Thursday, January 8, 2009

Re: Hidrogen

En.peminat stanley,
terima kasih bnyk2 krn mberi penerangan yg begitu jelas skali...
kt hho sya mmg ade psg valve n sememangnya perlu ade penyelarasan mengikut kesesuaian enjin tp part paling susah utk disesuaikan ialah pada masa kite on kan aircond, time tu vacum akan mnjadi lebih kuat n mixture akan jadi bercelaru (pd pndapat sya la).. andai kata tersalah setting,pegunaan mnyak akn btambah bnyk bukan btmbah jimat.
tp lepas dgr keterangan en rasa2 nye bsok sya nk trus bukak hho sya cpt2, risau gak enjin jadi rapuh atau mudah pecah nati lak..

nampaknya utk mbuat hho ni kite perlu R&D yg jauh lebih hebat x leh nk main redah jer,, last2 msk 3-4 thn enjin dh pecah :)

pe pon terima kasih bnyk2 kpd "encik yg hide id" kite ni kerana sudi mberi penerangan pnjang lebar serta bernas utk pengetahuan kiter sumer..



HIDUP AUTOMOBIL n SELAMAT MNYAMBUT TAHUN BARU !!!
:)

From: "hide@yahoo.com" <hide@yahoo.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Friday, January 2, 2009 2:35:07 AM
Subject: Re: www.auto.pdniaga.com - hidrogen

Tok Mod, minta tolong HIDE ID sekali lagi...
nak sambung cerita..

En riXal,

Jawapan untuk soalan 1 dan 2 ialah sama.
Kuasa/cas yang diperlukan untuk memecahkan H2O kepada HHO adalah sama
sebab ianya bergantung kepada haba pendam spesifik air pada tekanan
dan suhu tertentu.
Jadi, tak kira dari sumber apa sekalipun, tenaga yang diperlukan untuk
menghasilkan HHO pada kuantiti tertentu adalah sama.

Untuk soalan 3, mungkin ada sedikit salah faham.
Sebenarnya saya tidak terlibat dalam pembuatan alat HHO tersebut.
Saya cuma terlibat dalan ujian prestasi alat tersebut.
Jadi saya tidak dapat menjawab soalan En. riXal.

Jawapan untuk soalan 4 ada dua:
Yang pertama, kalau dikira dari sudut keseimbangan tenaga,
tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan HHO melalui kaedah
hydrolisis adalah lebih tinggi
drpd tenaga yang diperolehi daripada pembakaran hidrogen dalam enjin.
Maknanya kita akan sentiasa rugi dari sudut nilai tenaga tersebut.
Kalau dari segi wang ringgit, tak reti la saya nak kira.

Yang kedua, kesan pembakaran hydrogen keatas logam disebut hydrogen
embrittlement.
Maksudnya logam (komponen enjin) tersebut lama-lama akan menjadi lebih
keras tetapi rapuh.
Banyak kajian telah dijalankan dan terdapat beberapa kaedah penyelesaian.
..
Enjin yang dibina khusus untuk pembakaran hydrogen biasanya akan
dilakukan "treatment"
kesan "embrittlement" tersebut dapat dibendung.
Kalau enjin kereta macam kita ni, confirm memang takde "treatment".

Untuk improvement kereta En. riXal,
Saya perhatikan oleh kerana sistem HHO yang saya uji tu adalah "on demand"..
bermaksud kuantiti gas hydrogen yang masuk ke intake manifold tu
bergantung kepada keperluan enjin.
Tetapi saya perhatikan sistem tersebut tiada mekanisme untuk
mengukur/mengawal jumlah
gas hydrogen yang masuk.
Masalah utama pembakaran hydrogen ialah "knocking"
sebab hydrogen terbakar tanpa "flame"... ia terus meletup.
Knocking ini biasanya berlaku pada stoiciometric.
Kaedah yang digunakan masakini untuk mengawal hydrogen knocking ialah:
i. pembakaran "lean" iaitu equivalent ratio <0.7
ii. rpm tinggi (<10,000rpm)

Cadangan saya:
En. riXal mesti mengawal jumlah gas HHO yang terhasil.
Boleh guna valve ke apa ke.. try buka kecik,, pastu buka besar,,
tengok kesannya..
Kuantiti gas HHO tersebut mestilah sesuai dengan isipadu enjin yang digunakan.
Kalau lebih cantik, kuantiti tersebut mesti ngam dengan beban enjin.

Semoga penerangan saya ini dapat membantu En. riXal dan rakan2 lain.
Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.

Peminat Stanley Meyer

No comments: