Tuesday, August 8, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4828[2 Attachments]

8 Messages

Digest #4828

Messages

Tue Aug 8, 2017 8:25 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PM GUNA JET KERAJAAN 181 KALI. KE MANA BELIAU PERGI DAN UNTUK APA?
bloglist-malaysia.blogspot
mutaligat.blogspot.
Posted by Penjana Melaka

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbang sebanyak 181 kali menggunakan jet eksekutif kerajaan antara tahun 2014 dan 2016.
Sementara yang di-Pertuan Agong pula menggunakannya sebanyak 89 kali dan timbalan perdana menteri pula sebanyak 10 kali.
Statistik ini diperoleh berdasarkan jawapan parlimen Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman.
Azalina memberikan maklumat itu bagi menjawab soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang mahu tahu penggunaan jet kerajaan oleh ketiga-tiga pemimpin kanan negara itu.
Secara keseluruhan, sebanyak 289 penerbangan menggunakan jet kerajaan digunakan oleh mereka bertiga dalam tempoh tiga tahun itu, kata Azalina.
Berkaitan timbalan perdana menteri, jawapan itu tidak menyatakan penyandang jawatan itu yang mana satu.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini memimpin parti pembangkang, menjadi timbalan perdana menteri sehingga Julai 2015.
Beliau digantikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi selepas itu.
Pesawat kerajaan yang biasa digunakan adalah Airbus Corporate Jet 319 (ACJ319) dan Airbus Corporate Jet 320 (ACJ320).
Apakah penggunaan jet kerajaan sebanyak 181 kali ini benar-benar untuk kepentingan negara atau peribadi PM. Berapa banyak kos dibelanjakan untuk menampung perbelanjaan penerbangan tersebut????

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 8, 2017 8:26 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Meninggal Akibat Serangan Binatang Buas, Ramai Tak Tahu Waris Layak Mohon Pampasan Sehingga RM20,000
siakapkeli.my

Keluarga seorang murid tahun dua yang maut akibat disengat lebih 60 tebuan ketika sedang bermain sembunyi-sembunyi telah dilawat oleh kakitangan Pejabat Kebajikan Daerah Besut bagi membantu waris mangsa dalam proses permohonan di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.

Menurut Pegawai Kebajikan Daerah Besut, Suzieyati Siyude , kakitangannya telah pergi ke rumah waris Muhammad Adrian Aiman Mohd Rasmin, 8, di Kampung Benting Lintang semalam.

Jelas Suzieyati juga, keluarga mangsa didapati layak untuk memohon bantuan menerusi tabung tersebut dan mereka perlu menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan seperti surat pengesahan kematian, laporan perubatan dan juga pengesahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Bagi kes seperti ini keluarga atau waris layak memohon dan mereka boleh menerima bantuan di bawah tabung ini sehingga maksimum RM20,000," ujarnya.

Menurut Suzieyati, waris seorang pemandu traktor pembajak, Mohamad Ishak yang maut akibat serangan tebuan pada Ogos tahun lalu juga telah memperoleh sebanyak RM20,000.

Tambahnya, lebih kurang empat tahun lalu seorang kanak-kanak yang maut akibat serangan haiwan sama ketika membonceng motosikal bersama ibunya di Kampung Pengkalan Nyireh turut mendapat bantuan dalam jumlah sama.

"Selepas semua dokumen yang diperlukan lengkap, pihaknya akan memproses permohonan tersebut dan bantuan ini adalah sumbangan kerajaan terhadap waris mangsa," jelasnya.

Selain serangan tebuan, mangsa serangan haiwan buas lain juga boleh mengemukakan permohonan dan jumlah sumbangan bergantung dengan tahap kecederaan mangsa.

Untuk maklumat lanjut tentang Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas sila klik JKM.

Sumber- GPS BESTARI

Murid Tahun 2 Meninggal Dunia Selepas Disengat Tebuan Ketika Bermain Sembunyi-Sembunyi
siakapkeli.my

Besut, 4 Ogos - Seorang murid tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Benting Lintang meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi selepas disengat tebuan.

Muhammad Adrian Aiman Mohd Rosmin disengat tebuan semalam ketika bermain sembunyi-sembunyi di kawasan hutan pokok gelam berhampiran rumahnya di Kampung Benting Lintang.

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kota Bharu, Kelantan.

Menurut bapa mangsa, Mohd Rosmin Ong Bo Jit @Hussin, 30, kejadian itu berlaku ketika anak sulugnnya itu sedang bermain dengan rakan-rakan.

"Waktu itulah dia bersama empat yang lain diserang tebuan yang bersarang di atas pokok, dan anak saya paling banyak kena sengat di seluruh badan, kaki dan muka oleh lebih 60 ekor

"Anak saudara saya hantar dia pulang ke rumah dengan motosikal kira-kira pukul 6.45 petang.

"Keadaannya ketika itu sudah lemah namun masih boleh bercakap," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Mangsa kemudian terus dikejarkan ke Hospital Besut dengan kereta.

Muhammad Adrian kemudian dirujuk ke Hospital Kota Bharu untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya yang semakin teruk.

Mohd Rosmin berkata, dia dan isteri sebelum itu beranggapan anaknya beransur pulih kerana pihak hospital memberitahu keadaan stabil namun bermula pagi ini keadaannya kritikal kerana buah pinggangnya tidak berfungsi.

"Pada pukul 11 pagi, doktor mengesahkan Muhammad Adrian Aiman meninggal akibat kegagalan jantung berfungsi setelah bisa puluhan tebuan yang menyelirap di segenap salur darahnya," ujar beliau.

Sumber: Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 8, 2017 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Kasih Cik Ah Kepada Tuannya' - 'Lembu Manja Peluk Tuan' Bakal Jadi Korban Aidiladha Ini
siakapkeli.my

Siapa kata haiwan ternakan tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap tuannya?

Foto seorang wanita warga emas dipeluk oleh lembu belaannya menjadi viral selepas dimuatnaik di Facebook.

Wanita warga emas itu adalah Faridah Lebai Abdullah, 61, manakala lembu ternakannya itu dikenali sebagai Cik Ah.

Cik Ah dilahirkan pada November tahun lalu namun ia bakal dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Anak Faridah, Norgariza Saadin, 28, berkata kemesraan mula timbul selepas dia dan emaknya melihat sendiri Cik Ah dilahirkan.

Katanya, sebelum ini tugas menjaga kesemua sembilan ekor lembu milik keluarganya itu adalah di bawah tanggungjawab Allahyarham bapanya, Saadin Kasa namun selepas pemergian ayahnya pada 30 Ogos 2015, emak mengambil alih peranan tersebut.

"Cik Ah dilahirkan di depan mata kami sendiri dan memang seekor lembu yang manja. Kami menjaga Cik Ah di dalam kawasan rumah sahaja dan mengajarnya bermain seperti kucing dengan menyentuh lembut di bawah tengkuknya dan bagi lembu itu jilat tangan.

"Walaupun sayangkan Cik Ah tetapi emak tetap berhasrat untuk korbankannya pada Hari Raya Aidiladha ini. Biasanya kalau upacara korban, emak takkan tengok, pegang apatah lagi makan daging lembu korban tersebut," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Sebelum ini, foto keakraban Cik Ah dan Faridah dimuat naik di Facebook oleh menantunya, Mohd Zaidi Desa.

Sumber: Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Tue Aug 8, 2017 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Rayuan JPN Untuk Tangguh Perlaksaan Tukar 'Bin Abdullah' Kepada 'Bin Bapa' Anak Luar Nikah Ditolak
siakapkeli.my

Permohonan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dua pihak lain untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum membenarkan kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf atau luar nikah dibinkan kepada nama bacanya telah ditolak, lapor Bernama.

Menurut peguam yang mewakili pasangan dan keluarga berkenaan, Nizam Bashir, tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Hakim Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara menolak permohonan itu atas alasan tidak terdapat keadaan khusus untuk membenarkan penangguhan itu.

Menurut kata peguam kanak Persekutuan yang mewakili JPN pula, Mazlifah Ayob, Ketua Pengarah JPN dan Kerajaan Malaysia telah memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penangguhan bagi pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang diumumkan pada 25 Mei tahun ini sementara menunggu keputusan permohonan yang telah pun difailkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk tujuan rayuan.

Pada 25 Julai lalu pihak Mahkamah rayuan telah mengeluarkan penghakiman bertulis di mana Abdul Rahman berkata Ketua Pengarah JPN tidak terikat dengan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam menentukan nama bapa seseorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf.

Sebelum itu pada 25 Mei panel yang sama telah membenarkan rayuan dikemukan oleh pasangan itu di mana mereka telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi memastikan Ketua Pengarah JPN menukar perkataan "Abdullah" sebagai bin untuk nama kanak-kanak itu kepada nama bapanya dalam sijil kelahiran kanak-kanak berkenaan.

Dalam penghakiman itu, Abdul Rahman berkata bidang kuasa ketua pengarah JPN adalah bersifat sivil dan hanya terhad kepada dalam menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak itu telah memenuhi syarat yang terkandung dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) yang meliputi semua kanak-kanak tidak sah taraf melibatkan orang Islam dan bukan Islam.

Selain itu, sebarang fatwa bukan perkara wajin diterima oleh undang-undang dan tidak boleh dijadikan asas undang-undang oleh Ketua Pengarah JPN dalam menentukan nama bapa seseorang anak yang tidak sah taraf mengikut Seksyen 13A (2) BDRA.

- Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, August 01, 2017 11:01 PM
Subject: Fw: Perundangan Bercanggah Dengan "Muzakarah Fatwa"

Anak Luar Nikah - Perundangan Bercanggah Dengan "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa"
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot
Mahkamah Rayuan berpendirian, anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya.
.
Keputusan penting itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.
.
Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.
.
Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan 'Abdullah' sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.
.
Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009. Kanak-kanak lelaki itu lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).
.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.
.
Muzakarah itu mendefinisikan anak tak sah taraf ialah sebagai:
.
1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
.
2. Anak dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).
.
http://m.utusan.com.my/berita/mahkamah/anak-luar-nikah-boleh-bin-nama-bapa-1.507979

Sebarkan :

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 8, 2017 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Gaya Ala Bob Marley, Tapi Semua Orang Terpukau Bila Dengar Suara Lelaki Ini Jadi Imam
siakapkeli.my

Gayanya ala-ala Bob Marley - dengan rambut dreadlock dan penampilan yang agak tidak terurus - namun suaranya yang merdu ketika mengimamkan jemaah ketika bersolat membuatkan warga internet terpukau.

Dalam satu video yang diambil di sebuah musalla di Hotel Bidakara, Jakarta Selatan, lelaki yang dikenali sebagai Cupink Topan itu dirakam membacakan ayat suci Al-Quran ketika mengimamkan solat.

Cupink Topan atau nama asalnya Sofyan Alop, merupakan pemuda berusia 32 tahun kelahiran Tidore, Maluku Utara.

Cupink Topan bukanlah nama asing lagi di dunia hiburan. Dia merupakan seorang pelakon aksi yang popular dengan filem 'The Raid: Redemption (2011)". Di dalam filem berkenaan, Cupink melakonkan sebagai salah seorang anggota Machete Gang.

Watak itu dilihat sesuai dengan penampilan Cupink yang dilihat agak selekeh dan gaya rambutnya namun disaat dia membacakan ayat Al-Quran, ternyata pandangan itu terhapus sama sekali.

Tonton video itu dibawah:

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Tue Aug 8, 2017 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bayi Baru Belajar Meniarap Maut Muka Tersembam Atas Bantal Dalam Buaian
siakapkeli.my

Seorang bayi lelaki maut selepas dipercayai lemas selepas mukanya telah tersembam di atas bantal ketika tidur di dalam buaian di rumahnya di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, hari ini, lapor Harian Metro.

Menurut ibunya, Melati Mohammad, 32, kejadian telah disedarinya kira-kira jam 7.30 pagi tadi ketika dia baru pulang berkerja.

Dia menjumpai anaknya, Faris Dayyan Qhumainy, empat bulan, tertiarap dengan mukanya tersembam bantal.

"Anak bongsu saya itu sudah tidak sedarkan diri serta pucat dan kami kemudian membawanya ke Hospital Balik Pulau.

"Bagaimanapun, doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia," katanya.

Menurut beliau yang ditemui di Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, menyatakan anak keempatnya itu baru saja boleh meniarap sejak tiga hari lalu

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu, Teluk Kumbar selepas urusan bedah siasat dilakukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan mengesahkan kejadian terbabit. - Siakapkeli.my

Pegawai Jabatan Peguam Negara Hilang Ditemui
siakapkeli.my

PEGAWAI di Jabatan Peguam Negara, Mohd Azmeer Sardi, 36, yang dilaporkan hilang sejak 19 Julai lalu sudah ditemui di sebuah premis berhampiran rumah sewanya di Apartmen Putra Harmoni, Presint 9, Putrajaya 9.30 malam tadi lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hasan memberi kenyataan, Mohd Azmer yang bertugas di bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-undang berjaya dikesan pihak polis malam tadi dan seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk diserahkan kepada keluarga.

"Dia juga dibawa untuk pemeriksaan di Hospital Putrajaya dan didapati stabil serta dibawa pulang oleh keluarganya malah pihak Pejabat Peguam Negara turut hadir di lokasi dia ditemui. "Justeru, kes ini diklasifikasikan selesai," Katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan, Mohd Azmeer kali terakhir dilihat di kawasan rumah sewanya di Precint 9, Putrajaya sebelum hilang sejak 19 Julai lalu.

Mohd Azmeer dikatakan hilang selepas keluar dari Hospital Putrajaya kerana dirawat akibat kemalangan kecil.

Rakannya yang dikenali sebagai Ismail, 30-an memberi kenyataan, dia bersama rakan yang lain cuba mencari Mohd Azmeer di rumahnya tetapi gagal.

Berdasarkan laporan daripada pihak polis, isteri mangsa memaklumkan bahawa suaminya menghidap penyakit kemurungan.

Sumber- Harian Metro

Bas Dibawa Melulu Hampir Sebabkan Kemalangan, Sani Express Akan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pemandu Terlibat
siakapkeli.my

Sejak semalam telah menjadi tular di laman sosial sebuah video dan sekeping gambar yang menunjukkan rakaman sebuah bas ekspres dipandu melulu sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Video berkenaan yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook bernama Nazrin Haikal Ruslan telah menajdi tular sehingga dikongsikan lebih 6000 kali oleh netizen dan ditonton lebih 600 ribu kali.

Rakaman itu telah mendapat perhatian pihak pengurusan syarikat Sani Express di mana satu kenyataan media telah dikeluarkan.

Pihak Sani Express dalam kenyataan itu menyebut akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu terlibat sebaik siasatan yang dijalankan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Sani Express, Mejar Abu Bakar Bin Mohammad berkata, pihak syarikat tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu bas syarikat yang sengaja melanggar peraturan dan tidak menghormati keselamatan penumpang jalan raya.

"Kami sentiasa memberikan penekanan terhadapa keselesaan, keselamatan dan kualit perkhidmatan kepada penumpang, pengguna jalan raya dan orang awam dalam latihan pemandu yang dijalankan syarikat."

"Walaupun pelbagai latihan, arahan, peringatan, makluman dan sebagainya, masih terdapat segelintir pemandu yang masih ingkar dan gagal mengikut arahan, untuk menangani masalah ini syarikat terpaksa mengambil tindakan yang lebih drastik termauk menamatkan tugas mereka yang terlibat," jelas beliau.

Menurut beliau, mereka mengalu-alukan aduan orang ramai mengenai salah laku pemandu syarikat mereka dengan menghubungi talian 019-2685050 atau 03-33444542 yang beroperasi 24 jam. - Siakapkeli.my

Dijangkiti Hepatitis A Selepas Pulang Dari Kemboja, Ini Pesan Dokor Pakar Buat 'Traveller'
siakapkeli.my

Mengembara atau bercuti adalah antara saat yang dinantikan oleh kita, ada pula yang menjadikan ianya sebagai salah satu hobi di mana sering mengembara ke luar negara, atau pun mendapatkan barang-barang untuk perniagaan.

Dalam keseronokan bercuti, banyak aspek yang harus dititikneratkan, terutama dalam soal keselamatan dan kesihatan, kerana tidak mahu berlakunya perkara tidak diingini ketika di tempat orang.

Sebaiknya jika ingin bercuti di mana-mana negara, buatlah carian terlebih dahulu akan tempat yang dilawati, dari segi persekitaran atau penyakit juga wabak yang ada di kawasan tersebut.

Ini kerana, kita mungkin akan dijangkiti virus, sekiranya tidak dilakukan pencegahan lebih awal.

Bagi seorang doktor ini, yang mana telah menghidapi Hepatitis A, selepas pulang dari menjalankan Misi Kemanusiaan di Kemboja.

Mari kita baca akan perkongsian darinya.

Dijangkiti Hepatitis A, pesan pakar ini pada semua traveller!

JIKA anda bercadang untuk mengembara ke negara yang anda tidak pasti sumber airnya bersih seperti Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam, India dan Indonesia, jangan lupa suntikan vaksin Hepatitis A jika anda tidak mahu berisiko jatuh sakit! Doktor pakar ini berkongsi kisahnya.

Dua minggu sebelum Syawal baru-baru ini, Dr. Mohamad Salleh Abdul Aziz, Pakar Perunding Pembedahan Am dari Hospital Islam Azzahrah telah disahkan menghidap Hepatitis A.

"Saya mengalami demam panas yang tinggi sehingga mencapai 41 darjah celcius, makan ubat demam pun tidak akan turun selain sakit perut, cirit birit, muntah-muntah hingga mata putihnya bertukar menjadi kuning . Dalam perubatan, ia dikenali sebagai jaundis.

"Dengan rawatan, demam turun dalam masa empat hingga ke lima hari, namun untuk penyakit ini hilang dari tubuh adalah selama enam bulan namun kesan klinikal dirasai sebulan lamanya.

"Dalam tempoh sebulan itu, saya masih tiada selera makan dan mengalami cirit-birit setiap kali makan hingga kehilangan air yang banyak dan membuatkan berat badan saya turun sehingga 10 kilogram," ujarnya.

Sebelum itu, pakar ini telah menjayakan Misi Kemanusiaan di Kemboja iaitu "Kembara Amal Sunathon Kemboja 2017" selama lima hari bagi melaksanakan misi berkhatan besama penduduk Islam di sana. Antara yang turut serta adalah polis, bomba, guru dan ustaz.

Kembara Amal Sunathon 2017

"Apa yang boleh saya katakan, kebersihan di sana adalah kurang memuaskan.Di sana, kami tinggal di kawasan kampung iaitu empat jam dari bandar di mana bekalan elektrik juga sukar.

"Satu rumah cuma mempunyai satu lampu sahaja, tiada peti ais dan lain-lain kemudahan.

"Bekalan air dari telaga, air mineral juga ada namun puncanya sama sahaja.

Air tidak bersih

"Suatu hari saya dihidangkan dengan ikan toman bakar di mana ia dihidangkan dengan sisiknya sekali. Boleh jadi ikan tersebut dari punca kurang bersih yang membuatkan saya dijangkiti penyakit ini.

"Para pelancong sama ada pergi bekerja ataupun bercuti sering menganggap remeh penyakit di negeri orang, padahal risikonya sangat besar.

Pengambilan vaksin mampu meminimumkan risiko penyakit

"Jika anda bercadang untuk mengunjungi negara yang disebutkan tadi, amat digalakkan untuk mengambil vaksin Hepatitis A ini.

"Sekurang-kurangnya kita boleh bersedia dengan cara yang mampu mengurangkan risiko dijangkiti penyakit.

"Ia boleh dilakukan seminggu sebelum bertolak sama ada di klinik, hospital kerajaan mahupun swasta dan vaksin ini mampu bertahan sehingga tiga tahun," tegasnya.

Sumber: HIAZ Health

- Siakap Keli

Lelaki Terperangkap Dalam Bilik Mesin ATM, Hulur Nota Minta Tolong Menerusi Slot Resit di Mesin Itu
siakapkeli.my

Texas - Dalam satu kejadian yang sangat jarang (mungkin tidak pernah) berlaku, seorang kontraktor mesin ATM terperangkap di dalam bilik mesin itu selepas secara tidak sengaja terkunci dirinya dari dalam bilik berkenaan, kata polis Corpus Christi.

Menurut Kris6News, lelaki berkenaan cuba menukar kunci yang bermasalah di dalam bilik yang bersambung dengan mesin ATM berkenaan.

Dengan hanya beberapa pilihan untuk keluar, lelaki itu terfikir idea yang agak bijak - iaitu dengan menyelitkan nota pertolongan menerusi slot resit di msin ATM berkenaan kepada orang ramai yang mengeluarkan duit.

"Tolong, saya terperangkap di dalam ini, dan saya tidak membawa telefon. Tolong telefon bos saya," tulis nota terbabit.

Pegawai polis dipanggil dan terpaksa menendang pintu bilik itu untuk menyelamatkan kontraktor terbabit.

Tidak dapat dipastikan berapa lama dia terperangkap bersama mesin itu tetapi pegawai senior Richard Olden menyifatkan kejadian itu sebagai sangat pelik dan sangat jarang berlaku.

"Semua orang okay, tetapi kamu mungkin tidak akan dapat melihat kejadian seumpama ini berlaku lagi. Ianya sangat gila," katanya.

Sumber: ABC News

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 8, 2017 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Power Bank Meletup Ketika Nyenyak Tidur, Habis Satu Bilik Terbakar
siakapkeli.my

Seorang lelaki semalam telah memuat naik beberapa keping gambar bersama sebuah video yang mendakwa powerbank miliknya telah meletup menyebabkan biliknya terbakar,

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi tadi di mana mendakwa powerbank tersebut adalah original dan sudah digunakan selama empat tahun.

Bagaimanapun kebakaran berjaya dipadamkan oleh rakannya yang merupakan seorang anggota pemadam api kemungkinan seorang bomba.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan adakah kejadian berlaku ketika mereka sedang tidur powerbank sedang dicas atau berlaku sebarang kecederaan. - Siakapkeli.my

Yazid Search Dilarang Menaiki Pesawat Kerana Uzur
siakapkeli.my

Yazid Ahmad, pemain drum kumpulan Search terpaksa membatalkan hasratnya untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Brunei apabila beliau dilarang menaiki pesawat kerana uzur.

Ramlah Mat, isteri kepada Yazid berkata kesihatan suaminya itu merosot ketika mereka sedang menunggu pesawat untuk pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada isnin setelah empat hari berada di negara itu.

"Kami berada di Brunei sejak Jumaat lalu berikutan suami saya ada undangan menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian.

"Pada awalnya, kesihatannya baik tapi hari terakhir dia nampak penat dan mengalami sesak nafas dan semput sehingga tidak dibenarkan menaiki pesawat. Dia terus dibawa ke Hospital Ripas untuk mendapatkan rawatan," lapor mStar Online.

Jelas Ramlah lagi, suaminya itu sedang menjalani rawatan dialisis bagi membuang air pada paru-paru yang mengakibatkan dia menjadi semput.

Menurutnya, keadaan Yazid semakin stabil meskipun masih berada dalam keadaan lemah.

"Selepas melakukan rawatan dialisis semalam, tekanan darah dia semakin baik dari 180 kepada 108. Tapi dia masih lemah dan tidak boleh berjalan.

"Sepatutnya sudah boleh keluar hari ini tapi pihak hospital minta buat satu lagi dialisis kerana masih ada saki baki air di paru-paru yang perlu dikeluarkan.

"Biasanya sekali dialisis mengambil masa tiga jam, mungkin esok baru kami dibenarkan keluar dan pulang ke Malaysia," ujarnya.

Ramlah turut berharap peminat dan orang ramai mendoakan kesihatan suaminya agar dapat pulang ke Malaysia segera.

Yazid Ahmad dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Julai 2015 akibat masalah jantung dan buah pinggang.

Sumber- Mstar Online

Pencuri Pecah Rumah Kena Cekup Selepas Tak Jumpa Pintu Keluar, Ditemui Dalam Keadaan Letih
siakapkeli.my

Akibat tidak berjaya menjumpai pintu keluar rumah, seorang pencuri di Baling gagal melarikan barang beharga milik sebuah keluarga di Kampung Mengkuang Masjid.

Tuan rumah, Omar Gul Hadzrat Gul, 77 yang juga merupakan seorang pengamal perubatan berkata kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu kira-kira jam 1.15 pagi.

"Waktu tu saya nak keluar pi tandas, tiba-tiba perasan ada seorang lelaki kepala botak duduk atas kerusi di meja makan. Dia nampak macam letih.

"Pak Long tanya dia hang pencuri ka? Kenapa tak keluar? Dia jawab cari pintu tak jumpa dan tak ingat masuk dari mana.

Jelas Omar Gul lagi, beliau terus pegang tangan pencuri itu dan menendang ke muka menyebabkan pencuri tersebut pengsan.

Menurut Omar Gul, sebelum ini ada empat pencuri cuba mencuri burung peliharaannya tetapi juga tidak berjaya kerana mengaku nampak laut dan tak dapat lari.

Beliau berkata, ayat suci al-Quran adalah kalimah paling hebat untuk menjadi pendinding kediaman dari gangguan anasir jahat.

Pencuri tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Baling untuk tindakan lanjut.

Sumber- Sinar Harian

Kisah 2 Budak Lelaki Kayuh Basikal 5 Jam Untuk Lawat Bapa Dalam Penjara Sentuh Hati Netizen
siakapkeli.my

Pada Ahad lalu, dua adik beradik dari kawasan pendalaman Si Saket mengayuh basikal hampir 5 jam bagi melawat bapa mereka di penjara, namun hampa apabila mendapati ia bukannya waktu melawat.

Bagaimanapun, kisah kegigihan dua beradik itu yang mengayuh basukal sejauh 50 kilometer semata-mata untuk melawat bapa mereka menyentuh hati netizen apabila dikongsi di media sosial oleh seorang pengawal keselamatan.

Pengawal keselamatan di penjara daerah Kantharalak, Api Manthong, merekodkan perbualan beliau dengan dua budak lelaki yang dipercayai berumur bawah 10 tahun itu.

"Mereka meninggalkan rumah pada jam 7:30 pagi dan tiba di penjara pada jam 12:10 tengahhari. Malang menimpa apabila telefon yang mereka bawa jatuh dan pecah ketika dalam perjalanan. Saya merasa kasihan kepada mereka kerana hari ini bukan hari melawat.

Apabila ditanya kenapa mereka tidak ditemani ibu, budak-budak itu menjawab: "Mak di Bangkok," dan mereka berdua tinggal bersama nenek.

Kedua-dua budak itu juga mengaku mereka mempunyai abang tetapi abang mereka mempunyai masalah mental.

Apichai tidak boleh membenarkan budak-budak itu masuk, jadi dia membawa mereka masuk ke pejabat. Disitu, budak-budak itu diberitahu tarikh bila bapa mereka akan dibebaskan.

"Mereka sangat gembira apabila tahu tarikh bapa mereka akan dibebaskan. Saya sangat tersentuh dengan kasih sayang yang mereka tunjukkan. Kerana mempunyai masa lapang pada hari minggu, mereka mahu melawat bapa di penjara. Saya hampir menangis," kata Apichai.

Menceritakan lanjut, Apichai berkata dia mempunyai wang THB200 di poketnya, jadi dia memberikan budak-budak itu wang THB100 untuk makan tengahhari dan air botol percuma dari penjara.

Ramai netizen memuji Apichai kerana membantu budak-budak itu. Yang lain berkata kisah tersebut membuat mereka menangis.

"Tidak kira berapa jauh jaraknya, kasih sayang mereka kepada si bapa buatkan jarak itu jadi dekat. Saya berharap sangat kamu berdua nanti jadi manusia yang berguna untuk masyarakat," tulis seorang netizen.

Sumber: Coconuts

Demi Nak Jumpa Mak, Sanggup Jalan Puluhan Kilometer Dari Sungai Buloh Ke Bukit Jalil Redah Gelap
siakapkeli.my

Ketika ramai masih dibuai mimpi indah, dua orang kanak-kanak ini yang berbaju tidur dijumpai berjalan kaki di Saujana Utama, Sungai Buloh di Selangor untuk ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pagi Ahad lalu, lapor mStar Online.

kedua-dua beradik yang berumur lapan dan sepuluh tahun ini dilihat tidak menghiraukan keadaan gelap dan sunyi selain risiko dikejar anjing liar atau pun penjenayah di mana mereka nekad menuju ke destinasi mereka tujui yang jaraknya puluhan kilometer itu.

Nasib mereka agak baik selepas ada seorang lelaki yang prihatin kebetulan memandu kereta melalui jalan tersebut berhenti dan ke mana mereka hendak pergi pada awal-awal pagi gelap itu.

"Pakcik boleh tolong hantarkan kami ke Bukit Jalil, nak jumpa mak," jawab salah seorang daripada kanak-kanak terbabit dengan muka sedih sehingga mengundang simpati.

"Jauh dik, pakcik nak pergi tempat kerja ni. Biar pakcik bawa adik ke balai polis dan abang polis tolong hantarkan," pujuk lelaki tersebut dalam insiden pada kira-kira pukul 6.50 pagi itu.

Ahmad Nazri Zainudin, 38, berkata, dia telah menghantar dua kanak-kanak tersebut ke Balai Polis Saujana Utama untuk diserahkan kepada penjaga mereka.

"Ada dua tiga kereta yang lalu jalan yang sama sebelum saya tapi tidak berhenti. Saya rasa tak sedap hati kerana mereka masih kanak-kanak. Alhamdulillah, saya dah serahkan mereka untuk tindakan lanjut oleh pihak polis," ujar Nazri yang bekerja di Subang, Selangor.

Pihak Balai Polis Saujana Utama yang dihubungai telah mengesahkan insiden itu di mana pihak polis telah mengambil butiran peribadi Nazri dan menghubungi penjaga kanak-kanak berkenaan.

"Mereka diambil oleh wakil penjaga dari Rumah Aman, rumah kebajikan di Saujana Utama pada kira-kira pukul 9 pagi. Laporan polis juga telah dibuat," kata jurucakap polis.

Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Rumah Aman, Abdul Rehman Dakri ketika dihubungi mengesahkan kedua kanak-kanak itu merupakan adik beradik yang baru sahaja dihantar ke rumah kebajikan berkenaan.

Menurut beliau, insiden ini berlaku mungkin kerana mereka berdua masih belum biasa dengan suasana disiplin di Rumah Aman di mana pelbagai aktiviti diatur untuk setiap penghuni.

"Mereka masih mempunyai ibu dan ayah yang tidak berkemampuan dan mereka dihantar ke sini untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

"Mereka mungkin tak biasa hidup dalam suasana seperti asrama yang ada jadual dan peraturan walaupun kami menyediakan makan minum dan tempat tinggal serta kemudahan pendidikan," katanya.

Untuk maklumat Rumah Aman yang ditubuhkan sejak 2005 untuk anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik di mana kini bagi cawangan Saujana Utama telah menempatkan kira-kira 55 penghuni.

Menjawab soalan wartawan mStar Online, bagaimana kanak-kanak itu boleh 'terlepas' dari pengawasan rumah itu, Abdul Rehman berkata, dia akan meneliti perkara tersebut dengan kakitangannya.

Beliau menambah, rumah kebajikan itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar bangunan dan akan memastikan kakitangan memantau setiap penghuni.

"Bagaimanapun, saya memohon maaf di atas insiden yang berlaku pagi tadi. Kami akan memastikan kejadian tidak berulang. Jangan risau mengenai kanak-kanak ini kerana penghuni yang masih mempunyai ibu atau bapa boleh melawat mereka sekali setiap bulan.

"Saya sebagai penjaga sentiasa mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka lebih daripada anak sendiri dalam membentuk mereka menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti," katanya. - Siakapkeli.my

Kisah Jam 3 Pagi, Dia Jalan Kaki Dah Hampir 10 Jam Nak Balik Rumah Dari Damansara Ke Kajang, Tapi Tak Ada Sesiapa Tolong
siakapkeli.my

Kita tidak tahu apa yang bakal kita tempuhi, mungkin hari ini kita tidak memerlukan bantuan sesiapa, tapi mana tahu suatu hari nanti kita memerlukan pertolongan seseorang, dan pada waktu itu, mungkin sukar untuk kita mendapatkan bantuan.

Begitulah yang diceritakan oleh Radin Danial, akan kisah seorang lelaki yang terpaksa berdepan kesukaran untuk pulang ke rumah, dan tiada sesiapa yang mahu membantu.

Lebih memilukan, hanya mampu berjalan kaki sahaja untuk pulang ke rumah, bukan dekat, tetapi dah hampir 10 jam berjalan, tapi masih jauh lagi perjalanannya, sehinga saudara Radin menghulurkan bantuan.

Mari kita kuti coretan darinya akan kisah ini.

Tidak mengapa untuk menolong.

3.00 pagi, saya terbangun sebab teringat ada sesuatu yang penting perlu diselesaikan. Pakai baju dan jaket, rancang untuk terus pulang ke rumah.

Tiba-tiba, ternampak seseorang berjalan di lebuhraya. Berseorangan..

Disebabkan saya selalu melalui lebuhraya itu, jadi saya tahu tiada rumah di kawasan berdekatan.

Jadi saya berhenti, bertanya sama ada dia nak tumpang. Dia cakap, "Tak mengapa ke?"

"Sudah tentu, nak pergi ke mana", saya berkata.

"Kajang", jawabnya.

Saya jawab,"Ok, ia dalam perjalanan saya juga".

Lepas tu dia naik motor, dan kami terus menuju ke Kajang untuk menghantarnya.

Seba Kajang jauh sedikit, kami berhenti di Petron. Berehat sekejap dan isi minyak motor. Jadi, kami berborak sebentar.

Saya Tanya dia datang dari mana? Dari mana dia mula berjalan kaki? Kenapa jalan kaki?

Jawapan yang diberikannya benar-benar buat saya terkejut.

Namanya Ganesan. Dia adalah pekerja am di syarikat swasta. Selepas kerjanya selesai, di ditinggalkan kerana terlewat. Dompet, telefon dan IC semuanya ada dalam van tersebut.

Cuba teka dari mana dia mula berjalan? DAMANSARA.

Dia mula berjalan pada pukul 6 petang, sekarang sudah 3.30 pagi, 9 jam 30 minit berjalan dari Damansara, sebab tiada siapa nak tolong. Bukan saja nak tumpangkan, tapi buat panggilan telefon.

Tambah lagi, dia tidak punya duit langsung, sebab dompet dalam van. Tak dapat dibayangkan betapa laparnya dia, sebab berjalan hampir 10 jam tanpa makanan dan minuman.

Saya tawarkan dia minum yang sama bawa bersama, pada mulanya dia menolak sebab malu. Saya berkata,

"Kalau saya ada RM5 atau RM10, saya bawa pergi makan malam, tapi minta maaf sangat, sebab ini sahaja duit yang saya ada. Hanya cukup untuk beli minyak, sebab duit banyak dibelanjakan untuk majlis perkahwinan minggu ini.

Saya minta maaf sebab tak ada duit. Tapi saya janji, saya akan belikan makan tengahari atau makan malam, lain kali bila saya ada duit lebih."

Katanya, tidak apa. Dia bersyukur kerana saya ada membantunya, sebab orang yang dia cuba dekat sebelum ini, mengendahkannya, tidak mahu menolong.

Bila dah sampai, saya tak tahu apa yang menyedihkan. Walau pun kami berlainan agama dan bangsa, tapi tetap ada satu persamaan, kita semua manusia.

*Bro, jika kamu baca tulisan ini, telefon lah saya. Kita boleh makan bersama. Taka pa, saya bayarkan.

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Aug 8, 2017 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sultan Johor Tak Setuju Projek Kerajaan BN?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Sultan Johor Tak Setuju Projek Kerajaan BN? Sultan Johor tidak setuju cadangan reka bentuk jambatan untuk projek kereta api Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Woodlands di Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bahru.

Berita Harian melaporkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu kedua-dua kerajaan mengkaji semula sebelum berunding dengan baginda reka bentuk melengkung trek rel itu dan ketinggian jambatan yang mencecah 30m di bahagian tengah.

Sultan Johor Tak Setuju Projek Kerajaan BN? "Pembinaan jambatan dengan ketinggian itu akan menjejaskan pemandangan bandar raya di sepanjang Selat Johor, selain tidak praktikal, tidak mapan dan kosnya mungkin tinggi," kata baginda sambil menambah idea yang dikemukakan nanti perlu munasabah, berskala ekonomi dan mapan.

Susulan itu, baginda mencadangkan reka bentuk jambatan yang lurus, lebih dekat dan sama tinggi atau lebih tinggi sedikit daripada Tambak Johor.

"Jika saya tidak suka, rakyat Johor juga tidak suka. Jika anda lakukan juga, saya tidak merestuinya."

Sultan Ibrahim turut mempersoalkan tindakan kedua-dua negara menggunakan khidmat kontraktor berasingan untuk membina bahagian jambatan di Singapura dan Malaysia.

Sultan Johor Tak Setuju Projek Kerajaan BN?

Baginda akan mengemukakan cadangannya kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada pertemuan bulan depan.

Pembinaan RTS dicadangkan pada Mei 2010 sebagai alternatif kepada 80,000 hingga 100,000 pengguna Tambak Johor setiap hari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata, kedua-dua negara akan memeterai perjanjian 2 hala mengenai RTS, Disember ini.

Malaysia memilih Prasarana Malaysia Bhd, manakala Singapura memilih SMRT Corp yang sedang berunding projek membabitkan konsesi 30 tahun itu.

"Mengapa mesti Prasarana? Mengapa tidak kerajaan negeri Johor? Kena ingat tanah adalah urusan Johor, bukan kerajaan persekutuan.

Sultan Johor Tak Setuju Projek Kerajaan BN? "Kalau kamu bukan orang sini, kamu tidak akan faham sentimen Johor," kata Sultan Ibrahim. - fmt

Sultan Johor Sumbang RM4 Juta Kepada FAM
siakapkeli.my

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyumbang sejumlah RM4 juta kepada persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata sumbangaan itu adalah sebahagian dari pemberian bonus kepada pasukan B-22 negara yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC tahun depan di China.

"Kurniaan ini juga dapat membantu FAM dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air secara keseluruhannya," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Skuad B-22 negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee beraksi cemerlang di pusingan kelayakan yang berlangsung di Bangkok, Thailand Julai lepas apabila muncul juara Kumpulan H dengan mengutip enam mata.

Sumber: Bernama/ Sinar Online

Skuad B-22 Negara Cipta Sejarah Layak ke Pusingan Akhir AFC B-23
siakapkeli.my

Skuad bawah 22 tahun negara mencipta sejarah apabila layak ke pusingan akhir kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 buat kali pertama di China tahun hadapan apabila muncul juara dalam kumpulan H selepas selesai kempen kelayakan di Bangkok.

Skuad kendalian Ong Kim Swee itu menewaskan Mongolia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Nasional Supachalasai sekaligus meletakkan pasukan itu di tempat pertama dengan pungutan enam mata.

Tempat kedua diduduki oleh Thailand dengan lima mata selepas hanya seri 0-0 ketika menentang Indonesia hari ini.

Indonesia di tangga ketiga dengan 4 mata dan Mongolia di tangga tercorot dengan 1 mata.

Ini kali pertama skuad B-22 negara berjaya ke pusingan akhir AFC B-23 selepas gagal berbuat demikian pada 2013 dan 2016.

Sumber: Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: