Thursday, August 10, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4829

8 Messages

Digest #4829

Messages

Thu Aug 10, 2017 7:10 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'China sudah pacak bendera dan kibar panji-panji di bumi kita'

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman

A Kadir Jasin

 

 ULASAN l :

Panji-panji bukan sebarang panji-panji. Bahasanya bukan bahasa ibu pertiwa. Cogan katanya tidak banyak yang mengerti.

Ini adalah panji-panji yang menjadi manifestasi kepada hegemoni politik dan ekonomi empayar komunis terulung di dunia – Republik Rakyat China.

Gambar panji-panji ini menjadi tarikan dan menular dalam media sosial selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, merasmikan upacara pecah tanah projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di Kota SAS, Pahang semalam.  

Panji-panji itu adalah pratayang (preview) kepada apa yang akan datang bersama projek ERCL yang dibiayai oleh hutang RM55 bilion dari China.

Bukan panji-panji bahasa Mandarin itu saja datang dengan projek tersebut. Daripada paparan media massa arus perdana, kita juga lihat turut sama datang adalah tenaga manusia, modal, jentera pembinaan dan kereta api.

Maksudnya, sebahgian besar daripada pinjaman RM55 bilion itu akan dibelanjakan di negeri China untuk menjana ekonomi negeri China. China sudah pun menikmati faedah projek itu sedangkan kita sendiri belum pasti apakah keuntungan yang akan kita peroleh.

Malah kita jangan terperanjat jika sebahagian atau kesemua daripada pinjaman RM55 bilion itu akan dijana di negara kita sendiri dengan meminjam daripada institusi-institusi kewangan kita.

Dalam bahasa yang mudah, China sudah memacak bendera dan mengibarkan panji-panji di bumi kita melalui ECRL dan projek-projek lain yang dibiayai atau didirikannya.

Kecemperaan Cina adalah realiti sejarah. Tidak dapat tidak China terpaksa berkembang ke luar daripada sempadan politiknya. "The Middle Kingdom" sedang meledak.  

Penduduk China makin bertambah. Kini China menampung 18.4 peratus daripada penduduk dunia sedangkan tanah pertaniannya hanya 10 peratus keluasan tanah pertanian dunia.

China terpaksa meluaskan wilayah ekonominya untuk memanpung keperluan makanan, pekerjaan dan tempat tinggal rakyat jelatanya.

Bagi negara seperti kita, pilihannya ialah menjadi rakan kongsi yang berdaulat atau menjadi tanah jajahan ekonomi China.

Dalam gambar media, nampak ramai juga Melayu dijemput untuk bertepuk dan bersorak. Harap-harap janganlah sorakan mereka akan menyebabkan kampung tergadai.

DATUK A KADIR JASIN adalah bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press. Beliau kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.

Artikel ini dimuatkan kali pertama dalam blognya. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/391476#j6V60BHZYbIIxzZG.99

Perkasa kecam majlis pecah tanah ECRL 'terlalu China
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot.
Posted by canang
Written By canang

Majlis Pecah Tanah ECRL hari ini di Kuantan telah membuktikan negara sudah dijajah melalui ekonomi.

Perkasa sangat kecewa identiti negara hilang dalam majlis tersebut. Kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin. Satu bendera Malaysia pun tidak ada. Apakah tidak dibenarkan bendera malaysia diletak atau digantung untuk majlis tersebut?

Lebih malang lagi pengacara majlis berbahasa Mandarin kemungkinan dibawa dari China. Permulaan penafian Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Lori-lori dan jentera berat juga dibawa dari China. Perkasa mahu tahu apakah pemadu lori-lori dan pengendali mesin-mesin khas untuk pembinaan track keretapi itu juga dari negara China? Jika benar, apakah rakyat tempatan tidak mampu memandu atau mengedalikannya??? Dan berapa ramai pekerja dari tanah besar China akan dibawa masuk utk bekerja di projek ECRL ini???

Perkasa dimaklumkan majlis pecah tanah tersebut tiada rasa seperti di Malaysia. Penuh dengan bendera2 tulisan Mandarin.

Perkasa menganggap pemimpin kerajaan sekarang sanggup gadai maruah negara dan bangsa demi projek pembangunan. Hal ini tidak berlaku semasa negara membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port, Menara Berkembar Petronas dan lain-lain projek mega negara sebelum ini.

Di manakah jati diri pemimpin-pemimpin negara sekarang.???
Sekian.

Syed Hassan Syed Ali
010-2283001

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Aug 10, 2017 7:10 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tayar 'terbang' hempap suami isteri
sinarharian.com
Syairah Abdul Lajis
10 Ogos 2017

Sepasang suami isteri maut setelah dihempap dua buah tayar dari sebuah lori membawa muatan pasir.
KUALA PILAH - Sepasang suami isteri maut setelah dihempap dua buah tayar yang tercabut dari lori sarat membawa muatan pasir pagi tadi.

Kejadian itu berlaku jam 10.55 pagi di kilometer 10 Jalan Kuala Pilah - Batu Kikir.

Mangsa, Nor Baiti Awang, 44 bersama suaminya, Azizan Sahari, 42 menaiki skuter Yamaha Ego dalam perjalanan ke rumahnya dari arah Juasseh ke Taman Putra.

Dua buah tayar yang tercabut dari lori tersebut.
Menurut saksi enggan dikenali, sebuah lori yang sarat muatan pasir dari arah Batu Kikir ke Kuala Pilah melalui jalan tersebut menuju ke Seremban.

"Bagaimanapun secara tiba-tiba dua buah tayar sebelah kanan di bahagian tengah tercabut lalu 'terbang' dan menghempap mangsa yang kebetulan lalu di jalan bertentangan.

"Akibatnya, kedua-dua mangsa tercampak ke pagar duri sebuah ladang Juasseh," katanya.

Paramedik dari Klinik Kesihatan Juasseh, telah mengesahkan mereka telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua rentung kenderaan terbakar
sinarharian.com
Nor Azura Binti Md Amin
10 Ogos 2017

Keadaan dua kenderaan yang hangus dalam kebakaran selepas terlibat kemalangan, malam kelmarin
PONTIAN - Identiti pemandu dan penumpang hadapan kereta Toyota Wish yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 51 Jalan Batu Pahat-Pontian dekat Kampung Jasa Sepakat Pekan Nanas, di sini, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin, masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Toyota Wish dan Toyota Corona.

Menurutnya, dokumen pengenalan diri mangsa yang rentung turut musnah dalam kebakaran itu.

"Semakan nombor pendaftaran kereta yang rentung itu sudah dilakukan. Bagaimanapun tiada sebarang maklumat yang diperoleh mengenai nombor pendaftaran kereta tersebut.

"Kemungkinan kereta yang rentung itu adalah klon berdasarkan kepada nombor enjin dan casis kereta yang tidak sama," katanya.

Zakaria berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa dari arah Pontian ke Pekan Nanas hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Corona menyebabkan kedua-dua kereta itu terbakar.

"Bagaimanapun, pemandu dan penumpang hadapan Toyota Corona dikenali sebagai Hong Ei Fong, 20, dan Lee Zhong Jin, 21, sempat keluar. Mereka mengalami luka di bahagian kaki dan tangan serta cedera di dada," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Aug 10, 2017 7:11 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Orang Ramai Berpeluang Melihat Fenomena Pancuran Meteor Perseid Pada 12 Ogos
siakapkeli.my

Fenomena pancuran meteor Perseid pada tahap kemuncaknya akan dapat dilihat di ruang angkasa negara pada sekitar 12.30 tengah malam Sabtu ini (12 Ogos), lapor Sinar Harian.

Rakyat Malaysia dijangka dapat melihat secara purata sekitar 60 hingga 100 meteor sejam, menurut satu kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), dan boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam bagi kawasan yang bebas daripada pencemaran cahaya semasa kemuncak fenomena.

"Cabaran pada 2017 adalah cahaya bulan yang terang kerana berada pada fasa bulan menghampiri purnama ketika kemuncak kemunculan meteor.

Dalam pada itu juga, bulan dijangka akan terbit lebih awal, iaitu pada 10.16 malam 11 Ogos. Ianya mungkin akan menyebabkan kadar kenampakan menjadi kurang. Jumlah meteor yang dapat dilihat juga bergantung kepada keadaan tempat dan cuaca", menurut kenyataan itu.

Pancuran meteor Perseid berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet terbakar ketika memasuki atmosfera, ianya berlaku pada setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos.

Tiada sebarang program pencerapan dilakukan Angkasa namun orang ramai dipelawa berkongsi imej fenomena berkenaan di Facebook Angkasa.

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Aug 10, 2017 7:27 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Demi Selamatkan Al-Quran, Lelaki Kurang Siuman Melecur Separuh Badan
siakapkeli.my

Foto: Ditanahku Terjadinya Bencana (#DTTB)

Demi menyelamatkan sebuah beg yang berisi al-Quran miliknya, seorang lelaki yang mengalami masalah mental mengalami kecederaan teruk selepas separuh dari badannya melecur dalam kebakaran yang terjadi di rumahnya di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, awal pagi semalam.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam tujuh pagi dan menyebabkan mangsa, Daud Ibrahim dikejarkan ke Klinik Kesihatan Selekoh setelah mengalami kecedaraan.

Jiran mangsa, Mohd Sharizal Samsudin, 38, berkata, ketika kejadian dia sedang bersiap untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah sekitar jam 6.30 pagi sebelum menyedari api yang marak di bahagian dapur rumah mangsa.

"Pada mulanya kami mencium bau asap tetapi tidak menyangka apa-apa kerana dia (mangsa) sering membakar bekas kulit telur untuk menghalau nyamuk.

"Namun lama-kelamaan bau asap semakin kuat dan apabila saya menjenguk keluar api sedang marak di bahagian dapur rumah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Mohd Sharizal, dia kemudiannya melihat mangsa meluru berlari keluar rumah, tetapi berlari semula masuk ke dalam rumah yang sedang terbakar.

"Saya terkejut melihat dia lari masuk semula dan ketika itu api sudah semakin kuat dan sampai bahagian hadapan rumah berkenaan.

"Tidak lama kemudian saya melihat dia terjun dari tingkap atas ke bawah dengan keadaan badanya separuh sudah terbakar dan kemudian terbaring di bawah rumah," katanya.

Mangsa kemudiannya bangun sendiri sambil membawa beg yang diselamatkannya sebelum duduk di tepi jalan sebelum di bantu oleh orang ramai.

"Melihat badannya yang melecur teruk seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Muhammad membawanya ke Klinik Kesihatan Selekoh.

"Dia (mangsa) memang ada masalah kesihatan iaitu gangguan mental dan rumah yang terbakar adalah rumah neneknya yang tidak berpenghuni," akhirnya.

Sumber- Ditanahku Terjadinya Bencana (#DTTB)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Aug 10, 2017 7:28 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Perbedaan Politik Islam dengan Politik Jahiliyyah
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Dalam buku Fikih Politik Menurut Imam Hasan Al-Banna, Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris menulis: "Jadi politik itu terbagi menjadi dua macam: politik syar'i (politik Islam) dan politik non syar'i (politik non Islam). Politik syar'i berarti upaya membawa semua manusia kepada pandangan syar'i dan khilafah (sistem pemerintahan Islam) yang berfungsi untuk menjaga agama (Islam) dan urusan dunia. Adapun politik non syar'i atau politik versi manusia adalah politik yang membawa orang kepada pandangan manusia yang diterjemahkan ke undang-undang ciptaan manusia dan hukum lainnya sebagai pengganti bagi syari'at Islam dan bisa saja bertentangan dengan Islam. Politik seperti ini menolak politik syar'i karena merupakan politik yang tidak memiliki agama. Sedangkan politik yang tidak memiliki agama adalah politik jahiliyah."

Semenjak tahun 1924 ummat Islam tidak lagi hidup di bawah naungan sistem Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegaranya. Bahkan di berbagai penjuru dunia Islam diisytiharkan penubuhan negara-negara dengan konsep nation-state (negara-kebangsaan). Mulailah kaum muslimin mengekor kepada negara-negara kafir yang mengkotak-katikkan manusia berdasarkan kepelbagaian suku dan bangsa. Sebelumnya ketika Khilafah Islamiyyah masih tegak ummat Islam hanya memahami manusia berdasarkan pembagian yang Allah gambarkan di dalam Al-Qur'an, yaitu manusia beriman (Al-Mu'minun) dan manusia kafir (Al-Kafirun).

Ketika Khilafah masih tegak ummat Islam tidak mengenal adanya pemisahan antara urusan agama dengan berbagai urusan kehidupan sehari-hari, termasuk kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Tidak ada pemisahan antara kehidupan beragama dalam tataran kehidupan individual maupun sosial. Namun semenjak faham negara-aqidah dihapuskan lalu diganti dengan ideologi nasionalisme mulakan kaum muslimin mengalami pergeseran tolok ukur. Aqidah Islam yang sebelumnya dijadikan sebagai perekat utama masyarakat dilokalisir menjadi sebatas keyakinan individual muslim. Sedangkan masyarakat diarahkan untuk menjadikan etnisitas kebangsaan sebagai perekat kehidupan sosial. Seolah agama hanya berlaku dalam tataran peribadi, sedangkan dalam tataran sosial agama harus dikesampingkan. Kemudian muncullah ajaran purba kebangsaan yang menggantikan agama sebagai identiti dan pelekat sosial.

Dalam buku Petunjuk Jalan bab Tumbuhnya Masyarakat Islam dan Ciri Khasnya, Sayyid Qutb menulis: "Sesungguhnya dakwah Islam yang dibawa Nabi Muhammad shollallahu 'alaih wa sallam merupakan mata rantai terakhir dari rangkaian dakwah dan seruan ke jalan Islam yang telah berjalan lama di bawah pimpinan para Rasul dan utusan-utusan Allah yang mulia. Dakwah ini di sepanjang sejarah wujud manusia mempunyai sasaran dan tujuan yang satu. Iaitu, membimbing manusia untuk mengenal Ilah mereka yang Maha Esa dan Yang Maha Benar, agar mereka menyembah dan mengabdi hanya kepada Ilah Yang Maha Esa dan mengubur segala penuhanan terhadap sesama makhluk.

Seluruh umat manusia kecuali segelintir orang saja, tidak ingkar dengan dasar ketuhanan dan tidak menafikan wujudnya Tuhan; tetapi mereka salah pilih dalam hal mengenal hakikat Tuhan yang benar. Mereka menyekutukan Tuhan yang benar dengan tuhan-tuhan yang lain. Bisa dalam bentuk ibadat dan akidah, atau pun dalam bentuk ketaatan di bidang pemerintahan dan kekuasaan.

Dua bentuk itu adalah SYIRIK yang bisa menyebabkan manusia keluar dari agama Allah. Padahal para Rasul sudah mengenalkan Allah swt. kepada mereka. Tapi, mereka mengingkariNya setelah berlalu beberapa masa dan generasi. Mereka pun kembali ke alam jahiliyah, kemudian kembali mensyirikkan Allah, baik dalam bentuk akidah dan ibadat, atau dalam bentuk ketaatan di bidang pemerintahan, atau pun di dalam dua bentuk itu sekaligus.

Inilah dia tabiat dakwah ke jalan Allah di sepanjang sejarah umat manusia. Ia mempunyai tujuan dan sasaran yang satu yaitu "ISLAM (MENYERAH)" di dalam pengertian penyerahan diri sepenuhnya, penyerahan diri dan kepatuhan para hamba kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam, menarik umat manusia keluar dari mengabdikan diri kepada sesama hamba Allah, kepada suasana menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT, membawa mereka keluar dari sikap patuh dan tunduk kepada sesama hamba Allah di dalam urusan peraturan hidup dan pemerintahan, nilai-nilai dan kebudayaan, untuk bersikap patuh dan tunduk kepada kekuasaan pemerintahan dan peraturan Allah saja di dalam semua urusan hidup."

Untuk inilah Islam datang melalui Nabi Muhammad shollallahu 'alaih wa sallam sebagaimana ia datang melalui para Rasul sebelum beliau. Ia datang untuk membawa umat manusia patuh kepada kekuasaan dan pemerintahan Allah seperti seluruh alam ini berjalan mengikuti landasan peraturan Allah."

Sebuah masyarakat Islam berbeza sama sekali dari masyarakat Jahiliyyah. Masyarakat Islam berdiri di atas asas aqidah La Ilaha Illa Allah, keyakinan bahawa hanya Allah sajalah satu-satunya tempat memuja, memuji, memohon pertolongan, menyerahkan kepatuhan dan kesetiaan total. Penghambaan kepada Allah bukan tercermin dalam urusan ibadah ritual-formal belaka. Tetapi ia juga dapat dilihat dalam aspek nilai-nilai moral serta hukum-hukum peribadi dan sosial yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.

Sedangkan sebuah masyarakat Jahiliyyah berdiri di atas asas bahawa sesama manusia pantas untuk dipuji, dipuja, diminta pertolongannya, diserahkan kepatuhan dan kesetiaan kepadanya. Oleh karenanya di dalam masyarakat seperti ini akan selalu hadir para thaghut, iaitu pihak yang sedikit sahaja memperoleh kekuasaan lalu berlaku melampaui batas sehingga menuntut ketaatan dari para rakyatnya, pengikut-pengikutnya, muridnya, bawahannya. Dalam sejarah kemanusiaan Allah abadikan di dalam AlQur'an gambaran sosok thaghut paling ideal yaitu Fir'aun. Fir'aun telah sedemikian rupa berlaku sombong sehingga sampai hati memproklamirkan dirinya di hadapan rakyat Mesir yang ia pimpin dengan kalimat: "Akulah tuhan kalian yang Maha Mulia."

Tetapi Fir'aun mendustakan dan mendurhakai. Kemudian dia berpaling seraya berusaha menantang (Musa). Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. (Seraya) berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi". (QS AnNaziat ayat 21-24).

Itulah sebabnya mengapa segenap para Nabi dan Rasul utusan Allah menyampaikan suatu seruan universal yang berlaku sepanjang zaman. Yaitu seruan kepada umatnya masing-masing agar menyembah Allah semata dan menjauhkan diri dari para thaghut.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu." (QS An-Nahl ayat 36).

Politik Islam adalah politik syar'i. Ia merupakan politik yang berlandaskan konsep asas aqidah Islamiyyah, iaitu La Ilaha Illa Allah, keyakinan bahawa hanya Allah sajalah satu-satunya tempat memuja, memuji, memohon pertolongan, menyerahkan kepatuhan dan kesetiaan total. Politik Islam pasti akan menghantarkan masyarakat untuk membentuk diri menjadi masyarakat Islam. Sedangkan politik jahiliyyah merupakan politik yang tidak syar'i. Politik jahiliyyah akan menghasilkan tumbuhnya sebuah masyarakat jahiliyyah penuh dengan suburnya kewujudan para thaghut di dalamnya. Politik seperti ini akan menyebabkan manusia sedar tidak sedar menghambakan diri kepada sesama manusia.

Mengulas mengenai keadaan realiti umat Islam dewasa ini semenjak tidak lagi hidup di bawah naungan sistem Khilafah Islamiyyah yang telah runtuh 85 tahun yang lalu, maka Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah menulis: "Akibatnya, hilanglah Islam dari kehidupan manusia secarahampir sempurna. Hilanglah sistem politiknya, dan hilanglah konsepnya dari umat, untuk digantikan dengan konsep nasionalisme. Konsepnya hilang dari negara, untuk digantikan dengan konsep lain. Juga hilang dari ruang pengadilan, untuk digantikan yang lain. Syariatnya hilang digantikan dengan perundangan lain. Konsepnya hilang dari ruang-ruang permusyawaratan, untuk digantikan konsep demokrasi Timur atau Barat. Konsepnya hilang dari kuasa eksekutif untukdigantikan dengan konsep jahiliah secara total. Konsepnya hilang dari partai-partai yang Rabbani untuk digantikan oleh sistem kepartaian jahiliah. "Mengulas mengenai keadaan realiti umat Islam dewasa ini semenjak tidak lagi hidup di bawah naungan sistem Khilafah Islamiyyah yang telah runtuh 85 tahun yang lalu, maka Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah menulis:" akibatnya, hilanglah Islam dari kehidupan manusia secarahampir sempurna. Hilanglah sistem politiknya, dan hilanglah konsepnya dari umat, untuk digantikan dengan konsep nasionalisme. Konsepnya hilang dari negara, untuk digantikan dengan konsep lain. Juga hilang dari ruang pengadilan, untuk digantikan yang lain. Syariatnya hilang digantikan dengan perundangan lain. Konsepnya hilang dari ruang-ruang permusyawaratan, untuk digantikan konsep demokrasi Timur atau Barat. Konsepnya hilang dari kuasa eksekutif untukdigantikan dengan konsep jahiliah secara total. Konsepnya hilang dari partai-partai yang Rabbani untuk digantikan oleh sistem kepartaian jahiliah. "

Saudaraku, marilah dengan penuh kesabaran kita meniti kembali jalan perjuangan Nabi shollallahu 'alaih wa sallam dan para sahabat ketika mereka masih tertindas di kota Mekkah sebelum hijrah ke Madinah. Marilah kita pelajari kembali bagaimana Nabi shollallahu 'alaih wa sallam dan para sahabat berjuang tanpa sedikitpun berfikir untuk berkompromi dengan sistem jahiliyyah dan para thaghutnya ketika mereka masih lemah sekalipun. Sebab mereka hanya punya satu cita-cita, yaitu mengembalikan hati manusia ke dalam pangkuan aqidah kalimat tauhid dimana manusia diajak untuk hanya menghamba kepada Allah dan tunduk kepada syariatNya. Nabi shollallahu 'alaih wa sallam dan para sahabat tidak pernah sejenakpun bertoleransi dengan aqidah kemusyrikan dan tunduk kepada sistem jahiliyyah yang berlaku, betapa pun risikonya mereka terpaksa menghadapi pelbagai ujian, tekanan, penyeksaan, penindasan bahkan pembunuhan.

Saudaraku, bagaimanapun kita perlu memahami bahawa Politik Islam tidaklah sama dengan Politik Jahiliyyah. Berbeza satu sama lain dalam hal landasan keyakinannya, semangatnya, fikrah-ideologinya, sistem pembentukannya, budayanya, tingkah-laku para pelakunya. Yang jelas, kedua-duanya sangat berbeza secara fundamental dalam hal siapa yang dijadikan pusat kesetiaan, penghambaan dan pergantungan. Politik Islam sejak hari pertama telah mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah mega-projek untuk pembebasan manusia dari penghambaan sesama manusia untuk hanya menghamba kepada Allah semata. Sedangkan Politik Jahiliyyah menjadikan sesama manusia sebagai tempat menyerahkan kesetiaan, ketaatan dan ketergantungan sehingga suburlah di dalamnya para thaghut.

(Sumber: http://www.eramuslim.com)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Aug 10, 2017 7:28 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Rumah Prima : Kerajaan BN janji nak bina 500,000 unit tapi yang siap hanya 8,475 unit sahaja
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
PARLIMEN l Kerajaan BN yang ini dibidas kerana didakwa "berbohong" kepada rakyat mengenai perumahan yang mampu dimiliki.

Dalam membuat dakwaan itu, ahli parlimen PKR Sim Tze Tzin memetik jawapan bertulis parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Jawapan itu mengesahkan bahawa hanya 8,475 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) siap sejak penubuhan PR1MA pada tahun 2013.

Sim berkata, BN dalam manifesto pilihan raya umum lalu, berjanji untuk membina 1,000,000 rumah mampu milik termasuk 500,000 unit PR1MA.

"Tetapi jawapan yang saya terima itu mengejutkan," kata ahli parlimen Bayan Baru itu pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Daripada 8,475 unit yang telah disiapkan itu, hanya 934 kunci diserahkan kepada pemilik masing-masing, kata Sim memetik jawapan bertulis itu selanjutnya.

"Kerajaan tidak berbuat apa-apa, mereka gagal dan tidak dapat menunaikan apa yang dijanjikan, inilah BN," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Aug 10, 2017 7:29 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Golongan Yang Mahukan lslam Seringkali Dihina, Dicemuh, Ditohmah, Difitnah
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Sejarah lslam telah memaparkan melalui kisah-kisah al-Quran dan Sunnah tentang kepedihan dan ranjau-ranjau yang pernah dilalui oleh para anbia dan Rasul-rasul a.s. serta pengikut-pengikut mereka dalam menyampaikan risalah Allah kepada manusia.
Firman Allah yang bermaksud:

"Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Terpuji" - (al-Buruuj: 8).

Golongan yang mahukan kepada lslam seringkali dihina, dicemuh, ditohmah, difitnah dan berbagai lagi tindakan yang dilakukan oleh golongan kuffar yang berkuasa. Golongan ini terus menolak seruan yang dibuat sekalipun seruan dan dakwah itu untuk kebaikan mereka di dunia dan di akhirat.

Al-Quran telah memaparkan peristiwa pertarungan antara Nabi lbrahim a.s. dengan Namrud, Nabi Musa a.s. dengan pemerintahan Firaun dan akhirnya antara Nabi Muhammad SAW dengan pemimpin-pemimpin yang berkuasa di Mekah.

Semua peristiwa ini menjadi contoh bagi meningkatkan keyakinan kita dalam perjuangan lslam yang kita dokong selama ini.

Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang memakan masa lebih dari dua dekad adalah contoh terdekat untuk kita renungi dan pelajari.

Para rasul sebelumnya hanya menghadapi satu barisan musuh sahaja iaitu kekuasaan dan kekuatan kuffar setempat.

Keadaan ini berlainan dengan suasana yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW, di mana baginda terpaksa berhadapan dengan pelbagai kuasa kuffar dari dalam dan luar disamping penyatuan barisan di kalangan mereka yang mendakwa sebagai Muslim iaitu golongan munafiqin dengan kekuatan kuffar dalaman yang terdiri daripada kaum Yahudi dan musyrik Arab.

Meskipun demikian, seluruh barisan musuh telah dapat dipatahkan, malah ramai dari pengikut golongan kuffar telah memeluk lslam dan menerima ajarannya yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW itu, bahkan ikut memperjuangkannya pula.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang bathil telah hilang lenyap. Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap" - (al-lsra': 81).

Sungguhpun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita 14 abad yang lalu, tetapi risalah lslam terus berjalan dan berkembang.

Generasi demi generasi terus mempertahankan risalah lslam dan memperjuangkannya dengan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran sama ada dalam bentuk yang sama seperti yang dihadapi oleh Rasulullah SAW atau cabaran dalam bentuk baru.

Sesungguhnya, musuh-musuh lslam mempunyai matlamat untuk menghancurkan lslam dan kekuatan ummahnya. Firman Allah yang bermaksud:

"Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya" - (at-Taubah: 32).

Hari ini gerakan lslam atau harakah lslam terus mewakili cabaran yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW.

Suasana yang dihadapi kian hari kian meruncing. Pendokong gerakan lslam kini terdiri daripada manusia biasa, keupayaan yang mereka miliki adalah terhad.

Sementara penentang-penentang lslam semakin rakus dan ganas. Dalam keadaan serba terhad ini kita menghadapi gabungan kekuatan kuffar dan munafiqin serta konspirasi hebat mereka.

Penentang gerakan lslam hari ini telah mempelajari pengalaman yang pernah dialami oleh kuasa kuffar dunia bahawa selagi mereka menentang lslam secara terbuka dan menggunakan kekerasan, selama itulah umat lslam tidak akan kecundang atau tunduk kepada mereka.

Oleh itu mereka telah mengubah strategi yang dianggap sebagai baru iaitu dengan menunjukkan bahawa mereka bersimpati dengan lslam dan nasib ummahnya, malah ada di antara mereka yang mendakwa bahawa merekalah pejuang lslam yang sebenar.

Mereka menuduh gerakan lslam sebagai golongan yang menyeleweng, ekstrim, pelampau dan sebagainya.

Mereka menonjolkan kepentingan maddi dan duniawi yang dapat mempesonakan orang-orang awam biasa dengan berselindung di sebalik slogan-slogan pembangunan yang kononnya selari dengan ajaran lslam.

Mereka menggunakan lslam untuk menentang lslam. Mereka mulai mencari ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang kononnya menyokong tindakan-tindakan mereka.

Mereka melaksanakan program yang berbentuk agama yang dapat memberikan keuntungan kebendaan dan keduniaan, tetapi membiar dan merelakan kemungkaran dan kemaksiatan bermaharajalela di hadapan mereka. Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Dan demikianlah kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang besar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya" - (al-An'am: 123).

Kita hendaklah sedar bahawa apa juga bentuk rancangan jahat yang telah diatur oleh mereka bagi menghalang dan menentang lslam tidak mungkin berjaya, sebaliknya lslam akan terus berkembang dan mara ke hadapan.

"Dan sesungguhnya mereka telah membuat rancangan jahat mereka (untuk menentang lslam) sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walaupun rancangan jahat mereka itu dapat melenyapkan gunung-ganang" - (lbrahim: 46).

Dalam konteks negara kita Malaysia, PAS sebagai satu wadah perjuangan ummah hendaklah meneruskan perjuangan tersebut demi untuk keagungan lslam dan menegakkan perintah Allah di atas muka bumi ini.

Justeru itu, PAS hendaklah tetap dengan identitinya disamping berkewajipan pula menyatu dan meningkatkan lagi perpaduan di kalangan ahli dan penyokong-penyokongnya.

Dengan kesepaduan sokongan daripada ahli-ahli dan penyokong, PAS bukan sahaja mampu menghadapi lawan dengan mudah, malah boleh mengerunkan pula mereka.

Untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan, semua ahli dan penyokong-penyokong PAS bermula dari peringkat pimpinan atas hinggalah kepada ahli-ahli biasa hendaklah sentiasa patuh dan taat kepada setiap arahan jamaah walaupun arahan-arahan itu berat dirasai.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Menjadi kewajipan atas setiap Muslim mendengar dan mematuhi sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka".

Perlu ditegaskan bahawa PAS mempunyai syakhsiyahnya tersendiri dan ia bergerak serta berjuang mengikut peraturan dan khittah parti. Apa yang PAS lakukan adalah kesinambungan kepada apa yang pernah dilakukan oleh para pemimpin yang terdahulu.

Sebagai jamaah yang mempunyai sikap dan syakhsiyahnya, perjuangan PAS tidak mungkin boleh dijual beli.

Atas sebab-sebab itu maka PAS, tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak sekiranya ia boleh menjejaskan dasar dan syakhsiyah PAS. Sungguhpun demikian, PAS tetap mengamalkan sikap terbuka.

PAS sedia berunding dan berbincang dengan sesiapa sahaja demi kebaikan ummah sama ada dari dalam atau luar negara.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Aug 10, 2017 7:29 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Peminjam Gesa PTPTN Untuk Hapuskan Caj Pentadbiran Yang Dikenakan
siakapkeli.my

Foto: nst

PEMINJAM yang disenarai hitam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) menggesa badan itu supaya menghapuskan caj pentadbiran hutang bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.

Peminjam yang disenarai hitam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) menggesa, caj pentadbiran hutang yang dikenakan, antara satu hingga tiga peratus dihapuskan oleh badan itu untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.

Bagi mereka, amalan itu dianggap seperti riba serta meningkatkan jumlah hutang sekiranya gagal membayar ansuran yang sepatutnya, lapor The Malaysian Insight.

Seorang doktor, iaitu Dr A Naomi, 40, masih belum dapat melangsaikan hutang sebanyak RM34,000, walaupun membayar RM350 sebulan kepada PTPTN selama 10 tahun sejak keluar universiti.

"Selain (bunga) yang dikenakan jadi faktor peminjam terbantut untuk bayar semula, komitmen tinggi termasuk pinjaman rumah, pinjaman kereta, cukai pendapatan dan kos sara hidup yang tinggi jadi punca saya tidak mampu bayar PTPTN", katanya

Tambahnya lagi, dia tidak bersetuju dengan kos pentadbiran kerana peminjam terbeban dengan bayaran bulanan, malah, dengan tiada kenaikan gaji, bagaimana hendak bayar?

Foto: themalaysiantimes

Perjanjian

Berdasarkan satu perjanjian yang ditandatangan, kadar bunga antara 1-3 peratus, akan dikenakan bergantung pada tahap pendidikan tinggi dan pertimbangan lain, selepas tempoh 6 bulan tamat pengajian.

Dr Naomi membayar bunga 3%, kadar yang beliau sifatkan tinggi bagi graduan baru yang baru pula memulakan kehidupan berkeluarga, di bawah perjanjian pinjamannya,

Bagaimanapun pada 2008, doktor haiwan ini memohon status pinjamannya ditukar dan sejak itu beliau dikenakan caj sebanyak 1%.

Gaji yang rendah

Disenaraihitam daripada ke luar, Arjunaidi Wan, 28, akur dengan tindakan itu kerana gaji yang rendah sebagai pembantu tadbir tidak memungkinkan beliau melangsaikan hutang itu segera, ditambah komitmen hidup yang tinggi.

Kos sara hidup yang meningkat menyebabkan ramai yang tidak mampu melangsaikan hutang pendidikan yang diberi PTPTN walaupun memperuntukkan ratusan ringgit sebulan .

"Bayar rumah, kos anak dan kereta sahaja hutang saya sudah mencecah dua ribu ringgit. Gaji saya juga rendah," katanya.

Beliau mendedahkan kos pentadbiran atau bunga yang dibayarnya setakat ini berjumlah hampir satu perempat daripada jumlah pinjaman.

Apa yang dicadangkannya adalah, membatalkan kos pentadbiran atau bunga, dan peminjam cuma bayar jumlah yang dipinjam saja.

"Kos pentadbiran mengakibatkan jumlah pinjaman meningkat," katanya.

Foto: harianmetro

Pinjaman kembali seperti asal

Dalam tempoh 2 tahun, pereka grafik, Nabil Saleh, membayar hutang pelajarannya hampir RM4,000, secara konsisten sejak tamat pengajian dan mula bekerja pada 2011.

Namun, akibat hilang pekerjaan pada 2014, ayah kepada dua anak ini mula tersangkut pembayarannya.

"Saya tidak bayar sejak tahun 2014 dan sehingga kini pinjaman saya kembali seperti asal iaitu RM15,000. Apa yang saya bayar itu tiada makna kerana kos pentadbiran yang bertambah setiap tahun.

"Kenapa begitu? PTPTN adalah tabung pendidikan, maka jangan amalkan riba. Ini saya baru mula bekerja beberapa bulan dan masih belum stabil," katanya yang menetap di Kuala Selangor.

Bayar lebih

Supaya tidak terbeban dengan kos pentadbiran, sesetengah peminjam terpaksa buat dua kerja.

"Saya membayar RM500 untuk pinjaman diploma RM15,000. Syukur untuk (ijazah) saya dapat kelas pertama dan ditukarkan kepada biasiswa," kata seorang lagi peminjam, Dalilah.

Bekerja sebagai penulis sambilan untuk sebuah laman web bagi dapatkan duit tambahan, Dalilah bayar lebih daripada bayaran minimum RM350 sebulan kepada PTPTN.

"Tetapi apa pun saya sakit hati dan rasa tak patut dengan kos pentadbiran yang dikenakan agak tinggi. Walaupun kita bayar secara konsisten, hutang akan lambat langsai sebab PTPTN makan duit kos pentadbiran yang tinggi," katanya.

Jelas Dalilah, beliau beruntung kerana dapat bayar lebih kerana komitmennya tidak terlalu tinggi sebab belum berkeluarga.

Lebih separuh daripada 622, 768 rakyat Malaysia dilarang ke luar negara sejak 2010 merupakan peminjam PTPTN, dari Statistik Jabatan Imigresen.

Sumber: The Malaysian Insight

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: