR KE SIMPANAN KWSP PATUH SYARIAH | CARA DAN KAEDAH
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

BAGAIMANA NAK TUKAR KE SIMPANAN KWSP PATUH SYARIAH

1. Pendaftaran bermula Isnin 8/8/16 8:15am kat semua pejabat/cawangan KWSP.

2. Hanya kena bawak IC. Lain dokumen tidak diperlukan.

3. Tuan badan kena hadir sendiri, pasal ada akad dan turun cap jari.

4. Proses pengeluaran Simpanan Shariah still sama macam Simpanan Konvensional dulu.

5. Walaupun sudah daftar mulai 8/8/16, tarikh kuatkuasa Simpanan Shariah hanya akan bermula pada 1/1/17 (tahun depan).

6. Hanya RM100 billion dana diperuntukkan untuk Simpanan Shariah tahun 2017. Pasal tu kena cepat daftar. Kalau dah habis kuota RM100 billion nie, kena tunggu peruntukkan dana untuk tahun 2018 pulak.

7. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (18 Ogos 2015) dan Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah.

Maknanya, 100% duit KWSP yang ada sekarang dalam akaun kita, boleh dipindahkan terus ke Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, kalau masih ada yang nak buat "penyucian" dividen, boleh ikut garis panduan penyucian dividen yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS), insya-Allah pada WorkWeek 32.

Untuk maklumat lanjut, boleh gi http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Thursday, August 04, 2016 11:13 PM
Subject: Fw: KWSP Simpanan Patuh Shariah Bermula 8/8/2016

Segera Berubah Ke KWSP Simpanan Patuh Shariah Bermula 8/8/2016

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Alhamdulillah, hasil desakan & kesedaran orang ramai sehingga membawa kepada survey rasmi oleh KWSP, keputusannya lebih 71 % inginkan simpanan KWSP Patuh Shariah, hasilnya, BERMULA 8 Ogos 2016, semua pencarum KWSP boleh mula beralih ke KWSP Simpanan Shariah.

Saya sendiri akan berada di KWSP Ibu Pejabat di jalan Raja Laut pada awal pagi tarikh 8 Ogos nanti. Insha Allah

Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan ShariahSimpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah. Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS). Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

Untuk tujuan tersebut, kalian perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli.

Dari sudut hukum Syariah, adalah WAJIB bagi pencarum beragama Islam untuk mengubah carumannya kepada kontrak wakalah simpanan Shariah. Had awal yang ditawarkan kepada pencarum adalah RM 100 bilion sahaja, justeru SEGERA bertindak sebelum kehabisan tempat dan terpaksa menunggu lebih lama.

Untuk malumat lanjut sila buka link http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/index.html

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: matuse68
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 9, 2016 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dituduh Terima RM90 Juta Dari Najib, PAS Nak Saman Sarawak Report
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

PAS hari ini mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report kerana mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS menegaskan berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat, selain agenda untuk terus mengaitkannya dengan Umno.

"Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM9O juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan Umno.

"Apapun, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS," katanya pada kenyataan media.

Tambahnya, tindakan laman web itu menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

Sabtu lalu, Sarawak Report menerbitkan artikel yang mendakwa Najib merayu PAS agar menjauhi gabungan pembangkang dengan sebanyak RM90 juta dialirkan kepada pemimpin tertinggi parti itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Sarawak Report yang berpengkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcasatle-Brown, yang didakwa Najib adalah sebahagian daripada konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.

Laman web ini telah memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan salah guna 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.

Najib menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan namanya dibersihkan daripada sebarang salah laku oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Bagaimanapun, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini memulakan tindakan undang-undang untuk merampas aset yang didakwa telah diperolehi dengan dana yang disalahgunakan daripada 1MDB lapor Malaysiakini

KAMI SOKONG PAS SAMAN SARAWAK REPORT
bloglist-malaysia.blogspot
mutaligat.blogspot.
Posted by Penjana Melaka

Kami admin Blog Mutaligat menyokong penuh PAS untuk menyaman Sarawak Report yang menyiarkan berita pimpinan PAS menerima RM90 kita dari Najib.

Biar mahkamah bicarakan kes ini. Lain kali kalau tiada bukti jangan suka-suka siarkan berita sebegini.

Biar mahkamah tentukan betulkah ada yg terima RM90 juta .......

Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan menyaman Sarawak Report di mahkamah berikutan berita Sarawak Report yang menyatakan bahawa pimpinan PAS mendapat RM90juta dari Najib.

Kami memetik laporan Harakahdaily yang menyiarkan kenyataan Tuan Ibrahim bahawa, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.

PAS ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat.

Tindakan memfitnah PAS ini menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

Selaras dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Sesungguhnya fitnah itu sedang tidur, Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya";, saya menggesa agar orang ramai agar menjauhi fitnah dan elak menyebarkan sebarang berita yang berbentuk fitnah, terutamanya laporan Sarawak Report terbaru ini.

Apa bukti Najib bagi PAS RM90juta sampai penyokong Amanah nampak macam seronok sangat?
bloglist-malaysia.blogspot
cenangau.blogspot

Khabar angin tak kira kita yang dengar atau Sarawak Report yang dengar atau siapa pun yang dengar tetap berstatus khabar angin yang mungkin palsu melainkan disertakan dengan bukti.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Dakwaan RM90 juta PAS kecurigaan meluas, kata S'wak Report" melaporkan:

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas".

Ini selepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man awal hari ini menyangkal dakwaan itu yang disiarkan dalam sebuah ulasan dalam Sarawak Report Sabtu lepas. - Mkini.
Aku tak berapa nak boleh terima pasai apa di timeline facebook aku terutamanya ramai sangat yang nampak seronok sangat kutuk PAS gunakan tulisan Sarawak Report tu. Cara kebanyakkan depa tulis tu macam memang dah soheh PAS dah terima RM90juta tu dari Najib.

Padahal Malaysiakini pun sangat jelas tulis "kecurigaan yang meluas" yang tunjukkan benda ni tak lebih sekadar masih pada tahap sangkaan saja baru.

Berita tu juga melaporkan:

Bagaimanapun, Brown berkata, dia melaporkan kecurigaan seperti terkandung dalam laman web itu dan menegaskan dakwaan itu memang telah meluas.

"PAS tidak patut menyalahtafsirkan saya, walaupun mereka bukan ahli-ahli politik pertama yang mengecam perkara-perkara yang sebenarnya tidak seperti diperkatakan.

"Saya boleh memberi keterangan bahawa tanggapan itu memang meluas, sejak beberapa rakyat Malaysia bertalian rapat dengan orang ternama telah memerhatikan perkara ini kepada saya.

"Mengapa PAS bayangkan sebaliknya?

"Ia adalah apabila PAS tiba-tiba mesra kepada sebuah parti seperti Umno yang diketuai presiden 'King Of Cash' seperti ramai dalam PAS memberikan amaran.

"Najib dikenali dunia kerana korup dan telah membuat pembayaran jumlah yang besar kepada sekutu utama yang berbeza politik dengannya.

"Jadi sesiapa yang tiba-tiba menjadi rapat mesti menerima syak wasangka menyusul akan timbul," dia memberitahu Malaysiakini ketika dihubungi. - Ibid.
Maknanya tuduhan Sarawak Report tu cuma berstatus sangkaan saja atas asas khabar angin yang katanya dah tersebar luas.

Khabar angin tak kira kita yang dengar atau Sarawak Report yang dengar atau siapa pun yang dengar tetap berstatus khabar angin yang mungkin palsu melainkan disertakan dengan bukti.

Sarawak Report juga gunakan hujjah atas andaian Najib yang digelar sebagai 'King Of Cash' memang selalu gunakan duit untuk 'beli' sokongan. Kalau pun betul Najib sanggup langsung takdak masalah untuk beli sokongan PAS dengan jumlah RM90juta tak semestinya bermaksud PAS mesti 'jual' sokongan tu.

Jadinya sebelum Sarawak Report dapat membuktikan dakwaan depa tu dengan bukti tuduhan tu mesti dianggap sebagai khabar angin yang kemungkinan besarnya salah. Tak payah la kut seronok sangat dah penuh yakin belasah PAS guna isu RM90juta tu.

Nasihat aku terutama sekali kepada ahli dan penyokong parti Amanah yang katanya juga parti Islam dengan selogan "Rahmatan Lil Alamin", kalau pun hangpa benci sangat dengan PAS janganlah sampai hangpa pulak berlaku zalim kepada PAS macam peringatan dari Allah dalam Surah Al Ma'idah ayat 008.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 9, 2016 8:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hari Dinanti-Nantikan Bertukar Tragedi, Majlis Perkahwinan Terpaksa Dibatalkan Gara-Gara Syarikat Katering Tidak Muncul
siakapkeli.my

Setiap pasangan sudah pasti akan ternanti-nanti hari mereka akan disatukan iaitu hari akad nikah dan majlis kenduri akan diadakan selepas itu, orang ramai akan dijemput untuk memeriahkan majlis terutamanya kenalan dan saudara mara jauh dan dekat.

Namun kami menerima satu inbox yang panjang dari seorang insan, terkelu admin membaca, hari ayng dinanti-nantikannya bertukar tragedi, majlis perkahwinannya terpaksa dibatalkan gara-gara pihak katering yang menyediakan makanan dan persiapan dewan perkahwinan tidak muncul tiba pada tarikh ditetapkan.

Menurut beliau, mereka telah menghilangkan diri tanpa berjaya dikesan, bagai jatuh ditimpa tangga, mahlis tidak jadi, wang lesap dilarikan pihak katering dan lebih memilukan maruah keluarga pengantin tercalar gara-gara sikap hina manusia seperti ini.

Jom kita baca luahan yang diterima kami ini.

Assalammualaikum Siakap Keli...mohon jasa baik sekiranya cerita saya ini dapat dikongsi kepada para pembaca Siakap Keli. Bukan tujuan untuk mendapatkan publisiti jauh sekali untuk mengaibkan sesiapa. Atas kebenaran daripada empunya diri serta rasa belas ihsan seorang kawan, saya mengharapkan cerita ini dapat diviralkan untuk menjadi pengajaran kepada semua supaya perkara sebegini tidak akan berlaku kepada orang lain yang sedang merancang untuk menempuh hari bahagia mereka.

Alkisahnya, hari ini tanggal 6/8/2016 sepatutnya merupakan hari yang paling gembira buat pasangan pengantin, Ain dah Nizam. Saya sebagai kawan Ain turut tidak terkecuali untuk dijemput hadir bagi menyambut hari bahagia mereka itu.

Namun, segalanya bertukar menjadi tanda tanya sebaik sahaja saya tiba di luar dewan yang sepatutnya menjadi lokasi majlis perkahwinan mereka pada hari ini.

Dewan yang seharusnya meriah dengan suasana majlis serta kehadiran ramai tetamu sebaliknya nampak suram dengan hanya beberapa buah kereta yang diparkir di luar dewan.

Apabila diteliti, ada beberapa keping kertas yang digantung di pagar dewan berserta tulisan 'HARAP MAAF...MAJLIS PERKAHWINAN AIN & NIZAM DIBATALKAN...'.

Niat ingin terus beredar segera dibatalkan kerana terlihat kelibat pasangan pengantin di perkarangan dewan dengan hanya memakai pakaian biasa sahaja. Beberapa orang lain turut berkumpul di perkarangan dewan tersebut dengan wajah yang sunggul.

Langkah kaki diatur juga memasuki perkarangan dewan tersebut. Kelihatan ibu pengantin perempuan sedang duduk lesu di atas kerusi sambil ditenangkan oleh beberapa wanita berusia yang lain.

''Apa yang berlaku??'' Terus sahaja saya bertanya kepada Ain tanya memberi sebarang mukadimah atau salam.

Ain memeluk saya dan berulang kali memohon maaf kerana tidak sempat untuk memberitahu saya tentang pembatalan majlis perkahwinan tersebut. Saya cuba menenangkan Ain yang tidak dapat menahan diri daripada menangis.

Menurut Ain, majlis tersebut dibatalkan kerana pihak catering tidak hadir seperti yang dijanjikan. Bukan itu sahaja, hampir keseluruhan majlis tersebut sepatutnya disediakan oleh pihak catering termasuklah pakej pelamin.

Lebih menyedihkan apabila pengurus catering itu juga gagal dihubungi dan langsung tidak dapat dikesan pada pagi sebelum majlis perkahwinan tersebut.

Sejumlah wang anggaran RM10k yang dilaburkan kepada pihak catering hilang begitu sahaja. Itu tidak termasuk kerugian-kerugian lain yang terpaksa ditanggung kerana majlis tersebut dibatalkan. Walhal sehari sebelum majlis perkahwinan, pengurus catering itu masih dapat dihubungi seperti tiada perkara buruk yang bakal terjadi.

Sudahlah tiada majlis perkahwinan, pihak pengantin dan keluarga juga terpaksa menebalkan muka dan menanggung malu apabila terpaksa menerangkan perkara sebenar kepada para tetamu yang tidak putus-putus datang dari jauh kerana tidak tahu mengenai berita pembatalan majlis di saat-saat akhir itu.

Susulan daripada peristiwa itu, pihak pengantin akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak catering tersebut termasuklah membuat laporan pihak polis serta menfailkan saman kerugian kepada pihak yang terlibat.

Mohon jasa baik pihak Siakap Keli sekiranya dapat menyiarkan perkongsian cerita saya di atas.. Terima kasih...

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 9, 2016 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dunia Gesa Google Letakkan Semula Palestin Dalam Google Map, 187,710 Sudah Tandatangan Petisyen Online
siakapkeli.my

9 Ogos - Orang ramai di seluruh dunia kini sedang menandatangani satu petisyen yang telah dilancarkan di Change.org untuk menggesa Google meletakkan kembali negara Palestin di dalam servis Google Mapnya setelah ia diganti dengan nama Israel.

Difahamkan, petisyen yang diberi tajuk "GOOGLE: Put Palestine On Your Maps!" itu sudah dilancarkan lima bulan yang lalu namun mula mendapat perhatian dunia apabila perkara itu menjadi viral di media sosial setelah seorang jurnalis Palestin memulakan kempen atas talian untuk menggesa Google meletakkan semula nama Palestin semula.

Setakat ini, seramai 187,710 orang telah menandatangani petisyen yang menyasarkan target sebanyak 200,000 orang.
Screenshot dari Change.org

Selain di Change.org, netizen seluruh dunia turut mengecam tindakan Google itu di laman Twitter dengan menggunakan hashtag #PalestineIsHere.

Malah, netizen juga turut mempersoalkan perkara itu di akaun rasmi Google di Twitter dan juga Facebook.

Ainara ‏@afraileromero
Dear @googlemaps, Palestine exists! #FreePalestine #PalestineIsHere #BoycottGoogle

Adakah anda tahu Palestin sudah tiada di dalam peta di dalam Google Maps?
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Adakah anda tahu Palestin sudah tiada di dalam peta di dalam Google Maps?

Negara Palestin telah digantikan dengan Israel oleh Google.

Di Facebook pula, sehingga kini banyak page yang berkaitan dengan perjuangan Palestin telah ditutup atas desakan Zionis Israel. [ws]

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 9, 2016 8:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Apabila Azmin Mengejek Noh Omar

bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

"Sudah terlambat untuk (Tan Sri) Noh Omar belajar nak tolong orang susah."

Begitu reaksi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap usaha kerajaan pusat mengambil alih Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, turut mengejek Noh yang baru dianugerah darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agung.

"Noh Omar, dia baru dapat Tan Sri, baru jadi menteri. Dia baru nak belajar bagaimana nak tolong orang susah. Sudah terlambat," sindirnya.

Noh, menteri kesejahteraan bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan awal bulan ini berkata kerajaan sedang berusaha mengambil alih PPR yang menghadapi masalah penyelenggaraan dan yang menjadi sarang dadah.

Exo perumahan Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad bagaimanapun berkata kerajaan negeri telah membelanjakan RM8 juta untuk membaiki rumah pangsa di KL dan pusat harus membayar balik jika mahu mengambil alih pengurusannya.

Noh bagaimanapun berkata jumlah itu terlalu kecil berbanding RM100 juta untuk membinanya dan RM20 juta lagi untuk membaiki PPR Lembah Subang 1 di Selangor pada 2009.

Undang-undang untuk mewujudkan perbadanan pengurusan perumahan awam dilapor telah diluluskan oleh kabinet dan rang udang-undang berkaitan akan dibentang selewat-lewatnya tahun depan.

Diminta mengulas isu itu, Azmin berkata kerajaan negeri telah memperkenalkan program Dana Selangor berjumlah RM20 juta bagi mempermudah pinjaman pihak yang tidak mendapat pinjaman bank.

"Ini bukan perkara baru untuk kerajaan negeri tapi terlalu baru untuk Noh Omar," kata Azmin dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Semenyih 2 di Sepang hari ini.

Malah, anggota parlimen Gombak itu berkata beliau terbuka untuk mengajar Noh Omar yang juga anggota wakil rakyat Tanjong Karang.

"Kalau Noh Omar mahu belajar kami gembira untuk mengajar dia," kata Azmin.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Aug 9, 2016 8:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sebat Perogol..Semoga Allah Merahmati Rakyat Aceh Darussalam.

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

 

Mahkamah Syar'iyah Tapaktuan, Kabupaten Aceh Selatan menghukum terpidana Dedi Firmansyah dan Ali Imran dengan 'uqubat cambuk Hudud dan Tajir. Dedi Firmansyah pelaku pemerkosaan terhadap anak dibawah umur terbukti telah melanggar Qanun Aceh Nomor : 6 tahun 2014 tentang hukum Jinayat. Sedang Ali Imran terpidana pemerkosaan terhadap perempuan dewasa. Mengutip Antara, Mahkamah Syar'iyah Tapaktuan menghukum terpidana Dedi dengan jumlah 'uqubat cambuk Hudud dan Tajir sebanyak 150 kali dipotong masa tahanan selama 180 hari sehingga jumlah hukuman cambuk yang diterima menjadi 143 kali.

Sesuai tata cara hukuman cambuk yang diatur dalam Qanun Jinayat, proses eksekusi cambuk dilakukan pertahapan. Tahap pertama dilakukan sebanyak 25 kali selanjutnya terpidana diperiksa kesehatannya oleh tim dokter.....

Eksekutor menghentikan hukuman cambuk sebelum selesai terhadap Dedi Firmansyah dan Ali Imran di halaman Mesjid Agung Istiqamah, Tapaktuan, Kabupaten Aceh Selatan, Jumat (5/8/2016) karena kedua terpidana itu mengalami luka serius.

Penghentian eksekusi itu berdasarkan rekomendasi tim dokter dari Puskesmas Air Berudang Kecamatan Tapaktuan yang dipimpin dr Risva Azmi setelah melakukan pengecekan kesehatan terhadap terpidana setelah dicambuk oleh algojo dari Polisi Wilayatul Hisbah (WH) Aceh Selatan.

Terpidana Dedi Firmansyah pelaku pemerkosaan terhadap anak dibawah umur terbukti telah melanggar Qanun Aceh Nomor : 6 tahun 2014 tentang hukum Jinayat.

Setelah eksekusi cambuk terhadap Dedi Firmansyah dilakukan sebanyak 100 kali, tim dokter memutuskan untuk menghentikan eksekusi cambuk terhadap yang bersangkutan dengan pertimbangan kesehatan yang sudah tidak mendukung karena luka cambuk dibagian punggung terpidana sudah cukup parah.

Kondisi serupa juga berlaku terhadap terpidana pemerkosaan terhadap perempuan dewasa atas nama Ali Imran. Mahkamah Syar'iyah Tapaktuan mevonis dengan hukuman Tajir sebanyak 160 kali dipotong masa tahanan selama 113 hari sehingga jumlah hukuman cambuk yang diterima sebanyak 156 kali.

Terhadap yang bersangkutan proses eksekusi hukuman cambuk telah berlangsung sebanyak 125 kali, namun karena berdasarkan hasil pemeriksaan tim dokter luka yang dialami dibagian punggung terpidana sudah cukup parah, sehingga proses eksekusi juga terpaksa harus dihentikan.

Kasie Pidana Umum Kejari Aceh Selatan, Zainul Arifin mengatakan, dengan penghentian eksekusi cambuk tersebut maka status hukum terhadap kedua terpidana dimaksud belum selesai.

Keduanya kembali dijebloskan ke dalam Rumah Tahanan (Rutan) Kelas II-B Tapaktuan sambil menunggu digelarnya eksekusi cambuk susulan.

"Sesuai tata cara hukuman cambuk yang diatur dalam Qanun Jinayat, proses eksekusi cambuk terhadap kedua terpidana tersebut baru bisa dilanjutkan kembali jika telah mendapat rekomendasi dari tim dokter yang menerangkan bahwa mereka benar-benar sudah sehat," katanya.

Menurutnya, penerapan hukuman cambuk terhadap terpidana pelanggar syariat Islam di Aceh Selatan dengan merujuk Qanun Jinayat baru kali ini diterapkan terhadap kedua terpidana tersebut.

Berdasarkan Qanun Jinayat tersebut, selain hukuman cambuk terhadap terpidana lebih dari 100 kali juga diberikan kewenangan kepada petugas Wilayatul Hisbah (WH) dan jaksa untuk melakukan penahanan.

Sebenarnya, kata Zainul, ada lima perkara sepanjang tahun 2015 dan 2016 yang dijerat dengan Qanun Jinayat telah mendapat putusan dari Mahkamah Syar'iyah Tapaktuan, dua kasus di antaranya yang melibatkan terpidana Dedi Firmansyah dan Ali Imran, dua lagi melibatkan terpidana Irfan terkait kasus pencabulan dan terpidana Tarmizi terkait kasus pemerkosaan sedangkan satu orang lagi putusan hukumnya belum inkrah karena mengajukan banding.

Pihaknya, kata Zainul, telah menjadwalkan pada Jumat pekan depan akan dieksekusi cambuk terhadap terpidana Irfan di Mesjid Kecamatan Labuhanhaji Tengah. Terpidana terkait kasus pencabulan tersebut akan dicambuk sebanyak 50 kali.

Sedangkan terpidana Tarmizi terkait kasus pemerkosaan anak sekolah dasar akan mendapat hukuman cambuk sebanyak 200 kali dimana pelaksanaan hukuman cambuk tersebut direncanakan akan berlangsung dua pekan ke depan di Mesjid Kecamatan Pasie Raja.

"Sesuai Qanun Jinayat, pelaksanaan hukuman campuk wajib dilakukan di tempat kejadian perkara (TKP) masing-masing. Namun khusus terhadap dua terpidana yang dieksekusi hari ini, terpaksa harus dicambuk di Mesjid Agung Istiqamah Tapaktuan, karena proses eksekusi itu merupakan yang perdana menggunakan Qanun Jinayat," paparnya.

Pantauan di lapangan, pelaksanaan eksekusi cambuk terhadap dua terpidana di Mesjid Agung Istiqamah Tapaktuan yang berlangsung seusai shalat Jumat, mendapat perhatian khusus dari ratusan warga Tapaktuan. Ratusan warga yang terdiri dari orang dewasa dan anak-anak tampak memadati halaman depan mesjid menyaksikan eksekusi campuk tersebut.

Pelaksanaan eksekusi ini, selain dipantau langsung oleh salah seorang Hakim Pengawas dari Mahkamah Syar'iyah Tapaktuan bernama Drs H Abdul Karim Usman juga disaksikan oleh Bupati Aceh Selatan yang diwakili Asisten II Setdakab Drs Zaini Bakri, Kadis Syariat Islam M Rasyid, Kasatpol PP dan WH Dicky Ichwan serta sejumlah pejabat lainnya.

Proses eksekusi yang berlangsung aman dan lancar ini mendapat pengawalan ketat dari aparat Kepolisian dari Polres Aceh Selatan serta petugas Satpol PP.

(arrahmah.com)

ISIS Potong Tangan Pencuri di Depan Umum
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot.
Posted by indah.com

Express.co.uk/Getty ISIS potong tangan pencuri di Syria.

RAQQA - Kelompok ISIS kembali merilis gambar-gambar mereka memotong tangan warga yang ketahuan mencuri.

Foto-foto yang beredar di media ISIS kemudian tersebar ke media berita asing, yang sering memantau perkembangan kelompok tersebut, termasuk laman berita Express, Jumaat (3/6/2016).

Ratusan warga juga tampak hadir menyaksikan pelaksanaan pemotongan tangan. Mereka disekat dengan tali pembatas yang sederhana dari meja, tempat tangan pencuri akan dipotong.

Algojo ISIS menaruh bahagian tajam parang itu tepat di pergelangan tangan pencuri.
Sepotong besi bulat dipukulkan pada bahagian tumpul parang itu untuk mendorong parang itu secara perlahan agar dapat memisahkan bahagian telapak dari pergelangannya.

Mata lelaki yang dituduh mencuri itu ditutup dengan sepotong kain hitam. Seorang anggota ISIS menekan bahagian siku pencuri agar tidak dapat bergerak.
Express.co.uk/Getty Warga Suriah menyaksikan militan ISIS memotong tangan pencuri. Anak-anak ikut menonton.
Tidak disebutkan secara pasti, di mana lokasi pelaksanaan hukuman itu dilakukan. Hanya disebutkan, terjadi di suatu tempat di Syria di wilayah kekuasaan ISIS.

Raqqa adalah pusat pemerintahan atau kekhalifahan ISIS di Syria.
Selama ini banyak eksekusi atas pencuri atau musuh mereka dilakukan di Raqqa dan sekitarnya di Syria, atau di Mosul dan sekitarnya di Irak.

Beredarnya foto terbaru itu juga terjadi tak lama setelah ISIS mengeksekusi enam orang di depan ratusan warga Mosul, Irak, kerana mereka menjual rokok.
Menurut aktivis, orang-orang itu ditangkap kerana dianggap melanggar
peraturan kaum jihadis , yang memang melarang penjualan rokok.

Sumber:KOMPAS.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 9, 2016 8:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Manfaat Baik Terapi Bekam Untuk Kesehatan Tubuh
bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Manfaat Baik Terapi Bekam Untuk Kesehatan Tubuh – Metode pengobatan ini sudah dikenal lama sejak jaman dulu. Bekam merupakan terapi dengan cara mengeluarkan darah darah kotor pembawa penyakit melalui titik-titik bagian tubuh tertentu. Kini, sudah banyak ahli bekam yang menawarkan jasanya bagi anda yang ingin berbekam. Walaupun sebelum mengeluarkan darah kotor titik-titik oada bagian tubuh anda harus ditusuk tusuk dengan jarum dahulu, nyatanya ketika mencoba berbekam tidak ada rasa sakit sedikitpun.

Bekam basah dan bekam kering merupakan dua jenis dari terapi ini. Bekam kering adalah terapi mengeluarkan angin yang ada dalam tubuh. Jika anda mengalami gejala kembung atau biasa disebut masuk angin, sangat disarankan sekali menjalani terapi bekam kering. Sedangkan bekam basah adalah bekam dengan mengeluarkan darah kotor pada titik tertentu yang berhubungan dengan keluhan rasa sakit yang dirasa. Berikut ini merupakan beberapa manfaat baik terapi bekam bagi kesehatan tubuh.

Manfaat Baik Terapi Bekam Untuk Kesehatan Tubuh
1. Untuk Kesuburan
Berbekam ternyata bisa menjadi terapi untuk mengembalikan kesuburan anda. Selain itu dengan berbekam manfaat lain yang bisa didapat adalah bisa meningkatkan jumlah dan kualita sperma. Jadi sangat efektif bagi anda yang mengalami masalah pada kesuburan. Bekam di titik syahwat membantu anda untuk memperbaiki kinerja testis, maka dari itu produksi sperma pun meningkat. Titik syahwat yang dimaksud adalah titik ginjal. Apabila ginjal berfungsi secara baik, maka kesehatan reproduksi anda pun juga akan baik pula.

2. Mengobati hipertensi
Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan penyakit yang sangat membahayakan dan bisa berpotensi stroke. Anda yang ingin mengurangi tekanan darah yang tinggi bisa mencoba terapi bekam. Dengan terapi ini darah kotor akan terangkat, dan aliran darah anda pun akan lancar. Selain itu, dengan aliran darah yang tidak tersumbat, kerja jantung pun akan ringan. Dan resiko terserang penyakit strokepun akan diminimalisir.

3. Menghilangkan jerawat
Bekam pun bisa bermanfaat sebagai terapi kecantikan untuk anda. Terkadang masalah jerawat memang sangat menjengkelkan dan membuat rasa percaya diri semakin berkurang. Jerawat muncul selain faktor kebersihan kulit wajah yang kurang. Ketidaklancaran aliran darah di wajah pun bisa menjadi penyebab jerawat.

4. Mengobati Vertigo
Selain meminimalisir resiko stroke, berbekam pun ternyata bisa mengobati penyakit vertigo. Berbekam untuk mengobati penyakit vertigo dilakukan dengan mencari titik yang berhubungan dengan rasa sakit di kepala. Tentunya hal demikian harus benar-benar dilakukan oleh yang memang sudah kompeten dalam melakukan terapi bekam. Berbekam di kepala bisa melancarkan aliran darah yang tadinya tersumbat sehingga menyebabkan rasa sakit. Selain itu pula racun racun yang berbahaya pun bisa dikeluarkan.

5. Mengobati penyakit jantung
Kolesterol adalah penyebab utama penyakit pembunuh no.1 di dunia ini. Karena kolesterol jahat yang terlalu berlebihan menyumbat aliran darah dalam jantung maka kinerja jantung pun akan terhambat. Dengan melakukan terapi bekam, kolesterol yang menyumbat dalam jantung bisa dikeluarkan. Sehingga aliran darah yang ada pada jantung pun akan lancar.

Itulah beberapa manfaat bekam untuk kesehatan tubuh. Berbekamlah kepada terapis yang memang sudah terpercaya kompeten dibidangnya untuk menghindari hal-hal yang tidak diinginkan. Selamat berbekam dan semoga bermanfaat.

Parut-Parut Bulat Merah di Badan Atlet Olimpik Rio Cetus Tanda Tanya Ramai
siakapkeli.my

Rio, 8 Ogos - Pelbagai kisah duka, perit dan pelik dapat disaksikan sepanjang Olimpik Rio yang baru sahaja berlangsung beberapa hari lepas.

Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan seorang atlet gimnastik Perancis yang patah kaki (keting) ketika beraksi dan yang terbaru, orang ramai tertanya-tanya apakah parut-parut bulat yang wujud di badan ramai atlet ketika beraksi di Olimpik Rio.

Tanda-tanda merah itu mula mendapat perhatian setelah perenang dari USA, Micheal Pelps memenangi acara berenang 4x100m gaya bebas lelaki.

Dan sebagaimana yang sudah kita jangka, ia adalah bekas berbekam.

Mungkin bagi kita ia benda yang biasa sahaja, tapi bagi orang luar negara - terutamanya orang barat - ia merupakan sesuatu yang baru.

Cerita tentang parut-parut merah itu mendapat perhatian di beberapa portal antarabangsa, termasuklah Business Insider, BBC, CNN, Independent, inquisitr dan pelbagai lagi.

Kini, sudah terbukti rawatan tradisional bekam tersangat mujarab sehingga diguna pakai oleh atlet-atlet sebelum beraksi di dalam sesebuah kejohanan.

Kepada yang mahu membuka rawatan bekam di luar negara, ini mungkin masa terbaik kerana satu dunia sudah mengenalinya dan anda tidak perlu melaburkan wang untuk membuat 'marketing'. Terima kasih kepda Micheal Pelps. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 9, 2016 8:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Cara Unik Buat Telur Rebus, Putih Di Dalam Kuning Di Luar

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


KANAK-KANAK pada umumnya lebih suka makan kuning telur berbanding bahagian putih telur. Semasa makan telur rebus mereka lebih cenderung buang bahagian putih kerana tidak gemarinya.

Namun ketika direbus, ada bahagian putih telur akan menutup bahagian kuning telur sehingga menyusahkan jika memang hanya ingin mengambil bahagian kuning telur itu sahaja.

Bagaimanapun sebuah video berdurasi pendek yang dimuat naik menerusi media sosial Facebook mengajarkan kepada kita cara rebus telur agar bahagian kuning telur pula berada di luar.
Pertama, tutup telur dengan pita plastik hingga menutup seluruh bahagian telur dan masukkan telur ke dalam kain yang nipis dan putarkan seperti bermain gasing.

Setelah selesai memutar, rebus telur ke dalam periuk seperti biasa. Apabila telur masak, kupas telur dan lihatlah hasilnya.

Maka ketika dikupas telur itu akan berwarna kuning dengan bahagian putih pula di dalam dan kuning telur di luar. Untuk melihat lebih lanjut lihat video tutorial di bawah ini. – MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Aug 9, 2016 11:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Cuba Kamu Suapkan Isteri Dan Anak Kamu Makan, InsyaAllah Rezeki Akan Datang Mencurah-Curah,"
siakapkeli.my

Kebahagiaan rumah tangga sering dianggap terletak pada pendapatan dan kesenangan sesebuah keluarga atau individu kerana ada berkata zaman sekarang semua benda nak dilakukan perlukan duit.

Jadi ramai manusia berlumba-lumba mencari harga demi kesenangan dunia, memang diakui ianya penting tetapi perlulah diseimbangkan dengan akhirat dan tanggungjawab kepada keluarga.

Jika keluarga terabai walaupun banyak duit tidak berguna juga, ini kerana didikan kepada isteri dan anak-anak perlu dijaga supaya mereka tidak terabai.

Ada orang kerja berhempas pulas mencari duit tetapi tidak pernah cukup dan tidak tenang, ini kerana keberkatan dalam hidup perlu dicari, ada orang gaji kecil tetapi dilihat mereka tetap bahagia dan berjaya menanggung anak yang ramai.

Mengenai kisah ini, Ustaz Ebit Lew telah menulis satu artikel yang amat menarik untuk dikongsikan kepada semua, jom kita baca.

Semasa ke hospital semalam datang seorang lelaki yang baik ajak saya duduk berbual kerana ada masalah. Dia bercerita hidup keluarganya yang sempit sangat dan tak tenteram. Asyik bergaduh dan rasa sakit jiwa. Katanya lagi, saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah.

Saya tanya abang makan ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak? Tak pernah ustaz..
Abang pernah suapkan makanan dalam mulut anak-anak tak? Tak pernah lagi..

Orang dulu-dulu takler kaya sangat tapi keluarga penuh kasih sayang. Rezeki cukup jer. Rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga rezeki bertambah..sempat makan bersama-sama. Sekarang banyak keluarga makan sekali dah takde. Makan masih buka hp dan tv. Ya Allah..

Bila isteri makan dari tangan kita. Terasa bahagia sangat. Bila kita buat kerana cinta kerana Allah. Walau cuma beberapa suap. Terasa nikmat. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe..sunnah berjemaah. Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang 1 dulang rumah saya kami makan berlima.

Kadang-kadang anak pula berebut nak suap mak dan ayahnya sekali sekala. Cuba abang amalkan.
Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga. Lihatlah bagaimana rezeki mencurah-curah.

Baik ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang. Menghargai keluarga...

Bila isteri suapkan saya. Terasa best sangat nikmat. Ya Allah inilah nikmat dunia ini. Ya Allah berilah kami dapat terus menikmatinya dan bersama dalam syurga - ebit lew

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 9, 2016 11:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tarik balik gelaran dato' jika tidak hadir Hari Hol Sultan Iskandar

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran untuk menarik balik darjah kebesaran Dato' yang dikurniakan Almarhum ayahandanya kepada penerima pingat yang gagal hadir ke upacara Hari Hol Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim bertitah, penerima yang gagal hadir ke upacara memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar tanpa sebab dianggap tidak berminat untuk terus menjunjung darjah kebesaran tersebut.

"Suka saya beri peringatan kepada Dato' Johor yang mendapat darjah kebesaran daripada Almarhum ayahanda saya supaya hadir pada majlis tahlil dan istiadat menziarahi makam sempena Hari Hol pada 6 Safar setiap tahun.

"Sekiranya ada penerima yang tidak sanggup berkorban masa untuk memperingati Almarhum, maka saya rasa lebih baik darjah kebesaran itu dikorbankan," titahnya.

Titah Sultan Ibrahim, penerima yang gagal hadir ke Hari Hol Sultan Iskandar perlu memulangkan semula darjah kehormat itu sebagaimana mereka menerimanya dahulu atau baginda akan mengumumkan nama penerima yang telah ditarik balik darjah kebesaran tersebut.

Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas bertitah pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-51 di Kem Iskandar di sini hari ini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 9, 2016 11:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Sampai Hati Kau Santau 'Housemate' Kau Sendiri Sampai Dia Mati''
siakapkeli.my

Salam alaikum, saya sekadar ingin berkongsi apa yang berlaku pada kawan tempat belajar saya dulu. Cukuplah sekadar saya menggelarnya Imah. Imah seorang student yang pandai dan rajin, lecturer semua suka dengan Imah ni.

Badan Imah ni gempal sikit tapi gempal tak membuktikan otaknya juga gempal sebab setiap sem dia selalu dapat dean list. Sem 1 hingga sem 4, Imah ada dalam rangking yang top student juga la. Tamat sem 4 semua balik cuti sem.

Then bila tamatnya cuti sem 4, semua balik hostel. Lepas dua minggu sesi PnP, Imah still tak kelihatan. Saya anggap Imah mungkin lajak cuti kot. Lupa nak bagitau, saya seorang lelaki dan pengamal rawatan Islam. Ada satu hari tu Imah masuk ke kelas, tapi lain gila rupa Imah. Kurus cengkung, tapi senyuman dia saya ingat, betul la tu Imah. Waktu itu saya rasa ada sesuatu yang tak kena.

Satu hari, Imah ada hantar mesej

"Boleh tolong check badan Imah tak ? Imah rasa macam tak kena dengan badan ni"

Saya tanya dia rasa macam mana.

Imah kata malam tiba dia jadi takut, dia selalu nampak kelibat dalam bilik dia. Imah juga mengadu yang Imah selalu muntah keluar lendir2 hijau. Saya pesan dekat Imah suruh pergi hospital dulu check apa yang patut tapi Imah cakap dia dah buat semua tu, doktor cakap semua normal. Imah pernah bagitau dia pernah cuba buat rawatan Islam di kampungnya, hasilnya seperti sekarang, badan kurus muka cengkung.

Kemudian saya kata dekat dia nanti saya cuba tolong ikhtiar apa yang patut. Imah bersetuju.

Then pada hari yang dijanjikan dengan Imah, saya pergi melawat Imah dekat rumahnya dengan bertemankan lecturer dan kawan-kawan, kami masuk ke dalam bilik Imah.

Imah tinggal dengan seorang kawan namanya Ina. Sewaktu saya melangkah masuk ke bilik Imah saya ada bau sesuatu yang kurang menyenangkan, bau macam bangkai. Kemudian saya tanya kepada lecturer dan kawan-kawan saya ada bau macam saya bau tak, semua kata ada.

Waktu itu saya dah rasa tak sedap hati. Berbekalkan tawakal dalam diri saya mengadap Imah dan cuba untuk scan badannya.

Dimulakan dengan lafaz bismillah saya cuba membaca ayat-ayat ruqyah, waktu itu badan Imah menggeletar kemudian bergoyang ke kekiri dan kekanan. Dengan secara tiba-tiba suara Imah berubah.

"Bakpe mu kacau aku?"

Saya tahu itu bukan suara Imah sebab Imah orang utara. Saya membalas dengan menguatkan lagi bacaan ruqyah. Imah menjerit

''Panas ! Panas ! Diam la kauuu!!!''

Yang ada waktu tu semua jadi diam, keadaan sunyi. Masing2 terkumat kamit baca ayatul kursi. Saya cuba berbicara dengan Imah

"Wahai makhluk yang disebalik tubuh ini, apa mahu mu ? Keluar kau musuh Allah. Keluar dari tubuh anak Adam ini"

Kemudian Imah bersuara,

"Dia milik aku, aku benci semua yang dia buat"

Kemudian saya memberi kata putus kepada makhluk tersebut

"Sama ada kau nak keluar atau kau aku bakar"

Saya teruskan bacaan ruqyah, keadaan masih berterusan hingga beberapa jam. Makhluk dalam badan Imah masih kuat melawan. Saya menguatkan lagi ruqyah sampai satu tahap makhluk ini mengalah.

Imah kemudian muntah, keluar dari tubuhnya serbuk2 kaca, lendir kuning dan rambut. Semua yang ada disitu malam itu melafazkan istighfar dan syukur kerana makhluk itu sudah keluar. Saya terperasan seorang tiada disitu, iaitu Ina teman sebilik Imah.

Keesokannya Imah diberi cuti rehat. Minggu itu berlalu seperti biasa.

Seminggu sebelum Imah pergi mengadap Illahi, Imah ada hantar satu pesanan ringkas kepada aku.

"Imah tau sapa yang buat Imah jadi macam ni, Ina yang buat. Sebab waktu kemas bilik Imah jumpa satu nota ada tulisan jampi serapah dalam jampi tu ada nama Imah. Kemudian waktu sebelum kamu semua datang untuk mengubat Imah, Ina ada cakap dia nak keluar, sebab dia kata dia panas."

Paling Imah terkejut Ina ada kumpul rambut, kuku dengan barang peribadi Imah dalam satu bekas.

Kenapa dia buat Imah macam ni ? Apa salah Imah ? Patut sejak akhir-akhir ni Ina macam kurang rapat dengan Imah dah"

Saya hanya mampu membalas

"Jangan fitnah dia, kita taktahu perkara sebenar"

Lepas beberapa bulan selepas tu, Imah meninggal disebab kompilasi dekat rahim dan buah pinggangnya. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

P/s : Zaman sekarang orang lebih suka cara halus untuk menjatuhkan orang lain. Waspada buat perempuan di luar sana. - IIUM Confessions

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: