Monday, August 29, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4573[1 Attachment]

14 Messages

Digest #4573
1
Fw: Guna Telefon Bimbit Ketika Memandu by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: 'Satu Dunia Tahu Kita Dirompak, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Penyebab Perut Buncit Susah Hilang by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: Melecur di Paha & Jangan Tarik by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Suami Jangan Bergurau Nak Kawin Dua, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
10
Fw: Saat si ayah berkata.. by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
12
Fw: Dulu Jual Keropok Lekor Je, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Aug 28, 2016 7:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Guna Telefon Bimbit Ketika Memandu, Anggota JPJ Disaman, Ditukar Dan Bakal Dikenakan Tindakan Tatatertib
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu tersiar di laman sosial beberapa keping gambar yang memaparkan seorang anggota peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan telefon ketika memandu.

Pihak JPJ dalam satu kenyataan telah mengambil tindakan tegas terhadap anggota berkenaan di mana satu saman telah dikeluarkan sendiri oleh Pengarah Penguatkuasa jabatan itu sendiri.

"Siasatan serta-merta mengenai perkara itu dibuat dan jabatan mengesahkan kebenaran maklumat itu, anggota itu juga sudah ditukarkan ke bahagian lain serta dirujuk kepada lembaga tatatertib kerana mencemarkan imej jabatan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut mereka, JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dalam kes kesalahan undang-undang jalan raya.

"Jabatan sentiasa mengingatkan anggota JPJ supaya sentiasa menghormati undang-undang jalan raya dan menjadi contoh kepada pengguna jalan raya lain," katanya. - Siakapkeli.my

Rujukan: JPJ

KALAU JPJ NAK TAHAN KORANG SBB BAWA KERETA SAMBIL MEMANDU, TUNJUK JER GAMBAR NI KAT DIAORG...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Apa Salah Saya Sampai Kena Kanser Paru-Paru," Rintih Seorang Wanita Sambil Suami Merokok Diluar
siakapkeli.my

Gambar Hiasan

Setiap insan sudah pasti tidak menginginkan atau hendak mengelak dari mereka terkena penyakit walaupun ianya hanyalah penyakit bias kerana penyakit merupakan sesuatu yang menyakitkan dan memerlukan kita bertindak untuk menanganinya seperti melakukan pemeriksaan.

Ramai kita terdengar di luar sana ramai orang memerlukan bantuan untuk mengubati penyakit mereka, ada yang memerlukan pembedahan sehingga berharga ratusan ribu ringgit dan ada penyakit yang meragut nyawa.

Bayangkan bagaimanakah perasaan mereka-mereka buat kali pertama selepas disahkan menghidapi penyakit yang serius seperti kanser atau sebarang penyakit kronik.

Dikongsikan oleh seorang pelajar perubatan kisah pengalamannya bertemua pesakit-pesakit seperti ini, beliau menceritakan kisah di mana seorang wanita telah disahkan menghidapi kanser paru-paru.

Beliau dilihat seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan mungkin kerana agak tertekan ketika itu.

Jom kita baca kisah ini.

Aku ni student fourth year medicine di sekian sekian universiti. Hehe rahsia sikit. Tapi aku nak share dekat budak-budak IIUM or even semua rakyat Malaysia yang membaca post ni sedikit sebanyak ilmu yang aku dapat dari prof aku.

Sebagai medical student, most of the time kitaorang ni spend masa di hospital , bersama pesakit dan doktor. Apa yang best berkepit dengan professor ni, lagi lama diorang berkhidmat lagi banyak cerita diorang suka share. Aku pulak jenis suka dengar cerita orang, so memang kena sangat lah.

Okok nak dijadikan cerita, aku tengah berkepit dengan doktor bedah aku dalam bilik doktor menanti patient datang.

After a while, ada seorang perempuan kurus lingkungan umur 30-an dengan seorang laki maybe suami dia masuk bilik.

Perempuan ni, aku letak nama samaran sebagai Temah lah untuk senang cerita. Temah ni datang hospital sebab asyik sesak nafas dan batuk tak berhenti-henti. Lambat jugakla dia datang hospital , katanya sebab dia ambil ubat batuk beli dekat farmasi je sebelum sebelum tu. Dia dah pergi bahagian general medicine, tapi takde perubahan so dia dirujuk ke bahagian Surgery.

Doktor check akak ni throughly. Ambil sample sana sini, suruh pergi ambil x-ray bagai(kalau bagitau details jadi panjang pulak, so aku cerita ala kadar je ye) Aku perhati je akak ni, seriously kurus yang amat.

Sambil sambil tunggu keputusan report lab pesume. Akak Temah ni bercerita la pasal cuti sekolah nanti keluarga dia inshaAllah nak bercuti. Dia cerita pasal anak-anak kecil dia. Meanwhile laki dia yang nampak bosan tu tetibe keluarkan rokok dari poket and mintak izin nak keluar bilik doktor kejap.

Sampai je report lengkap dari semua jabatan, aku jenguk fail patient tu. Tertulis,

"Small lung cell cancer stage IIIb"

Ya allah kanser dia dah advanced

Doktor try sampaikan berita kanser, dia terdiam kejap and then terus menangis depan kami time tu. Blank jugakla aku time tu taktau nak buat apa.

Doktor try nak tenangkan dia tapi akak Temah ni tak berhenti-henti nangis. Dia cakap dekat kami,

"Apa salah saya sampai kena macam ni?"

Sebak gila kot tengok. Ikutkan hati aku pun nak nangis sama.

Lepas tu dia sambung lagi cakap,

"Saya solat 5 waktu macam muslim lain, saya tak pernah lawan cakap mak ayah dengan suami saya. Kenapa saya yang kena? Anak-anak saya nanti macam mana?"

Bunyi dia macam terus hilang harapan eventhough tak mula treatment pun lagi. Doktor dengar je luahan hati dia sampailah dia habis meraung dalam bilik tu. Suami dia? Still tengah merokok dekat parking lot hospital gamaknya.

Bila dia dah balik dengan mata bengkak, doktor terus pusing dekat aku and cakap dia kesian dengan orang baik macam tu.

Dia takde buat salah tapi dia terkena tempias penyakit atas perbuatan orang lain.

Doktor kata memang makin berat ujian kita sebenarnya Allah makin sayang dekat kita. Tapi tak semua orang perasan benda tu. Ada orang bila dapat tahu berita buruk, memang tak boleh fikir positif and secara waras on that time. Biasalah manusia.

Patient takde yang masuk lagi time tu, so dia reveal la one of the factor kanser patient tadi.

"Suami dia smoker"

"Kalau dia duduk rumah terperap tak terdedah dengan udara luar yang tercemar macam mana pun, suami dia tu still dedahkan dia dengan asap rokok. Dalam rumah"

Aku terdiam.

"Suami dia light smoker. Merokok untuk isi masa lapang je. Tu yang buat saya rasa bertambah kesian dengan akak tadi"

Aku pun tanyalah kenapa.

"Sebab light smoker ni bukan ketagih dengan rokok pun. Diorang ni just nyalakan puntung rokok tu as a habit. Habit sebenarnya senang nak buang. Disebabkan dia tak buang habit tu, dia tingkatkan risk dia and akak tadi kena kanser."

Terkejut gila aku dengar perkataan habit " seriously?"

Doktor tu sambung lagi

"Yes. Habit. Habit menyalakan puntung rokok. Bila tengah stress nyalakan rokok, bila tengah tunggu bas nyalakan rokok, bila tengah tunggu lunch nyalakan rokok. Its a habit. Habit that might kill someone"

Aku jadi marah bila dengar pasal facts habit ni. Kalau addicted aku boleh tolerate lagi sebab aku tahu memang susah nak berhenti dari amik nikotin.
Tapi habit. Habit kills people that you love.

Guys aku pun dulu smoking. Heavy smoker pulak tu. Tapi aku dah stop. Kalau a heavy smoker boleh stop, why not you guys?

Ah kau nak cakap nanti bila tak merokok , kawan kawan kau ejek sebab nampak tak cool? Weh seriously lembik lah weh kalau kau rasa inferior kawan kawan ejek.Lantakla kawan kau nak ejek ke apa ke.

Nak kata sebab susah nak stop? Oi ingat sikit aku heavy smoker pun survive stop rokok ok. Heavy smoker lagilah siap ada withdrawal syndrome bagai weh. Seksa. Tapi aku survive.

Dalam al-quran pun dah kata jangan memudaratkan diri.

"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (dan membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu"- Surah An-Nisaa' ayat 29.

Pastu sila rajin sikit bukak al-quran baca surah al-Baqarah ayat 195. pun terangkan oasal jangan binasakan diri.

Aku bukan ahli ulama' nak haramkan rokok tapi aku pesan dari segi agama jangan lah kau nak memudaratkan diri.
Mungkin kau tak kena tapi orang lain boleh kena.

P/s: Dear akak Temah, please be strong. Dear smoker on habit please stop smoking and chew a gum instead – Said the Surgeon incharge.

Nota kaki: Jangan ada yang komen kata sakit, penyakit, ajal maut tu semua takdir Allah. Mahu ada kena terajang dengan aku.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Licik sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam

bloglist-malaysia.blogspot.

Dicatat oleh ustazcyber.com

 

Licik sungguh yahudi dan barat memperdayakan kita umat Islam, dengan medianya untuk membuat opini yang berbeda dengan manfaatnya. Mereka menganjurkan dengan produk dan advertorialnya dan menyuruh kita minum susu lembu bubuk buatan mereka, tapi mereka sendiri minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikuti saja rayuan orang yahudi itu tapi ternyata mereka mengikuti apa yang nabi kita makan dan minum.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama. Mereka telah berputus asa untuk menyesatkan umat bertauhid dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kita tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil" Antara 'Isu' yang mereka gembar gemborkan dan telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita, beberapa hal kecil yang mereka anggap berhasil dikalangan umat Islam adalah sebagai berikut :

1. Kita diajar dalam buku biologi, dalam buku gizi makanan (kajian dan terbitan dari ilmuan barat) bahwa kalau ingin dapatkan vitamin B dan kalau ingin tambah darah kita sebaiknya banyak memakan hati hewan dan hati ayam . Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak pernah menganjurkan memakan organ dalam. Apakah kita ingin ikuti apa yang dianjurkan orang barat yang tidak beriman atau mengikuti ajaran Nabi kita? . Tahukah sebenarnya makan hati hewan/ayam dampaknya bisa melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin/racun akan dikumpulkan dan dinetralkan. Jadi, kepekatan toksin/racun berkadar tinggi ada di hati hewan/ayam tersebut. Bila kita konsumsi hati tersebut otomatis kita konsumsi juga toksinnya maka dampaknya lembablah otak umat Islam sebab begitu percayanya dengan buku sains keluaran barat kafir ini.

2. Kita diajarkan dalam sains bahwa kopi tidak bagus untuk kesehatan. Namun sebenarnya kopi adalah salah satu minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Coba lihat orang orang Yahudi, mereka penggemar minum kopi. Profesor di UK , terutama yang Yahudi, dihadapannya selalu ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar jangan terlalu banyak memakan kambing karena tingginya kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ingin merendahkan makanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling rendah kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan Fast Food adalah bagus, cepat dan instan, namun sebenarnya Fast Food asal AS adalah makanan yang sangat tinggi kandungan MSG dan kolesterolnya serta paling banyak lemak jenuhnya.

5. Para kafir ini juga menggalakkan dan mengiklankan bahwa minum dan makan makanan yang instan dan dibuat kesan modern , contohnya minuman soda berbagai merk . Minuman soda itu sangatlah beracun dan sangat tidak bagus untuk kesehatan (gula tinggi, berasam, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi di kandungannya) . Dan kita ketagihan dengan makanan dan minumaan tersebut. IRONIS (Sumber)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 8:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Satu Dunia Tahu Kita Dirompak, Kenapa Kita Masih Rileks?'
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Jurucakap himpunan #TangkapMalaysianOfficial1, Anis Syafiqah Md Yusof pelik dengan sikap rakyat yang tidak mempeduli sedangkan 'seluruh dunia tahu bahawa negara ini telah dirompak'.

Dalam sebuah rakaman video yang dimuat-naikkan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan hari ini, Anis dipaparkan dikelilingi oleh rakan-rakan aktivis pelajar dan anggota polis di luar kampus UiTM Seri Iskandar berhampiran Ipoh, Perak.

Memulakan ucapannya, Anis berkata, beliau dan rakan-rakannya mahu ke kampus berkenaan untuk menyampaikan maklumat berhubung Malaysian Official 1 (MO1) tetapi tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.

Katanya, kempen kumpulan itu yang adalah untuk menggesa pihak berkuasa menangkap MO1, sedangkan polis tidak melakukan apa-apa apabila adalah jelas bahawa wang negara telah dirompak.

"Kenapa polis tak nak tangkap perompak yang terang-terang merompak duit rakyat Malaysia. Duit mahasiswa, duit polis, polis juga rakyat Malaysia.

"Kenapa tak mahu fokus kepada perompak yang besar itu, kenapa nak fokus kepada kami yang kecil ini. Kami ini kecil, bukan siapa-siapa (pun), tak berbahaya

"Saya tak bawa apa-apa senjata pun, hanya bawa sekeping kertas untuk bagi tahu kawan-kawan di dalam (kampus)," kata Anis seperti yang dilihat dalam klip video yang dirakamkan Sabtu lalu.

Apa yang bermula sebagai ucapan jinak bertukar menjadi berapi-api apabila Anis mendakwa bagaimana wang berbilion-bilion ringgit disalahgunakan sedangkan wang berkenaan boleh digunakan untuk membiayai biasiswa untuk pelajar.

"Berapa orang boleh dapat manfaat itu. Takkan kita nak biar? Sampai bila kita nak biar perompak ini bersenang-lenang guna duit kita?

"Bayangkan kalau rumah kita masuk perompak lepas itu kita buat laporan polis (tetapi) polis tak boleh nak buat apa-apa. Apa yang kita rasa?" katanya.

Aktivis pelajar itu menjelaskan bahawa beliau bukannya datang untuk sengaja menimbulkan kekecohan mahupun memalukan dirinya tetapi atas kesedaran sebagai seorang rakyat.

"Saya nak bagi tahu kawan-kawan supaya kita kena sedar. Satu dunia dah tahu kita dah kena rompak, kenapa kita boleh relaks lagi," katanya.

Himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 dijadualkan pada 27 Ogos ini yang bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya menangkap dan mendakwa 'MalaysiaOfficial 1'.

Individu yang dirujuk sebagai 'Malaysian Official 1' itu dinamakan dalam saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang didakwa dibeli menggunakan dana daripada 1MDB.

DOJ percaya dana AS$3.5 bilion diseleweng dari 1MDB dan sekurang-kurangnya AS$ 731 juta berada di akaun bank 'Malaysian Official 1'.

- mkini

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Aug 28, 2016 8:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Penyebab Perut Buncit Susah Hilang
bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Memiliki perut buncit memang akan mengganggu penampilan, terutama pada saat akan mengenakan celana jeans. Perut akan terasa ditekan dan menjadi susah untuk bernafas. Namun terkadang untuk mengatasi masalah ini memang tidak mudah , menyingkirkan tumpukan lemak dalam perut ini, kadang beberapa orang sering tidak sadar bahwa ada beberapa kebiasaan yang dia lakukan selama ini justru akan membuat lemak yang ada dalam perut justru semakin bertambah.

Nah berikut ini ada beberapa alasan mengapa kamu susah dalam mengatasi perut buncit kamu.
Mengkonsumsi berbagai makanan olahan dan minuman kemasan

Berbagai macam olahan yang lezat seperti halnya bakso, kornet, sosis, nugget dan masih banyak lagi lainnya ini memiliki kandungan gula dan garam yang tinggi yang tidak baik untuk kesehatan tubuh kamu. nah inilah yang menyebabkan tubuh kamu terus – terusan menumpuk berbagai lemak di dalam perut kamu. mengkonsumsi minuman bersoda dan kemasan yang memiliki kandungan kalori yang tinggi, gula yang diubah menjadi lemak juga membuat perut kamu menjadi semakin buncit.

Melakukan olahraga secara teratur
Nah untuk kamu yang sering melakukan olahraga, jangan hanya melakukan beberapa gerakan seperti halnya sit up atau dengan hoola hop saja. Karena hal ini juga tidak dapat menyelesaikan masalah perut buncit. Kamu harus menurunkan berat badan secara keseluruhan agar perut buncit kamu menjadi lebih rata dan memperoleh hasil yang diinginkan. Dengan melakukan olahraga secara teratur tentunya menjadi hal yang wajib kamu lakukan.

Kurang Tidur
Nah untuk yang satu ini memang dapat menimbulkan berbagai masalah.. tidak hanya dapat membaut seseorang mudah marah saja, kurang tidur juga mencegah tubuh dalam menghilangkan kandungan lemak dalam tubuh. Menurut penelitian Wake Forest University, orang – orang yang memiliki kebiasaan kurang tidur memiliki potensi yang lebih besar untuk mengalami obesitas, dan salah satunya memiliki perut yang buncit.

Angkat beban dan aerobik
Dengan melakukan olahraga aerobik memang dapat membantu tubuh untuk membakar lemak yang menumpuk. Semakin banyak tubuh mengeluarkan keringat ketika melakukan aktifitas olahraga, akan semakin bagus. Selain itu imbangi juga dengan latihan mengangkat beban untuk membuat otot menjadi lebih kencang, terutama pada otot perut sehingga perut kamu bisa lebih rata dan lemak pun akan rontok.

Hindari lemak, termasuk lemak sehat
Jika kamu ingin membuang lemak dalam perut,maka hindari pula berbagai makanan berlemak termasuk mengurangii makanan lemak sehat seperti halnya alpukat, telur dan kacang – kacangan. Bakar dulu lemak yang ada dalam tubuh sehingga berat badan kamu berkurang. Setelah masalah perut buncitnya hilang, barulah kamu bisa mengkonsumsi makanan lemak sehat.

Nah itulah beberapa alasan mengapa kamu masih susah mengatasi masalah perut buncit kamu. perut buncit tentunya tidak akan hilang dengan sendirinya. Semoga bermanfaat.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 8:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jurukamera Bernama Melecur di Paha Apabila Power Bank Dalam Beg Tiba-Tiba Terbakar
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Paha kiri seorang jurukamera Bernama News Channel (BNC) melecur apabila power bank yang diletakkan di dalam begnya tiba-tiba terbakar.

Dalam kejadian yang berlaku pada 12.30 tengah hari itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Awie berkata, dia sedang bertugas membuat liputan berita di satu majlis di Chow Kit.

"Saya duduk di kerusi sambil memangku beg di atas paha, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat beg saya terbakar di bahagian bawah," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Beliau kemudian ke klinik untuk mendapatkan rawatan akibat melecur.

"Power bank itu hadiah yang saya terima semasa membuat liputan dan baru menggunakannya semalam, saya juga telah mengecas penuh power bank itu namun tidak sempat menggunakannya hari ini," katanya.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan, Awie berkata, ketika kejadian dia baru sahaja selesai membuat rakaman visual di tingkat atas dan turun kebawah dan duduk bersama rakan media lain.

"Saya mahu ambil telefon bimbit dalam poket sebelah kanan, tiba-tiba seorang wanita menjerit ke arah saya sambil menunjuk beg yang riba.

"Saya panik, apabila melihat beg dan seluar saya terbakar serta berlubang. Saya tidak perasan kerana powerbank berkenaan tidak meletup. Cuma keluar bunyi macam bunga api," katanya.

Awie berkata, dia kemudiannya membersihkan kesan terbakar berkenaan di tandas dan kemudiannya sedar yang kulit pada bahagian paha sudah melekat pada seluar.

"Saya terpaksa meminta tolong rakan wartawan untuk menghantar saya pulang ke rumah untuk menukar seluar sebelum saya memandu sendiri ke klinik.

"Nasib baik kejadian berlaku di tempat awam dan ada orang nampak. Tak tahu lah kalau jadi masa saya memandu ke, dalam penerbangan ke, tak dapat saya bayangkan," katanya yang menerima rawatan pesakit luar.

Sumber : mStar Online, Harian Metro

'Jangan Tarik!' - Lelaki Panik Selepas Bahagian Sulitnya Tercangkuk Pada Mata Kail ketika Sedang Berenang Dalam Tasik
siakapkeli.my

Tasik itu menjadi tarikan mereka yang suka mandi telanjang kerana kawasannya yang tertutup

Jerman, 23 Ogos - Seorang lelaki panik selepas alat sulitnya tercangkuk pada mata kail ketika dia sedang berenang di sebuah tasik di utara Augsburg di selatan Jerman pada minggu lepas.

Herbert Fendt (nama samaran) pada mulanya menyangka rasa sakit di bahagian sensitifnya itu disebabkan oleh lalang atau ranting di tasik itu.

Namun setelah diteliti, Fendt yang bertelanjang ketika itu, terkejut apabila mendapati rupanya sebentuk mata kail yang tersangkut pada alat sulitnya.

"Saya menjerit ke arah pemancing di tebing ' jangan tarik, jangan tarik!' Saya sangat takut jika dia cuba menarik jorannya itu", kata Fendt.

Fendt kemudian berenang ke tebing namun tidak dapat membuang mata kail itu.

Dia kemudian memotong tali tasi yang menyimpul mata kail itu dan terpaksa mengajuh basikal ke rumah dalam keadaan mata kail itu masih lagi melekat di bahagian sensitif itu.

Fendt kemudian memandu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Doktor juga tidak dapat menahan dari senyum kecil apabila dia melihat apa yang terjadi", kata Fendt.

Doktor kemudian membuang mata kail itu dan membersihkan luka di alat sulit Fendt.

Fendt dilarang dari mandi atau berenang selama seminggu, tapi berkata dia akan turun semula ke tasik itu untuk berenang selepas semuanya pulih.

Fendt juga berkata pemancing itu kurang bersimpati ke atas apa yang menimpanya.

"Pemancing itu memberitahu saya yang tasik itu bukan tempat untuk mandi dan dia ada hak untuk memancing di tempat itu.

"Saya cuba menerangkan kepadanya yang dia juga perlu mengambil kira perenang-perenang yang menggunakan tasik itu, dan saya tidak tahu menahu tentang larangan untuk mandi di tasik itu. Tapi dia tidak kisah", tambah Fendh.

Tasik yang berada berdekatan dengan kampung Dickelsmoor itu popular dalam kalangan perenang.

Presiden persatuan pemancing tempatan, Sylvia Fischer berkata tasik itu dimiliki oleh pemancing tetapi ia selalu digunakan oleh mereka yang suka mandi telanjang kerana kawasan itu tertutup.

"Kami para pemancing faham dengan apa yang terjadi. Kami pun pernah tercangkuk mata kail beberapa kali di jari, jadi kami boleh bayangkan yang insiden itu agak menyakitkan.

"Sudah tentu, pemancing perlu peka dengan mereka yang mandi manda, tetapi tasik itu secara rasminya tempat untuk memancing, jadi yang mahu berenang boleh berenang atas risiko sendiri", kata Fischer. - Siakapkeli.my

Sumber : Dailymail, Focus.de, augsburger-allgemeine.de

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 8:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Suami Jangan Bergurau Depan Isteri Kata Nak Kawin Dua, Kamu Tak Tahu Sebenarnya Isteri...
siakapkeli.my

Tercengang dengar luahan dan penyesalan sahabat saya ustaz Mohamed Iqbal Alivi tentang bergurau bab poligami dengan isteri.

Baru-baru ni beliau baru sahaja mendapat seorang cahaya mata, comel anak dia. Lepas habis program di Pasir Gudang selepas solat semua ajak Ustaz Iqbal makan di asam pedas power Johor dan kami bersembang.

Dia kata "Lil.. lainlah dah ada anak ngan tak ada anak lagi.. Allahu."

"Lil.. Aku bersama ngan isteri aku dalam bilik bersalin 8 jam nak tunggu baby keluar.. Isteri aku kata.."

"Abang apa-apa berlaku jap lagi.. biar anak selamat.. apa-apa berlaku pada saya takpe.."

Aku menangis Lil, aku tengok dari mula sampai akhir bini aku bersalin, aku rasa Ya Allah, payahnya laa... Aku terus teringat mak aku Lil, aku lahir dulu besar 4 kg lebih, lagi teruk mak aku lahirkan aku..huhu.

"Waktu kami berdua je.. Aku selalu bergurau dengan isteri aku nak kawin dua.. biar awak senang sikit.. saya kawin dua awak ada kawan... masa tu orang umah aku marah.. merajuk.."

"Aku tak faham.. lepas aku tengok dia bersalin aku dah taknak sebut benda-benda kawin dua ni Lil.. kesian kat bini aku..."

Allahu.. Saya terfikir.. ramainya suami-suami hari ni jadikan itu sebut nak kawin dua.. Nak kawin sorang lagi jadi bahan gurauan.. Tapi langsung tak tahu.. Sebenarnya walaupun nampak bergurau tapi sangat beri kesan pada hati seorang wanita..

Nampak macam takde ape-ape.. dia cubit kita.. merajuk.. Tapi dia akan ingat sampai bila-bila gurauan kita tu... Kadang-kadang benda gurau-gurau macam ni buatkan isteri kita hilang respect pada kita.. Sebab buat benda-benda macam ni gurauan.. Hati wanita sangat lembut dan cepat terasa..

Saya kalau timbul perbincangan tentang kawin dua dan sebagainya depan saya dan isteri saya terus kata

"saya takde masa nak fikir psal ni... Kerja saya banyak.. Isteri saya ni cukup sempurna bagi saya.."

Saya nak ajak suami-suami kawan-kawan saya.. Walaupun poligami dibenarkan syara' tapi jangan jadikan soal itu sebagai gurau .. Kita bergurau la lepas ni ngan isteri kita perkara lain.. Main Angkat-angkat dia ke.. Main lari-lari ke.. Main nyorok-nyorok ke.. Yang buat dia boleh happy dengan kita..

Jangan sesekali kita jadikan poligami bahan gurauan depan isteri dan anak-anak kita.. Kita jaga perasaan orang umah kita macamana kita nak isteri kita jaga perasaan kita.. Ya Allah.. Maafkan saya.. Maafkan kami semua.. Kami tak perasan perkara-perkara kecil ni...

Saya pernah dengar.. Bila isteri lepas bersalin.. Kita kena banyak puji isteri kita.. Cakap.. Awak kuat sangat.. Awak banyak tolong saya.. Terima kasih.. Saya dapat rasakan yang awak kuat berdoa dengan Allah untuk saya dan kerjaya saya.. Sekali sekala..

Puji isteri kita depan mak ayah dia.. Mak ayah dia pun suka.. Isteri kita pun suka,. Tapi malangnya hari ni.. Kita sebagai suami jarang sangat.. Berat sangat mulut nak puji isteri kita yang bnyak korban untuk kita.. Bukankah dia pernah lahirkan zuriat kita.. Dia yang tanggung perit semaa? YaAllah.. Maafkan kami.. Kami tak pandai jadi suami yang terbaik..

Ustaz Khailil Razak

Share di wall anda agar suami, menantu, dan tunang kita dapat baca insyaAllah..

- Siakapkeli.my

"Hari-Hari Sakat Isteri Kata Nak Perempuan Lain,Isteri Juga Manusia Hati Perlu Dijaga," Pesanan Ustaz Ini Kepada Lelaki Di Luar Sana
siakapkeli.my

Adalah menjadi kebiasaan sesetangah lelak bergelar suami pada masa kini untuk menjadikan mencari siteri abru sebagai bahan gurauan, walaupun nampak isteri seperti boleh menerima ketahuilah mereka sebenarnya merupakan hati yang perlu dijaga, kerana kalau tidak banyak pasti sedikit mereka terasa.

Jika dilihat diluar sana kini begitu banyak kisah yang tidak sedap didengar kisah rumahtangga yang berpunca daripada hawa nafsu manusia, ada kerana isteri dan ada kerana si suami yang tidak pernah cukup dengan apa yang dapat.

Diakui tidak semua lelaki begitu, tetapi mesej ini sudah pasti ditujukan kepada mereka yang begitu perangainya, ketahuilah pengorbanan isteri anda di rumah, ketahuilah apa kekurangan kita bila merungut isteri main tidak cantik, kenapa? mengapa? adakah salah isteri semata-mata atau salah kita juga yang tidak membantu isteri langsung dalam menguruskan rumah tangga.

Pendakwa terkenal, Ustaz Ebit Lew telah tampil mengulas perkara ini. Jom kita baca.

Tadi saya jalan dekat jalan saya jumpa seorang akak lintas jalan besar bawa 6 orang anak kecil-kecil. Dalam hati ke mana mereka ni. Saya nampak mereka seberang jalan besar untuk ke klinik. Ada anak tak pakai selipar dan nampak sangat selekeh. Ya Allah bahayanya. Sebak fikir ada orang yang hidup mereka dalam kesusahan begitu. Ya Allah selamatkanlah dan mudahkan rezeki buat akak tu dan anak-anaknya.

Terus teringat masalah dalam inbox saya yang begitu banyak. Ketika isteri sedang dukung anak dengan kedua tangan dengan linangan air mata dan peluh. Bengkak, terseliuh. Luka berdarah dalam mengurus anak-anak. Isteri sedang usung perut sana sini. Separuh mati nak bersalin. Suami mengkhianati kepercayaan dan kebaikan isteri.

Suami di luar sibuk memenuhkan nafsu yang tak pernah puas. Lepas tu salahkan isteri tak masak. Tak kemas rumah. Tak cantik...tak layan mereka.

Lagi sedih bila orang lelaki cerita pasal wanita sana cantik. Wanita sini cantik depan isteri. Lebih malang tengok sukan wanita tidak berpakaian sempurna. Acara renang. Mana sifat malu. Sedangkan malu itulah ialah cabang dari iman. Lebih malang ada yang mengadu suami menonton video yang memalukan untuk keseronokan sedangkan ada isteri yang halal dan sempurna.

Saja-saja hari-hari menyakat isteri kata nak perempuan sana. Perempuan sini. Puji wanita lain selain isteri berlebihan. Hari-hari gurauan yang memedihkan hati isteri. Mereka juga manusia yang hati mereka perlu dijaga. Seperti hati kita yang perlu dijaga. Like gambar wanita sexy yang bukan saudara kita. Group whatsapp gambar wanita cantik dengan caption yang tak baik.

Sekiranya isteri kita boleh berusaha separuh mati bahkan mati berkali-kali demi kesetiaan cinta buat suami dan kerana Allah. Takkan kita tak boleh berusaha menjaga hati mereka dan berjanji pimpin tangan mereka sehingga melangkah masuk syurga- Ebit Lew.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 8:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sedih, Lagi Sebulan Tarikh Kahwin, Bakal Mentua Suruh Putus Tunang Sebab Tak Pandai Masak
siakapkeli.my

Assalamualaikum admin, mohon postkan confession ni sebagai pengajaran utk semua.

Cerita yang aku nak kongsi ni bukanlah pasal aku. Tapi pasal kawan aku yang sepatutnya bernikah syawal ni tapi cancel sebab si perempuan tak pandai masak. Ya, bunyinya agak kolot bagi aku jugak.

Ceritanya bermula bila aku menjadi orang tengah untuk kawan aku dan bekas tunangnya ni. Aku yang perkenalkan mereka. Aku kenal perempuan tu, memang baik orangnya, bab agama pun lulus dah. Bab muka pun boleh tahan. Pandai bergaul dengan orang tua. Dengan budak kecik pun dia pandai bergaul maybe sebab dia datang dari keluarga yang besar.

Lepas aku perkenalkan mereka, memang jatuh hatilah kawan aku ni dekat perempuan ni (kawan aku jugak). Yela, kita mestilah nakkan yang terbaik kan untuk kawan sendiri dan aku pun memperkenalkan mereka berdua sebab aku rasa dua dua cocok, dua dua sama baik, sama padan. Nak dijadikan cerita setelah beberapa bulan (hampir setahun jugak, 7-8 bulan kot?) diorang ada la berkenalan, berkawan, kenal hati budi masing-masing yang lelaki ni pun ada juga datang bertandang ke rumah perempuan ni, kira nak curi hati family and mak ayah perempuan la. Aku la tukang temannya kahkah.

Family perempuan semua okay dengan yang lelaki. Part tu tak ada masalah dah. Melihatkan kepada 'lampu hijau' daripada family si perempuan ni, kawan aku pun decide untuk mengahwini si perempuan. Dia pun bincang dengan aku, aku pun kenal dia ni memang bertanggungjawab dan matang orangnya. Tak jadi masalah untuk dia kahwin walaupun kami baru 23 tahun. Aku pun kata "Okay kalau kau rasa betul nak kahwin dengan dia" Dia punya muka toksah cakaplah senyum sampai telinga bila parents dia pun bagi green light untuk dia kahwin.

Maka datanglah rombongan meminang si perempuan…time ni aku teman kawan aku, dia tak ikut, mak ayah dengan sedara mara dia je pergi. Dia punya tak senang duduk tu masyaAllah! Berdebar agaknya nak tahu si perempuan terima ke tak. Aku tak tahulah perasaan tu macam mana, tak rasa lagi hahahaha. Okay so mereka ni pun bertunang laaaaaaaa. Tempoh pertunangan dah ditetapkan selama 3 bulan. Maknya kata sempatlah dalam tempoh tu nak berkenalan dengan bakal menantu perempuannya tu.

Aku dengan kawan aku ni rapat, almost everything kitorang share sama-sama, so sepanjang dia bertunang tu aku la tolong dia selesaikan apa-apa masalah. Sepanjang tempoh pertunangan diorang tu, mak kawan aku ni selalu jugak jemput si perempuan datang rumah, diorang spend time sama sama sebab nak berkenalan la kannn. Tiba-tiba sampailah satu kali ni, ada baki lagi sebulan sebelum diorang nikah,bulan puasa la ni, memang kalut jugak lah aku tengok kawan aku nak siapkan semua benda.

Mak kawan aku ajak si perempuan datang rumah. Kali ni bukan spend time macam biasa, kali ni dia interview si perempuan pasal masak. Kawan aku ni pandai masak. Masa tu lah maknya tahu………tunang anaknya ni tak pandai masak! Bagi aku benda kecik je tu. Tapi tak tahulah maybe sesetengah orang, benda macamni sangat penting untuk dia. Mak kawan aku ni takde la hangin ke apa, cuma dia ada sindir kata buat apa la nak bini tak pandai masak nanti suami je kena masak. Aku masa dengar tu cam "Ek eh makcik ni" muka kawan aku pun berubah macam tak percaya mak dia nak kata macamtu.

Kawan aku ada back up tunang dia, tapi mak dia memang berkeras tak suka orang tak pandai masak. Bergaduh jugaklah kawan aku ni dengan mak dia. Kata maknya kakak ipar kawan aku semua pandai masak, bolehlah nak diharap. Kalau yang tak pandai masak nanti balik tak masak, anak dia nak makan jugak isteri dia masak. Aku tepuk dahi je masa tu. Kawan aku tak mampu nak kata apa dah. Cancel la kahwin semata-mata sebab perempuan ni tak reti masak. Lagipun siapa selesa kan nak kahwin kalau mak sendiri tak suka dengan pasangan kita?

Aku pulak yang emosi time tu. Sebab bagi aku, masak ni semua orang boleh belajar kot? Masterchef kids pun wujud, maknanya semua orang boleh belajar masak. So kalau dia tak reti masak tu, apa masalahnya? Suami dia la tolong ajarkan dia masak, and why not guna peluang tu untuk mak mertua ajar anak menantu dia masak? Dalam masa yang sama boleh rapatkan hubungan. Kan?

Zaman dah berubah kot. Kadang-kadang perempuan sekarang tak reti masak bukannya apa, kau bayangkan la dia duduk kampus, duduk kolej, mana la boleh nak masak dekat bilik? (unless jenis yang buat kerja gelap memasak dalam bilik tu lain la atau duduk rumah sewa, boleh masak) Dekat kolej beli je makanan. Tu tak campur lagi faktor lain macam dia jarang balik kampung sebab kolej dengan rumah terlampau jauh, tambang nak balik mahal, berapa kali je setahun dia balik rumah merasa pergi dapur? Dan lagi ada jugak yang bila cuti berbulan tu pergi kerja part time, balik kerja mak dia dah sediakan pun makanan, sabtu ahad sekadar tolong2 sikit kat dapur je tu pun tak cukup lagi untuk buat seorang perempuan tu terus pandai masak (aku taulah ni semua kakak2 aku, aku perhatikan memang macamnilah).

Waduh. Makcik, kadang-kadang bukannya orang tu tak teringin nak belajar masak, tapi kalau masa takde macam mana? Kakak kakak aku bila dah kerja duduk jauh dari family, pandai je diorang masak. Balik kampung sebut je nak makan apa semua dah pandai masak dah. Sebab apa? Sebab bila dia dah duduk jauh tu dia pandailah nak survive, rajinlah dia nak masak sendiri. Aku emosi betul sebab kawan aku a.k.a anak dia sendiri pandai masak, takde hal la pandailah budak tu ngajor wife dia masak.

Kadang-kadang mak mak ni over tau tak? So sekarang ni kawan aku bujang lagilah. Takpe lah bukan jodoh dengan perempuan tu kot. Nasib baiklah masa cancel tu secara baik, tak ada masalah gaduh gaduh and dia pun berkawan je lagi macam biasa dengan bekas tunang dia tu. Dari dulu aku geram kalau dengan mak mak yang suka bangkitkan benda remeh camni. Dia punya zaman lainlah. Sekarang zaman lain.

Akhir kata janganlah korang atau parents korang jadikan benda remeh ni masalah besar. Masak tu bukannya tak boleh belajar wei. Nanti dah kahwin kau belajarlah masak dengan pasangan kau. Bukan susah pon. Lelaki pun satu hal, aku malu betul dengan kaum aku yang suka merendah-rendahkan perempuan tk pandai masak. Eh ko dah kenape? Bukan tanggungjawab dia sekadar nak kasi kau makan. Apa salahnya kalau kau pun nanti masak sama-sama dengan wife kau? Sebab aku pernah jumpa lelaki yang melayan isteri dia macam hamba, bukan sebagai isteri. Kerja nak suruh isteri masakkkk je dia tak tolong yang dia tahu perut dia buncit dengan makanan.

Please la hadam apa yang aku cuba sampaikan. - Kawan Anak Makcik

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 8:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Pergilah Sayang, Pergilah Nyawa, Mama Dengan Papa Redha,"
siakapkeli.my

Merasai nikmat melahirkan anak adalah satu anugerah yang terhebat buat seorang wanita, seorang anak yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari dengan penuh kasih sayang akan terpancar kepuasan bila lahirnya anak berkenaan.

Segala kesakitan melahirkannya seolah-olah hilang apabila dapat memangku dan memberi susu pertama bayi yang dilahirkan berkenaan.

Namun, tidak semua bernasib baik, ada yang kehilangan bayi semasa masih di dalam kandungan dan ada yang 'kehilangan' bayi walaupun sudah selamat melahirkanya.

Memetik satu tulisan luahan hati seorang ibu bernama Lyza Leez di mana beliau membuat luahan apabila baru kehilangan seorang anak kecil yang baru dilahirkannya.

Jom kita baca luahan hati beliau.

Assalamualaikum baby, Mama tahu sayang dah tenang di sana. Mama dan papa doakan yang terbaik untuk kesayangan mama. Damailah dengan aman dan tenang. Tunggu kami di sana, kita akan berpimpin tangan nanti sayang.

Semalam, 28 Julai 2016, jam 12:45 pagi, mama keluar darah ketul tetapi petang cuma keluar sikit-sikit dan pagi itu, papa hantar mama pergi 'check up' sayang. Doktor cakap, sayang okay, sihat jantung semua okay. Cuma mungkin rahim tak kuat dan mungkin terbuka sikit. Kena bedrest.

Doktor nak refer ke Hospital Sultan Ismail (HSI), tetapi doktor cakap pihak hospital pun akan suruh rest. Papa cakap, tak apalah bawa mama balik.

"Kita balik yer sayang,"

Jangan salahkan papa, papa pun tak nak terburu-buru hantar mama ke HSI.

Balik rumah, mama rehat. Sayang tahu kan papa tapaukan kita ketam besar, belangkas dan puyuh dengan sayur. Mama makan, sayang di dalam aktif. Saya suka ye dapat makan ketam?

Memang sejak mengandung, mama jarang bagi sayang makan ketam, mama tak mengidam seafood. Dah makan, kita tidur, papa susuh berehat. Malam, kita tengok tv dengan papa dan Jack (kucing).

29 Julai 2016 (3:15 pagi, mama pergi buang air besar. Keluar ketul-ketul tak berapa besar. Mama sambung tidur. Satu jam kemudian mama sakit perut. Nak buang air dan segalanya tetapi tak nak keluar. Mama sambung baring. Sakit kadang datang kadang hilang.

Jam 6:30 pagi, mama kejutkan papa solat dan beritahu mama sakit perut. Bersiap-siap nak pergi ke hospital. Tak tahan sakit, mama masuk bilik D. Semakin kerap sakitnya. PErgi toilet rasa benda nak keluar tetapi tak ada. Mama baring lagi sementara doktor nak check up.

Tak tahan, doktor pindahkan mama ke bahagian kecemasan. Sempat check heartbeat, okay. Doktor suruh kangkang, jalan sudah terbuka. Doktor pecahkan air ketuban dan 10 minit kemudian (10:25 pagi) sayang meluncur keluar dengan laju tetapi tidak menangis. Mama tak dapat tengok sayang. Mereka terus bawa sebab nak selamatkan sayang. Mama cuma nampak sipi saja. Putih dan ada rambut. Hihi.. mama suka.

Rupanya, sayang ada di sebelah mama saja. Cuma mereka tarik tabir untuk sedaya upaya selamatkan sayang.

Satu jam kemudian, papa masuk dan tanya.

"Macam mana semua? Okay?"

"Mama dah bersalin,"

Papa macam nak menangis. Mama tunjuk baby ada di sebelah. Papa pergi tengok dan kata sayang putih bersih cantik comel, hidung tinggi mancung. Papa azankan sayang. papa tak nak ambil gambar sebab sayang dah masuk tiub untuk oksigen.

Doktor datang beritahu pada mama, nak bawa sayang pergi ke HSI sebab jantung dan pernafasan lemah dan tidak stabil. Papa ikut dan mama tinggal keseorangan.

Tidak lama kemudian nenek pun sampai. Masa itu juga papa telefon nenek, tak telefon mama. Nenek menangis, mama dah dapat agak. Mama tunggu nenek cakap. Nurse dah datang tenangkan mama. Sayang dah tak ada. Mama pandang siling, tak keluar air mata ini. Memang mama kuat pada masa itu.

Sayang sampai, mereka bagi sayang pada mama. Mama tak cium bukan sebab tak suka tetapi mama tak sampai hati. Mama belek segenap inci muka sayang. Betul, memang comel. Indah ciptaan Allah pada sayang.

Doktor minta izin ambil darah sayang, takut ada kuman. Mama izinkan. Mereka mandikan dan siapkan sayang. Papa tunggu, mama pun dapat balik sekejap untuk bersama-sama mengiringi perjalanan sayang yang terakhir.

Sayu sayang, sayu sangat-sangat. Mama tak ikut pergi ke kubur dan akhirnya mama tewas apabila papa menghulurkan sayang untuk mama cium buat pertama dan terakhir kalinya. Berakhirlah perjalanan sayang dengan mama dan papa.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Dari dalam rahim kami sayangkan sayang sampai sayang tinggalkan kami. Segalanya kami rasa dari kami tahu sayang hadir dalam hidup kami, biarlah menjadi sejarah dalam lipatan hidup kami.

Alhamdulillah selamat semuanya. Baby boy, anak syurga. Muhammad Abdullah Roszali, pergilah sayang, pergilah nyawa, kami redha. Al-fatihah.

Takziah kepada puan Lyza dan suami, semoga tabah, sesungguhnya anak kecil yang meninggal itu adalah salah satu syafaat kepada anda berdua di akhirat nanti. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 8:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Saat si ayah berkata..
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Saat si ayah berkata,

" Adalah saya ayahnya, wali kepada pengantin perempuan, Dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, pemeliharaan keselamatan, kasih sayang, cinta, pengorbanan dan perjuangan, serta tanggungjawab agama islam kepadamu sebagai suami yang sah, semoga diberkati Allah swt ke atas kamu dan orang dibawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu."

Maka dari itu, pasti bercucuran linangan air mata dari insan yang selama ini menjagamu, memeliharamu, mendidikmu dan menyayangimu. Can you imagine that?

Lelaki,

Penyerahan 'tanggungjawab' bukan bermaksud 'kau bebas' bermain dengan nafsu semata-mata walaupun si dia halal, tetapi penyerahan tanggungjawab ialah kau sedia cari makanan saat si dia lapar, kau sedia cari ubat saat si dia sakit, kau sedia cari duit saat dia perlukan duit, kau sedia jadi budak riang, saat si dia stress dengan masalah, kau sedia pujuk saat si dia merajuk, kau sedia pinjamkan bahu saat si dia menangis, kau sedia masak, basuh kain, kemas rumah, basuh pinggan dan lain-lain saat si dia berpantang dalam bersalin, kau sedia menahan lapar saat si dia perlukan kewangan untuk zuriatmu, kau sedia bangun malam saat si dia sakit menanggung perutnya yang memboyot, kau sedia membelai dengan penuh cinta saat si dia lemah tidak punya kekuatan untuk bersalin, kau sedia berikan motivasi saat dia futur, kau sedia balik awal ketika kerja untuk memastikan si dia sentiasa selamat tanpa diganggu orang jahat, kau sedia bimbing ilmu fardhu ain, dan ilmu-ilmu yang lainnya sehinggalah si dia benar-benar faham dan amal.

Pendek kata kau sedia untuk menjadi sahabat, murabbi, dan kekasih buat dia.

Kerana dia permata yang kau pilih. Maka kenapa perlu 'berhenti' walhal kau memilih jalan itu ? Kalau hendak berhenti kenapa perlu bermula ?
Bukankah setiap yang bermula ia perlu diakhiri ?

Ya, diakhiri dengan syurga dan redha Allah.

Buat seluruh bunga di luar sana,
Bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup? Bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung? Sakit bersalin berpantang? Realiti, anak mahu berjam-jam di pangkuan kita sampai badan menggigil lapar, dan lesu yang amat.

Remember, you are giving your life for your children. Kata mak saya, JANGAN MIMPI hendak makan, mandi dan tidur dengan aman selagi anak masih kecil. Sebab itu wahai wanita, jangan memberontak kalau mak ayah tak izin lagi untuk nikah. Mereka tahu tahap mana 'kemampuan' anak-anak mereka, mereka tahu kita belum siap sedia menjadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Bukan kerana mereka tak sayang kita. No. But kerana mereka sayang lah mereka berbuat demikian. Mereka risau dan risau kita menjadi isteri yang derhaka, yang mengabaikan hak dan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak.

Ingat, semua itu hanyalah kerana mak ayah ingin MENDIDIK KAMU bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH, sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba untuk hadapi susahnya liku kehidupan tanpa harapkan orang lain.

Kamu yang masih bujang,
Kalau kamu lihat semua yang indah-indah belaka. Itu hanyalah apa yang mereka perlihatkan kepada dunia. Hakikatnya, susah payah, perit air mata yang disembunyikan hanya Allah sahaja yang tahu. Kita hidup di alam realiti bukan fantasi. Again, realiti bukan mimpi atau ilusi. Jangan hanya berangan-angan yang indah belaka tanpa mahu MEMIKIRKAN amanah dan tanggungjawab yang bakal dipersoalkan.

Alasan,
1. Sudah kenal lama
2. Elak maksiat

Tidak cukup untuk kahwin tergesa-gesa. Sebab jika gunakan alasan masa bujang kahwin awal untuk pelihara maruah, bagaimana kamu yakin akan menjaga maruah selepas nikah ?

Sebab itu untuk kahwin, perlu ilmu. Bukan nafsu melulu.

Ingat kawan-kawan, Imam Nawawi tidak sempat menikah kerana sibuk dengan ilmu. Beliau meninggal pada usia muda. Namun sumbangannya kepada dunia islam amat besar dan terlalu besar. Terutamanya dalam mazhab syafie, beliau juga merupakan seorang ulama mujtahid Tarjih.

Again, lelaki dan perempuan perlu ilmu.
Bukan ilmu yang perlu kamu.

Lelaki, biarlah khatam satu kitab bab nikah sebelum nikah. Sekurang-kurangnya kitab Muhimmah. Insya Allah cerdik rumah tangga.

Tidaklah terpampang di surat khabar, mahupun menjadi viral di fb berita-berita seperti suami menceraikan isteri dan menggangap lafaz cerainya adalah lafaz gurau dan sebagainya.

Wallahualam.

Kak Hassanah
Kota Kinabalu, Sabah.

Gambar sekadar hiasan.
Photoby : Faisal Hafiz

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Stevia Dan Lain-Lain Pemanis: Manfaat Atau Mudarat ?

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

GULA DAN RASA MANIS

Rasa manis adalah satu nikmat yang paling diminati oleh manusia. Boleh dikatakan hampir semua jenis makanan perlu kepada rasa manis samada sedikit ataupun lebih. Tanpa rasa manis, minuman dan makanan akan menjadi tawar dan tidak menyelerakan.

Apa sebenarnya yang menyebabkan anda rasa manis ? Anda merasa manis kerana otak anda menerima maklumat dari reseptor rasa di lidah yang diransang oleh molekul gula terutamanya gula dari kumpulan monosakarida seperti glukos dan fruktos. Monosakarida dan disakarida (sukros, dalam gula pasir) juga dikenali sebagai free sugar digunakan untuk tujuan memaniskan minuman dan makanan.

Gula boleh juga diperolehi secara semulajadi dari madu, sirap dan jus buah. Walau bagaimanapun pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan terutamanya diabetes ,kegemukan dan kerosakan gigi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan pengambilan gula (free sugar) tidak lebih dari 5% dari jumlah kalori yang diambil di dalam satu hari, iaitu sebanyak 25 gram ataupun 6 camca teh (rujukan).

Walau bagaimanapun, WHO tidak menghadkan pengambilan gula semulajadi dari sumber buah-buahan segar, sayuran dan juga susu. Perlu diingat bahawa sebenarnya banyak gula (free sugar) tersembunyi di dalam makanan-makanan lain contohnya 1 sudu teh kicap mengandungi 4 gram free sugar.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan gula kurang dari 5% dari jumlah kalori di dalam sehari mengurangkan kadar kegemukan dan kepada kanak-kanak ianya juga mengurangkan kadar kerosakan gigi.

Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan gula tersebut ditukarkan kepada lemak. Terdapat banyak lagi masalah pengambilan gula yang berlebihan seperti kerosakan hati (terutamanya fruktos), sindrom metabolic (obesity, tinggi kolesterol, tinggi kandungan gula, trigliserid dan tekanan darah tinggi), kandungan asid urik yang tinggi.

Gula boleh difermentasi (oleh bakteria) menjadi gas karbon dioksida, asid dan alcohol. Jadi fermentasi gula menyebabkan penghasilan asid yang boleh menyebabkan pembentukan plag dan kerosakan gigi.

Apabila anda mengambil karbohidrat, kandungan karbohidrat akan dipecahkan kepada gula sebelum diserap masuk ke dalam aliran darah. Indek Glisemik (Glycemix Index) adalah ukuran sejauh mana kesan makanan berkarbohidrat tersebut ke atas kandungan gula darah.

Index Glisemik yang rendah bermaksud makanan tersebut menyebabkan peningkatan gula darah yang perlahan dan rendah.

Pengambilan makanan yang mempunyai Indek Glisemik yang rendah dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk mengalami diabetes jenis 2, penyakit jantung, sindrom metabolic, strok dan banyak lagi manfaat kesihatan. Indek Glisemik diukur dengan cara memberi makan karbohidrat berkenaan sebanyak 50 gram dan mengukur kandungan gula darah selepas 2 jam. Kemudian untuk perbandingan, 50 gram gula tulin diberikan dan gula darah diukur selepas 2 jam.

Graf kedua-dua bacaan akan dibuat dan perbandingan dilakukan dengan mengukur keluasan di bawah graf (Area under the curve, AUC). Nilai AUC untuk gula tulin tadi dianggap 100% dan jika AUC makanan karbohidrat tadi 48% dari AUC gula tulin , maka Indek Glisemik makanan tersebut dikatakan 48.

Makanan yang mempunyai Indek Glisemik 0-55 dikatakan rendah, 56-69, sederhana dan lebih dari 70 dikatakan Indek Glisemik yang tinggi.

Untuk melihat senarai makanan dan nilai Indek Glisemik mereka, sila rujuk di sini .

Contohnya nasi putih mempunyai Indek Glisemik 89, tetapi nasi perang (brown rice) pula hanya 50. Buah apel mempunyai Indek Glisemik 39, pisang 62, kurma kering 42, anggur 25, orange 40, buah pear 38, buah prun 29 dan buah tembikai 72.

APAKAH PEMANIS (SWEETENERS)

Pemanis adalah perkataan umum merujuk kepada apa sahaja bahan-bahan yang digunakan untuk tujuan memaniskan minuman ataupun makanan.

Selalunya kita menggunakan gula sebagai pemanis. Masalah yang dibawa oleh gula jika digunakan sebagai pemanis adalah ianya adalah karbohidrat dan boleh meningkatkan kandungan gula di dalam darah. Tetapi pada hari ini semakin ramai pengguna menggunakan pengganti gula ("sugar substitute") untuk memaniskan makanan dan minuman mereka.

Pengganti gula dianggap bahan perasa makan(food addictive) yang menggantikan gula untuk rasa manis tetapi tidak mengandungi kalori ataupun kandungan kalorinya rendah, jadi ia tidak menyebabkan peningkatan gula darah. Di samping ianya memberi rasa yang sangat manis ia tidak ada kalori ataupun hanya sedikit kandungan kalori, pemanis tidak boleh difermentasikan oleh bakteria, jadi ianya lebih baik kepada kesihatan gigi.

Secara umumnya pemanis terdiri dari gula pasir (sukros) dan pengganti gula (sugar substitutes).

Pangganti gula pula kadangkalanya diklasifikasikan kepada 4 kumpulan iaitu:

1. Pemanis tiruan ataupun sintetik (artificial sweeteners),
2. Gula alcohol,
3. Pemanis Novel (Novel sweeteners) dan
4. Pemanis semulajadi (Natural sweeteners).

Rujuk jadual 1 untuk melihat klasifikasi pengganti gula dan jenis-jenisnya.

Jadual 1 : Klasifikasi Pengganti Gula (sugar substitutes).

Terminologi pengganti gula ini selalu diperdebatkan kerana ada yang mendakwa bahawa stevia adalah pemanis semulajadi walaupun ianya telah diproses. Begitu juga dengan ada sebahagian pemanis tiruan diperbuat dari bahan semulajadi contohnya sukralos (sucralose) diperbuat dari gula. FDA mengawal pengganti gula dan memerlukan kelulusan FDA sebelum dapat digunakan untuk tujuan pemanis. Mana-mana pengganti gula yang diluluskan oleh FDA akan dikategorikan sebagai "Generally Recognized as Safe" (GRAS). Di antara pangganti gula yang diluluskan oleh FDA adalah saccharin, aspartame, sucralose, neotame dan acesulfame potassium.

PEMANIS TIRUAN/SINTETIK

Pemanis tiruan adalah penganti gula yang dihasilkan melalui sintetik, tetapi ianya boleh dihasilkan dari sumber semulajadi seperti gula dan herba.

Pemanis tiruan selalunya mempunyai kemanisan yang sangat tinggi berbanding dengan gula biasa, sebab itu ianya kadangkala dikenali sebagai "intense sweeteners".

Pemanis tiruan hampir tidak ada kalori dan anda hanya perlukan sedikit untuk menghasilkan rasa manis. Ianya seringkali digunakan di dalam makanan yang diproses, minuman ringan, pudding, jem, jeli dan lain-lain. Disebabkan ia tidak menyumbang kepada kalori dan gula darah, maka ia ada membawa beberapa manfaat di antaranya :

1. Membantu mengurangkan berat badan (sebab tidak ada kalori, 1 gram gula ada 4 kalori, satu sudu teh bersamaan dengan 4 gram gula ataupun 16 kalori),

2. Boleh menggantikan gula kepada pesakit diabetes, disebabkan ia bukan karbohidrat, ia tidak meningkatkan gula darah. Dakwaan pemanis tiruan dengan risiko menghidap kanser (dikaitkan dengan saccharin) telah ditangkis oleh NCI, walau bagaimanapun pemanis tiruan dikawal oleh FDA. Di antara pemanis tiruan yang ada di pasaran, aspartame didapati mempunyai rasa yang hampir dengan gula, tetapi mempunyai kekuatan rasa manis sebanyak 200 kali gula sukros.Pemanis tiruan tidak boleh diambil berlebihan dan FDA telah menetapkan had pengambilan hariannya.

GULA ALKOHOL

Gula alcohol adalah karbohidrat yang diperolehi secara semulajadi dari beberapa jenis buah dan sayuran. Ia juga boleh dihasilkan oleh kilang. Walau bagaimanapun selalunya ia tidak semanis gula. Berbeza dengan pemanis tiruan, gula alcohol mempunyai kalori tetapi lebih rendah dari gula (1 gram mengandungi 2 kalori).

Walaupun namanya gula alcohol, ia bukan sebenarnya alcohol, tidak mengandungi etanol seperti yang terdapat di dalam minuman keras. Ianya didapati digunakan di dalam makanan yang diproses, cokelat, ubat gigi, pembasuh mulut dan chewing gum.

Jika diambil di dalam kuantiti yang agak banyak, boleh menyebabkan cirit, kembung perut dan angin di dalam usus. Status halal gula alkohol banyak dibincangkan disebabkan oleh perkataan alkohol walaupun tidak terdapat ethanol di dalamnya. Ianya juga dihasilkan dengan cara yang berbeza dengan arak. Negara Arab seperti Arab Saudi dan Qatal menghalalkan produk gula alkohol (rujukan 1, rujukan 2)

PEMANIS NOVEL (STEVIA, TAGATOSE, TREHALOSE)

Pemanis-pemanis di dalam kategori ini agak unik kerana ianya agak sukar dikategorikan di mana-mana pengganti gula disebabkan oleh ciri-ciri yang ada pada mereka dan juga bagaimana mereka dihasilkan. Tagatose dan trehalose dikategorikan oleh FDA sebagai bahan yang "generally recognized as safe" (GRAS). Tagatose mempunyai karbohidrat pada kuantiti yang rendah seperti fruktos, manakala Trehalose pula ditemui dari madu dan cendawan. Mengenai Stevia pula, FDA hanya meluluskannya di dalam bentuk yang diproses sebagai pemanis tetapi tidak meluluskannya yang di dalam bentuk daun ataupun ekstrak secara kasar. Stevia tidak mempunyai kalori sama seperti pemanis tiruan.

Nama Stevia diperolehi dari sejenis pokok belukar yang dinamakan Stevia rebaudiana, banyak ditemui di Amerika Selatan, boleh ditanam dengan suburnya di Malaysia. Ia telah digunakan sebagai pemanis semenjak lebih seabad oleh orang asli Paraguay.

Bahan yang menyebabkan kemanisan pada stevia dikenali sebagai Steviol Glycosides. Terdapat banyak jenis steviol glycoside (7 jenis) dan dua daripadanya adalah Rebaudioside A dan Stevioside. Rebaudioside A mempunyai tahap pemanis yang paling tinggi (240 kali dari gula).

Rebaudioside A juga mempunyai rasa yang paling kurang pahit berbanding dengan steviol yang lain, jadi ianya dianggap ingredient yang paling utama di dalam stevia. Ia mempunyai kekuatan rasa manis 240 kali lebih tinggi dari gula dan tidak mempunyai nilai kalori. Stevia didapati selamat diambil oleh orang ramai dari semua golongan usia termasuk pesakit diabetes dan darah tinggi. Acceptable daily intake (ADI) ataupun kuantiti pengambilan stevia setiap hari adalah 4 mg/kg berat badan.

Tagatose pula adalah pengganti gula yang dikategorikan bersama dengan stevia sebagai pemanis novel. Kadangkala ianya juga dikategorikan sebagai pemanis semulajadi kerana tagatose adalah monosakarida semulajadi yang dikenali sebagai hexose.

Tagatose sering digunakan di dalam produk tenusu dan mempunyai persamaan dengan gula pasir (sukros) di mana hampir sama manis (92%) dengan gula tetapi mempunyai kandungan kalori yang lebih rendah (38% dari gula). Indek Glisemik tagatose adalah 3. Ia telah diluluskan sebagai bahan perasa makanan (food addictive) di bawah kategori pemanis berkalori rendah (low calorie sweetener) oleh FDA dan WHO. Ia juga diluluskan oleh Pentadbiran Ubatan Negara Korea (KFDA) dan negara Eropah. Malah KFDA telah meluluskan penggunaan tagatose sebagai ubat mengawal gula darah selepas sarapan (postpandrial blood glucose level). Tagatose boleh dihasilkan dari galaktos melalui tindakan enzim.

PEMANIS SEMULAJADI

Pemanis semulajadi seringkali dianggap yang paling sihat berbanding dengan lain-lain pengganti gula, tetapi walaupun dikenali sebagai pemanis semulajadi, ia seringkali menjalani proses dan pengubahsuaian. Di antara pemanis semulajadi yang diluluskan oleh FDA dan dianggap selamat untuk diminum/makan adalah nectars (dihasilkan dari sejenis pokok yang tumbuh di Mexico selatan, Agave nectar, juga dikenali sebagai Sirap Agaves), madu, dan sirap maple.

Pemanis semulajadi boleh digunakan di rumah dan juga di dalam makanan yang diproses. Ia kadangkala digunakan sebagai gula tambahan (added sugar) dan ada juga digunakan di dalam teh, cocktails, dalam pembasuh mulut, pancake, waffle topping, cereal dan kek. Walaupun pemanis semulajadi ini mungkin pemanis yang lebih baik dari gula tetapi vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya hampir sama seperti gula.Mereka masih mempunyai kalori dan jika diambil secara berlebihan, boleh memudaratkan.

ADAKAH PENGGANTI GULA TERMASUK STEVIA BOLEH MERAWAT PENYAKIT DIABETES, LAIN-LAIN PENYAKIT DAN MENURUNKAN BERAT BADAN?

Semua pengganti gula ini boleh diambil untuk tujuan menggantikan gula kerana ianya tidak ada karbohidrat ataupun kalori. Jikapun ada karbohidrat, kandungannya lebih rendah dari gula. Jadi pada asasnya pengganti gula memang boleh membantu mengurangkan pengambilan gula dan kalori oleh seseorang jika ianya diamalkan dengan betul. Walau bagaimanapun setiap pengguna harus faham tentang perkara-perkara berikut sebelum mengamalkan pengambilan pengganti gula:

1. Pemanis-pemanis ini hanya menyediakan rasa manis tanpa kalori

2. Pemanis-pemanis ini bukan ubat untuk merawat kerana peranannya hanya sebagai bahan alternatif gula dan hanya memberi kesan tidak langsung di dalam mengurangkan kandungan kalori di dalam makanan dan minuman.

Jika anda mengambil lain-lain nutrin dalam kandungan kalori yang tinggi, anda tetap akan menghadapi masalah kesihatan kerana sumber kalori bukan sahaja dari gula tetapi juga dari makanan seperti nasi, lauk, sos, buah-buahan dan sayuran. Jika anda menghidap diabetes, anda tetap perlu mengambil ubat diabetes untuk mengawal gula kerana peranan pemanis-pemanis ini sangat terhad. Tetapi dengan adanya pemanis, pesakit diabetes mungkin boleh menikmati makanan dan minuman yang sebelum ini perlu mereka jauhi disebabkan oleh tinggi kandungan kalori.

3. Pemanis-pemanis ini hanya membantu anda mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit-penyakit lain yang ada kaitan dengan pengambilan kalori yang berlebihan. Ianya tidak akan membantu jika anda tidak melakukan langkah-langkah mengurangkan makanan berkalori tinggi, tidak mengurangkan pengambilan lemak, tidak melakukan senaman dan tidak menjalani gaya hidup sihat.

Ianya akan bermanfaat jika pemanis ini digunakan di dalam kebanyakan makanan dan minuman anda disamping anda mengambil makanan yang seimbang dan jumlah kalori yang optimum. Malahan ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa amalan menggunakan pengganti gula ini tidak berkesan menurunkan berat badan jika tidak digabungkan dengan kaedah-kaedah mengurangkan berat badan yang lain.(rujukan). Malah ada juga kajian yang lebih kontroversi menunjukkan pengambilan pengganti gula boleh meningkatkan berat badan dan bukan menurunkan berat badan. (rujukan)

4.Pemanis-pemanis ini dihasilkan melalui proses dan pengawetan, jadi ianya tidak terlepas dari mempunyai bahan pengawet, dan bahan-bahan kimia yang lain. Ianya juga boleh terdedah kepada pencemaran bakteria, kulat dan organisma-organisma lain yang boleh memudaratkan. Anda juga boleh tertipu dengan pengeluar-pengeluar produk pemanis ini yang mungkin memasukkan bahan lain selain dari bahan yang didakwa. Anda tidak mungkin dapat mengesahkannya.

5.Pemanis-pemanis ini tidak sekali-kali boleh menggantikan ubat dan rawatan penyakit kronik yang lain.

6.Penggunaan pemanis boleh menjadi senjata makan tuan jika pengamalnya merasa terlalu selamat menggunakan pemanis tanpa kalori, disebabkan oleh perasaan selamat, mereka mungkin tanpa sedari mengambil makanan berkalori tinggi secara berlebihan sehingga berat badan meningkat (kerana menyangka yang mereka sudah mengamalkan pengambilan gula yang terhad).

7. Pemanis-pemanis ini apabila diambil akan melalui proses metabolism dan pemecahan kepada by-product dan ada di antaranya berpotensi untuk menyebabkan masalah kesihatan jika pemanis ini diambil secara berlebihan. Contoh: By-product kepada Aspartame iaitu asid aspartic, phenylalanine dan methanol. Pemanis dan by-product yang dihasilkan juga kadangkalanya boleh menyebabkan alahan kepada pengguna walaupun risiko alahan adalah rendah.

8.Interaksi pemanis-pemanis ini dengan ubat-ubat seperti antifungus, antibiotic, ubat darah tinggi dan beberapa lagi jenis ubatan telah dilapurkan walaupun ianya hanya peringkat lapuran kes. Jadi kemungkinan berlakunya interaksi ubat ini tidak boleh ditolak begitu sahaja.

9.Kepada orang Islam, sila pastikan bahawa produk pemanis ini adalah halal. Terdapat produk pemanis ini menggunakan alkohol semasa proses pengekstraktan bahan pemanis dari sumber asal. Untuk mengetahui mengenai perkara ini produk tersebut tentukan samada terdapat label halal.

ADAKAH PENGGANTI GULA SELAMAT DIAMBIL?

Penggunaan pengganti gula merupakan salah satu tajuk perdebatan semenjak beberapa tahun dahulu dan pelbagai pendapat dikeluarkan mengenainya. Banyak kajian dijalankan dan menghasilkan pelbagai keputusan. Ada kajian ke atas haiwan yang menunjukkan kaitan pengambilan pemanis dengan peningkatan nafsu makan kerana pemanis yang diambil tetap meransang reseptor di lidah dan otak menyangka tahap gula darah yang tinggi, akibatnya badan mengeluarkan insulin dan menyebabkan gula darah menurun (hipoglisemia) sehingga haiwan merasa lapar dan kemudian mengambil makanan yang banyak dan menyebabkan kegemukan.

Walau bagaimanapun ini adalah hasil kajian ini diperolehi dari kajian ke atas haiwan. Terdapat juga pendapat berdasarkan kepada kajian ke atas manusia bahawa pengambilan pengganti gula ini disebabkan ianya manis, menyebabkan pengguna ketagihan gula (sugar craving) dan bergantung kepada gula (sugar dependence) (rujukan 1, rujukan 2). Adakah ini akan dimanifestasikan dengan tabiat makanan yang lebih banyak?

Aspartame mungkin merupakan pemanis yang paling banyak menjalani kajian tetapi kebanyakan kajian ini dilakukan ke atas haiwan jadi sukar untuk mengesahkan sebarang kesan manfaat pengubatan ke atas tubuh badan manusia. Salah satu aspek kajian yang pernah dijalankan adalah melihat potensi kesan sampingan akibat dari by-product hasil dari pemecahan Aspartame iaitu asid aspartic, phenylalanine dan methanol kepada kesihatan. Walaupun kajian awal ke atas haiwan menunjukkan ada kaitan dengan risiko menghidap beberapa jenis kanser tetapi penilaian semula mendapati bahawa ianya tidak benar. Kesimpulannya, hingga setakat ini pengambilan Aspartame pada kadar yang disyorkan adalah selamat.

Saccharin pula mungkin pemanis tiruan yang paling lama dihasilkan dan mempunyai kemanisan 300-500 kali ganda lebih dari gula. Saccharin pernah dilapurkan boleh menyebabkan kanser pundi kencing melalui kajian ke atas haiwan pada tahun 1960 an dan 1970 an, tetapi pada hari ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan juga IARC telah menarik balik dakwaan tersebut dan Saccharin sudah tidak dianggap sebagai bahan karsinogen. Kebanyakan negara membenarkan penggunaan Saccharin dalam kuantiti yang disyorkan.

Sucralose ditemui pada tahun 1976 dan yang uniknya, sucralose merupakan satu-satunya pemanis yang dibuat dari gula tetapi dianggap Zero-Calorie pengganti gula ("zero-calorie sugar substitute"). Ia adalah gula yang menjalani proses klorinisasi (memasukkan atom klorin ke dalam molekul sukros) dan mempunyai kemanisan 600 kali ganda berbanding dengan gula. Ia digunakan di dalam banyak makanan dan minuman sebagai pemanis (lebih 4000 jenis produk makanan). Apa yang menarik adalah ianya tidak mudah dipecahkan oleh haba jadi sesuai digunakan untuk membuat makanan yang perlu dimasak di bawah suhu tinggi seperti roti,kek dan lain-lain. Di samping itu, kebanyakan dari sucralose yang diambil tidak akan diserap ke dalam aliran darah sebaliknya akan dibuang dalam bentuk asal melalui usus. Tidak ada kesan sampingan yang serius dikaitkan dengan sucralose. Umumnya sucralose adalah pemanis yang selamat diambil termasuk oleh pesakit diabetes.

Acesulfame dan Neotame adalah pemanis tiruan yang juga diluluskan penggunaannya oleh FDA dan dianggap selamat digunakan. Neotame mempunyai struktur yang hampir sama dengan Aspartame tetapi lebih stabil dan mempunyai kemanisan 8000 kali lebih dari gula.

Bagaimana pula dengan Stevia. Setakat ini tidak ada kesan alahan yang dilapurkan akibat pengambilan stevia. FDA telah mengkategorikan ingredient yang terdapat di dalam stevia sebagai bahan perasa makanan (food addictive) jadi kehadirannya di dalam apa-apa produk perlu dinyatakan di dalam label. Walaupun ianya dianggap selamat tetapi kesan sampingan jangkamasa panjang belum dapat disahkan lebih-lebih lagi jika ianya diambil di dalam kuantiti yang berlebihan. Terdapat kajian kecil ke atas haiwan yang menunjukkan apabila tikus diberi stevia pada kuantiti yang tinggi, kandungan sperma tikus menurun dan di dalam makmal, steviol glycosides boleh ditukarkan kepada bahan penyebab mutasi DNA (Mutagenic substance). Di antara kesan sampingan yang pernah dilapurkan (jika mengambil dalam kuantiti yang tinggi) adalah loya, perut kembung, pening, sakit kepala, tekanan darah rendah dan kandungan gula darah yang rendah) (rujukan).

Terdapat juga lapuran mengenai kesan interaksi stevia dengan ubat-ubatan seperti ubat psikiatri (litium), ubat antidiabetes (stevia boleh menurunkan kandungan gula darah jika diambil bersama dengan ubat diabetes), beberapa ubat tekanan darah tinggi dan beberapa lagi jenis ubat (rujukan).

Stevia diluluskan kegunaannya di Amerika dan negara-negara Eropah. Seperti yang disebutkan di dalam perbincangan di atas, FDA hanya meluluskan stevia sebagai bahan perasa makanan ataupun pengganti gula jika bahan pemanisnya diekstrak dengan betul(kaedah pengekstraktan sama seperti mendapatkan gula dari tebu, contohnya produk Truvi.

FDA tidak meluluskan penggunaan stevia dalam bentuk daun ataupun "crude stevia extracts" sebagai bahan perasa(rujukan), jadi dalam bentuk ini, ia tidak boleh dimasukkan ke dalam makanan atau minuman. Penggunaan stevia ketika hamil dan menyusukan anak tidak dapat disahkan dari segi keselamatannya kerana kekurangan bukti kerana sukar untuk membuat kajian kesan ke atas anak di dalam kandungan dan juga kuantiti produk di dalam susu ibu, jadi pada pandangan peribadi saya, mungkin lebih elok dielakkan.

KESIMPULAN

Pengganti gula terdiri dari 4 jenis iaitu pemanis tiruan, gula alcohol, pemanis novel dan juga pemanis semulajadi. Tujuan pemanis ini digunakan adalah untuk menggantikan gula supaya dapat mengurangkan jumlah kalori yang diambil setiap hari.

Semua pemanis bukan sejenis ubat dan tidak boleh digunakan untuk menyembuhkan apa-apa jenis penyakit. Ianya berperanan untuk membantu mengurangkan jumlah kalori yang diambil setiap hari untuk tujuan mengurangkan berat badan, mengurangkan kerosakan gigi, dan mungkin dengan pengurangan berat badan, anda akan bebas dari penyakit-penyakit kronik yang dikaitkan dengan kegemukan.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa amalan menggunakan pangganti gula untuk tujuan menurunkan berat badan hanya berhasil jika digabungkan dengan program aktiviti fizikal, ia tidak berkesan jika diamalkan bersendirian, malah ada juga kajian yang menunjukkan amalan bahan perasa ini meningkatkan berat badan.

Manakala kepada pesakit-pesakit diabetes, darah tinggi dan lain-lain yang berkaitan, amalan pengambilan pengganti gula ini hanya mungkin dapat membantu mengawal penyakit tersebut di samping ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak hospital. Pemanis-pemanis ini (termasuk stevia) tidak akan berkesan ataupun kurang keberkesanannya jika anda tidak mengawal jumlah pengambilan makanan yang lain dan pengamalnya tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Tidak ada mana-mana pemanis yang telah disahkan melalui bukti kajian saintifik, mempunyai kesan pengubatan ke atas penyakit-penyakit, jadi ia tidak boleh menggantikan ubat-ubatan moden untuk merawat penyakit. Walau bagaimanapun kesemua jenis pemanis yang dibincangkan di dalam rencana ini telah didapati selamat digunakan oleh manusia pada kuantiti yang disyorkan.

Kesan-kesan negatif ditemui hanya pada kajian ke atas haiwan serta bilangan sampel yang kecil dan di dalam kajian-kajian ini responden diberikan pengganti gula ataupun pemanis di dalam kuantiti yang tinggi. Kajian lanjut perlu dilakukan untuk mengkaji manfaat dan mudarat penggunaan pemanis di dalam makanan dan minuman, terutamanya kesan jangkapanjang. Jadi kesederhanaan di dalam pengambilan pemanis dan memastikan pemanis tersebut tulin di samping mengamalkan gaya hidup sihat adalah kunci supaya anda mendapat manfaat dari pengambilan pengganti gula ini.

Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
MD, MOG(UKM),FGO(S'pore),AM
http://dribnusina.blogspot.my/

RUJUKAN
http://articles.mercola.com/sugar-side-effects.aspx
http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=faq&dbid=32
Tandel KR, Sugar substitutes: Health controversy over perceived benefits. J Pharmacol Pharmacother. 2011:2(4):236-243
http://www.nature.com/ijo/journal/v40/n3/full/ijo2015177a.html
www.drugsdb.com/cib/stevia/
https://en.wikipedia.org/wiki/Trehalose
www.eathalal.ca/2009/01/sugar-alcohols-contain-alcohol-wrong.html),
http://islamqa.org/hanafi/darulihsan/76521).
www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2892765/
www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2892765/
www.drugsdb.com/cib/stevia/stevia-side-effects/.
www.drugsdb.com/cib/stevia/stevia-drug-interaction/)

www.fda.gov/AboutFDA/Transparency/Basics/ucm214864.htm
http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2012/12/04/saccharin-aspartame-dangers.aspx

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana pertubuhan ataupun institusi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dulu Jual Keropok Lekor Je, Kini Wanita ini Hidup Senang Selepas Jual Produk Kosmetik Korea
siakapkeli.my

Benar kata orang, kalau tak berani mengorak langkah dalam hidup, sampai bila tak akan berjaya.

Perkara yang sama dialami oleh janda anak satu ini yang nekad untuk mengubah nasibnya dari seorang penjual keropok lekor kepada seorang peniaga barang kosmetik yang berjaya.

Wan Suziati yang berasal dari Kuala Terengganu berjaya mengubah hidupnya dari 'nobody' kepada 'somebody' apabila dia memberanikan dirinya dengan menjual barang-barang kosmetik Co-White, yang sedang hangat di Korea sekarang.

Dari tidak punyai apa-apa, Wan Suziati kini sudah pun bergelar seorang usahawan yang berjaya.

Namun untung buat Wan Suziati kerana dia menjadi antara pengedar terawal produk Co-White sebelum produk kosmetik Korea itu mula menjadi semakin terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dan bak pepatah orang putih 'early birds get the worms', Suziati kini hidup senang apabila produk Co-White selalu mendapat tempahan semula oleh pelanggan-pelanggan sedia ada Co-White. Disebabkan Suziati antara pengedar terawal, maka ramailah pelanggan-pelanggan setianya.

Bagi yang berminat untuk menjadi pengedar produk Co-White dan mengubah nasib seperti Wan Suziati boleh melayari Facebook Co-White HQ.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 10:29 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Aug 28, 2016 10:29 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: