Friday, September 5, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4001

2 Messages

Digest #4001
1
Fw: Kereta Tenggelam Sebab Banjir? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Kecanggihan Pesawat Ababil 1 Hamas by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Thu Sep 4, 2014 9:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kereta Tenggelam Sebab Banjir?

selatanonline.net

Posted by ahmadi

Kita tidak tahu bila musibah menimpa. Yang terbaru, banjir berlaku di Kuala Dipang, Perak pada waktu malam semasa penduduk sedang tidur nyenyak. Ia berlaku disebabkan empangan yang pecah. Dah bala nak sampai, tidak kira waktu kan?

Dan kadang-kadang, kita tidak sempatpun nak selamatkan harta benda berharga. Contohnya kenderaan kesayangan kita dan akhirnya, ia ditenggelami air. Anda jangan risau, ia masih lagi boleh digunakan!

Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dalam kereta, JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA.

Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir dan mengakibatkan litar pintas pada kotak komputer.

Ini berlaku kerana masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, dan jika ia berlaku, alat tersebut terpaksa diganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 — RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna.

Tindakan ini juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menghidupkan enjin terbakar. Biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.

Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear (gearbox) mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak gearbox tidak sekata dan paling lama gearbox tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan gearbox terpaksa diganti (harga untuk gearbox baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).

Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranty kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

Jadi beringatlah, jangan sesekali berikan kunci kereta anda kepada mekanik ataupun ejen bengkel sehingga dipastikan kotak komputer dan sistem pendawaian elektrik dikeringkan sepenuhnya. Ia tidak akan rosak walaupun ditenggelami air.--jagakereta.com


Thu Sep 4, 2014 9:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kecanggihan Pesawat Ababil 1 Hamas Yang Ramai Tak Tahu
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com
by Que Achmad

Buat pertama kalinya dalam peperangan kali ini, Briged Al-Qassam telah memperkenalkan pesawat udara tanpa pemandu mereka yang dinamakan Ababil 1 kepada umum.

Al-Qassam mendakwa bahawa pesawat tanpa pemandu itu yang sarat dengan bahan letupan telah dilancarkan ke ruang udara Israel.

Al-Qassam telah berjaya menghasilkan beberapa jenis pesawat udara tanpa pemandu, antaranya model A1A yang pertama sekali dicipta, jenis A1B yang berupaya melancarkan peluru berpandu dan jenis A1C yang boleh melakukan serangan Kamikaze (meletupkan diri sendiri dengan melanggar lokasi sasaran).

Kehebatan yang ditonjolkan oleh Briged Al-Qassam sepanjang Perang Al-Asful Ma'kul kali ini memberikan umat Islam sinar harapan bahawa umat Islam di Palestin tidak akan mengalah begitu sahaja dan menyerahkan tanah mereka kepada rejim Zionis Israel tanpa sebarang penentangan. Bahkan Al-Qassam menjanjikan lebih banyak kejutan kepada Israel sekiranya mereka terus berdegil untuk menindas dan tidak mengembalikan hak-hak penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Tidak keterlaluan jika kita katakan Briged Al-Qassam adalah ibarat tentera Salahuddin Al-Ayyubi atau ketumbukan Muhammad Al-Fateh pada zaman ini. Merekalah hero umat Islam pada hari ini.

Pesawat Ababil Hamas Al Qassam:

Inilah Gambaran Letak Strategis Israel yang Berhasil di Rekam Pesawat Ababil A1A. Pesawat tanpa awak tersebut berhasil memngtahui wilayah israel dan kembali dengan selamat pesawat "Ababil A1A" dengung diproduksi oleh Brigade Qassam mengambil gambar di dalam wilayah kita diduduki dalam 48 dan kembali dengan selamat ke # Gaza

Video menunujukkan bagaimana sebuah pesawat drone milik Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya merakam kawasan dari atas langit Tel Aviv. Sebelum ni Hamas berjaya menakutkan pemerintah Israel dengan keberhasilan memasukkan 3 buah pesawat pengintip ke dalam Tel Aviv dan merakam kedudukan bangunan kementerian pertahanan Israel. Sumber menyatakan salah satu pesawat tersebut telah ditembak jatuh di Ashdood. Manakala baki pesawat lain selamat pulang.

Iaitu melancarkan pesawat tanpa pemandu drone ke dalam Israel dan melakukan misi mengebom. Ini adalah sesuatu yang mengejutkan banyak pihak bagaimana mereka yang dikepung dan disekat daripada menerima pelbagai bahan senjata mampu berfkir di luar kotak kebanyakan negara-negara Arab. Ia sangat menakjubkan.

Drone milik Hamas mempunyai 3 jenis pesawat yang dinamakan;

1 – Ababil 1: Digunakan untuk tujuan pengintipan.
2 – Ababil 2: Digunakan untuk tujuan serangan
3- Ababil 3: Digunakan untuk tujuan serangan dan letupan (meletup bersama pesawat)

Semoga lebih banyak kejutan di masa hadapan bagi bangsa yang sentiasa berjuang ini.

sumber
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Thursday, September 4, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4000[1 Attachment]

2 Messages

Digest #4000

Messages

Wed Sep 3, 2014 8:54 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Benarkah : Walau sakit, sesetengah rakyat Malaysia terpaksa terus bekerja akibat kemiskinan..?
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Meneruskan siri kos sara hidup kami, The Malaysian Insider melihat kehidupan keluarga berpendapatan rendah yang turut mempunyai masalah kesihatan. Mereka hampir tidak ada simpanan dan tidak boleh berhenti bekerja kerana mempunyai tanggungan dan ubat-ubatan untuk dibeli.

Eswari Raghavan mungkin akan pitam selepas menyapu lantai, memasak, atau mengikat kalungan bunga untuk dijual demi mencari sesuap nasi bagi keluarga dan 2 anak perempuannya.
Namun ibu tunggal berusia 38 tahun itu terpaksa meneruskannya walaupun doktor memberi amaran jantungnya tidak lagi mampu menampung tekanan dan sebarang aktiviti berat bakal mengancam nyawanya.
Ini adalah perjuangan untuk mereka seperti Eswari yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan di Malaysia. Mereka yang diakui sendiri oleh kerajaan membentuk sejumlah 80% tenaga kerja di negara ini.
Disebabkan kenaikan kos barangan keperluan rumah dan makanan, mereka merisikokan kesihatan untuk bekerja melebihi masa semata-mata untuk menampung kehidupan.
Berikutan mempunyai simpanan yang sedikit atau pun langsung tiada simpanan, keluarga ini bakal terjerumus dalam kancah kemiskinan sekiranya mereka sakit dan tidak mampu bekerja.
Walaupun mempunyai saudara mara yang akan sesekali menghulur bantuan, keluarga ini juga memerlukan pendapatan bagi menampung keperluan anak mereka.
Meskipun menerima bantuan kerajaan, Eswari merasakan ia tidak mencukupi untuk golongan sepertinya.

Dia hanya memperolehi RM820 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan RM80 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM juga membayar separuh kos 2 pembedahannya di Hospital Universiti.
"Hospital itu kini mendesak saya menyelesaikan separuh baki kos rawatan. Saya tidak mampu bayar kerana perlukan duit bagi pendidikan anak," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di Flat Abdullah Hukum, Kuala Lumpur.
Jiran Eswari, Norasah Bachik mempunyai penyakitnya sendiri yang tidak membolehkannya membantu suami.
Warga emas berusia 60 tahun itu mempunyai masalah berjalan kerana sakit lutut tetapi kehidupan perlu diteruskan menyebabkan beliau terpaksa berniaga menjual nasi lemak dan kuih muih pada waktu pagi.
Suaminya, Othman Simin, 64, menjalani pembedahan jantung dan tidak mampu melakukan tugas berat.
"Memang susah tetapi saya perlu kuatkan diri saya bekerja bagi mendapatkan pendapatan lebih," kata Norasah, yang menjual nasi lemak 5 hari seminggu selepas suaminya jatuh sakit.
Sebelum itu, dia hanya menjual kuih.
Dua anaknya yang tinggal bersama, Yazid dan Rafi, masing-masing hanya berpendapatan RM1,500 sebulan turut membantu keluarganya.
Yazid mula menjual kuih samosa di sebelah malam di gerai ibunya bagi memperolehi pendapatan tambahan.
"Saya perlu memulakan kerja ini kerana pendapatan saya tidak cukup untuk kami. Hidup kami memang susah kerana harga barang semua mahal sekarang," katanya.
Di sebuah flat di Taman Sri Sentosa, Petaling Jaya, Yee Seng Yean menceritakan bagaimana dia dan isterinya berusia 78 tahun masih lagi melakukan tugas buruh di kejiranan mereka untuk membolehkan mereka membeli makanan dan ubat-ubatan.
"Dulu saya tukang kayu di Kampung Petaling Tin. Sekarang saya pekerja rencam. Bolehlah dapat RM60 hingga RM70 sehari daripada kerja mengecat," katanya.
Isterinya, Yong Yok Moi, yang bongkok tua dan menghadapi kesukaran berjalan, membasuh pinggan mangkuk di restoran berhampiran dengan bayaran RM20 sehari.
Mereka berada dalam keadaan sihat buat masa ini yang menyebabkan mereka boleh terus bekerja, tetapi Yee mengakui yang sekiranya mereka jatuh sakit waktu ini, kehidupan mereka akan jadi begitu sukar.
"Kami berdua mampu mendapat sekitar RM1,500 sebulan, tetapi semua itu bergantung kepada sama ada kami mampu bekerja atau tidak bulan itu," kata Tee.
"Jika kekurangan wang, saya minta daripada anak, tapi mereka pun hidup susah juga," kata Yee.
Namun, mereka beruntung kerana jiran lama mereka dari Kampung Petaling Tin, M Sugumaran dan adik beradiknya sering melawat dan mengambil berat keadaan mereka.
"Kami ada memohon bantuan JKM, namun masih belum menerima sebarang jawapan," katanya.
Dalam kes lain, setengah ketua keluarga mengalami kecederaan akibat kerja teruk yang dibuat untuk sekadar bayaran yang sedikit dan masa yang panjang dihabiskan untuk bekerja.
Michael De Cruz memandu lori 8 jam sehari diikuti bekerja sebagai pemandu teksi 8 jam berikutnya.
Kedua-duanya kenderaan manual dan memandu dalam masa yang panjang memberikan kesan kepada otot sekitar lutut kaki kirinya yang akan berasa sakit di penghujung hari.
"Nasib baik saya boleh minta isteri urutkan," katanya, sambil tersenyum ketika ditemuramah di flat Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Dia hanya berehat sehari dalam masa sebulan kerana RM50 yang diterimanya setiap hari hasil memandu teksi digunakan untuk keperluan rumah dan makanan.
"Jika dia tidak membawa teksi selama dua hari, tiada duit lagi untuk beli barang keperluan," kata isterinya, M Rathyaga.
De Cruz juga enggan berhenti kerja kerana manfaat perubatan yang diterimanya agak baik dan turut melindungi isteri dan anak-anaknya.
"Mudah-mudahan saya dapat bertahan 2 tahun lagi dan boleh membeli teksi dengan tranmisi automatik. Jadi, tidaklah teruk sangat," katanya. – 3 September, 2014.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Wednesday, September 3, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3999

4 Messages

Digest #3999

Messages

Tue Sep 2, 2014 7:15 am (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

next question yg lagi best...
adakah anda percaya harga rumah** akan turun ?

(murah dan rumah --- punyai hurug yg sama,tp beza susunan)

** dirumahla tempat parking automobil, klu takde rumah nak parking mana wehh

On Tuesday, September 2, 2014 9:55 AM, "MHZ cekelatgetah@gmail.com [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


Harga kereta konfirm akan turun +- 10% setahun sejurus anda membelinya :)

On 29/08/2014 11:40 AM, MetalWorks Calibra muazck@gmail.com [automobil]
wrote:
> tak bermakna kualiti sama elok? hmmm.. itu untuk kete tempatan je kot.
>
> kalau kete CBU yang dikurangkan cukainya, kualiti tetap sama. kecuali
> CKD lah KOT?
>
> apa2 pun, tak nampak perkataan cukai akan dikurangkan.. atau salah baca
> kot...
>
> banyaknya KOT. sebab rasanya takkan berlaku KOT pemansuhan/pengurangai
> cukai...
>
>
>
>
> 2014-08-29 0:06 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
> <mailto:rienacom@yahoo.com.sg> [automobil] <automobil@yahoogroups.com
> <mailto:automobil@yahoogroups.com>>:
>
> __
>
> __
>
> <http://www.pendapatanda.com/2014/08/adakah-anda-percaya-harga-kereta-akan.html#comment-form>
>
>
> Anda percaya harga kereta akan turun ?
> <http://www.pendapatanda.com/2014/08/adakah-anda-percaya-harga-kereta-akan.html>
>
>
> bloglist-malaysia.blogspot.
> pendapatanda.com
> Proses menurunkan harga kereta sedang berjalan lancar dan berada di
> atas landasan yang betul. Begitulah komen En Madani, CEO kepada
> Malaysia Automotive Institute (MAI) sebagaimana dilaporkan dalam The
> Sun.
>
> Sasaran negara adalah untuk menurunkan harga kereta sebanyak 25%
> menjelang tahun 2018. Berdasarkan sasaran tersebut dengan
> perkembangan harga kereta yang ada sekarang, Malaysia beradai di
> landasannya.
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNR_2VXyEfXAK5N760ua3Hs1-ScInPmcmOjlR5oTm5KjV9ierrZtAXj3SnEUEsjeF5bWH39CD1_y9j5Tg_rEyWZCdYKs6girZyN5bdKAIDJAuqE8nK_SMf0fZbmaqv8Nee6ZrM0L3GffE/s1600/toyota-showroom.jpg>
>
> Harga kereta turun sebanyak 4.97% pada tahun 2013. Pada tahun ini
> pula, MAI menjangkakan harga kereta akan turun lagi sebanyak 5%.
> (*sumber gambar
> <http://paultan.org/2014/08/27/reduction-car-prices-malaysia-track-mai/?utm_source=maicarpricereduction&utm_medium=fbnewsfeed&utm_campaign=fbnewsfeed>*)
>
> Kalau diambil kira sasaran di atas, jumlah penurunan dari tahun
> lepas dan tahun ini adalah sebanyak 10%. Ditambah lagi dengan
> penurunan 5% setiap tahun hingga ke tahun 2018, jumlahnya akan
> menjadi 10% tambah dengan 5% x 3 = 15%.
>
> Jadi kiraan menunjukkan harga kereta akan turun sebanyak 25% sebaik
> saja masuknya tahun 2018 nanti. Semua kiraan tersebut tidak diambil
> kira segala kos inflasi dan tahap kewangan penduduk Malaysia yang
> semakin hari semakin terhimpit.
>
>
> _Harga kereta turun bukan bermakna kualiti sama_
>
> Kerajaan janjikan harga kereta akan turun. Itu semua orang tahu.
> Tapi tak ada pula janji-janji bahawa anda akan dapat harga kereta
> murah dengan tahap kualiti yang anda jangkakan.
>
> Lumrah orang berniaga, harga boleh kasi turun, tapi kualiti atau apa
> yang anda dapat dengan harga tersebut juga akan kasi turun. Jangan
> jangkakan emas dengan harga perak. Itu tak boleh berlaku.
>
> Berdasarkan MAI lagi logik harga kereta turun paling asas adalah
> disebabkan proses liberalisasi dalam indutri automotif. Itu
> membuatkan persaingan menjadi lebih sengit antara para pembuat kereta.
>
> Bila mereka bersaing untuk pikat hati rakyat yang mahu kereta murah,
> maka semua pembuat kereta akan pulun turunkan harga kereta. You ge
> what you want !, ambil kamu harga rendah, tapi jangan dok harap
> kualiti naik ok!.
>
> Tapi rakyat Maysia sebenarnya memang tak kisah dengan kualiti.
> Tengok kereta proton sudahlah, apa mereka perduli dengan kualiti,
> asalkan murah majoriti rakyat Malaysia akan bedal saja. Biarlah
> tingkat jem selepas tak sampai setahun, itu bukan halangan untuk
> tetap beli kereta Proton. Itu berdasarkan sejarah. Tak tahulah jika
> sekarang Rakyat malaysia dah berubah.
>
>
> _Anda percayakah harga kereta akan turun?_
>
> Apa pendapat anda dalam kenyataan CEO Malaysia Automotive Institute
> di atas? adakah ada logiknya dan apakah anda berpuas hati dengan
> hala tuju kerajaan yang mahu penurunan harga kereta secara
> perlahan-lahan sebegitu?.
>
>
> _Oh ya!, kenapa perlu harga kereta turun perlahan-lahan?_
>
> Sebabnya adalah untuk selamatkan industri kereta 2nd hand. kalau
> kerajaan kasi bedal semua harga kereta turun mendadak, semua kereta
> 2nd hand tak ada orang akan beli jika kekal dengan harga sekarang.
>
> Kalau pengedar kereta 2nd hand ikut harga semasa, mereka akan
> kerugian ratusan juta ringgit dan semua akan gulung tikar jadi
> muflis. Jadi untuk lindungi mereka kena kawal sikit daripada
> penurunan secara drastik.
>
> Sebenarnya kerajaan boleh saja turunkan harga kereta secara drastik.
> Buang masuk sampah saja AP kereta, habis cerita. Jika buang AP,
> hanya sebilangan kecil saja taikun kaya raya taukeh AP yang akan merana.
>
> Itupun tak berapa teruk sangat sebab dah lama mereka simpan
> berguni-guni duit hasil daripada keistimewaan mereka perolehi AP.
> Melainkan mereka kaki enjoy, itu cerita lain.
>
> Itu semua hanya congakan saya. Apa pula pendapat anda? adakah anda
> rasa kita berada di landasan yang betul dalam projek turun harga
> kereta ini.
> __
> _comments:_
>
> 1.
> Happy walker <http://www.blogger.com/profile/08251562118337533762>
>
> I don't believe it will turun loh~
>
> Regards,
> (A Growing Teenager Diary Malaysia)
> <http://www.lonelyreload.blogspot.com/>
>
> 1.
> Mohd Shubhi
> <http://www.blogger.com/profile/07433628968409473686>
>
> terima kasih berikan komen...
>
> 2.
> Anonymous
>
> naik naik naik.............hujan saja yang turun\
>
> 1.
> Mohd Shubhi
> <http://www.blogger.com/profile/07433628968409473686>
>
> sekarang hujan tengah turun...
>
> 3.
> Anonymous
>
> Maknanya kempen PR selama ini nak turunkan harga kereta hanya
> auta sahaja ker? Sebab pengeluar kereta tetap sama, toyota,
> honda, mercedes, proton dan lain-lain, mereka yang beri kualiti
> ok atau tak ok.
>
> 1.
> Anonymous
>
> hapus ap dan janji turun harga satu yg berbeza...
> apa pandangan tn ?
>
> 4.
> Anonymous
>
> Apa lah feadahnya turun harga kereta dgn. kos kehidupan meningkat..
>
> 1.
> Mohd Shubhi
> <http://www.blogger.com/profile/07433628968409473686>
>
> betoi jugak tu...!
>
> 5.
> Anonymous
>
> sedara subhi,saya percaya harga kereta boleh turun...sebab
> rezeki kita x da manusia yg boleh control..kalo tahun depan
> sedara subhi/pembaca2 dan saya jadi org kaya..byk benda akan
> jadi mampu@murah@turun <mailto:mampu@murah@turun> harga
> hehe....termasuk lah kereta..amin..
>
> 1.
> Mohd Shubhi
> <http://www.blogger.com/profile/07433628968409473686>
>
> Insyaallah ! akan kaya..
>
> 6.
> Anonymous
>
> pergi berak dulu jap lagi la baru komen
>
> 1.
> Mohd Shubhi
> <http://www.blogger.com/profile/07433628968409473686>
>
> Lamanya berak...! tunggu dari tadi tak komen lagi...
>
>
>

Tue Sep 2, 2014 8:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Signage' Yang Kelakar HANYA DI MALAYSIA | WAJIB TENGOK !!!
bloglist-malaysia.blogspot.
queachmad.com
by Que Achmad
Posted in Que hanya bagi Info...

sumber

Tue Sep 2, 2014 8:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

RM100,000 HILANG SEMALAMAN APABILA PENJENAYAH CURI TAC PERBANKAN INTERNET
bloglist-malaysia.blogspot
pkrl.blogspot

Ada caranya untuk penjenayah curi TAC perbankan Internet

Ramai mungkin menyangka perbankan Internet selamat, namun ia sebenarnya masih mempunyai 'lubang&#39; yang boleh disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Guangming Daily melaporkan seorang peniaga dari Damansara dekat Kuala Lumpur kehilangan lebih RM100,000 apabila akaun perbankan Internet untuk syarikatnya diceroboh.

Penceroboh tersebut bertindak mencuri identiti mangsa dan membuat laporan kehilangan telefon bimbit kepada syarikat telekomunikasi.

Tujuan penjenayah tidak lain untuk memperolehi kad sim baharu bagi nombor telefon yang dimiliki mangsa, sekali gus membolehkannya menerima kod transaksi (TAC) yang diperlukan untuk urusan perbankan Internet.

Mangsa kes tersebut menyedari gangguan perkhidmatan untuk dua telefon bimbitnya pada Rabu lalu dan membuat aduan kepada syarikat telekomunikasi.

Syarikat telekomunikasi pula memaklumkan bahawa perkhidmatan telefon telah dihentikan atas permintaan pengadu tetapi perkara itu dinafikan mangsa tersebut.

Mangsa berpuas hati apabila mendapati perkhidmatan telefonnya disambung semula tetapi tidak menyangka ia merupakan petanda awal kepada satu penipuan.

Keadaan itu hanya disedari mangsa pada pagi Jumaat apabila akaun syarikatnya kekurangan lebih RM100,000.

"Hasil pemeriksaan dengan bank, saya diberitahu bahawa sebanyak 20 transaksi telah berlaku tanpa pengetahuan saya dari pukul 11 malam Khamis sehingga pukul 1.19 pagi Jumaat.

"Bank memberitahu bahawa semua transaksi diluluskan selepas TAC yang betul diberikan," kata mangsa yang bernama Chen.

Memeriksa semula kandungan dalam telefon, Chen berkata, syarikat telekomunikasi pada kira-kira pukul 10 malam Khamis lalu pernah menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung permohonan penukaran kad sim.

"Saya pada masa itu sudah tidur dan hanya sedari sms itu pada pagi Jumaat," katanya.

Mangsa percaya penjenayah mencuri identitinya untuk membatalkan kad sim asal pada malam Khamis untuk memperolehi TAC yang dihantar ke kad sim baharu.

Ia dilakukan pada waktu lewat malam ketika mangsa sudah tidur dan tidak mengendahkan sms yang dihantar oleh syarikat telekomunikasi.

Mangsa turut menghubungi syarikat telekomunikasi dan diberitahu bahawa permohonan kad sim baharu untuk telefonnya telah diuruskan seorang ejen.

Permohonan kad sim baharu disahkan dilakukan pada pukul 10.08 malam Khamis iaitu semasa mangsa sudah tidur.

Mangsa mempertikaikan bagaimana pembatalan kad sim lama dan penggantian kad sim yang baharu dapat dilakukan tanpa kad pengenalannya.

Mangsa turut mempercayai kemungkinan berlaku orang dalam yang bersubahat untuk melakukan penipuan.

Mangsa telah membuat laporan polis di Petaling Jaya.

Read more:SINI

Tue Sep 2, 2014 8:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Sepasang suami isteri diseruduk traktor ketika tidur
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot.
Posted by indah.com

ABC Traktor yang melanggar dan menghancurkan bilik tidur ketika penghuni rumah sedang tidur, Selasa (2/9/2014) dinihari.

MELBOURNE, Sepasang warga Lyndhurst di luar kota Melbourne, Australia, tidak pernah bermimpi suatu hari akan diseruduk traktor ketika sedang tidur . Namun, itulah yang terjadi, Selasa (2/9/2014) dini hari, ketika sebuah traktor merobohkan rumah mereka dan menghancurkan dinding bilik tidur.

Pasangan berusia 34 tahun dan 41 tahun ini, pada pukul satu setengah pagi itu, tidur di bilik mereka dan entah sedang bermimpi apa. Tiba-tiba, terdengar bunyi kuat dan ketika terbangun, tempat tidur mereka sudah terdorong ke arah dinding lainnya.

"Mereka cukup beruntung dalam situasi yang tidak lazim seperti ini," ujar Sarjan Adam Ferguson dari Polis Victoria.

Polis tiba di rumah pasangan yang tak disebutkan namanya itu di Jalan Castawellan, dan mendapati pemandu traktor itu sudah melarikan diri.

Polis percaya, traktor ini dicuri dari sebuah pasar di sekitar lokasi kejadian dan mungkin sekali pelakunya anak muda tanggung yang begitu antusias memandu traktor. "Namun, tampaknya dia kehilangan kawalan i,demikian perkiraan polis .

"Ya, besar kemungkinan pelakunya remaja tanggung," ujar Sersan Ferguson.

Melihat kondisi di lokasi kejadian, Sarjan Ferguson mengatakan, pasangan ini sangat beruntung. "Mereka sedang tidur tahu-tahunya terbangun dan tempat tidur mereka sudah terjungkal kerana dilanggar traktor!" paparnya.

Terlebih lagi, kata Sarjan Ferguson, traktor ini adalah jenis John Deere yang cukup besar dengan berat mencapai 40 ton.

Selama menjalani kariernya sebagai polis , Sarjan Ferguson baru pertama kalinya melihat kejadian seperti ini.

Pasangan itu hanya mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan di Rumah Sakit Dandenong. Sementara itu, dua anak mereka yang tidur di bahagian lain rumah itu tidak mengalami cedera sama sekali.

Sepanjang pagi hari Selasa ini polis masih terus melacak keberadaan suspek .

Editor : Egidius Patnistik
Sumber : ABC Australia/KOMPAS.COM

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com