Wednesday, May 30, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3284[1 Attachment]

Messages In This Digest (4 Messages)

Messages

1.

Fw: Siapa pemilik plat 'WWW 1'

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue May 29, 2012 9:25 am (PDT)

[Attachment(s) from -::eSpAcE9808::- included below]


Plat " WWW 1 " milik DYMM Sultan Johor
aiyangdisayang.blogspot
Posted by aiyang

Senarai tender untuk No. Pendaftaran Plat kenderaan WWW yang dikeluarkan JPJ hari ini mengesahkan siapa pemilik siri No bertuah itu, didahului oleh DYMM Sultan Johor yang berjaya membida WWW 1 dengan harga RM520 ribu yang merupakan satu rekod baru dalam sejarah harga no. pendafatran kenderaan di Malaysia.

JPJ juga mengesahkan penjualan siri plat No. WWW mencatat sejarah sebagai penjualan yang paling tinggi dalam sejarah Jabatan berkenaan.

WWW 1 - RM 520.000.00

- D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

WWW 2 - RM 165,000,00

- Jubilee Harmoni Sdn. Bhd.

WWW 3 - RM 360,000,00

- One Power International Sdn, Bhd.
WWW 4 - RM 55, 000, 00

- Datuk Zarim Abd Aziz
- Pengarah CIDB

WWW 5 - RM 220, 000, 00

- SPB YANG DIPERTUAN AGONG

WWW 6 - RM 135, 000, 00

- H Land Development Sdn, Bhd.

WWW 7 - RM 117, 810, 00

- TAI JA VUN

WWW 9 - RM 350, 000, 00

- ASPEN SUNRISE Sdn. Bhd.

WWW 10 - RM 74, 800, 00

- DATO' NG CHEN OON

Plat MCA 1 sebelum ini menjadi rebutan.. dijual RM 320 ribu..!!

Plat Pahang CCC turun mendapat perhatian sebelum ini...

WKL 1 - Turun menjadi isu hangat satu ketika dahulu..

Jutawan Abu Dhabi, Saeed Abdul Ghaffar Khouriadalah pemilik no plat termahal
didunia setakat ini RM 43.5 Juta hanya untuk no plat "1"..

kerabatkenshiro.

Siapa pemilik plat 'WWW 1' yang berharga RM520 000 ? : Senarai pembida yang berjaya ada di sini...
nizar-coretanku.blogspot
Posted by Nizar

Plat WWW 1 milik Sultan Johor dengan harga RM520 ribu,

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menyenaraikan pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah membelanjakan
RM520,000 untuk mendapatkan nombor plat 'WWW1'.

Disiarkan di lamanweb rasmi JPJ pagi ini adalah senarai pembida yang berjaya untuk plat premium, antara mereka ialah Yang di Pertuan Agong bagi nombor pendaftaran 'WWW5' pada harga RM220,000.

Harga tawaran untuk 'WWW1' memecahkan rekod 'MCA 1' yang dijual pada tahun 2010 dengan harga RM300,100.

Sultan Johor dikenali sebagai seorang peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.

Putera mahkota Johor Tunku Ismail Idris juga mengesahkan bida tersebut dalam posting Twitternya. Malaysiakini

Dibawah antara senarai pembida yang berjaya..

Sumber: sini dan sini

comments:
1.. Anonymous
mewahnya diorang, itu baru plat kereta, yang lain entahlah. bagaimana pula harga sekeping jubin, sebiji suis lampu, sebiji cawan dan sebiji sabun mandi.
cuba kita fikir bersama.

2.. Anonymous
Sedih jugak yer..? Sedangkan masih ramai rakyat yang hidup dalam keadaan dzaif dan menderita dihimpit kemiskinan..ada yang hanya dapat menikmati nasi sekali sahaja dalam sehari..MEREKA yang hidup begitu mewah langsung tak ada perasaan.. sanggup beli nombor PLATE KERETA sahaja dengan harga begitu tinggi???? ALLAH HUAKBAR..!!!

3.. Anonymous
www1 tu no plate nak letak kat kerandanye sok

4.. Anonymous
memang betul langsung kurang hati perut rakyat dhaif serba kurang patut diutamakan otak letak kepala lutut

5.. Anonymous
Yang Komen diatas ni semua BODOH...Tak habis-habis dengan dengki khianat..Woi Pemimpin PAS pun pakai MERC la baghal..apasal depa tak bawak motosikal cabuk? duit merc boleh derma kat rakyat miskin..Anwar pakai merc 500 ribu tu..apasal tak tanya dia kenapa tak pakai proton. Ustaz Azhar Idris pakai VW 150K ...the fact is its their money and they can afford it..yang lain masing jwb kat mahsar nanti..lu apa celup?

6.. Anonymous
bongok sekor ni tak faham isunys beli plate kereta saje ratus ribu ,rakyat bawahan kalau didermakan wang itu kepada memerlukan alaaaangkah manfaatnya,

7.. Anonymous
sultan johor byk duet..tiap2 minggu pihak istana akan wat mkn2 utk org miskin..
korg tau x?
mmg xtau kn..
so..xpyh la ckp byk.
aku rse xde msalah klu setakat nk beli plate 520k..
bkn dorg xde bntu org miskin langsung..
yg pnting x gne duet rakyat.
bkn mcm mcm najib n rosmah tuh.

8.. Anonymous
belbagai elaun, sebahagian dr kehidupanya dibaiya oleh kerajaan dan berpuluh-puluh hekta tanah dan projek diberikan , dari mana dtg duit dan kekayaan itu? adakah duit itu di cetak sendiri oleh beliau?
Anonymous 00.06, ini lagi sekor keldai, bila org komen tentang "ketidakbetulan" dia melenting dan kaitkan degan politik, kuat betul dia ni berpolitik, kau ingat semua org yg membaca blog ni org politik ke? macam aku semua blog aku baca.

9.. amer
Manusia gila dah dengan duniawi. Wang sebanyak itu kalau dibantu orang miskin ada makna. Kalau setakat belli plate numbur, Insyallah tak kemana.

10.. Anonymous
Kereta itu keperluan , tetapi nombor itu kprluan?

11.. Anonymous
jgn ingar rakyat diam tnpa ambil peduli? prkara keburukan ini sntiasa trkumpul dihati rakyat, akan meletus kebencian itu di satu hari nnt

12.. Anonymous
Tidak beriman seorang kamu jia belum diuji..bila Allah uji ni la jadinya..apalah sangat dunia ni..tempat berhenti sebentar (RnR) sebelum berangkat ke destinasi nun jauh disana..mari kita renungkan bersama..(jangan cenderung kpd org y zalim).

13.. Anonymous
rasa hiba dan pilu dihatiku apabila seorang yang sepatutnya memahami situasi rakyat kebanyakan mempamerkan kepoyaan teringat aku bagaimana khalifah umar menyamar melihat rakyat ,seorang ibu memasak batu semata mata nak menghibur anaknya agar leka dari kelaparan,ya Allah berilah taufik dan hidayah kepada mereka mereka ini dan yang sewaktu dengannya agar betul betul memahami rakyat yang dihimpit beban ekonomi,amin

14.. Anonymous
tak kisah la diorg guna duit rakyat ke, duit sendiri ke, kesimpulannya diorang ni memang boros! duit dh banyak sgt smpai tak tau nak letak mana agaknye. boleh beli 2-3 bijik rumah ngan duit beli no plat tuh. dasar manusia gila nombor

----- Original Message -----
From: JUNHAIRI BIN ABD JALIL

Subject: Senarai penuh pemilik no. WWW

Attachment(s) from -::eSpAcE9808::-

1 of 1 File(s)

2.

Fw: Syed Zainal sah letak jawatan dalam Proton

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue May 29, 2012 7:52 pm (PDT)




Syed Zainal sah letak jawatan dalam Proton
blogpolitikus.blogspot

Proton Holdings Bhd mengesahkan peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkuat kuasa 4 Julai ini.

"Syed Zainal sudah bersama Proton lebih enam tahun dan kami menghargai sumbangannya kepada syarikat. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Proton bagi meneruskan cita-citanya dan kami menghormati keputusan itu," kata syarikat pengeluar kereta negara dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya, Azhar Othman berkuat kuasa 6 Julai. - Bernama

comments:
Anonymous said...
Syed ni hanya Puppet semasa dI Produa macam betul lain dI Produa sebelum dan semasa kini. Strategi bodoh dia takkan bawa Proton ke mana pong. Ini semua hasil idea dan dasar BODOH MAMAK TONGKANG!

SYED ZAINAL ABIDIN LETAK JAWATAN CEO PROTON
dppwm.blogspot
Abu Nu'man

Proton Holdings Bhd hari ini mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, berkuat kuasa 4 Julai, 2012.

"Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat.

"Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media.

Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.

"Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton.

Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.
3.

Fw: Mulakan hari anda dengan lemon & air suam

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue May 29, 2012 7:52 pm (PDT)




Mulakan hari anda dengan lemon & air suam
By Nadia Najib | Tupai

Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.

Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.

Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.

Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut.

Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.
4.

Fw: HATI KERAS PUN MUNGKIN BOLEH MENANGIS

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue May 29, 2012 7:52 pm (PDT)




ORANG YANG HATI KERAS PUN MUNGKIN BOLEH MENANGIS TENGOK GAMBAR NI:
naimnikmat.blogspot

Dicatat oleh Na'im Nikmat
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups

Small Business Group

Own a business?

Connect with others.

Health Zone

Look your best!

Groups to help you

look & feel great.

Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: