Tuesday, August 16, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4567[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4567

Messages

Mon Aug 15, 2016 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Pemimpin Umno Terkedu Dengar Berita Dari Pejabat MB Selangor
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Pemimpin Umno Terkedu Dengar Berita Dari Pejabat MB Selangor. Prestasi kewangan Selangor mencatat rekod baik dengan lebihan semasa RM480 juta kerana hasil kutipan melebihi jumlah perbelanjaan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Lebihan semasa ini direkodkan berikutan hasil yang dikutip sebanyak RM1.86 bilion berbanding perbelanjaan sebanyak RM1.38 bilion.

Pemimpin Umno Terkedu Dengar Berita Dari Pejabat MB Selangor. "Ini bermakna kerajaan negeri mencatat kutipan hasil sebanyak 82% (RM1.86 bilion) berbanding jumlah anggaran terimaan hasil 2016 sebanyak RM2.25 bilion," katanya dalam sidang media pada Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2017 hari ini.

Beliau berkata, selain hasil tanah, kerajaan Selangor berdepan cabaran utama untuk mempelbagaikan sumber pendapatan baharu.

"Kita perlu meneruskan perancangan ekonomi jangka masa panjang yang strategik dengan unjuran tepat agar kita dapat meneruskan amalan tidak membentangkan belanjawan tambahan," katanya.

Azmin berkata, perbincangan hari ini turut merangkumi kajian semula kadar kemiskinan, termasuk meningkatkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Pemimpin Umno Terkedu Dengar Berita Dari Pejabat MB Selangor

"Kita perlu membahaskan sama ada kemiskinan mengikut daerah dan kaum serta penetapan PGK bagi Selangor.

"Satu kajian dijalankan kerajaan negeri untuk menetapkan PGK pada kadar 60% daripada pendapatan isi rumah Selangor iaitu RM3,300," katanya.

Perbincangan hala tuju Belanjawan 2017 selama dua hari ini mengambil kira pandangan tokoh profesional, wakil industri dan penggubal dasar untuk memberikan pandangan mengenai pembentukan belanjawan negeri.

Pemimpin Umno Terkedu Dengar Berita Dari Pejabat MB Selangor. Inisiatif menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri menjadi komponen terpenting penghasilan Belanjawan 2017.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 15, 2016 8:43 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Remaja Maut Terbabas Selepas Kain Dipakai Kakak Terbelit Dirantai Motor
siakapkeli.my

Takdir dua beradik apabial sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang wanita terbabas berikutan kain yang dipakainya telah terbelit dirantai motor di Kampung Labok, Machang, lapor Harian Metro.

Kejadian menyebabkan adik mangsa Muhammad Amirullah Halim, 16, maut di tempat kejadian kira-kira jam 6.35 petang 13 Ogos iaitu Sabtu lalu.

Kakaknya, Norfatin Akila, 21, yang membonceng motosikal berkenaa mengalami kecederaan di jari tangan, pipi, dahi dan kaki.

Jenazah arwah Amirullah telah dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat dan telah dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani, berkata ketika kejadian mereka bergerak dari arah Labok menghala ke Banggol Judah.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kain kakaknya terbelit pada rantai dan gegancu belakang.

"Akibatnya, motosikal terbabas sebelum kedua-dua mangsa terjatuh.

"Penunggang maut di tempat kejadian manakala kakaknya cedera," katanya ketika dihubungi Harian Metro Malam Semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 15, 2016 8:44 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



1MDB: Azmin Fail Semakan Kehakiman Bagi 'Declassify' Laporan Ketua Audit
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot.
Posted by Anak Sungai Derhaka

Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini memfailkan semakan kehakiman bagi mengelaskan semula (declassify) Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan laporan itu seharusnya bebas daripada diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan terbuka kepada orang awam.

Bertempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Azmin menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai responden pertama; Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (responden kedua) dan Kerajaan Malaysia (responden ketiga).

CP2A5794-1024x683"Kami menuntut deklarasi mahkamah bahawa responden pertama bertindak atas konflik kepentingan dan mengarah Ambrin untuk mengklasifikasikan laporan berkenaan sebagai rahsia rasmi.

"Kami juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa klasifikasi oleh Ambrin itu menyalahi undang-undang dan 'ultra vires'," katanya dalam sidang media di lobi Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini, hari ini.

Pada 3 Mac lalu, Ambrin mengklasifikasikan laporan audit berkaitan 1MDB sebagai OSA sebelum diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Bertindak atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin turut memohon suatu Perintah Mandamus mengkehendaki responden untuk mengelaskan semula laporan berkenaan dan boleh diakses rakyat.

"Dalam isu ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sudah membentangkan laporan terperinci berkenaan penyalahgunaan dana 1MDB di Amerika Syarikat.

"Jadi, ia menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk menuntut laporan audit itu terbuka kepada umum," katanya lapor SelangorKini

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 15, 2016 8:44 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ibu Bingung Bayinya Menangis Air Mata Berdarah Hampir Setiap Hari
siakapkeli.my

MELAKA, 14 Ogos: Seorang ibu di sini bingung apabila bayi perempuannya yang berusia dua bulan mengeluarkan air mata berdarah hampir setiap hari.

Ibu tersebut, hazura Kamal Santhirasehar, 24, berkata perkara itu dikesan sejak anaknya berusia lima hari ketika dia dan suami, Abu Kassim Mahmuddin, 39, berada di rumah di Tanjung Minyak pada Jun lalu.

"Ketika itu tengah hari dan Batrisya tiba-tiba menangis. Saya bergegas bancuh susu sebelum suami yang menemani anak kami mendapati tangisannya air mata darah.

"Air matanya mengalir dengan darah tetapi dia senyap. Saya kesat air mata anak dengan empat batang putik kapas sebelum membawanya ke Hospital Melaka," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Menurut Hazura lagi, anak bongsu dari lima beradik itu sering mengalami sakit mata, kornea menjadi merah dan bertahi di sebelah mata kiri pada awalnya, namun kini semakin merebak ke sebelah kanan.

Menurutnya juga, doktor pakar yang merawat anaknya belum dapat mengenalpasti jenis penyakit yang dihadapi namun berkata jika tidak dirawat, anaknya itu boleh menjadi buta.

Katanya, mereka berusaha mendapatkan bantuan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), selain berharap ada yang sudi menghulurkan bantuan.

Sumber : BH Online

Bayi 2 Bulan Menangis Keluar Airmata Darah
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Melaka: "Hingga sekarang doktor pakar juga buntu, belum tahu apa yang menyebabkan mata bayi kami mengalirkandarah setiap kali dia menangis. Tidak banyak boleh saya lakukan, selain mendodoikan dan mengelap darah menggunakan kapas," kata Hazura Kamal Santhirasehar, 24, yang bingung dengan penyakit misteri dihidapi bayinya.

Anak kelima wanita itu, Maryam Batrisya Abu Kassim, kini berusia dua bulan mula dikesan mengalirkan air mata darah ketika usianya lima hari selepas selamat dilahirkan di Hospital Melaka 16 Jun lalu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Mon Aug 15, 2016 8:44 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



DIA HINA DIMATA MANUSIA TAPI MUNGKIN MULIA DISISI ALLAH SWT
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 15, 2016 8:45 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ditahan Polis Kerana Naik Motorsikal Pakai Kostum Spiderman
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Georgetown: "Saya bukan Spiderman, saya kerja biasa sahaja," kata penunggang motosikal yang ditahan polis kerana menunggang dengan berpakaian kostum adiwira Spiderman di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini semalam.

Gambarnya bersama dua anggota polis itu viral di media sosial sejak semalam sebelum mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Penunggang yang hanya mahu dikenali sebagai Ambro, 28, berkata, dia hanya ingin berseronok dan tidak mahu menjadi popular ekoran tindakannya itu.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, dia ditahan tiga anggota polis dari Unit Rondaan bermotorsikal (URB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) yang terserempak dengannya.

Menurutnya, pada mulanya dia sudah terserempak dengan tiga anggota polis itu dan sempat mengangkat tangan sebelum pergi bersiar-siar di kawasan Persiaran Karpal Singh.

Katanya, dia kemudian keluar ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu untuk pulang ke rumah.

Ambro berkata, sejurus selepas itu dia ditahan oleh dua anggota polis iaitu Lans Koperal Yunus Mohd Ghani dan Konstabel Suhairi Jaafar.

"Saya pada mulanya terkejut kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan dan apa yang menarik selepas diperiksa dua anggota polis meminta untuk bergambar dengannya sebelum dilepaskan.

"Saya biasa-biasa sahaja dan tiada apa-apa keistimewaan selain kostum yang dibeli dengan harga RM300 ini sebenarnya digunakan ketika menghadiri majlis makan malam tahunan tempat kerja," katanya yang terkejut selepas gambar berkenaan viral sebelum dihubungi rakan-rakannya.

Sikap berani Ambro mendapat pujian ramai netizen selain ada yang memberi komen yang positif dan tidak kurang pula yang memberi komen lucu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemeriksaan itu adalah tindakan biasa yang dijalankan oleh setiap anggota polis bagi mencegah daripada berlakunya jenayah di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah.

Beliau berkata, sewaktu membuat pemeriksaan anggotanya telah menahan Ambro yang memakai kostum Spiderman dan hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati dia tiada kesalahan jenayah dan dibebaskan.

- hmetro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 15, 2016 8:46 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hidung sering tersumbat mungkin petanda kanser

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Bukan niat untuk menakutkan, namun itulah kenyataan. Hidung selalu tersumbat dan sering berdarah adalah satu daripada petanda bagi penyakit kanser nasofarinks atau kanser pangkal hidung.

Kanser yang terletak di kawasan sempit dan tersembunyi antara hidung dan tekak ini, amat sukar dikesan awal kerana kebanyakan simptom bagi penyakit ini tidak spesifik dan mirip penyakit-penyakit biasa.

Antaranya hidung tersumbat yang mungkin dianggap hanya resdung, sakit kepala yang biasanya dikaitkan dengan tekanan atau tidak cukup rehat, dan hilang pendengaran yang mungkin ditafsirkan akibat trauma atau jangkitan kuman pada telinga.

"Ramai yang menganggap simptom-simptom ini benda ringan. Amat jarang untuk mereka mensyaki ia adalah kanser kerana simptom-simptomnya tidak jelas dan boleh disebabkan oleh bermacam perkara," kata Ketua Pusat Saringan Kesihatan Kanser Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Dalilah Kamaruddin kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun menggariskan dua simptom utama yang wajib diberi perhatian iaitu hidung sering berdarah dan tersumbat, serta kewujudan benjolan pada tengkuk.

Sukar dikesan awal
Setakat ini masih tiada ujian atau 'screening test' khusus untuk mengesan penyakit ini, tidak seperti kanser lain iaitu kanser payu dara, kanser serviks atau kanser usus.

Doktor biasanya mengguna skop nasofarinks (nasoscopy) yang dilengkapi kamera atau melakukan CT Scan, PET Scan ataupun MRI, bagi mengesan sebarang ketumbuhan luar biasa sel di kawasan terlibat.

Cara lain ialah dengan ujian darah bagi mengesan virus Epstein-Barr, yakni sejenis virus yang biasa dialami pesakit kanser, namun menurut Dr Dalilah tidak semua pesakit kanser menghidap virus ini.

"Jika dapat dikesan awal maka peluang untuk pulih lebih tinggi, namun kebanyakan pesakit hanya diagnos dengan kanser ini pada peringkat dua atau tiga," dedah Dr Dalilah.

Kanser nasofarink adalah kanser kelima paling kerap berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dan kanser ketiga paling tinggi dalam kalangan lelaki di negara ini iaitu meliputi 8.2 peratus daripada jumlah kes kanser.

Pada tahun 2012, sebanyak 1,487 kes dikesan dengan bilangan kes tertinggi dalam kalangan kaum Cina dan Bidayuh.

Awas makanan masin, berawet

Menurut Dr Dalilah gaya pemakanan dalam kalangan dua kaum itu, yang cenderung kepada makanan masin dan berawet, dikesan antara faktor utama yang menggalakkan pertumbuhan kanser nasofarinks.

Beliau turut berkongsi hasil satu kajian berskala besar yang dijalankan oleh sebuah badan antarabangsa mengenai diet orang Cina di negara China dan orang Cina yang berhijrah ke tempat lain.

Kajian tersebut telah mendapati bahawa orang Cina yang berhijrah kurang mengalami kanser nasofarinks berbanding orang Cina di tanah besar berikutan corak pemakanan mereka yang sudah berubah iaitu lebih kepada makanan barat.

"Kebanyakan makanan yang digemari masyarakat kita seperti belacan, ikan masin, asam, jeruk, dinasihatkan untuk tidak diambil dalam kuantiti yang berlebihan kerana makanan ini boleh meningkatkan risiko kanser ini," pesannya.

Faktor genetik juga dipercayai antara punca yang perlu diberi perhatian memandangkan penyakit kanser melibatkan perubahan DNA sel.

Faktor risiko lain termasuklah pengambilan alkohol, tabiat merokok, dan pendedahan berlebihan kepada habuk atau bahan kimia seperti formaldehid.

Kaedah rawatan

Rawatan yang biasanya dijalankan ke atas pesakit kanser nasofarinks adalah radioterapi, kimoterapi, terapi ubat sasaran dan disusuli dengan pembedahan jika perlu.

Pembedahan biasanya mengambil masa yang panjang, kadangkala sehingga 10 jam, berikutan kedudukan kanser itu di lokasi yang sempit dan tersembunyi, jelas Dr Dalilah.

"Selepas pembedahan, pesakit akan mengalami kesukaran untuk makan dan terpaksa bergantung kepada tiub untuk beberapa minggu.

"Oleh sebab itu saya berpendapat orang ramai perlu diberi lebih kesedaran tentang kanser ini supaya dapat dikesan awal, sekaligus mengurangkan keperluan untuk pembedahan," katanya.

- Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 15, 2016 8:46 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lebih 30 Orang Artis & Blogger Terkenal Tanah Air Sedang Gegarkan Jualan & Lelongan Amal NBOS PICC
siakapkeli.my

Selalu apabila disebut artis sudah pasti orang ramai hanya akan terfikirkan hiburan semata-mata selain gosip-gosip di media, namun kami ini beberapa artis terkenal Malaysia termasuk blogger-blogger terkenal akan berkumpul di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena National Blue Ocean Stratergi (NBOS) 2016.

Mereka akan berkumpul dibawah naungan bazar Roopawan.com akan mengadakan pelbagai aktiviti amal iaitu majlis lelongan barangan berjenama milik peribadi mereka.

Antaranya ialah Siti Nordiana yang akan mengadakan jualan lelongan beg tangan berjenama Kate Spade, One Nation Emcee akan melelong kasut air jordan dan minyak wangi berjenama, Bunkface akan melelong produk berjenama Celebriducks dan pelbagai lagi yang dilakukan di pentas utama.

Artis-artis seperti Rozita Che Wan, Erra Fazira, Zain Saidin dan ramai lagi akan membuka vendor peniagaan milik mereka pada hari berkenaan.(Rujuk poster dibawah)

Apa itu NBOS ?

NBOS ialah singkatan National Blue Ocean Stratergi atau dalam bahasa Malaysianya Stratergi Lautan Biru Kebangsaan yang telah ditubuhkan sejak tahun 2009 lagi. Ia telah dibangunkan oleh W. Chan Kim dan Renée Mauborgne, Blue Ocean Strategy adalah cara berfikir yang baru, yang strategik pemikiran baru, jalan baru yang berani untuk memenangi masa depan.

Hari Terbuka NBOS 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal di rasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Ogos 2016 (Selasa). Antara aktiviti dan juga program yang bakal berlangsung adalah Pengundian Awam atau Cabutan Undi PR1MA (Perumahan Rakyat 1 Malaysia) yang telah berlangsung pada 14 Ogos 2016 (Ahad). Selain itu cabutan bertuah turut di adakan buat para pengunjung NBOS.

Ramai artis-artis hebat akan turut menjayakan majlis ini dan antara mereka yang akan menghiburkan anda ialah Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Bunkface, Aizat Amdan, Sandra , Caliph Busker, Ronnie Hussein, Drama Band, Ippo Hafiz, 6ixth Sense, Sakura Band, Tasha Mashahar, Aman Nassim, Zarul, Mark Adam, ENcik Mimpi, Haiza, Sarah Fazny, Sheila Abdul, Putera Mentor Legend, Ewal AF, Zarif AF, Sazrin dan Aina Abdul.

Jadi, jomlah beramai-ramai menyertai majlis ini di mana ada berpeluang berjumpa dengan selebtiri yang anda minat lebih dekat malahan dapat melihat bagaimana mereka ini berniaga.

Info Lanjut
Website : https://www.blueoceanstrategy.com
Facebook : https://www.facebook.com/BlueOceanStrategy1
Twitter : https://twitter.com/BlueOceanStrtgy
Youtube : https://www.youtube.com/c/blueoceanstrategy

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 15, 2016 8:46 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ini jawapan dan bidasan Syeikh Yusuf al-Qaradawi kepada pembenci Erdogan dan Turki (Sila Baca)

bloglist-malaysia.blogspot

Presiden Asosiasi Ulama Dunia, Yusuf al-Qaradawi: Allah Telah Menggagalkan Kudeta Kotor Ini

 

Presiden Asosiasi Ulama Muslim Sedunia, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, dalam sambutannya pada pertemuan Ikatan Cendekiawan Muslim Dunia di sebuah hotel di kota Konya, Turki, mengatakan bahwa pertemuan ini membuat dirinya merasakan kebahagiaan yang besar. Beliau menambahkan "Setiap orang bertanggung jawab untuk menyeru kepada semua bangsa di seluruh dunia Islam. Muslim bertanggung jawab untuk memenuhi panggilan ini serta wajib menyebarkan kabar yang benar kepada dunia," katanya.

"Asosiasi Ulama Muslim seluruh dunia bertanggung jawab mengajarkan islam kepada muslimin, organisasi ini telah dibentuk untuk mempublikasikan agama yang benar di dunia. Anda perlu menyebar Islam dan kabar ini sebagai panggilan Allah," kata Syeikh al-Qaradawi.

Menyinggung soal percobaan kudeta di Turki, Syeikh al-Qaradawi berkomentar bahwa Turki telah mencapai kemenangan pada tanggal 15 Juli, rakyat dan negara Turki diberi kemenangan terhadap orang-orang yang melawan kaum muslimin di negeri ini (Turki).

Beliau melanjutkan, "Pertama-tama, muslimin perlu diajarkan hak sebagai umat islam. Seorang muslim tidak akan menipu saudara muslimnya dan tidak membela kejahatan. Kita perlu menjaga persaudaraan dengan semua muslim, kami muslim di Turki, populasi kami untuk mereka menguatkan dunia Islam. Turki ingin menciptakan masa depan yang mulia, tetapi pada saat yang sama ada orang yang secara rahasia membuat hal lain di Turki. Kudeta 15 Juli adalah serangan yang keji, dan Allah telah menggagalkannya. Kita semua harus bekerja dengan mata terbuka sebagai bangsa dan kami tidak menyembunyikan apa pun. Yang kita lakukan adalah kebaikan untuk semua orang. Kita harus memenuhi tugas ini sebagai cendikiawan Muslim. Kita harus berdampingan dengan negara-negara Islam lainnya. Kita tidak mengambil keuntungan pribadi untuk diri kita sendiri, tidak akan mengambil kekuasaan dari kelemahan umat, yang kita ingin adalah kembali ke kehidupan islam yang gemilang lagi."

"Kita berdiri bersama dengan Turki."

 

Sekretaris Jenderal Asosiasi Ulama Muslim Dunia, Muhyiddin Ali Montenegro, mengatakan bahwa ia membutuhkan dukungan dari semua umat Islam.

"Turki telah menghancurkan upaya kudeta yang keji sehingga berubah menjadi kebaikan, menyelamatkan negara dari ancaman. Melawan musuh bersama merupakan tugas penting bagi seluruh bangsa. Kami orang-orang Mesir, Palestina, Libya dan lainnya berdiri bersama negara Turki, serta kami mendukung orang-orang di Yaman. Kami mendukung hak mereka. Ilmuwan muslim harus bertindak, tanpa takut menyuarakan pesan dari Allah. Kami harus melawan ketidakadilan. Turki selalu memberikan dukungan dan menolong bangsa yang tertindas, negara seperti ini ditolong oleh Allah menyelamatkan dirinya dari serangan kudeta. Kita memiliki rasa cinta yang besar bagi negara yang mulia ini," katanya sebagaimana diberitakan media Turki Anadolu Agency dan dilansir oleh media portalsatu.

Anadolu Agency, PortalSatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: