Saturday, December 5, 2009

www.auto.pdniaga.com - Digest Number 2508

Messages In This Digest (4 Messages)

1a.
Re: Perodua Alza From: Shahrul Izwan
1b.
Re: Perodua Alza From: fuzzy 1
1c.
Re: Perodua Alza From: Mat Min
2.
Perlu info: Spare part kereta (brek shoe) From: Abdul Rahman bin Johari

Messages

1a.

Re: Perodua Alza

Posted by: "Shahrul Izwan" Shahrul.Izwan@wdc.com

Fri Dec 4, 2009 2:29 am (PST)



masalahnya cik Nazri,Proton dah overdue sgt2 dah utk enjin latest model
nie..lani yg diorang ada cuma Campro 1.3 dan 1.6 (CPS n non-CPS)...Proton
patut dah ada enjin 1.8, 2.0 dan 2.4 utk fight dgn Camry dan
Accord...dibawah ni ada lah model line up yg saya rasa Proton patut ada:-
Hatchback - Satria Neo 5 door 1.3 & 1.6,Savvy tu buang jer x yah dah jual
dah...
Small - Saga 1.3
Mid - Persona 1.6 utk saing dgn Sentra,Latio,City,Vios dan sewaktu dgnnya
Mid High - Waja 1.8/2.0 utk saing dgn Civic & Altis
Executive - Perdana 2.0/2.4 utk saing dgn Camry & Accord
Luxury - Chancellor, ni optional tapi kalau Proton bule buat kira hebat la..
MPV - Exora 2.0liter..baru match dgn body...
Small MPV - saiz enjin dlm 1.6- 1.8 utk saing dgn Livina/Avanza/Alza...

Amacam ok kot??kalau portfolio tersusun macam ni baru la pembeli x pening
dan pada masa yg sama akan selesaikan masalah saingan sesama model yg
diutarakan dlm artikel dibawah...

________________________________

From: automobil@yahoogroups.com [mailto:automobil@yahoogroups.com] On Behalf
Of Nazri Ahtar
Sent: Friday, December 04, 2009 11:50 AM
To: automobil@yahoogroups.com
Subject: Re: www.auto.pdniaga.com - Perodua Alza

salam,

kan ke proton tgh workout dengan lotus utk design new engine ? setakat ni
yang saya tahu ada 2 version.
1. compressed.... cc1.6 tapi power output macam 2.0
2. hybrid.

expected to deliver by 2012. tak lama lagik la tu....

bab masalah minor2 (power windows especially), nih rasanya diaorang patut
bagi focus dan tekan sikit on kualiti. (design power window waja paling
hampeh saya rasa), maintenance senang....tapi kos....giler babas !!!!!!!
(not to mention this year saja dah tukar 2 kali power window utk driver side
for the same car !! damn!)

body design proton ok la.....dah matang sikit kot.... dan saya setuju kalau
satria neo buat 5 pintu...... .... boleh jadi replacement utk wira aeroback
ape.....silap2 leh hit macam wira aeroback dulu2....

rgds,
Nazri Ahtar

________________________________

From: Shahrul Izwan <Shahrul.Izwan@wdc.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Fri, December 4, 2009 7:19:39 AM
Subject: RE: www.auto.pdniaga.com - Perodua Alza

dlm hal ni saya mmg bersetuju pasal komen mengenai proton dlm artikel di
bawah...x seperti perodua,proton mempunyai masalah @ tak pandai nak plan
produk yg nak di pasarkan..kengkadan g tu tgk seolah-olah macam syok
sendirik jer..ikut suka ja nak boh model apa tanpa ambil kira faktor
pembeli..ambik cth dibwah:-
small category - Savvy
mid small - Saga
Mid - Waja,Gen 2, Persona,Satria Neo (berapa banyak daaa,itu x campur lagi
ngan Saga1.6)
Mpv - Exora (nasib baik satu jer..tu pun problem tang enjin x dak power)
Executive - Perdana (dah lama dahhhhh..... cukup2 la tu...cik det tu pon dah
resign)
Proton pun nampak gayanya mempunyai masalah nak ikut perkembangan
semasa..skang perubahan dlm dunia permotoran berlaku dgn cepat...langkah yg
proton kena buat:-
1.Perbetulkan barisan produk tu,terutama tang Mid level...1 @ 2
<mailto:level...1@2> model dah cukup..pilih mana yg terbaik utk di pasarkan
2.percepatkan R&D dan ikut perkembangan semasa..kalau ada masalah tang
enjin,beli je enjin dari kompeni yg lain,design chasis sendiri..Proton
mempunyai kepakaran mereka bentuk chasis yg baik,cuma tang enjin tu saja
bermasalah.. apa yg proton kena buat ialah design chasis sendirik,beli enjin
dari kompeni lain yg lebih establish..xyah dah guna enjin campro tu...guna
jer enjin Toyota misalnya..lagi best...ini akan lebih menjimatkan masa dan
proton can focus on the thing they do best...
3.Dengar pendapat pengguna..ambik cth Satria Neo...design memang cantik tapi
2 pintu jer...pernah saya dengar pembeli bagi pendapat kat dealer suruh
proton buat version 5 pintu ala2 Optra 5 camtu..dealer tu kata "dah design
Satria memang camtu!!!",apa punya alasan mangkuk hayun sekali
hampuk!!!Satria Neo tu kalau buat 5 pintu,gerenti nampak cam Audi A3...x
sempoi ke tu?
4.Yg paling utama,TINGKATKAN KUALITI DAN IMPROVE DESIGN...

salam..

________________________________

From: automobil@yahoogrou ps.com [mailto:automobil@ yahoogroups. com] On
Behalf Of - Upin@Ipin -
Sent: Monday, November 30, 2009 12:04 AM

To: zzxautomobil



Subject: www.auto.pdniaga. com - Perodua Alza

Perodua Alza
Oleh:Irwan Asri Mohd Nor

Menjadi MPV pertama daripada Perodua, mampukah Alza meneruskan kejayaan
model Myvi dan Viva?AWAL tahun ini, saya berkesempatan ke Jepun membuat
liputan Tokyo Auto Salon 2009. Bagi sebuah negara yang memiliki industri
automotif terbesar dunia, pengeluar kereta daripada pelbagai segmen, model
baru yang hampir saban minggu memasuki pasaran, Jepun memiliki landskap
automotif yang unik.Saya percaya, jika anda sekadar rakyat biasa, adalah
mustahil untuk megenali setiap model yang terdapat di Jepun.

Daripada model K-Car yang banyak macam basikal, MPV ibarat Yamaha LC dengan
bermacam-macam varian.

Pameran Tokyo Auto Salon itu juga menjadi tumpuan penala (tuner) aftermarket
untuk mempersembahkan produk yang bakal memasuki pasaran. Saya tidak akan
bercerita mengenai industri aftermarket di sana, cuma saya tertarik di satu
sudut tapak pameran terdapat beberapa buah model Passo Sette talaan khas,
Modellista dan Admiration.

MPV Perodua

Ketika itu juga, Malaysia sedang hangat dengan desas-desus bahawa Perodua
bakal memperkenalkan MPV pada 2009. Secara jujurnya, saya tidak langsung
menjangka bahawa Perodua akan mengambil Passo Sette/Boon Luminas sebagai
asas kerana logiknya, Daihatsu Luxio ialah calon paling sesuai.

Daihatsu Luxio ialah projek luar Jepun yang berjaya, sama seperti Gran Max
yang amat popular di Indonesia. Ia seperti masyhurnya dengan Toyota Lite
Ace. Cuma vanmini itu lebih kecil. Namun jika melihat kepada poliferasi dan
strategi Toyota-Daihatsu di Asia dan Malaysia khususnya, model Luxio adalah
yang paling hampir sifatnya. Lihat sahaja segmentasi mini dan midi MPV yang
dikuasai Avanza dan Innova. Tiada Estima, Ipsum atau Isis sekalipun.

ENJIN bersesaran 1.5 liter ini juga agak menjimatkan.
________________________________

Apabila khabar angin tentang Perodua MPV D46T bertiup kencang, gambar
spyshot mula kelihatan di laman web, saya kembali mencari dalam cakera keras
gambar yang dirakam. Ya. Ia kereta yang sama disaksikan awal tahun ini.
Passo Sette dan Boon Luminas yang telah pun saya tulis dalam artikel dua
bulan yang lalu. Perodua secara rasminya telah melancarkan Alza, model MPV
'tempatan' kedua selepas Proton Exora.

Ia dijual pada harga bermula RM56,000 hingga RM64,000 untuk varian standard
dan premium. Sama dengan strategi sebelum ini, Perodua turut menawarkan
varian advance pada harga RM67,000 hingga RM70,000. Ia merupakan versi pakej
penuh bersama badan, sistem navigasi GPS dengan kamera undur, tinted dan
tempat duduk kulit.

Terlalu banyak pilihan

Perodua memang bijak mencari peluang. Kini ia menguasai pasaran kenderaan
penumpang menerusi hanya dua model, Myvi dan Viva. Mungkin pelik, tetapi
itulah ajaibnya tentang Perodua, mereka berjaya mengisi kekosongan dengan
hanya dua model yang menguasai senarai jualan setiap bulan.

Jika mengambil kira persaingan terus Perodua dengan Proton, jualan Myvi dan
Viva setiap bulan sentiasa mendahului angka jualan gabungan model Saga,
Persona, Exora, Waja dan Satria Neo.

TUIL gear yang diletakkan pada konsol tengah membuatkan papan pemuka Alza
nampak kemas.
________________________________

Terlalu banyak pilihan kepada pengguna juga tidak bagus. Perodua belajar
tentang pasaran dengan berhati-hati. Kalau kemampuan yang menjadi ukuran,
mereka mampu memperkenalkan dua atau tiga model setiap tahun. Namun
realitinya, banyak jenis kereta dalam satu segmen, tidak bagus untuk jumlah
pembeli yang terhad.

Lihat sahaja Proton, mereka ada model yang saling bersaing sesama sendiri.
Strategi pasarannya membingungkan, malah pelan mereka kadangkala bercanggah
dengan kehendak pasaran.

Mereka ada Saga dan Savvy untuk pembeli kereta kecil. Model Persona, Gen2
dan Waja untuk pembeli kereta sedan. Segmentasi Proton memang
tunggang-langgang. Pada satu ketika, mereka memperkenalkan Waja sebagai
membuktikan mereka pembuat kereta yang bebas. Kemudian, muncul pula Gen2 dan
tidak lama selepas itu Persona.

Apabila jualan Gen2 jatuh, mereka ubahsuai Gen2 sebagai model sporty.
Bukankah sporty itu pasaran Satria Neo? Kemudian Savvy dengan reka bentuk
yang saya percaya tidak ramai rakyat Malaysia boleh menerima rekaan
keterlaluan sebegitu.

RUANG penyimpanan barang untuk kegunaan semua.
________________________________

Lebih memeranjatkan, mereka sekali lagi bergabung dengan Renault. Sedangkan
Tiara sudah membuktikan prestasinya. Tidak lama kemudian, Saga dilancarkan.
Walaupun ia laris bak goreng pisang panas, saya percaya sehingga ke hari
ini, pelaburan Savvy belum pun balik modal.

Pasaran kerap kali bergantung kepada permintaan. Dalam hal ini saya terpaksa
mengakui bahawa Perodua sentiasa berjaya mencari formula yang terbaik. Alza
dikatakan memenuhi pasaran semasa buat pembeli yang mahukan sebuah MPV
kecil. Ia boleh bersifat MPV ataupun sebuah kereta (station wagon lagi
sesuai rasanya).

Kajian mendalam

Mereka telah membuat kajian bahawa hanya sebilangan kecil sahaja yang
menggunakan tempat duduk barisan ketiga dalam MPV. Kehendak pasaran juga
mahukan sebuah MPV yang sporty yang mampu mereka miliki.

Mampu dimiliki? Ia mungkin Avanza, sporty? Sudah tentu Alza. Kuasa? Tiada
MPV yang berkuasa dalam kelas ini, baik Avanza, Exora atau Grand Livina.
Jika anda mahukan kuasa, beli sahaja Swift Sport, MPV bukan dicipta untuk
menjadi juara di lampu isyarat.

TEMPAT duduk pemandu yang boleh dilaras ketinggiannya.
________________________________

Kajian pasaran dilakukan dengan serius. Perodua benar-benar bertuah kerana
telah memperoleh pengalaman luas Toyota dalam mengenali pasaran. Kajian yang
dilakukan di Malaysia, jelas bahawa profil keluarga Malaysia telah berubah
sejak sedekad lalu. Purata bilangan ahli keluarga berkurangan daripada enam
kepada empat orang.

Malah golongan itu melihat MPV tidak hanya perlu ada ruang luas, mereka
lebih mementingkan faktor sporty, penjimatan bahan api dan harga yang mampu
dimiliki. Ringkasnya, mereka mahukan sesuatu seperti Toyota Wish dan Honda
Stream pada harga yang mampu dibeli.

Alza penuhi citarasa

Perodua menyasarkan jualan sebanyak 3,500 hingga 4,000 unit Alza sebulan.
Mereka juga optimis bahawa pasaran MPV akan berkembang mencecah 30 peratus
pada tahun hadapan.

Angka tersebut mungkin nampak tidak realistik. Namun sejarah telah
membuktikan bahawa ketika awal pengenalan Avanza, TIV (Total Industry
Volume) untuk MPV pernah mencecah 21 peratus. Angka itu bersandarkan kepada
kajian dalaman yang telah mereka lakukan. Jika Avanza yang dibina berasaskan
kerangka trak (ladder frame) itu laris, sudah tentu badan monocoque Alza
akan lakukannya dengan lebih baik.

RUANG kabin yang cukup selesa untuk membawa seluruh ahli keluarga.
________________________________

Ketika Myvi diperkenalkan juga ramai yang tidak mempedulikannya, sehinggalah
ia menguasai pasaran hampir setiap bulan dari hari pertama ia dilancarkan.
Saya pernah meramal model itu bakal meletup di pasaran. Asasnya ketika itu,
jika orang boleh membeli Hyundai Getz, Chevrolet Aveo dan Suzuki Swift sudah
tentu Myvi mempunyai banyak kelebihan dari segi harga. Ia paling murah,
sesuatu yang sukar anda ketepikan.

Kalau anda biasa meninjau di laman web dan blog automotif tempatan, kereta
seperti Viva menerima pelbagai kritikan dan tohmahan. Tetapi hakikat yang
tidak dapat diubah, kereta itu nombor dua larisnya di Malaysia.

Ia ada pakej sebuah kereta pemanduan bandar yang diperlukan oleh anak muda
yang baru mula bekerja, suri rumah dan pelajar kolej. Realitinya, segmentasi
pasarannya tepat, harganya munasabah untuk kereta yang berstatus tempatan.

Perodua diyakini kualiti binaannya. Kereta Perodua jarang sekali menimbulkan
masalah kepada pemiliknya. Alat gantinya murah dan mudah didapati,
teknologinya asas.

________________________________

Walaupun pengendaliannya menyakitkan hati, tetapi berapa ramai pembeli yang
kisah? Pembeli pentingkan sesuatu yang bernilai untuk dibayar. Mereka tidak
kisah pun tentang rating keselamatan yang tinggi atau pengendalian terlalu
bagus. Apa lebih penting, kereta yang ekonomikal dan mempunyai nilai jualan
balik yang tinggi.

Alza memenuhi citarasa keluarga kecil dan anak muda yang ingin bergaya.
Bukan saya yang kata, tetapi ia berdasarkan data daripada kajian pasaran.

________________________________

Alza sebenarnya tidak sesuai digelar MPV. Perodua sendiri menyedari hakikat
itu dengan meletakkan tagline 'Car One Moment, MPV The Next'. Kenderaan itu
adalah transisi antara sebuah kereta, station wagon kepada MPV.

Jika anda mengharapkan tujuh dewasa dengan bagasi dan keselesaan, Alza bukan
pilihan yang tepat. Namun jika anda mahukan kereta yang boleh mengangkut
perkakasan dari Ikea, membawa kawan atau keluarga bersantai di hujung
minggu, Alza mungkin calon terbaik.-/kosmo

Posted by aya
<http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=2196>


Comments

by andromeda

Kasihan dengan rakyat Malaysia, diperbodohkan oleh dasar kereta tempatan
dengan perlu membuat pinjaman sehingga 9 tahun untuk sebuah kereta. Sila
congak buat yang bergaji RM2000. RM500-700 dibelanjakan sebulan hanya untuk
besi buruk.

1b.

Re: Perodua Alza

Posted by: "fuzzy 1" fuzzyinn@yahoo.com   fuzzyinn

Fri Dec 4, 2009 4:35 pm (PST)



proton ni buat la lagu mana pun .. soheh kena kutuk punya ... ada jer yang tak puas hati .. sebagai contoh tengok design toyata alpard ..besar gedabak cam van biskut zaman dulu2 tetapi orang duk puja duk puji .. high class.. cuba la kalau proton buat design cam tu hmmmmmmmmmmmmm .. rapat ka tanah la lemas tak bernyawa kena kutuk.

________________________________
From: MHZ <cekelatgetah@gmail.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Fri, December 4, 2009 12:12:05 PM
Subject:Re: www.auto.pdniaga.com - Perodua Alza

Alza ni kategori MPV gak ke? tgk gambar mcm kecik jer..

Shahrul Izwan wrote:
>
>
> dlm hal ni saya mmg bersetuju pasal komen mengenai proton dlm artikel di
> bawah...x seperti perodua,proton mempunyai masalah @ tak pandai nak plan
> produk yg nak di pasarkan..kengkadan g tu tgk seolah-olah macam syok
> sendirik jer..ikut suka ja nak boh model apa tanpa ambil kira faktor
> pembeli..ambik cth dibwah:-
> small category - Savvy
> mid small - Saga
> Mid - Waja,Gen 2, Persona,Satria Neo (berapa banyak daaa,itu x campur
> lagi ngan Saga1.6)
> Mpv - Exora (nasib baik satu jer..tu pun problem tang enjin x dak power)
> Executive - Perdana (dah lama dahhhhh..... cukup2 la tu...cik det tu pon
> dah resign)
> Proton pun nampak gayanya mempunyai masalah nak ikut perkembangan
> semasa..skang perubahan dlm dunia permotoran berlaku dgn cepat...langkah
> yg proton kena buat:-
> 1.Perbetulkan barisan produk tu,terutama tang Mid level...1 @ 2
> <mailto:level. ..1@2> model dah cukup..pilih mana yg terbaik utk di pasarkan
> 2.percepatkan R&D dan ikut perkembangan semasa..kalau ada masalah tang
> enjin,beli je enjin dari kompeni yg lain,design chasis sendiri..Proton
> mempunyai kepakaran mereka bentuk chasis yg baik,cuma tang enjin tu saja
> bermasalah.. apa yg proton kena buat ialah design chasis sendirik,beli
> enjin dari kompeni lain yg lebih establish..xyah dah guna enjin campro
> tu...guna jer enjin Toyota misalnya..lagi best...ini akan lebih
> menjimatkan masa dan proton can focus on the thing they do best...
> 3.Dengar pendapat pengguna..ambik cth Satria Neo...design memang cantik
> tapi 2 pintu jer...pernah saya dengar pembeli bagi pendapat kat dealer
> suruh proton buat version 5 pintu ala2 Optra 5 camtu..dealer tu kata
> "dah design Satria memang camtu!!!",apa punya alasan mangkuk hayun
> sekali hampuk!!!Satria Neo tu kalau buat 5 pintu,gerenti nampak cam Audi
> A3...x sempoi ke tu?
> 4.Yg paling utama,TINGKATKAN KUALITI DAN IMPROVE DESIGN...
>
> salam..

1c.

Re: Perodua Alza

Posted by: "Mat Min" ikemasinn@gmail.com   ike_masin

Fri Dec 4, 2009 11:18 pm (PST)



yang tu memang aku percaya .................. bab kutuk semua pandai
.................

2009/12/5 fuzzy 1 <fuzzyinn@yahoo.com>

>
>
> proton ni buat la lagu mana pun .. soheh kena kutuk punya ... ada jer yang
> tak puas hati .. sebagai contoh tengok design toyata alpard ..besar gedabak
> cam van biskut zaman dulu2 tetapi orang duk puja duk puji .. high class..
> cuba la kalau proton buat design cam tu hmmmmmmmmmmmmm .. rapat ka tanah la
> lemas tak bernyawa kena kutuk.
>
> ------------------------------
> *From:* MHZ <cekelatgetah@gmail.com>
> *To:* automobil@yahoogroups.com
> *Sent:* Fri, December 4, 2009 12:12:05 PM
> *Subject:* Re: www.auto.pdniaga.com - Perodua Alza
>
>
>
> Alza ni kategori MPV gak ke? tgk gambar mcm kecik jer..
>
> Shahrul Izwan wrote:
> >
> >
> > dlm hal ni saya mmg bersetuju pasal komen mengenai proton dlm artikel di
> > bawah...x seperti perodua,proton mempunyai masalah @ tak pandai nak plan
> > produk yg nak di pasarkan..kengkadan g tu tgk seolah-olah macam syok
> > sendirik jer..ikut suka ja nak boh model apa tanpa ambil kira faktor
> > pembeli..ambik cth dibwah:-
> > small category - Savvy
> > mid small - Saga
> > Mid - Waja,Gen 2, Persona,Satria Neo (berapa banyak daaa,itu x campur
> > lagi ngan Saga1.6)
> > Mpv - Exora (nasib baik satu jer..tu pun problem tang enjin x dak power)
> > Executive - Perdana (dah lama dahhhhh..... cukup2 la tu...cik det tu pon
> > dah resign)
> > Proton pun nampak gayanya mempunyai masalah nak ikut perkembangan
> > semasa..skang perubahan dlm dunia permotoran berlaku dgn cepat...langkah
> > yg proton kena buat:-
> > 1.Perbetulkan barisan produk tu,terutama tang Mid level...1 @ 2
> > <mailto:level. ..1@2> model dah cukup..pilih mana yg terbaik utk di
> pasarkan
> > 2.percepatkan R&D dan ikut perkembangan semasa..kalau ada masalah tang
> > enjin,beli je enjin dari kompeni yg lain,design chasis sendiri..Proton
> > mempunyai kepakaran mereka bentuk chasis yg baik,cuma tang enjin tu saja
> > bermasalah.. apa yg proton kena buat ialah design chasis sendirik,beli
> > enjin dari kompeni lain yg lebih establish..xyah dah guna enjin campro
> > tu...guna jer enjin Toyota misalnya..lagi best...ini akan lebih
> > menjimatkan masa dan proton can focus on the thing they do best...
> > 3.Dengar pendapat pengguna..ambik cth Satria Neo...design memang cantik
> > tapi 2 pintu jer...pernah saya dengar pembeli bagi pendapat kat dealer
> > suruh proton buat version 5 pintu ala2 Optra 5 camtu..dealer tu kata
> > "dah design Satria memang camtu!!!",apa punya alasan mangkuk hayun
> > sekali hampuk!!!Satria Neo tu kalau buat 5 pintu,gerenti nampak cam Audi
> > A3...x sempoi ke tu?
> > 4.Yg paling utama,TINGKATKAN KUALITI DAN IMPROVE DESIGN...
> >
> > salam..
>
>
>
2.

Perlu info: Spare part kereta (brek shoe)

Posted by: "Abdul Rahman bin Johari" arahman@newhoongfatt.com.my   man_apache

Fri Dec 4, 2009 4:34 am (PST)



Salam, dah lama saya nak cari brek pad kereta saya ni. drum brek,
tempohari tukar 1 set. ambil kat kedai potong G100 punya kereta
pasangkan kat kereta saya Daihatdu Ascent G201S. so kalau sape2 ade
benda yang saya cari ni bolehla kiranya roger saya 019-4620854. beritahu
harga dan lokasi. saya dah pusing2 kedai/hantar kat kedai pomen tapi
pomen cari2 tak jumpa. disini saya sertakan gambarnya

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Yahoo! Groups

Small Business Group

Share experiences

with owners like you

Yahoo! Groups

Going Green

Resources and tips

for green living

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Senarai Web:
•      Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz     
•      Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com     
•      Kad Nama Online - http://www.kadnama.com     
•      Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com      
•      Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com 
•      Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
•      PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
•      Jana Iklan – http://www.janaiklan.com

Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1.  automobil-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/automobil 
2.  HitZ-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3.  pdniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga 
4.  dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik 
5.  bolasepak-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak 
6.  auto-chat-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat 
7.  ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC 
8.  pd-net-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pd-net 
9.  interniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan

No comments: