Monday, February 4, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3501[1 Attachment]

4 New Messages

Digest #3501
1
Fw: Akibat percaya e-mel cabutan bertuah, by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2
Fw: Lelaki dakwa polis tembak isterinya, by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
3
Fw: Video 30 Saat Yang Menyentuh Perasaan by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
4
soalan jual beli kereta by "suhaimi ibrahim" designplanet78

Messages

Mon Feb 4, 2013 6:53 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Akibat percaya e-mel cabutan bertuah, guru tadika rugi RM17,100
Bernama Media –
a..
b.. JOHOR BAHARU, 2 Feb (Bernama) -- Seorang guru tadika berusia 36 tahun membuat laporan polis semalam selepas mendapati dirinya ditipu satu sindiket melalui e-mel pada 13 Dis tahun lepas.

Ketua Polis daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan hari ini berkata e-mel berbahasa Inggeris itu dari pihak tertentu menggunakan logo syarikat penerbangan AirAsia memberitahu bahawa mangsa memenangi US$130,000 (RM403,715) dalam satu cabutan bertuah di London sempena perayaan Krismas.

Katanya, pihak sindiket itu memberitahu guru tadika itu hadiah tersebut telah siap sedia untuk dimasukkan ke dalam akaun wanita itu melalui Telco Online Bank.

Wanita itu dalam laporannya berkata pada bulan lepas beliau menerima satu lagi e-mel dari pihak yang beralamat malaysiapolice@asia.com menyatakan bahawa siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendapati cabutan bertuah itu sah di sisi undang-undang.

"Berikutan itu, pengadu telah memasukkan secara berperingkat-peringkat wang sebanyak RM17,100 ke dalam akaun yang diberikan sindiket tersebut untuk mendapatkan hadiah yang dikatakan telah dimenanginya itu," kata Ruslan.

Beliau berkata e-mel dari AirAsia dan PDRM itu adalah palsu dan menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan sindiket cabutan bertuah ataupun gores dan menang.

Menurut Ruslan, polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.
comments
a.. saint10 •
a.. Kalo cikgu tadika bodoh sangat apalah jadi pada murid2 tadika diajar olehnya? Hancur la
a.. sabaman •
ya... kaalu diri sendiri xda terjaga... apa lagi dengan kawan2 kecik
b.. Joehady •
Kita tidak boleh terus menyalahkan orang. Setiap manusia mempunyai kelemahan sendiri.
c.. Marlbond •
Patut lar anak aku BODO
d.. kamaruzaman •
anak bodo disbbkn mak bpk bodo..
e.. Shahimi •
@KAMARUZZAMAN..ANAK BODOH 10% BOLEH JUGA DISEBABKAN "CARA" GURU MENDIDIK MEREKA...APA GUNA HANTAR ANAK KE "SEKOLAH"...IBU BAPA JUGA MEMAINKAN PERANAN JUGA 90%
cm •
b.. Akibat TAMAK dan GATAAAL
c.. JefferyA •
aduh...no such thing as free lunch in this world la...
d.. Khozabenzamin Abd Hamid •
nasib badan...lepas ni...beringat jelah....
e.. vinod •
Kasihan guru tadika tersebut, jadi mangsa tipu. Tetapi saya heran guru yang berpendidikan tinggi pun tidak menggunakan akal yang diberikan oleh Allah, untuk berfikir sejenak bahawa jika ia mendapat hadiah kenapa ia tidak dimasukkan langsung ke dalam akuannya atau hantar cek. Kenapa guna online bank, bukan ke banyak yang sudah kena tipu guna online bank?
f.. sabaman •
nak tamat tak salah, jangan gelojoh. tak pernah ikut peraduan, tiba2 terpilih. bukankah itu mustahil
g.. A Yahoo! User •
Ni cikgu memang ketinggalan zaman.... Dah berapa puluh mangsa terkena sindiket takkan masih budoh budoh percaya lagi... Biar company berapa besar kalo dah menang hadiah memang lu kena pergi jumpa diorg terima hadiah dan bukannya masuk duit tuk diorg... Pakai otak la sikit....
h.. Sadsack •
Free lunch in the temple ....yes
i.. Carlito •
Orang yang tamak akhirnya terkena juga.
j.. man •
tak beli lott cam mano menang,klu nak pinjam 10 kat kwn kena marah.ni tak kenai,nampak terus bg...permainan org2 ni senang mereka kerjakan sifat tamak penerima emel,yg tamak sangkut...sifat azali manusia tulah senjata depa,hantar byk2 sangkutlah yg tamak...tak pasti berdoa kat Allah minta petunjuk...tapi kita lupa Tuhan pelindung kita.
k.. Mohammad Alif •
Kesian cikgu ni...aku pun tiap2 hari dpt email kononnya menang cabutan bertuah, ada email kononnya akaun bank online nk tamat la, macam2 la taktik penipu ni nk dapatkan maklumat peribadi. semua masuk dalam spam. ni angkara sendiket penipuan internet warga afrika la ni. dtg m'sia hnya nk menipu je kerja dia.
l.. C H •
Mesti guna nama BBC, tapi BBC DRAW. Banyak di dunia pun dah kena tipu, akibat tamak
m.. Shahimi •
Dpt hadiah patut free buat pe nak kena bayar...situ pun tak pakai otak ke ?????
n.. rosmahai •
jangan jadi tamak dengan hadiah hadiah macam ini..setiap hari terima email macam ini..hadiah wang...wasiat jutaan dari seseorang..betina/jantan nak kenal kita..macam macam..semua kasi deleted sahaja..banyak juga yg kena tipu kerana kucing dan anjing cantik dan murah murah..semua ini scam..hati hati shj dengan wang yg susah cari ini..
o.. muhammad •
bab nak kaya cepat ni, ramai yg mudah jadi bangang, lepas tu report polis, apa la polis boleh buat, masuk statistik je la..
p.. Red •
PDRM siasatan cabutan bertuah. Syukur, rajinnya PDRM. Manalah PDRM siasat perkara remeh-remeh. Guru tadika tiada otak. Cuma tau mau jadi kaya cepat. Itu namanya TAMAT!
q.. Othman •
patutle pun kena tipu, cikgu tadika, percaya sangat dgn benda2 mcm ni.fikir le sikit sapa yg cara tiba2 nak bagi kau beratus ribu ringgit.
r.. PRU13 •
aku slalu dapat emel kononnya menang berpuluh2 ribu.. tapi aku delete jer.. Yang cikgu tadika ni bodo sgt tu kenapa?
s.. alley • 1
fikir kan masa bila kita ada mengikuti cabutan, tak nama kita yg tpilih? pada yg belum kena hati2. saya ada 4 kali dah terima email seperti ini. Yang lagi pelik ada email mengajak kongsi jadi taukey minyak di Iraq
t.. Joehady •
Memang betul berkenaan isu kad pengenalan (MyKad) ini. Di Labuan sendiri ramai pendatang asing memiliki MyKad bertaraf warganegara Malaysia, sedangkan mereka ini pendatang dari Filipina dan Indonesia. Kami penduduk tempat amat risau kebanjiran pendatang ini. Kini keselamatan orang tempatan dan warganegara sebenar di Labuan tidak terjamin. Kebudayaan dan akhlak mereka amat berbeza. Kes jenayah, kes curi, rompak dan pecah rumah sering berlaku. Apa tah lagi kerajaan memberi pendatang asing ini rumah/tempat tinggal yang selesa, bill eletrik dan air percuma.

Pendapat orang tempatan, kerajaan lebih membela orang asing daripada orang tempat dan rakyatnya sendiri. Menurut warga disini, pendatang asing ini dilindungi untuk undi hantu. Inilah kesilapan yang saya nampak yang mengakibatkan warganegara asal tidak menyokong kerajaan. Kerajaan harus tanggani masalah ini dengan segera untuk kesejahteraan rakyat.
u.. SafinaLee •
aiyoooo..that's what u get for being so greedy. ingt kan nk dpt duit, tp last2 kena tpu. next time b extra alert.
v.. Hana •
dapat hadiah tp kena bayar....??setahu saya hadiah adalah percuma..tanpa perlu apa2 bayaran atau tukaran..
w.. Noresra •
Jgn mudah percaya pd sesuatu benda yg mudah...tiada kesenagan tanpe usaha..fikir2kn.
x.. Andyram •
ayoo..where in the do you pay money when you win a lottery?you only recieve it...so stupid tis ce'gu..even in a contest also you dont pay anything..stupid n grreedy...ahahah
y.. Yus Op •
bagi kat aku kan bagus duitnya..tak pon belanja murid2..cikgu pon kena tipu mcm na ni
z.. peaches •
kenapa tak panjang akal, kalau nak dpt hadiah, kenapa perlu masukkan duit sendiri dlm akaun sindikit tu.... , apa2 aje yg perlukan kita mendahulukan duit semua tipu....
aa.. Syaz Electrical •
Tamak dan bodoh itu sahaja yang boleh dikomen dan tidak layak jadi guru tabika.
ab.. alley •
ha,ha, reader digest , siap dgn kunci kereta lagi. saya dh hubungi no telepon..apa yang dijawaab mereka, hadiah itu utk dimenangi saya sekiranya saya menang. syaratnya saya kena beli /langgan mjallah mereka
ac.. noor fady •
mcm mana cabutan bertuah kat london, org duduk malaysia pulak bley menang ? alahai sng betul nak kena tipu;(. haritu pun aku ada dpt emel, ada org dr amerika nak kasi duit 2million USD dr hasil menang loteri dia ( 11mil) siap bg bukti gambar n petikan akhbar. tp petikan dr 2 tahun lepas, and tunjuk duit yg org tua tu menang nak hampir habis pun sebab dia bahagikan pada semua keluarga dan bayar bil hospital dia. tau aku balas apa? hehe aku balas ' I cannot use the money even one cent because im islam. its haram. i will have to give it to charity who not islam' hahahahaha
tp dia suruh bukak akaun online...maleh la. nmpk sgt nak menipunya
ad.. alley • 1
kalau kita dah menjang buat apa kita kena byr. saya pun pernah terima email smacan ini. mula2 saya saja layan, bab minta duit saya tak layan.
ae.. joehaizan •
bodooooooo
af.. Abang bab •
laaa kesian pun ada meluat pun ada.. naper yg bangang smpai mudah sangat kena tipu???..
ag.. Amino Acid •
E-mail dari Readers digest pula camana? dah bertimbun dlm mailbox saya!!! saya pun tak tau camana dia bole tetiba ada kat c tu
ah.. No Harm •
Pepatah Cina (dialih bahasa) - Tiada Peti Besi Yang Melompat-Lompat Di Jalanan....
ai.. Shamsilazrin •
kenape org pandai selalu kene tipu pelik2
aj.. Hms •
wa banyak dapat emai airasia, loteri, patronas, shell, sim card...wa reply wa carutkan mcm2
logik la sikit ade org bagi duit free ratusan ribu lak tu.....usah bangang butol klu percaya
ak.. zac •
Dah kena nak buat camne akibat tamak & bodoh.. Cuma pihak pols tak boleh siasat ke nombor akaun yg cikgu bank-in kan ke? Cepat dpt tangkap dan membenteras jenayah siber...
al.. Nazrin •
Bangang Abadi....

----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-

Sent: Thursday, January 10, 2013 11:33 PM

Dalam dok beritahu macam nie pun masih banyak lagi yang percaya..!!!!

Posted by Kedah Lanie

Jangan layan individu minta maklumat kad kredit

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar tidak melayan sebarang panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dari sebuah bank tempatan dan meminta pengesahan transaksi kad kredit atau berkaitan tunggakan kad kredit.

Pengerusi Biro Aduan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Wilson Lau Hoi Keong berkata ini kerana panggilan itu mungkin daripada anggota sindiket penipuan kad kredit.

"Modus operandi sindiket itu ialah dengan menelefon mangsa dan mendakwa sebagai pegawai bank dan memberitahu bahawa mangsa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit yang perlu segera dijelaskan," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata pemanggil kemudian meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke akaun pihak ketiga atas alsan untuk melindungi keselamatan wang itu dan transaksi tersebut dirahsiakan.

Katanya, setakat ini, pihaknya menerima 18 aduan daripada mangsa penipuan sindiket itu.
Seorang ahli perniagaan, William Pheng, 39, yang hadir pada sidang akhbar itu, mendakwa beliau hampir terpedaya apabila menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku pegawai sebuah bank.

Beliau berkata 'pegawai bank' itu memintanya mengesahkan transaksi kad kredit bagi pembelian barangan dari luar negeri.

"Saya menjawab bahawa saya tidak ada membuat sebarang transaksi berkenaan dan pegawai itu kemudian memberikan nombor lain untuk pengesahan. Apabila saya menghubungi nombor telefon itu, seorang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai Bank Negara meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit saya.

"Lelaki itu arahkan saya untuk memindahkan wang di kaunter kepada akaun pihak ketiga atas alasan memastikan wang saya dilindungi, dan meminta agar saya merahsiakan transaksi itu," katanya.

Pheng berkata beliau yang meragui permintaan lelaki itu menelefon Bank Negara, dan dimaklumkan nama lelaki itu tidak ada dalam senarai pegawai bank pusat tersebut. - Bernama

Mon Feb 4, 2013 6:54 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Kes Ibu Beranak Dua Mati Ditembak: Polis Jadi 'Hakim' Sebelum Mangsa Dibuktikan Bersalah
Posted by greenboc

Polis tidak sepatutnya menjadi 'hakim' sebelum disabitkan sesuatu kesalahan itu di mahkamah terhadap seseorang dan yang menyedihkan, tiga mangsa mati dalam keadaan tidak sepatutnya dalam tempoh sebulan membabitkan pasukan keselamatan itu.

Akibat tindakan tidak bertanggungjawab pihak polis yang melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan sebuah kereta yang dipercayai dicuri menyebabkan seorang ibu beranak dua, Pua Bee Chun, 22, menjadi mangsa.

Mangsa dipercaya mati terkena tembakan itu berdasarkan kesan 24 butir peluru pada kereta yang dinaiki dalam kejadian di Jalan Bendahara, Taman Sentosa, di sini, kira-kira jam 8.30 malam 18 Januari lalu.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, beliau kecewa dan sedih dengan kejadian itu dan menganggap polis tidak sepatutnya melakukan tindakan melulu di kawasan perumahan.

"Apabila berlaku begitu, tidak ada siapa yang akan selamat. Ini membuktikan polis tidak menjalankan tugasnya secara profesional iaitu sepatutnya mendakwa penjenayah di mahkamah, bukannya terus betindak sebagai 'hakim'.

"Kami pernah desak termasuk di Parlimen agar Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan tetapi hingga sekarang tidak dilaksanakan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo pula menyifatkan kejadian itu sebagai kes yang hampir sama dengan kematian seorang remaja berusia 15 tahun Aminulrasyid Amzah pada 2010 lalu.

"Polis kita bukan tidak terlatih. Banyak cara boleh hentikan kereta dan tidak perlu menggunakan senjata. Mereka sendiri tahu melepaskan tembakan boleh menyebabkan banyak kemungkinan berlaku.

"Kita akan bawa kes ini untuk tindakan sivil terhadap pegawai polis bertanggungjawab," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Puchong dan akan menjadi peguam kepada keluarga mangsa.

Dalam laporan polis suami mangsa, Foo Voon Kong, 26, mendapat tahu insiden malang yang menimpa isterinya setelah menerima panggilan telefon daripada seorang kawan.

"Saya sampai di tempat kejadian dan ketika itu ramai orang awam dan pihak polis. Mayat isteri saya sudah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan doktor memberitahu bahawa isteri saya ditembak melalui belakang badannya dan peluru terkena pada paru-paru dan jantung," jelas beliau.

Voon Kong yang bekerja sebagai pemandu lori itu berharap satu siasatan penuh dijalankan dan mengheret segera pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Kejadian polis melepaskan tembakan itu hanya untuk menghentikan sebuah kereta yang didakwa sebagai kereta curi. – Roketkini.

Lelaki dakwa polis tembak isterinya, tuntut penjelasan

The Malaysian Insider
a..
a..
Oleh Syed Jaymal Zahiid
KUALA LUMPUR, 31 Jan - Seorang pemandu lori menuntut siasatan bebas mengapa isterinya ditembak mati oleh polis selepas berlaku kejar mengejar kereta dua minggu lalu di kawasan perumahan dan berakhir dengan kejadian tembak.

Insiden berlaku pada 18 Januari pada jam 8.30 malam, apabila Pua Bee Chun, seorang suri rumah berusia 22 tahun bersama rakannya, dikejar polis semasa memandu di Taman Sentosa di sini.

Foo Voon Kong, 26 tahun memberitahu wartawan bahawa isterinya, menurut bedah siasat, mati akibat peluru menusuk ke bahagian jantung.

"Ada 24 lubang peluru di tepi pintu keretanya," kata Foo.

"Saya diberitahu oleh seseorang, saya ingat dia bergurau dan meminta agar tidak bergurau. Kemudian dia bawa saya ke tempat kejadian dan apabila saya tiba, isteri saya sudah dalam beg mayat," kata ayah kepada dua orang anak itu.

"Polis tembak isteri saya," katanya lagi.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak memberi sebarang keterangan mengapa Pua, yang dikatakan seorang yang baik ditembak mati.

comments
a.. lim ronnie •
a.. What is going on ? Some thing is seriously wrong here ! PDRM is it another criminal or just trigger happy police ?
b.. A Yahoo! User •
go and shoot mat rempit or peragut bag la
c.. shan •
Those bas*ards are at it again!!
d.. Jarrod •
what the hell is happening to our country?? why are the cops gunning down young women on the streets like terrorists? why no reasons given?? do policemen have right to open fire to KILL people when they run away? our cops must be thinking they are living in a movie like dirty harry or judge dredd.
e.. Steve S S •
Lagi kes Polis .....salah guna kuasa dan membuli rakyat jelata. Hishamoodinnnnnnnn...sudah ..jgn temberang lagi . Buat perubahan atau anda akan di buang kerja ...pilihanraya dah dekat ini ? Jngan ambil undang2 ditangan.
f.. Brian Baker •
Again?????!!!!!! what in the hell is happening to PDRM so many killings in such a short period???? PDRM = Padam Dan Rahsia Maklumat
g.. ijol amrani keybored •
Malaysia police nowadays act like PDRM belongs to their father company....
h.. Jacky Chiam •
Polis ada pistol...mereka menembak apa2 aje yang pandai bergerak, termasuk isteri orang yang tak bersalah. Kenapa polis tidak menembak isteri diri sendiri....?
i.. C H •
Next press conference; Hisapmudin will claim that Malaysia is the safest country in the world. All these are just PERCEPTION.................
j.. Mohammad Alif •
"kami tembak hanya untuk menghentikan kenderaan yang dibawa laju, tak ada niat mencederakan sesiapa." kalau polis buat alasan mcm ni, memang bangsat la lu polis...
k.. Alia •
Apa dah jadi dgn negara ni?
l.. Default •
I'll comment when I get the rest of this news.
m.. Politus •
POLIS MALAYSIA TDK BOLEH PAKAI...cuma BAJU sahaja kuasa mereka! kalau tiada baju yang digelar DIRAJA itu..sudah pasti mereka macam AYAM PIARA yang ketakutan waktu BERSABUNG!..STUPID DIRAJA!!
n.. A Yahoo! User •
Do you really want to know the truth !!!!!
truth meeeh !
o.. MAIL •
POLIS PANDAILH CARI JALAN MAU TUTUP KES
p.. brat pott •
sabar tn2.....kt dgr sebelah pihak ja....tp sy harap pihak polis jgn terburu2 apabila pistol terselit d pinggang anda.Elak kalau bole dr mencederakan org awam.
q.. Azahan •
dlm sentimen tembak menembak, kita jgn kaitkan dgn politik.. Ini bukan urusan politik tapi urusan jenayah.. Kita tunggu keputusan siasatan.. Pls, opened your mind
r.. kejor yob kejor •
sapa suruh bini lu lari, polis tahan berhenti saja la.. bahlol
polis bukan sniper, tembak memang niat nak hentikan kereta dgn cara bocorkan tayar..
tapi si bangang Pua Bee Chun ni lari ape pasal, masakan tidak ada adegan kejar mengejar
s.. voxx •
Ini kes dadah, bini dia tu pengedar dadah mungkin laki dia ni pun terlibat sekali tapi tak ada bukti.

Mon Feb 4, 2013 6:55 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Video 30 Saat Yang Menyentuh Perasaan
Posted by greenboc

Klip video ini pendek sahaja namun ia cukup menyentuh perasaan siapa pun yang melihatnya.

Saksikan bagaimana si abang hendak membantu adik perempuannya untuk melintas sebuah parit kecil.

Semoga nilai-nilai murni yang tertanam itu akan kekal sehingga mereka meningkat dewasa.

Saksikan… – MyNewsHub

Attachments with this message:
1 of 1 File(s)

Mon Feb 4, 2013 8:09 am (PST) . Posted by:

"suhaimi ibrahim" designplanet78

saya fowardkan soalan ni dari blog saya, sebab saya tak arif bab jual beli. harap ade rakan bleh membantu

Salam smua.. nk mintak pandangan sikit, sy jual perdana v6 2003 dengan harga rm24k (dah abis baya). Buyer dari terengganu n saya dari ampang, so die dh submit loan.. sy dah buat puspakom and kereta tu atas nama ayh saya. Ayh sy dah sign borang tukar nama surat pesuruhjaya sumpah pon dah ready.. Puspakom saya dah buat dan tggu masa loan approve untuk pass ke buyer bersama borang tukar nama(atau tggu bank bg duit dulu baru saya bagi borang tukar nama?).

Bila loan buyer tu lulus mnggu ni, ade soalan bermain di fikiran sy: 1. boleh ke buat cara ni (buyer & seller berlainan kawasan?) apply loan tmpt lain, puspakom tmpt lain. 2. ayah saya akan ke mekah 3 mnggu dari khamis ni, so adakah sy mmg kene bagi no akaun ayah saya utk bank letak nama kat check. (betul?

GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: