Sunday, August 28, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4572

15 Messages

Digest #4572
3
Fw: Waspada Penculik Guna Van Putih by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Bergantung Kepada Ubat Untuk Bernafas by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Berita Buruk Buat Rakyat Malaysia by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: 'Spiderman' Ditahan Polis Jadi Viral by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
10
11
Fw: Kesah 2 Atlet Olimpik Rio by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
12
Fw: Kanak2 Hilang Ditemui Tidak Bermaya by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
13
Fw: Mansuh bil TNB bulan Julai by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
14
Fw: Mamat Ni "Sweet" Dengan "Awek" Dia, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Aug 28, 2016 7:01 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Facebook Khairy Jamaludin diserang peminjam PTPTN gara-gara rasa tertipu

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"Pada 20 August 2013, KJ telah membuat satu posting di facebook beliau yang bertulis "Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam dibawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda." Namun, apa yang mengecewakan peminjam PTPTN, ramai antara yang telah disenaraikan ke dalam CCRIS sehingga ke hari ini.

Berikut merupakan keratan akhbar dari Berita Harian.

SABTU, 23 APRIL 2016 @ 6:15 PM 1.25 juta peminjam PTPTN tersenarai CCRIS

BUKIT MERTAJAM: Seramai 1.25 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tersenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/146718

Akibat rasa tertipu, facebook KJ telah diserang oleh peminjam PTPTN sejak semalam. Ini adalah antara komen-komen peminjam PTPTN. Komen-komen ini boleh dilihat di https://www.facebook.com/Khairykj/posts/706794819337122

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: mahasiswa_united
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, August 10, 2016 11:33 PM
Subject: Fw: Kenapa KJ delete tweet yang telah jadi viral ini ?

Kenapa Khairy Jamaludin delete tweet yang telah jadi viral ini ?

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Tweet KJ yang bertulis "#mejabulatPTPTN 2) Pembayaran balik hanya perlu dimulakan apabila peminjam mendapat gaji minima 3 ribu setiap bulan. #fb" telah menjadi viral di kalangan peminjam PTPTN sejak semalam lagi. Namun apa yang menghairankan tweet tersebut telah didelete pada hari ini.

Inilah gambar yang dimaksudkan.

Kini, tweet berkenaan telah pun didelete.

Namun, tweet berkenaan sempat discreen-shot.

Imej berkenaan boleh lagi dilihat sekiranya cached pada hasil carian pada Google.

Untuk memudahkan semua orang untuk melihat imej berkenaan, ini adalah link terus kepada imej tersebut

https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:XTZ2nWOyQtUJ:https://twitter.com/khairykj/status/190005187186925568+&cd=1&hl=en&ct=clnk

Persoalannya, kenapa KJ delete tweet tersebut. Adakah KJ ingin menyembunyikan sesuatu daripada peminjam PTPTN? Sebagai seorang Menteri, beliau sepatutnya membuat kenyataan rasmi untuk menerangkan apa yang beliau maksudkan pada tweet tersebut.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: mahasiswa_united
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jenazah tiga sekeluarga dikebumi satu liang lahad

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

MELAKA - Jenazah tiga sekeluarga yang dibunuh dipercayai oleh penagih dadah tegar, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bertam Malim di sini, kira-kira 11.30 pagi ini.

Lebih 500 orang terdiri daripada anggota keluarga, kenalan dan orang ramai hadir pada upacara pengebumian jenazah pasangan suami isteri, Hassan A.Wahab, 70, dan Mariah Baharin, 60, dan anak lelaki mereka Muhammad Taufeq, 22.

Turut hadir Speaker Dun Melaka, Datuk Othman Muhammad; Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah dan beberapa pemimpin masyarakat di negeri itu.

Suasana pilu menyelubungi mereka yang berada di tanah perkuburan itu yang ketika itu hujan lebat.

Jenazah sebelum itu dibawa ke Masjid Al-Faizin, Kampung Bertam Malim di sini dari Hospital Melaka untuk disembahyangkan kira-kira 10.30 pagi diimamkan oleh imam masjid berkenaan Rashid Mohd Yusof.

Tiga sekeluarga itu dibunuh dalam kejadian di Kampung Bertam Malim di sini kira-kira 6.30 pagi semalam dan suspek telah ditahan polis di Masjid Bukit Rambai di sini kira-kira 11 pagi semalam.

Dua lagi anak pasangan itu, Noor Haslinda Diyana, 26, dan Nuraqedah Aeina, 24, turut cedera parah dalam kejadian itu sedang dirawat di Hospital Melaka. - Bernama

Amuk: 3 Sekeluarga Maut Dikelar Dan 2 Lagi Cedera Parah Di Melaka
siakapkeli.my

Kredit foto: Berita Harian

Melaka: Tiga sekeluarga maut dan dua lagi cedera parah selepas dikelar oleh seorang lelaki dipercayai ahli keluarga di Kampung Bertam-Malim, di sini, 6.30 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata, setakat ini tiga mangsa disahkan meninggal dunia dalam rumah iaitu dua lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 70, 62, dan 22 tahun.

Menurut beliau, dua orang lagi mangsa wanita berusia berusia 24 dan 27 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian bahu, seorang lagi wanita berusia 80 tahun mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Melaka.

"Kita sedang siasat motif pembunuhan namun suspek dipercayai ahli keluarga yang tinggal bersama dalam rumah ini.

"Kita sudah mengenal pasti suspek, lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penagih dadah tegar dan kita yakin suspek dapat ditahan dalam tempoh terdekat," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my

KEMASKINI

Suspek bunuh tiga sekeluarga ditahan selepas kereta dilarikannya dikesan di perkarangan masjid di Bukit Rambai di mana dia telah memakai jubah biru.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Waspada Penculik Guna Van Putih - Polis
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Polis menasihati orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak van putih di lokasi mencurigakan susulan kes cubaan culik seorang kanak-kanak berumur 10 tahun di Kampugn Datuk Keramat di sini pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, ini berikutan terdapat kes cubaan menculik melibatkan empat lelaki dengan dua darinya memakai pakaian wanita menggunakan van putih.

"Setakat ini ada satu kes cubaan culik dilaporkan melibatkan suspek menggunakan van putih, melibatkan cubaan culik seorang murid perempuan Sekolah Rendah Agama Al Akram, Kampung Datuk Keramat, dalam perjalanan ke sekolah," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Dalam kejadian yang berlaku pada 1.50 tengah hari itu, kanak-kanak tersebut dihampiri oleh sebuah van putih yang dinaiki oleh sekumpulan empat individu, yang mana dua darinya memakai pakaian wanita, keluar dari van itu dan cuba menarik mangsa masuk.

"Seorang daripada lelaki berpakaian wanita itu mengacukan sebilah pisau ke arah kanak-kanak tersebut namun mangsa dilepaskan setelah meronta dan menyepak serta menumbuk muka kedua-dua lelaki itu yang kemudiannya lari dengan van berkenaan," katanya.

Kanak-kanak itu kemudian berlari masuk ke kawasan sekolah dan menceritakan kejadian itu kepada guru.

Beliau berkata laporan polis mengenai kejadian dibuat oleh seorang guru wanita sekolah berkenaan.

"Nombor pendaftaran van itu tidak pasti kerana tiada kamera litar tertutup di tempat kejadian dan tak tahu pergi ke arah mana," katanya. - Siakapkeli.my

Sumber : Sinar Online

ALERT! Polis Nasihat Orang Awam Berwaspada Dengan Van Putih - Penculik Muncul Kembali!
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati jika ternampak van putih di lokasi mencurigakan susulan kes cubaan culik kanak-kanak berumur 10 tahun di Kampung Datuk Keramat, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata ini berikutan terdapat kes cubaan menculik melibatkan 4 lelaki dengan 2 daripadanya memakai pakaian wanita menggunakan van putih. "Setakat ini ada satu kes cubaan culik dilaporkan melibatkan suspek menggunakan van putih, melibatkan cubaan culik seorang murid perempuan Sekolah Rendah Agama Al Akram, Kampung Datuk Keramat, dalam perjalanan ke sekolah," katanya.

Dalam kejadian 1.50 tengah hari Selasa lepas, kanak-kanak itu dihampiri sebuah van putih, di dalamnya ada sekumpulan 4 individu, 2 daripadanya lelaki yang menyamar dengan memakai pakaian wanita, keluar dari kenderaan itu dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam van berkenaan. "Seorang daripada lelaki berpakaian wanita itu mengacukan sebilah pisau ke arah kanak-kanak tersebut namun mangsa dilepaskan setelah meronta dan menyepak serta menumbuk muka kedua-dua lelaki itu yang kemudiannya lari dengan van berkenaan," katanya. Kanak-kanak itu kemudian berlari masuk ke kawasan sekolah dan menceritakan kejadian itu kepada guru.

Beliau berkata laporan polis mengenai kejadian dibuat seorang guru wanita sekolah berkenaan. "Nombor pendaftaran van itu tidak pasti kerana tiada kamera litar tertutup di tempat kejadian dan tak tahu pergi ke arah mana," katanya.

Roy Suhaimi berkata guru itu turut membuat laporan polis terdapat satu lagi cubaan culik melibatkan kanak-kanak sekolah sama pada 5 Ogos lalu, apabila 2 lelaki menggunakan sebuah motosikal cuba menarik tangan salah seorang daripada 2 beradik perempuan berumur 7 dan 10 tahun yang sedang berjalan ke sekolah berkenaan kira-kira 1.50 tengah hari.

"Pembonceng motosikal menarik tangan kanak-kanak berumur 7 tahun tetapi kanak-kanak berkenaan meronta dan menjerit menyebabkan lelaki berkenaan melepaskan tangannya dan melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha 125. "Kedua-dua murid perempuan itu kemudian berlari masuk dalam masjid Al Akram yang berdekatan dengan sekolah itu," katanya. Beliau berkata setakat ini belum ada sebarang tangkapan untuk kedua-dua kes yang kini disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan kerana melakukan penculikan dan cubaan melakukan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Roy Suhaimi berkata pihaknya meningkatkan rondaan di kawasan berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata polis masih belum menerima sebarang laporan daripada anggota keluarga gadis yang dipercayai diculik 2 lelaki menggunakan kereta Perodua berwarna putih di persimpangan Jalan AU 5C/7, Taman Lembah Keramat, Selasa lepas. "Setakat ini kita belum terima laporan dari mana-mana pihak mengenai kehilangan ahli keluarga mereka," katanya. - FMT

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kini Bergantung Kepada Ubat Untuk Bernafas Dengan Baik. Jika Tidak, Keadannya Akan Jadi Biru Kerana Oksigen Tak Sampai Otak - Bayi Perlukan RM 30,000 Untuk Pembedahan Saluran Pernafasan
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Seorang bayi perempuan memerlukan dana sebanya RM30,000 untuk membiayai kos rawatan pembedahan saluran pernafasan secara normal (BT Shunt) di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Pembedahan keatas bayi tersebut, Nur Aisyah Dalila Abd Rahim, 2 bulan, n dilakukan segera bagi membolehkannya bernafas dengan sempurna.

Menurut ibu, Rositah Kames, anak keduanya itu turut menghidapi jantung berlubang dan masalah saluran tersumbat sejak lahir.

"Nur Aisyah perlu melakukan pembedahan saluran ini terlebih dahulu kerana dia kini hanya bergantung kepada ubat untuk membolehkan dia bernafas dengan baik.

"Jika tidak, keadaannya akan menjadi biru kerana oksigen tidak sampai ke otak di sebabkan masalah di saluran terbabit," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Rositah yang juga seorang suri rumah berkata, anaknya itu juga turut mempunyai dua lubang di jantung yang bersaiz kecil dan besar.

"Bagi pembedahan jantung berlubang dan saluran tersumbat itu pula akan dilakukan pada usia Nur Aisyah setahun ke atas dengan beratnya perlu mencecah kira-kira 10 kilogram," katanya.

Bapa kepada Nur Aisyah pula, Abd Rahim Mohd Napiah, berkata beliau dan keluarga reda akan keadaan anaknya itu tetapi tetap bersyukur dengan bantuan orang ramai.

"Saya berharap Nur Aisyah dapat hidup seperti kanak-kanak normal yang lain," kata beliau yang bekerja di bilik kawalan Rapid KL.

Sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Media Prima Berhad-NSTP di akaun Maybank, 514105323170 atau cek dengan menulis nama pesakit di belakang. Cek dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima di alamat Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur atau hubungi 03-27148977.

Sumber : BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Berita Buruk Buat Rakyat Malaysia
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Berita Buruk Buat Rakyat Malaysia. Seorang pengawal keselamatan menceritakan bagaimana beliau tiba-tiba hilang mata pencarian dengan hanya beberapa perkataan yang dikirimkan majikan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Lelaki berumur 55 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad itu berkata beliau terkejut dengan notis 24 jam yang diterima dalam telefon bimbitnya.

Berita Buruk Buat Rakyat Malaysia. "Pada mulanya syarikat memberitahu saya digantung kerja kemudian akan dihantar bertugas ke tempat lain. Akhir sekali syarikat memutuskan saya dibuang kerja," katanya kepada FMT.

Keadaan ekonomi memaksa beberapa syarikat memberhentikan pekerja, yang terbaru Tesco Malaysia yang mengumumkan mahu mengurangkan lebih 600 stafnya.

Kekerapan pembuangan pekerja itu menyebabkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) semalam menggesa kerajaan mewujudkan tabung pemberhentian pekerja khas, bagi menguruskan pekerja yang terkesan termasuk mereka yang tidak menerima gaji.

Berita Buruk Buat Rakyat Malaysia

Statistik menunjukkan jumlah pekerja diberhentikan pada 2014 ialah 25,917, dan bertambah kepada 38,499 pada 2015.

"Sekiranya penubuhan tabung ini berjaya dilaksanakan, Malaysia akan jadi negara ke-9 menerima bantuan kerajaan dalam menerima sumbangan terhadap individu yang dibuang kerja atas alasan syarikat bankrap," kata Ketua PSM Rawang, Mohd Mazwan Mansor, semalam.

Ahmad berkata majikannya memberi alasan dia tidak menerima tapisan kawalan daripada Kementerian Dalam Negeri, iaitu syarat kelayakan bekerja sebagai pengawal keselamatan.

"Saya merupakan bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), mana mungkin alasan sebegini digunakan?," soalnya.

Bekas pekerja kilang roti High 5, Rosnizam Abu Said memberitahu syarikat berkenaan masih belum melangsaikan bayaran gaji terhadap para pekerjanya.

Berita Buruk Buat Rakyat Malaysia

"Mereka janji nak bayar tapi sehingga kini saya dan rakan-rakan belum terima sebarang bayaran.

"Syarikat masih berhutang gaji untuk Julai. Itu tidak termasuk komisyen serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang juga tertunggak selama 7 bulan," katanya.

Bekas penyelia itu bagaimanapun bersyukur kerana kini diterima bekerja di syarikat Faiza Marketing sebagai eksekutif jualan.

Berita Buruk Buat Rakyat Malaysia. "Selepas saya keluar di beberapa media mendedahkan isu ini, saya sukar diterima di beberapa syarikat."

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:03 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Hentikan Penjualan Topi Keledar Kura-Kura Kerana Boleh Bahayakan Pemakai', saran Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak

siakapkeli.my

LARUT, 17 Ogos: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran agar memberhentikan penjualan topi keledar separuh atau topi keledar kura-kura kerana ia boleh membahayakan nyawa penumpang motosikal.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, pihaknya mendapati ramai penunggang motosikal yang gemar membeli topi keledar itu walaupun ia tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan.

"Selain daripada tindakan pihak berkenaan, orang ramai juga seharusnya mempunyai kesedaran dengan tidak membeli dan menggunakan topi keledar yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Beliau berkata sedemikian selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Selama, dekat sini pada Selasa.

Sumber : mStar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:04 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Laporan polis Ustaz Kazim – "Mengarut", kata Wardina
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Personaliti Wardina Safiyyah mempersoal tindakan Datuk Kazim Elias membuat laporan polis terhadapnya dan berkata sebagai membuang masa pihak berkuasa.
Melalui laman Facebooknya yang dipetik Free Malaysia Today berkata bukan dirinya yang menamakan maahad yang dikaitkan kepada dakwaan pencabulan seksual pelajar.

Selain Wardina, Ustaz Kazim turut menamakan aktivis Syed Azmi Alhabshi dalam laporannya.

"Yang dedahkan nama maahad bukan saya atau Syed Azmi tapi Astro Awani dan polis," kata Wardina. "Laporan polis oleh ibu yang terbabit pun saya tak kongsi."

"Kalau pun nak buat laporan polis, patutnya buat satu lagi laporan polis keatas ibu tersebut membuat 'fitnah', bukan saya atau Syed Azmi."

Wardina berkata demikian menjawab tindakan Kazim membuat laporan polis petang tadi kerana membuat komen yang berunsur fitnah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai penceramah agama.

"Jadi? Maknanya kami tidak boleh kongsi dakwaan pencabulan seksual? Mengarut," tepis Wardina.

"Selamat malam Malaysia," tambahnya lagi. Pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.

Dakwaan seks luar tabii: Kazim buat laporan polis

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Sebuah maahad tahfiz di Perak membuat laporan polis berhubung dakwaan berlaku amalan seks luar tabii di sekolah itu.

Laporan itu dibuat pengetuanya sendiri Datuk Kazim Elias pada Sabtu.

The Star Online melaporkan Kazim berkata aduan berkenaan tidak dibuat lebih awal kerana nama sekolah berkenaan tidak dinyatakan sebelum ini.

"Tetapi sekarang ia sudah diketahui, saya rasa kami perlu membersihkan nama kami," katanya kepada media hari ini.

Menurut Kazim tuduhan yang dikaitkan dengan sekolah agama yang dikelolakannya - Pusat Pendidikan Al-Barakah - adalah serius dan mereka akan bekerjasama dengan polis.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan polis menerima laporan mengenai dakwaan pencabulan seksual di sebuah maahad tahfiz di Perak yang dimiliki seorang penceramah bebas terkemuka.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan wakil pihak sekolah.

"Dalam hal ini kita kena berhati-hati dan teliti serta menjaga semua aspek," katanya.

Kazim adalah seorang daripada pencemarah popular di negara ini dan pernah mengisi slot khusus Kalau Dah Jodoh di Astro.

Beliau pernah diumum sebagai seorang daripada sembilan tokoh dilantik menganggotai Majlis Tertinggi Umno pada November 2013.

Dalam pengumuman dibuat Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu turut terpilih ialah Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz; Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin; Exco Kerajaan Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin; Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani; bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah; Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim.

Bagaimanapun tiga hari kemudian Kazim mengumumkan menolak pelantikan berkenaan kerana mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan perpaduan umat Islam negara ini.

Bercakap di Taman Ria di Sungai Petani Kedah Kazim berkata beliau juga mahu menumpukan perhatiannya pada Pusat Pendidikan Al-Barakah yang terletak Jalan Maxwell, Ipoh.

"Saya tidak mahu dilabel orang ramai mendapat bantuan Umno dengan menerima jawatan MT," katanya.

Dakwaan berlaku serangan seks luar tabii itu menjadi viral di media sosial selepas beberapa ibu bapa mengaku anak mereka menjadi mangsa serangan seksual oleh pelajar lain.

The Star Online melaporkan Kazim memberitahu pihak sekolah sudah menjalankan siastaan berhubung dakwaan itu sebelum ia tersebar.

"Siasatan kami mendapati tiada insiden liwat atau cabul berlaku seperti didakwa," katanya.

Beliau juga berharap orang ramai tidak membuat kesimpulan berdasarkan maklumat tersebar di media sosial, sebaliknya membiarkan polis melakukan siasatan.

Kazim juga memberitahu akan berbincang dengan peguam untuk menentukan langkah selanjutnya yang perlu diambil.

Kes Cabul - Satu Konspirasi Budak 10 Tahun Bagi Membunuh Karektor Ustaz Kazim - Ini Penjelasan Kes Dari Penyokong UKE.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
Ya betul... fitnah dan tidak benar.
DUKE dan AlBarakah difitnah Dek bapa yang tak puas hati coz anak dia dibuang kes disiplin. Bila dah dibuang sebab disiplin....

Pihak AlBarakah mmg xkan terima rayuan pelajar utk masuk semula. Masa kes ni baru kecoh...sy tgh daftarkan anak sedara.

Pihak pengurusan dah beri penjelasan kepada ibubapa yang mwndaftar pd hari itu. Bapa budak tu bengang dan cucuk ibubapa yang hadir mendaftar....rupanya bapa budak ni xpuashati lagi....bab disiplin mmg pengurusan AlBarakah xdak kompromi.

Respek AlBarakah n DUKE

-----

Kat atas neh apa? Kat atas neh ialah benda yang dicopypaste oleh geng-geng UMNO kat ruangan komen portal2 berita yang melaporkan kes Maahad Tahfiz milik DUKE aka Datuk Ustaz Kazim Elias. Selain itu ianya juga giat disebarkn di mesej-mesej WhatsApp.

Berikut di atas pula ialah petikan komen-komen netizens yang menberikan pelbagai reaksi. Ada yang menyokong DUKE, ada juga yang mengkritiknya. Ada juga yang lebih selesa menunggu hasil siasatan rasmi. Ada juga yang memberikan gambaran bukan-bukan terhadap mangsa. Ada juga yang menyamakan kehidupan DUKE seperti Nabi Muhammad.

Contoh komen Iza Amie. Dengan mengupas sirah kehidupan Nabi disandarkan pada kehidupan DUKE kononnya inila jalan-jalan yang dilalui para alim ulama. Sakai. DUKE tak pernah tegur kemungkaran pemimpin-pemimpin negara pun. Tang mane ada persamaan dengan Baginda? Ada Nabi kita kompromi pada perkara-perkara yang merosakkan institusi masyarakat ke? Ada Nabi kita takut menyatakan kebenaran ke? Nak bela DUKE pun tak payah bagi respon merepek sangat boleh tak.

Komen Hayati Ramli. Benda neh tak mungkin sebab dia rajin lawat sekolah. Sakai juga. Takan pemangsa2 tu, "Eehhh Makcik Yati.. Meh la tengok we all nak cabul adik2 junior neh hah..". Seriously ko tak fikir dorang akan buat kerja2 macam neh secara terbuka, di kawasan yang boleh dilihat menerusi CCTV dan ada saksi dewasa serta di hadapan orang luar, kan?

Komen oleh Aishah Ali lagi tak boleh blah. Serangan kepada Maahad Tahfiz, serangan kepada DUKE dan serangan kerana tidak mahu Islam hidup disini katanya. Sakit otak gamaknya kakak Aishah korang neh. Dia sedar tak bahawanya mangsa-mangsa dalam kes neh berumur sekitar 9-10 tahun? Budak 9,10 tahun nak karang konspirasi pejadahnya. Baik main bola sepak ke game ke tengok kartun ke. Budak lagi kan. Maksud konspirasi pun dorang tak tau apa. Sakai betul mentaliti begini. Mentaliti menyalahkan mangsa, keluarga mangsa demi membela si pelaku jenayah & Ustaz Selebriti atas kerana dia menyukai Ustaz berkenaan. Ada ke apa yang kita sukai semestinya betul? Ada ke Ustaz ditakrifkan maksum dan sememangnya dilindungi dari melakukan dosa? Kali terakhir yang aku ingat, DUKE dan anak-anak lelakinya masih lagi seorang manusia yang biasa. Sejak bila kita ada Nabi Kazim? Ada sesiapa boleh bagitau apa yang aku terlepas tak??

Ya. Benar. Aku memilih bersama mangsa-mangsa dalam kes ini. Kes neh kalau ko follow dari awal ialah ;

1. Wardina bagi pendahuluan cerita.

2. Tersebar di media sosial.

3. Desakan laporan polis dibuat.

4. Dan akhirnya kes dilaporkan. Polis sedang siasat Maahad tersebut.

Ada gap masa antara babak first dan babak keempat dalam kisah neh. Aku percaya jurang waktu ini berlaku disebabkan keluarga mangsa perlu membina kekuatan. Ini bukan kes main-main beb. Ini ko nak lawan Maahad Tahfiz milik ustaz popular. Yang ada ramai penyokong. Yang pada bila-bila masa kau boleh diserang balas kononnya sedang melemparkan fitnah. Nak jatuhkan pusat tahfiz. Nak create persepsi negatif terhadap agama. Macam-macam tuduhan yang penyokong2 UKE boleh karang bagi membunuh karektor mangsa dan ahli keluarga mangsa. Mereka tak peduli apa yang dilalui mangsa2 dan ahli keluarga mangsa. Yang mereka tahu, UKE ko serang ko kena.

Tu yang wujud penjelasan counter attack dari side pro UKE. Anak ada masalah disiplin la. Kena buang la. Pre rayuan tak lulus la. Padiayapa. Satu Pusat Tahfiz buang, berlambak2 lagi Pusat Tahfiz di luar sana yang sudi terima. Yang percuma, yang berbayar, you name it la. Semua ada. Complete. Apa yang susah-susah nak karang drama konspirasi bagi menjatuhkan Maahad Tahfiz milik UKE. Bodoh unlimited. Hanya orang bodoh je pergi percaya penjelasan karut macam tu dan laju-laju sebar.

Tambahan pula keluarga2 mangsa somehow menambahkan penderitaan diri sendiri dan anak masing2 bila bernekad lawan terus. Nak ulang cerita babak-babak kejadian pada beberapa pihak dalam suatu tempoh masa. Risiko kalah. Risiko tutup kes atas sebab campurtangan politik memandangkan dia penceramah VVIP. Ingat emosi tak terjejas ke? Ini citer ganguan seksual pada anak-anak sendiri. Bukan pada anak2 orang lain. Tatau juga macam mana anak2 sendiri terjejas dari sudut saikologi. Apa yang dia fikir. Bagaimana insiden neh akan mempengaruhi hidup dia, perwatakan dia, perlakuan dia, pemikiran dia. Seberapa jauh dia terpengaruh. Apakah dia akan meniru tingkahlaku pemangsa. Semua soalan2 ini ada dalam kepala hotak ahli keluarga mangsa. Ia bukan sekadar berakhirnya satu babak penderitaan dan serangan kemudiannya habis cerita. Tidak. Ada implikasi-implikasi yang perlu dilalui oleh ahli keluarga mangsa. Yang neh kita tidak akan tahu kerana kita off-babak dalam kisah neh. Hanya mereka2 yang lalui je akan faham.

Kerana itu aku decide untuk percaya pada mangsa2 kes dan famili. Jalan cerita begitu terperinci. Amat tipu untuk kata aku tak percaya. Aku percaya. Bahkan yang percaya dan menyokong mangsa juga perlu ada kekuatan kerana kita2 neh nanti akan menjadi keyboard warriors dalam mempertahankan hak mangsa. Membaca kenyataan yang disebarkan Wardina dan Syed Azmi membuatkan aku jadi sedih. Aku hanya baca sekali je kenyataan2 yang berbeza tu. Aku tak boleh membaca kali kedua bahkan pembacaan aku jadi kabur-kabur disebabkan aku sampai satu tahap, tak sanggup nak baca. Itu aku orang luar. Mangsa bagaimana? Famili mangsa bagaimana? Konspirasikah ini? Akai ada ka?

Mangsa sebetulnya takde kepentingan sepatah haram pun dalam cerita neh. Bertambah2 menjadi lebih mangsa dari mangsa itu ada la. Namun DUKE ada kepentingan bila menafi. Ini Maahad dia. Berisiko untuk ditutup. Hilang wang bantuan / peruntukan kerajaan. Kerjaya ceramah bakal terjejas. Hilang mata pencarian. Salah satu pemangsa ialah anak DUKE sendiri. Satu kes babitkan reputasi famili. Berceramah kemain hebat sana sini. Tapi sahsiah anak sendiri bermasalah kronik. Adakah masyarakat akan menyakini pada kata-katanya lagi?? Sudah tentu ia akan dipertikaikan. Dan aku setuju kita perlu tunggu polis buka kertas pendakwaan. Jika korang baca luahan ibu mangsa, ada dinyatakan bahawanya wakil ustaz menyatakan kes ini tidak akan ke mana. Jika bukan wakil ustaz mungkin ustaz itu sendiri yang berkata demikian. Aku dah tak sanggup baca untuk kali kedua so jika salah betulkan. Aku ingat-ingat lupa tapi antara dua ni la. Selepas diceritakan semua masalah, pengetua yang diharapkan membela nasib rupanya lebih membela nasib si pemangsa.

Aku tak terkejut dengan pendirian Pengetua. Sebab aku dah sedia maklum pemikiran dia macam mana. Tengok pendirian bab politik dia je dah kelaut. Jangan ko sentuh benda2 lain. Confirm bermasalah. Tapi aku kesian tengok orang2 yang tertipu dengan wayang hebat dia.

Kita sembang bab Islam macam takut Tuhan. Tetapi bila diuji dengan anak bermasalah, anak buat salah, kita lupa apa yang telah kita ceramahkan. Apa yang kita ajar orang kita sendiri tak amal. Kita kata Islam agama adil. Agama benar. Risalah cahaya kebenaran. Tetapi bila kita sendiri perlu mengadili satu2 kes yang terjadi dalam kawasan kawalan kita sendiri, mencari kebenaran, siasatan, membela mangsa semua entah ke mana. Gara2 sayangkan anak sendiri, anak orang kita mangsa2kan. Adil ke?

Sebetulnya jika ketika diadu masalah, kita bersedia mendengar, menyiasat, mengambil tindakan, membetulkan, membela mangsa2 keadaan dan mempertahankan kebenaran, orang akan lebih memghormati kita biarpun kita mendedahkan kelemahan anak sendiri, masalah yang berlaku dalam Maahad Tahfiz sendiri. Ini bukan sahaja untuk bela mangsa dan famili mangsa ini juga suatu tindakan tepat bagi menyelamatkan anak sendiri dari terus tersasar dan memangsakan anak2 orang lain pula. Tetapi sayangnya kita buat pilihan yang salah sejak mula. Sekarang kan dah makan diri.

Sedikit info : Asiah Abu Jalil bersedia menawarkan khidmat guaman kepada keluarga2 mangsa. Sesiapa yang mengenali sila sampaikan maklumat ini.

Jika korang ada baca juga luahan ibu mangsa ada diceritakan yang pegawai polis ada menyebut bagi kes-kes sebegini mendapatkan sokongan umum dan masyarakat memberikan tekanan kepada VVIP yang terlibat akan memudahkan siasatan. Dalam banyak kes, selalunya tak memihak pada mangsa.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:04 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

'Spiderman' Ditahan Polis Jadi Viral

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KEBIASAANNYA, orang ramai menganggap anggota polis hanya akan menahan seseorang kerana melakukan kesalahan jenayah atau lalu lintas.
Namun berbeza buat seorang lelaki yang memakai kostum adiwira 'Spiderman' yang terkejut apabila ditahan dua anggota polis baru-baru ini.

Bagaimanapun, ketakutan lekaki berusia 28 tahun itu hanya sementara apabila kedua-dua anggota pasukan seragam itu sebenarnya hanya ingin bergambar bersamanya di tepi sebuah lebuhraya di Georgetown, Pulau Pinang.

Menurut 'Spiderman' yang hanya ingin dikenali sebagai Ambro, kostum yang dibeli dengan harga RM300 ini sebenarnya untuk menghadiri majlis makan malam tahunan di tempat kerjanya.

Dia yang pada mulanya terkejut kerana ditahan dua anggota polis itu kemudiannya menganggap insiden itu sesuatu yang melucukan apabila kedua-dua anggota polis terbabit meminta untuk bergambar dengannya sebelum 'dilepaskan'.

Gambar itu kemudiannya dimuatnaik di laman facebook 'Friends Of Polis Diraja Malaysia (PDRM) seterusnya mendapat perhatian netizen dan menjadi viral dengan lebih 1,800 'like' dan hampir 70 perkongsian pada Ahad lalu.

Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki yang berpakaian kostum 'Spiderman' yang memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang melakukan pemeriksaan keatasnya, malahan ada juga yang menyifatkan dia umpama adiwira sebenar!

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/08/spiderman-ditahan-polis-jadi-viral.html#ixzz4HgvowPEA
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:04 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Anak Panda Dihantar Pulang Kerana Kos Penjagaan & Sewa YG Mahal - Zoo Negara.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Anak panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang, Nuan Nuan berkemungkinan besar akan dipulangkan ke China, Ogos tahun hadapan kerana Zoo Negara tidak mampu untuk membiayai kos penjagaannya yang tinggi.

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Sr. Zaharin Md. Arif berkata, pihaknya perlu membayar kepada China seba­nyak AS$600,000 (RM2,414,116.03) dan memperuntukkan AS$150,000 (RM603,549.80) untuk insurans seekor panda, selain kos operasi penjagaannya menelan hampir RM200,000 sebulan.

Menurutnya, selepas usianya dua tahun, anak panda betina itu perlu diasingkan daripada ibu bapanya kerana dikhuatiri berlaku pergaduhan dan ini menyebabkan kos tambahan diperlukan. "Kita tiada tempat untuk anak panda dan perlu memikirkan gaji kakitangan, penyelenggaraan pendingin hawa yang perlu dipasang selama 24 jam dan makanan haiwan itu.

"Perbincangan dengan Persatuan Pemeliharaan Hidupan Liar China (CWCA) akan dilakukan November ini dan kami bercadang menjaga Nuan Nuan sehingga usianya dua tahun sahaja pada Ogos tahun hadapan walaupun kontrak membenarkannya sehingga empat tahun," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita dalam sidang akhbar maj­lis pelancaran setem tujuh ke­ajaiban flora dan fauna sempena sambutan hari lahir panda gergasi ke-10, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah ber­kenan menyempurnakan gimik sambutan ulang tahun panda gergasi dan melawat sekitar kawasan Zoo Negara termasuk Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC). Majlis itu turut menyaksikan penganjur bersama, Pos Malaysia Berhad melancarkan tujuh koleksi setem keajaiban flora dan fauna, manakala Universiti Malaya menghasilkan laman pendidikan siber, membolehkan pengunjung mengimbas kod QR untuk me­ngetahui maklumat hidupan menerusi telefon pintar. -Utusan

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pengendali Kren 'Hilang' Selepas Cangkuk Besi Hempap Kereta

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Lelaki pengendali kren yang cangkuk besinya terjatuh ke atas sebuah kereta sehingga menyebabkan pemandunya terbunuh serta-merta pada Khamis masih menjadi 'misteri'.

Pengendali kren yang tidak dapat dikenal pasti itu 'lesap' selepas melarikan diri dari tapak pembinaan, sejurus selepas kejadian itu yang berlaku pukul 7.15 malam di Jalan Raja Chulan.

Pencangkuk itu menghempap sebuah kereta Perodua Kelisa dari tingkat 20 sehingga membunuh pemandunya, Chin Khoon Sing, 24, di tempat kejadian.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis untuk mengesan pengendali terbabit.

Katanya, kemalangan berlaku disebabkan satu siri peraturan keselamatan teruk.

JKKP berkata syarikat pembinaan dan firma yang membekalkan kren itu tidak dapat mengesahkan sama ada pengendali kren itu seorang warganegara Malaysia atau sebaliknya, satu keperluan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Kren itu sendiri telah melanggar undang-undang keselamatan kerana beroperasi di luar pagar sekitar tapak pembinaan.

Ketua Pengarah JKKP Datuk Mohtar Musri berkata pembinaan di projek menara itu telah dihentikan, sementara menunggu siasatan selesai.

"Terdapat banyak pihak kita sedang siasat. Pertama kontraktor dan kemudian syarikat yang membekalkan kren.

"Jadi sekarang kita cuba untuk memastikan pihak mana yang bertanggungjawab secara langsung bagi kemalangan itu," kata Mohtar.

JKKP percaya bahawa cangkuk kren itu mungkin telah terjatuh selepas tali yang menyokongnya terputus.

Tetapi kemalangan itu tidak akan berlaku jika cangkuk kren itu tidak berada di atas jalan awam.

"Terdapat penghadang di sekitar bangunan dan kren itu tidak sepatutnya beroperasi di luar penghadang.

"Tetapi bahagian yang jatuh, adalah di luar penghadang itu, iaitu di jalan raya.

"Kami mengesyaki apabila talinya terputus, cangkuk kren itu terjatuh ke atas sesuatu dan tercampak di atas jalan raya tetapi malangnya ia menghempap kereta mangsa yang sedang memandu," kata Mohtar.

Lebih teruk lagi, pemandu kren itu didakwa melarikan diri.

"Kami tidak dapat mengesannya. Kami cuba mendapatkan maklumat daripada majikannya. Kami tidak pasti jika dia rakyat Malaysia atau sama ada dia betul-betul terlatih untuk mengendalikan kren," katanya.

Apapun, Mohtar berkata JKKP sudah menyediakan kertas siasatan yang mungkin menyaksikan pihak-pihak terbabit dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda sehingga RM250,000 atau kedua-duanya di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967 .

Wanita Maut Kereta Dihempap Cangkuk Kren
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 25 Ogos - Seorang wanita maut apabila keretanya dihempap oleh besi dari sebuah kren pembinaan di Jalan Bukit Bintang berhampiran Pavillion sebentar tadi.

Menurut Harian Metro, bomba berkata, mangsa maut ditempat kejadian dalam insiden yang berlaku pada kira-kira jam 7 malam itu.

Menurusi foto kejadian yang dimuat naik, bumbung kereta jenis Perodua Kelisa mangsa dilihat lenyek akibat dihempap oleh besi tersebut.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Boma dan Penyelamat KL, Azizan Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.21 malam.

Sebaik pihaknya tiba, seorang wanita didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Kejadian berlaku akibat cangkuk kren pembinaan di kawasan berkenaan terjatuh dan menghempap kereta yang dipandu mangsa.

"Anggota bomba menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Siakapkeli.my

Sumber : Twitter Metro, Harian Metro

Foto : ondscene.my

Foto : ondscene.my

Foto : ondscene.my

Foto : ondscene.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Atlet Olimpik Rio Ini Lelong Pingat Peraknya Untuk Bantu Kanak-Kanak Kanser
siakapkeli.my

WARSAW - POLAND. - Pemenang pingat perak dalam acara lempar cakera di Sukan Olimpik Rio 2016 bertindak melelong medal yang diraihnya demi membantu seorang kanak-kanak yang menderita kanser.

Atlet dari Poland itu, Piotr Malachowski, berkata hasil lelongan itu akan digunakan bagi menampung kos rawatan kanak-akan dari Poland itu, Olek Szymanski yang menderita kanser mata.

"Ibu kepada Olek, Goshia meminta bantuan saya untuk menyelamatkan anak lelakinya yang baru nak masuk umur dua tahun. Di Poland tiada rawatan sesuai untuk menyelamatkan Olek... hanya ada di New York.

"Jadi, saya putuskan untuk membantu Olek dan menjual pingat Olimpik saya ini demi menampung rawatan Olek," kata Piotr menerusi satu kemaskini di Facebook.

Piotr menang pingat perak dengan rekod jarak 67.55 meter manakala pemenang pingat emas dan gangsa milik Jerman dengan catatan rekod 68.37 dan 67.05 meter.

Menurut Piotr juga, dia sedar bahawa memenangi pingat Olimpik merupakan impian setiap atlet, tetapi dia mahu nilai pingat perak itu menjadi lebih berharga dari emas dengan usaha tersebut.

"Takdir menentukan saya berpeluang untuk meningkatkan nilai perak yang saya menangi ini lebih berharga dari emas.

"Di Rio saya berjuang untuk emas. Hari ini, saya mohon kepada semua untuk sesuatu yang lebih berharga... kesihatan kanak-kanak hebat ini," katanya.

Atlet berusia 33 tahun itu turut mengajak orang ramai menderma dan membantu Olek dengan apa saja cara yang mereka mampu.

Tempoh lelongan itu akan berlanjutan sehingga Jumaat ini.

Sumber : Sinar Online

Buat Tanda "X", Pemenang Pingat Perak Sukan Olimpik Ini Dakwa Mungkin Dibunuh Jika Pulang ke Negaranya
siakapkeli.my

Rio, 22 Ogos - Pemenang pingat perak dalam acara marathon di Olimpik Rio memberitahu dia mungkin akan dibunuh oleh pihak kerajaannya jika pulang ke tanah airnya di Ethiopia.

Ketika saat dia memenangi pingat perak dalam acara tersebut, Feyisa Lilesa mengangkat tangan dan membuat bentuk pangkah (X).

Tanda itu sebenarnya merujuk kepada protes terhadap kerajaan Ethiopia yang kini berhadapan dengan krisis politik dalaman.

Menurut Feyisa Lilesa, disebabkan tanda protes itu, ada saudaranya yang telah dipenjarakan.

"Kalau anda bercakap tentang demokrasi, mereka (kerajaan) akan mengenakan hukuman bunuh dan sekiranya saya kembali ke Ethiopia, mungkin mereka akan membunuh, atau memenjarakan saya," katanya.

Selain itu, dia dia juga berkata keadaan di negaranya kini dalam keadaan yang sangat bahaya.

"Protes ini adalah untuk mereka yang tidak mendapat kebebasan di negara saya ," katanya.

Sebelum ini, Persatuan Hak Asasi Manusia menyatakan pemerintahan di Ethiopia telah membunuh puluhan orang dalam beberapa minggu ini dek kerana tindakan anti pemerintahan yang berlaku di sana.

Aksi membentuk tangan berbentuk X merupakan tindakan nekad Lilesa. Bahkan Washington Post melaporkan,tindakan paling berani dalam Olimpik 2016.

"Pemerintah Ethiopia telah membunuh orang-orang saya (Oromo) dan mengambil tanah mereka, serta mencuri sumber alamnya. Jadi itu yang membuat orang Oromo melakukan protes

"Jika saya pulang ke Ethiopia, mungkin mereka akan bunuh saya. Jika tak bunuh, mereka akan masukkan dalam penjara. Saya tidak membuat keputusan lagi, tapi mungkin saya akan berpindah ke negara lain", kata Lilesa dalam satu kenyataannya selepas pertandingan.

Portal Washington Post pula berkata, televisyen nasional Ethipia tidak menyiarkan ulangan kemenangan Lilesa di garisan penamat

Sumber : washingtonpost.com, Sinar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kanak-Kanak Hilang Ditemui Tidak Bermaya Selepas Dikurung Selama 6 Hari
siakapkeli.my

Seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Amirul Hakim Abdullah, 10, yang telah dilaporkan hilang pada 19 Ogos lalu telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat di sebuah rumah di Lorong Mat Kilau, di sini, awal pagi tadi, lapor Harian Metro.

Mangsa ditemui oleh anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kuantan kira-kira jam 2.20 pagi itu kelihatan tidak bermaya selepas dikurung kira-kira enam hari dengan hanya makan roti dan sedikit air sebagai pengalas perut seorang wanita dipercayai kurang siuman

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai, suspek berusia 37 tahun enggan membuka pintu untuk memberi kerjasama menyebabkan polis terpaksa memecah masuk dan menemui mangsa bersama dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan 15 tahun.

"Siasatan awal mendapati, selama enam hari dikurung di rumah itu mangsa hanya diberi roti untuk mengalas perut dan segelas minuman selain suspek juga mengunci pintu bilik bagi mengelak mangsa melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, ibu kepada Amirul, PuanMime Azura Mohd Noor, 33, resah apabila anaknya hilang selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Tengah, di sini, 6.30 petang Jumaat lalu. - Siakapkeli.my

Kronologi kes kanak-kanak hilang sejak 1996

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Mayat Noor Amila Edrus Norsham, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara sejak lapan hari lalu (11 Ogos) dan dijumpai dalam keadaan menyayat hati di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang hari ini adalah antara beberapa kes kanak-kanak hilang di negara ini, sejak 1996.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki bernama Ting Song Seng, 9, dilaporkan hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumah pada 15 Januari 1996.

Song Seng masih gagal ditemui sehingga sekarang.

Pada 20 Ogos 2007, Nurin Jazlin Jazimin dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 Sept 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.

Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu.

Pada 9 Jan 2008, Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Sharlinie masih gagal ditemui sehingga hari ini.

Pada 9 Mac 2008 murid lelaki 11 tahun, Muhamad Asmawi Jalaludin dilaporkan hilang ketika pulang dari sebuah taman permainan berdekatan rumahnya di Lot 127,

Rumah Banglo Kayu, Jalan Permai Tujuh.

Muhamad Asmawi ketika itu dikatakan dalam perjalanan pulang bersama rakannya dari taman itu berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi.

Muhamad Asmawi masih belum ditemui hingga kini.

Pada 1 Mac 2012, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Johor Baharu ketika membeli mi segera dan telur pada 10.30 pagi.

Tiga individu termasuk sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan.

Pada 8 Mac mayatnya ditemui rentung di dalam satu lubang di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai.

Seorang buruh, Muidin Maidin, 26, didapati bersalah membunuh mangsa di ladang kelapa sawit Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara 1 Mac dan 2 Mac 2012 dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pada 24 Jan 2013 seorang kanak-kanak Wiliam Yau Zhen Zhon, 6, ditemui mati di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, 24 Jan lalu selepas seminggu hilang.

William dilaporkan hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Pada 8 November 2013, Freddie Joseph, berusia setahun lapan bulan yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar.

Freddie kemudian dijumpai keesokan harinya bersendirian dalam keadaan lapar dan letih di Taman Tasik Titiwangsa oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui laluan tersebut kira-kira 12.55 tengah hari.

Pada 21 November 2014, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun Mohd Shariqal Sidek hilang ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon, Beaufort, Sabah.

Dua hari selepas itu, pada 23 November kanak-kanak tersebut ditemui mati dipercayai dibunuh berhampiran Sekolah Menengah St John di sini kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.- Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



FAQ Pengebilan BCRM TNB

bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

FAQ Pengebilan BCRM TNB

Kenapa saya masih tidak menerima bil bulan Julai 2016?*

TNB sedang dalam proses menaiktaraf sistem pengebilan. Bagi pengguna yang tidak menerima bil bulan Julai, mereka akan menerima bil pada bulan Ogos 2016 melalui pos atau dihantar oleh pembaca meter TNB. Walau bagaimanpun, pengguna boleh dapatkan salinan bil melalui cara-cara berikut:

Layari dan daftar di www.mytnb.com.my
Kunjungi Kedai Tenaga yang berdekatan
Hubungi TNB Careline 1300 88 5454

Adakah saya akan dikenakan caj penalti disebabkan kelewatan pembayaran bil?

Tidak

Kenapa nombor akaun saya bertukar?

TNB telah menggunapakai sistem pengebilan yang baru dinaiktaraf. Pertukaran nombor akaun ini dirasakan perlu bagi memastikan kami memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda.

Adakah saya perlu mendaftarkan semula permohonan Autopay atau Direct Debit dengan nombor akaun baru?

Tidak perlu.

Adakah saya perlu mendaftar semula favourite bill payment di dalam internet banking?

Semua favourite setting pada online banking perlu didaftarkan semula dengan nombor akaun TNB yg baru KECUALI maybank2u dan AGRONet.

sumber : FB TNB Careline & www.tnb.com.my

Adakah saya perlu bayar lebih daripada lazim? Jumlah bil elektrik adalah berdasarkan kepada bacaan meter.

Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 30 hari, TNB akan menggunakan cara pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilan. Sebagai contoh: Tempoh pembilan = 45 hari Faktor prorata dikira: 45/30 = 1.5 Jumlah unit digunakan: 452 kWh. Berdasarkan kepada pengiraaan di atas, pengguna dapat menikmati 300 unit pada kadar terendah iaitu RM0.218 berbanding dengan 200 unit yang diluluskan untuk tempoh sebulan.

Mansuh bil TNB bulan Julai – CAP
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Ekoran kesulitan yang berpunca daripada tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) , Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa bil bulan Julai pengguna domestik dimansuhkan.

Menurut kenyataan CAP yang dipetik Free Malaysia Today, TNB dalam proses menaik taraf sistem bilnya namun perkara itu bukan sahaja diumum lewat malah sepanjang tempoh itu pengguna menghadapi pelbagai kerumitan.

Pusingan bil yang panjang menjadikan bil TNB lebih mahal, tidak menerima bil bulan Julai, menerima bil dengan nombor akaun bukan milik mereka, antara isu yang dibawa pengguna kepada CAP.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, oleh kerana pendekatan TNB mengelirukan pengguna maka wajarlah mereka (TNB) menangung bil bulan Julai pengguna domestik yang dibeban secara berganda.

"Kami membantah tindakan TNB menghantar bil Julai dan Ogos sekali gus pada bulan Ogos.

"Kenyataan TNB yang menyatakan tidak akan memotong bekalan elektrik bagi mereka yang lewat menerima bil bulan Julai pula tiada kaitan dengan pengguna.

"Soalnya ialah apa akan berlaku kepada pengguna yang dibebankan dengan dua bil dalam sebulan dan tidak mampu membayarnya sekali gus? Bolehkah mereka mendapat jaminan bahawa bekalan elektrik mereka tidak "dipotong"?" soal beliau melalui artikel tersebut.

Idris menggesa TNB bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

"CAP juga meminta pihak berkuasa yang bertanggungjawab memantau hal ehwal "tenaga" seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Suruhanjaya Tenaga memastikan tindakan ini diambil. Lebih baik lagi, TNB perlu melakukannya secara sukarela sebagai cara mengganti rugi pelanggan mereka," katanya.

TNB Perkenal Transaksi Dalam Talian
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melancarkan portal sehenti di www.mytnb.com.my hujung bulan ini bagi membolehkan pengguna membuat urusan 'tanpa sempadan'.
Dalam satu kenyataan di sini, TNB berkata 8.6 juta pelanggan boleh membuat pelbagai transaksi dan mendapat akses kepada maklumat yang mereka kehendaki.

"Semasa tempoh peralihan sistem sepanjang bulan Julai ini, gangguan kecil mungkin terjadi bagi beberapa transaksi.
"Bagaimanapun, warga kerja kami sedia membantu dan akan berusaha sebaik boleh bagi mengurangkan gangguan tersebut," kata TNB.

Urusan yang boleh dibuat termasuklah permohonan bekalan, pertukaran nama dan penutupan akaun.
Perkhidmatan lain ialah pemulangan wang cagaran dalam tempoh yang lebih singkat dan terus didebitkan ke akaun bank pelanggan serta pembayaran bil.
Pelanggan juga boleh mendapat akses kepada maklumat dan trend penggunaan elektrik dan carian ke portal-portal lain yang berkaitan industri elektrik. - BERNAMA

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/07/tnb-perkenal-transaksi-dalam-talian.html#ixzz4DQoQee5p
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Aku Nampak Mamat Ni "Sweet" Dengan "Awek" Dia, Kenapa Aku Tak Mampu Jadi Macamni
siakapkeli.my

Sering kali terbaca di laman sosial kisah yang dikongsikan oleh mereka dalam bidang perubatan kisah gelagat anak-anak menjaga orang tua mereka di hospital, ada yang betul-betul bertanggungjawab dan ada juga yang pelbagai karenah walaupun dengan ibu bapa sendiri.

Perlu diketahui, ibu bapa kita adalah syurga kita, tanpa redha mereka terhadap kita, adakah kita akan dapat cium bau syurga?

Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Mat Surat, di mana kami masih mencari sumber asal, kisah seorang lelaki yang mahu namanya dirahsiakan, beliau merupakan seorang despech, telah terjumpa seorang lelaki yang amat hebat.

Lelaki berkenaan dilihat menyuap makanan ke mulut ibu kesayangan di hadapan orang ramai tanpa segan silu atau kekok, perkara yang amat jarang dan susah kita jumpa anak lakukan kepada maka ayah sendiri zaman sekarang.

Jom kita baca.

Assalamualaikum admin,

Guan nak kongsi cerita yang buat hati rempit gua cair,
cerita nak kongsi tadi berlaku di Mydin Gong Badak, Terengganu,
gua seorang despech, singgah di Mydin untuk minim, tiba-tiba mata gua terpandang mamat ni dengan 'sweet' dengan 'awek'(ibu) dia, lu tengok sendiri gambar dia dengan awek dia...

Hati rempit gua cair siutt.. gua sendiri tak mampu lalukan macamtu.. gua 'respect' lu 'brother'.. guna hanya mampu bagi salam dan senyum saja., gua rasa dia bukan orang terengganu.. plate kereta dia A.. orang Perak la tu..

Gua sentap admin, sdal gua tak dapat buat macamni, admin hide nama gua dan gambar gua admin, kasi viral sikit siapa mamat tu.. gua tabik habis laaa sayu bebb..kalau gua ada adik perempuan gua paksa ibu gua ambil mamat ni jadi menantu.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Aug 28, 2016 7:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wanita Hadapi Detik Cemas Bersalin Dalam Kereta Sebelum Terlibat Kemalangan
siakapkeli.my

JERAI 27 Ogos – Seorang wanita bukan sahaja menghadapi detik cemas bersalin dalam kereta, malah turut berhadapan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas itu dalam kejadian di Jalan Ruat di sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengah hari itu, pasangan suami isteri, Muhammad Sholehin Yunus, 21, dan Nurul Jannah Mansor, 19, dalam perjalanan menuju ke hospital Yan di sini untuk bersalin.

Nurul Jannah berkata, dia dan suami bergegas ke hospital dari Taman Universiti Jaya di Semeling Sungai Petani selepas dia merasa sakit perut seperti mahu bersalin sejak pukul 11.45 pagi semalam.

"Namun, ketika dalam perjalanan ke hospital saya minta suami berhentikan kereta kerana saya nampak kepala bayi sudah keluar separuh.

"Tidak lama selepas itu, bayi selamat dilahirkan dengan disam­but suami sebelum kami meneruskan perjalanan ke hospital," katanya ketika ditemui di Hospital Yan di sini hari ini.

Suri rumah itu menambah, mereka bagaimanapun berdepan dengan satu lagi detik cemas apabila kereta Viva yang dipandu oleh suaminya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang membuat pusingan U secara mengejut dari arah bertentangan.

"Saya yang meriba bayi dengan tali pusatnya masih belum dipotong hanya mampu menjerit dan saya bersyukur kami tidak menga­lami sebarang kecedera­an," ujarnya.

Tambahnya, dia dan bayi itu kemudiannya dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.

"Saya tidak menyangka bersalin awal kerana tarikh jangkaan bersalin adalah dua minggu lagi, namun saya bersyukur saya dan bayi perempuan seberat 2.67 kilogram ini sihat dan mungkin dibenarkan pulang ke rumah pada esok," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Muhamad Halim Yatim berkata, tiga beranak yang menaiki kereta Perodua Viva dan pemandu Pero­dua Myvi tidak mengalami sebarang kecede­raan.

Sumber : Utusan Online

Nyaris Maut, Kaki Dibaham Buaya Ketika Menjala Udang Di Pasir Puteh
siakapkeli.my

Ketika asyik membersihkan jala udang di tepi sungai, seorang tukang perabot tidak menyangka dia telah diserang oleh seekor buaya yang membaham kakinya di Sungai Gong Ketereh, Pasir Puteh, lapor Bernama.

Lelaki berkenaan, Ibrahim Nor, 59, memberitahu, kejadian yang berlaku pada ahad lalu kira-kira jam 10.30 malam itu dia bersama tiga rakan membersihkan sampah pada jala selepas menjala udang galah di sungai berkenaan.

"Tiba-tiba lutut dan betis saya digigit buaya. Selepas bergelut seketika, saya dapat melepaskan diri dan naik ke tebing," katanya.

Selepas berjaya melepaskan diri, dia terus diangkat oleh rakan-rakannya ke Hospital Tengku Anis untuk mendapatkan rawata.

Beliau mengalami kecederaan di paha, betis dan lutut kiri di mana terdapat koyakan kira-kira 20 sentimeter akibat gigitan reptilia itu.

Menurut Ibrahim, memang diketahui sungai berkenaan terdapat buaya di sungai itu di mana penduduk kampung pernah melihatnya tetapi sebelum ini ia tidak pernah menyerang manusia.

"Saya menangkap udang galah di sungai ini sejak 12 tahun lalu namun tidak pernah diserang buaya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Mohammad Khairi Ahmad berkata pasukan peninjau jabatan itu akan dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap buaya berkenaan.

"Kita nasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mengambil dan segera melaporkan kepada Perhilitan jika terserempak dengan buaya," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: