9 Messages
Digest #4568
Messages
Tue Aug 16, 2016 8:19 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
"Harga Sesetengah Kereta Memang Turun, Tapi Kadar Interest Bank 4 Tahun Dulu Memang Rendah, Tapi Kini Pula..." - Sale Advisor
siakapkeli.my
Sebelum ini ramai tertanya-tanya dan mempersoalkan dengan kisah harga kereta, seperti kita ketahui ada harga kereta contohnya dari Proton, Toyota, Honda dan beberapa jenama lain telah naik pada awal tahun lalu.
Namun ada sesetengah jenama kereta dikatakan turun dan dijual dengan harga lebih murah berbanding keluaran awal seperti yang diterangkan oleh seorang selesman kereta bernama Fareezul Perodua.
Beliau telah memberikan contoh harga kereta jenis Produa Myvi 1.5 SE Automatik di mana berdasarkan pengalamannya sebagai seorang jurujual kereta berkenaan.
Menurutnya Myvi 1.5 SE berkenaan mengalami penurunan harga yang agak ketara berbanding keluaran tahun 2013 iaitu RM56,000 dan kini RM49,000 untuk kereta yang sama, TETAPI.. apa yang tetapinya? jom kita baca apa yang beliau huraikan.
Kita ambil contoh kereta Myvi, pada tahun 2013 untuk kereta Myvi SE Automatik adalah beharga RM56,000 dan pada akhir tahun pula harga turun kepada RM55,000, pada tahun 2015 harga atas jalan kereta ini adalah RM53,000 dan kini pada tahun 2016 harganya atas jalan tinggal RM49,000++.
Tetapi ada tapinya, purata empat tahun lepas kadar faedah(interest) hanya 2.8% hingga 3.2% tetapi kini kadar faedah semasa adalah 3.3% dan boleh mencecah 4%.
Berdasarkan pengalaman dalam bidang saya ini, sejujurnya, makin harga kereta turun, semakin tinggi majoriti tidak beli kereta baru kerana 'market trade in' akan jatuh dan ramai pelanggan ambil keputusan untuk guna kereta lama sahaja dan tidak mahu beli kereta baru.
Untuk harapkan pembeli kereta baru(first time buyer) hanyalah majoriti 'fresh graduate' yang bekerja dimana terdiri daripada lepasan diploma ke atas dan majoritinya juga yang telah disenaraikan dalam CCRIS oleh bank negara menyebabkan pinjaman kereta tidak diluluskan oleh bank.
Alasan pihak bank cukup kukuh, bayaran PTPTN RM100 pun tak dapat nak bayar, macammana nak luluskan pinjaman kereta RM400 sebulan.
Terdiam saya di situ, katakan ada yang membayar PTPTN sangat cantik, namanya bersih tetapi majoriti tidak mahu membeli Proton atau Produa, golongan ini selalunya cenderung untuk membeli kereta Honda dan Toyota yang beharga RM70,000 dan ke atas.
Kami semua 'Sale Advisor' kereta tidak kira apapun jenama akan memberi nasihat kereta apa yang mampu dia miliki dengan gaji dia, contoh kita nasihatkan kereta Axia beharga RM35,000 layak berdasarkan gajinya, tetapi mereka tetap berdegil kerana inginkan kereta impian yang berharga RM60,000.
Sudahlah mahukan kereta RM60,000 dan tidak layak berdasarkan pendapatan gajinya, pinjaman pula hendak buat pinjaman penuh.
"Soalan saya, kalau awak jadi bank, awak nak tak luluskan pinjaman pelanggan saya kalau dalam situasi begini?"
Ikutkan banyak lagi sebab, saya tidak berpihak kepada mana-mana pihak, cuma ingin memberikan nasihat sebagai seorang 'sale advisor'
Selain itu beliau juga ditanya oleh netizen, kenapa kereta terpakai masuk dijual dengan harga tinggi, kenapa tidak dijual dengan harga 'trade in' memudahkan orang ramai boleh ambil kereta dengan harga cash.
Berikut adalah jawapan beliau.
Memang diakui harga kereta terpakai tinggi, ini kerana kereta yang diambil(dari pembekal kereta terpakai) sebelum ini pun tinggi harganya, itu yang kita nampak, yang kita tak nampak ialah banyak pengusaha kereta terpakai gulung tikar disebabkan market untuk pinjaman pelanggan jatuh.
Contoh, dahulu Saga tahun 2012 loan untuk harga kereta terpakai boleh dapat RM25,000, majoriti pengusaha kereta terpakai akan jual kurang daripada RM25,000 untuk dapat pinjaman penuh.
Tapi sekarang pinjaman bank untuk Saga terpakai telah dikurangkan, kadang-kadang hanya RM20,000 pinjaman dari bank sedangkan waktu pengusaha ambil kereta(modal) itupun dan harga RM20,000 lebih.
Jadi pelanggan tidak dapat beli kereta terpakai secara pinjaman penuh tetapi cenderung membeli kereta baru sebab duit 'muka' sama jumlahnya.
Satu lagi, kebanyakkan majoriti orang Malaysia beli kereta akan beli secara pinjaman penuh tapi tidak kira detail jumlah interest yang akan dibayar mereka(untuk kereta terpakai).
Penurunan harga kereta secara drastik boleh dilakukan , contohnya Toyota vios harga baru RM80,000 tapi jual RM40,000, tapi boleh tak pelanggan semua sediakan 50% 'downpament
"Agak-agak boleh tak?"
Ada orang kata boleh, tapi bagi saya tidak boleh sebab yang datang kepada saya majoritinya nak beli kereta semua nak 'full loan,'. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 16, 2016 8:20 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pemandu Teksi Limosin Maut Kemalangan Babitkan Bas Pekerja
siakapkeli.my
PUTRAJAYA, 15 Ogos - Seorang pemandu teksi limosin maut selepas terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas pekerja yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Pekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dalam kejadian jam 7.26 malam tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 25 tahun itu meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia KLIA, Yahya Mohd. Sham, dua buah jentera bomba dengan kekuatan 11 anggota bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
"Pihak kami mendapati bas pekerja itu kosong tanpa penumpang dan pemandu itu telah diletakkan di tepi jalan menyebabkan mangsa melanggar belakang bas tersebut," katanya kepada Kosmo!.
Kes tersebut diserahkan kepada Balai Polis Daerah Sepang untuk siasatan lanjut.
Sumber: Kosmo!
Wanita Singapura Maki Dan Fitnah Pegawai Imigresen Malaysia
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
JOHOR BAHRU - 3 anak beranak warga Singapura ditahan kerana mengingkari arahan pegawai Imigresen yang bertugas di pintu masuk.
Dalam kejadian Jumaat lalu jam 3:30 petang itu, Quek Chin Fern, 42, dan dua anaknya, Miguel Lim, 19, dan Chery Isabella Lim, 18, telah ditahan kerana enggan memberikan kerjasama kepada pegawai terbabit untuk menurunkan tingkap kenderaan bahagian belakang.
"Pegawai yang bertugas minta kerjasama untuk turunkan tingkap bahagian belakang disebabkan tingkap gelap. Namun pemandunya enggan berbuat demikian lalu memarahi dan memaki hamun pegawai berkenaan.
"Setelah puas memaki hamun pegawai terbabit, wanita itu menurunkan tingkap dan anaknya di belakang kereta dengan sombongnya telah memberikan isyarat lucah terhadap pegawai tersebut," kata sumber.
Ekoran kebiadaban yang tidak dijangkakan itu, maka berlakulah perbalahan. Tiga anak beranak itu diarahkan keluar dari kereta, sekali lagi mereka enggan mengikuti arahan dan membunyikan hon untuk memprovokasi pegawai tersebut.
Ketiga-tiga mereka telah ditahan dan dihantar ke pejabat sebelum dihantar ke lokap. Bagaimanapun, sekali lagi pemandu berkenaan telah menuduh pegawai Imigresen terbabit cuba meminta sejumlah wang dari mereka bagi tujuan memburukkan pegawai berkenaan.
Kereta milik pemandu wanita itu jenis BMW523i berwarna hitam dengan nombor pendaftaran SLC968A juga telah disita di bawah Seksyen 49A Akta Imigresen 1959/63.
Berdasarkan perkongsian netizen, Quek Chin Fern pernah terlibat dalam beberapa kes yang serius. Jennifer Tay menyatakan bahawa dia pernah menjadi mangsa penipuan Quek Chin Fern pada 18 Ogos 2015.
Selain itu, Quek Chin Fern pernah menikam suaminya ketika mendapatkan rawatan di hospital kerana cecair asid telah terpercik pada kemaluannya selepas didakwa mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain. -PIXEL MEDIA
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 16, 2016 8:20 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
"Saline Bukan Untuk Cuci Dan Rendam Kanta Sentuh," - Ahli Optometrist
siakapkeli.my
Mata merupakan dalah satu anugerah yang amat berharga dan tak ternilai yang diberikan kepada manusia, mata merupakan panca indra yang amat penting untuk membolehkan kita melihat, hilang mata maka hilangkan keindahan dunia ini.
Ada sesetangah kita pula menghadapi masalah mata seperti rabun, ini menyebabkan mereka terpaksa memakai cermin mata, kerana cermin mata ini perlu dipakai dan dijaga dengan elok, ada yang mengambil alternatif dengan memakai kenta sentuh.
Apabila memakai kanta sentuh pula, ianya memerlukan penjagaan yang baik atas kanta sentuh yang dibeli, menurut seorang ahli Optometrist bernama Amira Nadia, dia meminta orang ramai supaya lebih peka dengan bahan yang digunakan untuk mencuci kata sentuh.
Jom kita baca apa yang beliau nasihatkan itu.
SALINE BUKAN UNTUK CUCI DAN RENDAM KANTA SENTUH
Ha Kakak dah marah ni ....
Alkisah semalam, sambil cuci2 mata tengok kereta2 Mazda cun depan Watson, niat hati nak menjengah sekejap...
melintas lah sekumpulan adik2 manis ni sambil yang sorang tu bawa 1 pack Saline berharga RM 12++.. menuju ke kaunter bayaran.
Eh.. dik dik, tiba2 saya menahan mereka ala pak guard dalam watson tu kalau sensor bunyi...
Adik nak buat apa ye dengan saline tu?.. Mula2 terpinga2 juga budak tu, yela tiba2 ada orang tanya. Nasibla pakai blazer ada la rupa somebody dalam watson tu huahaha.. Nak cuci contact lens ke?. Tanya ku lagi..
Yang kawan sebelah tu dah bisik2,, ha aku dah cakap tadi. ( tak dengar perkataan hujung sebab lagu shopping mall tu kuat sangat).
Jom sini... saya bawa mereka ke satu rak penuh deretan solution kanta sentuh pelbagai jenama..
Ok adik nampak perkataan "rinsing" ni sambil saya tunjuk sebotol saline.
Ni maksudnya bilas. Dan biasanya guna jika mata tak tahan pedih bila kanta sentuh di cuci dengan larutan ni. Saya tunjukkan pula sebotol RENU yang bertulis Multipurpose Solution dan Disinfect. Ha yang ni memang untuk cuci,rendam dan bunuh kuman. Saline tu tak de langsung bahan kimia yang boleh membunuh kuman.
Ye ke?.. sambil tangannya menyeluk beg dan mengeluarkan sebotol saline jenama C**** * ***e. Dalam hati saya sah budak ni memang selama ni cuci dengan saline.
Hmm.. yang mana ye murah?.. Tanya dia lagi sambil pegang travel pack Renu. Sebenarnya tu la yang paling murah. Hmm dalam hati ambil je la mana2, asalkan ambil solution yang betul. Nak cerita panjang lebar nanti pening pula kepala dia. Yela dari Optifree sampai ke Freshkon ada 7,8 jenama.
Ok dik, boleh je ambil yang tu tapi lepas buka penutup tahan 3 bulan ye. Habis tak habis kena buang. Alaa.. yeke jawabnya.. sambil belek saline. Bukan ke lama lagi expiry date.
Ok macam ni saya terpaksa terangkan lagi,.. larutan MPS ni ada bahan pengawet yang menghalang kuman membiak, tapi tempohnya 3 bulan sahaja. Saline pula sebulan...
Hmm ok la saya ambil yang ni, dan terus berlalu pergi bersama2 kawaan2nya menuju kaunter. Panjang lebar pula ceramah ni .. belum tanya lagi pakai kanta sentuh apa, berapa lama pakai... tengok jam dah pukul 3, alamak zohor pun tak lagi..
Sebenarnya ramai lagi di luar sana yang cuci kanta sentuh dengan saline, lagi2 yang menjual tu advise guna saline je boleh.
Wahh... banyak cantik. Sebab tu saya tiada kompromi dengan geng2 yang menjual kanta sentuh secara haram ni.... haa ambik. Jual nak... esok yang kena menghadap ulser mata ophthalmologis kat hospital juga. Kami optometris hanya penjaga mata primer sahaja.. kalau bukan kami siapa lagi ... betul tak???
Berikut adalah pembuktian yang beliau sertakan.
Sanggup ke nak cuci kanta sentuh sekadar dengan "NORMAL SALINE" @ Sodium Chloride @ Air Garam , yang tak mampu nak basmi kuman seperti dalam gambar ni. Sebab tu mesti guna agen pencuci khas dan pastikan simpan/rendam sekurang2nya 4 jam.
Mungkin sebab mata kita tak nampak makhluk Allah yang seni ni, kawan batuk kat kita pun kita boleh berjangkit sama padahal tak nampak pun bakteria ni.
Persekitaran kita pun tiada jaminan bebas kuman, habuk,debu dan macam2 lagi.
So lepas ni insaf2 ye wahai sahabat sekalian, cuci tangan dengan sabun tu penting...
RAJIN tu pun penting juga.
Ada apa2 boleh jumpa Optometris di luar sana, kami belajar 4 tahun, semua ilmu kesihatan mata dan kanta sentuh ni hadam dah semata2 nak bagi semua mata rakyat Malaysia ni sihat dan berkualiti.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 16, 2016 8:21 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
SPRM TAHAN JERUNG, PAUS GERGASI MASIH BERMAHARAJALELA
bloglist-malaysia.
mutaligat.blogspot
Posted by Penjana Melaka
SPRM tahan 3 jerung. Rakyat yakin masih ramai paus-paus gergasi yg jauh lebih besar dari jerung terus berkeliaran dan bermaharajalela.
Datuk Seri, Datuk Antara Yang Ditahan SPRM, Akaun Bank 13 Juta Dibekukan
siakapkeli.my
Putrajaya, 15 Ogos: Tiga penjawat awam, termasuk dua yang bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan oleh SPRM hari ini atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.
Kesemua mereka ditahan dalam operasi serentak yang dijalankan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan kira-kira jam 12 tengah hari dan 2 petang.
Susulan penahanan itu, akaun milik mereka yang melebih RM13 juta dibekukan meliputan ang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM 1 juta hingga RM6 juta setiap yang ditahan.
Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, ketiga-tiga individu itu berusia dalam lingkungan 50-an dan masing-masing berkhidmat di satu daripada jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.
"Turut disita ialah beberapa kondominium mewah termasuk 'penthouse
"Dalam serbuan secara serentak hari ini, SPRM turut menjumpai wang tunai kira-kira RM400,000 termasuk mata wang asing serta beberapa jam tangan mewah," katannya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Katanya, di bawah kesalahan Akta SPRM 2009, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 dan lima kali nilai suapan mana-mana yang lebih tinggi.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 16, 2016 8:22 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Foto Luaran Proton Persona Baharu Dari Jarak Dekat Pula Tersebar
siakapkeli.my
15 Ogos - Jika sebelum ini, beberapa gambar Proton Saga 2016 sudah tersebar, kini giliran gambar Proton Persona 2016 pula menjadi perhatian ramai.
Di laman rasmi Proton Malaysia, sudah kelihatan beberapa keping gambar 'teaser
Tapi bagaimanakah rupa kereta itu dari luar?
Baru-baru ini beberapa keping foto yang menunjukkan reka bentuk kereta itu dari luar dan jarak dekat telah tersebar di media sosial Facebook.
Dari reaksi dari pengguna media sosial pula, ada yang mengatakan Proton Persona ini kelihatan seperti Vios.
Menurut laporan, Persona 2016 akan dikuasakan dengan enjin VVT 1.6 liter - sama seperti Proton Iriz. Namun tiada varian 1.3 liter akan dikeluarkan.
Persona 2016 1.6 akan dikeluarkan dalam tiga varian iaitu 1.6L Manual Standard, 1.6L CVT Standard dan 1.6L CVT Premium.
Gambar teaser Proton Persona 2016
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 16, 2016 8:22 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Sesi Ramah Mesra Bersama Duta Pakar Selfie Anda Ayda Jebat Dan Dengan Tempahan Awal OPPO F1s Anda Berpeluang berjumpa Dengan Saharul Ridzwan.
siakapkeli.my
Kepada semua peminat Ayda Jebat kini anda boleh berjumpa dengan Ayda Jebat pada 21 Ogos 2016 di Mid Valley pada pukul 3.00 petang, Ia adalah sempena roadshow kali pertama OPPO F1s di Mid Valley. Roadshow ini akan berlangsung selama dua hari iaitu 20 dan 21 Ogos. Jadi kalau anda mahu berjumpa atau selfie bersama Ayda Jebat ini adalah masanya untuk memeriahkan lagi Roadshow Kali pertama OPPO F1s. Selain dari itu Ayda juga akan membuat persembahan untuk lagunya 'Pencuri Hati'.
OPPO F1s adalah telefon pintar terbaru keluaran OPPO yang mensasarkan golongan yang mementingkan selfie yang sempurna. Anda tidak perlu aplikasi lain untuk mendapatkan selfie yang sempurna, dengan kamera hadapan 16MP dan fungsi various filter, anda boleh pilih untuk dapatkan selfie yang lebih menarik.
Sama seperti generasi F1 sebelumnya, OPPO F1s menitikberatkan kualiti kamera terutamanya kamera selfie. Tapi OPPO F1s tampil dengan penambahbaikan kamera hadapan 16MP dan enjin 4.0 Beautify. Lihat sahaja selfie Ayda Jebat menggunakan kamere depan OPPO F1s yang mempunyai 16MP dan enjin 4.0 beautify.
Tempah Awal OPPO F1s & Berpeluang Bertemu Saharul Ridzuan
Peluang bertemu artis amatlah jarang untuk diperoleh, apatah lagi dengan artis-artis yang sedang naik kerana jadual mereka yang teramat padat dengan shooting di sana sini. Sedangkan di tempat awam pun susah untuk ditemui, nak datang rumah lagi la payah.
Tapi kali ini, ada seorang artis itu akan bekerja sebagai 'posmen
Selebriti tempatan, Saharul Ridzwan akan mengambil tugas sebagai 'posmen
Saharul Ridzwan
Dengan hanya membuat tempahan awal menerusi laman web www.oppostore.
Tempahan awal akan berakhir pada 19 Ogos 2016.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 16, 2016 8:22 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Hasrat Kanak-Kanak Buang Air Terbantut, Jumpa Ular Sawa Di Dalam Mangkuk Tandas
siakapkeli.my
Kredit Foto: Bomba Malaysia
Hasrat seorang kanak-kanak berumur 11 tahun ke tandas rumah mereka untuk membuang air kecil terbantut selepas dia dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa di dalam mangkuk tandas di rumah mereka yang terletak di Jalan Bukit Mertajam, Klang malam tadi, lapor Harian Metro.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam di mana ular sawa tersebut dikatakan telah masuk melalui saluran septik tandas berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.08 malam dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi.
"Pasukan yang diketuai Ketua Operasi, Mawardi Ahmad mengambil masa 25 minit untuk mengeluarkan ular itu dengan menggunakan penjerut ular.
"Ular itu kemudian dilepaskan di tempat yang selamat," katanya.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kes ini. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 16, 2016 8:23 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bila Anda Baca Posting Drp Geng parti PAN mengenai PAS, anda....
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Bab putarbelit isu dan fitnah serahkan saja ke PAN..
Tajuk digunakan untuk memfitnah sedangkan isinya lain...
Ambo harap puok2 PAN bertaubat dan berusahalah menjadi manusia yang mulia!
Kredit
Ismail Muhamad
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Aug 16, 2016 8:23 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Hidup Senang Tanpa Powerbank Dengan Telefon Yang Berharga Dibawah RM1,000 Ini
siakapkeli.my
Murah tapi berkuasa. Itu antara aspek penting yang dicari oleh pengguna-pengguna telefon pintar zaman sekarang.
Dengan aplikasi-aplikasi moden yang semakin memerlukan kuasa pemprosesan tinggi dan bateri yang banyak, orang ramai semakin beralih kepada sumber kuasa alternatif seperti powerbank. Tapi sejujurnya, powerbank sangat leceh untuk dibawa.
Dengan meletakkan penjimatan tenaga sebagai asas, pengeluar telefon pintar, Honor, memperkenalkan telefon pintar Honor 5C, sebuah peranti yang dikuasakan dengan cip Kirin 650 bersama bateri 3000 mAh.
Secara ringkasnya, kombinasi cip baru Kirin 650 dan bateri 3000 mAh akan memberikan pengguna sebuah telefon berkuasa tinggi yang dalam masa akan menjimatkan bateri.
Kirin 650
Kirin 650 merupakan cip yang dicipta bagi membolehkan telefon pintar bekerja dengan lebih pantas sambil menggunakan kuasa bateri yang minimum. Ini bermakna, pengguna Honor 5C boleh membuka aplikasi berprestasi tinggi tanpa mengorbankan sejumlah kuasa bateri yang banyak.
Teknologi FinFET boleh membenarkan haba mengalir dengan lebih baik di cip pemprosesan.
Cip Kirin 650 menggunakan teknologi 16nm FinFET, yang mana lebih kecil jika dibandingkan dengan teknologi 28 nm yang banyak diguna pakai sekarang.
Dengan 4 teras 2.0GHz dan 4 teras 1.7GHz yang lebih mampat dan kecil, Kirin 650 boleh menghasilkan lebih 65% peningkatan pada kuasa dan 40% pengurangan kehilangan kuasa jika dibandingkan dengan generasi cip-cip pemprosesan sebelum ini.
RAM 2GB
Cip berkuasa tinggi tidak akan lengkap dengan RAM yang rendah. Disebabkan itu, Honor melengkapkan Honor 5C dengan RAM sebanyak 2GB. Dengan kekuatan Kirin 650 dan 2GB RAM, Honor 5C boleh memberikan pengguna pengalaman yang lebih lancar ketika membuka aplikasi 'berat
Selain itu, GPU Mali 830 yang turut disertakan di dalam Honor 5C juga turut membantu telefon ini dalam memproses grafik yang tinggi.
Jimat Bateri
Jika pengguna masih merasakan bateri 3,000 mAh masih tidak mencukupi, mereka boleh menghidupkan mod 'Doze' di Andriod 6.0 yang didatangkan bersama-sama Honor 5C. Ditambah pula dengan teknologi power-saving Huawei 3.0 , kapasiti 3,000 mAh itu akan menjadi seolah-olah 4,000 mAh.
Harga RM799.00 di Vmall.my
Di Vmall.my, Honor 5C boleh didapati dengan harga serendah RM799.00 sahaja. Dengan ciri penting seperti DualSim LTE, 2GB RAM, kuasa CPU 2.0GHz dan bateri 3,000mAh telefon ini adalah juara dalam kategori harganya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment