Sunday, June 24, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3302

Messages In This Digest (7 Messages)

1.
Fw: Milik Siapa Syarikat Minyak Yang Baru Ini? From: -::eSpAcE9808::-
2a.
Fw: DS NIZAR DAN MOTOR MEWAHNYA From: -::eSpAcE9808::-
2b.
Re: Fw: DS NIZAR DAN MOTOR MEWAHNYA From: Quwarrizxmy Qurraizy
3.
Fw: Jalan2 ke Memory Lane di Bandaraya Ipoh From: -::eSpAcE9808::-
4.
Fw: Sharing is Caring... From: ahmad sopuan abdullah
5a.
Fw: www.groupautomobil.blogspot.com -  Fw: Jika Kereta Anda Dilangga From: ahmad sopuan abdullah
6.1.
File - Blog, Facebook & Web From: automobil@yahoogroups.com

Messages

1.

Fw: Milik Siapa Syarikat Minyak Yang Baru Ini?

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sat Jun 23, 2012 6:44 pm (PDT)




Milik Siapa Syarikat Minyak Yang Baru Ini?
Posted by greenboc

Semenjak saham Exxon/Mobil dibeli oleh syarikat pembuat arak terbesar di Asia Tenggara, San Miguel Corporation, semua stesen minyak Esso dan Mobil diseluruh negara akan berubah wajah..pakai jenama Petron..San Miguel Corporation bukankah anak Tun Mahathir Mohamad, Mirzan Mahathir ada kepentingan?.. -FB

comments:

:

Anonymous said...
boikot
2a.

Fw: DS NIZAR DAN MOTOR MEWAHNYA

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sat Jun 23, 2012 7:39 pm (PDT)




DS NIZAR DAN MOTOR MEWAHNYA
naimnikmat.blogspot

Terbaiklah yob.....

Dicatat oleh Na'im Nikmat
2b.

Re: Fw: DS NIZAR DAN MOTOR MEWAHNYA

Posted by: "Quwarrizxmy Qurraizy" qurraizy@gmail.com

Sat Jun 23, 2012 11:09 pm (PDT)



awat pakai plat BN?

On 24/06/2012, -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
>
> DS NIZAR DAN MOTOR MEWAHNYA
> naimnikmat.blogspot
>
>
> Terbaiklah yob.....
>
>
> Dicatat oleh Na'im Nikmat

3.

Fw: Jalan2 ke Memory Lane di Bandaraya Ipoh

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sat Jun 23, 2012 7:41 pm (PDT)




Jalan-jalan ke Memory Lane di Bandaraya Ipoh
botaonline.blogspot.

Jalan-jalan di hujung minggu,singgah ke Bandaraya Ipoh,pergi bersiar-siar ke "loken",itulah istilah yg disebut oleh orang-orang Bota jika pergi ke Ipoh pada hari ahad untuk membeli belah,bukan nak beli ayam,ikan atau sayur,tapi beli barang-barang antik ataupun barang-barang lama.

Nama Loken adalah istilah lama yg kini tempat itu dikenali sebagai Memory Lane,dahulu loken terletak di tepi sungai Kinta dan kini Memory Lane terletak di belakang Supermarket The Store berhampiran dengan Taman D.R.,salah satu taman rekreasi yg terkenal di Bandaraya Ipoh.

Peminat barangan antik berpusu-pusu datang ke Memory Lane untuk menbeli barang lama yg mungkin menjadi kenangan suatu masa dahulu yg masih boleh ditemui di sini.Pelbagai jenis barang-barang lama dari seterika kayu arang,beg besi,kipas angin model dulu dan macam-macam lagi.

Di Memory Lane bukan sahaja barang lama dijual disini,ada juga barang yg baru seperti pakaian,telefon bimbit model baru,bukan hanya tertumpu kepada barang antik tapi bagi melengkapkan sesuatu tempat membeli belah itu haruslah disertakan dengan barang baru dan lama.

Jika sesiapa yg ingin mencari barang lama untuk di buat koleksi peribadi,maka jangan lupa singgah ke Memory Lane di Ipoh yg di buka pada pagi Ahad

Dicatat oleh BOTAONLINE
4.

Fw: Sharing is Caring...

Posted by: "ahmad sopuan abdullah" asafahaha@yahoo.com.my   asafahaha

Sun Jun 24, 2012 12:40 am (PDT)





----- Forwarded Message -----
From: Norasyikin Syikin <eikincute80@yahoo.com>
To: Mohd Sulaiman Abdullah <mdsman@tm.com.my>; 'Mohd Faiz' <bjy_mnf@yahoo.com>; ayah nek ahmad <asafahaha@yahoo.com.my>; Syariza mustapha <syariza80@yahoo.com>; saira sabrina <sabrinaserif@yahoo.com>; jamaliah lia <jamaliah@instacom.com.my>
Sent: Thursday, 21 June 2012 10:24 AM
Subject: Sharing is Caring...


PENTING DAN HARUS DIBACA...

Jangan dipadam pesanan ini sebelum berkongsi pada
yang lain..

Pada Hari Minggu Satu Keluarga bertemasya dengan membawa
beberapa tin minuman.Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dibawa ke rumah
sakit dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit (ICU)….

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi
menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Hal ini terlacak pada tin minuman yang
diminumnya, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah
terinfeksi urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

Sangat dianjurkan agar membilas secara merata
bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di
dalam gudang dan langsung diantarkan ke kedai2 tanpa dibersihkan. Sebuah
penelitian menunjukkan bahwa bahagian atas semua tin minuman lebih
terkontaminasi dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteri.)

Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke
mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan fatal.
5a.

Fw: www.groupautomobil.blogspot.com -  Fw: Jika Kereta Anda Dilangga

Posted by: "ahmad sopuan abdullah" asafahaha@yahoo.com.my   asafahaha

Sun Jun 24, 2012 12:43 am (PDT)





----- Forwarded Message -----
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 22 June 2012 11:43 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang,


 

 

Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang, Jangan Cepat Turun
Kereta..
idhamlim.blogspot
DRS.
KHALIL IDHAM LIM

 
Kisah ini terjadi
sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat
mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang
kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.
 Setibanya di
hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira
menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi.
Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya
tersebut.
Seorang lelaki
berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak
jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya
"Apa sudah jadi?"
"Brek tada makan
la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada
di dalam kereta.
"Macam mana ni,
bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan
kepalanya.
Saya jadi serba
salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga
teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih
bertahan di dalam kereta.
"Bang, boleh
turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat
tu.
Saya pun jadi
tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.
"Mari tengok ni
bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat
tersebut.
Saya pun matikan
enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu
perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu
yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat
tersebut.
Pada mulanya
mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta
saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.
Setelah itu dia
berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya
seorang lagi yang berada di dalam kereta.
"Besok saya call"
kata saya.
"Tak nak turun
tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.
Saya gelengkan
kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton
Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti
tadi.
Setelah sampai di
restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta
saya.
Apa yang saya
dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!
Menggeletar lutut
setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi.
Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.
Kepada
rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya
sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak
seberapa.
Memang kita akan
berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah
kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan
kepada keselamatan nyawa sendiri.
Semoga menjadi
iktibar kepada kita semua.
Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012
-carigold

comments:
Posted by greenboc 
 
basteng said...
salam.... org tu memang penyamun laa tuh...syukur berkat amalan, Allah s.w.t kurniakan gerak hati agar saudara kita itu utk tak jd keluar kereta ! jika tak, tgklah apa terjadi pada jutawan kosmetik & rakan2nya...yg terkini seorg perempuan yg hilang & dijumpai di k. selangor dgn kepala pecah! ...... (snipped)

sujud syukur laaa Allah melindungi
ssudara kita itu..ss sebab doa isteri & bakal anaknya!
http.://basteng3.blogspot.com
Anonymous said...
ada ambil no plate kereta mamat india tu...???, dan kalau boleh cuba rakamkan perbualan atau apa saja bentuk rakaman ,kalau terjadi sesuatu senang nak buat laporan,seelok-eloknya kalau kita rasa lain macam aje katakan padanya kita settle dan jumpa di balai polis yang berhampiran,itu pendapat aku lah...kalau ada pendapat lain yang lebih bagus...kongsikan bersama...
Anonymous said...
Betul anon 1.

off topik:
Anak saya kerja di
kedai, dia sorang.

Satu hari masuk sorg lelaki minta tukar duit kecil
(Rm100). Anak saya seram sejuk, tapi dia cepat2 beri suupaya mamat tu cepat2
beredar.
Mamat tu kata tak cukup RM50.00 (anak confirm cukup), tapi dia
merasakan sesuatu tak kena pada mamat tu, cepat2 dia beri RM50 tanpa bnyak
soal.

Saya beritaunya, berkat kita menutup aurat, tak lupakan Allah,
insyaAllah dilindungi dari perkara2 yg lebih teruk.
Anonymous said...
Sdr dengar bunyi 'bam' (kira kuat juga), tapi tak de ape2. Pelik juga ye. Tapi jarang org melanggar nak setel, paling tidak dia blah.
Anonymous said...
Satu lagi jangan tinggal surat yang ada alamat dalam.Rakan saya sekeluarga pergi stadium tengok bola.Bila bola habis kereta pun ta jumpa.Setelah buat lapuran polis mereks pulang dan mereka dspati rumah sudah di samun
Anonymous said...
Erk sy pun tggl kt equine, slalu lalu skve tu, huhu..
Anonymous said...
Jumaat lepas saya pun dilanggar dr belakang semasa ambik anak dr sekolah. Masuk yang ni dah 2 kali saya kena langgar dr belakang. Pertama kat ampang ketika berhenti sb jem dgn Myvi. Teruk jgk kereta amoi tu tp kereta alhamdulillah tiada apa2 sb crv ni tayar spare belakang tu penahan impak. Cuma cover tayar tu calar je la. Myvi tu habis bonet, lampu dan raditor. Dia nak bayar, saya kata x payah la. Jumaat lepas dgn exora. Pun tgh berhenti sb tunggu que traffic light merah. Crv saya calar2 kat cover tayar spare dan bar belakang rapat sikit kena exhaust. Tarik je semula bar tu. Exora tu bonet kemek dan lampu kanan pecah. Kesimpulannya beli la CRV. Hahahaha
Anonymous said...
Crv lama boleh la ada spare tyre di belakang..new crv mana ada tayar spare di belakang lagi...semua di bawah
Anonymous said...
mana polis peronda? kata negata selamat? samseng bebas buat kacau dan jenayah sana sini. Hakikatnya Rakyat tak pernah rasa selamatpun. Kalau tak caya cuba wat survey online.. mesti banyak cerita tak selamat yang terbongkar.Polis tak wat kerja,yang sepatutnya menjaga ketenteraman awam. ada yang mau
komen?
6.1.

File - Blog, Facebook & Web

Posted by: "automobil@yahoogroups.com" automobil@yahoogroups.com

Sun Jun 24, 2012 12:59 am (PDT)




Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Cat Groups

on Yahoo! Groups

discuss everything

related to cats.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: