9 Messages
Digest #4569
Messages
Sat Aug 20, 2016 10:24 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Terima kasih MB walau dulu tak bantu pun
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Di sebalik kejayaannya meraih pingat gangsa di temasya Olimpik Rio de Janeiro awal pagi tadi, pelumba basikal negara Azizulhasni Awang masih 'menyimpan rasa' terhadap kerajaan Terengganu.
Dalam tulisan penghargaan di Facebooknya hari ini, raja keirin Asia itu meluahkan rasa 'terima kasih' khas untuk Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.
"Saya dan Fatehah (Mustapa) masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun MB (menteri besar) tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah, dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat dunia dan Olimpik ini.
"Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal RoadBike untuk kegunaan kami dalam persiapan sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal (cadangan) lebih kurang setahun sebelum Olimpik Rio," katanya.
Azizulhasni meraih gangsa dalam saingan akhir kategori keirin di Veledrom Olimpik, awal pagi tadi.
Azizulhasni juga mengucapkan terima kasih kepada Ahmad kerana tidak memberikan maklum balas, malah membisu apabila pengurusnya menghubungi menteri besar itu suatu ketika dulu.
"Untuk pengetahuan MB, saya dan Fatehah atlet bertaraf dunia dan Olimpik ini sentiasa terlepas pandang oleh MB. Mungkin ianya adalah kerana faktor yang kami berlatih di luar negara.
"Diharap MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang positif dan diharap semua ini akan membuka mata MB dan orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan.
"Walau apa jua yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati negeri Terengganu dan kami Ganu Sokmo Bohh," katanya dalam tulisan panjang lebar itu.
Dalam tulisan panjang lebar itu, Azizulhasni turut berterima kasih kepada penyokong dan keluarga yang mendoakan kejayaannya.
"Tidak kira apa jua bangsa dan agama, Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak dan bumiputera, terima kasih atas sokongan jitu anda semua dan sentiasa mendoakan kejayaan saya.
"Sesungguhnya doa dari anda semua adalah senjata buat saya," katanya.
Selain itu beliau tidak lupa menitipkan terima kasih kepada ibu bapanya di kampung yang sentiasa memberi sokongan penuh dan sentiasa mendoakan dalam apa jua yang dilakukan dan merestui pilihan jalan hidupnya.
"Ribuan maaf dari anakanda kerana tidak dapat berada di sisi selalu dan tidak dapat menjaga makan minum ayah dan mak. Apa yang dapat dilakukan oleh anakanda adalah berdoa kepada Allah Yang Maha Esa supaya sentiasa menjaga dan melindungi ayah dan mak di kampung.
"Tidak lupa juga adik-beradik dan seluruh ahli keluarga sama ada yang dekat mahu pun jauh, terima kasih kerana sentisa berdiri di belakang saya ketika saya jatuh mahupun berdiri. Moga Allah merahmati anda semua," ujar anak kelahiran Dungun itu.
Terdiam MB Terengganu Apabila Nike Menandatangani Azizulhasni Awang USD 30 Juta Setahun Seumur Hidup..??
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Nike telah menandatangani Azizulhasni Awang dengan perjanjian seumur hidup, laporan ESPN Darren Rovell.
Kontrak itu adalah perjanjian tunggal atlet terbesar dalam sejarah 46 tahun Nike. Ia juga menandakan kali pertama bahawa Nike secara rasmi diberikan perjanjian seumur hidup.
Azizulhasni Awang 28-tahun itu, yang hanya mengambil pingat gangsa dalam acara keirin lelaki 'di Rio Sukan Olimpik 2016, dilaporkan dibilkan untuk mendapatkan sebanyak $30 juta setahun.
Menurut Rovell, perjanjian baru Azizulhasni itu "dengan mudah melepasi " 10 tahun , $ 300 juta perjanjian Kevin Durant ditandatangani dengan Nike pada tahun 2014 .
melaporkan bahawa Azizulhasni akan mempunyai pakaian tandatangannya sendiri dengan Nike dan dijangka memakainya untuk semua pertandingan. majalah Forbes meramalkan jualan tahunan lebih daripada $ 340,000,000 daripada perjanjian disesuaikan Azizulhasni ini setiap tahun.
AKHIRNYA MUNCUL ANAK AWANG YANG BERANI MENGKRITIK PEMIMPIN UMNO TERENGGANU
bloglist-malaysia.
yongsukakuning.
Posted by Yong Intan Noor
Ceritanya begini:
Azizulhasni Bin Awang bukan budak yang baru bertatih-tatih naik basikal. Dia telah menempah banyak kejayaan di peringkat antarabangsa sejak tahun 2008 lagi. (Google saja namanya, akan timbul cerita kecemerlangannya dalam sukan lumba basikal).
Aneh sekali apabila permohonannya tidak dihiraukan oleh Kerajaan Terengganu.
Supaya tidak dituduh memutar-belit kenyataan, Yong perturunkan semua nukilan atlit tersebut (Skip saja kalau dah baca di facebooknya)
Azizulhasni Awang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya penyokong-penyokong saya dan TeamAzizul.
Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus menyokong dan mendoakan kejayaan saya dan rakan sepasukan. Tidak kira apa jua bangsa dan agama, Melayu-Cina-
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ayah dan Mak saya di kampung yang sentiasa memberi sokongan penuh dan sentiasa mendoakan dalam apa jua yang saya lakukan, juga merestui pilihan jalan hidup yang dipilih ini. Ribuan maaf dari anakanda kerana tidak dapat berada disisi selalu dan tidak dapat menjaga makan minum Ayah dan Mak. Apa yang dapat dilakukan oleh anakanda adalah berdoa kepada Allah Yang Maha Esa supaya sentiasa menjaga dan melindungi Ayah dan Mak di kampung. Tidak lupa juga adik beradik dan seluruh ahli keluarga sama ada yang dekat mahupun jauh, terima kasih kerana sentiasa berdiri di belakang saya ketika saya jatuh mahupun berdiri. Moga Allah merahmati anda semua.
Terima kasih juga kepada Isteri yang disayangi Athiah Ilyana dan sudah tentu kedua cahaya mata ku Amna Maryam dan Amna Khadeeja. Rindu sungguh kepada anda semua. Terima kasih sayang kerana sanggup bertoleransi dengan suami mu yang banyak kerenah, yang amat strict dengan rutin harian dan sangat cerewet ini. Suami mu berharap kamu memahami inilah attitude seorang juara dan atlet professional. Terima kasih kerana bertoleransi dan banyak berkorban terutamanya melupakan hasrat untuk menjadi seorang Arkitek dan memilih untuk berdiri di belakang suami mu ini untuk memberi sokongan kepada karier lumba basikal juga menjaga anak-anak kita. Hanya Allah dapat membalas jasamu ini dan suami mu berdoa agar kamu dianugerahakan syurga Firdaus.Insyaallah.
Terima kasih kepada Mr John Beasley dan Vicky Beasley. John bukan saja seorang jurulatih tetapi seperti bapa kepada atlet lumba basikal yang berlatih di Melbourne. Sifat dan sikap John Beasely banyak mempengaruhi kehidupan aku sampai ke harini dan aku sangat berterima kasih atas seluruh tunjuk ajar yang diturunkan kepada ku. Terima kasih kerana menghormati adat dan agama ku yang amat kontra dengan apa yang ada di Melbourne dan aku sangat menghormati tindakan mu yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan makanan Halal untuk atlet-atlet mu ketika berada di mana-mana kejohanan. Terlalu banyak untuk diceritakan tetapi cukupla seringkas ini.
Terima kasih kepada Rozimi Omar, jurulatih pertama yang mencungkil bakat aku ketika di daerah kecil Dungun lagi. Tanpa dikau, maka tiadalah aku. Engkau insan yang amat unik, berkorban wang poket sendiri demi membantu anak-anak kampung seperti aku yang mengejar cita-cita untuk bergelar atlet lumba basikal. Masih segar dalam ingatan apabila aku dipilih untuk berada di bawah program Atlet Pelapis Kebangsaaan dan memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil. Engkaulah insan yang menghantar aku dari pekan kecil Dungun ke bandar besar Bukit Jalil. Di tengah-tengah malam ketika dalam perjalanan, engkau memasang lagu band kegemaranku Greenday dan kita menyanyi bersama berulang-ulang dari Dungun sampailah ke kota Kuala Lumpur. Walaupun jarak memisahkan kita selepas itu, kita masih berjumpa dan meluangkan masa untuk berkongsi masalah dan cerita. Sungguh engkau insan cekal, diharap manusia yang sentiasa ingin menjatuhkan engkau itu dibukakan pintu hatinya dan dibawa kejalan yang lurus. Aku sedih engkau telah tiada dan pergi dulu , dan aku yakin dan percaya engkau semestinya bangga dengan pingat GANGSA yang aku kecapi pada hari ini.
Abg Mie, jijoe buat habih teer doh ni, lebih dari hok mampu tapi ini saja rezki Allah swt kali ini, jijoe akan cube lagi Abg Mie.
Semoga Allah menempatkan Abg Mie di kalangan yang terbaik.
Terima kasih kepada Team Berbasikal Olimpik Rio. Dari persiapan di Melbourne ke Portugal ke Rio dan akhirnya melabuhkan tirai dengan pingat GANGSA ini. Terima kasih Fatehah Mustapa yang banyak membantu dalam pelbagai aspek terutamanya ketika hari pertandingan. Terima kasih kerana menjadi pembantu jurulatih,pembantu mekanik dan personal assistant. Terima kasih Chee Lee Ming kerana anda melakukan hampir kesemua benda. Terima kasih atas segala bantuan yang diberikan dari data-data latihan dan analisa video perlumbaan sampailah ke video motivasi dan juga melayan kerenah saya yang gila-gila ini. Terima kasih Izham Mohamad yang menguruskan hal ehwal program podium dan memastikan training camp di Portugal lancar dan juga ketika berada Olimpik Rio. Terima kasih kerana menjadi rakan borak dan rakan berdebat sepanjang misi ini, aku harap kau tahu ini adalah salah satu terapi buat diri aku ini. Juga terima kasih kepada Dato Amarjit Sigh selaku Team Manager di Sukan Olimpik yang memastikan semua di dalam keadaan terbaik. Terima kasih kerana sanggup melayan kerenah semua ahli pasukan ini dan sentiasa memastikan semua ceria dan dalam mode gelak ketawa.
Terima Kasih kepada Institut Sukan Negara yang memilih saya untuk bernaung di bawah Program Podium. Program baru sukan negara yang menuju kearah professionalism sukan dan banyak membantu dari segi aspek Sains Sukan dan keperluan atlet elit untuk membantu mereka mencapai kejayaan di peringkat tertinggi khususnya Sukan Olimpik. Tidak lupa juga Masjlis Sukan Negara yang menjadi platform saya sebelum ini, yang membawa saya dari peringkat bawahan dan sampai ke peringkat atasan. Saya bernaung di bawah mereka ketika saya masih hingusan sampailah berjaya memenangi Piala Dunia dan menjadi Pelumba No 1 dunia. Terima kasih atas saluran dan platform yang disediakan.
Terima Kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang sentiasa menyokong dan mendengar rintihan saya. Khususnya Chief Khairy Jamaluddin yang sentiasa memberi sokongan padu dan kepercayaan tinggi kepada saya. Di harap pingat GANGSA ini dapat membalas pelaburan yang diberikan kepada saya selama ini. Diharap pihak KBS akan terus memberikan kepercayaan kepada thepocketroketman untuk mengejar EMAS di Tokyo 2020 pula nanti.
Terima Kasih kepada Yayasan Sime Darby yang memberikan biasiswa untuk saya melanjutkan pembelajaran di Melbourne dan penubuhan Team Yayasan Sime Darby Trade Team dimana matlamat penubuhan team ini adalah untuk membantu saya dan Fatehah Mustapa untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio dan membawa pulang pingat untuk negara. Mungkin ramai tidak tahu sepanjang 3 tahun setengah saya dan Fatehah menggunakan wang tajaan Yayasan Sime Darby untuk menyertai kejohanan-kejohanan untuk mengumpul mata ke Sukan Olimpik. Sungguh kami berdua bangga bernaung di bawah keluarga Yayasan Sime Darby yang melayan kami lebih dari ahli keluarga sendiri dan kami berdua berharap Yayasan Sime Darby akan menyambung kontrak Projek Team Yayasan Sime Darby yang bakal berakhir pada hujung Ogos ini dengan Projek baru untuk persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo pula. Insyaallah.
Kepada Menteri Besar Terengganu , Datuk Ahmad Razif . Saya dan Fatehah masih ingin mengucapkan terima kasih walaupun Datuk MB tidak berkenan untuk membantu saya dan Fatehah dua anak jati Negeri Terengganu yang berjuang di peringkat Dunia dan Olimpik ini. Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal 'RoadBike' untuk kegunaan kami didalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio. Terima kasih juga kerana tidak memberikan feedback dan membisu apabila manager saya menghubungi Tuan Menteri Besar. Untuk pengetahuan Datuk MB, Saya dan Fatehah atlet bertaraf Dunia dan Olimpik ini sentiasa terlepas pandang oleh Datuk MB. Mungkin ianya adalah kerana faktor yang kami berlatih di luar negara. Diharap Datuk MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang Positif dan diharap semua ini akan membuka mata Datuk MB dan orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan. Walau apa jua yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati Negeri Terengganu dan kami Ganu Sokmo Bohh.
Terima kasih Nazree dan team 360 management yang banyak membantu di sebalik tabir dan diharap kejayaan ini adalah titik permulaan yang terbaik untuk anda dan team 360. Diharap warga 360 tersenyum lebar dengan pingat GANGSA ini dan tunggu saya balik untuk merasai kenikmatan pingat dari Sukan Olimpik.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menyokong dan membantu saya secara langsung dan tidak langsung. Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyenaraikan satu persatu nama anda tetapi percayalah , anda sentiasa berada disatu sudut hati saya. Saya mendoakan agar anda semua dirahmati selalu dan dibalas dengan kebaikan akan apa anda berikan kepada saya.
Sesungguhnya otak saya sudah amat tepu, setelah habis perlumbaan sampai sekarang saya masih belum sempat untuk berehat lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 3pagi dan waktu untuk saya berehat sebentar.
Sekian saja dari saya Azizul Awang dari Rio. Sungguh ku tidak sabar untuk pulang ke tanah air yang tercinta.
I LOVE YOU ALL!!
Ramai orang yang dia ucap terima kasih. Tetapi tidak kepada kepada Menteri Besar Terengganu.
Walaupun Yong tidak suka dan tidak sokong kaedah pemberian hadiah yang melampau - sehingga pejuang tentera, polis, bomba, pendidik, kerani dan seumpamanya kelihatan amat kecil sumbangan mereka; Yong tetap menyokong haknya untuk mendapat layanan yang terbaik bagi tujuan mengharumkan nama negara.
Bayangkan permohonan seorang pelumba basikal yang sudah ada nama untuk mendapat "Roadbike
Setelah tulisan di facebooknya menjadi viral, barulah MB tersentap.
Alahai...takkan MB Terengganu pun tidur kot?
Apa yang dia sibuk sangat setahun yang lalu sampai terlepas pandang anak Awang ini?
OOH! SIBUKNYA! (MALAYSIAKINI)
Kesian MB Terengganu. Kedudukannya pun tak tenang, sehingga masanya terpaksa diluangkan untuk berbaik-baik dengan anak Awang yang seorang lagi dekat sana. Lalu dia terlepas pandang anak Awang, pemuda yang berpotensi ini.
Oh ya...hampir lupa. Ada seorang lagi anak Awang yang berani:
Ya...Seperti Yong tekankan sebelum ini...Pemimpin dikelilingi pengampu, dan pembodek yang mempunyai kepentingan dan taksub tak ketahuan.
Maka terimalah akibatnya.
Luahan Rocketpocketman : MB Arah Majlis Sukan Negeri Siasat Dakwaan Azizulhasni
siakapkeli.my
KUALA NERUS, 17 Ogos: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman mengarahkan Majlis Sukan Negeri (MSN) supaya menyiasaat dakwaan kerajaan negeri tidak meluluskan peruntukan untuk membeli basikal 'roadbike
Menurut Razif, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kertas cadangan yang dihantar Azizul untuk membeli basikal sebagai persiapan ke Sukan Olimpik.
"Saya sendiri pun tidak tahu mengenai dakwaan pengurus Azizul ada menghantar surat dan kertas cadangan untuk pembelian basikal.
"Saya sendiri tidak kenal pengurus Azizul atau dihubungi olehnya," katanya hari ini.
Razif berkata sedemikian sebagai mengulas dakwaan Azizul yang secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, biarpun beliau tidak membantu persiapannya ke sukan Olimpik.
Selain itu, Razif turut berkata, Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat turut diminat menyiasat dakwaan Azizul itu.
"Jika benar dakwaan Azizul, kerajaan negeri memohon maaf tetapi kita juga sudah mengarahkan MSN dan EXCO terbabit melakukan siasatan secara terperinci," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius isu itu kerana sukan lumba basikal antara sukan teras negeri selain bola sepak, hoki dan kuda lasak.
"Kerajaan negeri akan menyediakan insentif atas kejayaan Azizul yang berjaya mengharumkan nama negeri di peringkat antarabangsa.
"Kita sedang membuat persiapan untuk menyambut Azizul sebagai wira dan namanya akan dicatatkan di Muzium Negeri," katanya.
Azizulhasni mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat gangsa dalam acara final Keirin malam tadi.
Sumber : BH Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat Aug 20, 2016 10:24 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tindakan Pantas Polis Selamatkan Mangsa Culik
siakapkeli.my
MIRI, 18 Ogos: Tindakan pantas pihak polis berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun selepas 48 jam dilaporkan hilang.
Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan kira-kira jam 3.15 petang tadi.
Difahamkan juga, mangsa ditemui oleh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dalam belukar berhampiran Padang Kerbau setelah dilarikan oleh seorang lelaki yang juga saudara terdekatnya dari sekolah pada tengah hari kelmarin.
Lokasi mangsa ditemui tidak jauh dari penemuan kenderaan yang digunakan oleh suspek ketika melarikan mangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Junaidi Bujang, mangsa ditemui hasil risikan termasuk soal siasat yang dijalankan ke atas suspek yang berjaya ditahan tidak lama sebelum kanak-kanak itu ditemui.
"Siasatan lanjut dan pencarian kemudian dipergiatkan di belukar berhampiran suspek dijumpai, sehinggalah pasukan mencari berjaya menjumpai mangsa dalam keadaan ketakutan dan lemah.
"Kedua-
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Miri untuk pemeriksaan dan rawatan.
"Ketika ditemui, mangsa masih berpakaian seragam sekolah," katanya.
Mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Selasa lalu selepas dikatakan mengikut seorang lelaki menaiki kenderaan Perodua Viva putih, yang datang menjemputnya pulang dari sekolah .
Polis kemudian mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes penculikan dan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Sumber : BH Online
Pembunuh Adalah Warga Myanmar Yang Diberi Taraf PR Oleh Kerajaan Malaysia
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
Berita penemuan mayat Nor Amila Edrus Norsham, dalam keadaan tragis semalam sungguh mengejutkan seluruh Malaysia. Kanak-kanak berusia 5 tahun itu dilaporkan hilang minggu lalu sebelum ditemui mati dibunuh di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang.
Polis telah menahan suspek dan identitinya kini didedahkan. Difahamkan suspek berusia 25 tahun adalah warga Myanmar yang ada pertalian keluarga dengan mangsa, suspek mendapat taraf penduduk tetap di negara ini.
Facebook suspek, Made Hamid
*Bapa arwah adik Edrus nie ada 4 org isteri..
*Edrus anak isteri no 4 (anak sulong). Dan dijaga oleh isteri no 2.
*Made hamid (suspek) adalah suami kepada Nazurah Norsham iaitu ank perempuan kepada isteri no 2.
*Made hamid (warga mymar) adalah menantu kepada ayah Edrus & isteri no 2.
*Made hamid(suspek) adalah abg ipar kepada arwah Edrus.
*Isteri no 4(ibu kandung arwah) berkerja di klcc.
Suspek ditahan di rumahnya di sekitar Jinjang Isnin lalu, yang kini ditahan reman.
Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menculik mangsa untuk mendapatkan wang tebusan untuk menjelaskan hutangnya.
Mangsa dipercayai mati beberapa jam selepas diculik 11 Ogos lalu. Noor Amila Edrus, anak sulung daripada dua beradik, tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Jinjang Utara.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner P R. Munusamy berkata, kita akan buat permohonan untuk lanjutkan reman dan setakat ini siasatan hanya melibatkan seorang individu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sejak kanak-kanak itu dilaporkan hilang, kes itu mulanya disiasat sebagai kes orang hilang sebelum bertukar menjadi kes culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan selepas suspek tersebut ditahan.
"Namun setelah mayat mangsa ditemui hari ini, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya sambil menegaskan motif pembunuhan masih disiasat.
Jenazah mangsa selamat dikebumikan 12.30 tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 5, Jalan Ipoh.
Mayat Di Kg Kemensah Sah Adik Noor Amila Edrus
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR , 18 Ogos - Mayat kanak-kanak yang ditemui di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang tengah hari tadi disahkan sebagai Noor Amila Edrus Norsham yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali kepada media, sebagaimana lapor Bernama.
Tambah beliau, pihak polis bagaimanapun masih lagi menunggu hasil bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian kanak-kanak itu.
"Sekarang kita sedang tunggu keputusan forensik dan saya tidak boleh dedahkan apa-apa setakat ini, bimbang mengganggu siasatan," kata Abdul Hamid.
Adik Noor Amila Edrus, yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara ditemui sekitar jam 12.30 tenghari tadi selepas hilang selama seminggu.
Dia dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib.
Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi penemuan itu, kata satu sumber.
Sumber : Sinar Online
Mayat Kanak-Kanak Kemungkinan Mangsa Culik Di Jinjang Ditemui Dalam Gaung
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: Pihak polis hari ini telah menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki di kawasan Sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang kia-kira jam 2 petang tadi dipercayai mangsa culik yang hilang di Jinjang pada 11 Ogos lalu, lapor Berita Harian.
Mayat kanak-kanak berkenaan telah ditemui selepas suspek kes terbabit yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan mangsa telah mendedahkan lokasi kanak-kanak malang itu dijumpai.
Sehingga kini pihak polis masih mengawasi lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
Pada Khamis lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang selepas selesai menunaikan solat Maghrib di surau perumahan awam Jinjang, Sentul, di sini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Azman Mohd Isa, berkata pihaknya mula melakukan pencarian di lokasi terbabit sejak malam tadi namun gagal kerana keadaan gelap.
"Kita sekali lagi membawa suspek ke lokasi sama tengah hari tadi sebelum menemui mayat mangsa di bawah gaung kawasan sungai.
"Setakat ini kebarangkalian mangsa adalah kanak-kanak yang diculik adalah besar namun kami masih menunggu sehingga bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat Aug 20, 2016 10:24 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Saya Tak Sebut MO1 Tapi Sebut MO Number One - MP Langkawi & Ini Bukti MP Langkawi Kantoi Kaw-Kaw.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
BODOH. Elok p mati saja.
Wakakaka..
Memetik laporan BH yang disunting semula untuk laporan Malaysiakini ;
Anggota parlimen Langkawi menjelaskan status kontroversinya mengenai Yang di-Pertuan Agong di media sosial tiada kena mengena dengan saman Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS).
Datuk Nawawi Ahmad malah berkata, beliau tidak langsung menyebut perkataan Malaysia Official 1 yang digunakan 36 kali dalam saman DOJ untuk merampas aset berkaitan 1MDB itu.
"Ada dua perkara yang berbeza dalam hal ini, DOJ sebut MO1 ialah Malaysian Official One, manakala saya pula menyebut Malaysia Official Number One," beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.
Semalam dalam tulisan di Facebooknya, Nawawi menulis bahawa berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.
------------
Owh.. macam tu pula? Kalau nak tahu laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Nawawi Ahmad berhubung status fbnya. Malahan kes ini turut dibawa masuk ke dalam sidang DUN di Kedah pada semalam.
Dan sekarang jom kita teliti sikit status fbnya sebelum dia edit beberapa kali. Hehe.
Nah ;
Memang dia sebut MO1 sebagai Malaysian Official Number One. Ada beza sikit dengan Malaysian Official 1. Bezanya lebih kurang begini ;
MO1 = Pegawai kerajaan 1.
MO Number 1 = Pegawai rasmi kerajaan yang berada di kedudukan pertama / teratas / terutama.
Tetapi, nanti dulu. Kita baca semula jawapan bela diri dari Ir Nawawi Ahmad. Dia kata, dia sebut MO1 takde kaitan dengan saman DOJ.
Yeke?
Lihat gambar susulan ;
Kawan kita si Allan Nor tu bertanya pasal apa? Dia bertanya siapa dia MO1 dan MR 117 dalam laporan PAC.
Laporan PAC baru2 neh menyiasat AGUNG kah? MO1 baru2 ini ialah satu istilah yang dikeluarkan (diperkenalkan) dari saman DOJ.
Apa yang si Ir Nawawi cuba buat ialah dia sedang memperbetulkan pengistilahan yang dilakukan oleh DOJ yang disebut Allan Nor.
Makanya memang sah la dia bercakap tentang saman DOJ. Dia pertikaikan istilah MO1 yang digunakan oleh DOJ, istilah M01 seharusnya difahami mengikut apa yang dia fahami mengikut garis perlembagaan negara.
Yakni tidak harus dirujuk kepada Najib Razak = PM negara sebaliknya harus dirujuk sebagai Agung.
Dia betulkan pemahaman Allan Nor. Kekononnya nak bagitau yang pemahaman kita tentang MO1 neh salah le. Tapi si Allan Nor pun hanya sebut MO1 tak sebut pula MO Number 1. Dia tak habis2 nak betulkan orang yang sebut MO1 mesti menjadikan ia kepada MO Number 1 dan ianya harus dirujuk kepada Agung.
Nampak sekarang sapa yang terperangkap dengan permainan istilah neh? Si MP Langkawi yang bengap neh la.
Allan Nor terang2 bagi soklan yang relate dengan Najib, DOJ dan laporan PAC.
Si Ir Nawawi jawab langsung off topic. Dia sentuh bab pengistilahan. Yang mana si Allan Nor tak sebut pun MO1 = MO Number 1. Sebaliknya si Ir Nawawi sendiri yang membetulkan Allan Nor bahawanya MO1 harus disebut sebagai MO Number 1 dan bila dah kantoi kena attack dia boleh pula bagi alasan saya tak sebut MO1 saya sebut M0 Number 1. Nampak tak?
Mula2 dia sendiri yang beria fahamkan orang bahawanya MO1 harus dibaca sebagai M0 Number 1. Tu sebab dia sebut begini ;
"MO1 ialah .... "
==> dengan memberi maksud sedang membetulkan pengistilahan MO1 yang harus dibaca mengikut perlembagaan negara.
Bila dah kantoi, dia tukar percakapan dia. Dia pula yang mengatakan M01 dan M0 Number 1 tu tak sama. Aik, sebelum tu dia yang betulkan orang tentang M01 tu.
Nampak tak? Bila dia dah pun akui bahawa istilah tu berbeza maksud, directly dia akui la istilah yang disebut oleh DOJ tu betul, kan?
Tapi sebelum tu beria pula betulkan pemahaman orang lain tentang MO1?
Lama2 aku pula jadi biol dok ulang2 benda neh. Pokoknya aku nak menyampaikan betapa otak spinner betul MP Langkawi korang neh hah. Aku dah nampak permainan dia disitu.
Yang paling penting dia dah kantoi, bodoh, menipu dan pensyepin.
Dan satu lagi. Tak payah susah2 dan sibuk2 nak betulkan orang ramai tentang istilah MO1. Tak puas ahti p contact DOJ suruh dorang gunakan istilah yang lebih menepati maksud.
Kalau aku, aku suruh depa tulis Najib Razak aka PM Malaysia je. Habis citer. Senang. Ko pun tak payah pening kepala nak karang ayat backup Najib la bingai.
Betul tak?
Hahaha.
YB NAWAWI KATA MO1 IALAH AGONG SISWA KATA MO1 IALAH NAJIB MANA YG BETUL
SAJE TANYA
GUA KUNT FUSE
f.BOOK
bloglist-malaysia.
tukartiub.blogspot
Posted by Tukar Tiub
BILA DAH KANTOI mulalah nak 'corner
Dah terang NYATA kenyataan ASAL KAMU sebelum 'diedit
Nanti jangan pula tiba2 nak kata... "agung" tidak sama "Agong" plok !!!
SENDIRI TULIS, SENDIRI KATA, SENDIRI PUTAR BELIT... last2 pembangkang yang salah !!!
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat Aug 20, 2016 10:24 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Penyokong Celtic Kibarkan Bendera Palestin Ketika Raikan Kemenangan Kalahkan Kelab Israel
siakapkeli.my
Pasukan bola sepak gergasi Scotland, Celtic FC bakal menghadapi penalti daripada UEFA selepas penyokong kelab yang berpengkalan di Glasgow itu telah mengingkari arahan dengan mengibarkan bendera Palestin ketika perlawanan playoff Liga Juara-Juara Eropah menentang kelab Israel Hapoel Be'er Sheva, lapor RT.com.
Kelab yang dilatih oleh bekas jurulatih Liverpool, Brendan Rodgers itu berjaya mengalahkan kelab Hapoel Be'er Sheva 5-2.
Pihak polis telah memberi amaran akan menangkap penonton yang mengibarkan bendera Palestin tetapi tidak diendahkan penyokong, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) juga sejak awal-awal lagi sudah melarang penonton melakukan provokasi atau membawa politik ke dalam stadium, namun ternyata ia tidak dipedulikan oleh penyokong Celtic yang terus mengibarkan bendera Palestin dengan bangga dari awal permainan hingga ke detik meraikan kemenangan kelab mereka.
Tindakan penyokong itu sebagai tanda sokongan kepada perjuagan rakyat Palestin yang mempertahankan tanah air mereka daripada dijajah oleh Israel, kempen untuk mengibarkan bendera Palestin itu telah disebarkab di laman Facebook melalui undangan dinamakan "Fly the flag for Palestine, for Celtic, for Justice". - Siakapkeli.my
Celtic fans showing solidarity for Palestine as they play Israeli team Hapoel Beer-Sheva #Respect #FreePalestine pic.twitter.
— سيف الله (@BirdsOfJannah) August 18, 2016
@WaladShami Shouldn'
— Kyle Walsh (@kwalsh96) August 18, 2016
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat Aug 20, 2016 10:25 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Brader, Fikir Dua Kali Sebelum Beli Rokok Murah
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Lumrah manusia, kat dalam dunia kalau boleh semua benda kalau boleh nak beli dengan harga murah. Sedangkan member-member buat business yang dah bagi anda harga murah pun masih nak minta murah lagi. Perkara ini boleh dikaitkan dengan perokok tegar di Malaysia ni.
Harga Rokok makin lama makin naik. Komplen tetap komplen tetapi nak tak nak kena la beli juga. Nak berhenti susah.. Boleh jatuh sakit beb kalau tiba-tiba berhenti macam tu je. Hehe. Tapi bagi anda perokok tegar di luar sana tu jangan lah ambil langkah mudah untuk beli rokok seludup. Betul, memang harga murah tetapi ini apa yang akan dapat jika anda menyumbang duit anda untuk beli rokok-rokok seludup tu.
Baru-baru ini trending di laman sosial apabila sebuah surat khabar tempatan melaporkan sebuah lori usung rokok seludup. Tapi apa yang buatkan berita ini jadi perbualan hangat orang ramai? Haa, ia sebab lori yang usung rokok tu menggunakan lori babi. Alamak, geli geleman pulak bila tahu pasal benda tu. Mesti perokok di luar sana macam nak termuntah kan?
Untuk pengetahuan anda, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata ,rokok seludup yang menggunakan lori babi adalah haram kerana terdapat kemungkinan ia bersentuhan dengan najis.
Dalam Islam jelas menggariskan pengharaman babi yang diletakkan kategori najis paling berat iaitu mughallazah dan jika terdapat sindiket rokok seludup yang menggunakan penggunaan lori najis untuk membawanya, dibimbangi kotak serta bahan dalamnya tercemar.
Ini kerana terdapat kemungkinan besar kotak rokok itu bersentuhan dengan bekas atau babi itu sendiri dan jika bersentuhan, hukum rokok itu turut haram kerana sudah dicemari dengan najis.
Jika tercemar, rokok berkenaan turut dikelaskan dalam kategori najis dan haram untuk mengambilnya.
Sebenarnya banyak implikasi negatif yang akan terjadi kepada siapa yang beli rokok seludup ni. Jadi jangan disebabkan ia harga murah, anda yakin produk dengan apa yang anda beli tu. Anda juga perlu ingat bahawa tak semua harga murah boleh mendatangkan kebaikan untuk anda.
Mengandungi bahan kimia yang bahaya
Bezanya rokok seludup dengan rokok yang mahal adalah dari segi quality control. Kebanyakan rokok murah seperti John, Canyon, Luffman, U2 dan Saat mempunyai quality control yang terhad serta kilang pembuatan rokok tidak besar seperti rokok mahal. Bah kan, menurut beberapa laporan yang sahih mengatakan rokok John dibawa oleh kumpulan kongsi gelap.
Bahan kimia serta bahan-bahan digunakan untuk membuat rokok juga lain. Oleh kerana itu, rokok seludup akan boleh mengundang lebih bahaya daripada rokok mahal. Kajian mendapati bahawa bahan kimia yang digunakan pada satu batang rokok mengandungi sebanyak 3 kali ganda dari rokok yang sah. Untuk pengetahuan anda, bahan tar dibenarkan dalam satu batang rokok adalah 15mg sahaja. Tetapi rokok seludup mempunyai sebanyak 45mg.
Boleh kena denda, tak berbaloi
Anda juga boleh dikenakan denda dan berdepan hukuman penjara jika terlibat dengan aktiviti pengjualan rokok haram ni. Jangan sebab harga murah anda sanggup menggadaikan nyawa anda sendiri sebab anda sendiri pun tidak tahu tahap kebersihan rokok seludup tersebut. Kalau nak beli, beli lah dengan saluran yang betul.
Nak tahu sebab apa rokok murah yang anda beli tu masuk angin?
Mesti ada perokok bila beli rokok seludup ni rasanya tak sedap, masuk angin. Bila hisap pun rasa ingin je. Ini sebab kebanyakan penjual rokok seludup bawa masuk rokok-rokok yang sudah lama. Anda sendiri pun tidak tahu bila rokok tu dibuat. Mungkin 5 tahun lepas? Mungkin 10 tahun lepas? Hmm..
Haa lagi satu, kalau anda bingung atau tidak tahu macam mana nak tahu sama ada rokok itu seludup atau tidak. Anda boleh lihat di kotak rokok tersebut. Jika tiada amaran kesihatan, maka sah lah rokok itu merupakan rokok yang diseludup.
Sumber : Ohbulan!
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat Aug 20, 2016 10:25 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pas Selangor yakin Gagasan mampu raih sokongan
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
SHAH ALAM – Pas Selangor yakin penubuhan Gagasan Sejahtera (Gagasan) yang disertai Pas dan Ikatan mampu meraih sokongan dalam kalangan rakyat sebelum menjelang PRU akan datang.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, perikatan tersebut akan berkembang dengan lebih banyak penyertaan daripada parti politik lain, selain turut disokong oleh NGO dan tokoh-tokoh berpengaruh dalam negara ini.
"Pas Selangor yakin aspirasi gagasan sejahtera dikongsi oleh rakyat. Pas Selangor mengalu-alukan penubuhan Gagasan yang dipimpin oleh Pas dan buat masa ini dianggotai oleh Pas dan Ikatan.
"Penubuhan Gagasan yang merupakan blok ketiga memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, dengan adanya Gagasan, maka lebih banyak bentuk penyelesaian kepada masalah negara akan dibentangkan kepada rakyat.
"Ia akan menyuburkan dan mematangkan lagi amalan demokrasi di negara ini.
"Kewujudan berbilang blok politik bukan satu perkara yang asing di negara-negara maju. Oleh yang demikian pemimpin-pemimpin politik perlu mengambil sikap yang terbuka dengan penubuhan Gagasan," katanya lagi. - SH
PKR dan PAN Sedang Bergolak Di Selangor ?
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Apabila Abdul Rahman Abdul Talib mula melemparkan sumpah seranah kepada PKR ia telah memberi gambaran bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan PAN dengan Parti Keadilan khususnya di negeri Selangor.
Abdul Rahman Abdul Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi merupakan penyokong tegar PAN melemparkan lapan kata nista kepada PKR hanya kerana Parti Keadilan itu menuduh PAN sebagai khadam DAP.
Walaupun Tulang Besi tidak menyatakan sebab-sebab dia melemparkan nista kepada PKR itu, namun blogger pro PAS, Tentera Semut Gerup memberi sedikit pencerahan apa yang sedang berlaku dalam Kerajaan Selangor mutakhir ini.
"Semalam kecoh…
"Pimpinan PAN menyerang pimpinan PKR di SUK kerana maklumat sulit hasil perbincangan yang tersiar di media sosial (nama pemimpin PAN yg menyerang pemimpin PKR dirahsiakan demi menjaga aib mereka).
"PKR dituduh tidak patuh pada janji dan sengaja membocorkan maklumat sulit hasil perbincangan yang berlaku antara pimpinan PKR, DAP, PAN, BERSATU dan PAS.
"Komen aku… Padan muka hangpa. Dua dua tak leh pakai," dedahnya.
Sebelum ini, Tentera Semut Gerup mendedahkan terdapat perbincangan pimpinan PKR, DAP, PAN, BERSATU dan PAS di Selangor.
Memetik sumber daripada PKR, blogger itu mendedahkan enam perkara telah diputuskan untuk mengekalkan kemenangan pembangkang di Selangor iaitu :
1. PKR akan bertanding di kerusi yang sama dalam PRU 13.
2. DAP akan bertanding di kerusi yang pernah ditandingi masa PRU 13.
3. PAS juga akan bertanding dikerusi yang pernah ditandingi dalam PRU 13.
4. BERSATU pula akan diberi kerusi dari DAP dan PKR untuk ditandingi.
5. PAN pula dicadang oleh pimpinan DAP supaya dibubarkan dan pimpinan PAN diberi beberapa kerusi 'ehsan' dari DAP. Ini kerana PAN 'tidak menonjol, tidak mendapat sambutan dan tidak disukai' oleh kebanyakan rakyat.
6. PKR dan DAP risau jika PAN bertanding akan kalah. Oleh itu PAN akan diserap ke dalam dalam DAP. Tapi pemimpin PAN tak setuju.
Tentera Semut Gerup turut mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang menegaskan parti itu akan tetap menjalinkan kerjasama dengan PAS, meskipun Parti Islam itu menubuhkan platform Gagasan Sejahtera.
"Menurut Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin… walau pun tiada suatu penyertaan bersama, namun ianya 'hak' sebuah parti untuk bersama samada dengan bertulis atau tidak…
"Fahaman disebalik ayat tersurat ialah PKR bimbangkan kerusi MB terlepas dari genggaman PKR sekarang…
"Dalam bahasa tersirat… PKR sedang mengemis jawatan MB Selangor untuk dijadikan 'kerusi tradisi' PKR untuk survival selepas PRU14 nanti…
"Pemerhati politik kebanyakan mengatakan kewujudan PAN adalah satu 'penyesalan' buat PKR & DAP kerana strategi yang GAGAL dan MUSNAH…," ulasnya. - AIDCNews
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat Aug 20, 2016 10:26 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Saya "Disetankan" Murid Sendiri Demi Mengajar Mereka Erti Kehidupan, Kisah Terjadi Selepas Itu Antara Teacher Dan Muridnya Buat Netizen Tersentuh
siakapkeli.my
Mengajar tidak semudah yang disangka, ada antara kita menyalahkan guru dengan mengatakan tidak pandai mendidik anak murid di sekolah dek kerana kesalahan mereka lakukan diluar sekolah sedangkan perlu kita tahu guru di sekolah perlu menjaga ratusan bahkan ribuan murid.
Cabaran menjadi seorang guru tidak dapat kita orang luar selami, tugas guru zaman sekarang bukan semudah kita bayangkan di mana guru kini memainkan perana dalam semua aspek, sebagai jurutalitih bola, sebagai urusetia sukan, sebagai kerani dokumentasi dan pelbagai lagi sembil perlu melayan pelbagai ragam, perangai dan karenah anak murid di sekolah.
Namun, sebuah kisah yang admin akan kongsikan ini mungkin membuatkan kita sebagai pembaca akan rasa terharu, kisah seorang guru bernama Najihah Rahman yang mahu mengajar anak-anak muridnya erti kehidupan sebenar di sebalik anak-anak muda kiri terdedah dengan pelbagai pengaruh sosial.
Jom kita baca kisah ini.
Hari ini 17 Ogos 2016 adalah antara hari yang sangat menyedihkan dalam karier saya sebagai seorang guru. Saya di'setan
Pada waktu saya di kelas darjah 3, saya didatangi oleh seorang pelajar perempuan ketika saya khusyuk membuat saringan LINUS.
"Teacher, saya nampak Ahmad (bukan nama sebenar) pegang payudara Nurul (bukan nama sebenar)"
"Ha?! Panggil si Ahmad ke sini".
Si Ahmad pun datang ke meja guru.
"Teacher dengar aduan benda tak senonoh awak buat ni. Jelaskan dekat teacher sekarang"
"Saya tak sengaja. Saya tercucuk dia sebab dia pukul saya dulu."
Bila dengar sahaja perkataan tak sengaja, saya lega. Mungkin tiada niat seorang kanak kanak berumur sembilan tahun untuk melakukan gangguan/serangan seksual terhadap rakan sekelas yang juga seorang perempuan.
"Nurul, sini sekejap. "
Si Nurul datang dekat dengan saya.
"Kenapa teacher?"
"Betul ke si Ahmad ni cucuk awak kat situ?"
"Ya. Petang semalam pun waktu sekolah agama di selak kain saya."
"Jangan cuba reka cerita. Ini serius. Ada saksi?"
Si Ahmad diam. Datanglah budak yang pertama mengadu dengan saya.
"Betul teacher. Dia selak kain Nurul".
Allahu, gugur jantung saya.
"Ahmad, betul awak buat?"
"Saya terselak tak tinggi pun teacher. Setakat betis je".
Saya urut dada sambil pandang muka mereka. Bagaimana budak sekecil ini mampu/mempunyai nafsu untuk bergurau begitu? Saya ambil pembaris panjang dan ketuk sekuat hati di meja guru untuk mengalih perhatian semua anak murid.
"Dengar sini semua. Ada ke tak mak ayah awak semua terangkan bahagian tubuh badan yang tak boleh disentuh oleh orang lain?"
"Ada!"
"Awak semua tahu ke pada setiap inci anggota tubuh awak ada bahagian sensitif dan tak boleh disentuh orang lain? Jelas ke tak pasal ni?"
"Jelas, teacher" dengan sekuat hati mereka.
"Antara lelaki dan perempuan ada batas pergaulan. Lelaki tak boleh sama sekali sentuh perempuan begitu juga dengan perempuan. Haram untuk sentuh lelaki! Ini amaran terakhir. Teacher tak nak dengar lepas ni salah seorang daripada kamu bergurau melebihi batas. Ini sangat serius dan ini adalah satu bentuk gangguan seksual"
Mata si Ahmad berkaca.
"Saya nak kamu bertiga jumpa Guru Penolong Kanan sekarang"
Jadi saya serahkan kes ni kepada GPK. Lepas disoal siasat, mereka dibenarkan balik ke kelas dengan amaran terakhir. Tidak meletakkan salah seratus peratus terhadap Ahmad sebab Nurul pun sama juga tiada batas ketika bergurau.
Saya kembali dengan tugasan dan kemudian didatangi lagi 3 orang murid perempuan menyerahkan saya sebuah buku.
"Ini buku nota Ahmad. Dalam ni dia ada tulis pasal teacher"
Saya ambil buku tu. Baca. Dan saya sebak.
Dalam hati saya terlintas Ahmad mesti berdendam dengan saya.
Saya duduk dan tiba tiba Ahmad datang.
"Saya ada ambil susu untuk kawan kawan teacher" nada suara tenang.
"Good. Boleh teacher cakap dengan awak sekejap?"
Dia angguk dan saya pimpin tangan dia bawa ke perpustakaan. Saya meletakkan Ahmad seperti anak saya sendiri.
"Teacher nak awak cakap jujur Ahmad. Teacher tak akan marah awak tapi teacher nak tahu awak marah teacher ke?"
"Tak."
Saya tunjuk helaian itu pada Ahmad.
"Awak tulis ni?"
Dia tenung saya. Membisu. Mata berkaca.
"Tak payah nangis, teacher tak akan marah awak. Cakap terus terang awak tulis?"
"Ya."
"Apa perasaan awak masa awak tulis ni?"
"Malu dan marah".
"Baik, teacher faham. Teacher tak salahkan awak. Teacher faham awak rasa malu dengan kawan kawan awak sebab ni kan? Sebab teacher marah awak depan kawan kawan kan?"
Dia angguk dan mula menangis teresak esak.
Saya pegang tangan dia.
"Dengar sini Ahmad. Awak marah teacher bersebab dan teacher marah awak pun bersebab. Awak faham kenapa teacher marah awak?"
"Faham teacher."
"Awak ni budak yang sangat baik. Tiap pagi awak datang dekat kereta teacher tolong angkat barang barang teacher. Awak sangat ringan tulang, Teacher sayang awak sebab awak budak baik."
Tangisannya makin deras dan kuat.
"Teacher juga tahu keadaan awak dekat rumah. Ayah awak bawak lori 2 minggu sekali baru balik rumah kan? "
Ahmad mengangguk laju.
"Ahmad bayang ye kalau ayah takde kat rumah siapa akan jaga mak dan kakak?"
"Saya"
"Kalau Ahmad kena jaga kakak dan mak, Ahmad tak boleh buat perangai macam ni. Ahmad suka kalau tengok kakak kena peluk dengan orang lelaki, disentuh pada tempat yang tak sepatutnya?"
"tak suka teacher"
"Teacher sanggup Ahmad kalau awak nak cakap teacher setan sekarang pun daripada esok-esok mak awak yang orang setankan sebab tak pandai jaga anak. Ingat pengorbanan mak yang terpaksa bekerja siang malam untuk sara awak. Jauh lagi perjalanan awak. Macam-macam orang yang awak akan jumpa. Lebih daripada apa yang awak jumpa kat sini. Awak faham kan?"
Dia mengangguk sambil genggam tangan saya kuat.
"Kalau awak berdendam dengan teacher, awak tak akan dapat ilmu daripada teacher. Jadi macam ni. Teacher seikhlasnya mintak maaf pada awak, Teacher tak bermaksud nak memalukan awak. Hanya nak bagi peringatan pada orang lain. Pada kawan-kawan awak yang benda ni sangat serius. Teacher maafkan awak dan harap awak tak ulang lagi benda ni".
"saya mintak maaf teacher. Saya salah. Saya tak sepatutnya buat macam tu."
"Lain kali bila kawan perempuan pukul awak, jangan balas. Bagitau teacher, faham?"
"Faham"
Saya pimpin Ahmad ke kelas.
"Dengar sini semua, lepas ni teacher tak nak dengar sesiapa pun mengejek Ahmad pasal kejadian pagi tadi. Kalau teacher dengar, siap kamu."
saya tanya Ahmad berapa duit dia bawa ke sekolah.
"seringgit teacher"
Saya hulurkan RM2 kepada Ahmad untuk mengembirakan hati dia.
"Ambil duit ni makan di kantin apa yang awak nak ye?"
"Terima kasih teacher"
Betapa sucinya kanak-kanak. Tiada hasad, tiada dengki, Ini pengajaran buat saya untuk menjadi lebih baik. Moga Allah ampunkan dosa saya dan permudahkan urusan untuk saya terus ikhlas mendidik.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat Aug 20, 2016 10:26 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
JUAL BURGER JER TP GAJI MACAM PENGARAH SYARIKAT...
bloglist-malaysia.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Tak payah guna SPM, IJAZAH dll hny guna kemahiran memasak burger... Kepada graduan yng menganggur ditambah dengan hutang ptptn, eloklah korang bukak gerai burger tepi jalan drpd tanam anggur...
Berniaga burger tepi jalan, dapat RM12,000 sebulan
bloglist-malaysia.
PETALING JAYA: Seorang pemuda mampu meraih pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan dengan berniaga burger di tepi jalan.
Mior Asyraf Hizaq Zulkefli, 24, berkata beliau mula membuka gerai burgernya di Kota Damansara sejak lapan tahun lalu usai menamatkan pelajaran sekolah menengah.
Katanya, beliau pernah memperoleh pendapatan bersih RM12,000 sebulan hasil jualan burgernya di gerai, tetapi jumlah itu bukanlah diperoleh setiap bulan dan kebiasaannya, purata pendapatan bulannya ialah RM7,500.
"Saya pilih untuk berniaga sebab senang dapat duit setiap hari. Memanglah pada pandangan orang meniaga burger ini macam tidak ada keuntungan, tetapi apa yang saya boleh beritahu, cubalah berniaga," katanya.
Mior Asyraf berkata hasrat untuk membuka gerai burger bermula apabila melihat bapanya memulakan perniagaan dengan menjalankan perniagaan burger, sebelum menceburkan diri ke bidang kontraktor.
Bercerita mengenai detik sukar dalam perniagaannya, Mior Asyraf mengakui pernah dapat RM45 saja hasil berniaga.
"Saya masih ingat, pada 9 September 2014, jualan untuk satu malam hanya RM45 saja. Tetapi, pada esoknya, Tuhan bagi rezeki jualan burger RM700.
"Sekarang ini, hasil jualan burger sehari boleh bertahan tiga beg iaitu lebih kurang RM500 sehari. Manakala modal dikeluarkan untuk 'rolling' perniagaan pada esoknya hanya RM150 saja," katanya kepada FMT.
Katanya, dalam usaha untuk terus mengembangkan perniagaan burgernya, Mior Asyraf merancang untuk menceburi perniagaan trak makanan (food truck).
Anak kedua daripada empat beradik itu mengakui pada tiga tahun pertama menjalankan perniagaan, beliau tidak serius dalam bisnes makanan itu.
"Semasa umur 18 tahun, keadaan tidak stabil. Saya berjiwa muda, bila dapat untung, esoknya saya tidak akan bukan gerai. Tetapi, selepas tiga tahun berniaga, kesedaran untuk lebih serius dalam perniagaan wujud dengan sendiri.
"Saya akui tidak ada KWSP, tetapi mencarum di ASB dan caruman untuk syarikat. Saya sendiri mendaftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atas nama Asyraf Hizaq Resources," katanya.
Mior Asyraf berkata walaupun berniaga di tepi jalan, beliau tidak terlepas daripada mendapatkan suntikan pelalian kepialu.
"Dalam 365 hari, boleh datang ke gerai untuk lihat berapa hari saya bercuti, malah pada raya ketiga saya sudah menjalankan perniagaan seperti biasa," katanya.
Terpilih mewakili sekolah sukan Arsenal
Mior Asyraf berkata dia aktif dalam bidang sukan bola sepak hingga pernah terpilih mewakili negara untuk pasukan bawah 17 tahun.
Malah, pencapaian yang paling membanggakan buat dirinya dan keluarga adalah apabila berjaya terpilih mewakili Arsenal Soccer School.
Namun, hasrat menjadi pemain bola sepak profesional terhenti apabila beliau mengalami kecederaan ligamen di bahagian lutut kirinya.
Rakan pinjam duit di tengah bulan
Mior Asyraf turut mengakui tidak terlepas daripada persepsi negatif daripada masyarakat yang memandang perniagaan burger sebagai tidak menguntungkan.
"Ada kawan bekerja di bidang yang gah, tetapi hakikatnya apabila tengah bulan mereka akan pinjam duit dengan saya," katanya.
Beliau berkata, tidak salah remaja bekerja makan gaji, tetapi mereka juga perlu berani mencuba menjalankan perniagaan sendiri.
"Jujur, amanah, setia dan ikhlas perlu ada pada diri beliau yang hendak menjalankan perniagaan terutamanya dalam bidang makanan.
"Ramai pelanggan yang cerewet tetapi sebagai peniaga kita harus sentiasa tersenyum dan anggaplah permintaan mereka sebagai amal jariah," katanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sat Aug 20, 2016 10:27 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Berita Panas!!.. Najib Makin Panas Punggung
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Addin Deen
Berita Panas!!.. Najib Makin Panas Punggung. Pihak berkuasa Abu Dhabi minggu lalu menahan Khadem Al Qubaisi, antara watak penting dalam skandal melibatkan 1MDB, lapor The Wall Street Journal memetik sumber.
Bagaimanapun, belum ada sebarang dakwaan dibawa terhadap Khadem.
Sebelum ini, Khadem dilarang meninggalkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) manakala asetnya dibekukan.
Berita Panas!!.. Najib Makin Panas Punggung. Pada 20 Julai, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengumumkan saman menyita aset 1MDB bernilai AS$1 bilion, susulan siasatan melibatkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang mendapati kecurian dan salah laku dana syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Khadem, bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC), dinamakan pihak berkuasa AS bersama-sama anak tiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, dan dituduh terlibat dalam komplot melarikan wang 1MDB.
Berita Panas!!.. Najib Makin Panas Punggung
Penyiasat AS juga dalam usaha menyita hartanah bernilai AS$100 juta milik Khadem di negara itu, yang dipercayai dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.
Curi Duit 1MDB 100 Juta, Khadem Ditahan Polis Abu Dhabi.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
Pihak berkuasa Abu Dhabi minggu lalu menahan Khadem Al Qubaisi, antara watak penting dalam skandal melibatkan 1MDB, lapor The Wall Street Journal memetik sumber.
Bagaimanapun, belum ada sebarang dakwaan dibawa terhadap Khadem. Sebelum ini, Khadem dilarang meninggalkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) manakala asetnya dibekukan. Pada 20 Julai, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengumumkan saman menyita aset 1MDB bernilai AS$1 bilion, susulan siasatan melibatkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang mendapati kecurian dan salah laku dana syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Khadem, bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC), dinamakan pihak berkuasa AS bersama-sama anak tiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, dan dituduh terlibat dalam komplot melarikan wang 1MDB.
Penyiasat AS juga dalam usaha menyita hartanah bernilai AS$100 juta milik Khadem di negara itu, yang dipercayai dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB. - FMT.
Khadem Qubaisi Salah Seorang Watak Penting Skandal 1MDB Ditahan Di Dubai
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
PETALING JAYA: Pihak berkuasa Abu Dhabi minggu lalu menahan Khadem Al Qubaisi, antara watak penting dalam skandal melibatkan 1MDB, lapor The Wall Street Journal memetik sumber.
Bagaimanapun, belum ada sebarang dakwaan dibawa terhadap Khadem.
Sebelum ini, Khadem dilarang meninggalkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) manakala asetnya dibekukan.
Pada 20 Julai, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengumumkan saman menyita aset 1MDB bernilai AS$1 bilion, susulan siasatan melibatkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang mendapati kecurian dan salah laku dana syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Khadem, bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC), dinamakan pihak berkuasa AS bersama-sama anak tiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, dan dituduh terlibat dalam komplot melarikan wang 1MDB.
Penyiasat AS juga dalam usaha menyita hartanah bernilai AS$100 juta milik Khadem di negara itu, yang dipercayai dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment