Wednesday, August 24, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4571

3 Messages

Digest #4571

Messages

Tue Aug 23, 2016 8:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tumpangkan 'Seseorang', Duit Dibagi Jadi Daun, Polis Marin Hilang Dua Hari Lalu Ditemui Dalam Kebingungan
siakapkeli.my

Gambar Hiasan

Seorang anggota polis marin yang telah dilaporkan hilang dua hari lalu telah ditemui dalam keadaan kebingungan di kawasan Sungai Rambai Melaka, semalam.

Dia dikatakan hilang selepas menumpangkan seorang wanita dengan seorang kanak-kanak dia mana wang yang dibagi oleh 'penumpang' berkenaan menjadi daun dan pihak polis tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan kejadian mistik.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, polis marin berkenaan dipercayai hilang ketika pulang dari Hospital Putra Batu Pahat ke Muar selepas menghantar isterinya.

"Kira-kira 6.30 pagi, Rahim balik seorang diri dari hospital Putra Batu Pahat ke Muar. Namun, dia tidak ke pejabat atau pulang ke rumahnya selepas itu."

"Pasukan Polis Marin Muar mencarinya dari laluan Batu Pahat ke Muar namun gagal. Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa berjaya ditemui semula di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Rambai Melaka kira-kira 12.10 tengah hari selepas mengesan isyarat telefonnya.

"Mangsa dikatakan kebingungan dan memberitahu ketika balik dari Hospital Putra Batu Pahat, menumpangkan seorang wanita dan seorang anak.

"Ketika turun dari kenderaan, wanita berkenaan memberi wang kepada mangsa ketika dijumpai, mangsa mendapati duit berkenaan adalah daun, mangsa tidak mengalami sebarang kecerderaan." kata Abdul Wahib. - Siakapkeli.my

Sumber: Harian Metro, Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 23, 2016 8:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Proton Persona Baharu Dilancar, Harga Serendah RM46,800 Seunit

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

PROTON Holding Berhad melancarkan Proton Persona serba baharu yang ditawarkan pada harga RM46,800 hingga RM59,000 seunit.

Persona generasi kedua untuk pasaran kategori kenderaan mampu milik dilancarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed itu diadakan pada Selasa di Pusat Konvensyen Setia City, (SCCC) Shah Alam.

Dikeluarkan dengan tiga varian iaitu standard, eksekutif dan premium, Persona Serba Baharu ini dikuasakan dengan enjin 1.6 liter Variable Valve Timing (VVT) untuk penjimatan bahan api yang lebih baik.

Ia merupakan kereta Proton pertama yang disokong indikator penanda pemanduan ECO yang menyala apabila pemanduan mencapai 100km.

Bagi varian Standard pula, ia didatangkan dengan dua pilihan transmisi iaitu 1.6 MT dan 1.6 CVT manakala varian Executive 1.6 CVT dan varian Premium pula 1.6 CVT serta 1.6 CVT Premium (bodykit).
Sebanyak enam warna ditawarkan iaitu 'cotton white', 'fire red', 'sterling silver', 'graphite grey', 'quartz black' dan warna baharu 'carnelian brown'.

Ruang bagasi di bahagian belakang Persona Serba Baharu ini mempunyai keluasan 510 liter tanpa menjejaskan keselesaan ruangan kabin penumpang.

Selain itu, Persona Serba Baharu ini mendapat penarafan 5 bintang Asean NCAP kerana mempunyai ciri-ciri keselamatan menyeluruh seperti kawalam kestabilan elektronik (ESC) dengan sistem kawalan tarikan dan sistem brek anti-kunci (ABS).

Proton Lancar Persona Baharu Dengan 4 Varian Yang Menarik, Harga bermula RM46,800
siakapkeli.my

SHAH ALAM: Syarikat pengeluar kereta nasional negara, Proton Holding Bhd hari ini telah melancarkan Proton Persona baharu yang dijual pada harga bermula RM46,800 hingga RM59,800 seunit.

Pelancaran yang dilakukan sebentar tadi telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Keluaran Persona terbaru ini didatangkan dengan empat pilihan varian iaitu Standard MT, Standard CVT, Executive CVT dan Premium CVT di mana kesemua model itu menggunakan enjin 1.6 Liter VVT yang menyalurkan 107hp dengan tork setinggi 150Nm.

Kereta ini telah menerima pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP dengan dilengkapi enam beg udara bagi spesifikasi tertinggi iaitu Premium dan dua beg udara bagi varian yang lain.

Kredit gambar: Careta.my

Keluaran kali ini mampu memecut 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 10.9 saat, prestasi lebih baik berbanding 12 saat untuk model terdahulu.

Tahap penggunaan bahan api mencatatkan purata 5.6 liter bagi 100 kilometer, selain kedapan bunyi dipertingkatkan untuk memberi ketenangan ketika memandu.

Ia turut didatangkan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Antikunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).

Struktur badan lebih kuat bagi meningkatkan keselamatan penumpang apabila menggunakan inovasi terkini iaitu teknologi Hot Press Forming.

Kenderaan itu disasarkan kepada golongan muda yang dijual pada harga mengikut varian berbeza:

Berikut adalah harga proton Persona baru ini:

- Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, August 16, 2016 11:21 PM
Subject: Fw: Proton Persona Baharu Dari Jarak Dekat

Foto Luaran Proton Persona Baharu Dari Jarak Dekat Pula Tersebar

siakapkeli.my

15 Ogos - Jika sebelum ini, beberapa gambar Proton Saga 2016 sudah tersebar, kini giliran gambar Proton Persona 2016 pula menjadi perhatian ramai.

Di laman rasmi Proton Malaysia, sudah kelihatan beberapa keping gambar 'teaser' yang menunjukkan bagaimana rupa Proton Persona dari dalam.

Tapi bagaimanakah rupa kereta itu dari luar?

Baru-baru ini beberapa keping foto yang menunjukkan reka bentuk kereta itu dari luar dan jarak dekat telah tersebar di media sosial Facebook.

Dari reaksi dari pengguna media sosial pula, ada yang mengatakan Proton Persona ini kelihatan seperti Vios.

Menurut laporan, Persona 2016 akan dikuasakan dengan enjin VVT 1.6 liter - sama seperti Proton Iriz. Namun tiada varian 1.3 liter akan dikeluarkan.

Persona 2016 1.6 akan dikeluarkan dalam tiga varian iaitu 1.6L Manual Standard, 1.6L CVT Standard dan 1.6L CVT Premium.

Gambar teaser Proton Persona 2016

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 23, 2016 8:54 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pengangguran Belia Semakin Parah

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


KUALA TERENGGANU – Pengangguran adalah merupakan 'humanitarian disaster' yang boleh menyebabkan kehilangan peluang kepada pembangunan ekonomi negara.

Pembahas Kluster Belia Muhd Shafie Ghazali berkata, iamampu memberikan kesan yang panjang kepada pendapatan dan juga ketidakstabilan pekerjaan kerana belia yang terlibat selalunya bermula dengan karier diri yang tidak mencukupi (weaker early-career credentials).

"dan juga nilai keyakinan dan ketahanan diri yang lemah dalam menghadapi peluang pasaran pekerjaan.

"Di dalam negara membangun seperti Malaysia, kadar pengangguran belia yang tinggi boleh menyebabkan negara kehilangan transfomasi ekonomi (national economic transformation) dan juga sekaligus mampu memberikan kesan ke atas kedudukan sosial masyarakat (social instability),"ujarnya.

Katanya, statistik mengikut laporan akhbar Utusan Malaysia tahun pertama 2015 telah mencatatkan Terengganu menduduki tempat yang kedua kadar pengangguran tertinggi sebanyak 4.6 % selepas Wilayah Persekutuan Labuan.

Lebih malang lagi, katanya, kebanyakan penganggur pula terdiri dari kalangan graduan-graduan kolej atau universiti, contoh sebagaimana yang berlaku kepada graduan di sebuah institut pengajian.

"Amat malang bagi graduan-graduan universiti dan kolej yang bertungkus lumus menghabiskan wang ringgit dan masa demi mendapatkan segulung ijazah namun hanya tinggal khayalan.

"Kejayaan mereka sepatutnya digunakan untuk kebaikan negeri ini,"tegasnya ketika berucap pada Kongres Rakyat Terengganu, di sini semalam Sabtu 20 Ogos.

Beliau merujuk kepada artikel di atas yang di ambil dari International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences October 2012, Vol. 2, No. 10, yang menjelaskan, antara sebab berlakunya pengangguran adalah kerana pengambilan tenaga asing.

"pengambilan yang berleluasa bagi menggantikan pekerja tempatan untuk tujuan mengurangkan labor cost terutamanya di dalam sektor 'oil and gas'.

"Syarikat-syarikat yang terlibat hanya mementingkan keuntungan yang melipat ganda tanpa memikirkan kesan panjang ke atas sosial ekonomi di negara ini,"jelsanya.

Selain itu, menurutnya, kemelesetan dan ketidakstabilan ekonomi yang amat parah juga menyebabkan berlakunya kes pekerja diberhentikan.

"kerana permintaan pasaran (demand) yang rendah berbanding kadar pengeluaran sesuatu produk yang tinggi sepertimana yang berlaku pada hari ini, kadar pengeluaran minyak (crude oil) yang sangat tinggi melebihi permintaan pasaran dunia, akhirnya nilai minyak menjadi rendah dan hanya pada kadar 45-50 U.S dollar/ton,"jelasnya.

Oleh itu, beliau mencadangkan langkah-langkah yang boleh mengurangkan kadar pengangguran.

Katanya, kerajaan mestilah mengalakkan keusahawanan dan inovasi sebagai langkah bagi menghasilkan produk baru dan permintaan pasaran yang boleh memcipta peluang pekerjaan yang baru.

Selain itu, pihak berkuasa juga Kerajaan perlu mewujudkan program panduan kerier kepada belia yang masih dalam alam persekolahan.

"Ia salah satu cara yang mudah dan cepat, adalah kerajaan bekerjasama dengan mana mana syarikat yang terpilih untuk membuat lawatan kepada sekolah dan institute vokasinal bagi memberikan pendedahan di dalam alam pekerjaan (bidang),

"selain itu maklumat tentang karier dan pasaran kerja haruslah didedahkan kepada pencari pekerjaan,"ujar beliau lagi

Pihak berwajib juga, katanya, perlu memantapkan Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang sudah ada dengan mengenal pasti syarikat yang mempunyai kekurangan pekerja di dalam bidang yang tertentu sekaligus membina keyakinan diri belia.

Kerajaan juga mestilah mengawal kemasukan pekerja asing dan memastikan syarikat tempatan dan luar atau mana-mana industri yang berada di negeri Terengganu ini mendahulukan pekerja rakyat Malaysia dan juga tempatan.

"Mereka juga perlu memastikan pekerja rakyat Malaysia dan tempatan tidak di tindas dengan gaji yang rendah dan mestilah diberikan kadar gaji yang setaraf dengan industri yang terlibat. (Mengikut ekonomi dan pasaran semasa dan juga perintah gaji minimum 2016. (Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011),"tambah beliau.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: