Friday, September 5, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4001

2 Messages

Digest #4001
1
Fw: Kereta Tenggelam Sebab Banjir? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Kecanggihan Pesawat Ababil 1 Hamas by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Thu Sep 4, 2014 9:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kereta Tenggelam Sebab Banjir?

selatanonline.net

Posted by ahmadi

Kita tidak tahu bila musibah menimpa. Yang terbaru, banjir berlaku di Kuala Dipang, Perak pada waktu malam semasa penduduk sedang tidur nyenyak. Ia berlaku disebabkan empangan yang pecah. Dah bala nak sampai, tidak kira waktu kan?

Dan kadang-kadang, kita tidak sempatpun nak selamatkan harta benda berharga. Contohnya kenderaan kesayangan kita dan akhirnya, ia ditenggelami air. Anda jangan risau, ia masih lagi boleh digunakan!

Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dalam kereta, JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA.

Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir dan mengakibatkan litar pintas pada kotak komputer.

Ini berlaku kerana masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, dan jika ia berlaku, alat tersebut terpaksa diganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 — RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna.

Tindakan ini juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menghidupkan enjin terbakar. Biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.

Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear (gearbox) mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak gearbox tidak sekata dan paling lama gearbox tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan gearbox terpaksa diganti (harga untuk gearbox baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).

Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranty kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

Jadi beringatlah, jangan sesekali berikan kunci kereta anda kepada mekanik ataupun ejen bengkel sehingga dipastikan kotak komputer dan sistem pendawaian elektrik dikeringkan sepenuhnya. Ia tidak akan rosak walaupun ditenggelami air.--jagakereta.com


Thu Sep 4, 2014 9:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kecanggihan Pesawat Ababil 1 Hamas Yang Ramai Tak Tahu
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com
by Que Achmad

Buat pertama kalinya dalam peperangan kali ini, Briged Al-Qassam telah memperkenalkan pesawat udara tanpa pemandu mereka yang dinamakan Ababil 1 kepada umum.

Al-Qassam mendakwa bahawa pesawat tanpa pemandu itu yang sarat dengan bahan letupan telah dilancarkan ke ruang udara Israel.

Al-Qassam telah berjaya menghasilkan beberapa jenis pesawat udara tanpa pemandu, antaranya model A1A yang pertama sekali dicipta, jenis A1B yang berupaya melancarkan peluru berpandu dan jenis A1C yang boleh melakukan serangan Kamikaze (meletupkan diri sendiri dengan melanggar lokasi sasaran).

Kehebatan yang ditonjolkan oleh Briged Al-Qassam sepanjang Perang Al-Asful Ma'kul kali ini memberikan umat Islam sinar harapan bahawa umat Islam di Palestin tidak akan mengalah begitu sahaja dan menyerahkan tanah mereka kepada rejim Zionis Israel tanpa sebarang penentangan. Bahkan Al-Qassam menjanjikan lebih banyak kejutan kepada Israel sekiranya mereka terus berdegil untuk menindas dan tidak mengembalikan hak-hak penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Tidak keterlaluan jika kita katakan Briged Al-Qassam adalah ibarat tentera Salahuddin Al-Ayyubi atau ketumbukan Muhammad Al-Fateh pada zaman ini. Merekalah hero umat Islam pada hari ini.

Pesawat Ababil Hamas Al Qassam:

Inilah Gambaran Letak Strategis Israel yang Berhasil di Rekam Pesawat Ababil A1A. Pesawat tanpa awak tersebut berhasil memngtahui wilayah israel dan kembali dengan selamat pesawat "Ababil A1A" dengung diproduksi oleh Brigade Qassam mengambil gambar di dalam wilayah kita diduduki dalam 48 dan kembali dengan selamat ke # Gaza

Video menunujukkan bagaimana sebuah pesawat drone milik Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya merakam kawasan dari atas langit Tel Aviv. Sebelum ni Hamas berjaya menakutkan pemerintah Israel dengan keberhasilan memasukkan 3 buah pesawat pengintip ke dalam Tel Aviv dan merakam kedudukan bangunan kementerian pertahanan Israel. Sumber menyatakan salah satu pesawat tersebut telah ditembak jatuh di Ashdood. Manakala baki pesawat lain selamat pulang.

Iaitu melancarkan pesawat tanpa pemandu drone ke dalam Israel dan melakukan misi mengebom. Ini adalah sesuatu yang mengejutkan banyak pihak bagaimana mereka yang dikepung dan disekat daripada menerima pelbagai bahan senjata mampu berfkir di luar kotak kebanyakan negara-negara Arab. Ia sangat menakjubkan.

Drone milik Hamas mempunyai 3 jenis pesawat yang dinamakan;

1 – Ababil 1: Digunakan untuk tujuan pengintipan.
2 – Ababil 2: Digunakan untuk tujuan serangan
3- Ababil 3: Digunakan untuk tujuan serangan dan letupan (meletup bersama pesawat)

Semoga lebih banyak kejutan di masa hadapan bagi bangsa yang sentiasa berjuang ini.

sumber
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: