Monday, September 4, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4838[1 Attachment]

15 Messages

Digest #4838
1
Fw: Isu Penjualan Tiket Final by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
3
6
Fw: Saya Cabar Pasukan Polo Sukan SEA, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
9
Fw: Melayu Yang Menjahanamkan Melayu.. by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
10
Fw: Pengasas Sate Kajang, Hj Samuri by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
11
Fw: Perkara2 Yang Merosakkan Akidah by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
12
Fw: Nilai Maruah Melayu Amat Murah by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Mon Sep 4, 2017 7:58 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Kami Sentiasa Ekor Kepada Pasukan Harimau Malaya," 'Curva Off' Dibatalkan, Sorakan Ultras Malaya Akan Kembali Bergema Malam Ini
siakapkeli.my

Nampaknya perlawanan akhir bola sepak sukan SEA 2017 begitu panas kali ini, mana tidaknya penjualan tiket dijalankan secara manual di stadium, selain jumlah tiket yang didakwa penyokong dijual sikit berbanding 80 ribu seperti yang diwar-warkan.

Ini kerana ramai yang datang jauh beratur melahirkan rasa kecewa mereka yang beratur tidak dapat tiket, tetapi ahli politik begitu senang mendapatkan tiket untuk diagihkan sedangkan mereka ini bukanlah yang bersorak di stadium dari awal.

Sejak lima perlawanan lalu membabitkan perlawanan pasukan bola sepak kebangsaan, kelibat Ultas Malaya pasti menjadi bualan ramai kerana tidak henti-henti menyanyikan 'chant' sebagai pembakar semangat kepada pasukan Harimau Malaya.

Namun, pada malam final Malaysia bertemu Thailand ini, suara sorakan keramat Ultras tidak akan kedengaran selepas mengambil keputusan bersolidariti terhadap kelemahan penganjuran kali ini.

Jom baca apa yang disuarakan oleh pihak Ultras Malaya.

Isu penjualan tiket tidak bersistem ini bukan isu baru dalam dunia bolasepak di Malaysia, baik di Liga-M atau perlawanan antarabangsa yang melibatkan pasukan negara bermain di separuh akhir atau perlawanan akhir, kekalutan akibat kelemahan sistem penjualan sering berlaku

Mereka yang mempunyai kuasa untuk mengubah harus sedar bahawa perubahan terhadap sistem itu perlu kerana jika tidak ianya akan mendatangkan kerugian terhadap pasukan itu sendiri

Oleh sebab itu Ultras Malaya mengambil keputusan bersolidariti untuk semua pemain ke-12 yang bukan sahaja menjadi mangsa atas kelemahan ini di Sukan SEA saja tetapi bagi semua yang telah menjadi mangsa kerakusan ini dalam setiap kegagalan sistem jualan itu baik di Liga-M atau perlawanan lain

Sampai bila kita selaku penyokong nak kena hadap benda ini? Yang Berhormat sana sini sibuk dengan tiket percuma setiap kali semi final dan final atau perlawanan besar, orang berjawatan berpangkat dengan mudah mendapat akses kepada tiket dan sebagainya sedangkan kita selaku penyokong diperlakukan sedemikian rupa, walhal kita adalah antara nadi kepada sukan ini, dah 2017, perkara ini masih berlaku, setiap kali dalam bolasepak Malaysia baik di Liga-M atau perlawanan antarabangsa

Gambar yang menjadi bualan ramai hari ini

Gambar tiket yang menjadi tular di laman sosial tertera
"Not For Sale"

Anda mungkin kata apa kaitan Liga-M dengan Sukan SEA, penganjur lain-lain, YA memang tiada kaitan bagi anda, tapi bagi kami ianya melibatkan kami selaku penyokong dalam scene bolasepak Malaysia

Ultras Malaya berharap agar semua pihak yang berwajib dan berkaitan membuka mata terhadap isu ini untuk kelangsungan dan kemudahan buat penyokong di masa hadapan

Ultras Malaya berharap pihak FMLLP dan FAM agar belajar dari apa yang berlaku dan bersedia untuk melakukan perubahan untuk Liga Malaysia dan perlawanan antarabangsa yang lain, bagi pihak KBS selaku kementerian yang terlibat dengan sukan boleh kiranya menjalankan tanggungjawab untuk memberi penekanan terhadap perkara ini di masa hadapan

Kepada yang kata Ultras Malaya merajuk, fahami isu yang cuba disampaikan dengan betul, jangan bazirkan wang yang telah dibelanjakan anda untuk ijazah yang telah anda perolehi itu

Kepada golongan intelektual yang mengatakan Ultras Malaya kebudak-budakkan dan sebagainya, kita harap anda selaku orang dewasa yang matang dan berintelektual sokonglah Malaysia dengan sepenuh hati, dan gunakanlah kemahiran intelektual anda untuk memahami isu ini

Kepada yang tak faham, buat-buat tak faham, lantak korang lah kehkehkehkeh

Kepada pemain dan pegawai pasukan, kami sentiasa ekor anda dan pemain ke-12 anda, keluar padang tunjuk belang, biar mereka lari lintang pukang!! Kami ada di dalam jiwa anda!! Ayuhhh!! Malaysiaku!!

KEPADA KOMRAD!!! CERITA BANYAK TAK MAU, 5 PETANG DI MENARA TINJAU HARI INI..MATCHDAY!!!!!

- Siakapkeli.my

FAM Akhirnya Buka Mulut Isu Penjualan Tiket Final Malaysia Bertemu Thailand
siakapkeli.my

Sejak semalam isu berkaitan tiket final bola sepak Sukan Sea KL17 antara Malaysia dan Thailand terus hangat diperkatakan. Pelbagai persoalan seperti ketiadaan jualan tiket secara online, ulat tiket serta jumlah tiket yang dijual memaksa KJ selaku Menteri di KBS yang menguruskan jualan tiket telah menjelaskan sebab pengekalan kaedah lama jualan tiket dan tidak menjual tiket secara online.

Ada juga yang mengaitkan isu ini dengan FAM, jadi kami kongsikan untuk anda penjelasan dari FAM yang dimuat naik di laman facebook rasmi badan tersebut berkaitan isu tiket ini.

MASOC, KBS YANG JUAL TIKET, BUKANNYA FAM, FMLLP

Saya ingin menjelaskan di sini bahawa semua urusan penjualan tiket bagi acara bola sepak dan futsal sepanjang temasya Sukan SEA 2017 ini termasuk bagi perlawanan akhir bola sepak lelaki, malam ini adalah di bawah kelolaan Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (MASOC) dan Kementerian Belia & Sukan (KBS) sepenuhnya, bukannya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahupun Football Malaysia LLP (FMLLP).

Sebagai mewakili FAM, saya berasa kesal kerana terdapat segelintir pihak yang tetap mahu menyalahkan FAM apabila berlaku kekecohan dalam hal penjualan tiket perlawanan akhir ini, sedangkan pihak kami hanya berperanan dalam urusan berkaitan teknikal perlawanan bagi acara bola sepak dan futsal sepanjang Sukan SEA 2017 ini.

Dato' Hj Hamidin Hj Mohd Amin
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Sumber : Football Association of Malaysia (Official)

Kenapa Tiket Final Bola Sepak Tidak Dijual Atas Talian? Khairy Jamaluddin Perjelas Punca Penjualan Atas Talian Terpaksa Dibatalkan
siakapkeli.my

Penjualan tiket bagi perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 diantara Malaysia menentang Thailand membuatkan ramai netizen tertanya-tanya mengapa penjualan tiket tidak dibuat melalui online.

Hal ini kerana, ramai netizen yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan tiket ke perlawanan akhir tersebut terutamanya bagi golongan mereka yang bekerja sewaktu penjualan tiket dibuat.

Selain itu, ada segelintir netizen yang sanggup ponteng kerja hanya untuk mendapatkan tiket ke perlawanan akhir tersebut.

Perkara yang lebih menaikkan kemarahan netizen adalah pada kali ini penjualan tiket final bola sepak antara Malaysia dan Thailand dijual hanya di lokasi perlawanan, iaitu Stadium Shah Alam.

Namun demikian, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin mempunyai sebab-sebab yang kukuh mengapa keputusan dibuat sedemikian rupa.

Khairy menjelaskan semua persoalan dalam beberapa status yang dikemas kini di akaun Twitter.

Kata beliau, sememangnya tiket perlawanan akhir dirancang untuk dijual secara atas talian seperti sebelum ini.

Namun masalah timbul apabila pembekal transaksi pembayaran atas talian tidak dapat memberi jaminan proses yang stabil.

Ada kemungkinan mereka yang membeli tiket secara atas talian tidak dapat menebus tiket memandangkan jumlah yang terlalu banyak.

Khairy Jamaluddin
✔ @Khairykj
On the issue of the football final ticket, we intended for some to be sold online. That was the practice for all games before the final.

7:52 PM - Aug 28, 2017

Khairy Jamaluddin
✔ @Khairykj
On the issue of the football final ticket, we intended for some to be sold online. That was the practice for all games before the final.

Follow
Khairy Jamaluddin
✔ @Khairykj
However, last night I was told that the online payment gateway provider could not guarantee a stable process because of volume.

7:53 PM - Aug 28, 2017
Khairy Jamaluddin
✔ @Khairykj
Replying to @Khairykj
However, last night I was told that the online payment gateway provider could not guarantee a stable process because of volume.

Follow
Khairy Jamaluddin
✔ @Khairykj
They were concerned people would transact payment and not get tickets because of the sheer volume. They could not guarantee stability.

Tambah Khairy, beliau perlu membuat keputusan yang cepat berdasarkan maklumat yang diterima.

Khairy Jamaluddin
✔ @Khairykj
Replying to @Khairykj
They were concerned people would transact payment and not get tickets because of the sheer volume. They could not guarantee stability.

Follow
Khairy Jamaluddin
✔ @Khairykj
I had a decision to make with that information given to me. Without a stable online payment gateway, a decision was made to sell all @ SSA.

7:55 PM - Aug 28, 2017
Beliau meminta supaya penyokong tetap memberikan sokongan penuh tidak berbelah pagi kepada skuad kebangsaan walaupun tidak dapat bersama-sama menyokong di stadium.
Khairy Jamaluddin
✔ @Khairykj
Replying to @Khairykj
At SSA we sold all tickets. Until it had to be suspended when barricades were breached. Then we resumed after the FRU arrived.

Follow
Khairy Jamaluddin
✔ @Khairykj
So re online sales, it was my judgment call with all available information I had.

7:57 PM - Aug 28, 2017
Khairy Jamaluddin
✔ @Khairykj
Replying to @Khairykj
So re online sales, it was my judgment call with all available information I had.

Follow
Khairy Jamaluddin
✔ @Khairykj
Whether you have tickets or not, what's important is we rally behind our athletes especially our football team.

7:58 PM - Aug 28, 2017
Sumber : Astro Awani

"Dari 3 Pagi Beratur 'Smooth' Jer, Tiba-Tiba Entah Dari Mana Ada Yang Mula Potong Barisan," Lelaki Cerita Punca Tercetusnya 'Pergaduhan'
siakapkeli.my

Debaran perlawanan final bola sepak sukan SEA semakin terasa dan mendapat sambutan ramai penyokong. Skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia meneruskan cabaran acara bola sepak dan bakal bertemu dengan pasukan Thailand yang dijadualkan berlangsung pada malam ini, Selasa, 29 Ogos 2017.

Kemeriahan sudah dirasa sedari proses membeli tiket apabila dipercayai penyokong berada di stadium seawal 3 pagi dan beratur sehingga 5 KM.

Bagaimanapun, ramai penyokong yang pulang dengan tangan kosong dan hampa apabila tidak berjaya untuk mendapatkan tiket dan juga terpaksa menjadi mangsa dalam insiden rempuhan oleh penyokong lain.

Terdapat segelintir penyokong yang mentalitinya rendah didapati sewenangnya memotong barisan penyokong demi kepentingan dirinya sendiri. Kelakuan mereka mencetuskan kemarahan orang ramai yang telah seharian menunggu giliran.

Seorang pengguna di Facebook, Tun Mohamed Shahriman memuat naik status yang berkongsi kisah sebenar mengenai situasi beratur di stadium dari awal sehingga tercetusnya insiden rempuh sehingga dia terpaksa menjadi pengawal keadaan bagi meredakan semula situasi.

Mari ikuti perkongsian kisah dari saudara Tun Mohamed Shahriman.

Al kisah kemunculanku dalam buletin utama 28 Ogos 2017.

Hajat nak beli tiket final bola sukan SEA Malaysia vs Thailand. Spot beratur dah dapat jam 6.30pagi. Pukul 8.30 bawak minuman dan makan untuk Azrin Ahmad Zahdi yang dah book spot beratur yang mana jaraknya adalah lebih dari separuh pusingan stadium dari kaunter tiket. Semuanya smooth, berbaris sambil sembang dengan orang-orang yang 'seperbarisan' sambil gerak slow-slow menuju kaunter.

About 10.30 dah nampak org dah start dapat tiket.
So kami yang tengah beratur ni pun dah excited tapi maintain berbaris. Dalam masa yang same ada jugak fan yang tak tau malu dok menyelit masuk baris.

11.30, dah makin hampir dgn kaunter then nampak makin ramai fan yang datang entah dari mana tak ikut barisan, masuk menyelit. Dah dekat dengan pagar yang disusun untuk fans masuk line ke kaunter yang katanye ada 20 kaunter.

Fans yang dah beratur panjang dari seberang stadium dah start bising dengan orang yang menyelit. Dalam masa sama ramai jugak fans yang menyelit dari sebelah kanan barisan kebanyakkannya dari belakang diorang terus menyelit dekat area dekat dgn kaunter.

Tiba-tiba fans yang beratur dekat pagar rempuh pagar dan rush ke semua kaunter, kami yang dibelakang ni tertolak juga ke depan sebab org belakang pun rush nak ke kaunter.

Tolak menolak himpit menghimpit...

Disebabkan rempuhan tadi banyak pagar-pagar yang terbaring di lantai, so orang tengah beratur dan di tolak dari belakang oleh fan lain ramai yang jatuh sebab tersadung pagar atas lantai. Perempuan,budak, mak budak dan ramai yang jatuh.

Tak taham kene tolak n kene himpit. Bukak zip beg, keluarkan whistle terus tiup macam polis trafik arah kenderaan tapi ni arah manusia supaya jangan bertolak-tolak. Dapat respon jugak lah bila orang dengan bunyi whistle yang kuat dan suara jeritan yang kuat.

So decide untuk panjat palang pembahagi kaunter untuk dapat view crowd yang ada dan mintak fans bertenang sabar dan jangan tolak-tolak. Alhamdulillah crowd beri kerjasama, so okay lah sekejap.

Selepas batch tiket yang pertama habis, fans lain naik berang dan mintak penjelasan dari crew counter tapi tiada jawapan diberikan crew counter. Fans makin berang, mase tu 12.30. Bila tiada penjelasan fans makin marah.

3.00 petang, Fru sampai, tiket second batch pun sampai. Fans dah making panas sebab terpaksa tunggu dari pagi.

3.30 baru start jual tiket semula. So makin la fans menolak. Bila turun dari palang tu terus kena himpit sampai sesak nafas. Mintak bro-bro yang keliling barisan tu tahan tolakan dari belakang dan kasi ruang untuk escape dari barisan.

Tiket tak dapat coz rasa macam tak berbaloi je nak berhimpit dan bertolak hanya kerana 2 keping tiket..

Moral of the story:
1.Organiser perlu wujudkan team crowd control.
2.Tak ada pihak yang berkuasa pantau pengurusan penjualan tiket.
3. Jualah tiket di beberapa lokasi lain untuk elak penumpuan fans di satu tempat.
4. Patut jual tiket online sahaja so takda lah orang nak bersesak-sesak dan potong barisan.

Sumber- Tun Mohamed Shahriman

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 4, 2017 7:59 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tiga beranak dilarikan penjenayah di stesen minyak
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Sinar Harian

Kereta dinaiki lima beranak yang dilarikan dua penjenayah, semalam.

KUALA KRAI - Tiga beranak berdepan detik cemas setelah kereta dinaiki dilarikan penjenayah di sebuah stesen minyak di Batu Jong,kira-kira jam 10.30 malam, semalam.

Ketika kejadian mangsa, Nur Baitin Nadiah Awang, 23,bersama ibunya, Fatimah Husin 62, bapa, Awang Abu Bakar, 62, serta dua anaknya, Nur Amara Darwisha Mohd Nije, 2 dan Nur Aleya Batrisya Mat Nije, 6, dalam perjalanan dari Bandar Kuala Krai ke rumah mereka di Batu Jong.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, setelah tiba di stesen minyak bapa mangsa ke tandas sementara mangsa turun untuk mengisi angin tayar kereta.
"Semasa mangsa mengepam tayar, keretanya terundur ke belakang dan bapanya sempat menarik suspek untuk memberhentikan kenderaan namun gagal.

" Ketika kereta beredar mangsa melihat sebuah kereta proton wira biru mengekori kenderaan berkenaan,"katanya kepada Sinar Harian.
Abdullah berkata, sepanjang dilarikan dua penjenayah, Fatimah diacu dengan pisau pada leher.
"Mangsa bagaimanapun ditinggalkan di Machang bersama dua cucunya," katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai berketurunan India berdasarkan percakapannya dan berkulit gelap serta memakai sarung tangan.
"Sehingga kini tiada tangkapan dibuat dan polis sedang memburu dua suspek dipercayai berketurunan India," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 4, 2017 7:59 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lepas 5 tahun, ahli Umno ini adukan Noh pada SPRM

bloglist-malaysia.blogspot 

gigitankerengga 

Seorang pemimpin akar umbi Umno membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu-isu pentadbiran Tan Sri Noh Omar semasa menjadi menteri pertanian dan industri asas tani.

Dua laporan itu berkaitan pembelian 30 ekar tanah di Tanjung Karang yang didakwa bawah harga pasaran serta tender benih padi bernilai RM164.8 juta yang dikatakan diberi kepada pembekal tidak layak.

Ketua Penerangan Umno Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail membuat laporan itu di SPRM Putrajaya pada jam 11 pagi tadi.

"Sebelum ini ADUN Sekinchan (Ng Suee Lim) ada mendedahkan mengenai isu pembelian tanah pada 2012 tapi sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan.

"Dengan aduan ini saya minta SPRM dapat lakukan siasatan sekiranya berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Noh," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Syed Rosli berkata, beliau turut memberi dokumen berkaitan dua isu tersebut bagi menyokong laporannya. Dokumen itu tidak didedahkan kepada pemberita.

Sementara itu, ditanya mengapa selepas lima tahun baru beliau membuat laporan kepada SPRM, Syed Rosli berkata memandangkan pilihan raya umum semakin hampir, beliau mahu seorang pemimpin BN yang bersih mentadbir Selangor.

"Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Tan Sri Noh Omar ini dan selama ini pun dia hentam kerajaan negeri, tuduh kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan tapi beliau juga ada skandal yang perlu disiasat oleh SPRM," dakwanya Syed Rosli.

Malaysiakini juga menghantar pesanan WhatsApp bagi mendapatkan respon Noh berhubung dakwaan tersebut dan sedang menunggu maklum balas daripada pengerusi perhubungan Umno Selangor itu.

Ng lima tahun lalu mendakwa Noh terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang.

Pengarah syarikat Pristine Agrofood Chu Bak Tec berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan berkenaan dan beliau hanya merupakan pemilik tanah.

Isu itu ditimbulkan dalam Dewan Undangan Negeri (ADUN). Wakil BN Sulaiman Abdul Razak berkata Noh mendapat tanah itu sebelum menjadi anggota parlimen lagi.

Beliau juga berkata tiada sebarang salah laku dalam isu itu.

Dalam isu tender padi, dua orang petani tampil membuat laporan polis pada Oktober 2012 kerana mengesyaki wujud salah guna kuasa dan penyelewengan dalam proses agihannya bagi tahun 2013 hingga 2014.

Noh bagaimanapun berkata isu kuota itu cuba dipolitikkan oleh pembangkang "seolah-olah pemberian kuota mementingkan kroni semata-mata".

Sambil menafikan dakwaan itu, Noh berkata, kementerian sebenarnya memberikan peluang kepada syarikat berminat walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut, 10 syarikat diberikan peluang.

Syed Rosli terkena sebagai seorang pemimpin akar umbi Umno yang lantang terhadap kepimpinan partinya dan pernah mencetuskan kontroversi mahu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil.

-malaysiakini

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 4, 2017 7:59 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sukan Sea: Azizulhasni Lengkapkan Emas ke-111 Negara
siakapkeli.my

NILAI 28 Ogos - Ianya rasmi. Malaysia sudah mencapai target emas ke-111 apabila thepocketrocketman atau Azizulhasni Awang meraih emas ketika menjuarai acara 200 meter pecut di Velodrom Nasional disini sebentar tadi.

Azizul, 29, menewaskan rakan senegara, Mohd. Shah Firdaus Sahrom, 22, untuk menggapai emas individu pertamanya di sukan SEA dan keenam untuk skuad basikal trek negara pada temasya kali ini.

Dalam pada itu, Azizulhasni juga beraksi dalam kecederaan apabila dia terjatuh dalam aksi di separuh akhir.

"Saya beraksi di perlumbaan pingat emas tadi dalam kesakitan, tangan cedera selepas insiden terjatuh di separuh akhir," - kata beliau.

Terdahulu, emas no. 110 hadir melalui Fatehah Mustapa yang seperti dijangka, tidak menghadapi masalah untuk menjuarai acara 200 meter pecut wanita.

"Sebab Tu Lari Laju.." - Pemain Ragbi Negara Dedah Rahsia Pemakanan Sehingga Boleh Bertenaga Ketika Perlawanan Baru-Baru Ini
siakapkeli.my

Satu video yang memaparkan seorang pemain ragbi dari pasukan Malaysia mendedahkan salah satu rahsia kemenangan mereka baru-baru ini tersebar di media sosial.

Video yang berdurasi 12 saat itu pada mulanya muncul di YouTube beberapa hari lalu sebelum dikongsi oleh orang ramai di laman sosial masing-masing.

Tonton video terbabit dibawah:

"Pagi-pagi makan Nu-Prep, Sebelum game(permainan) makan Nu-Prep.", kata pemain berusia 20 tahun itu ketika ditanya oleh perakam video terbabit.

Dipercayai, video itu dirakam sejurus selepas permainan tamat.

Sekiranya anda perasan, pemain berkenaan adalah pemain berjersi 10, Azwan Zuwairi, yang pernah viral baru-baru ini kerana aksi spontannya memeluk ibu bapanya selepas menggapai emas dalam perlawanan ragbi dalam Sukan Sea 2017.

Pihak Siakap Keli berjaya menghubungi Azwan dan menemuramah beliau tentang video tersebut.

Penjelasan Mengenai Video Nu-Prep

Bercerita mengenai video tersebar tentang Nu-Prep itu, Azwan mengatakan dia memang ada mengambil produk itu sebagai penambah tenaga dan dalam masa sejam selepas diambil, badannya mula merasa bertenanga untuk memulakan latihan. Malah menurut beliau, dia juga turut mengambil kapsul itu sebelum permainan baru-baru ini.

Apa perasaan bila menang emas hari tu?

Tak sangka ibu & ayah datang

Kami juga meminta Azwan agar menceritakan detik dia naik ke tempat duduk penonton untuk memeluk ibu dan ayahnya sejurus selepas permainan tamat. Ikuti cerita beliau:

Terima kasih keluarga, rakyat Malaysia

Dalam masa yang sama, beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang tidak berhenti-henti menyokong beliau.

Azwan juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ), yang disifatkan oleh beliau sebagai seorang yang sporting. Selain itu, Azwan juga berharap agar kemenangan ini membuka mata pihak di luar sana tentang potensi sebenar pasukan ragbi kebangsaan.

Hasil selidikan kami tentang Nu-Prep

Jadi, berdasarkan apa yang dikatakan oleh saudara Azwan, produk Nu-Prep memang membantu beliau agar bertenaga ketika dalam permainan. Hasil semakan kami sendiri di laman web Nu-Prep mendapati produk itu adalah kapsul yang mengandungi kandungan tongkat ali yang sangat tinggi.

Ini juga bermakna tongkat ali memang benar-benar berkesan dalam memberi tenaga kepada badan serta boleh membantu mereka yang sering merasa keletihan. Dan itu juga mungkin antara sebab mengapa bahan semula jadi itu mendapat perhatian dari para pengkaji barat yang mana tongkat ali itu tidak boleh didapati di negara mereka.

Apa yang membanggakan, Nu-Prep merupakan produk keluaran syarikat tempatan yang berada di Shah Alam.

Setakat ini apa yang SK tahu produk ini hanya dijual di beberapa farmasi seperti Guardian, Watsons dan beberapa lagi selain menerusi atas talian seperti di laman web rasmi dan portal beli belah Lazada.

Menerusi laman Nu-Prep, produk itu (pek 60 kapsul) sekarang diletakkan pada harga promosi RM84.80 berbanding harga asal RM160.

Keratan dari laman Nu-Prep

Orang ramai juga boleh menghubungi pihak Nu-Prep melalui Whatsapp di nombor 019-212 6774 atau beberapa pilihan seperti dibawah.

Untuk melihat sendiri produk itu, boleh ke: laman rasmi Nu-Prep.

*Kesemua info diambil dari laman web Nu-Prep.

Walaupun Dia Sibuk Latihan, Tapi Dia Tidak Pernah Abaikan Keluarga - Bapa
siakapkeli.my

Nama N. Thanabalan, 22, baru-baru ini menjadi sebutan dan pujaan rakyat Malaysia apabila berjaya menampilkan aksi cemerlang mewakili skuad B22 kebangsaan dalam memburu emas acara bola sepak Sukan SEA KL17. Pasti rakyat Malaysia tidak dapat melupakan tandukan berbisa Thanabalan ketika menjaringkan gol kemenangan ke atas pasukan seteru abadi, Indonesia dalam perlawanan separuh akhir pada Sabtu yang lalu.

Dan sudah tentu insan yang paling gembira dengan jaringan tersebut adalah bapa Thanabalan sendiri, S. Nadarajah, 56. Bagi Nadarajah, Thanabalan bukan sahaja seorang pemain bola sepak yang hebat, malah menganggap dia sebagai anak yang baik apatah lagi Thanabalan menggunakan gajinya sebagai pemain bola sepak untuk menyara keluarga.

"Biarpun anak kami sibuk menjalani latihan, dia tidak pernah sesekali melupakan keluarga malah menjadi tunjang kepada keluarga ini," ujar S Nadarajah.

"Dia lebih mengutamakan keluarga berbanding membeli barangan untuk dirinya. Malah dialah yang menjadi ketua keluarga selepas saya terbabit kemalangan pada 14 April 2013," katanya sebak.

Menurut Nadarajah, kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di Kuala Lumpur dari Seremban.

"Semasa kejadian, saya menunggang motosikal jam 6.30 pagi sebelum sebuah kereta merempuh dari belakang. Disebabkan itu, saya kini lumpuh separuh badan bermula daripada bahagian dada hingga kaki"

Berikutan tragedi tersebut, Thanabalan telah mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga. Dia bukan sahaja menampung perbelanjaan dapur, bil utiliti dan kos perubatan, malah turut menjaga dua adiknya, Kheeteeswaran, 19, dan Keethikaa, 13.

"Sejak menyarung jersi pasukan negara, Thanabalan beritahu tidak mahu berenggang dengan keluarga kerana risau keadaan kami. Selepas menjalani latihan, dia akan pulang ke rumah untuk memandikan, menukar lampin dan mendukung saya ke katil disebabkan saya tidak mampu bergerak," tambah Nadarajah.

Walaupun terpaksa berulang alik antara Kuala Lumpur dan Seremban, Thanabalan tidak pernah mengeluh dan memberitahu bahawa dia penat.

"Saya bangga dengan dia apatah dalam kecemerlangannya dalam bola sepak," katanya.

Nadarajah yang juga merupakan bekas pemain bola sepak memberitahu bahawa dia melatih Thanabalan bermain bola sepak sejak dari sekolah rendah lagi.

"Ketika Thanabalan kecil, dia akan menendang apa juga objek yang ditemui terutama botol. Dia juga sering menghubungi saya selepas tamat perlawanan untuk beri pandangan mengenai aksinya di padang," katanya.

Mengulas mengenai jaringan Thanabalan, Nadarajah berkata dia sering menekankan kepada anaknya supaya menggunakan kepala untuk menjaringkan gol ketika bola diperoleh melalui sepakan sudut.

"Ternyata dia mendengar arahan apabila menjaringkan gol pada minit ke-87 malam tadi (Sabtu),"

Nadarajah juga berharap Malaysia mampu membenam cabaran Thailand pada Selasa ini sekaligus merangkul gelaran juara dan memenangi pingat emas.

Sumber : Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 4, 2017 7:59 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ingatan Buat Pengusaha Makanan - Jangan Benarkan Pekerja Anda Merokok Di Kawasan Dapur!!!
siakapkeli.my

Anda yang tidak merokok pasti tidak selsesa kan apabila orang sekelilng anda merokok tanpa memikirkan orang lain kan? Lebih-lebih lagi anda pasti tidak mahu seorang perokok menyediakan makanan untuk dijamu kepada anda. Inilah apa yang terjadi kepada seorang lelaki apabila melihat sendiri penyedia makanan merokok ketika memasak di kawasan dapur.

Ikuti perkongsian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Kamal Afdhal di facebooknya :

Hari ini dalam sejarah.

Pergi kenduri. Nampak pekerja katering hisap rokok di kawasan penyediaan makanan. Nampak biz kad tokey katering yang merata-rata atas meja jemputan. Ambil telefon, call.

Dr (D): Assalamualaikum, boleh cakap dengan Cik xxx? Cik ni owner katering xxx kan?

Cik xxx (C): Waalaikumussalam. Haah ye, kenapa encik?

D: Saya pegawai kesihatan dari pejabat kesihatan xxx. Saya nampak ada pekerja awak merokok di kawasan penyediaan makanan ni. Saya dah ambil gambar sebagai bukti. Saya cuma nak bagi amaran supaya Cik xxx buat sesuatu supaya pekerja tu berhenti sekarang sebelum saya ambil tindakan undang2 atas syarikat Cik xxx sekarang walaupun saya off duty.

C: Oh ye ke. Macam ni....

D: (terus potong cakap) Cik tau kan merokok di tempat awam ni salah dari sisi undang-undang dan dah pun diwartakan? Jadi saya cuma nak beri pesanan awal-awal supaya perkara ni berhenti sekarang. Kalau tidak, saya terpaksa menjalankan tugas dengan panggil team saya buat serbuan.

C: Baik encik. Saya minta maaf terima kasih.

Dari jauh nampak seorang wanita mengantoikan pekerja-pekerjanya yang merokok secara berjemaah di keliling periuk-periuk. Semua pekerja meneruskan kerja dengan masam mencuka.

#declarewar
#nasihatbukanbenci
#sayangperokok
#bencirokok

Kalau semua orang awam boleh bersama saya menegur perokok di tempat awam tanpa henti secara berhikmah, in sha Allah orang awam tidak lagi terasing di bumi sendiri.

Sumber : Kamal Afdhal

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 4, 2017 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Saya Cabar Pasukan Polo Sukan SEA, Kalau Anak Jantan, Lawanlah Dengan Pasukan Johor - Sultan Johor
siakapkeli.my

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini melalui laman Facebook JOHOR Southern Tigers telah mencabar skuad polo Sukan SEA menentang Kelab Polo Diraja Johor dalam usaha menghentikan spekulasi berhubung isu membabitkan sukan itu.

Baginda dalam kenyataan itu berkata, ''Kalau anak jantan, lawanlah dengan pasukan Johor."

Menurut Bagainda, pasukan polo yang bertanding di dalam Temasya Sukan Sukan Sea 2017 hanyalah sekadar cukupkan syarat sahaja.

"Ada yang datang dengan handicap rendah, jadi memanglah mudah untuk dikalahkan."

"Saya cabar pasukan polo Sukan Sea supaya datang ke negeri Johor dan tunjukkan taring mereka yang saya dengar handal sangat."

"Hari ini lawan Singapura. Bila pasukan sudah menang baru masuk bermain dan suruh budak yang sedang 'perform' berpura-pura mengalami kecederaan. Jadi ada gambar beliau dapat masuk dalam pasukan untuk dipaparkan dalam media cetak dan melakukan propaganda menipu orang ramai seolah-olah dia yang menang dan handal." Tulis bagainda.

Sultan Ibrahim dalam kenyataan itu berkata , baginda menjemput Menteri Belia dan Sukan untuk datang dan tidak menghampakan kehendak rakyat untuk melihat pasukan Khairy Jamaludin itu mengalahkan pasukan Johor.

"Kalau jantan, mari kita main dan tunjukkan taring masing-masing di Johor. Saya akan hantar dua anakanda saya dan dua orang penjaga kuda ataupun saya sekali kerana saya melihat diri saya masih handal lagi. Kalau pasukan saya kalah, saya akan akui bahawa pasukan Sukan Sea itu lagi baik dan semuanya handal-handal belaka," tulis Baginda Sultan lagi.

Menurut Sultan Ibrahim, sukan Polo di Johor sudah bermula sejak tahun 1884 lagi, bukannya semalam baru beranak.

"Semasa saya menjadi Tunku Mahkota, saya sudah bermain di serata dunia termasuk Piala Dunia untuk sukan tersebut. Kalau hendak dibandingkan dengan Sukan Sea, ia bukan tandingannya. Jikalau anda mahukan perlawanan yang lebih serius, datang ke negeri Johor."

"Saya mempersilakan kepada semua rakyat Malaysia untuk turut sama hadir menyaksikan serta menikmati perlawanan antara pasukan Sukan Sea dan pasukan Johor," kata Baginda di akhir tulisan. - Siakapkeli.my

Team Khairy Jamaludin (KJ) Mengganas Benam Singapura
siakapkeli.my

Sekali lagi sukan ekuestrian memberikan berita gembira selepas kejayaan Sultan Mizan memenangi pingat emas beberapa hari yang lepas. Skuad ekuestrian polo Malaysia yang diwakili oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin mempamerkan aksi cemerlang selepas berjaya menang menumpaskan pasukan Singapura 13-2 di Taman Ekuestrian Putrajaya Pagi tadi.

Kejayaan cemerlang menentang pasukan Singapura adalah yang kedua setelah berjaya menumpaskan pasukan Brunei dalam saingan yang pertama dengan kemenangan 12-4.

Pada cukka pertama, Malaysia mendahului 4-0, menerusi Shaik Reismann Mohamed Ismail dan Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman yang masing-masing menghasilkan dua gol.

KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar (tengah) diasak pemain Singapura pada acara Polo di Equestrian Park, Putrajaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Bermula cukka kedua, skuad negara yang diketuai oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus menambah derita Singapura apabila Shaik Reismann menambah dua lagi gol manakala satu daripada Tengku Ahmad Shazril.

Namun selepas saingan bersambung, Singapura akhirnya memecah kebuntuan memperoleh jaringan gol menerusi Garcha Satinder Garcha namun Tengku Ahmad Shazril terus pamer ketajaman menambah dua lagi gol serta dua daripada Mohd Zulhelmi Nadzar.

Di cukka keempat, Abdul Rashid Hasnan dan Tengku Ahmad Shazril melengkapkan kemenangan negara manakala satu lagi gol Singapura dihasilkan Ameer Jumabhoy.

Sumber : Berita Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 4, 2017 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



JENG, JENG, JENG....SIASATAN JENAYAH DI AMERIKA SUDAH BERMULA!!!
bloglist-malaysia.blogspot.
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

Amerika Syarikat kini bergerak selangkah lagi, seiring dengan harapan serta doa jutaan rakyat Malaysia apabila dilaporkan akan memulakan siasatan jenayah berhubung wang 1MDB yang diselewengkan.

Untuk tujuan itu, DOJ telah memfaikan permohonan kepada Mahkamah Los Angelas untuk menangguhkan buat sementara saman sivil untuk merampas pelbagai aset dan harta yang difailkan sebelum ini.

Alasan penangguhan saman sivil dan mendahulukan siasatan jenayah ialah kerana DOJ berpendapat meneruskannya mungkin akan menjejaskan kemampuannya dalam mengendalikan siasatan jenayah itu.

Bloomberg melaporkan, dokumen mahkamah yang difailkan DOJ jelas memperlihatkan AS sedang mempergiatkan siasatannya di seluruh dunia bagi mengesan wang 1MDB yang diselewengkan yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah AS$4.5 bilion atau kira-kira RM19,000 juta.

Adakah laporan Bloomberg ini boleh dipercayai?

Jika pada 29 Jun lalu Bloomberg melaporkan kedudukan ringgit Malaysia adalah paling kukuh di Asia dan ramai gembira serta terloncat-loncat kegirangan dengan laporan itu, maka tiada sebab mereka mesti menolak serta mempertikaikan laporannya berkaitan siasatan jenayah 1MDB ini

Jangan pula ada yang kata Bloomberg sebagai pembawa fitnah atau agen Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan melalui laporannya kali ini.

Daripada AS$4.5 bilion wang 1MDB yang didakwa diselewengkan itu, jumlah pelbagai aset dan hartanah yang sedang diusahakan untuk kembalikan kepada rakyat Malaysia oleh DOJ ialah berjumlah AS$1.7 bilion atau melebihi RM7,000 juta.

Siapakah yang bakal "panas punggung" dengan bermulanya siasatan jenayah berkaitan wang curi 1MDB oleh DOJ ini?

Selain Jho Low dan Riza Aziz yang merupakan pemilik sebahagian aset-aset tersebut yang tentunya tambah "kepanasan", pihak lain yang mungkin sudah mula "terasa bahang dan berpeluh dingin" ialah "seseorang" yang ada dalam rekod DOJ telah menerima AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta melalui akaun bank peribadinya dan "seseorang yang lain" yang mendapat sejumlah hadiah barang kemas mewah bernilai kira-kira RM128 juta.

Siapakah mereka? Perlukan disebut nama mereka?

Jeng, jeng, jeng.....(ShahbudinHusin 11/08/2017)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 4, 2017 8:01 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Dalam Tak Sedar Rupanya Dah Jadi Salah Seorang Penghidap, Ini Simptom Kencing Manis Yang Kena Ambil Tahu
siakapkeli.my

Foto: readerdigest

Kita sering kali diingatkan mengenai kencing manis atau diabetes yang mana banyak kisah, perkongsian juga cerita sama ada dari pakat atau netizen sendiri. Ia sedikit sebanyak membuka mata akan pentingnya menjaga kesihatan.

Namun begitu, dalam sedar tak sedar, bila membuat rawatan atau 'medical checkup' masih ramai di antara kita yang tidak tahu akan dirinya menghidapi kencing manis.

Mengapa boleh jadi sebegitu?

Menerusi perkongsian dari Harima Abd Rahman yang mana telah didedahkan akan perkara ini, dia kongsikan akan simptom-simptom kencing manis yang harus diambil tahu oleh semua orang.

Tahukah anda?

Dalam kajian National Health Morbidity Survey (NHMS) bawah KKM terbaru, prevalance untuk penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus) di negara kita pada tahun 2015 ialah 17.5%. Meningkat lebih kurang 2% dari tahun 2011 dan 6% berbanding 10 tahun lepas.

Maknanya, peningkatan prevalance penyakit kencing manis dalam sepuluh tahun Malaysia lebih 3% dari peningkatan prevalance kencing manis di peringkat global.

Lebih parah lagi, dalam kajian terbaru ini dari 17.5% orang yang kena kencing manis ni, lebih separuh daripadanya (9.2%) tak tahu pun dia ni ada kencing manis. Apa cerita?

Kencing manis antara penyakit yang menyumbang kematian tertinggi dalam negara kita. Campur pula dengan komplikasi yang sangat tak selesa seperti kena potong kaki dan rosak buah pinggang. Tapi, orang kita boleh steady je tak tahu yang dia ada kencing manis.

Jadi, sementara saya tengah semangat lagi ni lepas kena basuh masa kursus dua hari lalu, saya kongsi la sikit sikit simptom simptom yang menjurus ke arah penyakit kencing manis.

Foto: menhealth

1. Selalu rasa nak kencing

Seorang orang normal, dalam 24 jam tu biasa akan kencing lebih kurang enam hingga tujuh kali saja. Tapi kalau kau kena kencing manis, kadar kau rasa nak kencing akan lebih daripada tu.

Biasa biasa, buah pinggang akan serap balik glukosa (gula) ke dalam badan bila setiap kali dia tapis. Dah sebab gula kat dalam badan tu dah banyak, buah pinggang tak daya nak serap balik gula tu ke dalam badan bila setiap kali tapis. Akibatnya, urin akan dibikin dan akan buat kau rasa nak kencing.

Tak hairan la, bila kau ada kencing manis, sekejap sekejap nak kencing, sekejap sekejap nak kencing. Lagi bertambah geram bila rasa nak kencing tu masa tengah bawak kereta, tapi orang kat depan kau tu bawak slow nak mampus.

2. Cepat dahaga

Bila banyak kali kau buang air, air dalam badan akan berkurang. Jadi secara automatik badan kau akan mendambakan air dan salah satu caranya ialah mengaktifkan sensor dahaga. Dan kau pun akan rasa nak minum air selalu.

Bila banyak minum air, nanti banyak pula kencing. Bila banyak kencing, banyak pula minum air. Begitulah nasib bila gula dalam darah banyak sangat.

3. Selalu cepat letih

Gula yang masuk dalam badan kita tu sebenarnya akan digunakan sebagai tenaga. Tak semestinya kita kena ratah gula atau makan gula gula baru kita akan dapat gula. Makanan macam nasi yang kita makan tu pun akan bertukar kepada gula untuk dijadikan tenaga.

Tapi sebelum gula tu jadi tenaga, kau kena ada insulin dulu. Insulin ni macam teksi la dalam badan kita. Dia akan angkut gula tadi tu, kemudian dia bawak masuk ke dalam sel (cell) untuk dijadikan tenaga.

Biasanya orang kencing manis ni memang ada masalah dengan insulin. Sama ada insulin tidak cukup, atau insulin yang ada tu dah tak berapa nak power nak angkut gula (sebab insulin ni dah lama dah bekerja keras bila kau eksyen sangat makan manis banyak sangat minum air gas pulak sebelum sebelum ni).

Jangan ingat teksi kat dalam negara kita je yang bermasalah, 'teksi' dalam badan kau tu pun boleh jadi ada masalah juga. Bila dah insulin dah nak tak nak je angkut gula yang kau makan tu, sel dalam badan pun tak mampu hasilkan tenaga. Akibatnya, kau pun cepat letih.

Foto: wikihow

4. Cepat lapar

Bila badan kau cepat letih, kau pun mula jadi cepat lapar. Iya lah, tenaga dah tak ada. Jadi kau pun ambik keputusan untuk makan. Kerja dah la malas. Lepas tu makan banyak.

Sekejap sekejap makan, sekejap sekejap makan. Jika orang kata kau ada saka, mungkin betul juga. Saka kencing manis.

6. Mata jadi kabur

Antara satu komplikasi kencing manis ialah boleh menjejaskan sistem saraf. Bila peredaran darah (blood flow) kau dah tak cantik mana sebab gula banyak sangat, kadang kadang memang boleh buatkan sesetengah saraf tu boleh jadi rosak atau tak berfungsi dengan baik.

Contohnya macam saraf dekat mata. Bila dah tak berapa elok, maka mata kau akan jadi tak berapa sedap nak tengok. Kelabu la, gelap la.

Foto: woundcarecenter

7. Luka lambat sembuh

Untuk proses penyembuhan luka, peredaran darah yang baik adalah sangat penting untuk membantu penghasilan sel sel dan tisu tisu (tissues) baru. Macam saya kata tadi, peredaran darah bila kencing manis ni dah tak berapa nak okay. Jadi bila dah tak okay, proses penghasilan sel sel baru akan terbantut seterusnya menyebabkan luka yang sedia ada lambat nak sembuh.

Selain itu, ada juga cakap cakap bakteria akan lebih kuat bila berada dekat tempat tempat banyak gula. Sebab gula tu akan bagi lebih tenaga kat bakteria tu. Yang ni, wallahualam. Entah betul entah tidak. Malas pulak saya nak cek.

8. Mudah serban atau kebas

Serban ni bahasa Terengganu. Bukan yang pakai dekat kepala tu. Serban ni kebas la jugak. Sama.

Sama macam konsep saya cakap tadi. Peredaran darah yang tak cun akan mengganggu sesetengah fungsi saraf. Antaranya saraf peripheral. Saraf peripheral ni bila dah tak elok, boleh buat kita rasa kebas.

Jadi kalau asyik rasa kebas tu, beringat ingat la sikit.

9. Berat badan susut

Kalau kau ada kencing manis, sedikit sebanyak boleh buat engkau jadi kurus.

Apahal? Aku tak control makan pun. Hari hari aku baham burger macam biasa. Apahal pulak aku nak jadi kurus?

Ya, bos. Walau kau tak jaga makan pun, kencing manis boleh juga buat jadi kurus. Kenapa?

Sebab macam yang saya cerita tadi, badan kau dah tak boleh serap tenaga dari makanan yang kau makan kerana kurangnya insulin. Jadi badan kau akan bakar lemak dan juga otot yang kau ada untuk dijadikan tenaga. Boleh la sedikit sebanyak kau jalan kaki dan pergi sembahyang. Ini tak, Tuhan dah cipta elok elok untuk kasi kau tenaga, kau pergi dating dengan makwe. Lepas tu sembahyang tinggal.

Oh ya, berbalik kepada cerita asal. Secara tak langsung badan kau akan jadi kurus bila kau ada kencing manis. Tapi jangan la gembira sangat. Ini kurus yang tak sihat. Kurus yang mampu membawa kau ke lembah kehancuran.

Saya rasa setakat tu saja pengetahuan saya mengenai kencing manis sikit sikit. Ini pun dah panjang dah ni saya tulis. Jika anda mengalami simpton simpton yang saya sebut ni, elok kau pergi ke klinik berdekatan ke, farmasi berdekatan ke untuk cek kau punya kencing manis.

Bila dapat tahu awal, mudah la kau nak mengawalnya supaya tak berlaku komplikasi yang tak diingini macam kena potong kaki. Mana rock beb, kena potong kaki sebab kencing manis.

Sekian saja dari saya, saya petik kata kata Dr Pakar Kesihatan Keluarga dekat klinik saya, "Diabetic who know the most, will live longer."

Assalamualaikum.

Sang Harima Abd Rahman
Bekas AJK Hari Keluarga (unit hadiah). KK Marang.

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 4, 2017 8:01 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Melayu Juga Yang Menjahanamkan Melayu..
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : Tun Fiqa Muhammad

MELAYU JUGA YANG MENJAHANAMKAN FELDA
Suami saya adalah bekas pegawai FELDA yang pernah dibayar gaji mahal..

Tapi perkara itu tidaklah bertahan lama, selepas beberapa ketika bersama FELDA, dia seringkali berkata kepada saya bahawanya tahap kesedarannya (hati nurani) tidak jelas kerana dia sudah tahu terlalu banyak (rahsia). Anda tahu, Saif ialah seorang yang tidak faham kawasan kelabu. Baginya apa yang ada hanyalah betul dan salah. Hitam dan putih. Jahat dan baik. Salah dan betul.
Dia asyik memberitahu saya, "Sayang, ini semua duit peneroka..duit orang kampung..duit peneroka, mengapakah mereka tergamak membelanjakan secara boros seperti ini.." sampaikan satu tahap, saya melihat matanya seperti mahu mengalirkan air mata kerana berasa putus asa, hilang harapan dan dia terus berkata, "melayu yang menjatuhkan melayu.. Islam tapi tak macam Islam"..
Satu hari tu, sesuatu telah dicetak secara salah, di tempatnya (pejabat Saif), dan dia menjadi marah melihat perkara itu dan ia membuatkan dia (Saif) mempersoalkan ketuanya tentang hal itu, saya agak itulah puncanya Saif menjadi sasaran oleh ketuanya kerana mempersoalkan apa ke mana, dan sebagainya..

Sejak dari saat itu, dia tidak boleh lagi menerimanya, dia tidak mampu lagi untuk meneruskan, dari pejabat besar ke pejabat kecil, kemudiannya ke pejabat yang lebih kecil di bangunan yang berbeza, pada ketika itu saya merasakan dia seperti telah kehilangan persona..
Untuk beberapa bulan seterusnya, setiap hari dia pulang dengan rasa sakit di belakang leher. Saya sedar pada ketika itu ia ada kaitan dengan tekanan darah tinggi. Saya tidak mahu nantinya suami saya pengsan dan kemudiannya terus meninggal dunia begitu sahaja, jadi itulah perkara yang membuatkan saya nekad.
Pada satu hari saya memeluknya dan berkata, "hey sayang, apa kata awak tinggalkan aje kerjaya awak tu, jangan fikirkan sangat soal kewangan, jangan fikirkan sangat soal kedudukan, tak usah memaksa diri untuk membetulkan perkara yang salah, tinggalkan sahaja kerja tu, saya kan ada. Saya pun kerja, saya akan berusaha untuk memastikan kita akan baik-baik sahaja, saya ada awak, awak ada saya, itulah sahaja yang kita perlukan, tinggalkan aje kerjaya awak tu.."
Jadi dia pun berhenti (meletak jawatan) walaupun ketika itu dia belum pun mendapat pekerjaan yang lain..
Ia adalah masa-masa yang sukar bagi kami. Ketika itu kami ada beberapa komitmen berat yang perlu dipenuhi setiap bulan tambahan pula kami baru sahaja membeli tanah disamping hutang rumah yang perlu dibayar bulan-bulan. Dia (Saif) ketika itu baru berusia 31 tahun dan saya pula berusia 27 tahun. Bohonglah kalau saya katakan saya tidak risau, tidak bimbang. Saya pernah meluahkan perasaan kepada kawan baik juga dan menangis. Saya tidak boleh mengatakan perkara ini kepada Saif. Saya tidak mahu menekan dirinya tambahan pula saya juga tidak mahu bimbangkan keluarga kami berdua.
Ia adalah masa-masa yang membimbangkan bagaimanapun saya ialah seorang rakan yang sangat kuat menyokong, kami okay sekarang, ia mengambil masa untuk pulih, kurang dari setengah tahun namun ia adalah antara pengalaman terburuk yang pernah dilalui oleh saya sebagaimana ia antara pengalaman terburuk suami saya (yang ke sekolah jenis kebangsaan cina) tentang sikap kebanyakan orang melayu.. (terlibat rasuah, korup).
Apa yang dia (Saif) fikir sekarang ialah, mana-mana melayu berkuasa dan berkedudukan ialah melayu yang terlibat dengan perbuatan korupsi ataupun bakal terlibat dengan penyelewengan. Disebabkan itu dia bersumpah untuk tidak terlibat dengan politik sehinggala dia bebas dari masalah kewangan jika tidak, prinsip dan jiwa terpaksa digadaikan demi wang dan kuasa. Walaupun agak menyedihkan untuk mengatakan seperti itu, namun ia sememangnya benar..
Saya percaya, sudah sampai ke tahap ini, lebih ramai pihak yang sepatutnya dibawa ke muka pengadilan. Mana yang pergi LA kononnya nak buka kedai supplement, yang pergi ke luar negara atas nama urusan perniagaan, berbelanja beratus juta tapi produknya satu, sudahlah satu, suam-suam kuku pula tu. Yang bayar perunding hantu, buat keputusan perniagaan menggunakan kepala lutut dan atas kertas mendakwa ia adalah ketirisan..
Mana semua orang tu? Semua salah laku mereka tersebar di media-media antarabangsa, ada yang kena CBT dan ada yang belum kena lagi saya fikir..
Saya berharap dapat melihat kesemua mereka dalam pakaian oren SPRM.. kerana ia benar-benar menghentak jiwa saya ketika saya mengimbas kembali wajah dan kata-kata suami saya pada setiap kali dia mengatakan, "sayang.. ini semua duit peneroka.."
Malahan sampai ke hari ini pun, anda tahu apa yang Saif impikan? Dia sentiasa mengatakan kepada saya, suatu hari nanti dia mahu kembali ke FELDA, sebagai seseorang yang berkuasa untuk memperbetulkan FELDA, kerana dia sangat sayangkan FELDA. Baginya, satu-satunya cara untuk menyelamatkan dan membetulkan FELDA ialah dengan menaikkan anak-anak FELDA sendiri yang ada rasa cinta dan setia. Itulah impiannya. Untuk berkhidmat dan membina kembali perniagaan yang sangat dekat di hatinya. Tetapi jika anda semua bertanyakan kepada saya, saya akan katakan, apa lagi yang tinggal di dalam FELDA?
FELDA suatu ketika dahulu adalah GERGASI (perniagaan yang gah)..
** Ini adalah pandangan oleh Tun Fiqa Muhammad yang ditulis dalam bahasa inggeris, dialihbahasa oleh Amenoworld untuk siaran blog.
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/09/melayu-juga-yang-menjahanamkan-melayu.html#ixzz4rcmz7e7E

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 4, 2017 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



10 Fakta Tentang Pengasas Sate Kajang, Hj Samuri

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Pengasas Sate Kajang Hj Samuri, Datuk Samuri Juraimi meninggal dunia pada usia 73 tahun, kira-kira pukul 12.05 tengah malam tadi akibat kanser hati.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang hari ini.

Allahyarham Samuri yang dilahirkan pada 25 Julai 1944 di Kampung Sungai Ramal, Kajang,

Berikut 10 fakta yang dipetik dari Astro AWANI, yang mungkin tidak diketahui tentang Samuri dan jenama besar yang dibinanya.

1. Samuri mewarisi perniagaan sate daripada bapa saudaranya, Haji Tasmin.
2. Beliau kerap membantu bapa saudaranya itu sejak di zaman sekolah.

3. Berhenti kerja dengan sebuah syarikat telekomunikasi pada 1987 untuk menumpukan perhatian terhadap perniagaan sate.

4. Beliau diminta meneruskan perniagaan itu oleh anak-anak Haji Tasmin selepas kematiannya pada tahun 1992.

5. Ia kemudiannya membawa kepada penubuhan Sate Kajang Haji Samuri.

6. Menggunakan modal permulaan RM18,000, perniagaan itu pada mulanya berdepan cabaran tersendiri apabila ramai pelanggan meminta untuk menjamah Sate Haji Tasmin.

7. Sehingga kini sudah memiliki 20 cawangan di seluruh negara.

8. Turut memiliki tiga buah kilang untuk memproses sate dan kuah.

9. Lima orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datin Jani Mohamad Amir turut meminati bidang perniagaan sate.

10. Rahsia kejayaan perniagaan sate Haji Samuri — "Jangan menipu pelanggan dan berikan mereka perkhidmatan terbaik."

Penduduk setempat menghadiri majlis pengkebumian pengasas Sate Samuri, Datuk Samuri Juraimi
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Penduduk setempat menghadiri majlis pengkebumian pengasas Sate Samuri, Datuk Samuri Juraimi di Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Ramai Dalam.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 4, 2017 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Perkara-perkara Yang Merosakkan Akidah
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Ini merupakan beberapa perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah yang sering dilakukan oleh golongan remaja mahupun dewasa. Amatlah penting mengetahui perkara-perkara ini supaya kita tidak mudah terjebak.

1. Tangkal

Ia wujud dalam pelbagai bentuk. Ada yang menggunakan benang, tulang, kayu dan sebagainya. Ada yang diletakkan di pintu rumah, meletak gunting bawah bantal, digantung di leher, meletak surah yasin di sebelah ketika tidur dan sebagainya.

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

"Sesungguhnya jampi-jampi (yang syirik), tangkal, dan guna-guna (sihir yang selalu isteri kenakan pada suami) adalah syirik". [HR. Ahmad dalam Al-Musnad (1/381), Abu Daud dan lain-lain]

Termasuk tangkal ialah apabila kita menggantung ayat al-Quran seperti ayat Kursi, surah 3 kul dengan mempercayai ia akan menghalang syaitan. Adapun menggantung untuk memudahkan ia dibaca tidaklah menjadi masalah. Hendaklah adik-adik memerhatikan keadaan di rumah adik-adik. Wujudkah tangkal atau yang seumpama dengannya. Jika ada? Buang segera.

2. Horoskop

Horoscopes ialah bintang seseorang yang dengan itu dapat diramal kebaikan atau keburukannya. Bintang ini ditentukan berdasarkan tarikh lahir. Sebagai contoh, orang yang lahir antara 21 Mac hingga 19 April memiliki bintang Aries, orang yang lahir antara 20 April hingga 20 Mei memiliki bintang Taurus dan demikianlah seterusnya.

Asal usul horoscopes ialah menggunakan kedudukan bintang, planet dan matahari untuk meramalkan kebaikan atau keburukan

Rasulullah menolak amalan sedemikian kerana ia adalah satu bentuk kekafiran. Zaid bin Khalid al-Juhani radhiallahu 'anh menerangkan:

صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةَ الصُّبْحِ بِالْحُدَيْبِيَةِ عَلَى إِثْرِ سَمَاءٍ كَانَتْ مِنْ اللَّيْلَةِ. فَلَمَّا انْصَرَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ: هَلْ تَدْرُونَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ؟ قَالُوا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِي كَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ وَأَمَّا مَنْ قَالَ بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا فَذَلِكَ كَافِرٌ بِي مُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ.

Kami bersolat subuh bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam di Hudaibiyah setelah semalamnya turun hujan. Tatkala selesai, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menghadap orang ramai dan bersabda:"Tahukah kalian apa yang difirmankan oleh Tuhan kalian?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammenjawab (Allah berfirman): "Pada pagi ini ada di antara hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Adapun orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya, maka dia beriman kepada-Ku dan kafir kepada bintang. Sedangkan orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana bintang itu dan ini, maka dia kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang." [Sahih al-Bukhari:846].

Bermain-main dengan horoskop sekadar suka-suka tetap berdosa walau tidak merosakkan akidah. Ia sama dengan pergi berjumpa bomoh walau tidak mempercayainya.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً.

Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak akan diterima solatnya selama empat puluh malam [Sahih Muslim:2230].

Maka adik-adik hendaklah menjauhi daripada mengambil tahu tentang horoskop adik-adik dan rakan-rakan. Hendaklah menjauhkan diri daripada membaca horoskop atau apa-apa tilikan yang ada di majalah, facebook dan sebagainya. Ditakuti ia sedang mengancam akidah adik-adik.

3. Merasakan hukum hakam Islam tidak sempurna

Allah Ta'ala berfirman :

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ(50)

"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" (Al-Maidah : 50)

Pernah seorang pelajar perempuan tingkatan tiga menyatakan kenapa perempuan kena pakai tudung, lelaki tidak, dan dia menyatakan bahawa ia tidak adil. Perkataan seumpama ini boleh merosakkan akidah kerana ia menunjukkan kita tidak yakin dengan kesempurnaan hukum hakam Allah.

Hendaklah adik-adik yakin bahawa Islam agama yang sempurna. Segala peraturan yang ada di dalamnya adalah sempurna. Jika kita benar-benar beriman Allah Maha Bijaksana, kenapa perlu kita meragui keputusannya?

4. Menghina hukum hakam

إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُوا مِنَ الَّذِينَ ءَامَنُوا يَضْحَكُونَ(29)وَإِذَا مَرُّوا بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ(30)وَإِذَا انْقَلَبُوا إِلَى أَهْلِهِمُ انْقَلَبُوا فَكِهِينَ(31)وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوا إِنَّ هَؤُلَاءِ لَضَالُّونَ(32)وَمَا أُرْسِلُوا عَلَيْهِمْ حَافِظِينَ(33)فَالْيَوْمَ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنَ الْكُفَّارِ يَضْحَكُونَ(34)عَلَى الْأَرَائِكِ يَنْظُرُونَ(35)هَلْ ثُوِّبَ الْكُفَّارُ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ(36)

"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang dahulunya (di dunia) mentertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya. Dan apabila orang-orang berdosa itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira. Dan apabila mereka melihat orang-orang mu'min, mereka mengatakan: "Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang-orang yang sesat", padahal orang-orang yang berdosa itu tidak dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mu'min. Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir, mereka (duduk) di atas di tempat duduk sambil memandang. Sesungguhnya orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." (al-Muthaffifin:29-36)

Ia adalah lanjutan kepada ketidakyakinan dengan kesempurnaan Islam. Dosa ini termasuklah menghina orang yang melaksanakan Islam. Contohnya, kerana kita tidak mahu bersolat, kita menyatakan bahawa orang yang solat pun ada yang melakukan maksiat, atau kita tidak mahu menutup aurat, lalu kita menghina orang yang menutup aurat.

Sewajarnya, jika adik-adik masih belum sempurna mempraktiskan Islam, contohnya, tidak menutup aurat. Adik-adik hendaklah menghindarkan diri daripada mempertahankan maksiat yang adik-adik lakukan, sebaliknya ucaplah terima kasih kepada yang menasihati, dan berdoa serta berusahalah agar adik-adik diberi hidayah.

5. Bermain-main dengan agama

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَءَايَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ(65)لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ(66)

"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta ma`af, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka taubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa." (At-Taubah :65,66)

Ayat ini diturunkan ketika sebahagian umat Islam bersenda gurau dengan perkataan yang menghina Islam dan umat Islam. Oleh itu bergurau dengan hal-hal yang merendahkan Islam walau tanpa niat menghina, tetap merosakkan akidah. Ini sering berlaku walaupun sebenarnya gurauan itu tiada niat menghina Islam. Contohnya, adik melihat seorang kawan memakai tudung, lalu adik menggelarnya sebagai 'mak nenek', atau melihat seorang kawan berjanggut (membela janggut adalah sunnah), lalu adik mengejeknya sebagai kambing. Ia lumrah berlaku apabila kita sering bergurau-gurau tanpa mengetahui ia sudah melampaui batas.

6. Meniru amalan orang bukan Islam

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka."[ HR. Ahmad dan Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan hadis ini sahih Irwa'ul Gholil no. 1269]

Ini termasuklah merayakan sambutan atau budaya orang bukan Islam seperti Krisma, Hallowen. Termasuk juga meniru pakaian yang menjadi ciri khusus orang kafir, dan cirri khusus ajaran sesat seperti black metal, skinhead dan lain-lain. Apa sahaja yang melambangkan orang kafir atau golongan fasiq hendaklah dijauhi.

7. Cinta Melebihi Cinta Kepada Allah

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ

Dan di antara manusia ada yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah): mereka mencintainya sebagaiman mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih mencintai Allah (berbanding selainnya). [al-Baqarah 2:165]

Fenomena cinta di kalangan remaja, hingga sanggup menggadai maruah, adalah ditakuti kesan rosaknya akidah, akibat mencintai kekasih melebihi Allah. Bahkan ada kekasih pernah menyebutkan: my boyfriend is like my GOD to me. Nauzubillahi min zalik

8. Percaya kepada sial

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لا َعَدْوَى وَلاَ طِيَرَةَ، وَلاَ هَامَةَ وَلاَ صَفَرَ، وَفِرَّ مِنْ اَلْمَجْذُوْمِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الأَسَدِ.

Tidak boleh menjangkitkan penyakit, tidak boleh mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung, tidak boleh mempercayai Hama dan tidak boleh (mempercayai kecelakaan) pada bulan Safar, dan larilah kamu dari penyakit Kusta sebagaimana kamu lari dari seekor singa [Sahih al-Bukhari secara ta'liq]

Ini termasuk mempercayai jika ada biawak melintas ada nasib buruk, jika pinggan pecah ada sesuatu tidak elok berlaku dan sebagainya. Termasuk juga apa yang disebarkan melalui drama-drama mahupun movie tentang pen yang membawa tuah dan sebagainya.

9. Berjumpa bomoh

مَنْ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ أَوْ أَتَى امْرَأَتَهُ حَائِضًا أَوْ أَتَى امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا فَقَدْ بَرِئَ مِمَّا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ.

Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib lalu membenarkannya atau menyetubuhi isterinya yang sedang haid atau menyetubuhi isterinya dari duburnya, maka dia telah lepas (keluar) daripada apa yang diturunkan ke atas Muhammad (yakni Islam) [Sunan Abu Daud:3904]

Jika tidak mempercayainya, maka solat tidak diterima empat puluh hari.

Mungkin adik-adik tidak pernah berjumpa bomoh, tetapi boleh jadi ibu bapa kita melakukannya. Peringatkanlah mereka, berikan mereka risalah ini.

Sesungguhnya hal-hal ghaib hanya diketahui Allah!

"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya(untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya). [al-Jin 72:26-27]

Sumber dari: Mohd Masri Mohd Ramli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 4, 2017 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Nilai Maruah Melayu Amat Murah
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
A Kadir Jasin

SEMUA bangsa mengaku ia bermaruah. Begitu jugalah dengan Melayu.

Nilai maruah Melayu hanya beberapa ringgit

Malah kalau kita dengar ketua-ketua Umno bercakap, jalan ceritanya amat menakutkan - Melayu akan hilang maruah dan jadi bangsat kalau parti mereka kalah pilihan raya.

Tetapi berapakah nilai maruah dan kebumiputeraan Melayu?

Jawapan yang sepatutnya ialah "tidak ternilai" (priceless). Maruah dan kebumiputeraan Melayu tidak boleh atau tidak akan dijual beli.

Tetapi ketua-ketua Umno dan konspirator bukan Melayu mereka dari MCA, Gerakan, MIC dan PPP telah meletakkan tanda harga kepada maruah dan kebumiputeraan Melayu dalam beberapa bentuk.

Ikut nilai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), harganya di antara RM450 hingga RM1,200 satu kepala setahun. Bagi yang tertinggi, jumlahnya RM100 sebulan atau bersamaan RM3.33 sehari.

Kalau di Lembah Klang, ikut harga runcit Fama, bolehlah beli dalam 800 gram kangkung dan 500 gram daging ayam.

Tapi ikan kembung nampaknya tak mampu. Kalau harga RM20 sekilo, bolehlah beli hanya 166.5 gram sehari.

Itu nilai maruah dan kebumiputeraan orang Melayu ikut ukuran BR1M yang kononnya dicadangkan oleh Bank Negara.

Tapi sekarang ada satu lagi ukuran iaitu penanak nasi (rice cooker).

Hal ini menjadi tular dalam media sosial apabila tiga orang ketua Umno Perlis – (Datuk Seri) Shahidan Kassim, (Datuk) Zahidi Zainul Abidin dan (Datuk) Rozabil Abdul Rahman – dikenakan saman oleh seorang peniaga kelengkapan elektrik, Florence Lee Jye Wen, atas tuduhan mungkir janji.

Lee mendakwa tiga watak itu membuat tempahan dengannya bagi membeli 60,000 unit penanak nasi elektrik ukuran 1.8 liter dengan logo "DSSK" dicetak di atasnya.

Pembaca boleh mendapat maklumat lanjut di sini. Mohon maaf pautan dalam bahasa Inggeris. Tak jumpa berita dalam bahasa Melayu.

Kalau ikut butir dakwaan wanita Cina itu, harga maruah dan kebumiputeraan Melayu hanyalah RM74. Itulah harga seunit penanak nasi tersebut.

Itu pun untuk tempoh empat atau lima apabila berlaku pilihan raya umum (PRU).

Tetapi oleh kerana Melayu yang hendak dipertahankan maruah dan kebumiputeraannya oleh Umno itu banyak yang miskin, melarat dan diperbodohkan oleh media terkongkong, maka mereka gembira menerima dedak dan serdak ekonomi yang kononnya pesat terkembang itu.

Realitinya rakyat jelata semua peringkat tidak sesenang dulu lagi, kecuali kucing-kucing gemuk dan anjing-anjing atasan. Rujukan kepada kucing dan anjing itu adalah daripada ungkapan Inggeris "fat cats" dan "top dogs".

Maka tidak hairanlah kalau dalam ibadah korban tahun ini, bilangan haiwan korban berkurangan tapi bilangan fakir miskin yang mendaftar untuk dapat habuan meningkat.

Wallahuaklam.

Azam Baki Pun Salah Tafsiran
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Gua baca berkali-kali artikel kat Malaysiakini ni.... berdasarkan artikel tu nampak sangat lah Azam Baki salah tafsiran...

Boleh pulak dier kata bagi sumbangan kepada rakyat miskin pada masa kempen pilihanraya bukan diklasifikasikan sebagai satu rasuah....

Bangang ker aper.... Nampak sangat la dier nak cover kes Ahmad Zahid Hamidi yang kantoi bagi rasuah beras pada masa tengah kempen PRU13 tempohari... hahahaha

Bekap la selagi boleh bhai... bekap la... sampai masa lu nanti tau la azab seksa lu ja...

Huhu

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2017/09/azam-baki-pun-salah-tafsiran.html#ixzz4rcmRudsJ

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 4, 2017 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sasaran Pingat Emas ke-111 Dicapai, Kita Cuti ? Ini Kata PM Najib
siakapkeli.my

Sasaran Pingat emas ke-111 yang telah dicapai oleh kontijen Malaysia menerusi jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang membuatkan ramai netizen tertanya-tanya sekiranya cuti umum akan diisytiharkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya semalam ketika meraikan kejayaan mencapai sasaran 111 jumlah pingat emas memberitahu.

"Ramai yang memuji dan ramai yang juga minta cuti di diisytiharkan.

"Ada dua kegemaran rakyat Malaysia… satu makan, dan satu lagi cuti AM.

"Tunggu dululah sebab Sukan SEA belum habis lagi. Kita tunggu dulu," kata Najib di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Hasil kemenangan yang diperoleh oleh Azizulhasni Awang telah membuatkan jangkaan jumlah pingat emas menjadi kenyataan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC), berkata bahawa perjuangan belum berakhir kerana Malaysia sudah membayangkan untuk melepasi jumlah 111 emas serta mencipta rekod tersendiri pencapaian emas dalam sejarah sukan dwitahunan itu yang diperkenalkan pada tahun 1959.

Sumber : Astro Awani

Bola Sepak Sukan Sea: Thailand Raih 'Ibu Segala Emas' Dengan Kemenangan Tipis
siakapkeli.my

Pasukan bola sepak Thailand berjaya meraih emas apabila menang tipis 1-0 ketika menentang Malaysia dalam final bola sepak Sukan Sea Kuala Lumpur yang berlangsung sebentar tadi.

Thailand memperoleh gol tunggal permainan hasil kesilapan dari penjaga gol Malaysia yang tertumbuk bola masuk ke dalam gawang sendiri pada minit ke-38 permainan.

Di separuh kedua permainan, Malaysia dilihat mengasak pasukan lawan dengan cubaan demi cubaan di hadapan gol namun gagal meraih sebarang gol.

Thailand menang 1-0, sekaligus membawa pulang emas Sukan Sea 2017.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Mon Sep 4, 2017 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



2 pendapat Ulama tentang hukum menyimpan daging qurban melebihi hari tasyrik

bloglist-malaysia.blogspot

ustazcyber

Dicatat oleh ustazcyber.com

MZ

 

Pendapat pertama, dilarang menyimpan dan mengawetkan daging qurban melebih 3 hari Tasyriq. Pendapat ini diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib dan Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhum. Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu 'anhu pernah berkhutbah ketika shalat idul adha, melarang menyimpan daging qurban lebih dari 3 hari. Dari Abu Ubaid – mantan budak Ibnu Azhar – beliau menceritakan,

صَلَّيْتُ مَعَ عَلِىِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ – قَالَ – فَصَلَّى لَنَا قَبْلَ الْخُطْبَةِ ثُمَّ خَطَبَ النَّاسَ فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَدْ نَهَاكُمْ أَنْ تَأْكُلُوا لُحُومَ نُسُكِكُمْ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ فَلاَ تَأْكُلُوا

Saya pernah solat ied bersama Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu 'anhu. Beliau solat sebelum khutbah. Kemudian beliau berkhutbah, mengingatkan masyarakat. Beliau menyampaikan,

'Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam melarang kalian untuk makan daging qurban kalian lebih dari 3 hari. Kerana itu, janganlah kalian makan (lebih dari 3 hari).' (HR. Muslim 5210, dan Nasai 4442).

Sementara riwayat dari Ibnu Umar, bahawa beliau tidak mahu makan daging qurban yang disimpan lebih dari 3 hari. Dari Salim – putra Ibnu Umar – bahawa Ibnu Umar mengatakan,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى أَنْ تُؤْكَلَ لُحُومُ الأَضَاحِى بَعْدَ ثَلاَثٍ

Bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam melarang makan daging sembelihan lebih dari 3 hari.

Salim menceritakan kondisi bapanya,

فَكَانَ ابْنُ عُمَرَ لاَ يَأْكُلُ لُحُومَ الأَضَاحِىِّ فَوْقَ ثَلاَثٍ

Kerana itu, Ibnu Umar tidak mahu makan daging qurban lebih dari 3 hari. (HR. Muslim 5214 dan Ibnu Hibban 5924).

Pendapat kedua, boleh menyimpan daging qurban lebih dari 3 hari tasyriq. Ini merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi'in, empat imam mazhab, dan selainnya.

Diantaranya diriwayatkan dari A'isyah Radhiyallahu 'anha. Dari Abdurrahman bin Abis dari ayahnya, bahawa beliau pernah bertanya kepada A'isyah,

'Benarkah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah melarang makan daging qurban lebih dari 3 hari?'

Jawab A'isyah,

مَا فَعَلَهُ إِلاَّ فِى عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ ، فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِىُّ الْفَقِيرَ ، وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ

Beliau hanya melarang hal itu kerana kelaparan yang dialami sebagian masyarakat. Sehingga beliau ingin agar orang yang kaya memberikan makanan (daging qurban) kepada orang miskin. Kerana kami menyimpan dan mengambil daging paha kambing, lalu kami memakannya setelah 15 hari. (HR. Bukhari 5107).

Diantara dalil pendapat ini adalah bahawa larangan makan daging qurban lebih dari 3 hari itu sudah dihapus. Ada beberapa hadis yang menunjukkan hal itu, diantaranya,

1. Hadis dari Salamah bin al-Akwa' radhiyallahu 'anhu, bahwa Nabi shallallahu 'aliahi wa sallam bersabda:

« مَنْ ضَحَّى مِنْكُمْ فَلاَ يُصْبِحَنَّ بَعْدَ ثَالِثَةٍ وَفِى بَيْتِهِ مِنْهُ شَىْءٌ » . فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ نَفْعَلُ كَمَا فَعَلْنَا عَامَ الْمَاضِى ؟ قَالَ : « كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَادَّخِرُوا فَإِنَّ ذَلِكَ الْعَامَ كَانَ بِالنَّاسِ جَهْدٌ فَأَرَدْتُ أَنْ تُعِينُوا فِيهَا »

"Barangsiapa yang menyembelih haiwan qurban, janganlah dia menyisakan sedikitpun dagingnya di dalam rumahnya setelah hari (Tasyriq) yang ketiga (tanggal 13 Dzulhijjah, pent)." Ketika tiba hari raya qurban tahun berikutnya, mereka (para sahabat) bertanya; "Wahai Rasulullah, apakah kami melakukan sebagaimana tahun lalu?" Beliu menjawab: "(Tidak), untuk sekarang, silahkan kalian makan, berikan kepada yang lain, dan silahkan menyimpannya. Kerana sesungguhnya pada tahun lalu manusia ditimpa kesulitan (kelaparan), sehingga aku ingin kalian membantu mereka (yang memerlukan makanan, pent)". (HR. Bukhari no. 5249, dan Muslim no.1974).

2. Dari Abu Sa'id al-Khudri radhiyallahu 'anhu, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

« يَا أَهْلَ الْمَدِينَةِ لاَ تَأْكُلُوا لُحُومَ الأَضَاحِىِّ فَوْقَ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ». فَشَكَوْا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنَّ لَهُمْ عِيَالاً وَحَشَمًا وَخَدَمًا فَقَالَ : « كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَاحْبِسُوا أَوِ ادَّخِرُوا » رواه مسلم

"Wahai penduduk kota Madinah, Janganlah kalian makan daging qurban melebihi tiga hari (Tasyriq, tanggal 11, 12 dan 13 Dzulhijjah, pent)". Mereka mengadu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa mereka memiliki keluarga, sejumlah orang (kerabat) dan pembantu. Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "(Kalau begitu) silakan kalian memakannya, memberikannya kepada yang lain, menahannya atau menyimpannya." (HR. Muslim no.1973).

Sanggahan:

Sebagian ulama memahami riwayat Ali bin Abi Thalib di atas bahawa ada kemungkinan Ali tidak mendengar bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam telah menghapus hukum larangan memakan daging qurban lebih dari 3 hari. (al-I'tibar fi Nasikh wa Mansukh, hlm. 297)

Berdasarkan keterangan di atas, tidak masalah seseorang menyimpan daging qurbannya. Dan dalam hal ini tidak ada batas maksimal penyimpanan. Kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak memberikan batas waktu maksimal penyimpanan hasil qurban itu.

Allahu'alam. (MZ) SHARE THIS:

 

Petua untuk melembutkan daging lembu supaya empuk dan enak
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Posted by Moshua

Petua bagaimana nak melembutkan daging lembu atau daging kambing pasti jadi ayat carian yang paling popular bila masuk musim raya korban.

Kalau zaman tak ada internet dahulu, nak dapatkan petua bagaimana melembutkan segala jenis daging ini kena mengadap tukang masak kat kampung terlebih dahulu baru boleh dapatkan ilmunya.

Tapi sekarang tukang masak kampung dah tak boleh nak kedekut dan sombong ilmu lagi. Kalau mereka kedekut dan sombong tak nak perturunkan ilmu, semua orang boleh terus rujuk pada Google sahaja.

Buat soalan carian, tekan, dan Google akan berikan senarai jawapan dari semua kandungan portal yang ada kat seluruh dunia. Ilmu ada dihujung jari anda sahaja sekarang.

Waspada petua melembutkan daging internet
Cuma perlu berhati-hati dan punyai kebijaksanaan dalam menilai segala petua yang diperturunkan dalam portal maklumat kat internet tu. Orang boleh tulis dan kongsikan apa saja petua kat internet, kesan akibatnya, anda sendiri perlu tanggung jika sesuatu tak elok berlaku.

Oleh itu, akal rasional yang logik dengan sandaran ilmu kat dada amat penting sebelum nak rujuk maklumat dalam internet. Anda perlu banyak membaca dan belajar dari sumber yang sahih terpebih dahulu sebelum nak belasah ambil segala maklumat dari internet.

Sebagai contoh, bila saya buat carian dalam internet ada 2 petua melembutkan daging yang menimbulkan pertanyaan dalam fikiran saya:

1.. Masukkan sudu besi dalam periuk. Dikatakan sudu besi ini akan menyerap lebih haba masuk ke dalamnya. Jadi daging akan dapat lebih haba.
2.. Masukkan panadol ketika masak. Tak ada penerangan kenapa panadol ini boleh lembutkan daging bila dicampur dalam masakan. Tapi kononnya tukang masak kampung akan guna teknik ini bila masak daging kenduri secara besar-besaran.
Kenapa sudu lembutkan daging
Persoalan yang timbul dalam fikiran saya, untuk bab sudu tu adalah, bukankah periuk tu sendiri dah besi atau steel. Samalah juga kalau letak atau tidak letak sudu steel dalam masakan itu. Mungkin ada beza jika dapat dipastikan sudu duduk kat tengah-tengah daging. Tapi biasanya sudu akan jatuh kat bawah pungkoq periuk, jadi apa fungsinya?

Kalau nak naikkan haba lebih tinggi dalam masakan, cara yang terbukti adalah masukkan garam ke dalam masakan. Garam akan naikkan paras haba lebih tinggi dari biasa berbanding masakan tanpa garam.

Kesan panadol pada badan manusia
Untuk bab masukkan panadol pula, isi kandungan dalam panadol itu adalah Paracetamol. Ia berfungsi sebagai penahan kesakitan yang kita alami. Jika telan panadol masuk dalam periuk, ia akan rendahkan kandungan Prostaglandin.

Prostaglandin ini dikeluarkan oleh badan bila kita sakit atau kena penyakit tertentu. Ini akan membuatkan saraf menjadi lebih tinggi sensitivitinya. Dari situ tinbulnya rasa sakit yang lebih dari biasa. Jadi panadol akan buat kita rasa tak berapa sakit.

Bayangkan bila kita campur panadol dalam masakan. Apa sebenarnya yang berlaku. Adakah kandungan paracetamol yang dipanaskan akan bertukar menjadi bahan lain atau kekal dalam bentuk asalnya. Apa pula kesan akibatnya pada badan manusia dan macam-macam lagi pertanyaan timbul.

Jadi saya tak akan amalkan petua macam tu selagi tak ada orang boleh cerahkan kedudukan isunya.

Petua lawak lembutkan daging lembu
Baru-baru ini saya dapat perkongsian dalam group whatsapp. Ia merupakan petua bagaimana nak melembutkan daging lembu sempena datangnya musim raya korban sekarang.

Maka saya bacalah. Mana tahu kalau-kalau ia satu ptua baru yang lebih mudah. Boleh diamalkan jika menarik dan berkesan daripada petua yang saya dah tahu.

Ternyata petuanya amat mudah dan menarik serta cukup lawak.

Petunya adalah dengan tambahkan sahaja huruf "T" pada hujung perkataan lembu.

Bila perkataan LEMBU di tambah hurut T, maka akan jadilah LEMBUT. Maka daging lembu akan bertukat menjadi daging lembut dengan penambahan huruf T.

Punyalah bengap lawak tetapi tak boleh nak marah sebab jawapannya masih tetap betul walaupun tak praktikal untuk kerja masak memasak.

Petua melembutkan daging yang beku
Ini pula saya jumpa dalam internet dikongsikan oleh banyak portal termasuk ERA. Petua bagaimana nak cepat lembutkan ketulan daging yang keras setelah dikeluarkan dari dalam peti sejuk.

Petuanya mudah hanya dengan menggunakan dua periuk besar diperbuat dari steel.

Telingkupkan periuk supaya punggung yang satu menghala ke atas. Letakkan ketulan daging yang beku itu atas punggung periuk tersebut.

Kemudian ambil satu lagi periuk himpitkan pula dengan meletakkannya atas daging tadi. Daging dikatakan akan cepat lembut dan bersedia untuk dihiris dalam bentuk ketulan supaya senang untuk dibuat masakan.

Petua melembutkan daging dalam masakan
Sekarang kita tengok pula bagaimana nak lembutkan daging dalam masakan. Apa yang boleh anda campurkan dalam masakan anda itu supaya lauk daging dalamnya akan lembut dan mudah empuk. Begini caranya:
1.. Guna tangkai daun betik - Campurkan masakan anda dengan tangkai daun betik. Ini akan melembutkan daging.
2.. Guna buah betik muda - Kupas dan buang biji buah betik muda. Potong dan masukkan bersama masakan anda itu.
3.. Carik daun pisang - Ada yang kata kena pakai daun pisang Abu. Mungkin daun pisang apapun boleh. Carik-carikkan daun pisang dan campurkan ke dalam masakan.
4.. Buah keras tumbuk lumat - Ambil buah keras atau kita panggil manjakani. Tumbuk sampai lumat dan campurkan bersama masakan anda.
5.. Kepingan tempe - Ini juga amat mudah. Ambil satu keping tempe, campakkan sekali ke dalam masakan.
6.. Daun nangka - Kalau anda ada pokok nangka kat belakang rumah, ambil beberapa helai dan campurkan sekali ke dalam masakan.
7.. Batang ubi kayu - Jika ada pokok ubi kayu, anda boleh potong, bersihkan dan masukkan ke dalam masakan yang sudah mendidih. Biarkan dalam 10 ke 15 minit angkat periuk dan keluarkan batang ubi kayu tu.
8.. Biji pinang - Ambil buah pinang tua yang luruh belakang rumah anda tu, kupas keluarkan biji ulasnya dan masukkan ke dalam masakan. Kalau pening bagi tau kat saya supaya saya boleh keluarkan petua ini dari senarai.
9.. Batang tebu - Kalau anda ada tanam tebu kat tepi longkang rumah, pergi ambil sebatang, kupas kulit, potong kecil dan masukkan bersama masakan.
Petua melembutkan daging sebelum masak
Ada lagi petua untuk melembutkan daging yang anda boleh lakukan sebelum memasak. Gunakan petua ini dan ia akan menambahkan lagi keenakkan masakan anda selepas itu. Masakan apa saja boleh guna petua ini.
1.. Perap dengan cuka makan - Potong daging dan perapkan dengan cuka makan untuk 15 minit. Lepas itu keringkan dan daging anda bersedia untuk dimasak apa saja. Masakan anda akan jadi lebih enak dan daging juga akan lembut.
2.. Perap dengan Lemon atau limau nipis - Ini kena perap lama sikit. Dalam 2 ke 24 jam. Campurkan lemon atau limau nipis ke dalam potongan daging anda dan biarkan selama 2 jam atau lebih.
3.. Perap dengan Halia - Sama juga tempoh masanya, 2 ke 24 jam. Potong halia banyak sikit dan perapkan bersama potongan daging.
4.. Perap dengan nenas atau buah kiwi - Kalau nak pakai buah nenas atau anda banyak duit untuk beli buah Kiwi, boleh potong buah tersebut dan perapkan bersama potongan daging selama 2 ke 24 jam.
Melembutkan daging dengan mengetuknya
ini juga saya pernah dengar tapi tak pernah lagi buat. Dari segi logiknya memang boleh pakai sebab jika daging diketuk, teksturnya akan menjadi terungkai dan menjadi lebih lembut. Anda boleh cuba sendiri.

Ia perlu dilakukan sebelum masak. Ambil daging yang dah dipotong keping. Ambil senduk atau bahan keras lain yang bersih, ketuk perlahan-lahan keseluruhan daging tersebut. Jika bahagian yang keras kat daging tu anda boleh belasah ketuk kuat sikit.

Selepas itu barulah hiris kecil untuk dibuat masakan.

Jika anda nak buat satay, ada juga petua yang menarik. Selepas anda campur kesemua ramuan dengan daging satay tu, bungkuskan bersama daun betik untuk perap campuran ramuan dan satay tersebut. Ini akan melembutkan daging satay anda.

Saya rasa dah cover kesemua petua bagaimana nak melembutkan daging sempena hari raya korban ini. Anda boleh mencuba mana satu yang berkenan di hati dan mudah untuk dilakukan. Jika ada apa-apa maklum balas, sila komen kat bawah ini untuk saya buat pembetulan mana-mana yang tak boleh pakai.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN DAN HARI RAYA KORBAN

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Sep 4, 2017 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



DI MANAKAH HILANGNYA TAMAN RASHIDAH UTAMA?
bloglist-malaysia.blogspot
wasiatpejuang.blogspot
Di Terbitkan oleh ABU NAWAS II

Makam pahlawan Islam di sebelah kanan

Di tengah tengah antara 2 makam terdapat sebuah tugu pahlawan

Makam bukan Islam di seblah kiri

DI MANA MAKAM PAHLAWAN KITA?

Saya melawat sebuah makam pahlawan di Medan Indonesia di mana makam ini telah menempatkan ratusan kubur kubur tentera yang mati menentang Belanda di ketika penjajah ini kembali untuk menakluk Indonesia selepas Jepun di kalahkan pada perang dunia kedua.

Di Makam Pahlawan ini di bahagikan kepada dua iaitu di sebelah kanannya adalah makam pahlawan beragama Islam dan di sebelah kirinya adalah makam pahlawan yang bukan beragama Islam (kebanyakannya Kristian).

Apabila saya membuat carian tentang makam makam pahlawan di Indonesia trdapat lebih dari 30 Makam Pahlawan di seluruh Indonesia di mana pada setiap wilayah akan ada sekurang kurangnya sebuah makam Pahlawan.

Ini adalah satu pengitirafan pemerintah kepada seluruh pejuang kemerdekaan Indonesia yang mengangkat senjata menentang pihak penjajah Belanda dan Jepun yang tidak ada di Negara kita Malaysia.

Di Malaysia makam pahlawan terletak di dalam Masjid Negara hanyalah menempatkan pemimpin tertinggi Negara yang tidak ada kena mengena dengan perjuangan kemerdekaan kecuali Tun Ghafar Baba dan Tun Saadon Zubir yang pernah terlibat dalam gerakan kemerdekaan manakala di Taiping pula makam pahlawan kesemuanya adalah dari kalangan tentera British yang mati ketika menentang pejuang kemerdekaan.

PETA

Di Indonesia PETA di kenali sebagai Tentera Sukarela Pembela Tanahair manakala di Malaya pula PETA di kenali sebagai Pembela Tanahair iaitu pasukan tentera bersenjata dari kalangan anak bangsa yang telah di tubuhkan oleh Jepun sebagai persiapan menentang pihak Berikat tetapi di Indonesia PETA memainkan peranan menentang Belanda selepas Sukarno mengistiharkan kemerdekaan dari Jepun manakala di Malaya PETA di bubarkan atas sebab pengkhinatan.

Mereka inilah tentera tentera rakyat yang telah di kebumikan di makam makam pahlawan di Indonesia tetapi di Malaysia akibat daripada tindakan pemimpin Melayu seperti Dato Onn yang mahu British kembali menjajah Malaya maka para pejuang kemerdekaan yang mati menentang Brtish di anggap pengkhianat tetapi tentera British yang mati di bunuh oleh pejuang kemerdekaan pula di anggap pahlawan.

Makanya di manakah makam makam pahlawan sebenar kita?

Jawapannya makam makam pahlawan sebenar kita berada di segenap pelusuk hutan dari Johor hinggalah ke sempadan Thailand.

Makam Pahlawan Allahyarham Abu Samah Mohd Kassim di Golok Selatan Thai.

Makam Ibu Suriani pemimpin tertinggi Parti Komunis Malaya di Sukhirin Thailand

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: