Wednesday, March 13, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3531

6 New Messages

Digest #3531
2
3a
Fw: YANG BUAT KASTAM PENING KEPALA by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
3b
Re: Fw: YANG BUAT KASTAM PENING KEPALA by "Zaiedishaq" zaiedishaq
4
Fw: Syarikat telco putar alam by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Tue Mar 12, 2013 9:11 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Futsal mengakibatkan serangan jantung mengejut?
By Marmi Panti Hidayah | Yahoo Newsroom –

Bekas pembantu jurulatih kelab bolasepak Indonesia, Sriwijaya FC, Setyo Cipto meninggal dunia akibat serangan jantung secara mengejut ketika bermain futsal pada awal Disember 2012. Kes sebegitu bukan yang pertama kali berlaku. Lima tahun lalu, pelawak Basuki juga meninggal dunia selepas bermain futsal.

Justeru, adakah itu bermakna yang futsal berisiko mengakibatkan serangan jantung mengejut?

"Sukan futsal bukanlah faktor risiko timbulnya serangan jantung mengejut," tegas doktor pakar perubatan sukan dari Universiti Andalas, Dr. Afriwardi.

Akan tetapi jelas beliau, aktiviti-aktiviti fizikal yang mendadak dan berat termasuk futsal, memang boleh mengakibatkan serangan jantung secara mengejut. "Ini berlaku terutamanya dalam kalangan mereka yang memang mempunyai faktor risiko seperti hipertensi, hiperlipidemia, penyakit jantung koronari dan orang yang tidak terlatih," lanjut doktor bidang sains bioperubatan itu.

Menurut Dr. Afriwardi, secara umumnya serangan jantung mengejut selepas bersenam berlaku kerana aktiviti itu tidak dilakukan secara profesional. Apabila senaman dilakukan dalam dos atau kuantiti yang berlebihan, keperluan pengoksigenan tisu otot jantung menjadi semakin bertambah.

"Keadaan ini boleh menimbulkan gangguan terhadap jantung dan mengakibatkan kematian," jelasnya.

Dr. Afriwardi menyarankan agar setiap orang memberi perhatian terhadap kaedah bersenam. Bermainlah futsal secara baik, betul, teratur dan berpada-pada. Selain itu, setiap pemain futsal harus mengamalkan dua perkara; pertama, membuat aktiviti memanaskan badan sebelum bermain dan menamatkan permainan dengan aktiviti menyejukkan badan.

"Perkara lain yang perlu diperhatikan adalah tempoh permainan. Sering terjadi oleh kerana leka bermain, permainan berlanjutan sehingga melebihi dua jam," ujar Dr. Afriwardi.

Menurut beliau, tempoh yang disyorkan untuk bermain futsal amat bergantung kepada keadaan dan kemampuan seseorang pemain. Ertinya, pemain yang terlatih boleh bermain lebih lama. "Berbeza dengan masyarakat biasa yang tidak terlatih, mereka disyorkan agar bermain tidak lebih daripada sejam. Itupun mereka harus bermain dengan tahap kesungguhan yang rendah dulu. Apabila sudah biasa bermain, barulah kesungguhan itu ditingkatkan sedikit demi sedikit, "jelasnya.

Bermain futsal ialah sukan yang paling mudah dan menyeronokkan pada ketika ini. Futsal tidak memerlukan ramai pemain. Aktiviti ini juga boleh dilakukan di dalam bangunan yang terlindung atau yang terdedah pada sinaran matahari. Gelanggang futsal juga mudah ditemui baik berhampiran pejabat mahu pun di kawasan kediaman sekali gus menjadikannya rekreasi yang popular. Kos untuk bermain futsal juga berpatutan. Biasanya mereka akan sama-sama berkongsi wang untuk menyewa tempat bermain.

Maka tidak hairanlah, penggemar sukan futsal ini mempunyai latar belakang ekonomi dan usia yang berbagai-bagai.

Menurut Dr. Afriwardi, aspek usia tidak membatasi keupayaan seseorang bermain futsal. "Namun sebaik-baiknya, mereka yang berumur 45 tahun ke atas tidak bergiat dalam sukan itu. Ini kerana pada usia itu proses penuaan mula berlaku," kata doktor yang memperoleh kepakaran dalam perubatan sukan dari Universiti Indonesia itu.

Perlu diketahui bahawa beban anaerobik sukan futsal adalah lebih berat berbanding bola sepak konvensional. Sukan futsal dimainkan di gelanggang yang sempit justeru dimainkan dengan tempo yang relatif lebih pantas berbanding bola sepak konvensional yang dimainkan di padang yang lebih luas.

Jelas Dr. Afriwardi, semua orang yang mempunyai risiko gangguan kardiovaskular perlu mengelakkan aktiviti fizikal yang memerlukan kelincahan serta ketangkasan pemain seperti futsal dan badminton.

Apatah lagi jika sukan itu menuntut pemainnya banyak menggunakan tenaga anaerobik.

"Jadi bagi orang yang mempunyai masalah penyakit jantung koronari dan hipertensi yang tidak terkawal, mereka disyorkan agar tidak bermain futsal," tegas beliau.

Tue Mar 12, 2013 8:32 pm (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Arwah ayah seorang teman meninggal di court badminton.
Arwah cikgu (masa sekolah teknik dulu) meninggal di gym.

Bahaya juga kalau over do ni..

2013/3/13 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>

> **
>
>
> **
> *Futsal mengakibatkan serangan jantung mengejut?*[image: Yahoo Newsroom]By
> Marmi Panti Hidayah | Yahoo Newsroom �
>
>
> Bekas pembantu jurulatih kelab bolasepak Indonesia, Sriwijaya FC, Setyo
> Cipto meninggal dunia akibat serangan jantung secara mengejut ketika
> bermain futsal pada awal Disember 2012. Kes sebegitu bukan yang pertama
> kali berlaku. Lima tahun lalu, pelawak Basuki juga meninggal dunia selepas
> bermain futsal.
>
> Justeru, adakah itu bermakna yang futsal berisiko mengakibatkan serangan
> jantung mengejut?
>
> "Sukan futsal bukanlah faktor risiko timbulnya serangan jantung mengejut,"
> tegas doktor pakar perubatan sukan dari Universiti Andalas, Dr. Afriwardi.
>
> Akan tetapi jelas beliau, aktiviti-aktiviti fizikal yang mendadak dan
> berat termasuk futsal, memang boleh mengakibatkan serangan jantung secara
> mengejut. "Ini berlaku terutamanya dalam kalangan mereka yang memang
> mempunyai faktor risiko seperti hipertensi, hiperlipidemia, penyakit
> jantung koronari dan orang yang tidak terlatih," lanjut doktor bidang sains
> bioperubatan itu.
>
> Menurut Dr. Afriwardi, secara umumnya serangan jantung mengejut selepas
> bersenam berlaku kerana aktiviti itu tidak dilakukan secara profesional.
> Apabila senaman dilakukan dalam dos atau kuantiti yang berlebihan,
> keperluan pengoksigenan tisu otot jantung menjadi semakin bertambah.
>
> "Keadaan ini boleh menimbulkan gangguan terhadap jantung dan mengakibatkan
> kematian," jelasnya.
>
> Dr. Afriwardi menyarankan agar setiap orang memberi perhatian terhadap
> kaedah bersenam. Bermainlah futsal secara baik, betul, teratur dan
> berpada-pada. Selain itu, setiap pemain futsal harus mengamalkan dua
> perkara; pertama, membuat aktiviti memanaskan badan sebelum bermain dan
> menamatkan permainan dengan aktiviti menyejukkan badan.
>
> "Perkara lain yang perlu diperhatikan adalah tempoh permainan. Sering
> terjadi oleh kerana leka bermain, permainan berlanjutan sehingga melebihi
> dua jam," ujar Dr. Afriwardi.
>
> Menurut beliau, tempoh yang disyorkan untuk bermain futsal amat bergantung
> kepada keadaan dan kemampuan seseorang pemain. Ertinya, pemain yang
> terlatih boleh bermain lebih lama. "Berbeza dengan masyarakat biasa yang
> tidak terlatih, mereka disyorkan agar bermain tidak lebih daripada sejam.
> Itupun mereka harus bermain dengan tahap kesungguhan yang rendah dulu.
> Apabila sudah biasa bermain, barulah kesungguhan itu ditingkatkan sedikit
> demi sedikit, "jelasnya.
> *
>
> *Bermain futsal ialah sukan yang paling mudah dan menyeronokkan pada
> ketika ini. Futsal tidak memerlukan ramai pemain. Aktiviti ini juga boleh
> dilakukan di dalam bangunan yang terlindung atau yang terdedah pada sinaran
> matahari. Gelanggang futsal juga mudah ditemui baik berhampiran pejabat
> mahu pun di kawasan kediaman sekali gus menjadikannya rekreasi yang
> popular. Kos untuk bermain futsal juga berpatutan. Biasanya mereka akan
> sama-sama berkongsi wang untuk menyewa tempat bermain.
>
> Maka tidak hairanlah, penggemar sukan futsal ini mempunyai latar belakang
> ekonomi dan usia yang berbagai-bagai.
>
> Menurut Dr. Afriwardi, aspek usia tidak membatasi keupayaan seseorang
> bermain futsal. "Namun sebaik-baiknya, mereka yang berumur 45 tahun ke atas
> tidak bergiat dalam sukan itu. Ini kerana pada usia itu proses penuaan mula
> berlaku," kata doktor yang memperoleh kepakaran dalam perubatan sukan dari
> Universiti Indonesia itu.
>
> Perlu diketahui bahawa beban anaerobik sukan futsal adalah lebih berat
> berbanding bola sepak konvensional. Sukan futsal dimainkan di gelanggang
> yang sempit justeru dimainkan dengan tempo yang relatif lebih pantas
> berbanding bola sepak konvensional yang dimainkan di padang yang lebih
> luas.
>
> Jelas Dr. Afriwardi, semua orang yang mempunyai risiko gangguan
> kardiovaskular perlu mengelakkan aktiviti fizikal yang memerlukan
> kelincahan serta ketangkasan pemain seperti futsal dan badminton.
>
> Apatah lagi jika sukan itu menuntut pemainnya banyak menggunakan tenaga
> anaerobik.
>
> "Jadi bagi orang yang mempunyai masalah penyakit jantung koronari dan
> hipertensi yang tidak terkawal, mereka disyorkan agar tidak bermain
> futsal," tegas beliau.
>
>
>

Tue Mar 12, 2013 9:11 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Khas Untuk WANITA - DOA Elak di ROGOL...!!!
Posted by Kedah Lanie

Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

KHAS UNTUK WANITA

Doa ini adalah doa sahih yang dibaca oleh Sarah,
isteri Nabi Ibrahim yang menyebabkan para lelaki
yang zalim termasuk rajanya sendiri melarikan diri.

Asalnya raja tersebut ingin merogol wanita
tersebut (Sarah kalau tak silap), kemudian setelah
wanita itu membaca doa ini raja tersebut rasa
menggigil dan akhirnya tak jadi nak
menganiayanya dan beredar dari situ. Kisah yang
panjang dan menarik, diringkaskan.

harap doa ini dapat diamalkan.

Nota:
Walau bagai mana pun pakaian kita pun mestilah menuruh perintah Allah,
jika tidak macam mana Allah hendak makbur kan doa itukan. :)

Tue Mar 12, 2013 9:14 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



PERKARA YANG BUAT KASTAM PENING KEPALA
malaysiaberih.blogspot.
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

tak mampu berkata apa-apa......

Tue Mar 12, 2013 8:33 pm (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

adakah flag Johor di belakang tu (dan juga di helmet)?

2013/3/13 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>

> **
>
>
> **
>
>
> PERKARA YANG BUAT KASTAM PENING KEPALA <http://naimnikmat.blogspot.com/2013/03/perkara-yang-buat-kastam-pening-kepala.html>
> malaysiaberih.blogspot.
> naimnikmat.blogspot.
> Dicatat oleh Na'im Nikmat
>
>
> tak mampu berkata apa-apa......
>
>
>
>
>
>

Tue Mar 12, 2013 9:14 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Syarikat telco putar alam
malaysiaberih.blogspot.
idhamlim.com
Idham Lim

Kwee Hoh menunjukkan dokumen dengan syarikat telekomunikasi berkenaan.

IPOH - Seorang pemilik syarikat pemborong barangan elektrik kecewa apabila telefon pintar model iPhone 5 yang dijanjikan sebuah syarikat telekomunikasi (telco) terkenal sejak lapan bulan lalu tidak diterima sehingga kini.

Mangsa, Hew Kwee Hoh, 45, mendakwa ditipu syarikat tersebut melalui pakej yang ditawarkan kepadanya.

Dia yang berasal dari Buntong Tambahan berkata, sewaktu perbincangan mengenai pakej tersebut, syarikat berkenaan berjanji untuk memberi sebuah telefon pintar dengan nilai yang ditetapkan.

"Pada mulanya, mereka menawarkan saya telefon pintar model Samsung Galaxy S3 namun saya menolaknya kerana menggunakan model yang sama. Kemudian saya memohon untuk menukarkannya kepada i-Phone 5.

"Bagaimanapun, selepas menggunakan lapan nombor melalui pakej tersebut sejak Julai lalu, telefon pintar yang dijanjikan masih belum diterima, " luahnya dengan nada kesal.

Disebabkan tidak berpuas hati, Kwee Hoh membuat aduan berhubung masalahnya kepada pihak atasan namun syarikat telekomunikasi terbabit seolah-olah cuba lepas tangan.

"Saya telah menghubungi dan berjumpa dengan mereka hampir empat kali untuk mendapat penjelasan tetapi terlalu banyak alasan yang diberikan.

"Malah, saya pernah turun ke ibu pejabatnya sebanyak dua kali untuk mengetahui situasi sebenar berhubung perkara tersebut.

"Kemudian, syarikat tersebut bertindak menghantar wakilnya ke rumah saya untuk mengambil semula dokumen peribadi dan syarikat milik saya dan sekali lagi berjanji akan memberikan telefon pintar itu dalam tempoh seminggu.

"Namun, sekali lagi saya kecewa kerana masih tidak menerima telefon itu," katanya.

Bagaimanapun, pada 21 Februari lalu, Kwee Hee berkata, dia dihubungi pekerja syarikat telekomunikasi yang meminta beliau menandatangani semula kontrak baru.

Berang dengan tindakan syarikat terbabit, dia enggan menurunkan tanda tangan pada perjanjian baru itu kerana berasa tertipu dengan syarikat telekomunikasi berkenaan.

Katanya, beliau sangat kecewa dan ingin menghentikan pakej perkhidmatan talian tetap yang digunakan itu tetapi dikenakan penalti sebanyak RM150 sebulan untuk satu talian memandangkan pakej itu telah menetapkan kontrak selama dua tahun.

Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Negeri, Mohd Rawi Abdullah menasihatkan supaya masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai tawaran menarik yang dikemukakan syarikat telekomunikasi.

"Jika berminat, mereka perlu meneliti terlebih dahulu perjanjian yang diberikan sebelum menandatanganinya.

"Sejak pertengahan tahun lalu hingga kini kami sudah menerima lebih kurang 10 kes berhubung penipuan membabitkan syarikat komunikasi.

"Kami akan membuat aduan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar tindakan sewajarnya diambil kepada mana-ana pihak yang melakukan penipuan ini," katanya.

sinar/-
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: