Sunday, July 13, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3962[1 Attachment]

4 Messages

Digest #3962
1
Fw: LPT2 Jabor-Cheneh dibuka 21 Julai ini by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Resend: Fw:ini yang terjadi di Gaza.. by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Berhati - hati Sebelum Raya by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Jul 13, 2014 12:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

LPT2 Jabor-Cheneh dibuka 21 Julai ini

sinarharian.com.my

KUALA TERENGGANU - Pakej kedua projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang menghubungkan Jabor ke Cheneh di Kemaman akan dibuka kepada semua lalu lintas pada 21 Julai ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, laluan sepanjang 26 kilometer itu akan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya sempena Aidilfitri.

"Baki 54 kilometer keseluruhan LPT 2 yang belum siap dijangka dibuka selewat-lewatnya akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini hari ini.

"Kita juga sedang meneliti kemungkinan untuk membuka laluan Cheneh ke Chukai pula sekiranya sempat sebelum Aidilfitri ini, namun belum mendapat kelulusan dan belum diwartakan untuk membuka laluan terus Jabor-Cheneh-Chukai sepanjang 40 kilometer itu," katanya.

Jika laluan ke Chukai itu sempat dibuka sebelum Aidilfitri, bermakna kita hanya perlu menyiapkan baki 40 kilometer sahaja lagi, katanya.

Projek LPT 2 sepanjang 184 kilometer yang bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu itu adalah kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006.

Projek LPT 2 itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Projek yang sepatutnya siap pada akhir tahun 2010 itu bagaimanapun mengalami masalah apabila beberapa kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan kerja mengikut jadual berikutan masalah kenaikan harga barang pembinaan di pasaran. - Bernama

Sun Jul 13, 2014 1:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



----- Original Message -----
From: Pendekar Bloggerz pendekarbloggerz@gmail.com

Sent: Wednesday, July 09, 2014 4:14 PM
Subject: Ketika kita sedang tidur atau menonton Piala Dunia malam tadi, ini yang terjadi di Gaza..

Ketika kita sedang tidur atau menonton Piala Dunia malam tadi, ini yang terjadi di Gaza..

Sekurangnya 28 orang awam Palestin termasuk tiga kanak-kanak maut ketika tentera rejim Israel melancarkan kempen serangan udara dan laut besar-besaran keatas pejuang Hamas sejak malam tadi . Rejim Israel sebelum itu turut memberi kebenaran kepada tenteranya untuk mengerahkan 40 ribu tentera tambahan dalam operasi serangan balas di Gaza.

Kempen serangan udara rejim Zionis itu turut menyebabkan lebih 150 orang awam yang lain cedera. Rejim menyatakan mereka mungkin akan mengerahkan tentera darat ke Gaza untuk mengentikan serangan roket terhadap Israel .Hamas sebelum itu dilaporkan melancarkan lebih 130 serangan roket ke Tel Aviv sejak Isnin malam. Israel pula mendakwa berjaya memintas beberapa bedilan secara berasingan .Dalam satu serangan terburuk, sebutir peluru berpandu mengena sebuah rumah di bandar selatan Khan Yunis, menyebabkan tujuh maut.Susulan itu Hamas mengeluarkan amaran yang seluruh rakyat Israel akan menjadi sasaran tindak balas. Tidak lama kemudian media Israel pula melaporkan sebuah roket terkena sebuah rumah di Baitul Maqdis, namun tiada kecederaan dilaporkan.Presiden Palestin Mahmoud Abbas dalam reaksinya menuntut Israel segera menghentikan serangan ke atas Gaza lapor AstroAwaniSementara itu AFP pula melaporkan 12 maut, Israel bedil 50 lagi sasaran di Gaza Bandaraya Gaza:

Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila pesawat tempur tentera Israel melepaskan bedilan roket ke Semenanjung Gaza bermula awal pagi semalam dalam kempen terbaru rejim Zionis di wilayah itu.Di tengah Gaza seorang lelaki terbunuh berhampiran kem pelarian Nusseirat. Sejurus kemudian empat orang di dalam sebuah kereta maut selepas terkena bedilan roket Israel.Tujuh orang lagi terkorban dan 25 yang lain cedera apabila bedilan roket Israel terkena sebuah rumah di Khan Younis di selatan Gaza. Identiti mereka bagaimanapun belum dikenal pasti.Presiden Mahmud Abbas mendesak Israel menghentikan segera kempen serangannya dan menggesa dunia mengenakan tekanan ke atas kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.Bagaimanapun, Kabinet Israel dijangka memanggil kira-kira 40,000 anggota pasukan simpanannya untuk meningkatkan serangan ke wilayah terbabit.

Pesawat tempur Israel membedil lebih 50 sasaran di Gaza awal semalam selepas pejuang Hamas melancarkan roket merentasi sempadan, sekali gus menjerumuskan kedua-dua pihak ke arah konflik lebih besar.Ia adalah ketegangan paling serius di wilayah itu sejak November 2012 dan berlaku ketika Israel bertungkus-lumus mengekang gelombang kemarahan di bandar Arab berhubung pembunuhan ngeri remaja Palestin oleh pelampau Yahudi.

Tentera Israel mengesahkan ia memulakan kempen udara yang digelar Operation Protective Edge bertujuan mengurangkan bedilan roket ke selatan Israel."Kira-kira 50 sasaran diserang, antaranya ialah empat rumah milik pejuang, kawasan pelancaran roket dan infrastruktur pejuang. Objektif operasi menyerang Hamas dan mengurang bedilan roket ke Israel," kata jurucakapnya.Setakat ini, bedilan itu cuma memberikan kecederaan kecil di sebelah Israel.Pasukan keselamatan Palestin berkata, lebih 70 kawasan menjadi sasaran serangan udara. Saksi berkata, beberapa rumah menjadi sasaran, terutama di bandar raya Khan Yunis.Hamas memberi amaran rejim Zionis sudah melanggar batasan dan akan membayar harganya."Jika dasar ini tidak dihentikan, kami akan bertindak balas dengan meluaskan kawasan sasaran hingga ke tahap musuh akan terkejut," kata sayap tentera pergerakan itu, Briged Ezzedine al-Qassam, dalam satu kenyataan.Tentera berkata, 81 serangan roket disasarkan ke selatan Israel kelmarin, dengan kira-kira satu pertiga daripadanya dalam masa singkat pada sebelah petang.Awal semalam, enam lagi roket mendarat di selatan. Siren kedengaran di 10 bandar, termasuk Beit Shemesh, 80 kilometer dari Semenanjung Gaza, kata kenyataan tentera.Kira-kira 16 bedilan roket dilepaskan sekitar bandar raya Beersheva di selatan, 40 kilometer dari Gaza dan mempunyai kira-kira 200,000 penduduk.

http://youtu.be/RL_1MlfuniQ

Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Jul 13, 2014 1:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kuning Telur Sama Buruknya Dengan Merokok Bagi Kesihatan Jantung | WAJIB BACA !!!
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com
by Que Achmad
Posted in Que hanya bagi Info...

Telur sering disebut-sebut sebagai makanan yang sihat mungkin boleh mengakibatkan buruk terhadap kesihatan arteri.

Putih telur diketahui bermanfaat bagi kesihatan kerana tinggi protein, tapi sayangnya kuning telur mengandungi kolesterol tinggi yang hampir sama bahayanya dengan nikotin rokok terhadap arteri.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Western University di Kanada dan diterbitkan dalam jurnal Atherosclerosis menunjukkan bahawa diet kaya kuning telur boleh menyumbat arteri dan mengembangkan aterosklerosis.

Seperti dipetik dari onlymyhealth, Jumaat (7/9/12), aterosklerosis adalah suatu keadaan perubatan yang boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke, akibat pengumpulan plak di sepanjang dinding arteri.

Penyelidik di University Hospital juga melakukan kajian terhadap pesakit aterosklerosis tentang gaya hidupnya sehari-hari, pengambilan ubat-ubatan, riwayat merokok dan pengambilan kuning telur satu minggu. Kadar daripada 1.262 pesakit menunjukkan bahawa plak pada dinding arteri mengalami peningkatan secara signifikan selepas usia 40 tahun.

Tetapi peningkatan secara eksponen jug aterjadi pada pesakit yang mempunyai kebiasaan merokok dan yang mengambil kuning telur secara teratur. Besarnya pengaruh kuning telur dalam penumpukan plak arteri hampir dua pertiga dari pengaruh rokok.

Merokok secara langsung dapat mempengaruhi pembuluh darah dan pembangunan plak, sedangkan pengambilan kuning telur mempunyai kesan yang tidak langsung, iaitu dengan menjejaskan kolesterol darah secara keseluruhan.

Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah menyebabkan pengumpulan plak arteri secara berperingkat. Selain makan kuning telur, ada faktor-faktor lain yang juga mempengaruhi kadar kolesterol, termasuk makan makanan berlemak, obesiti, kurangnya aktiviti fizikal dan genetik.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kuning telur sangat berbahaya bagi individu yang berisiko terhadap penyakit kardiovaskular. Namun, percubaan lebih lanjut dan kajian prospektif masih diperlukan untuk mengesahkan perkara itu.

Makan kuning telur menjadi bermasalah apabila digabungkan dengan sosej kerana kedua-duanya menyumbangkan kolesterol dalam peringkat yang cukup tinggi. Tetap makan kuning telur dengan putih telurnya untuk menjaga pengambilan lemak tepu dan tahap kolesterol yang lebih rendah dan dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular secara signifikan.

sumber

Sun Jul 13, 2014 1:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Berhati - hati Sebelum Raya
telokbakong.blogspot
jasindaily.blogspot
Dicatat oleh jasindaily online

BANDARAYA MELAKA - Sindiket gores dan menang dilihat semakin aktif kini berikutan kebanjiran orang ramai di pusat-pusat membeli-belah menjelang ketibaan Hari Raya. Dengan menjadikan tempat letak kereta pusat membeli-belah ini sebagai kawasan operasi, mereka dikatakan sering menyasarkan golongan berumur. Menyedari tindakan ahli sindiket yang kini kembali aktif telah menyebabkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka mempertingkatkan operasi dan pemantauan sepanjang bulan Ramadan ini.

Penolong Pengarahnya, Mohd Tarmizi Rashid berkata, pihaknya juga banyak menerima aduan mengenai tindakan berani ahli sindiket yang kembali aktif pada bulan Ramadan ini. Menurutnya, pihak KPDNKK sentiasa menjalankan operasi dan pemantauan dalam usaha menangani gejala ini serta mengelaknya dari terus merebak. "Sebelum ini kita berjaya menangani masalah ini di kawasan Ayer Keroh dan kini kita akan memberi perhatian kepada kawasan-kawasan lain pula. "Selain itu kita juga telah mempertingkatkan operasi sempena Ramadan ini kerana ramai ahli sindiket yang turut mengambil kesempatan kebanjiran orang ramai di pusat membeli-belah untuk menjalankan aktiviti mereka," katanya di sini semalam.

Menurut Mohd Tarmizi, golongan berumur seperti pesara dan suri rumah merupakan golongan yang sering di sasar ahli sindiket. Menurutnya, walaupun isu ini banyak didedahkan media, namun masih ramai yang terus menjadi mangsa kerana didorong sikap mangsa yang mudah percaya dakyah ahli sindiket. "Di pihak KPDNKK, selain mengambil tindakan terhadap sindiket ini, kita akan terus berusaha membantu mereka yang menjadi mangsa," katanya. Difahamkan, ahli sindiket juga kini kian berani dalam menjalankan aktiviti mereka di mana sebilangan mereka didakwa akan terus menghampiri kereta mangsa sebelum menghalang mangsa dari menutup pintu kereta dan beredar.

Sementara itu, polis Melaka berjaya menahan empat wanita berusia antara 18 dan 31 tahun di kawasan Melaka Sentral akhir bulan lalu kerana disyaki terbabit dalam aktiviti gores dan menang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri, Superintendan Ee Khong Koy, yang mengesahkan tangkapan itu berkata, polis akan terus berusaha menangani masalah ini, termasuk menyerbu kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan ahli sindiket beroperasi.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: