Tuesday, September 12, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4842

8 Messages

Digest #4842

Messages

Tue Sep 12, 2017 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bajet 2018: Netizen Cadang Hanya Bayar Sekali Seumur Hidup Untuk Lesen Memandu
siakapkeli.my

"Lesen memandu Malaysia hanya perlu dibayar sekali seumur hidup tanpa perlu diperbaharui bag setiap kali tamat tempoh".

Itulah antara cadangan yang telah dilontarkan melalui pelayar https://bajet2018.najibrazak.com bagi kategori pengangkutan dan infrastruktur.

Sebanyak 378 daripada pelayar lain telah bersetuju dengan cadangan tersebut berbanding cadangan-cadangan lain. Selain itu, ada juga mencadangkan kerajaan dapat mencari jalan penyelesaian untuk membendung ketirisan subsidi pengangkutan awam.

Mohammad Azrul Azanin mencadangkan, berharap harga cukai jalan dapat dikurangkan oleh kerajaan bagi kereta tempatan untuk mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan dan berpendapatan sederhana.

Ada juga pendapat mengatakan pendatang asing perlu membayar harga tambang yang berlainan dan rakyat boleh menikmati subsidi diberikan secara terus melalui kad pengenalan.

Langkah tersebut dapat membantu kerajaan menaik taraf infrastruktur lain.

sumber : Sinar Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 12, 2017 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Penghormatan Besar Buat Kami"- Lapan Petugas Gali Liang Makam 8 Jam
siakapkeli.my

Lapan petugas Makam Diraja Langgar menganggap ianya satu penghormatan yang besar apabila diberi tanggungjawab menggali liang makam bagi Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Daud Shahidan, 54, Pembantu Awam Makan Diraja Langgar berkata, dengan bantuan 20 kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), tugas menggali bermula jam 6 petang semalam sebaik sahaja mendapat arahan bahagian protokol Istana Anak Bukit sehingga selesai jam 2 pagi.

"Makam baginda dipilih di kedudukan tengah antara makam isteri baginda iaitu Almarhumah Sultanah Bahiyah dan adinda baginda, Almarhum Tunku Annuar Sultan Badlishah manakala jenazah dijangka dimakamkan kira-kira jam 4 petang ini," katanya.

Para petugas bekerja tanpa henti sejak semalam sehingga proses pemakaman selesai, kata Daud yang sudah berkhidmat selama 31 tahun di makam terbabit.

Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mendirikan khemah, pentas dan memasang kerusi serta permaidani untuk pihak kenamaan dan kerabat yang hadir ke makam sebaik sahaja proses menggali makam selesai.

"Kami perlu menyiapkan kerja ini sebelum jenazah diarak menggunakan pedati ke makam kira-kira jam 2.30 petang," katanya.

Jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim dijangka diiringi melalui Lebuhraya Darul Aman dan Jalan Tun Razak sebelum melalui Jalang Langgar ke Makam Diraja Langgar dari Istana Anak Bukit.

Jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim dijadual diiring dari Istana Anak Bukit melalui Lebuhraya Darul Aman dan Jalan Tun Razak sebelum melalui Jalan Langgar ke Makam Diraja Langgar.

Sumber : BH Online

Gambar Sekitar Majlis Pengebumian Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
siakapkeli.my

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah disahkan mangkat di Istana Anak Bukit Kedah pada jam 2.30 semalam.

Jenazah Almarhum Sultan Kedah akan disemayamkan di Dewan Penghadapan Baharu Istana Anak Bukit untuk solat jenazah dan sebagai penghormatan terakhir pada jam 11 pagi tadi.

Jenazah akan diiring ke Makam Diraja Langgar melalui Lebuhraya Darulaman, Jalan Tun Razak, Jalan Langgar dan terus ke kawasan pemakaman.

Almarhum yang berusia 89 diputerakan pada 28 November 1927 adalah Sultan Kedah ke-27.

Almarhum mewarisi takhta Kedah pada Julai 1958 daripada ayahandanya dan ditabalkan pada Februari 1959.

Sumber- Natipah Abu

Kedah Berkabung 7 Hari, Perak Dan Johor Turut Kibar Bendera Separuh Tiang
siakapkeli.my

Susulan kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit Kedah pada jam 2.30 semalam, kerajaan Kedah telah mengumumkan Selasa sebagai hari pelepasan am.

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini berjalan seperti biasa, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Kerajaan negeri juga menetapkan tempoh berkabung tujuh hari bermula hari ini dengan semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan manakala, bendera Kedah di bangunan Persekutuan, negeri dan awam juga hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini," katanya dalam sidang media khas, sebentar tadi.

Jenazah Almarhum Sultan Kedah akan disemayamkan di Dewan Penghadapan Baharu Istana Anak Bukit untuk solat jenazah dan sebagai penghormatan terakhir bermula jam 11 pagi, tambahnya.

"Jenazah Almarhum Sultan Kedah akan diiring ke Makam Diraja Langgar melalui Lebuhraya Darulaman, Jalan Tun Razak, Jalan Langgar dan terus ke kawasan pemakaman," katanya.

Bagi rakyat jelata, istiadat penghormatan terakhir akan bermula jam 11 pagi. Manakala sesi khas untuk kenamaan dan delegasi asing akan bermula jam 12.30 tengah hari.

Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan bendera di negeri Perak dikibarkan separuh tiang sehingga selesai istiadat pemakaman berkuat kuasa serta-merta.

Di negeri Johor pula, bendera Johor dan bendera daerah di negeri ini akan dikibarkan separuh tiang bagi menghormati kemangkatan Sultan Kedah Sulatan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sumber-Berita Harian
Astro Awani

Tunku Sallehuddin Dimasyhurkan Sebagai Sultan Kedah Ke-29
siakapkeli.my

ALOR SETAR: Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah iaitu Raja Muda Kedah sebentar tadi telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 menggantikan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang mangkat semalam.

Pengumuman pemasyhuran itu telah dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Menteri Besar dalam satu istiadat khas di Balai Penghadapan Baharu, di Istana Anak Bukit.

Tunku Sallehuddin diputerakan di Alor Setar pada 30 April 1942 merupakan anakanda kesembilan Almarhum Sultan Badlishah dengan pasangannya Sultanah Asma Sultan Sultan Sulaiman,yang juga puteri Sultan Terengganu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Baginda di masyhurkan sebagai Raja Muda Kedah pada 15 Disember lalu menggantikan Almarhum Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah, yang mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat gering.

Tunku Sallehuddin telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan seterusnya menyambung pengajiannya di Kolej Sultan Abdul Hamid.

Setelah pengumuman itu dibuat, Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang juga Ketua Istiadat, Datuk Syed Unan Mahsri Syed Abdullah, mengiring Tunku Sallehuddin, untuk bersemayam di singgahsana, sebelum disusuli laungan "Daulat Tuanku" oleh hadirin sebanyak tiga kali.

Sumber:Berita Harian

Saya Bertembung Dengan Tuanku Di Lobi Ketika Sarat Mengandung, Terus Baginda Bagi Saya Lalu Dulu - Wartawan The Malay Mail
siakapkeli.my

Kemangkatan Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam begitu meninggalkan kesan kepada rakyat Kedah dan juga rakyat Malaysia selepas baginda baru sahaja selesai tempoh berkhidmat sebagai Yang Dipetuan Agong.

Kelibat baginda begitu menjadi bualan ramai kerana sikapnya yang cukup terkenal berjiwa rakyat dan sentiasa melemparkan senyuman kepada orang sekelilingnya dikala umurnya menjangkau 90 tahun.

Dikongsikan sebuah kisah oleh seorang wartawan daripada akhbar The Malay Mail, Wan Noriza Meor Idris di mana kemangkatan Sultan Abdul Halim cukup meruntunkan hatinya disebalik sebuah kisah yang berlaku cukup segar terpahat di dalam ingatannya di mana dia terjadi ketika dia bertembung dengan Baginda.

Menurut Wan Noriza, dia pernah beberapa kali terserempak dengan Almarhum kerana pernah berjiran dengan Baginda ketika masih bergelar Yang di-Pertuan Agong iaitu sekitar 2013 di sebuah kondominium mewah di Taman Tun Dr Ismail.

"Almarhum baginda seorang yang sangat pemurah dengan senyuman dan cukup bersahaja ketika kami bertemu beberapa kali.

"Kenangan yang terpahat dalam ingatan saya, sudah tentu kemesraannya terhadap orang lain tanpa mengira status," katanya.

Satu hari ketika sedang sarat mengandung anak pertama, dia telah bertembung dengan Almarhum Tuanku Abdul Halim di lobi kondominium, melihat keadaannya yang sarat baginda terus berkenan memberikan laluan kepadanya.

"Saya nampak Tuanku yang ketika itu dan sebagai tanda hormat saya ingin beri laluan kepadanya, namun sebaliknya baginda yang memberi laluan kepada saya.

"Setiap kali saya berselisih dengan Tuanku, kami hanya bertukar senyuman dan saya rasa sedikit ralat kerana tidak mengambil peluang untuk bergambar dengannya sebagai tanda kenangan.

"Kalau boleh diputar masa, saya ingin bergambar dengan Tuanku kerana baginda seorang yang sangat berjiwa rakyat," ujarnya.

Beliau mendapat perkhabaran sedih tentang berita kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim daripada suaminya yang juga seorang pengamal media kira-kira jam 3 petang semalam(Isnin).

"Semoga Tuanku ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," katanya. - Siakapkeli.my

Sumber: mStar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 12, 2017 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Team Berbasikal Paralimpik Negara Dilanggar Lari Semasa Jalani Latihan
siakapkeli.my

Sejak sejam lalu menjadi perbualan hangat di mana di laporkan team atlet berbasikal Paralimpik negara yang sedang menjalani latihan untuk menghadapi Sukan PARA Asean 17 hingga 23 September 2017 ini telah mengalami kecelakaan selepas dilanggar lari.

Menurut seorang lelaki bernama Syed Mubarak Ali , kejadian berlaku di atas lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor Expressway (LATAR) berhampiran Ijok ketika atlet-atlet yang sedang menjalani latihan di mana mereka telah dilanggar oleh sebuah kereta pick up jenis Toyota Hilux.

Menurut beliau kes langgar lari itu telah sampai kepada pihak polis, semoga atlet-atlet kita ini cepat sembuh dan pesalah dihukum dengan hukuman yang setimpal. - Siakapkeli.my

Polis Buru Pemandu Hilux Langgar Lari Empat Atlet Berbasikal Paralimpik Negara
siakapkeli.my

Suspek yang melanggar lari empat atlet skuad paralimpik berbasikal dan seorang individu lain di Kilometer 12.6 Lebuhraya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (LATAR) berdekatan susur keluar Bandar Tasik Puteri, Kuala Selangor, hari ini sedang dikesan pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Menurut Superintendan Ruslan Abdullah yang merupakan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku sekitar 10.45 pagi itu membabit empat buah basikal, Yamaha LC dan Toyota Hilux.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila empat basikal ditunggang semua atlet itu dan motosikal dinaiki seorang pegawai berada di lorong tengah dari arah Ijok ke Rawang.

"Bagaimanapun, mereka dilanggar Hilux yang mahu menukar lorong ke susur keluar Tasik Puteri lalu terus melarikan diri. Kita masih meneruskan usaha mengesan pemandu terbabit," katanya.

Kelima-lima mangsa yang terlibat dikenali sebagai Khairul Nizam, Nursyafik, Khairul Azwan, Mohd Ridzuan dan Johari Mohd Nayan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagi rawatan lanjut.

Tambah Ruslan, pihaknya meminta orang ramai yang memiliki sebarang maklumat mengenai pemandu pancuan empat roda itu supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi tindakan tindakan lanjut.

Sumber- Harian Metro

Suspek yang melanggar lari empat atlet skuad paralimpik berbasikal dan seorang individu lain di Kilometer 12.6 Lebuhraya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (LATAR) berdekatan susur keluar Bandar Tasik Puteri, Kuala Selangor, hari ini sedang dikesan pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Menurut Superintendan Ruslan Abdullah yang merupakan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku sekitar 10.45 pagi itu membabit empat buah basikal, Yamaha LC dan Toyota Hilux.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila empat basikal ditunggang semua atlet itu dan motosikal dinaiki seorang pegawai berada di lorong tengah dari arah Ijok ke Rawang.

"Bagaimanapun, mereka dilanggar Hilux yang mahu menukar lorong ke susur keluar Tasik Puteri lalu terus melarikan diri. Kita masih meneruskan usaha mengesan pemandu terbabit," katanya.

Kelima-lima mangsa yang terlibat dikenali sebagai Khairul Nizam, Nursyafik, Khairul Azwan, Mohd Ridzuan dan Johari Mohd Nayan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagi rawatan lanjut.

Tambah Ruslan, pihaknya meminta orang ramai yang memiliki sebarang maklumat mengenai pemandu pancuan empat roda itu supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi tindakan tindakan lanjut.

Sumber- Harian Metro

Pemandu Hilux Langgar Lari Atlet Berbasikal Ditahan Polis
siakapkeli.my

Pemandu kereta Hilux yang dipercayai melanggar lari empat atlet berbasikal Malaysia termasuk dua atlet Para ASEAN dan ketua jurulatih di Kml 2.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (LATAR) telah ditahan kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitendan Ruslan Abdullah, lelaki berumur 46 tahun itu dikesan apabila dia dipercayai membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru Subang pada pukul 3 petang.

"Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Selangor untuk melakukan ujian air kencing dan dirakam percakapan bagi siasatan lanjut. Insiden berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Suspek juga mungkin akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Selangor esok," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelumnya, mangsa yang terlibat sedang menjalani latihan persediaan bagi menghdapi temasya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 23 September ini sebelum dirempuh dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selain dua daripada mangsa iaitu Mohd Nor Rizual mengalami patah pada bahagian tulang belakang manakala Muhammad Nur Syafiq pula patah kaki kanan.

Kenyataan itu turut mengingatkan orang ramai mengenai larangan berbasikal di lebuh raya sejajar dengan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Kami berharap kemalangan seumpamanya tidak berulang lagi dan kesemua pelumba negara yang terlibat akan selamat untuk meneruskan misi negara," demikian menurut kenyataan itu.

Sumber- Berita Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 12, 2017 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Menurut Laporan, Akhirnya Jawatan CEO Proton Bertukar Tangan Kepada Warga China
siakapkeli.my

Jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat kereta nasional, proton telah bertukar tangan warga China selepas DRB-Hicom menjual 49.9 peratus sahamnya kepada Zhejing Geely Holding pada Mei lalu.

Bekas Timbalan Pengurus Besar Dongfeng Honda Engine Co, Li Chunrong yang baru menyertai Geely 22 Ogos lalu, telah diberi kepercayaan memegang jawatan tersebut.

Chunrong, 53, mempunyai pengalaman luas dalam sektor automotif, tetapi beliau didakwa masih kurang arif untuk menguruskan operasi pemasaran kereta terutama di peringkat global.

Ini merupakan cabaran berat untuk menerajui syarikat kereta nasional kerana masih dianggap orang baharu Geely.

Jawatan CEO Proton baharu itu sudah hampir pasti milik Chunrong dan Geely sudah ternanti-nanti kemunculan beliau bagi mengubah nasib Proton kembali menjadi syarikat menguntungkan dalam laporan China Press.

Pemilihan Chunrong juga adalah sebahagian strategi utama Pengerusi Geely, Li Shufu yang kerap menekankan untuk memulihkan Proton secepat mungkin.

Sumber-Sinar Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 12, 2017 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Halimah Diangkat Presiden Singapura Rabu Ini

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Hanya seorang pemohon bagi bertanding di Pilihan Raya Presiden 2017 diberikan Sijil Kelayakan, kata Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC).

Memetik laporan Berita Harian Singapura, difahamkan bahawa bekas Speaker Parlimen Republik berkenaan, Halimah Yacob adalah pemohon yang diberi sijil tersebut.

Ini bermakna Pilihan Raya Presiden tidak perlu diadakan dan Halimah akan diisytiharkan sebagai Yang Dipertuan Negara Singapura selepas pencalonan ditutup pada Hari Penamaan Calon, pada Rabu, 13 September ini.
Dalam kenyataannya, PEC berkata, lima individu memohon bagi Sijil Kelayakan.

Tiga daripada lima individu itu mengisytiharkan bahawa mereka anggota masyarakat Melayu dan memohon bagi Sijil Masyarakat Melayu.

Kesemua tiga individu diberikan Sijil Masyarakat Melayu ini, namun PEC memutuskan bahawa ia hanya akan mengeluarkan hanya satu Sijil Kelayakan.

Pilihan Raya Presiden 2017 dikhaskan bagi calon dari masyarakat Melayu, selepas Perlembagaan disemak tahun lalu.

Sumber :Sinar Harian

Halimah Yaacob sah bakal Presiden wanita Melayu pertama Singapura
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
BEKAS speaker wanita Melayu pertama Singapura, Puan Halimah Yaacob kini sah bakal memegang jawatan Presiden wanita Melayu pertama republik Itu.

Media tempatan Singapura melaporkan, Puan Halimah Yaacob menang tanpa bertanding jawatan itu berikutan dua lagi permohonan calon-calon lain telah ditolak.

Jabatan Pilihanraya Singapura pada hari Isnin mengeluarkan satu kenyataan media memaklumkan bahawa hanya satu sijil layak telah dikeluarkan untuk pertandingan jawatan itu.

Meskipun badan itu tidak menyatakan nama calon yang berjaya, tidak berapa lama selepas pengumuman itu dua lagi calon presiden iaitu Mohamed Salleh Merican dan Farid Khan mengesahkan bahawa permohonan mereka telah ditolak.

Antara syarat kelayakan untuk menjadi calon presiden, para pemohon dari sektor swasta seperti Mohamed Salleh dan Farid Khan perlu menunjukkan bahawa mereka pernah menguruskan sebuah syarikat yang memiliki ekuiti bernilai sekurang-kurangnya SD500 juta ataupun pengalaman dan kebolehan lain yang setanding.

Permohonan Salleh telah ditolak memandangkan pegangan saham ekuiti syarikat yang diuruskannya hanyalah bernilai purata sebanyak SD258 juta dalam jangka masa tiga tahun kewangan yang lalu. "Ia sangat jauh di bawah nilai yang diperlukan sebanyak SD500 juta" kata Presiden Jawatankuasa Pilihan raya dalam sebuah surat rasmi yang dihantar kepadanya.

Farid juga dilaporkan tidak layak untuk bertanding disebabkan nilai 500 juta ekuiti yang diperlukan itu.

"Mereka mengiktiraf saya yang memegang jawatan senior di dalam syarikat, namun syarikat itu sendiri tidak memenuhi syarat SG500 juta," kata beliau dipetik oleh media tempatan.

Halimah pula berjaya memenuhi syarat bagi melayakkan diri sebagai calon presiden kerana berpengalaman di dalam sektor awam dan pernah menjawat jawatan speaker sekurang-kurangnya selama tiga tahun.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/09/halimah-yaacob-sah-bakal-presiden.html#ixzz4sSbwdCTp

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 12, 2017 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sanggup Cari Di Rumah Dan Belikan Baju Sekolah Baru Supaya Anak Muridnya Dapat Ke Sekolah Jawab UPSR
siakapkeli.my

Guru adalah antara insan yang paling penting dalam mencorakkan perjalanan hidup kita selain ibu bapa. Pengorbanan dan jasa seorang guru memang tidak dapat dinafikan.

Umum mengetahui kini pelajar-pelajar Tahun 6 sedang berjuang untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Bagi ibu bapa, mereka pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka supaya mereka mampu menduduki peperiksaan dengan tenang.

Namun apa yang terjadi kepada seorang pelajar di sebuah sekolah ini memang mengharukan dan apa yang dilakukan oleh cikgu ini lebih mengharukan. Ketika jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi, pelajar ini bernama Aina masih belum tiba sedangkan peperiksaan bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pelajar orang asli ini dikhabarkan datang dari keluar yang susah dan tidak mahu hadir ke sekolah disebabkan bajunya yang basah. Lalu dua orang cikgu ini mengambil inisiatif sendiri untuk menjenguk dan memujuk pelajar ini ke sekolah, mereka adalah Cikgu Khairul Nizam dan Cikgu Mohd Ali.

Setelah diikhtiarkan baju untuk untuk murid tersebut, kedua-dua cikgu ini menjemput anak kecil ini ke sekolah bagi menduduki peperiksaan Bahasa Melayu. Mulia sungguh hati kedua-dua cikgu ini, tidak membiarkan masa depan anak muridnya terancam hanya kerana sehelai baju.

Sumber : Berita Utama Terkini

Guru Meninggal Dunia Ketika Berehat Dan Terlelap Di Dalam Bilik Guru
siakapkeli.my

Seorang guru Bahasa Inggeris meninggal dunia di bilik guru di Sekolah Menengah Agama (SMA) Marang, Marang tengah hari tadi.

Allahyarham Mohd. Nasir Musa, 53, menghembuskan nafas terakhir ketika terlelap selepas mengadu sakit belakang dan mahu berehat sementara menunggu kelas berikutnya.

Menurut Pengetua sekolah, Awang Dahan Jusoh berkata, kejadian itu disedari salah seorang guru yang kebetulan melalui tempat mangsa berbaring, di lantai bersebelahan mejanya.

"Curiga melihat arwah seakan tidur dalam keadaan kaku, cikgu itu memanggil beberapa guru lain dan didapati beliau sudah meninggal dunia.

"Saya difahamkan, semasa mengajar, arwah mengadu sakit belakang dan selepas makan ubat dia turun ke bilik guru kerana mahu berehat serta baring sekejap," katanya.

Mohd Nasir telah berkhidmat selama 31 tahun sebagai guru dan seorang yang berdedikasi serta disenangi ramai.

Arwah berasal dari kampung Banggol Pauh Seberang Takir bersama kakaknya kerana masih belum berkeluarga.

Exco Kerajaan ngeri, A. Latiff Awang dan Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin turut menziarahi arwah.

Sumber- Utusan Online

"Saya Okay," Jawapan Anggota Polis Berhenti Di Lorong Kecemasan Kepada Peronda PLUS Sebelum Ditemui Meninggal Dunia
siakapkeli.my

Seorang anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu ditemui meninggal dunia pada jam 5 petang hari ini, di dalam MPVnya di Kilometer 70.8 Lebuh raya PLUS, arah utara.

Punca kematian dipercayai akibat ketumbuhan di kepala yang dihadapinya.

Menurut Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Superintendan Fadzil Hashim, pihaknya menerima laporan penemuan mayat seorang lelaki di dalam MPV Naza Citra pada jam 5 petang daripada peronda PLUS.

Hasil siasatan pada kad pengenalan mendapati mangsa, Marzuki Ab Bakar,52, adalah anggota trafik berpangkat Sarjan, tambahnya.

Sebelum kejadian, peronda PLUS ternampak mangsa berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 70.8 arah utara.

"Anggota peronda melihat kenderaan mangsa di lorong kecemasan lalu mereka berhenti untuk memberi bantuan."

"Menurut mereka terdapat seorang lelaki berada dalam kereta terbabit dan sedang muntah-muntah."

"Bagaimanapun, apabila peronda PLUS bertanyakan keadaannya, lelaki itu menjawab 'saya okay' lalu peronda PLUS meneruskan rondaan," katanya dihubungi hari ini.

Sebaik saja peronda PLUs berpatah balik, MPV terbabit masih di lokasi yang sama dan mereka menghampirinya dan mendapati lelaki tersebut telah meninggal dunia.

Hasil siasatan mendapati arwah mempunyai masalah kesihatan iaitu mengalami ketumbuhan di kepala dan sedang menjalani rawatan hospital.

"Jenazah beliau diserahkan kepada ahli keluarganya di Kulim untuk urusan pengebumian pada pagi esok,"
katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber- Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 12, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ikuti Cara Ini Untuk Dapatkan Diskaun sehingga 82% Bagi Rakyat Malaysia Menonton 'Perlumbaan F1 Terakhir' di Litar Sepang September Ini
siakapkeli.my

Tanggal 1 Oktober tahun ini akan menjadi detik menyedihkan bagi peminat-peminat sukan lumba tempatan memandangkan ia akan menjadi hari terakhir deruman jentera-jentera Formula One (F1) akan menggegar litar sepang selepas Malaysia mengumumkan akan berhenti dari menjadi tuan rumah kepada acara tersebut untuk tahun-tahun berikutnya.

Yup, pengumuman itu merupakan satu berita yang besar buat rakyat negara ini kerana perlumbaan F1 dan Litar Sepang sangat sinonim dengan nama Malaysia dari tahun 1999.

Tapi jangan biarkan perkara itu mematahkan semangat kita semua untuk memeriahkan perlumbaan F1 terakhir di Sepang itu yang dijadualkan akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 29 September hingga 1 Oktober ini. Sudah tentu tarikh itu akan menjadi tarikh yang keramat bagi peminat F1 tempatan.

Sempena dengan 'perlumbaan terakhir ini juga' jom kita tengok beberapa fakta menarik tentang Litar Sepang.

1 - Litar Sepang dibina Pada 1999

Litar Sepang direka oleh Hermann Tilke, yang kemudiannya mereka bentuk kemudahan baru di Shanghai, Bahrain, Turki, Valencia, Singapura, Korea, India dan Texas, TX

Litar ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Doktor Mahathir Bin Mohamad pada 7 Mac 1999. Beliau kemudiannya merasmikan perlumbaan Moto GP yang pertama di Malaysia pada 20 April 1999, dan juga perlumbaan Formula Satu pertama di Malaysia.

Litar Sepang diberi penggunaan eksklusif untuk menggunakan nama F1 di dalam namanya iaitu 'Litar F1 Sepang' di mana kebanyakan litar-litar F1 lain seluruh dunia tidak mendapat ini.

2 - Dilabel sebagai salah satu trek yang sukar kerana suhu Malaysia yang kadang-kadang panas & kadang-kadang hujan!

Antara berita yang selalu dikaitkan dengan Litar Sepang adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh para pelumba kerana cuaca di Malaysia yang tidak menentu.

Pada tahun 2011, trek hujan lebat lalu perlumbaan ini adalah antara perlumbaan seluruh dunia yang hanya berlangsung 75% dari keseluruhan lap. Tahun ini juga dapat lihat perlumba Kimi Raikkonen seronok makan aiskrim sementara menunggu trek kering.

F1 di trek Sepang juga pernah menyaksikan separuh manakala separuh lagi panas, jadi ia adalah trek yang mencabar untuk pasukan-pasukan F1 untuk membuat strategi perlumbaan mereka.

3 - Antara trek kegemaran pemandu dari Perancis, Romain Grosjean.

Pada 2013, pelumba dari Perancis, Romain Grosjean, menyifatkan Sepang sebagai salah satu trek kegemarannya.

"Sepang kini mungkin trek kegemaran saya untuk musim ini. Saya mula berlumba disini pada 2008 dan saya sangat sukakan litar ini. Ia sangat bagus dan lebar dengan sudut yang pantas." kata Romain.

4 - Sudut Terakhir Jadi Kegilaan Pelumba

Salah satu sebab trek Litar Sepang menjadi kegilaan para pelumba adalah kerana sudut akhirnya yang 'tidak masuk akal'.

Malah, Romain Grosjean juga turut menyatakan sudut akhir itu antara keseronokan memandu di Litar Sepang.

5 – Pelumba negara Alex Yoong

Mungkin tak semua orang tahu, tapi Malaysia pernah meletakkan seorang pelumba negara untuk berlumba di dalam perlumbaan berprestij Formula 1 ini. Alex Yoong berlumba dalam pasukan Minardi F1 dan ada juga pelumba lain seperti Fairuz Fauzy dan Jazeman Jaafar yang tidak berlumba tetapi pernah memandu kereta F1 untuk latihan. Malaysia bangga kerana ada pelumba-pelumba yang berada di tahap perlumbaan tertinggi ini.

Banyak lagi sejarah-sejarah tentang F1 di litar Sepang yang menarik untuk diketahui. Kalau nak tahu lebih lanjut, pergilah melawat roadshow F1 di Gurney Plaza, Penang pada 25 – 28 Ogos ini dan 14 hingga 16 September di Komtar, Johor Bahru.

Nak tiket F1 percuma? Sertai pertandingan percuma berikut. Hanya 2 langkah sahaja.

Kalau anda nak cuba nasib untuk dua tiket percuma di tempat duduk Main Grandstand nanti, jom sertai pertandingan F1 yang dianjurkan oleh LoopMe.my.

Nak masuk pertandingan ni senang saja. Pertama, pergi ke LoopMe.my/f1 dan daftar akaun baru. (Sah bermula hari ini sehingga 10 September sahaja).

Kalau malas nak taip butiran, tekan saja butang 'Sign Up With Facebook'. Kemudian, jawab soalan mudah dan lengkapkan slogan.

Lepas tu, tekan butang submit.

Langkah 2

Lepas keluar je skrin seperti di atas, tekan butang Share dan secara automatik anda akan berpeluang untuk memenangi dua tiket percuma F1 Sepang yang berharga sehingga RM 560.

Tak payahkan? Tak rugi pun kalau join!

Nak beli terus tiket F1? Ikut Langkah Dibawah Untuk Dapatkan Diskaun Sehingga 82%. Khas Untuk Rakyat Malaysia Sahaja!

Bagi meraikan 19 tahun F1 di Malaysia ini, rakyat Malaysia juga akan diberikan diskaun yang banyak untuk menonton 'perlumbaan F1 terakhir' di Sepang itu.

Berapa banyak? Separuh dari harga asal! Jadi, rakyat Malaysia boleh menikmati harga istimewa di 'perlumbaan F1 terakhir' ini.

Sebelum membuat pembelian, pastikan anda sudah mempunyai akaun dan sudah mendaftar masuk ke dalam sistem. Kemudian, ikuti langkah ini untuk dapatkan harga diskaun itu:

1 - Klik pada laman rasmi penjualan tiket F1 Sepang.

2 - Pilih jenis tiket yang anda mahukan, kemudian tekan 'Buy Now'.

3 - Pada skrin yang terpapar, masukkan berapa jumlah tiket yang dimahukan. Selepas itu, dibahagian 'If you have a Promotional Code enter it here:" masukkan perkataan 'mykadXX' dimana XX perlu digantikan dengan nombor tengah MyKad anda.

Masukkan mykadXX di paparan ini.

Harga promo kod diaktifkan. Harga yang pada asalnya RM550 menjadi RM300. Wow.

4. Teruskan pembelian sehingga selesai!

Ikuti proses pembayaran seperti biasa, sama macam beli barang online.

Jadi tunggu apa lagi, kalau tak pergi tengok tahun ni, entah bila lagi lah nak tengok F1 di Malaysia. Jomlah kita ramai-ramai raikan F1 terakhir ini.

Bye-bye F1 Sepang..

Selamat tinggal F1 Malaysia. Kehadiran dan jasamu akan kami, rakyat Malaysia kenang.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Sep 12, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Penapis Air Coway Rentung Ketika Tiada Orang Di Rumah
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Written By canang
Posted by canang

BUKAN sahaja mesin penapis air jadi rentung, malah meja tempat di mana ia diletakkan turut hangus terbakar bersama, sekaligus memusnahkan alas meja dan benda-benda lain di sekitarnya.

Kejadian ini dikatakan berlaku ketika semua penghuni tiada di rumah.
Gambar yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter @enamalique (Ena) itu menjadi viral di media sosial, menurutnya penapis air yang terbakar di rumah makciknya itu adalah berjenama Coway.
Punca kebakaran pada penapis tersebut setakat ini belum diketahui, namun menurut Ena, suis mesin penapis tersebut memang sentiasa dihidupkan setiap masa kerana mematuhi arahan jurujual penapis tersebut yang meminta untuk berbuat demikian.

Beberapa pengguna lain turut mengaku pernah mengalami perkara yang sama terhadap penapis air jenama Coway yang mereka gunakan sebelum ini.
Ramai yang menasihatkan agar memastikan suis mesin penapis dimatikan jika tiada di rumah bagi mengelakkan kejadian sama berlaku, dan mungkin boleh menyebabkan kebakaran.

Sumber: Milo Suam

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: