Friday, December 30, 2011

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3164

Messages In This Digest (2 Messages)

Messages

1.

Fw: Ditolak Semasa Menunggang Motorsikal

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Thu Dec 29, 2011 7:57 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Gadis Jadi Mangsa Lelaki Berperangai Binatang, Ditolak Semasa Menunggang Motorsikal
Posted by greenboc

Ditolak lelaki tak dikenali

GUA MUSANG - Seorang remaja wanita cedera muka apabila terjatuh motosikal yang ditungganginya selepas ditolak seorang lelaki tidak dikenali di Jalan Pulai lama, dekat sini, malam Jumaat lalu.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa, Nurul Hidayah Che Su, 18, menunggang seorang diri dalam perjalanan pulang membeli barang keperluan di sebuah kedai di Bandar Baru, Gua Musang.

Beliau yang tinggal di Kampung Simpang Empat Kundur dihampiri seorang lelaki tidak dikenali lalu menolak kepalanya sebelum terjatuh motosikal ditunggangi dan mukanya tersembam dalam selut.

Ketika ditemui di rumahnya, beliau berkata, sebaik berlaku kejadian itu, suspek juga menunggang motosikal seorang diri melarikan diri mengelakkan dikesan orang ramai yang memberi pertolongan.

"Saya tidak ada musuh dengan sesiapapun, tetapi hairan kenapa lelaki tersebut bertindak demikian hingga menyebabkan saya cedera muka selepas tersembam dalam selut di tepi jalan di situ.

"Kejadian tidak jauh dari rumah saya dan secara kebetulannya ada orang ramai melalui kawasan membantu saya menghantar balik ke rumah sebelum keluarga pula menghantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk mendapat rawatan," katanya.

Nurul Hidayah berkata, selepas itu pula beliau ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu, tetapi yang sukarnya kerana tidak mengenali lelaki terbabit.

Beliau berkata, suspek menolak kepalanya dengan kuat hingga gagal mengawal motosikal yang ditunggangi sebelum terbalik di bahu jalan berhampiran simpang masuk ke Taman Tropika.

"Saya langsung tidak sempat melihat lelaki terbabit yang datang dari arah belakang kerana berlaku dalam keadaan gelap dan cepat dia melarikan diri ke simpang empat berkenaan," katanya.

Katanya, dia juga tidak tahu motif sebenar lelaki terbabit bertindak demikian hingga membawa kecederaan kepada mukanya dan mahu polis menyiasat perkara itu. -SH

comments:

Anonymous said...
Kepada golongan wanita jangan berjalan seorang diri untuk mengelak musibah seperti kena rompak dan rogol. Sekarang ini banyak lelaki yang kepala mereka dah 'masuk air'.
2.

Fw: 18SX - Carta perot lepas musim kenduri !

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Thu Dec 29, 2011 8:41 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

18SX - Carta perot lepas musim kenduri !
albanjarionline

Oleh : albanjari

Keluar dari kotak politik kejap. Hari ini 3 Safar 1433H. 3 hari lagi nak sambut tahun baru 2012. Dari hari pertama cuti sekolah, makan..makan..makan ! Dari pagi sampai malam kerja, makan..! Tak lama lagi akan bubar pulak parlimen, dan PRU13 juga akan meriah dengan makan-makan. Memang bulan ini meriah sungguh dengan makan-makan. Ada makan halal, ada makan suap ! Janganlah ada yg makan selipar plak ? Kesian kat perut. Lebih-lebih lagi perut yg dah menganjak umur 40 tahun keatas. Ahh..! Yang tak buleh tahan..tu bila, hubungan perut dengan tetek semakin mesra.

Sekarang hangpa boleh periksa tetek hangpa dengan perut hangpa..agak-agak betul tak, apa yg wak cakap. Hmm..untuk lebih mudah, wak dah siapkan carta rujukan dibawah. Pilih dengan jujur dan ikhlas..jangan tipu ! Sapa tipu memang boroi ler tu !

Dah pilih ? Laa..belum lagi kaa..? Ok, pergi ngadap cermin kat bilik, pastikan tiada sesiapa dalam bilik tu, kalau ada bini, suruh dia keluar kejap..kang tak pasal2 terguling-guling dia gelak. Sila periksa :

1) perut anda - boroi atau hampir boroi atau dah boroi giler..!
2) tetek anda - bandingkan dengan carta diatas, anda sudah mampu memilih kategori tetek anda sekarang.

Kemudian banding dan imbas semula evolusi tetek anda dalam tempoh 20 tahun sebelum ini. Dah beza kan ! Okay..kat bawah kita lihat, apa komen 'pawang tetek' tentang pilihan anda itu :

Baris pertama :

Foto kiri :
Pemilik tetek ini, masa muda-muda dulu, pantang nampak perempuan, memang mata keranjang, gatal, miang semua ada kat dia, kalau berjalan kat pekan macam tu ler mata dia..dia boleh adjust sama macam bentuk tetek dia sekarang. Kifarahnya, bila tua..tetek jadi macam tu ! Balasan Tuhan ler tu !!

Foto tengah :
Hmm..kerja dia kalau tak dak orang, main tetek sendiri, pantang lepa..main tetek ! Dulu memang ler tak merbahaya permainan jenis ni, main ler sampai penat, tak der sapa yg kisah kan..haa..! cuma bila dah kahwin, tu yg tak buleh tahan..tu ! Agak-agak la kalau nak suruh bini 'main' tetek hangpa ! Bila dah tua..kan dah jadi macam tu !

Foto kanan :
Amaran jangan biarkan kawan-kawan sekeliling anda suka-suka ramas tetek anda ! Beritahu kawan-kawan anda, anda sebenarnya lelaki macho ! Masa zaman muda anda, memanglah tak rasa apa-apa, tapi jika anda biarkan terus, tunggu ajerlah..esok dah tua, hangpa nak ker pakai dan kongsi bra dengan bini hangpa ?

Baris tengah :

Foto kiri :
Masa muda selalu pergi gym. Jaga bodi. Exercise 3 jam sehari. Minum susu protein (1 tin harga RM300), tak main ler susu cap junjung, tu level bagi kucing minum ajer. Dah tua..tak larat dah nak panjat gym, perut pun dah boroi tapi masih minum susu, susu tepung penuh krim (sepeket 900gm-RM15.90). Tu pasal tetek mengkal giler lagi..!! Walaupun perut dah boroi..tetap menten beb !

Foto tengah :
Pengamal poligami yg tak berlaku adil pada isteri-isterinya. Kifarah Tuhan ler tu ! Selalu gaduh laki bini, gaduh ajer..tarik tetek, pawang kata sebab musabab apa tetek sebelah kiri lebih panjang, kerana dasar lelaki jenis ini apabila bergaduh, dia akan lari nak keluar rumah, dia tak tahu tangan kanan bini dia punya power..tak dapat tarik lengan, tetek pun jadi..! Akibatnya..macam tu ler yg terjadi !

Foto kanan :
Jarang ada di negara kita, terutamanya melayu.

Baris ketiga-(bawah sekali)

Foto kiri :
Pawang tetek kata dulu, masa muda,-muda lelaki jenis ni suka pergi 'massage parlour'. Kena pulak spesis 'suzie wong' yg massage, itu yang jadi macam tu !

Foto tengah :
Ini bagi hangpa yang jawab..! Pawang tetek pi toilet..tak sempat nak jawab ! Banyak makan kurma kambing katanya..entah !!

Foto kanan :
Kaki skodeng. Dari zaman muda sampai ler zaman tua. Pantang ada kesempatan, anak dara, janda, nenek tua pun jadi..janji skodeng. Akibatnya bila dah tua..tetek jadi macam tu ! Awas..kepada kaki skodeng. Pintu taubat masih terbuka, nak ke hangpa tetek jadi macam tu ? Siksa anak cucu hangpa gelak nanti, kesian kat depa ! Tak pasal-pasal, ada yg terseliuh tulang rahang..pasal gelak sampai barai..tengok tetek atuk yg ala-ala juling gitu !
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Yahoo! Groups

Mental Health Zone

Learn about issues

Find support

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

No comments: