9 Messages
Digest #4565
Messages
Wed Aug 10, 2016 8:29 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pengasas RHB Bank Kahwini 'Gadis' 19 Tahun.. Ini Cerita Sebenarnya..
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Sejak pagi tadi viral tentang perkahwinan pengasas RHB Bank Tan Sri Rashid Hussain yang dikatakan berkahwin dengan seorang gadis yang berusia 19 tahun. Sekali imbas memang macam berumur 19 tahun namun sebenarnya bukan!
Kami pun pelik entah dari mana bermulanya cerita seperti yang didakwa ini. Wanita terbabit sebenarnya seorang janda berumur lewat 40-an dan perkara ini disahkan sendiri oleh anak beliau! Pandai-pandai je korang ni kan?
Info tak betul
Semuanya bermula apabila beberapa buah page di Facebook berkongsi tentang perkahwinan ini. Tak cukup di Facebook, dekat Twitter pun ramai juga yang share.
Memang tak dinafikan kalau dah jodoh itu dengan siapa-siapa pun tak jadi masalah tapi nasib baik ramai yang buat 'research' dulu sebelum percaya.
Berumur 40-an, mempunyai kerjaya sendiri
Tak mahu info yang tak betul ini terus viral, anak kepada Puan Sri Hani iaitu Aria tampil dan menjelaskan perkara sebenar menerusi akaun Twitter miliknya. Dia pun pelik macam mana boleh cakap umur 19 tahun, mungkin awet muda kot.
Dia juga meminta orang ramai untuk tidak mencemuh dan menuduh yang bukan-bukan kepada ibunya. Ada yang cakap sebab duit dan sebagainya padahal mereka berkahwin kerana cinta.
Respon netizen
Harap menjawab lah persoalan yang bermain di fikiran korang tu. Ada yang cakap berumur 45 tahun dan ada yang cakap 42 tahun, tapi tak apa lah janji bukan 19 tahun seperti yang diviralkan!
Cukup-cukup lah mengata yang tak elok, doakan yang terbaik je okay!
Sumber : aria dan oh bulan
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Aug 10, 2016 8:30 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Olimpik Rio : Jun Hoong & Pandelela Sumbang Pingat Pertama Malaysia
siakapkeli.my
Rio, 10 Ogos - Skuad terjun negara berjaya memenangi pingat pertama negara bagi Olimpik Rio 2016 dengan memenangi tempat kedua dalam acara acara 10m platform seirama wanita.
Pingat perak itu berjaya dimenangi oleh pasangan tersebut setelah mereka berjaya mengutip mata sebanyak 344.34.
Pingat emas acara itu dimenangi oleh pasangan dari China dengan kutipan mata 354.00 manakala pingat gangsa pula dimenangi oleh pasangan dari Kanada dengan pungutan mata sebanyak 336.18.
RIO 2016 : PINGAT PERAK BESAR MAKNANYA
bloglist-malaysia.
mutaligat.blogspot
Posted by Penjana Melaka
Malaysia berjaya memecahkan kebuntuan pingat apabila penerjun harapan negara berjaya menggondol pingat perak dalam acara kegemaran mereka semalam.
Kejayaan Pandeela Rinong dan pasangannya Cheong Jun Hong amat bersar ertinya kepada negara kita di saat kita masih ternanti-nanti kilauan pingat. Kejayaan mereka ini wajar disanjung walaupun gagal menyumbangkan pingat emas. Mereka sememangnya tewas kepada penerjun yang lebih handal dari China namun kejayaan mereka amat manis selepas bertarung habis-habisan di gelanggang.
Ini bukan acara di peringkat Asean atau Asia tetapi Olimpik. Kita mengharapkan rakan-rakan dalam yang sedang berjuang untuk negara di Rio meneladani komitmen dan kesungguhan kedua-dua atlet ini yang tidak mudah mengaku kalah.
Pandeela akan turun sekali lagi dalam acara kegemarannya iaitu peringkat individu. Diharapkan beliau dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia.
Syabas.
Olimpik Rio 2016 : Pandelela, Jun Hong Dapat Pencen Seumur Hidup Selepas Menang Perak
siakapkeli.my
RIO DE JANEIRO: Selepas mendapat pingat perak dalam Olimpik bagi cara platform berirama 10 meter wanita, gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong akan berkongsi ganjaran RM600,000 serta pencen bulanan RM3,000 setiap seorang seumur hidup.
Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000, manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata Pandelela dan Jun Hoong akan berkongsi sama rata hadiah wang tunai RM600,000 itu manakala pencen bulanan itu akan bermula serta-merta.
Ditanya sama ada pemenang dua pingat Olimpik, Pandelela akan menerima dua pencen berbeza, Ahmad Shapawi menjelaskan atlet itu akan menerima satu sahaja iaitu jumlah tertinggi antara pingat perak dan gangsa yang diperolehnya.
Selain Pandelela, Datuk Lee Chong Wei juga adalah pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik selepas menang secara berturut-turut pada edisi 2008 di Beijing dan 2012 di London.
Sumber : Bernama
Habuan RM50,000 Menanti Pandelela
siakapkeli.my
KUCHING: Dalam masa beberapa jam lagi, ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg akan beraksi dalam Sukan Olimpik dan sekiranya dia berjaya memenangi pingat emas, Ahli Dewang Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep berkata habuan RM50,000 menanti.
Datuk Hentry sebelum ini menghadiahkan RM10,000 kepada Pandelela sebagai hadiah hari jadinya yang ke-23.
Pandelela, pemenang pingat gangsa acara 10 meter platform individu Sukan Olimpik London 2012, akan memulakan aksinya dalam acara 10m platform seirama bersama Cheong Jun Hoong pada pukul 4 petang waktu tempatan di Rio de Janeiro (3 pagi waktu Malaysia).
"Memang betul saya akan memberi ganjaran RM50,000 sekiranya Pandelela memenangi emas di Sukan Olimpik Rio yang sedang berlangsung ketika ini," katanya sebagaimana lapor Bernama.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Aug 10, 2016 8:30 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Mencuri Sebab Anak Teringin Nak Makan Rendang, Mohon Baitulmal Tak Lulus Pula..
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot.
SEREMBAN - Seorang wanita tidak dapat menahan air mata apabila dibebaskan dengan bon berkelakuan baik kerana mencuri oleh Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam.
Nor Farina Che Ya, 38, dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,500 tanpa penjamin. Majistret Rahimah Rahim membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan Nor Farina. Dia mengaku mencuri di sebuah pasar raya berhampiran Dataran Centrio, Seremban 2, di sini, sekitar jam 6 petang, 5 Ogos lalu. Barang-barang yang dicurinya adalah daun kunyit, daun pandan, serai, daging kambing, syampu rambut, minyak angin, pakaian dalam, seluar dan tudung, semuanya dianggarkan bernilai RM262.86. Mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, hukuman maksima yang diperuntukkan adalah 10 tahun penjara dan denda. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, pesalah boleh dihukum penjara, denda atau sebatan. Kes dikendalikan Timbalan
Pendakwa Raya Soo Kok Weng, manakala Nor Farina tidak diwakili peguam. Nor Farina memberitahu mahkamah, dia menghidap diabetes kronik dan mempunyai anak perempuan berusia 10 tahun yang menghidap penyakit hipoglisemia. Katanya, dia mencari nafkah dengan mengutip dan menjual kotak serta barang lusuh. Tambahnya, dia menerima bantuan RM150 setiap bulan, tetapi tidak cukup untuk menampung hidupnya dan anaknya. Nor Farina memberitahu mahkamah, dia memohon bantuan baitulmal, tetapi tidak berhasil.
Dia berkata, dia mencuri kerana terdesak. 'Saya nak buat rendang...
Menurut ibu tunggal berusia 38 tahun ini, dia nekad melakukannya walaupun sedar tindakan itu berdosa dalam Islam dan salah di sisi undang-undang, lantaran tertekan dengan desakan hidup. "Memang masa buat tu saya tak fikir apa. Saya cuma fikir perut anak yang lapar. Saya kata pada diri sendiri, biarlah saya tanggung dosanya. Apa saya mampu bayar cuma beras pulut yang harganya lima ringgit lebih. "Macam pakaian tu, saya teringin sangat nak rasa. Bukan untuk saya saja, tapi untuk anak.
Saya ambil tudung," katanya dalam nada teresak-esak ketika ditemui di luar mahkamah, semalam. Sementara itu, Pengarah JKM Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata, pihaknya akan menghantar pegawai untuk menyiasat situasi menimpa wanita berkenaan sebelum mempertimbangkan permintaannya.
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Kamal Amran Kamarudin berkata, pihaknya juga akan membuat semakan bagi memastikan kesahihan dakwaan Nor Farina berhubung permohonan bantuan Baitulmal. - SinarHarian.
Comment
Ieman Rahman ·
Student at Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
Mana duit zakat diagihkan? Pelik.....jumlah juta-juta...
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Aug 10, 2016 8:31 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
KENAPA PEMIMPIN2 UMNO KIAN MERAPU DALAM MEMPERTAHANKAN NAJIB?
bloglist-malaysia.
dialograkyat.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
shahbudindotcom
Semakin masa berlalu, walaupun Najib Razak terus dipertahan dan disokong oleh para pemimpin UMNO, yang nyata hujah serta alasan dalam mempertahankan beliau juga kelihatan semakin merapu.
Sebut saja, daripada Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Nazri Aziz, Idris Haron, Aziz Kaprawi, Azalina Othman Said dan ramai yang lain, setiap kali mereka membuka mulut mempertahankan Najib, ia akhirnya lebih menjadi bahan ketawa dan perlecehan daripada rakyat.
Hujah, idea dan kata-kata yang dilontarkan seolah-olah bukan terzahir daripada mulut mereka yang bergelar pemimpin, yang seharusnya mesti memperlihatkan mereka lebih cerdik berbanding rakyat biasa, bukan menjadi lebih bodoh di mata umum.
Malah Khairy Jamaluddin yang terlihat pintar dan dikhabarkan bakal pemimpin masa depan juga seperti sanggup memperbodohkan diri sendiri apabila mengatakan "tak mengapa digelar macai, asalkan untuk mempertahankan Najib."
Jika diperhatikan, sejak timbulnya isu 1MDB, derma RM2,600 juta dan saman Jabatan Kehakiman AS, kemandulan dan kemerapuan dalam memberi kenyataan di kalangan pemimpin yang menyokong Najib, jelas amat ketara.
Kenapa semua ini berlaku? Kenapa ramai pemimpin sanggup mengeluarkan idea-idea bodoh atau sedia kelihatan bodoh asalkan dapat dilihat menyokong Najib?
Kenapa semasa Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri misalnya, ketika kedua-dua pemimpin itu dikritik dan diserang, tidak kedapatan pula hujah-hujah dangkal dan merapu seperti sekarang daripada pemimpin bawahan yang mempertahankan mereka?
Begitu juga dengan ketua-ketua dalam parti pembangkang, mereka juga seringkali diserang dan dikritik, tetapi mengapa pemimpin yang mempertahankannya selalu tampil dengan hujah-hujah yang bernas, dapat diterima akal dan tidak bodoh di mata rakyat?
Apakah pemimpin-pemimpin yang melingkari Najib sekarang begitu rendah kualitinya berbanding era sebelumnya atau mereka yang berada di sebelah lagi satu?
Atau apakah ia disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan Najib begitu berat dan sukar untuk dipertahankan dan tindakan mereka mempertahankannya hanya semata-mata untuk menunjukkan masih ada yang setia bersama dengan Perdana Menteri?
Meskipun begitu, secara umumnya ada dua kelompok pemimpin yang mengelilingi Najib. Satu, mereka yang mulutnya lebih pantas bergerak daripada akalnya. Mereka inilah yang banyak merapu. Asal ada saja isu berkaitan Najib, terpacullah suara mereka. Yang penting bukan isi atau hujah yang dilontarkan, tapi kehadiran dalam memberikan sokongan.
Hujah selalu ditolak ke tepi. Sebab itu, dalam isu wang RM2,600 juta, macam-macam hujah lawak jenaka dapat kita dengar, sama ada sebelum atau selepas Najib mengakui wang tersebut benar-benar masuk ke akaun peribadinya.
Dalam kes saman Jabatan Kehakiman AS pula, sampai ada yang mengatakan ia kononnya percubaan campurtangan Amerika, Malaysia akan jadi Iraq kedua, mahu membunuh Melayu dan pelbagai hujah gila lainnya.
Kelompok kedua yang ada di keliling Najib juga ialah mereka yang diam dan hanya buat kerja sama ada sebagai menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC atau menjaga UMNO di bahagian masing-masing.
Mustapha Mohamad dan Idris Jusoh adalah antara golongan kedua yang hampir-hampir tidak bersuara berkaitan 1MDB, derma RM2,600 juta atau saman Jabatan Kehakiman AS. Di kalangan timbalan menteri, Ahli Parlimen dan Ketua UMNO bahagian juga ramai kelompok kedua ini.
Ada yang berkata, mereka adalah pemimpin yang pandai "main selamat" tetapi kerana tidak bersuara, mereka adalah antara yang tidak kelihatan bodoh di mata rakyat.
Apakah yang main selamat dan tidak mahu kelihatan bodoh itu lebih berpaksikan kepada prestasi kerja sebagai tanda sokongan kepada Najib atau kerana mereka juga mendapati sukar untuk berbuat demikian, lalu berdiam diri adalah pilihan terbaik, manakala yang bising-bising itu kerana tiada apa-apa kelebihan yang boleh ditonjolkan untuk terus kekal dengan jawatan?
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Aug 10, 2016 8:32 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bekas TPM: Malaysia sedang merosot seperti Filipina dulu
bloglist-malaysia.
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Malaysia sedang mengalami kemerosotan dan boleh berakhir sebagaimana pernah dialami Filipina, kata bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam.
Beliau berkata sejak kerajaan berhadapan dengan skandal-skandal mega, perkara-perkara lain, seperti kejadian tembakan pada siang hari, tidak diuruskan dengan baik.
Katanya, rakyat kini biasa dengan situasi itu dan seperti berlaku di Filipina pada zaman lalu apabila rakyatnya membawa senjata untuk mempertahankan diri.
Beliau berkata ini adalah kebiasaan terbaru di Malaysia.
"Saya rasa negara bergerak menuruni bukit. Kelajuannya perlahan, tetapi ia boleh menjadi cepat".
"Saya menyaksikan Filipina pada masa lalu, ia pergi ke arah negara gagal..."
"Beritahu saya sekarang, itu adalah apa berlaku di negara kita," katanya memberitahu pemberita selepas pelancaran buku barunya Frankly Speaking di Kuala Lumpur.
TAK CERDIK!!!!!! TAK LAYAK JADI MENTERI
bloglist-malaysia.
Najib melantik begitu ramai menteri. Dulu ada seorang timbalan menteri pointernya tinggi tapi tidak cerdik. Sekarang orang itu sudah tenggelam sering mendiamkan diri. Jawatannya sebagai Ketua Penerangan Umno pun sudah dilucutkan mungkin kerana kurang cerdik agaknya.
Kini seorang lagi menteri tidak cerdik. Namun menteri ini memang terkenal tidak cerdik sejak dulu. Sebab Najib rehatkan beliau agak lama. Tetapi baru-baru ini dilantik semula mungkin kerana jasa-jasanya kepada Najib dan BN.
Menteri itu ialah menteri yang menjaga Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Namannya Noh Omar. Beliau mencadangkan untuk mewajibkan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di Selangor melaksanakan kutipan dana awam untuk membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah infrastruktur.
Sudahlah rakyat sekarang hidup susah dengan harga barangan yang semakin tinggi akibat GST dan kejatuhan nilai ringgit serta peluang pekerjaan yang semakin kurang, kini menteri kurang cerdik hendak bebankan rakyat lagi.
Elok Najib fikir balik perlantikan menteri kurang cerdik ini.........
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Aug 10, 2016 8:32 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tan Chong panggil semula beberapa model Nissan ganti beg udara
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
KUALA LUMPUR: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) memanggil semula beberapa model kenderaan Nissan bagi menggantikan inflator beg udara Takata dan penyangga ruang kargo.
Menurut ETCM, kira-kira 110,945 kenderaan Nissan terlibat bagi penggantian inflator beg udara Takata manakala 22,173 kenderaan pula akan menjalani penukaran penyangga tersebut.
Antara model yang terlibat terdiri daripada Navara, Latio, Grand Livina, X-Gear, X-Trail, Teana, Liberty, Serena S-Hybrid C26 dan NV200 M20.
Menurut pengedar kenderaan Nissan di Malaysia itu, pelanggan yang terjejas akan diberitahu secara langsung dan melalui surat.
Sebaik sahaja menerima surat berkenaan, mereka dinasihatkan menghubungi cawangan TCEAS terdekat untuk temu janji.
Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian bebas tol 1800-88-3838 untuk penjelasan lanjut atau layari www.nissan.com.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Tuesday, June 28, 2016 11:59 PM
Subject: Fw: Perkara Penting Tentang Isu Beg Udara Takata
Ketahui 7 Perkara Penting Tentang Isu Beg Udara Takata 'Beg Udara Pembunuh'
siakapkeli.my
kira-kira beberapa hari lalu, pihak Honda malaysia telah memanggil semuala kira-kira 147,894 unit kereta keluaran mereka bagi menggantikan peledak beg udara tempat duduk bahagian penumpang.
Tiba-tiba kita telah dikejutkan dengan kejadian pemandu wanita dari Petaling Jaya maut dalam kemalangan selepas inflator beg udara Takat Single Stge (SDI) di bahagian pemandu pecah.
Honda menerusi satu kenyataan berkata kereta berkenaan merupakan antara yang terlibat dalam kemaskini Produk Malaysia (dipanggil semula) yang diumumkan pada 21 Mei 2015 di mana ia memerlukan inflator beg udara Takata SDI bahagian hadapan pemandu diganti.
Krisis beg udara Takata.
Mesti ada yang masih keliru, apa sebenarnya berlaku. Apakah kecacatan beg udara ini sebenarnya serius?
Jawapannya YA!, beg udara anda berisiko menyebabkan kecederaan parah atau maut, beg udara Takata yang mempunyai peletup yang rosak boleh menyebabkan anda atau keluarga anda yang memandu kereta anda terbunuh.
Ia seolah-olah meletakkan sepucuk pistol di depan muka anda dan pemicunya disambung kepada satu batu yang tergantung, jika batu itu tersentap, pistol mungkin meledak.
Untuk lebih anda faham jom baca pengerangan ringksa dan padat yang dari portal pandulaju ini mengenai beg udara Takata.
1. APAKAH ISU BEG UDARA TAKATA?
Beribu-ribu beg udara Takata disahkan mengalami defektif atau kecacatan yang membabitkan bahagian pemandu, penumpang dan sisi depan. Secara spesifik pula, bahan kimia yang digunakan untuk mengembungkan beg udara itu sudah terjejas dan menyebabkan degredasi.
Kesannya, apabila kemalangan berlaku dan beg udara Takata mengembung, tindak balas bahan kimia yang sepatutnya mengembungkan beg udara menjadi terlampau kuat dan menyebabkan ia pecah hingga serpihan material di sebalik roda stereng menembak pemandu atau penumpang seperti peluru. Serpihan material inilah yang menyebabkan kecederaan serius atau kematian.
Menurut laporan polis di Amerika Syarikat (AS), keadaan mangsa-mangsa kemalangan beg udara Takata yang terselamat tidak ubah seperti ditembak atau ditikam.
2. BAGAIMANA BEG UDARA BEKERJA?
Beg udara berfungsi seperti penggalak (booster) roket solid.
Isyarat daripada sensor nyahpecutan kereta akan menghantar satu denyut (impuls) elektrik yang mengaktifkan campuran nitrogen dengan bahan kimia. Bahan kimia itu kemudian akan mengurai dan bertindakbalas pantas untuk menjana gas nitrogen panas, sekali gus mengembungkan beg udara dan terpacul keluar dari roda stereng, papan pemuka atau panel sisi. Proses pengembungan beg udara itu berlaku pada kelajuan 322kmj dan sepantas 1/25 saat (40 milisaat).
3. APAKAH INFLATOR BEG UDARA?
Ada tiga bahagian beg udara; beg, sensor (yang membuatkan beg mengembung) dan inflator.
Inflator beg udara terdiri daripada sebuah kanister nitrogen, iaitu kandungan gas yang akan mengisi beg udara, termasuk papan elektronik yang berfungsi mengaktifkan gas untuk mengembang dan mengisi beg.
4. APAKAH ITU SERBUK PUTIH?
Serbuk putih yang dibebaskan apabila beg udara mengembung ialah tepung jagung atau serbuk talkum (bedak) yang digunakan pengeluar sebagai bahan pelincir supaya beg udara sentiasa berada dalam bentuk terbaik apabila diaktifkan.
5. APA SEBENARNYA BERLAKU KEPADA BEG UDARA TAKATA?
Buat masa kini, kecacatan dipercayai berpunca daripada wafer inflator Takata berbentuk lengan kelawar (batwing) yang membolehkan lembapan meresapi masuk ke dalam peranti dan mengubah struktur kimia dalam peledak (propellant)
Akibatnya, peledak itu diaktifkan terlalu pantas hingga menyebabkan tindakbalas melampau yang memecahkan beg udara dan meledakkan serpihan material dalam kereta. Beberapa persoalan juga dibangkitkan seperti penggunaan sejenis bahan kimia, ammonium nitrat sebagai peledak.
6. APAKAH ITU PANGGIL BALIK?
Notis panggil balik (recall) dibuat apabila pengeluar seperti Takata menggesa pembeli memulangkan semula produk disebabkan isu keselamatan atau kecacatan yang boleh membahayakan pengguna. Panggilan balik beg udara Takata itu menjejaskan 34 juta kenderaan dan mencatatkan rekod panggil balik automobil terbesar dalam sejarah AS.
7. BAGAIMANA SAYA BOLEH TAHU BEG UDARA BERMASALAH DAN PERLU RECALL?
Sesetengah pengeluar akan membuat panggilan langsung kepada pelanggan mereka, dan ada pula yang mengeluarkan notis panggil balik di media massa seperti Internet dan media cetak. Namun, dalam kes beg udara Takata, pengeluar lebih menumpukan kepada hebahan media massa disebabkan jumlah kenderaan yang terjejas terlampau banyak.
Anda pula perlu sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Walaupun bukan pemilik jenama kereta terlibat, tetapi jika anda mengetahui ada kalangan ahli keluarga, saudara atau rakan yang memandu kenderaan terjejas itu, anda sepatutnya mengambil inisiatif menyampaikan maklumat panggil balik yang dikeluarkan.
Bagi yang sudah mengetahui, anda boleh terus saja menghubungi pusat khidmat pelanggan pengeluar masing-masing untuk menetapkan temujanji dan mengesahkan status beg udara kereta anda. Pemilik kenderaan lama (2002 ke atas) ialah kumpulan paling berisiko mengalami masalah kecacatan beg udara Takata. Bertindak segera!
Berikut adalah jenama dan model yang terlibat dalam krisis beg udara Takata. - funtasticko
Jenama : Honda
Model yang terlibat : Accord (2003 – 2011), City (2009 – 2011), Civic (2007 – 2011), CR-V (2008 – 2011), Freed (2009 – 2011), Insight (2011), Jazz (2009 – 2011), Odyssey (2004 -2008)
Hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang honda.com.my
Jenama : Toyota
Model yang terlibat : Vios (2007 – 2008), Corolla Altis (2007 – 2008), Yaris (2007 – 2008)
Hubungi talian bebas tol 1-800-88 6968 2 atau layari laman sesawang toyota.com.my
Jenama : Mazda
Model yang terlibat : Mazda BT-50 (2006 – 2011), Mazda 6 (2003 – 2007)
Hubungi talian 03 -7627 8999 atau layari laman sesawang mazda.com.my
Jenama : Nissan
Model yang terlibat : X-Trail (2002 – 2007), Teana (2004), Liberty (2003)
Hubungi talian 1-800-88 3838 atau layari laman sesawang nissan.com.my
Jenama : Suzuki
Model yang terlibat : Swift 1.4 CKD dan CBU (2012 – 2014)
Hubungi talian 1-300-88 6699
(Semua perihal servis lepas jualan Suzuki boleh dirujuk kepada pusat servis Suzuki yang sudah dijenama semula sebagai Proton, hubungi nombor di atas untuk maklumat lanjut.)
Jenama : Mitsubishi
Model yang terlibat : Triton 3.2 (2006 -2014)
- Siakapkeli.my
Lagi Kemalangan Maut Akibat Beg Udara Honda Meletup
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
SATU lagi insiden maut akibat beg udara berlaku hari ini membabitkan sebuah kereta Honda City dan sebuah Mercedes-Benz di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara.
Menurut berita disiarkan portal online, The Star Online (baca SINI), pemandu wanita berusia 44 tahun itu, yang memandu Honda bersama dua anak lelaki dan anak saudaranya, menemui ajal di tempat kejadian pada tengah hari tadi.
Menurut Asisten Komisioner Polis (ACP) Petaling Jaya, Mohd Zani Che Din, pemandu Honda tersebut tidak berhenti sebelum membelok masuk ke satu simpang dan merempuh belakang sebuah Mercedes-Benz. Salah seorang saksi kejadian mendakwa beg udara pemandu dan penumpang mengembung berikutan perlanggaran berkenaan.
Pegawai Kanan II Jabatan Bomba dan Menyelamat Sungai Buloh, Rosdi Hainan berkata, beg udara pemandu didapati pecah dan dada mangsa parah akibat material yang terkeluar daripada tengah roda stereng.
KREDIT FOTO. The Star Online
"Ada darah dalam kereta apabila kami memeriksanya. Kakitangan perubatan dari Hospital Sungai Buloh mendakwa mangsa sudah kritikal ketika bantuan tiba sebelum maut di tempat kejadian. Tiga lagi penumpang tidak cedera," katanya.
Rosdi berkata lagi, pemandu Mercedes dan isteri juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pasukan bomba dari Balai Bomba Sungai Buloh diketua Rosda tiba di tempat kejadian pada jam lebih kurang 12.10pm selepas menerima panggilan kecemasan.
Sementara itu, ACP Zani berkata punca kematian akan diketahui selepas mendapat keputusan bedah siasat. Bagaimanapun, Honda City dipandu mangsa cuma mengalami kerosakan kecil.
KRONOLOGI
a.. Kes-1 berlaku di Sibu (Julai 2004), pemandu Honda City yang juga ibu mengandung meninggal dunia selepas berlanggar dengan kenderaan lain (tidak dimaklumkan jenis).
b.. Kes-2 berlaku di Sungai Petani (Oktober 2015), budak perempuan 8 tahun maut apabila abangnya yang memandu membrek kecemasan selepas terlanggar bonggol. Tidak dimaklumkan jenis kereta pemandu.
c.. Kes-3 berlaku Jun 2016 (artikel ini). Pemandu Honda City berlanggar dengan Mercedes.
* Semua kes di atas berlaku di Malaysia, tidak termasuk kes luar negara.
* Kalau ada kes tertinggal boleh maklumkan di ruang komen sini. Kes-2 juga boleh diabaikan berpunca kereta Honda kerana tiada butiran lengkap. Tapi masih lagi berpunca beg udara gagal berfungsi baik (menurut laporan).
* Dua kes maut lain disahkan melibatkan pemandu Honda.
------------
Ini ialah kes pertama insiden maut tahun ini akibat beg udara Honda di Malaysia. Sebelum itu, pada 2014 dan 2015 juga mencatatkan satu kes setiap tahun yang juga melibatkan kematian disebabkan beg udara meletup.
Kami di PanduLaju meminta pemilik Honda negara ini supaya segera hadir ke pusat servis berdekatan untuk diperiksa. Jika anda ada ahli keluarga, saudara atau rakan yang memiliki kereta Honda, sila sampaikan notis panggil balik yang dikeluarkan Honda. Sila jangan ambil mudah peringatan ini!
Kepada keluarga mangsa, salam takziah daripada kami.
SUMBER: The Star Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Aug 10, 2016 8:32 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
"Dunia Telah Masuk Fasa Akhir Zaman" - Mufti Perancis
bloglist-malaysia.
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang
TIDAK dinafikan, peredaran semasa menyaksikan kemunculan pelbagai teknologi dan kemudahan serba canggih berbanding dahulu.
Bagaimanapun Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim mendakwa, kebijaksanaan pakar masa kini adalah tidak setanding ulama silam atau yang telah lahir pada zaman sebelum ini.
Menjelaskan perkara itu, Ahli Majlis Fatwa Universiti al-Azhar, Mesir itu berkata, ia sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud:
"Antara tanda-tanda kiamat ialah diangkatnya ilmu dan berleluasa kejahilan." - Riwayat Bukhari dan Muslim
Beliau yang juga Mufti Perancis ketika menyampaikan ceramah terbuka dalam kunjungannya ke Malaysia memberitahu, perkara sama juga akan terus berlaku pada masa akan datang dan zaman ke zaman berikutnya.
"Dunia telah memasuki fasa akhir zaman. Ramai orang merasa diri mereka hebat, baru sahaja khatam (tamat belajar) dua atau tiga kitab, sudah boleh mengajar orang, malah ada yang berani mengeluarkan fatwa, hukum sendiri.
"Berbeza dengan ulama dahulu yang dilihat bersahaja tetapi menguasai pelbagai jenis ilmu dan kitab, malah mereka juga telah memikirkan pelbagai teori hebat. Apa yang dimaksudkan Rasulullah SAW, ilmu semakin berkurang apabila Allah SWT mencabut nyawa golongan ulama.
"Ternyata ramai dalam kalangan ulama telah meninggalkan kita. Begitu juga zaman yang akan datang, ulama dan pakar pada masa itu tidak sehebat dan setanding ulama pada masa kini, terutamanya dalam ilmu agama biarpun mereka berjaya mencipta pelbagai kemajuan yang belum ada pada hari ini," katanya.
Justeru, beliau menegaskan kepada umat Islam supaya menghormati ulama terdahulu termasuk segala ilmu dan fatwa yang telah disepakati dalam menetapkan sesuatu hukum.
"Jangan sesekali mengkritik ulama atau ketetapan yang telah diputuskan walaupun kita tidak berpuas hati dengan mereka atau dilihat kurang bersesuaian dalam konteks masa kini.
"Apa yang saya perhatikan berlaku di Malaysia, golongan ustaz dilihat sering bergaduh sesama sendiri. Orang itu menuduh ustaz ini tidak betul, begitu juga sebaliknya sehingga meletakkan ustaz ini sesat. Tidak kurang pengikut masing-masing yang mengeruhkan lagi keadaan.
"Perkara ini perlu dielakkan dan sebaiknya dihentikan langsung kerana tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada mana-mana pihak. Sebaliknya perbezaan pendapat itu perlu diraikan," jelasnya.
Dilahirkan di Mesir, Syeikh Mohamed mendapat pendidikan di Universiti al-Azhar, Mesir.
Beliau sering diundang ke negara ini sebagai imam solat tarawih, di samping menyampaikan ceramah di masjid dan badan berkanun.
Pernah menetap selama sembilan bulan di Malaysia, Syeikh Mohamed fasih berbahasa Melayu terutama dalam dialek Kelantan dan pernah dilantik sebagai Fellow Kehormat di Universiti Teknologi Mara, Machang, Kelantan.
REALITI DI MALAYSIA
Berkongsi pengalaman menetap di Malaysia, Syeikh Mohamed berkata, agak mengejutkan melihat sikap umat Islam di negara ini yang masing-masing mahir mengeluarkan hukum walaupun bukan dalam bidang mereka.
"Jika saya menyamar seperti orang biasa dengan berpakaian bersahaja sambil duduk di kedai kopi. Saya boleh mendengar orang berhampiran berborak dan apa yang mengejutkan dalam tempoh beberapa minit sahaja, hampir 30 hukum dikeluarkan.
"Sebagai Ahli Majlis Fatwa yang bertanggungjawab menetapkan fatwa, kita perlu mengkaji dengan teliti semua aspek sebelum menetapkan hanya satu fatwa yang biasanya memakan masa. Ini kerana kita akan ditanya di akhirat nanti mengapa menetapkan sesuatu hukum itu.
"Tetapi di Malaysia, ini sesuatu yang unik. Semua orang boleh berhujah dan mengeluarkan hukum sendiri," ujarnya.
Beliau berkata, perkara itu mesti dihentikan daripada menjadi budaya bagi mengelakkan perkara batil (salah) diamalkan dan terus tersebar.
"Saya melihat Malaysia ini merupakan negara yang paling ramai mufti. Setiap negeri mempunyai mufti masing-masing, ditambah pula dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menetapkan hukum.
"Malangnya, wujud segelintir pihak yang gemar mempertikaikan keputusan badan rujukan agama ini dengan mengeluarkan fatwa sendiri. Mereka sedaya upaya ingin menyalahkan orang yang bertentangan dengan mereka dan sebolehnya membuat orang lain membolehkan apa yang dilakukan.
"Mengapa jika sakit, kita boleh akur apa sahaja arahan dan cakap doktor tanpa sebarang pertikaian, tetapi dalam hal agama, kita mempersoalkan keputusan dibuat, sedangkan mereka sama-sama pakar dalam bidang masing-masing," luahnya.
Akhirnya Syeikh Mohamed berkata, umat Islam menjadi keliru dan hukum dirujuk daripada sesiapa sahaja yang tidak layak mengeluarkan fatwa.
Sumber: Utusan
Muncul Kendaraan Baru, Tanda Akhir Zaman
bloglist-malaysia.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Aug 10, 2016 8:33 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kenapa Khairy Jamaludin delete tweet yang telah jadi viral ini ?
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net
Tweet KJ yang bertulis "#mejabulatPTPTN 2) Pembayaran balik hanya perlu dimulakan apabila peminjam mendapat gaji minima 3 ribu setiap bulan. #fb" telah menjadi viral di kalangan peminjam PTPTN sejak semalam lagi. Namun apa yang menghairankan tweet tersebut telah didelete pada hari ini.
Inilah gambar yang dimaksudkan.
Kini, tweet berkenaan telah pun didelete.
Namun, tweet berkenaan sempat discreen-shot.
Imej berkenaan boleh lagi dilihat sekiranya cached pada hasil carian pada Google.
Untuk memudahkan semua orang untuk melihat imej berkenaan, ini adalah link terus kepada imej tersebut
https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:XTZ2nWOyQtUJ:https://twitter.com/khairykj/status/190005187186925568+&cd=1&hl=en&ct=clnk
Persoalannya, kenapa KJ delete tweet tersebut. Adakah KJ ingin menyembunyikan sesuatu daripada peminjam PTPTN? Sebagai seorang Menteri, beliau sepatutnya membuat kenyataan rasmi untuk menerangkan apa yang beliau maksudkan pada tweet tersebut.
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: mahasiswa_united
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Kena bayar RM17,500 lump sump untuk tukar kepada Ujrah 1% PTPTN
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net
"
Ramai peminjam PTPTN yang tidak tahu bahawa PTPTN telah membuat syarat baru untuk menukar kos pentadbiran sedia ada iaitu 3% kepada ujrah 1%. Bermula 1 Julai 2015, peminjam mesti membayar separuh daripada jumlah pinjaman untuk dapatkan kadar interest yang lebih rendah iaitu ujrah 1%.
Seperti kes di bawah ini, jumlah hutang siswazah tersebut adalah lebih kurang RM35,000. Untuk mendapatkan ujrah ujrah 1%, siswazah berkenaan terpaksa membayar sejumlah RM17,500 secara lump sum kepada PTPTN.
Majoriti ramai orang yang menyuruh peminjam PTPTN supaya dapatkan ujrah kerana kadar faedahnya yang lebih rendah berbanding kos pentadbiran. Tetapi ramai orang yang tidak sedar betapa sukarnya untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak untuk membayar PTPTN sebagai syarat untuk mendapatkan ujrah 1%.
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/penawaran-pertukaran-ujrah
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: mahasiswa_united
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Aug 10, 2016 8:33 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
DURIAN DAN NANGKA MENJADI PEMBUNUH
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot.
DURIAN DAN NANGKA MENJADI PEMBUNUH
Oleh: Dr Mohd Syamirullah
Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.
"Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.
Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.
Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).
POTASSIUM
Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.
Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).
Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.
Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.
Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.
Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.
Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada diaisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.
BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.
Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!
Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air : http://e-mjm.org/2011/v66n1/Hyperkalaemia.pdf
Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.
Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.
Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.
Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan "sunnah"? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.
"Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. "
Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud "the dose makes the poison."
Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.
Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.
Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.
Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.
Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.
Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.
Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.
Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.
Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual "bahan-bahan beracun."
Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama "ikhtiar" seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas "bahan kimia".
Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan "kopi habbatussauda" kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan 'perubatan sunnah' iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).
Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil "natural" kerana apa yang "natural" bagi seorang, mungkin menjadi "pathological" bagi seorang yang lain.
Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB "bolehkah saya ambil supplemen ini", saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.
Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.
Awas ! Durian dan Nangka boleh bunuh orang yang ada penyakit ini !
bloglist-malaysia.blogspot.
jasduit.com
Tak sangka pulak yang buah durian dan nangka boleh membunuh manusia. Kalau durian timpa kepala atau buah nangka yang besar jatuh timpa kepala memang lah boleh patah kepala dan meninggal. (sumber gambar)
Tapi ini bukan kena timpa buah durian atau buah nangka. Tapi sebaliknya kes kalau makan buah nangka atau buah durian. Untuk orang yang sihat wal afiat tak apa kalau nak makan banyak manapun. Tapi jika anda ada penyakit tertentu, jangan nak main belasah saja apa jenis buah yang ada atas meja.
Baca artikel kat bawah ini yang saya petik dari akaun FB Dr Suhazeli Abdullah :
DURIAN DAN NANGKA MENJADI PEMBUNUH
Oleh: Dr Mohd Syamirullah
Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara.
Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.
"Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.
Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit.
Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat. Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).
Potassium dalam badan
Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya.
Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.
Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction).
Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).
Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung.
Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.
Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.
Potassium dalam buah-buahan
Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah:
a.. Pisang - 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium.
b.. Sayur bayam (spinach) - 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.
Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi.
a.. Durian - 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang.
b.. Nangka - 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.
Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada diaisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini.
Ia boleh meragut nyawa mereka.
BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus.
Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.
Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!
Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air :
http://e-mjm.org/2011/v66n1/Hyperkalaemia.pdf
Kurma juga ada Potassium
Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi.
100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.
Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.
Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya.
Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.
Tapi, kurma kan makanan Nabi?
Makanan "sunnah"
Mustahil lah ia boleh bawa keburukan !.
"Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. "
Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud "the dose makes the poison."
Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.
Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada. Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.
Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.
Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.
Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.
Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.
Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis.
Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.
Hati-hati dengan peniaga jahil
Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual "bahan-
Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama "ikhtiar" seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas "bahan kimia".
Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama.
Bahana kopi Habbatussauda
Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan "kopi habbatussauda" kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya.
Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan 'perubatan sunnah' iaitu habbatussauda.
Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).
Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil "natural" kerana apa yang "natural" bagi seorang, mungkin menjadi "pathological&
Minta nasihat pakar
Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB "bolehkah saya ambil supplemen ini", saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya.
Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.
Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.
The End
Begitulah penerangan panjang lebar berkenaan kesihatan tubuh badan yang bermanfaat untuk kita fahami dan amalkannya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment