5 Messages
Digest #4560
Messages
Fri Aug 5, 2016 7:45 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
Sent: Friday, August 05, 2016 10:01 PM
Subject: Fw: Jangan Malu Jika Isteri Anda 'Montel
"Perempuan Berisi Lebih Memahami, Manja Dan Pandai Jaga Hati," Jadi Jangan Malu Jika Isteri Anda 'Montel
siakapkeli.my
Setiap pertemuan dan perpisahan yang berlaku kepada kita telah ditetapkan dan disusun dengan baik oleh Allah, ada yang melalui detik sedih ada yang membuatkan kita sentiasa gembira.
Berkaitan dengan jodoh, kita tidak tahu dengan siapa kita dijodohkan, mungkin orang paling kita rapat, kawan kita atau orang yang tiba-tiba muncul yang kita tidak pernah kenal sebelum ini.
Sudah pasti ramai diluar sana akan mencari pasangan yang baik, elok dan kebanyakkannya sudah pasti cantik atau 'handsome
Contoh, wanita berisi atau montel, sesetengah mungkin agak lambat atau susah untuk mendapat jodoh, ada admin terlihat dalam Facebook sendiri, mula-mula montel, lepas tu diet, bila kurus, tudia..bukan main cantik, dan tetiba maka ramailah peminatnya yang sebelum ini buat 'dont know' jer dengan dia.
Sebenarnya, kurus atau 'montel
Seorang lelaki bernama Redzuan Abd Manaf menceritakan pengalamannya mengenali perempuan berisi ini, menurutnya mereka ini lebih comel, peramah, baik hati dan manja.
Guys.
Dengar abang nak "membebel"
Lelaki cam kita (lelaki hot zaman laaani) memang kalau boleh nak cari pasangan yang cantik persis pramugari. Body seksi macam model seluar mandi (bikini). Kurus melidi tak berisi like peragawati.
Tapi guys.
Kita kena sedar dan akui.
Sometime, "gegurl" montel dan gemok ni lebih comel dan memahami. Mereka lebih tau jaga sensetiviti kita as a lelaki, caring, peramah dan baik hati. Manja......daring tu aummmmmmmm..
Bertuah siapa yang dapat isteri "montel" & "comel" ni. Makan minum tak payah runsing semua diorang buat tuk kita kaum lelaki. Paling penting depa ni punya hati yang tulus dan suci. Kalau part membebel memang cenggini 👍👍👍👍👍👍 tolong tadah telinga dan sedia untuk angkat kaki!!!!
Kikikikikikiki.
Sebenarnya, abang bukan nak up kan "gegurl" berisi ni tapi kita sebagai lelaki janganlah kutuk mereka dan layan macam mereka xde hati.
Tak kira la gegurl tu kurus melidi gemok gedempol macam abang ni yang penting kita belajar tuk hormat dan saling sayang menyayangi. Kalau tak buat isteri tak salahkan kita jadi kawan or sahabat sejati?????
Setiap dari kita berhak untuk merasa dicintai, dikasihi, disayangi, dan dihargai!!!! Apa ade pada SIZE....????
#pesanseoranglelaki
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Aug 5, 2016 7:45 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bekas MB bersumpah 1MDB minta cagar telaga minyak
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini bersumpah mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang syarikat bermasalah 1MDB pernah berhasrat mencagarkan minyak dan gas asli di perairan negeri itu.
Bekas Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said kali ini sanggup bersumpah mempertahankan dakwaannya sebelum ini yang terdapat sebuah syarikat milik 1MDB pernah cuba mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu.
Memetik laporan Free Malaysian Today, menurutnya perkara ini turut diketahui oleh Sultan Terengganu. Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud dan Tuanku sedia maklum hal berkenaan.
"Saya bersumpah dengan nama Allah, Terengganu Investment Authority (TIA) mahu menjadikan hasil gas dan minyak Terengganu sebagai cagaran. Saya sedia bersumpah di mana saja bagi mempertahankan kenyataan ini," katanya ketika berucap Persidangan UMNO Bahagian Kemaman pada Jumaat.
Ahmad menegaskan dia sanggup mendedahkan segala-galanya berkenaan TIA sebelum ditukar menjadi 1MDB apabila waktu yang sesuai.
Sebelum ini jugak di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ahmad pernah mendedahkan TIA cuba mencagarkan hasil minyak Terengganu tetapi beliau menentangnya.
ADUN Wakaf Mempelam sokong usul undi tak percaya terhadap Ahmad Razif
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
SHAH ALAM: Seorang ADUN PAS Terengganu secara peribadi menyatakan sokongan berhubung usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman, sekiranya ia dibawa pada sidang DUN minggu depan.
ADUN Wakaf Mempelam, Mohamad Abdul Wahid Endut berkata, bagaimanapun beliau mahu menunggu sehingga sidang DUN bermula, yang dijadualkan pada 8 Ogos ini.
"Kita akan melihat perkembangan selepas ini kerana pada 8hb ini kita akan ada sidang DUN. Sehari saja sidang DUN.
"Sama ada Datuk Ahmad Said nak ulang balik usul undi tak percaya yang dahulunya ditolak, jadi sekiranya beliau mahu mengulang (buat usul) kembali, terpulang kepada beliau ," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata, bagaimanapun sokongan terhadap usul itu hanya pendirian peribadi beliau dan tidak mewakili pandangan ADUN PAS yang lain.
Malah beliau menambah, ia tetap bergantung kepada kepimpinan PAS Pusat.
Media semalam melaporkan desas desus kemungkinan pilihan raya mengejut diadakan di Terengganu selepas kepimpinan Ahmad Razif terus dipertikai oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Pada Selasa, Ahmad Razif mengesahkan Badan Perhubungan Umno negeri ada menghantar laporan berhubung salah laku Ahmad Said kepada Majlis Tertinggi Umno dan lembaga disiplin parti.
Ahmad Said pada Mac lalu pernah mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif, namun Speaker DUN, Datuk Mohd Zuber Embong menolak untuk membahaskannya disebabkan tidak mengikut peraturan ketika mencadangkan usul berkenaan.
Umno Terengganu Bersedia Jika Pilihan Raya Negeri Jalan Terakhir - Ahmad Razif
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mungkin mahu mengelak berlaku pilihan raya negeri (PRN) namun tetap bersedia sekiranya ia jalan terakhir, kata Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman.
Ahmad Razif berkata Terengganu akan berdepan dua kali pilihan raya sekiranya ia berlaku dan memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.
"Kerajaan negeri seboleh-bolehnya hendak mengelak perkara ini berlaku kerana ia membawa banyak kerugian kerana terpaksa melakukan dua pilihan raya iaitu peringkat negeri dan Parlimen.
"Jika buat pilihan raya sekarang ini belanjanya bukan sedikit... bila pilihan raya umum nanti kena buat sekali lagi, jadi Terengganu kena buat dua kali dan kos ini akan merugikan rakyat dan kita sedia maklum dengan cabaran ekonomi semasa.
"Tetapi jika keadaan terpaksa..kerajaan negeri bersiap sedia, kita beri jaminan bahawa kerajaan negeri, Badan Perhubungan Umno negeri bersiap sedia sebarang kemungkinan.
Mengenai perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri yang bakal berlangsung Isnin ini, Ahmad Razif berkata beliau yakin ia akan berjalan seperti biasa dan segala desas desus bahawa akan berlaku perkara tidak terduga hanya spekulasi dan khabar angin.
"Sidang DUN akan berjalan seperti biasa. Perkara ini timbul kerana banyak persepsi, banyak kepada khabar angin..saya rasa tiada masalah. Sidang dewan akan berjalan seperti biasa dan akan dapat diselesaikan dengan baik," katanya.
Ahmad Razif berkata meskipun berlaku pelbagai kemelut, beliau tetap positif dan yakin Barisan Nasional mampu memperoleh kemenangan sepertimana pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor namun masih berharap PRN di negeri ini tidak akan berlaku demi kepentingan rakyat.
Beliau yang mengibaratkan kemelut politik di sini sekadar 'ribut dalam cawan' berkata "biarlah Terengganu bersama-sama dalam pilihan raya umum akan datang"
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Aug 5, 2016 7:47 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Viral Curi TV 50 Inci, Pihak Polis Berjaya Kesan Lokasi TV Disembunyikan
siakapkeli.my
Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Sarawak telah berjaya menemui semula TV yang telah dilarikan oleh dua suspek semalam di mana video mereka menjadi viral di laman Facebook, lapor Sarawak Update.
Pihak polis telah berjaya menjejaki suspek sehingga ke sebuah rumah di Kampung Samariang Pinggir, Petra Jaya, Kuching namun suspek tiada di rumah berkenaan.
Satu pasukan polis diketuai, Sub Inspektor Simon Loh berkata, ketika ini pasukan polis masih berada di rumah itu dan suspek sudah dikenalpasti.
Kredit Gambar: Sarawak Update
Dalam kejadian semalam, dua orang lelaki memasuki sebuah kedai barangan elektronik di Jalan Urat Mata, Kuching lalu melarikan sebuah TV 50″ menggunakan sebuah motosikal.
TV berukuran 50 inci berharga RM6,000 itu telah dicuri kira-kira jam 12.45 petang di mana suspek dan rakannya telah memasuki kedai elektronik berkenaan sebelum nekad melarikan tv besar itu.
Seorang suspek dilihat mencabut kabel TV sebelum mengangkatnya dari rak pameran, menurut seorang saksi berkata mereka dilihat menunggang motosikal itu ke arah Batu Kawah. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Fri Aug 5, 2016 7:47 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kereta Proton Saga Terdedah, Bentuk Lebih Moden & Futuristik
siakapkeli.my
Foto : Proton Community Malaysia
Kuala Lumpur, 4 Ogos - Beberapa keping gambar 'spyshot
Jika dilihat dari sudut belakang, memang boleh dilihat 'improvement
Antara perbezaan yang ketara yang boleh dilihat antara Saga 2016 dan Saga sebelumnya adalah lampu brek. Tak dinafikan curving pada lampu brek Saga 2016 agak 'menggiurkan
Penambahbaikan reka bentuk ini juga dilihat sebagai satu usaha Proton untuk meletakkan kereta-kereta mereka setaraf dengan reka bentuk kereta import yang lain.
Proton mengumumkan mereka akan mengeluarkan tiga model baru tahun itu iaitu Persona, Saga dan juga MPV baharu, Ertiga pada bulan ini, ini bermakna kereta ini akan memunculkan dirinya secara rasmi tidak lama lagi.
Foto : Proton Community Malaysia
Foto : Sumber
Ini Pula Spyshot terkini yang dikatakan Proton Persona yang terbaharu. : Kredit Proton Edar Online - Muaz
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Aug 5, 2016 7:47 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Selangor sedia serah PPR jika Putrajaya pulangkan RM8 juta
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan hanya menyerahkan semula pengurusan dan penyelenggaraan bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri itu kepada kerajaan pusat dengan syarat mereka memulangkan semula RM8 juta yang dibelanjakan kerajaan negeri untuk membaik pulih PPR sejak 2008.
Exco Selangor yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal perumahan Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, bukan semua PPR yang diserahkan kepada kerajaan negeri berada dalam keadaan sempurna dan pihaknya membelanjakan wang yang banyak bagi membaik pulih projek itu.
"Kami bersedia menyerahkan semula (PPR) tapi bagi balik wang dibelanjakan untuk baik pulih. Kami membelanjakan RM8 juta, bagi balik RM8 juta kami itu, kami akan serahkan semula," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis jamuan Aidilfitri bersama penjawat awam dan Kontinjen Sukma Selangor di Dataran Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.
Iskandar mengulas kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, yang dilapor berkata pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan Selangor bagi memohon mengambil alih pengurusan dan penyelenggaran bangunan PPR di negeri itu.
Noh berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada transformasi serta pendekatan baharu kementerian dalam pengurusan PPR selepas melihat kegagalan kerajaan negeri dalam menguruskan PPR di Lembah Subang 1.
Iskandar berkata sewa yang dikutip daripada penghuni PPR juga tidak mencukupi untuk menampung kos membaik pulih dan mengurus PPR dan sebanyak RM3 juta dibelanjakan pada 2012 bagi membaiki lif dan pam air di kesemua PPR.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment